Us ✔

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 47

414 33 1
By FaryoonaHana






"ATOK, AWAN.." Isyraf yang berada dalam dukunganku melambai ke arah Tok dan Wan yang sedang menonton tv. Botol susu langsung tak lekang dari tangan.

"Eii apa ni Isyraf tak puasa. Malu lah kat kakak Zulaikha." Ujar Wan mengusik.

Isyraf pula sengih gaya tak bersalah. "Mana ada, Isyaf puasa lah. Yang ini ni ni.."

"Ha apa apa?" Tok menyakat.

"Haa haa nak tipu lah tu."

"Nii susu ni kakak Ika bagi, Isyaf ambik je." Jawabnya. Puting susu disumbat ke dalam mulut.

Amboi kau kecil-kecil dah pandai buat cerita eh?

"Haih salahkan kakak pula? Isyraf yang merengek-rengek kat kakak suruh buat susu kan?" Aku menjegil mata.

"Haa kecik-kecik pandai buat cerita ni." Pinggangnya aku cubit perlahan.

Isyraf sengih tayang gigi.

"Meh sini sayang cucu tok."  Tok menyua tangan. Aku menuju ke arah Tok dan memberikan Isyraf kepadanya. Pipi gebu Isyraf dicium wanita separuh abad itu.

Aku pula hanya mengambil tempat dan bersila di bawah, bersebelahan Tok yang duduk di atas kerusi.

"Isyraf, tak baik tau cakap bohong. Nanti Allah marah. Allah tak suka orang yang suka menipu." Pesan Tok.

Isyraf cuak.

"Haa tak tahulah Isyraf. Isyraf cakap bohong, masuk neraka." Tambahku. Nak mengusik.

Mata si kecil itu sudah bertakung dengan air mata. Dia memandang Tok dan Wan silih berganti.

"Isyaf tak nak asuk neraka.." Matanya membulat. Nak nangis.

"Ha minta maaf dengan kakak Zulaikha cepat." Arah Wan.

Punya lama mencebik, akhirnya air mata mengalir di pipi gebu milik Isyraf. Menangis lah pula dah budak ni. Tahu pun kau takut.

Aku, Tok dan Wan masing-masing ketawa.
Belakang Isyraf diusap sayang oleh Tok. Memujuk semula si kecil itu.

"Dah dah.. Tak yah lah qeyau. Eiii tak malu ka kat kakak? Laki-laki mana boleh nangis." Tok menggosok bahu Isyraf.

Isyraf cepat-cepat menggosok matanya. Mengelap sisa air mata. "Kakak Ika, Isyaf sorry."

Aku tergelak. "Apadia?"

"Isyaf sorry." Ujarnya buat kali kedua. Haih la Isyraf, lucu betul. Konon nak bajet-bajet pandai speaking en.

Aku hanya mengangguk mengiakan. "Yaa kakak maafkan. Lain kali jangan nak reka-reka cerita lagi tau."

"Janji." Jari kelingkingnya diangkat. Aku, Tok dan Wan ketawa kecil. Terhibur dengan telatah Isyraf.

"Zulaikha." Panggil Tok.

"Ya?" Aku menyahut seraya melangut melihat Tok.

"Tok dengan Wan nak tanya sikit boleh dak?"

Aku mula tak sedap hati. Namun hati tetap cuba untuk memberanikan diri. "Boleh. Tok dengan Wan nak tanya apa?" Muka dikawal sebaik mungkin.

"Kenapa Zulaikha kahwin dengan Eiz?" Tanya Tok.

Liur ditelan. Tergamam.

Ha nak jawab apa ni Ika. Fikir! Fikir!

"Abah dengan Umi tak ada bagitahu Tok dengan Wan ke?"soalku kembali.

"Ada abah kamu bagitahu tapi Tok tak berapa nak ingat. Maklumlah dah tua kan." Jawab Tok. 

Aku tertunduk. Gelisah. Macam mana nak cakap ni? Kalau aku bagitahu benda betul, Tok dengan Wan terima ke aku?

Aku mengeluh perlahan.

"Ika.."

"Ika tak nak pun kahwin sebenarnya. Tapi sebab parents yang suruh. Ika dah protest banyak kali tapi tak ada siapa yang faham kehendak Ika. Jadi Ika terpaksa."

Wan dan Tok saling berpandangan. Mereka tersenyum sesama sendiri. Bahu aku diusap Tok.

Aku tak tahu kenapa bibir laju sahaja membicarakan perkara sebenar. Aku langsung tak pernah meluahkan tentang ni kepada sesiapa. Tok dan Wan  lah orang pertama dengar pengakuan dari mulut aku sendiri.

"Alahhh, tak apa lah. Janganlah rasa tertekan. Tok dengan Wan tahu ja kenapa abah satukan Zulaikha dengan Eiz. Saja lah Tok tanya, nak test." Tok ketawa. Isyraf yang duduk di riba Tok juga turut sama mengusap aku.

Ei sibuk je dia tu.

