BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 50 - KETAHUAN!

17.8K 615 69
By Misshusna006

          Apa yang aku nak buat sekarang ni? Perlukah aku berpura-pura pengsan macam kat dalam drama TV tu?

          Kantoi, awal-awal lagi dah terbongkar!

          Kalaulah Afiq Khairul tahu yang aku support Ilham Hakimi dalam menambat hati Adila ni, memang ketara sangatlah aku yang cari masalah!

          Tambahan lagi, aku takut nak fikir tentang reaksi Afiq Khairul tu nanti.  Confirm, dia akan mengamuk!

          Sudah terang-terangan dia cakap hari tu, Ilham Hakimi dan Adila tidak akan mungkin bersama!

          Aku telan air liur lagi.

          Aku tengok Afiq Khairul mendekati kami dengan raut wajah yang sangat serius.  Pandangannya jatuh kepada Ilham Hakimi.  Kemudian, beralih kepada Adila.

          Kadang-kadang, aku berharap sangat yang Afiq Khairul ni bukan orang yang bijak sangat.  Tidak boleh ke kalau dia jadi bebal sikit-sikit gitu?

          Ini disebabkan, daripada riak raut wajahnya itu... Aku tahu, dia boleh agak apa yang berlaku sekarang ni.

          Tanpa membuang masa, aku depakan tanganku.  Lagakku seolah-olah cuba untuk melindungi Ilham Hakimi dan Adila.

          Aku akan bertanggungjawab dalam hal ni!

          "Aa... Abang, kita perlu berbincang!" kataku dengan nada yang serius.

          Afiq Khairul berhenti melangkah dan berdiri di hadapanku.  Aku menoleh dan tengok Ilham Hakimi dan Adila.

          Jelas yang mereka berdua kebingungan dengan kelakuanku sebentar tadi tu.

          "Leha, Adila... Masuk ke dalam rumah," arah Afiq Khairul tiba-tiba.  Serius pula tu!

          Aku ketap bibirku.

          Tanpa membuang masa, aku pegang lengan Afiq Khairul.  Cuba untuk memujuk dan menenangkannya.

          "Abang, Leha yang cuba satukan mereka berdua.  Bukan salah Kimi dan Adila..." Aku akuinya dengan muka yang serius juga.

          Afiq Khairul tunduk dan merenung mukaku.  

          Lama...

          "Abang cuma nak cakap dengan Kimi.  Leha dan Adila masuk ke dalam rumah dulu," kata Afiq Khairul lalu memegang bahuku.

          Tapi, aku tetap was-was dengan kata-kata Afiq Khairul tu.

          "Abang takkan tumbuk Kimi, kan? Dalam drama TV, selalunya macam tu..." Curigaku dengan nada perlahan.

          Afiq Khairul diam.  Aku tengok dia mengurut dahinya.  Dia sakit kepala ke?

          Namun...

          "I'm sorry.  Bukan salah Leha.  Saya yang Messenger Leha untuk minta nombor telepon Adila tu.  Macam yang Afiq nampak sekarang ni, saya tengah ambil hati Adila..," kata Ilham Hakimi.  

          Straight to the point!

          Beraninya!

          Aku menoleh kepada Ilham Hakimi.  Dia tidak takut untuk berdepan dengan Afiq Khairul ni.  

          Wow, hebat!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Adila dan aku melangkah masuk ke dalam rumah.  Sesekali aku menoleh ke belakang, aku tengok Afiq Khairul dan Ilham Hakimi sedang berhadapan antara satu sama lain.

          Terus saja imaginasiku terfikirkan babak macam dalam movie Hollywood tu...

          Bayangkan saja situasi di mana dua jejaka hot berdiri di padang gersang.  Dengan matahari yang panas terik, memakai pakaian koboi serta memegang pistol... Siap untuk bertarung!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Selepas aku tutup pintu rumah...

          "Apa yang berlaku kat luar tu?" soal Adila kepada aku.

          Aku menoleh kepada Adila.  Kening Adila berkerut.  Barangkali dia bingung dengan situasi sekarang ni!

          Aku mengeluh.

          "Sebenarnya... Sejak kejadian tempoh hari di shopping mall tu, semasa kita terserempak dengan Syamir tu.  Aku berkenan nak jodohkan kau dengan si Ilham Hakimi tu.  Tapi, abang kau tak setuju.  Dia bangkang habis-habisan!" terus-terangku kepada Adila.

