Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 3 2

7.7K 409 51
By nuggetcaramel_


Sedang khusyuk aku menyelesaikan soalan yang diberikan oleh Cikgu Ain, tiba-tiba bahuku disenggol. Aku terus menoleh. Kelihatan Fathia sedang berpeluh-peluh.

"Eh kau kenapa ni? Berlari ke?" tanyaku pelik. Berpeluh-peluh dan muka pun nampak cemas.

"Kka.. Kau nampak Rizqin tak?" tanya Fathia.

Aku terus melihat tempat Rizqin yang kosong itu. Baru aku sedar dia tiada.

"Eh ha'ahlah. Mana dia? Tak datang sekolah ke?" tanyaku.

"Tak. Dia datang. Tadi aku nampak dia dekat bilik locker. Aku ajak dia masuk kelas sama-sama. Lepas tu dia kata masuk dulu sebab dia kena pergi mana entah," jawab Fathia. Dia mengelap peluh-peluh di dahi. Fathia ni tak boleh cemas langsung. Nanti kau tengok habis basah baju dia berpeluh.

"Dia pergi bilik disiplinlah," celah Zarif.

Aku baru sedar bahawa hanya aku dan Zarif sahaja yang ada di meja kumpulan kami. Ainul tidak boleh datang kerana ibunya nikah hari ini. Farisya masih belum balik dari kampung.

"Ha kenapa dia pergi bilik disiplin? Dia ada buat salah ke?" tanya Fathia.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa semalam dimana Rizqin berada di dalam tandas perempuan. Aku terus tergelak. Mampus Rizqin kalau Fathia tahu ni. Zarif dan Fathia memandangku pelik.

"Kau dah kenapa ketawa tiba-tiba ni?" tanya Fathia. Aku menggeleng.

" Kau tahu ke kenapa dia masuk bilik disiplin?" tanya Fathia.

" Aaa tak tahu," balasku. Fathia merenungku tajam.

"Kau tahukan sebenarnya?" tanya Fathia. Aku menggeleng.

"Ish kau tahu! Cepat bagitahu sekarang," arah Fathia sambil menolak bahuku.

"Mana adalah!" tipuku.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu kelas diketuk. Pintu kelas terus terbuka. Terpacul wajah seorang pengawas perempuan disitu.

"Kenapa?" tanya Cikgu Ain pada pengawas itu.

"Maaf mengganggu. Diminta Safiya masuk ke bilik disiplin sekarang," ujar pengawas itu.

Aku memandangnya pelik. "Aku?" tanyaku. Seisi kelas mengalihkan pandangan ke arah aku.

"Ya. Engkaulah. Tak ada orang lain dalam sekolah ni yang selalu kena panggil," ujar pengawas itu. Dia menjelingku. Fathia memandangku pelik.

"Kau ada buat salah sekali dengan Rizqin ke? Ops. Kau? Dde.. Dengan Rizqin? Buat benda tak elok ke?" tanya Fathia terkejut.

"Kepala otak kau! Jangan fikir bukan-bukanlah. Dah aku pergi dulu," ucap ku lalu melangkah pergi.

Perlahan-lahan kakiku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Aku terkejut. Kelihatan Cikgu Diyana, Teacher Aireen, Khaira dan Cikgu Syazwan memandangku serius. Aku terus masuk ke dalam bilik tersebut.

"Kau ni nama sa ja pengawas. Tapi sudah lebih 10 kali ada kes masuk bilik disiplin. Duduk," ujar Cikgu Syazwan. Aku tersenyum nipis.

Sekilas ku menoleh ke kanan, aku ternampak Rizqin sedang duduk di kerusi yang lain sambil termenung. Aku memandangnya pelik.

"Dah kenapa dia tu macam orang putus cinta?" monologku.

"Tak payah sibuk hal dia. Duduk selesaikan kes kau sekarang," ujar Teacher Aireen. Aku terus duduk.

Aku terkejut entah kenapa tiba-tiba aku rasa Teacher Aireen garang. Bukan ke sebelum ni aku baik baik sahaja dengan Teacher Aireen? Dia juga benci aku sebab kes kebakaran ke? Tapi kenapa.

