revenge ; parkseonghwa

De geumvengers-

44.3K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... Mai multe

intro
one
two
three
four
five
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

six

1.3K 186 29
De geumvengers-

sepanjang majlis berlangsung tadi, seohee terpaksa berpura pura gembira walhal dia kalau boleh nak lari. seonghwa pun ikut je pura pura. dah boleh dapat award dah dorang dua ni, pandai sangat berlakon.

selesai sahaja majlis, seohee memandang seonghwa dengan pandangan mautnya. geram dengan sikap seonghwa tadi. kalau ya pun nak pura pura yang dorang tu happy couple pun tak perlula kiss walaupun kat pipi! dahla seonghwa sentuh seohee sikit pun dia lap balik dah macam jijik sangat, inikan pula seonghwa kiss. alahaiiii mahu disamaknya balik tu.

"kau kenapa duk tenung aku macam tu? tak puas hati lagi?"

"ya memang aku tak puas hati pun!"

"kau faham tak yang sekarang ni kita tengah pura pura je depan orang?"

"and now orang takde depan kita pun kan? suka hati aku lah nak buat perangai macam mana pun"

"dan ya, kalau ya pun aku rasa tak payahla sampai nak kena cium pipi aku! aku tak bagi kau kebenaran pun untuk buat macam tu" sambung seohee.

"habistu kau nak suruh aku buat bodoh je dengan suara orang ramai tu? kau tak fikir ke yang dorang akan syak benda bukan bukan nanti?"

"tapi—" kata kata seohee dipotong.

"kau ingat aku hamak sangat ke nak buat macam tu? huh dasar perempuan perasan" seonghwa tersengih sinis sambil menjeling seohee. tangannya ralit membuka tie.

genggaman tangan seohee sudah sampai ke kemuncaknya. geramnya tak terkata. kesalahan tu pada seonghwa, tapi diletaknya pula pada dia.

"aku nak pergi jumpa seoyeon" kata seohee sebelum pergi tanpa menunggu balasan seonghwa. dia hanya memberitahu, bukan meminta izin. siapa seonghwa untuk diminta izin nak berjumpa dengan adik sendiri?

belakang tubuh seohee yang masih berpakaian pengantin dipandang sehingga bayangan seohee hilang di sebalik dinding.

"dasar degil"

-

seohee menapak perlahan ke rak yang menempatkan bekas abu milik seoyeon. sempat dia singgah di rumah tadi untuk menukar bajunya. rimas pun ada juga.

"seoyeon-ah.."

"eonnie minta maaf sebab terpaksa kahwin dengan dia"

"tapi eonnie dah jadi isteri dia— baru je tadi"

"seoyeon tahu.. eonnie selalu berangan nanti eonnie kahwin seoyeon kena ada untuk tengok eonnie dan jadi wakil keluarga kita. eonnie dah takde orang lain dah dalam dunia ni. eonnie nak cari suami yang baik, kerja elok, takde rupa pun eonnie tak kisah. janji dia layan kita berdua elok" senyuman tawar terbentuk di bibir seohee.

namun tak lama kemudian senyumannya mati.

"tapi tengok apa yang dah jadi? sudahla seoyeon takde, suami pun baiknya jauh sekali. kerja pula entah macam mana tah tu. layanan dia? dia layan kita berdua teruk. seoyeon pergi pun sebab dia"

"eonnie jahatkan sebab pilih dia?"

"tapi eonnie takde pilihan lain"

"eonnie terpaksa kahwin dengan lelaki yang seoyeon sayang.. walaupun dia tu jahat. tapi eonnie jauh lagi jahat. eonnie kahwin dengan crush adik sendiri, sekaligus penyebab adik eonnie pergi"

"kenapa eonnie seksa seoyeon macam tu?"

air matanya diseka. bahunya terhenjut menahan sendu.

"kenapa hidup eonnie macam ni, yeon?"

tanpa seohee sedar, seseorang memerhatinya dari belakang dalam diam. mata yeosang terpaku melihat seohee. hatinya juga dipagut pilu melihat keadaan seohee sebegitu. seohee yang dingin, kenapa begitu banyak dia menerima seksaan? untuk apakah itu?

yeosang mengeluh perlahan. dia tahu memang kerjanya mematuhi arahan seonghwa untuk memerhatikan tindak tanduk seohee. namun dia jadi tak sanggup lihat gadis seperti seohee menderita.

kehidupan seohee ibarat tiada makna, kerja, rumah, kerja, rumah dan terus berulangan. benda yang sama dilakukan berulang kali.

"tsk- eonnie minta maaf, seoyeon-ah" terdengar jelas esakan seohee.

yeosang menggengam tangannya. perlahan lahan, dia mengatur langkah untuk beredar. tidak sanggup terus terusan melihat keadaan seohee yang menyedihkan tu.

i wish i could tell you the truth- but i can't.

