revenge ; parkseonghwa

By geumvengers-

44.3K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... More

intro
one
two
three
four
five
six
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

seven

1.3K 180 45
By geumvengers-

seohee turun ke dapur sambil mengelap rambutnya yang basah. rumah kosong, sunyi aje. ni mesti seonghwa dah pergi kerja. tapi dia bangun pun takdelah lewat mana. awal sangat seonghwa tu keluar.

matanya melilau di sekitar dapur lalu matanya tertancap pada kertas yang tertampal pada dinding peti sejuk.

"nanti yeosang hantar breakfast, lepastu ikut dia pergi kafe" ayat yang ditulis di atas kertas dibaca sebelum dia mencebik.

e dia ni memang taknak mesej terus je ke macam mana? bukannya tak dapat nombor seohee lagi, dah saling bertukar nombor dah pun. tapi nak juga buat macam ni.

seohee membuka peti sejuk, tapi kosong. yang ada cumalah beberapa botol air mineral dan beberapa tin beer. kemudian dia membuka pula pintu kabinet. kosong juga.

"dia ni makan apa kat rumah kalau dah semua kosong je? kenyang minum air je ke macam mana? patutlah dia suruh yeosang hantarkan breakfast" lalu seohee menarik kerusi untuk duduk sementara menunggu yeosang sampai.

"at least dia tak bagi aku kelaparan kat rumah ni kan? hmm ada jugak rasa bertimbang rasa dia tu. ingatkan dah pupus terus" tengah tengah seohee membebel sendiri tu, bunyi loceng terdengar di segenap ruang.

cepat cepat seohee bangun dari kerusi dan bergerak ke pintu. terlihat yeosang sedang berdiri menunggunya untuk membuka pintu dengan plastik makanan di tangan. taknak buat yeosang menunggu lama, seohee menekan punat lantas pintu terbuka secara automatik.

"ingatkan awak belum bangun. nah bos suruh saya hantarkan makanan kat awak" yeosang menghulurkan plastik setelah dia masuk dan berdiri di hadapan pintu.

"ah- okey. thanks"

"er saya tunggu awak kat luar jela. awak makan dulu, nanti dah siap apa semua keluar. saya hantarkan awak ke kafe"

"o.. key" seohee menganggukkan kepalanya perlahan. nak taknak kena jugala okeykan. takkan nak ajak yeosang masuk dalam pula. dahla dia sorang sorang je dalam rumah ni.

tapi kenapa tiba tiba awkward je dorang ni hmm.

"ambik masa awak. saya, kang yeosang sedia berkhidmat untuk woo seohee" yeosang membuat tabik dengan muka serius sehingga membuatkan tawa seohee meletus.

"dahla. kau tunggu luar tu diam diam"

"yaa saya nak lari pun ke mana kan hmm"

"ingat, duduk luar tu diam diam! jangan kau tinggalkan aku sudahla. jalan sini pun aku tak tahu sangat. nanti sesat satu hal pula"

"ya awuck seyya tonggew niew"

fuh budak wicet juga rupanya.

-

tok tok!

"bos, isteri bos dah sampai yuhuuu"

"siapa pulak isteri aku?" balas seonghwa dengan dahi yang berkerut.

seohee mencebik geram. habistu yang dia bagi aku makan pagi tadi tu apa? member la yang tumpang rumah dia? heol.

"elemek bos malu malu pula. seohee la siapa lagi"

seohee menjulingkan matanya ke atas. menyampah. ingat dia hamak ke nak dikenalkan sebagai isteri seonghwa tu?

"hm masukla"

seohee yang tadinya menunggu di luar bilik masuk ke dalam lalu tubuhnya direbahkan ke atas sofa. yeosang terus keluar dan menutup pintu, biarlah pengantin baru tu berbual sikit.

lantas wajah seonghwa dipandang malas. kahwin ke tak kahwin sama je dorang dua ni.

"so apa kerja aku tu?" seohee terus straight to the point, memang taknak belok lagi dah.

"memang taknak cakap terima kasih dulu eh?"

"asal pulak?"

"yela aku dah bagi kau makan kot pagi tadi"

"oh perlu eh?"

seonghwa memandang wajah seohee tidak percaya. boleh pula dia reply 'oh perlu eh?'. takde perasaannya dia ni.

"well aku suruh kau datang sini sebab macam yang kau tanya tadi kan hmm. aku ingat nak suruh kau kerja kat sini"

kerja kat kafe? jadi apa? barista? memangla seohee selama ni dah banyak dah pengalaman bekerja. tapi dalam banyak banyak kerja yang dia buat, tak pernah lagila la dia jadi barista.

"oh kerja apa?"

"kau uruskanla kafe ni"

terkejut seohee mendengarnya. ingatkan kerja bawah bawah tu je. terkejut terkejut juga, tapi dia tak tunjukkan. taknakla seonghwa tu perasan lebih pastu nanti main mainkan dia.

"aku taknak bergurau dengan kau sekarang ni"

"kau ingat kita cukup rapat ke nak bergurau?"

seohee terdiam. ada betulnya juga. nak bergurau pun tak rapat lagi. tapi nak rapat kenala bergurau. tapi lagi buat apa nak rapat dengan seonghwa! buang masa je.

"ehem uruskan, apa maksud kau?"

"lah takkan kau sekolah dulu pun tak belajar maksud uruskan tu apa? takkanla kau ni bodoh sangat kot"

seohee menyumpah seranah seonghwa di dalam hati. dia tanya baik baik, tapi ni balasannya? baru nak puji seonghwa sikit pagi tadi yang dia adalah sikit perasaan bertimbang rasa tu, tapi tengoklah apa yang seonghwa baru je cakap tadi.

