3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈

By Flower_03

236K 19.4K 6.7K

Book III AryaNaufal Jr. series. ×××××××××××××××××××××××××××××××××× " I want your glasses." belakang bibir dig... More

P R O L O G
×Chapter 1×
×Chapter 2×
×Chapter 3×
×Chapter 4×
×Chapter 5 ×
×Chapter 6 ×
×Chapter 8×
×Chapter 9×
×Chapter 10×
×Chapter 11×
×Chapter 12×
×Chapter 13×
×Chapter 14×
×Chapter 15×
×Chapter 16×
×Chapter 17×
×Chapter 18×
×Chapter 19×
×Chapter 20×
×Chapter 21×
×Chapter 22×
×Chapter 23×
×Chapter 24×
×Chapter 25×
×Chapter 26×
×Chapter 27×
×Chapter 28×
×Chapter 29×
× Chapter 30 ×

×Chapter 7×

6.7K 608 67
By Flower_03

3 W O R D S , 8 L E T T E R S



×××

sorry

×××



BERUNDUR. Aryan berundur. Berpaling dan pergi dari situ.

Bingung. Helena kebingungan melihat tingkah lelaki itu yang terkejut melihatnya lalu pergi.

"Crazy." Helena kembali membuka buku novelnya.

Jarinya mengetuk perlahan cover buku.

Dia menoleh melihat kelibat Aryan yang semakin menjauh. Lelaki itu berpaling memandangnya sekilas dan memanjat naik tangga grandstand lalu hilang dari pandangan.

"Apa masalah dia tu?" Gumam Helena. Menggeleng kepala.

10 minit berlalu. Wajah Helena dan novel yang dibaca sudah pun bertemu. Bagi menyelesakan lagi lenanya, Helena membuka cermin matanya dan dalam separa sedar mendekatkan lagi lutut ke dada. Kepala disandarkan ke jeriji pondok kayu itu. Mengantuk. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa meniup, melenakan lagi tidurnya. Buku novel yang dibaca sudah menyembah ke tanah melalui ruang jeriji.

Ada jemari runcing mencapai novel English milik gadis itu dan meletakkan ke hujung kaki Helena.

Pemilik jari runcing itu duduk di sudut pondok. Membuka blazernya. Tali leher juga sudah dirungkai ikatannya. Sesekali wajah lena dihadapannya dipandang. Penat mungkin. Kepalanya disandarkan ke kepala kayu pondok. Nafasnya ditarik perlahan. Tenang.

Tanpa disangka dia tiba-tiba sahaja terbersin kuat.

Helena mengangkat mukanya dalam keadaan mamai. Tidurnya diganggu. Hampir dia terjerit kecil apabila melihat Aryan duduk di penjuru tiang sana memandangnya dengan rasa serba salah.

Kakinya yang dirapatkan ke dada diturunkan ke tanah laju. Kain baju kurung dibetulkan. Tanpa suara dia berdiri. Novel yang dibaca pantas diambil. Beg Puma digalas ke bahu kanan. Disangka lelaki itu tidak akan kembali semula. Helena merengus perlahan. Nak buli aku lagilah tu.

"Wait." Aryan menghalang Helena dari pergi.

Tin minuman bikarbonat Pepsi dihulur Aryan kepada Helena.

Bersama kerutan di dahi, Helena hanya memandang. Pandangannya pada tin minuman dan wajah lelaki itu, silih berganti. Dia menjeling Aryan dan berlalu dari situ.

"Nuts." Ujar Helena dalam keadaan menyampah. Bukan setakat menyampah, benci terus jadinya dia. Kakinya di bawa laju meninggalkan kawasan padang.

"Trying to be nice huh? Mesti adalah tu niat nak kenakan aku." Gerutu Helena. Dia menoleh sesaat pada Aryan ketika dia sudah berada di tangga grandstand. Langkah dilajukan sehingga hilang dari pandangan lelaki itu.

Aryan mengeluh perlahan. Helena sudah pergi. Tiba-tiba sahaja Pepsi tersebut tergelincir dari pegangannya. Aryan mencapai tin minuman yang sudah menyembah tanah itu.

Dia mengeluh. Permukaan air tin dilap menggunakan tangannya.

"Dah kau tak nak, biar aku ajelah yang minum." Penutup dibuka.

Pschhhh!