"Tok minta maaflah kalau buat Zulaikha terasa hati dan tak selesa sebab tanya benda ni. Tok nak bagitahu yang Eiz tu cucu yang baik. Dia sangat bertanggungjawab dan mampu jaga Zulaikha. In shaa allah, suatu hari Zulaikha akan nampak hikmah semua ni terjadi. Percayalah cakap Tok."

"Betul tu Zulaikha. Eiz tu bagus macam Wan lah." Wan menyampuk.

"Eh sibuk ja yang Wan nya pun." Paha Wan ditampar. Tok dah start berleter.

Aku menggeleng. Sabar je lah perangai Wan ni. Aku tertawa kecil melihat karenah Tok dan Wan. Pasangan bahagia betul. Tua-tua pun sweet lagi. hehe

"Tak apa Tok, Ika dah redha pun sekarang." Aku tersenyum. Lama. Teringat Eiz. Haha.

"Zulaikha." Panggilan Tok menyentak lamunan aku.

"Ya tok?"

"Pergi dekat rak tu, dalam laci yang nombor dua. Ada album warna biru, ha Zulaikha ambil yang tu."

Aku menurut arahan Tok. Album tersebut diambil dari tempatnya dan diberi kepada Tok. Aku mengambil tempat di sebelah kiri Tok.

"Album apa ni Tok?" Soalku. Curious.

"Ha ni meh Tok nak tunjuk." Isyraf di atas riba diangkat dan diletakkan di sebelah Tok. Album pula menjadi ganti.

Album dibuka.

"Ini gambar-gambar Eiz waktu kecik-kecik dulu." Ujar Tok.

Teruja aku jadinya. Terbentang gambar-gambar Eiz, Izzah dan Edhan sewaktu kecil. Comel comel semua. Satu persatu gambar ditilik.

"Eh ni Isyaff!" Isyraf menunjuk pada salah satu gambar di situ.

"Haih bukan. Tu along lah. Isyraf mana ada lagi waktu ni." Wan mencelah. Aku dan Tok tergelak.

"Ya Allah ni Eiz? Gemoknyaaa...!!" Aku ketawa besar.

Namun memang tak dinafikan wajah Eiz sewaktu kecil memang mirip dengan Isyraf sekarang. Tapi Isyraf versi gemuk sikit.

"Apa tu gelak sakan sangat tu?" Sapa abah yang baru datang. Eiz juga turut mengekor di belakang. Kemudian, umi dengan Izzah pula muncul. Semakin meriah ruang tamu dibuatnya. Jadi family gathering.

Edhan?

Lenalah kot.

"Tokkk apanii!" Terjerit Eiz apabila melihat seketul dirinya sewaktu zaman belemoihh.

"Wahh Tok buka album lah." Teruja. Izzah melutut di depan aku. "Ni ni yang comel ni Izzah la." Dia memberitahu aku. Menunjuk pada gambar seorang budak perempuan berambut lurus panjang.

"Tok niii.. Ishh. Kenapa buka time-time ni." Eiz meraup muka.

Aku gelak. Pinggangnya aku cuit. "Oit. Gemoklah kau dulu." Ujarku sambil mengembungkan pipi.

"Eleh diamlah kau. Sekarang aku dah fit en? Handsome lagi."

"Tak, sama je gemuk."

"Kau ni en.." Tangan ketam dia dah naik. Ada lah tu nak cubit kita.

"Aip aip haa along." Umi melarang.

Eiz menjeling ke arah aku. Aku menjelir sebagai balasan. Then, aku gelak kecil. Tumpuanku kembali kepada album.

Jap. Bila aku tengok balik, baru perasan something.

"Kenapa banyak sangat eh gambar Eiz pakai baju askar?" Album dibelek helaian demi helaian. "Haah. Banyak gila. Dia nak jadi askar ke dulu ke macam mana?"

Semua di situ tertawa.

"Tentera tentera.." Izzah membetulkan.

"Bukan dulu. Sampai sekarang dia bercita-cita nak jadi tentera." Beritahu abah. "Kan along?"

Eiz yang mendengar hanya tersenyum bangga. Kening diangkat.

"Betul ka hang ni Eiz?" Wan mengusik.

"Betullah Wan. Eiz dah siap daftar dah nama dekat akademi tentera" jawab Eiz.

Senyumanku serta merta mati. Fikiranku mula melayang memikirkan sesuatu.

"Kalau Eiz jadi tentera, memang jarang sangatlah nak ada masa dengan aku."

Aku memandang Eiz yang sedang khusyuk membelek album bersama ahli keluarga yang lain.

"Kau nak tinggalkan aku ke Eiz?"









Nahhh! New year chap. Selamat menjalani tahun 2020. 😋😋 moga ada sinar ✨ and smua dpt fulfill wishlist masing2. Sorry for this bored chap and any mistakes. Sy tahu x best pun chap kali ni. Sorry sngt2, sis busyy huhuk. Tpi x pe , I will update next  time. Stay tuned and thanks for reading.

Continue Reading

You'll Also Like

117K 3.1K 13
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
40.6K 2.7K 40
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
1.5M 78.3K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...