"lain kali nak cakap tu terus jelah. tak payah nak berhenti sana sini sampai orang lain susah nak faham. nak senang orang lain faham tu cakap jela kat pokok, takdela banyak bunyi kan"

"kira baiklah aku nak bagi kau kerja ni. banyak songeh pulak"

"aku tak mintak pun kau bagi aku kerja. aku dah berkeras nak tinggal kat rumah aku, tapi kau yang mengada suruh aku duduk dengan kau kan?"

"habistu kau tak fikir guna otak ke apa pulak yang mak ayah aku kata nanti?"

hah gaduh gaduh.

"mak ayah kau. kenapa pulak aku yang kena fikir?"

sesiapa, tolonglah hentikan pergaduhan dua anak muda ini. baru je kahwin semalam, dah gaduh tak ingat dunia.

"sebab dorang dah jadi mertua kau! takkan nak suruh yeosang pulak yang kisah!"

"oh laa mengaku pula. ingatkan dah lupa tadi siapa isteri kau"

"argh serabutlah cakap dengan kau ni. aku suruh kau jaga kafe ni, tu je. aku bagi 100% hak kat kau untuk uruskan kafe ni. takkan susah sangat nak faham?!" seonghwa bangkit dari sofa lalu dia keluar. sempat dia hempaskan pintu semasa keluar.

seohee melopong melihat seonghwa yang tiba tiba nak naik angin tak tentu pasal. tula, tadi orang tanya elok elok. sibuk nak rendah rendahkan orang. lepastu dia pula yang nak marah marah. kalau dia tak start dulu tadi, takdenya jadi macam ni.

pintu terbuka dari luar, lalu wajah risau yeosang menyapa pandangan. yeosang mendekati seohee yang masih tenang di atas sofa.

"awak cakap apa kat dia sampai dia naik angin kat luar tu? semua orang dimarahnya"

"bos kau memang suka marah tiba tiba eh?"

"er memanglah dia macam tu- tapi ni tiba tiba sangat ni. biasanya kalau dia marah pun dia still control marah dia kalau kat luar. takdenya nak mengamuk kat staf lain"

see? baru sehari seohee dah buat seonghwa marah tak tentu pasal. tula seonghwa, pandang rendah kat dia lagi.

tiba tiba telefon yeosang berbunyi. dia melihat skrin, alamak bos dah call pula. lambat laun dia mengangkat juga.

"kang yeosang! sini kau!"

bahu yeosang terhenjut apabila terdengar jeritan seonghwa walaupun dari dalam telefon.

"aaa jap jap saya turun!"

"saya turun dulu. nanti sejukla bos tu" yeosang menggerakkan mulutnya mengikut ayat tersebut kepada seohee. seohee sekadar mengangguk faham. kemudian, yeosang cepat cepat keluar untuk ke bawah.

"haih macam manala yeosang tu bertahan dengan seonghwa. angin on off aje" seohee menggelengkan kepala. kalau dia la, baru jumpa terus letak jawatan. tengok muka dah tahu panas baran dia ee.

tapi yang panas baran tula suami dia hmm.

-

pintu kafe ditolak perlahan untuk keluar. langkah kecil diambil seohee namun laluannya disekat oleh heejin. dia ke tepi, heejin juga ke tepi. ke kanan pula, heejin ikut juga. ehh perempuan ni nak apa ni? seohee hembus nafas kasar.

"kau nak apa ni?"

"s- sorry pasal haritu"

"yang kau tolak aku guna pintu tu ke? aku dah kata yang aku maafkan kau kan? dah, ke tepi" seohee menolak bahu heejin sedikit untuk memberikannya ruang, tetapi heejin keraskan badan.

"b- bukan. yang i sound you pasal you nak mengorat seonghwa tu. i tak tahu pulak yang you tu bakal isteri seonghwa. h- haritu masa habis majlis tu i nak jumpa you, nak mintak maaf tapi tengok tengok you takde. ada seonghwa je. then tadi i tanya seonghwa you kat mana, dia kata you ada kat sini harini. thats why i datang"

"dah habis dah kan? so boleh bagi aku lalu tak?"

mulut heejin terlopong mendengar balasan seohee. punya panjang lebar dia membebel, tu je balasannya?

"ha- habistu you maafkan i tak?"

"aku tahu memang aku tak nampak macam isteri seonghwa. so memang bukan salah kau kalau kau nak kata macam tu kat aku pun. benda dah lepas, bukan salah kau. dah dah ke tepi" kalini, heejin ke tepi juga lepas ditolak oleh seohee. beberapa langkah selepas itu, langkah seohee mati apabila heejin bersuara semula. namun seohee tak berpaling.

"you nampak cantik sangat haritu. sesuai dengan seonghwa"

tanpa memberi apa apa reaksi, seohee meneruskan langkahnya. sesuai ke, tak sesuai ke, apa dia kisah. ni tak tahula pujian datang dari hati ke atau nak mengampu. tapi nak mengampu pun untuk apa kan hmm. tak sedar agaknya yang bagi pujian tadi tu lagi cantik.

dalam diam, cemburu juga seohee dengan kecantikan yang dimiliki heejin. sudahla cantik, bergaya, kaya, lemah lembut pula tu.

jauh beza dengan dirinya. seohee mengeluh perlahan.

"haih"

Continue Reading

You'll Also Like

7K 1.2K 33
( My Cutie Robot : Another Ending ) ❝This tiger loves you, and will always do.❞ ++ Apabila takdir membenarkan mereka untuk bersama. start : 26...
9.7K 1.3K 40
" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|
41.3K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
3.1K 295 15
Dani Inayat X Fareehal Dahlia