"Allah!"

Tergamam Aryan.

Air bikarbonat itu memancut keluar terkena mukanya. Baju putih yang dipakainya turut menjadi tempias air Pepsi itu.

"Shoots!" Berdecit Aryan. Matanya melilau mencari air bagi mengelakkan lekit.

Tap!

Matanya terpandangkan botol air Puma berwarna hitam yang elok terbaring di atas pondok.









" WATER bottle!" Helena berdecit. Teringat. Dia sudah keluar dari bangunan Upper Highschool. Marker Pen dan gam air dimasukkan ke dalam beg bersama senyuman.

Dia sudah berkira-kira mahu berpatah balik ke padang ataupun tidak. Tapi tak nak hadap lelaki gila itu kembali.

Dia selangkah ke hadapan.

'Mahal tu.'

Selangkah lagi.

'Mummy beli tu.'

Dia hampir menapak ke hadapan dan terhenti semula.

'Hilang botol air tu kau tak ada botol air lain,' kata hatinya.

Helena memejamkan matanya. Ish, kenapa kau boleh tertinggal benda alah tu Helena? Nafasnya ditarik. Menahan sabar.

Helena pusing ke belakang.

Tidak jauh dari tempatnya berdiri, dia ternampak manusia yang amat dibencinya yang semakin menghampiri. Dia merengus kecil. Mereka semakin hampir.

"Hai, Helena." Ierfan menegur lembut ketika mereka berselisih.

"Don't pretend to be nice." Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Menonong langkahnya ke padang.

Terhenti langkah Ierfan. What?! Apa dosa aku? Ierfan menggaru keningnya.

Allah! Ierfan tersedar sesuatu. Helena mesti tidak sedar bahawa dia adalah kembar Aryan kerana minggu lepas dia selesema teruk dan terpaksa memakai mask selama seminggu.

Ierfan redha apabila dirinya disalah tafsirkan.

Helena meneruskan langkahnya ke padang. Dari grandstand, dia dapat melihat lelaki itu disana. Langkahnya semakin perlahan.

Kalau lelaki gila tu dekat situ, habis dengan siapa aku bercakap tadi??? Helena mengerling ke jam tangannya. 6.00 pm tepat. Belum senja lagi.

Helena terduduk di salah satu bangku. Dia memandang Aryan yang elok berbaring diatas pondok itu dari jauh.

Seram sejuk. Menakutkan. Dia bukan nampak hantu, kan?

"He's my twin." Ada suara yang menegurnya dari belakang.

Helena berpaling. Matanya membulat. Eh?!

"I'm Ierfan." Ierfan memandang Helena bersama senyuman kecil.

Helena pantas berdiri. Cuba mencerna apa yang didengarinya. Wajah lelaki itu dan lelaki ini sangat serupa. Patutlah pun. Kembar rupanya.

"Your twin? That..." gaya orang gila menggunakan jari di tepi kepala dilakukan Helena lalu ditunjuk ke arah pondok sana.

Ierfan tertawa sehingga menampakkan lesung pipitnya di pipi kanan. Mengangguk.

Helena ternganga kecil.

"Uncle Noel's daughter am I right?"

Helena mengiyakan dalam kebingungan.

"Abang anak Uncle Naufal and Aunty Aryana. Remember?"

Helena terdiam lama. Bibirnya dikemam. Cuba mengingat. Seminit kemudian bibirnya membentuk O.

"Abang Ierfan and..." Helena tidak menyambung.

Ierfan mengangguk lagi.

"Ala tak ingat ke? Dulu kamu yang selalu tarik tangan Aryan pergi garden belakang rumah kami." Ierfan menyatakan fakta.

"Crap!" Terkejut Helena. Wajahnya berona merah. Dia ingat semuanya.

"Yeah crap crap crap. Nice to meet you." Ierfan tertawa kecil.

Riak wajah Helena berubah keruh. Kenapa bukan tangan lelaki dihadapannya ini yang ditariknya dahulu? Kembar berdua ini bagaikan langit dan bumi. Berubah teruk perangai lelaki itu.

Sungguh dia tidak menyangka pembuli itu yang dahulunya dia minat. 'Crush' people jaman now kata.

"Can you do me a favor? Pretty please. I'm begging you." Mohon Helena.

"Sure. Sure. What is it?"