Tiba-tiba pintu dikuak kasar dari luar. Terpacullah wajah Airiel yang nampak tenang walaupun dipanggil masuk ke dalam bilik disiplin itu. Dia mengusap kasar belakang kepalanya itu. 'Aku dah agak kenapa aku kena panggil ,' desis hatinya.

Airiel terus melabuhkan punggungnya di sebelahku. Jarakku dan dirinya hanya beberapa inci. Sangat dekat hingga aku berasa tidak selesa lalu menjauhkan sedikit diriku dengannya.

"Kamu berdua tahu kenapa dipanggil kesini?" tanya Cikgu Syazwan. Aku menggeleng laju.

"Tahu," balas Airiel tanpa memandang Cikgu Syazwan. Aku terus mengalihkan pandangkan kepada Airiel.

"Jadi memang kau orang berdua yang buat," ujar Cikgu Syazwan.

"Tak," jawab Airiel laju.

"Tak tak saya tak faham. Apa yang saya dah buat sekarang ni?" tanyaku.

"Kau dah curi MacBook Cikgu Diyana kan?" soal Khaira.

"What? Masa bila pula aku curi ni?" soalku bengang dituduh begitu sahaja.

"Apa kau nak cakap? Aku ada buktilah. Tak payah nak menafikan lagi. Mengaku sajalah!" balas Khaira menaikkan suaranya.

"Hello ingat aku miskin sangat ke sampai nak mencuri," balasku. Tiba-tiba sahaja hatiku panas mendengar Khaira meninggikan suara.

"Okay. Jangan terdiam pula nanti kalau dah tengok video ni," balas Khaira lalu menghulurkan telefonnya. Aku terus menyambut huluran tu lalu memulakan video yang berdurasi 2 minit itu.

Aku terkejut melihat aku dan Airiel berada didalam video itu. Tergamamku melihat. Jadi betullah apa yang di kata oleh Airiel. Kami telah diperhatikan. Video itu berakhir dengan Airiel menarik aku pergi dari situ.

"Ini je?" tanya Airiel.

"So, dah ada bukti. There is nothing you can do," ujar Khaira.

"Are you sure?" tanya Airiel. Dia tersenyum sinis.

"What do you mean?" tanya Khaira pelik.

"There's no scene shows that we're stealing. We just talked something and stepped out from the music room. Meanwhile you were still sitting there and recording us," balas Airiel. Dia masih tersenyum sementara Khaira sudah tercengang dan cuak. Aku juga tersenyum mendengar jawapan Airiel.

"Yah. And maybe it's not us who stole it but you stole it. It's possible teacher," ujarku pula. Muka Khaira sudah merah geram dengan bidasan kami.

"Eh kau jangan nak putar belitkan ceritalah perempuan! Kau dah mencuri tu mengaku sajalah!" tengking Khaira terus berdiri.

"If I were the one who stole it, I would have been scared like you," balasku tenang. Aku juga berdiri.

"Khaira, awak ambil MacBook cikgu?" tanya Cikgu Diyana mengesyaki Khaira pula.

"No! She stole it! Not me!" bidas Khaira meninggikan suara.

"If I stole it, then prove it!" balasku meninggikan suara juga. Aku merenung tajam anak matanya.

"Sudah berhenti. Kalau gaduh macam ni tak buahkan hasil apa-apa pun. Kalau benar kamu berdua tidak curi. Jadi, buktikan. Buktikan yang kamu tidak mencuri. Saya bagi masa 3 hari sahaja untuk kamu cari bukti. Kalau tak ada, kamu bertiga perlu terima hukuman dan ganti MacBook cikgu Diyana. Dah masuk kelas," putus Cikgu Syazwan. Sakit telinga mendengar kami berdua bergaduh.

Khaira terus melangkah keluar dari bilik disiplin dengan marah. Kakinya dihentak dengan kuat. 'Bodoh, tak pasal pasal aku yang kena,' desis hatinya panas.