          Adila terkelu di hadapanku.

         "Abang Afiq tak setuju? Kenapa?" tanya Adila dengan kepala terteleng ke kiri.

          Kali ni, aku tayang muka sememeh tu kepada Adila.

          "Gara-gara Kimi tu lebih tua daripada abang kau.  Setakat beza lima bulan je pun... Abang kau tidak boleh terima kalau kot-kot kamu ada jodoh nanti, Kimi akan panggil dia 'abang ipar'.  Lagipun, Kimi tu teman baiknya.  Pelik katanya..," jelasku sambil berpeluk tubuh.

          Terus Adila tak terkata-kata.  Speechless!

          "Abang Afiq tu peliklah..," kata Adila setelah lama berdiam diri.

          Aku anggukkan kepalaku saja.

          "Abang kau tu memang pelik.  Tapi, aku sayangkan dia.  What can i do? Jawabnya, bertabahlah!" Aku angkat bahuku sambil buat muka pasrah.

          Adila ketawa dengan kata-kataku itu.

          "Tapi, aku risaulah..," bisik Adila perlahan.

          Aku tersenyum nakal.

          "Amboi, dah jatuh hati dengan Kimi ke? Risau nampak..," usikku kepada Adila.

          Muka Adila merona merah lagi.  Tapi, sempat lagi dia jeling aku... Malulah tu!

          "Kita tunggu kat sini, aku pun risau juga... Kot-kot abang kau kerjakan Kimi tu." Pantas aku tarik tangan Adila dan berdiri di sebalik tingkap.

          Kami mengintip dan jadi spy tidak bertauliah di sebalik tingkap besar tu!

          Selepas beberapa minit kemudian, kami tengok Afiq Khairul mengatakan sesuatu kepada Ilham Hakimi.  Daripada riak raut wajah Ilham Hakimi, kami tahu... Afiq Khairul tidak bersetuju dengan usaha Ilham Hakimi untuk menambat hati Adila tu.

          Alamak... Kesiannya Ilham Hakimi!

          Adila dan aku berpandangan antara satu sama lain.

          "Aku naik ke atas dulu... Aku ada belikan kau donut.  Tapi, dia yang tolong bayarkan tadi.  Kau makan ye..," ujar Adila lalu mengambil semula red roses banquet tu di atas meja.

          Aku pandang Adila.  Dia menapak naik ke tingkat atas.  Aku tahu Adila perlukan masa untuk bersendirian.  Dengan situasi Afiq Khairul dan Ilham Hakimi tu, aku pun buntu!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku menyusun pakaian yang sudah dilipat tu ke dalam almari pakaian.  Kemudian, naik ke atas katil dan termenung seketika.

          Semasa makan malam tadi, Afiq Khairul diam saja.  Begitu juga dengan Adila.  Kekok pula apabila Adila diam, sebab biasanya dia jenis yang banyak cerita dan serba tahu tentang gosip duniawi.  Ada saja yang nak diceritakan... Kepochi!

          Ayah dan ibu pula berpandangan antara satu sama lain.  Kemudian, menoleh kepada aku dengan riak muka 'apa yang berlaku kat rumah ni masa ibu dan ayah keluar petang tadi?'.

          Aku tersenyum kelat dan buat signal menggunakan mata dan tangan.  Lepas makan malam ni... Aku akan explain kat mertuaku itu.

          "Budak Kimi tu, dari dulu lagi ibu perasan yang budak tu memang baik, sopan dan peramah.  Ibu pun berkenan kalau nak buat menantu..." Itu kata ibu.

          Manakala, ayah pula...

          "Sejak kecil lagi, Adila hormat dan dengar cakap Afiq... Rasanya Adila dalam dilemma sekarang ni.  Afiq pula, walaupun dia macam tu... Dia sayangkan Adila.  Mesti ada sebab kenapa Afiq tak setuju.  Rasanya bukan disebabkan apa yang dia cakapkan kat Leha tu.  Tentu ada sebab lain..." Itu pula kata ayah.

          Ketika itu, kami masih lagi di dapur.  Lepas makan malam tadi, Afiq Khairul masuk ke dalam bilik study ayah.  Adila pula berpamitan untuk naik ke tingkat atas... Nak tidur katanya.