"Can you please take my water bottle dekat pondok Captain baring tu?" Sunguh perlahan suara Helena tetapi masih mampu didengari Ierfan.

Captain? Aryan. Aryan. Nampak sangat perasaan suka budak ni dekat kau dulu dah berubah disebabkan perangai kau.

"Boleh. Boleh. Sekejap."

Helena menghembuskan nafas lega.

Ierfan meneruni anak tangga dan berjalan ke pondok yang berada bertentangan dan di sudut padang. Aryan menurunkan lengannya yang berada di dahi apabila derap kaki seseorang menghampiri.

"Nak apa?"

Tanpa suara Ierfan mengambil botol Puma itu.

"Eh! Eh! Kau nak bawak pergi mana?" Laju Aryan mengambil semula botol minuman itu dari tangan Ierfan.

"Nak bagi Helena." Ierfan bercekak pinggang. Penatnya melayan manusia dihadapannya ini.

"Biar aku bagi."

"Dia mintak tolong aku ambilkan untuk dia." Memberitahu.

"Dia mintak tolong kau? Dia dah kenal kau siapa?" agak terkejut Aryan menyoal.

"Dia dah ingat." Ierfan membetulkan kata-kata kembarnya. Botol air ditangan Aryan dirampas.

"Where is she?"

Ierfan memuncung ke arah bangku grandstand.

Helena menanti dengan penuh sabar. Apalah yang mereka berdua tu bualkan? Minta tolong ambilkan botol air pun dah lebih dari 5 minit.

Aryan dilihatnya bangun dari baring dan sudahpun berdiri. Mereka berdua on the way ke arahnya. Oh no! Helena bermain dengan hujung baju kurungnya.

Ha sudah! Dia tak nak berhadapan dengan lelaki itu. Perasaannya bercampur-baur. Dia marah dengan lelaki itu. Dalam masa yang sama dia tidak menyangka bahawa lelaki itu adalah crush dia yang sangat dirinya adore suatu ketika dahulu.

Helena berdiri. Tanpa menunggu lagi, dia membuka langkah meninggalkan kawasan padang.

"Helena!"

"Helena!"

Panggilan Ierfan tidak diendahkan. Berdesup Helena berlari pulang ke aspuri.

Ierfan memandang Aryan.

"Nama kau dah kena blacklist dalam hidup dia." Ierfan tergelak.

"Faan. Kalau aku tahu..."

"Kalau kau tahu dari awal dia anak Uncle Noel mungkin kau tak akan buli dia?" Menduga.

Aryan mengangguk perlahan.

"If she's not? Kau akan buli dia sampai hujung tahun?" Ierfan cuba menjerat.

"Aku bukan buli, aku menyakat."

Ierfan tertawa bersama gelengan. Menyakat.

"Kalau kau nak buli budak lelaki, aku tak kesah sangat tau. But come on bro, she's a girl. Anak kawan baik Babah dan Mama pulak tu. Apalah masalah kau ni? Not mature enough."

Setepek Aryan ditarbiah kembarnya sendiri.

"Kau bukannya tak tahu budak tu dah lama adore kau dari kecik. Reunite balik, ha kau kena buli pulak dengan 'Abang Kesayangan' dia. Dimalukan lagi depan orang. Fuh kalau aku jadi Helena memang nama kau sedaya upaya nak dihilangkan terus dari atas muka bumi ni." Ierfan menembak tepat ke hati Aryan. Kasi brainwash sama itu otak.

Botol air Puma yang berada dalam pegangannya dipandang.

"Ini biar aku yang bagi." Ierfan memberitahu.

"Aku ajelah. Nak minta maaf sekali."

"Kau yakin dengan kata-kata maaf kau dia akan memaafkan?" Sengaja dia mahu membakar hati Aryan.

"Faan. Kau tak membantu aku. Kau lagi nak menyakitkan hati aku adalah." Bengang. Aryan panas hati.

"Itu niat aku." Selamba Ierfan dalam kejujuran. Botol air itu dihulur kepada Aryan.

"Nah. Bagilah botol air ni dekat budak tu. Try bagi coklat ke apa ke macam mana kau selalu pujuk Aireen takpun kembar berdua tu." Cadang Ierfan.

Aryan tersenyum. "Thanks, Faan."