"Both of you memang sengaja nak putar belitkan cerita kan?" celah Teacher Aireen yang dari tadi mendiamkan diri.

"Senyaplah," balas Airiel selamba lalu keluar dari bilik itu. Aku terus mengikuti langkah Airiel. Teacher Aireen memerhatikan kami sambil tangan menggenggam penumbuk.

Apabila kami sampai diluar, aku terus menarik tangan Airiel. Airiel menoleh ke belakang.

"Memang kau ke yang curi?" tanyaku.

"Kepala otak kau. Buat apa aku curi kalau aku boleh beli sendiri,"balas Airiel bengang. Dia ni tadi beria support aku. Lepas tu suspek pula.

" Habis macam mana nak cari bukti ni?" tanyaku.

"Aku tahu. Kau nak ikut aku ponteng kelas?" tanya Airiel.

"No way. Cukuplah aku ponteng sekali hari tu. Kau tahu tak esoknya aku tak tahu nak buat homework macam mana," balasku serik.

"Kalau macam tu, petang ni ikut aku," ujar Airiel.

"Ikut? Pergi mana?" tanyaku.

"Tempat yang kau akan ternganga bila tengok," jawab Airiel.

Tempat yang buat aku ternganga? Dia nak bawa aku pergi club ke ? Ke tempat pelacur?

*********

Farisya terus melangkah masuk ke dalam rumah sambil menarik luggage miliknya. Puan Zarina terus menyambut anaknya dengan senyuman lalu menghulurkan tangannya. Farisya terus mengucup tangan Puan Zarina.

"Macam mana? Best dekat kampung?" tanya Puan Zarina.

"Isya nak naik, mama. Isya penat. Assalammualaikum," balas Isya. Ketat sahaja mukanya melangkah ke biliknya.

"Ah naiklah. Waalaikumsalam," balas Puan Zarina. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang terjadi kepada anaknya. Dia memerhatikan langkah Farisya yang sayu itu.

"Mama," panggil Hakim. Puan Zarina terus menoleh ke arah Hakim lalu bersalaman.

"Kenapa dengan Isya tu?" tanya Puan Zarina.

"Isya? Kenapa dengan dia?" tanya Hakim pula.

" Esh. Mama tanya Hakim. Hakim tanya mama balik kenapa?" balas Puan Zarina.

"Ha? Tak tahu. Hakim tengok dia biasa je. Cuma tak kepoh macam selalulah," ujar Hakim.

"Hakim, perempuan kalau dia diam ada makna. Mungkin dia terasa, dia sedih ke apa. Hakim kena tanya. Itu isteri Hakim. Tak boleh biar macam tu. Nanti dia rasa stress, tak disayangi, orang tak faham dia. Kita kena tanya dia kenapa dia diam, senyap, sedih macam tu," celah Encik Fadhli pula.

"Tapi Hakim tak ada buat salah," ujar Hakim.

"Are you sure?" tanya Puan Zarina.

Hakim diam. Betul ke dia tak ada buat salah? Dia mengeluh.

"Maybe Hakim memang ada buat salah dengan dia," ucap Hakim tunduk.

"Hakim pergilah masuk bilik tanya dia sendiri," ujar Puan Zarina. Hakim mengangguk.

"Hakim masuk dulu ya, Assalammualaikum," ujar Hakim.

"Waalaikumsalam," balas Puan Zarina dan Encik Fadhli.

Hakim perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia melihat bilik itu kosong. Tiba-tiba Farisya keluar dari tandas. Dia menoleh ke arah Hakim.

"Isya, aku nak cakap sikit," ujar Hakim. Dia terus menutup pintu.

"Aku tak nak cakap dengan kau. Tolong keluar, aku tak pakai tudung," pinta Farisya tanpa memandang Hakim. Dia menutup kepalanya menggunakan tuala.

"Kenapa kau kena pakai tudung? Kita suami isterikan," tanya Hakim.

"Hakim, tolong keluar,"

"Why?"

"Hakim!" marah Farisya.