          "Ibu pun berfikiran macam tu juga.  Tentu ada sebab lain kenapa Afiq tak setuju.  Apa kata Leha tanya je kat Afiq tu? Nanti ibu cuba cakap kat Adila pula..," saran ibu kepada aku.

          Aku diam dan kemudian anggukkan kepalaku saja.

          "Leha..," panggil seseorang di sebelahku.

          Aku tersedar daripada lamunanku itu.

          "Apa yang Leha fikirkan?" soal Afiq Khairul di sebelahku itu.

          Eh?

          Sejak bila pula dia ada di sebelahku ni.  Aku tak perasan langsung!

          "Abang..." Aku pandang Afiq Khairul.

          Aku capai tangannya dan mengenggamnya erat.

          "Leha minta maaf sebab cakap tak serupa bikin.  Hari tu, Leha dah cakap takkan buat lagi.  Tapi, last-last Leha babitkan diri juga dengan perihal Kimi dan Adila tu.  Leha cuma nak abang tahu, Leha berani nak jodohkan Kimi dan Adila tu pun sebab Kimi kan kawan baik abang..." Aku beranikan diri untuk pandang Afiq Khairul.

          Aku tengok Afiq Khairul merenung mukaku.

          "Abang tahu apa yang Leha nak cakapkan ni... Leha nak tahu hal sebenar kenapa abang tak setuju dengan Kimi dan Adila tu ke?" soal Afiq Khairul terus kepada aku.

          Aku diam seketika dan kemudian baru anggukkan kepalaku.  Rasanya Afiq Khairul baca fikiranku lagi kot

          Senang-senang saja dia boleh agak dengan apa yang aku nak cakapkan tu.  Amazing! 

          Afiq Khairul mengarahkan aku baring.  Tanpa banyak songeh, aku baring dan melihat Afiq Khairul menopang kepalanya manakala tangan kirinya itu mengusap-usap perutku saja.

          "Leha tahu tak Kimi tu anak siapa?" tanya Afiq Khairul kepada aku.

          Aku kerutkan keningku.  Anak siapa? Aku tak tahu langsung!

          "Anak Dato' Ibrahim.  Owner salah satu bank terkemuka di Malaysia ni," beritahu Afiq Khairul apabila nampak mukaku yang kebingungan sebentar tadi.

          Mataku terbeliak bulat.  

          Hah

          "Dan Kimi... Dia tengah krisis dengan orang tuanya sekarang ni.  Dah hampir 7 bulan dia keluar dari rumah orang tuanya tu," sambung Afiq Khairul lagi.

          Kali ini, aku terlopong luas.  Keluar dari rumah? Biar betul!

          Afiq Khairul tunduk lalu membisikkan sesuatu di telingaku... Oh my gosh!

          Ek eleh, aku ingatkan kisah Afiq Khairul dan aku ni dah cukup dramatik dan cliche berbanding yang lain.  

          Tapi, rupa-rupanya... Kisah Ilham Hakimi lagi dramatik!

          Aku gelengkan kepalaku perlahan.  Aku tak sangka sampai macam tu sekali!

          "Abang dah beritahu Kimi, selesaikan dulu masalahnya tu sebelum ada apa-apa kaitan dengan Adila.  Abang tak nak Adila terjebak sama.  Kalau pun Adila ada jodoh dengan Kimi tu nanti.  Abang nak Adila diterima baik oleh bakal mertuanya tu..," tambah Afiq Khairul lagi.

          Aku pandang Afiq Khairul.  Aku baru faham!

          Aku pegang pipi Afiq Khairul sambil mengelusnya perlahan.

          "Leha ingatkan abang saja nak susahkan Kimi tuTak sangka pula yang abang cuma tak nak Adila sedih di kemudian hari..." Aku tersenyum.

          Afiq Khairul turut memegang pipiku.

          "Adila satu-satunya adik abang.  Perempuan pula tu.  Abang cuma nak Adila happy.  Jika Kimi boleh bahagiakan Adila, abang tak boleh berbuat apa-apa.  Redha.  Semua terpulang kepada Adila saja," kata Afiq Khairul.

          Aku anggukkan kepala.  Setuju! 

          "Abang... Sepatutnya, abang explain kat Adila.  Leha rasakan, dia dah ada feeling kat Kimi tu... Kesian pula kat Adila." Aku cuba ambil handphone di sebelahku itu.

          Nak WhatsApp Adila!

          Tapi...

