Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

85.6K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 17

1.7K 127 21
By stargazell

  Selamat membaca~

--------

  SYUHADA memandang cincin yang berada pada jari manisnya saat ini. Lama dia merenung cincin yang tersemat cantik pada kedudukannya.

  Cincin itu tanda pertunangan dia dan Aizat.

  Seketika satu lagi cincin dalam genggaman tangan kanan dilihatnya. Cincin yang walhal sudah lama masih lagi bersinar. Cincin ini dia sayang.

  Cincin tanda pernikahan dia dan Farhan.

  Dia tak mahu lepaskan cincin itu. Itu cincin arwah mertuanya dan arwah suaminya yang pilih. Mana mustahil dia mampu lepaskan. Itu saja memori yang ada.

  Tapi dia tak boleh juga nak hampakan hati Aizat. Aizat sendiri minta dia cabut cincin kahwin dia dan Farhan.

  Seminggu yang lepas, setiap hari dia lakukan solat istikharah. Dia runsing dengan mimpi-mimpi yang dia alami. Aizat ataupun Farhan yang patut dia pilih? Mana dia dapat tentukan kalau wajah mereka seiras. Mimpi yang sama datang namun dia masih pening. Namun hadirnya seorang anak dalam pelukan si lelaki itu, dia yakin Aizat orangnya.

  Jadi selepas dia berazam habis, dia bertemu dengan Aizat dan nyatakan persetujuannya. Sangkanya sampai situ sahaja, terbeliak biji matanya saat Aizat menghulurkan kotak cincin. Katanya sebagai tanda pertunangan.

  Jadi secara teknikalnya, dia kini tunangan Aizat.

  Satu perkara yang dia berat lakukan pastilah mencabut cincin Farhan dan disimpan kemas. Itu permintaan Aizat yang dia perlu akur.

  Syuhada capai kotak Farhan. Cincin Farhan diletakkan dalam kotak tersebut. Polaroid gambar mereka direnung lama. Maafkan saya Farhan!

  Terus dia tutup dan simpan. Dia tak mahu lagi menangis kerana teringatkan arwah. Lagipun, dia kini di atas titian. Sama ada menjadi bidadari Farhan ataupun bidadari Aizat.

  Yang lagi tidak sangka, kata Aizat secepat mungkin mereka perlu bernikah. Alasannya Mak Mah tak sabar nak dapat cucu. Merepek!

  Aizat sudah beritahu, dalam tempoh tiga bulan mereka akan diijabkabulkan. Seminggu sudahpun berlalu. Mereka belum sempat buat apa-apa persediaan. Masing-masing sibuk dengan kerja. Nampaknya hujung minggu saja mereka ada masa untuk mencari barang.

  Syuhada sudah maklumkan kepada Amri tentang pertunangan mereka melalui aplikasi WhatsApp. Lelaki itu diam lama. Dua tanda tick sudah bertukar biru untuk beberapa minit. Sangkanya Amri tidak mahu balas. Amri balas juga, walhal dengan ucapan tahniah. Syuhada yakin lelaki itu terkesima. Dia tidak salahkan Amri. Ini pilihan dia. Dia yang perlu tanggung semuanya.

  Selama tiga bulan persediaan, Syuhada tak rasa dia mampu ambil tahu perihal arwah Farhan. Hatta mungkin sukar untuk dia cari masa. Tiga bulan bukan tempoh yang singkat. Macam-macam perlu mereka cari.

  Syuhada tidak pernah buat semua ini. Dulu sewaktu bersama Farhan, mama dan papa Farhan yang tolong. Dia segan untuk melebih. Dia cuma turutkan wasiat arwah ibu dan ayahnya sahaja. Tidak lebih. Tapi percaturan Allah itu indah, hubungan mereka bahagia walaupun ditimpa banyak duka. Syuhada boleh jujur, dia sayang hubungan itu. Sehingga ke saat ini, arwah Farhan orang yang dia sukar lupakan. Jasa arwah banyak. Terlalu banyak.

.

.

   "KURSUS kahwin saya minggu depan hari sabtu. Awak tak perlu pergi lagi. Jadi mungkin hari tu awak boleh rehat Syu. Ataupun awak ada benda lain nak cari untuk kita?" Tanya Aizat sebaik mencatit semua persiapan. Mak tiada di sini untuk bantu persiapan semua. Bila diajak ke sini, laju saja wanita itu tolak. Aizat hanya akur. Jadi, merekalah yang perlu siapkan semua.

  Sudah mereka bincang untuk jalankan pernikahan ini di masjid sahaja. Aizat sudah maklum Syuhada yatim piatu dan mereka juga tidak mahu bernikah di Perlis. Aizatlah yang bantah terlebih dahulu. Katanya nanti semua orang kampung tak senang melihat dia bahagia.

  "Tak apalah saya duduk rumah jelah Aizat. Penatlah hari-hari kena pusing mall cari barang. Hari minggu kerja. Bagilah saya rehat juga." Omel Syuhada.

  Aizat tayang sengih seraya mengangguk.

  "Boleh. Untuk bakal isteri saya semua boleh."

  Entah kenapa Syuhada jadi malu. Mungkin gelaran 'bakal isteri' tersebut. Sudah 7 tahun dia pegang gelaran balu, kini bertukar kepada tunang dan tak lama lagi sebagai isteri orang. Dia tak sangka.

  "Kita pergi cek darah bila pula?" Tanya Syuhada menyelit melihat kertas yang berconteng, hasil kerja Aizat.

  Aizat terdiam sebelum memandang serata kertas. Mencari di mana dia catatkan hal tersebut. Cek darah. Memang penting untuk cek HIV.

  "Itu kita buat tiga minggu sebelum nikah. Lebih kurang sebulan lebih macam tu. Kenapa awak tanya yang lama lagi? Kenapa tak tanya bila nak fitting baju?" Tanya Aizat dengan sengihan melebar.

  "Buat apa nak tanya fitting baju? Baju pun tak tengok lagi."

  "Manalah tahu. Selalunya bukan perempuan tak sabar nak fitting baju ke?" Soal Aizat kembali. Entah, biasanya dia tengok kaum hawa yang akan melebih di butik persalinan pengantin.

  "Bukan semua perempuan sama Aizat."

  "Jadi kiranya saya beruntunglah?" Aizat pandang Syuhada dengan senyuman lebar. Suka dia tengok wajah di depannya senyum walaupun tak selebar dia, tapi masih dia suka. Tidak perlu dia hadap pandangan maut gadis ini lagi. Seram!

  "Kenapa pula?" Syuhada berkerut dahi.

  "Dapat perempuan yang rare macam awak. Selamatlah duit saya." Aizat buat gaya mengelap peluh. Kemudian dia sendiri yang gelak. Matanya melirik memandang Syuhada yang tersipu malu.

  Semakin lega hatinya. Gadis ini sikit demi sikit makin dekat dengan dia. Dan inshaAllah akan berada dalam pelukannya.

Continue Reading

You'll Also Like

376K 14.8K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
496K 39.3K 65
Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih...
1.9M 82K 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Da...
44.8K 3.4K 61
02 | Wattpad | November 26, 2020 Perkara yang tidak terjangka terjadi. Pembatalan perkahwinan antara Aura Helena dengan Rafeeq terjadi disebabkan ora...