Hakim terus melangkah mendekati Farisya dengan laju lalu menarik tuala dipakai di kepala.

"I'm your husband!" bidas Hakim geram. Tuala yang di pakai terus jatuh ke lantai. Okay dia pakai baju dan seluar ya. Bukan telanjang.

Farisya menitiskan air mata yang ditahan dari semalam. Dia merenung mata Hakim sayu.

"Kenapa aku perlu tunjuk aurat aku sedangkan nanti kau tinggalkan aku juga? Kau tak pernah anggap aku isteri aku pun kan?" tanya Farisya sayu.

"Isya,"

"Aku tahu aku tak cukup sempurna untuk kau. Tapi tolong hormat aku. Tolong layan aku macam isteri kau sementara kita masih ada ikatan. Memang aku tahu kau tak ikhlas kahwin dengan aku, jadi suami aku tapi tolong layan aku dengan baik. Tolong jaga perasaan aku juga. Perlu ke cakap depan budak-budak tu kau akan kahwin lagi nanti? Perlu ke tinggalkan aku macam tu ja masa aku sakit?" luah Farisya. Dia menangis.

"Ak.. Aku..."

"Aku tahu Audrey lagi lama jaga kau. Aku tahu dia kenal kau lagi lama dari aku. Dia tahu macam-macam pasal kau. Tapi, tak boleh ke bagi aku peluang untuk kenal kau? Aku tahu aku tak cantik macam Audrey. Tapi tolong, tolong jaga hati aku," sambung Farisya.

Air mata Hakim bertakung di tubir mata. Dia terus menarik Farisya ke dalam pelukannya.

"I'm sorry," ucap Hakim ikhlas. Dia mengusap kepala Farisya lembut sementara Farisya menangis sepuasnya.

"I'm a bad husband. I'm sorry my dear," ucap Hakim.

"Isya," panggil Hakim.

Farisya terus meleraikan pelukan lalu menyeka air mata dipipi. Dia tunduk.

"Ya," balas Isya.

"Look at my eyes,"

"No,"

"Please," pinta Hakim. Farisya perlahan-lahan mengangkat kepalanya memandang Hakim.

"Isya,"

"Yes,"

"Will you fulfill your responsibilities as my wife tonight?"

"Wh.. What?!!" jerit Farisya.

"Kata nak aku layan kau macam isteri!" balas Hakim.

"Tapi bukan benda tu!!!" marah Farisya memukul dada Hakim.

"Ala baru nak rasa,"

"PERVERT!" marah Farisya. Dia merenung tajam Hakim.

********

Ainul tidak berhenti menelefon Adam. Sudah lebih 45 kali dia menelefon Adam tetapi dia masih tidak angkat. Dia mengetap giginya geram.

Hari ini hari pernikahan Datin Sheedah dan Encik Razali. Lagi 10 minit majlis bermula tetapi Adam masih tidak hadir. Encik Razali tidak kesah langsung akan ketiadaan anak kandungnya di majlis itu.

Ainul mencarut. 'Bodoh. Apa punya ayah entah. Tak kesah langsung pasal anak kau,' desis hatinya merenung tajam Encik Razali. Encik Razali menoleh ke arah Ainul lalu tersenyum. Dia terus melangkah kepada Ainul.

"Ainul okay? Lagi berapa minit Daddy officially your family," tanya Encik Razali.

"Where's your son?" tanya Ainul serius.

"Daddy tak tahu. Dia lambat sikit kot," balas Encik Razali selamba.

"Uncle tak kesah langsungkan anak KANDUNG uncle tak ada sekarang ni?" balas Ainul sengaja menekan perkataan kandung itu. Geram dia dibuatnya.

"Kenapa ni Ainul? Nanti dia datanglah tu," balas Encik Razali.

"Selagi Adam tak datang, Ainul takkan terima Uncle sebagai ayah Ainul," ujar Ainul.

" He will come. Don't worry," ujar Encik Razali lalu pergi dari situ. Ainul menjeling Encik Razali.

"Ei ada kena sepak bapak tiri aku ni," monolog Ainul geram.