          "Esok pagi baru abang beritahu Adila.  Sekarang dah lewat.  Dan, rasanya Leha terlupa sesuatu..." Nada Afiq Khairul berubah.

          Aku terkedu.  Terlupa sesuatu? 

          Apa? 

          "Leha berani sembunyikan Messenger daripada Kimi tu.  Sejak bila Leha pandai berahsia dengan abang?" soal Afiq Khairul kepada aku.

          Aku senyap.  Lepas tu, senyum sambil tayang gigi... Tahu yang diri ini bersalah!

          "Sorry... Tapi, bukankah abang dah tahu sekarang ni? Ia bukan rahsia lagi.  Awal-awal lagi dah kantoi!" Aku ketawa sambil menahan debaran di dada.  

          Habislah aku!

          Aku tengok Afiq Khairul hanya diam.  Tangannya naik ke bibirku.  

          Aku telan air liur...

          "Abang?" Kalutku apabila dia tunduk dan rapatkan bibirnya ke bibirku.

          Afiq Khairul tersenyum nakal.

          "Hukuman Leha sebab tidak dengar cakap abang..." Habis saja berkata macam tu.  Bibirku jadi tempat singgahan bibirnya itu. 

          Aku pasrah.  Miang sungguh.  Tapi, miang-miang pun suami aku juga!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Keesokan paginya...

          Selepas sarapan pagi, Afiq Khairul memanggil Adila masuk ke dalam bilik study ayah tu.  Aku tengok dari ruang tamu saja.  Lebih kurang 20 minit kemudian, mereka berdua keluar.  Aku tengok Afiq Khairul menepuk-nepuk perlahan bahu Adila.

          "Adila fikir masak-masak.  Jangan buat keputusan yang terburu-buru," pesan Afiq Khairul kepada adiknya itu.

          Adila anggukkan kepalanya saja.  

          Aku tahu, Afiq Khairul dah beritahu Adila perkara yang sebenarnya.  Kini, semuanya terpulang kepada Adila saja.  Memandangkan Afiq Khairul tidak membantah, apa pula keputusan Adila?


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Habis saja kelas pada sebelah petang tu, Adila bergegas pulang ke rumah.  Bersiap dan booking Grab ke tempat kerjanya.

          Sementara menunggu di luar pagar, Adila terima WhatsApp daripada Ilham Hakimi.

          Ilham Hakimi : Assalamualaikum... Adila, boleh kita jumpa? 

          Adila renung WhatsApp daripada Ilham Hakimi tu.

          Adila : Waalaikumsalam.  Okey.  Lepas kerja nanti.  Saya tunggu kat side entrance.

          Adila tekan punat send dan kemudian menarik nafas panjang.  Apa-apapun, dia perlu bercakap dengan Ilham Hakimi secara berdepan.  

          Tidak lama kemudian, kereta yang ditunggu datang.  Adila bergerak ke tempat kerjanya.  Semasa Adila nak melangkah masuk ke dalam cafe, Adila berselisih bahu dengan seorang wanita yang sangat bergaya.  Walaupun wanita tersebut sudah berusia, namun penampilannya tetap cantik, elegent and classy gitu!  

          "Awak pasti ke yang dia kerja di cafe ni?" Adila terdengar perbualan wanita tersebut.

          Wanita ni cari siapa? Fikir Adila dalam hati.

          "Okey, thank you." Habis saja berbual di handphone miliknya itu, wanita tersebut berpaling dan tengok Adila di hadapannya itu.

          "Are you working here?" tanya wanita tersebut.

          Adila anggukkan kepala.  Customer kot?  

          "Yes," balas Adila sambil tersenyum manis. 

          Wanita tersebut melihat Adila dari atas hingga bawah.  Adila jadi kekok... Kenapa?

          Pantas wanita tersebut mengeluarkan sesuatu daripada handbag di tangannya itu.  Sekeping gambar.  Wanita tersebut melihat gambar tersebut dan kemudian melihat Adila semula.

          "Apa hubungan awak dengan Ilham Hakimi?" tanya wanita tersebut kepada Adila.

          Entah kenapa, Adila rasa tidak sedap hati.  Siapa wanita ni?



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest)

~ Alamak, siapa tu? Sian Adila... 😌

~ Apa-apapun, terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-50 ni.  Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

568K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
2.3M 67.7K 41
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pe...
619K 37.6K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...