ARYAN mengisi botol air berwarna hitam itu dengan air sejuk sehingga penuh. Hari ini dia datang awal ke sekolah hanya untuk ke sini.

Coklat Cadbury dilekatkan bersama pada dinding botol air tersebut.

Dia tahu adik-adiknya akan lalu disitu ketika hendak ke kelas mereka. Mana tahu budak berdua tu boleh tolong dia.

Apabila melihat kedua-dua orang adik perempuannya berjalan bersama rakan sekelas, Aryan mengukirkan senyuman kecil.

"Weh twin. Your brother." Bisik rakan sekelas adik-adiknya. Ada hal yang mustahak mungkin sehingga lelaki itu ke mari.

Nadiha dan Arwina memandang tepat ke arah yang ditunjukkan rakannya.

"Orang tua tu nak apa, Diha?" Bisik Arwina pada Nadiha.

"Entah." Sepatah Nadiha menjawab.

Mereka mendekati Along mereka.

"Yow, Along. What's your prob?" Nadiha menegur dengan tangan kanan diangkat.

"Pass these things to Helena." Arah Aryan. "Please."

"Why us?" Arwina berpeluk tubuh.

"You girls. Along lelaki."

"So?" Nadiha mengangkat keningnya.

"Nanti Helena kena kecam kalau Along bagi dia ni."

Alasan yang logik. Memang disekolah mereka ramai makcik-makcik bawang. Lagi-lagi ramai pula tu peminat Abang-abang mereka. Siap ditubuhkan squad peminat Aryan dan Ierfan lagi. Mereka agak menyampah ya sebagai adik.

Nadiha memandang wajah Alongnya lama. Risau juga jika Helena dikecam murid-murid yang lain.

Nadiha mengambil botol air tersebut.

"Thanks." Aryan tersengih. "Bye."

"Bye." Serentak adik-adiknya bersuara.

Aryan tersenyum lega. Beg yang digalas diatas bahu kiri dibetulkan. Dia sudah berura-ura meninggalkan bangunan Lower Highschool yang terletak di South Atrium. Bangunan Upper Highschool di North Atrium. Dia menjejakkan kaki ke sini semata-mata demi sebotol air minuman.

Laju Aryan menapak di laluan senior. Butang kemeja yang tidak berbutang dibutangkan. Mata yang memandang jalan teralih pada pergelangan tangan.

Pap! Dia berlanggar dengan seseorang dan fail milik manusia itu terjatuh. Lebih teruk lagi dia terpijak fail berwarna hitam itu.

"Ceit!" Pemilik kepada fail berwarna hitam itu berdecit.

Aryan mengangkat kakinya. Oh no! Dia terpijak.

Aryan yang ingin menunduk tidak jadi berbuat demikian apabila budak perempuan itu lebih laju mengambil fail tersebut. Dia memandang belakang tubuh budak perempuan yang menunduk mengambil fail yang berada dihujung kakinya.

"Sorry." Aryan meminta maaf.

Budak perempuan itu mengangguk. Fail yang berada ditangan dibawa naik menutup tepi wajahnya.

Aryan berkerut kening. Belakang tubuh budak perempuan yang laju melangkah itu dipandangnya pelik.

Beg Puma.

"Helena!"

Helena meneguk air liurnya. Ala mangkuk! Kenapa aku boleh terlanggar dia pula! Mati aku! Dah lah aku guna laluan senior. Gerutu Helena.

"Helena!"

Helena menoleh sesaat. Aryan membuntuti langkahnya. Lariannya dilajukan. Tak guna! Kenapa dia ikut aku?! Hukuman apa lagi yang dia nak bagi?! Okay dia tahu salahnya menggunakan laluan ini. Tapi dia takut terlewat masuk ke kelas. Sudahlah tadi dia sakit perut. Terpaksa berlama di dalam tandas. Dia tiada pilihan lain selain menggunakan laluan ini kerana laluan junior mengambil masa yang lama untuk tiba di South Atrium.

Aryan mengeluh melihat Helena yang sudah semakin jauh dan menaiki anak tangga ke South Atrium.

Aryan memegang belakang lehernya. Tiada niat untuk dia mendenda atau memarahi Helena. Dia cuma ingin meminta maaf.





×××

Done chap 7!

Continue Reading

You'll Also Like

87.8K 7.9K 60
Hierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista k...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.5M 46.9K 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...
238K 15.6K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...