Tiba-tiba telefon dia berdering. Terpapar nama Adam di skrin telefonnya itu. Dia pantas mengangkat panggilan itu.

"Hey! Where are you?!" tanya Ainul. Lega hatinya akhirnya Adam menelefonnya.

"I'm outside watching you now," jawab Adam.

Ainul terus melihat sekeliling. Dia ternampak Adam sedang berada di luar. Dia terus berlari ke arah Adam. Adam tersenyum.

Ainul memandang Adam pelik. " Kenapa kau pakai hoodie? Kenapa tak pakai baju melayu?" tanya Ainul.

"Sorry. I can't be your brother today," ujar Adam. Dia tersenyum palsu.

"What do you mean?" tanya Ainul.

"I need to go," ujar Adam lalu menayangkan passportnya.

"Pergi mana?" tanya Ainul.

"Erm... Holiday?" balas Adam. Ainul mengeluh. Dia sudah tahu sebabnya.

"Your dad...."

"Hehe.. Don't mad at him okay? He's a nice guy. I just... Want to meet my mom,"

"Adam, kita kena pergi sekarang" celah pemandu peribadi Adam. Adam mengangguk.

"Kirim salam mummy okay, adikku. Aku kena pergi sekarang. Bye," ujar Adam lalu terus masuk kedalam keretanya.

"Em.. Okay take care," ujar Ainul. Adam tersenyum sambil melambai ke arah Ainul. Ainul melambainya kembali.

*******

"Ha dah jom keluar," ujar Airiel apabila sampai di parking sekolah. Aku memandang Airiel pelik.

"Kenapa pergi sekolah?" tanyaku.

"Ikut je lah," ujar Airiel.

Aku terus keluar dari kereta lalu melangkah kepada Airiel. Airiel menoleh ke arahku. Dia melihatku lalu tersenyum. Aku memandangnya pelik.

"Apa hal?" tanyaku.

"Comel," ujar Airiel.

Suka dia melihatku memakai hoodie berwarna hitam yang sedondon dengannya. Sebenarnya tadi aku pakai baju lain, tapi dia suruh aku masuk tukar baju. Hoodie hitam ni dia bagi sebab dia kata nampak swag.

Aku pelik. Apa yang swag? Dah lah plain. Cuma selesalah sebab.. Em sebab apa aku tak tahu dan bahagian kepala hoodie sangat besar ya. Mungkin disitulah ia kelihatan swag. Tak sebenarnya satu baju ni besar, lengan pon panjang. Dia bagi aku pakai selimut ke apa.

Tiba-tiba Airiel menarik tanganku yang berlapik dengan lengan hoodieku. Laju kami berlari. Aku hanya akur. Aku tak faham. Kenapa perlu berlari?

"Kenapa kau ni? Kita sorok dari apa sebenarnya?" tanyaku.

"sorok dari pak guard, tukang kebun, cleaner dan cctv," balas Airiel perlahan. Matanya masih fokus memerhatikan sama ada laluan itu selamat atau tidak.

"Kenapa nak sorok? Kita nak buat benda jahat ke?" tanyaku agak kuat.

"Shh!" Airiel pantas menolakku kedinding lalu menutup mulutku. Mataku membulat.

"Diam. Mereka ada dekat dengan kita," arah Airiel kerana terdengar suara makcik cleaner dan pekebun sekolah sedang berbual.

Airiel terus memerhatikan mereka yang berjalan melepasiku dan Airiel. Apabila mereka sudah jauh, Airiel terus melepaskanku. Aku terus menarik dan menghembuskan nafas dengan kuat. Hampir pengsan aku terpaksa tahan nafas agak lama tadi. Airiellah ni tutup hidung aku skali.

"Cakaplah kenapa kita kena sorok," ujarku sambil menarik lengan hoodie Airiel.

"Nanti dah sampai kau tahulah," balas Airiel.

Airiel memerhatikan setiap laluan yang tiada cctv dan sesiapa. Dia pantas menarikku lalu berlari ke suatu tempat. Aku hanya akur.

Akhirnya selepas 20 minit bersembunyi, kami sampai di destinasi. Bodoh apa aku terpaksa berbual dengan makcik Rina tu tadi. 15 minit tahu tak. Ini semua sebab Airiel tolak aku. Dia kata pergi curi perhatian makcik tu. Tak pasal pasal aku kena berbual dengan makcik tu. Dahlah kuat gosip . Hey meluatlah!

Aku memuncungkan mulut masih sakit hati dengan Airiel. Airiel masih tidak melepaskan tanganku. Dia terus menekan kata kunci di dinding itu. Aku tak faham betul dia buat apa ni tekan-tekan dinding tu. Bukannya ada apa pun.

Tiba-tiba pintu di dinding itu terbuka. Aku ternganga. Airiel menarik aku masuk kedalam.

"What the kucing?! Macam mana boleh ada bilik dekat sini!" monologku. Airiel tersenyum.

Apabila kami masuk, senyuman Airiel terus mati. Kelihatan Haikal, Daniel dan Hakim sedang duduk di situ sambil bermain ps4. Mereka bertiga terus menoleh ke arah Airiel.

"Yow!" ujar Haikal sambil melambai-lambai. Hakim dan Daniel tersenyum melihat Airiel yang sedang bengang itu.

"Asal kau orang ada dekat sini?" tanya Airiel. Aku terkejut melihat bilik itu sampai tidak sedar akan kewujudan Hakim, Daniel dan Haikal disitu.

"Kita orang nak tengok cctv pasal kau kena tuduh curi MacBook tu," jawab Daniel.

Airiel melangkah ke arah mereka bertiga sambil tangan masih menggenggam tanganku. Tidak ada langsung rasa mahu senyum Airiel disitu.

"Ouh. Dah pandai bawa perempuan balik sini, ye boboy," ujar Hakim sambil melangkah ke arahku dan Airiel. Aku terus memandang Hakim yang sedang merenungku.

"Bodoh. Diam bodoh," Airiel merenung Hakim tajam.

"Mama tak sangka boboy jadi macam ni. Lama tak lawat mama. Tiba-tiba balik dah bawa perempuan!" ujar Hakim sambil bercekak pinggang seperti makcik makcik.

"Bab*lah," maki Airiel.

"Macam mana bilik ni boleh ada dekat sekolah ni?!" celahku menjerit kuat sambil menolak Airiel.

"Kita orang kan kreatif. Kau apa tahu," ujar Hakim.

"Huh.. So inilah tempat kau orang ponteng sekolah selalu," ujarku sambil melihat sekeliling bilik itu.

"Ya. Kau bagitahu orang lain siap kau,"

"Aku nak bagitahu Cikgu Syazwanlah,"

"Ouh. Bagitahulah," ujar Airiel,Hakim, Daniel dan Haikal serentak. Mereka tersenyum sinis melihatku. Aku terus menoleh ke arah mereka berempat yang sedang berdiri melihatku.

"Jja.. Jangan cakap banyak lagi bilik yang kau orang buat dekat sekolah ni," ujarku.

"Well. It's true," balas mereka berempat serentak.

"Sh*t! Aku tak faham macam mana kau orang buat?!" Hampir gila aku memikirkan kewujudan bilik ini. Bila masa mereka buat? Macam mana mereka buat tanpa orang lain tahu?!

" Tak payah fikir. Nanti kau sendiri gila," ujar Haikal.

"Dah cepatlah, kita nak cari bukti ni," ujar Airiel lalu menarik aku ke sudut yang penuh dengan tv yang memaparkan camera cctv.

"Waaaaaaaaaa" ujarku kagum. Airiel tersenyum.

"Ouh, dah pandai senyum dekat perempuan," celah Hakim lagi. Airiel merenung Hakim tajam.

"Jangan sampai aku rosakkan kereta kau esok," gumam Airiel berbaur ugutan.

"Ha cepatlah tengok ni," ujarku sambil melabuhkan punggung di salah satu kerusi di situ.

Airiel terus duduk di sebelahku lalu menekan-nekan pad kekunci itu.

"Kau ingat tak pukul berapa kita ada dekat dekat bilik muzik?" tanya Airiel.

"Em.. Dalam pukul 1 rasanya," jawabku.

"Berapa minit kita duduk situ?"

" Tak lama. Dalam 30 minit mungkin," ujarku.

Airiel terus berhenti menaip lalu fokus melihat monitor yang memaparkan kamera cctv di laluan hadapan bilik muzik dan dalam bilik muzik. Aku juga fokus memerhatikan.

Kelihatan seorang pelajar masuk ke dalam bilik itu lalu mengambil MacBook disitu. Airiel terus memberhentikan video itu lalu zoom ke muka pelajar itu. Malangnya kami hanya nampak matanya sahaja tetapi tidak nampak keseluruhan mukanya kerana ditutupi dengan topeng muka.

"Ish siapa perempuan ni ha?" tanya Airiel geram.

"Ni mesti Khaira ni," ujarku.

"Khaira? Are you sure?" tanya Airiel pelik.

"Kenapa? Memang dia je ada dekat situ kan dan pelajar tu tak pakai tudung. Dia pakai hoodie je. Aku yakin ni Khaira," jawabku.

"No. No kita kena tengok betul-betul. I don't think it's her," ujar Airiel.

"Mungkin bukan kita dan Khaira. Mungkin pelajar lain," ujar Airiel.

"But who?" tanyaku.

"Eeeee kenapa kau buat sims aku tet*k dia besar sangat?!" marah Daniel kepada Hakim kuat. Aku dan Airiel terus menoleh ke arah Daniel.

"Hahaha. Okeylah tu. Baru cantik," ujar Hakim lalu membesarkan pula saiz punggung kartun di dalam game tersebut.

"Eeee tu taste kau lah nak besar besar! Aku nak yang kurus putih putih je!" marah Daniel membaling patung panda kemuka Hakim.

"Ouh kalau macam tu kita tukar warna kulit dia jadi hitam," ujar Hakim.

"Bod*h! Malaslah main. Nak balik!" marah Daniel merajuk. Buat pengetahuan kamu semua ya, Daniel adalah seorang yang sangat kuat merajuk walaupun muka macam taiko.

" Weh Adam pergi mana ni do?!" jerit Haikal tiba-tiba.

"Asal?" tanya Airiel.

"Dia kata dia pergi Amerika!" jawab Haikal. Airiel,Hakim dan daniel terdiam.

********

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Datin Zahra menyilangkan tangan di dada sambil duduk di sofa menungguk dua orang anak bongsunya yang masih belum balik. Panas hatinya menunggu mereka. Kalau dapat ni ingin saja ditumbuk tumbuk buat sambal belacan.

"Wan call adik Wan si Zarif tu. Zaf call si Safiya. Mana entah budak bertuah ni. Dari pukul 4 keluar tak balik balik lagi. Makan malam pun tak join! Nak kena ni!" arah Datin Zahra tegas.

"Dah call banyak kali dah ummi. Dua dua tak angkat," ujar Zafril.

" Tunggulah balik nanti ummi pukul seorang seorang. Dah pindah sekolah ni makin menjadi-jadi perangai! SPM dah nak dekat masih tak belajar betul betul!" marah Datin Zahra.

Tiba-tiba pintu dibuka terpacullah wajah Zarif yang serius itu. Dia sangat penat selepas menghantar Farah berjumpa dengan doktor peribadi sebentar tadi. Farah tidak boleh memandu kerana trauma akan kemalangan yang dialami olehnya beberapa bulan lepas.

"Zarif! Duduk sini sekarang!" arah Datin Zahra. Zarif hanya akur lalu duduk di lantai menghadap Datin Zahra.

"Zarif pergi mana tadi?" tanya Datin Zahra.

"Ummi, Zarif penatlah. Boleh tak bagi Zarif mandi bersihkan diri apa semua dulu? Penat sangat ni," ujar Zarif.

"Apa? Penat buat apa? Ummi tanya Zarif pergi mana? Kenapa tak jawab?" tanya Datin Zahra bertalu-talu.

"Kalau Zarif cakap nanti ummi marah pula,"

"Kenapa? Zarif pergi mana sampai ummi nak marah? Pergi club ke? Ke pub?"

"Apa ummi ni? Tak ada masalah Zarif nak pergi situ. Tak ada manfaat pun,"

"Habis pergi mana?"

"Pergi hantar kawan Zarif pergi hospital,"

"Kawan? Farah ke yang Zarif maksudkan kawan?"

"Yes. Dia kawan Zarif,"

"Apa Ummi cakap dengan Zarif hari tu? Ummi kata jangan kawan dengan dia kan! Apa susah sangat Zarif nak dengar cakap ummi?!" marah Datin Zahra lalu memukul bahu Zarif.

"Kenapa Zarif tak boleh kawan dengan dia?! Kenapa?! Ummi cakap sekarang!" tengking Zarif. Dia terus berdiri apabila timbul amarah di dalam hatinya.

"Sebab perempuan tu Zarif tak belajar, jejaskan kesihatan diri sendiri dan paling teruk. Sebab dia lah anak ummi phobia dengan api sampai tak boleh tidur malam!" jawab Datin Zahra. Zarif terkejut.

"Mana ummi tahu dia yang buat?"

"Ummi tengok chat Zarif dengan Farah ya. Zarif ingat Zarif boleh sorokkan dari ummi?" balas Datin Zahra.

"Sampai hati ummi masuk campur hal Zarif sampai macam ni. Ummi memamg tak sayang Zarif kan?!" tengking Zarif. Air matanya mengalir.

"Zarif! Stop! Ingat sikit Zarif tu anak ummi! Ummi yang lahirkan Zarif! Bukan perempuan tu!" marah Abang Wan tegas.

"Kauorang semua sama je. Selalu lebihkan Safiya sampai tak ingat ada aku dalam keluarga ni!" balas Zarif.

Zafril pantas bangun lalu menampar pipi Zarif kuat. Datin Zahra terkejut melihat perlakuan Zarif.

"Sudah! Aku tahu kau marah! Tapi tolong jaga percakapan kau! Itu ibu kau sendiri!" marah Zafril pula. Degup jantung Zarif meningkat kerana sangat marah. Dia terus melangkah ke biliknya.

Ayuni yang dari jauh memerhatikan Zarif itu hanya mendiamkan diri. Zarif memghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Ayuni. Ayuni terus membuat bahasa isyarat ' tak apa, ayuni ada' kepada Zarif. Zarif tidak memberikan reaksi lalu terus melangkah ke bilik.

"Macam mana dia boleh kurang ajar sangat sampai macam tu eh?" tanya Abang Wan.

"Tulah. Terpengaruhlah tu. Haritu awal-awal nak masuk sekolah tu kata tak terpengaruhlah. Tak ada disiplinlah. Last-last dia pun sama saja," ujar Zafril.

Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Mereka bertiga terus mengalihkan pandangkan ke arahku yang perlahan-lahan menutup pintu. Aku tersenyum melihat mereka.

"NI LAGI SORANG!" ujar Zafril dan Abang Wan kuat. Aku tersenyum malu.

"Hehehe. Adik pergi sekolah tadi. Barang tertinggallah. Hehehe alang alang jalan jalan sekali," ujarku sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal.


┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛






Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 118 14
Seorang pemuda berkaca mata hitam keluar dari kereta itu mendapatkan aku. Aku sangkakan dia nak minta maaf kot-kot takut tengok muka aku yang seperti...
40.6K 2K 26
|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23
197K 13.4K 54
[INI KARYA PERTAMA SAYA JADI KEMUNGKINAN AYAT BERTERABUR] Kembalinya 4 orang gadis ke tanah air dengan satu matlamat yang harus dicapai dan kembaliny...
4.2K 612 75
FIRST STORY <3 Disebabkan janji yang telah di janji oleh dirinya sendiri, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dal...