-

seohee pulang ke rumahnya dengan tubuh yang longlai. dia kepenatan. malam tadi tak dapat tidur lena disebabkan rasa gemuruhnya. kemudian penat dengan majlisnya lagi. matanya kekal memandang lantai sehinggalah satu suara menegurnya di hadapan pintu rumahnya.

"baru reti nak balik rumah?"

seohee memandang seonghwa dengan pandangan menyampah. suka hati dia la nak balik bila pun, yang seonghwa nak sibuk lebih lebih kenapa? dia ni dah tiada tenaga nak bergaduh mulut dengan seonghwa dah tau.

"rumah aku, bukan rumah kau. so suka hati aku nak balik bila sebab tak mengacau kau pun" seohee menolak seonghwa ke tepi daripada laluannya untuk masuk ke dalam.

"kau tak terfikir yang kau akan terus tinggal sini lepas kahwin dengan aku kan?"

dahi seohee berkerut mendengar soalan seonghwa. soalan apa tu?

"kau gila dah ke nak tinggal rumah asing dengan aku lepas kahwin? dahla jauh nak pergi! kalau orang tahu macam mana? kalau mak ayah aku tahu macam mana?"

ulang ulang tu alasan dia. penat dah telinga ni dengar.

"kau balik jelah. bukan orang tahu pun aku tinggal sini ugh" seohee mengabaikan seonghwa, lantas tangannya sibuk membuka kunci pintu.

tiba tiba seonghwa memegang pergelangan tangan seohee sekaligus menghentikan perbuatan seohee tadi.

"kemas barang kau sekarang. aku tunggu sini"

"lepaslah haish. nak pergi mana pula?" seohee menarik tangannya semula daripada tangan seonghwa. gelila mamat ni apa pegang pegang ni.

"kau kena duduk dengan aku lah. takkan nak duduk asing pula? kau ni mereng betul la"

"rumah kau tu jauhla kalau aku nak pergi kerja! sini kan dekat je"

"so tak payah kerja"

terkebil kebil mata seohee memandang wajah selamba seonghwa. dia ni cakap ikut sedap mulut dia je tau. memanglah gaji untuk kerja tu tak seberapa, tapi seohee memang dah berdikari daripada dulu. takkan tiba tiba nak berhenti. lagi lagi sebab seonghwa ni ha.

"lagipun kat rumah aku tu bukan kita tidur sebilik pun. kau tidurla bilik lain"

seohee masih diam dengan matanya yang masih tepat pada wajah seonghwa.

"pasal kerja tu. ehem aku tahu kau susah nak berhenti kerja, jadi aku takkan suruh kau berhenti suka suka je. aku dah sediakan kerja untuk kau dan gaji dia lebih better so berhenti jelah"

sekurang kurangnya seonghwa ni... takdelah teruk mana kan?

"so kau masuk sekarang, kemas barang yang penting je. barang lain tinggal je dalam tu"

"okay fine" nak taknak seohee mengalah juga akhirnya.

-

pintu dibuka oleh seonghwa dan seohee hanya mengikuti langkah dari belakang dengan beg di tangan. matanya melilau untuk meneroka rumah yang bakal didiaminya. atau mungkin juga boleh dipanggil menumpang hmm.

mak oi besar betul rumah seonghwa ni. kalau nak dibandingkan dengan rumah seohee, hmm ibarat 2/5 je dari rumah seonghwa. ni baru tingkat bawah, belum lagi tengok atas. apahal la rumah besar besar, padahal dia bujang je pun.

"tu dapur. aku tak tahula kau ni pandai masak ke tak tapi kalau kau nak guna kat situ la" bibir seonghwa dimuncungkan ke arah dapur.

"hmm"

"kat sana tu ada bilik jugak. kosong tapi kecik sikitla berbanding bilik atas. kat atas pun ada, so ikut suka kau la nak yang mana"

seohee sekadar mengangguk anggukkan kepala. mujur seonghwa cakap baik baik walaupun sebenarnya takdela baik mana, tapi kira okeyla tu. dahla beg seohee pun dia taknak tolong angkat.

seonghwa meneruskan langkah ke tingkat atas dan diikuti seohee.

"bilik tu" seonghwa menunjukkan ke arah bilik yang pintunya putih.

"aku punya"

"and bilik ni. takde siapa boleh masuk kecuali aku" seonghwa mengetuk pintu bilik yang berada di kiri mereka.

seohee mencebik. eleh kalau dia bagi kebenaran masuk pun tak hinginla nak masuk.

"so tinggal satu bilik ni dengan bilik kat bawah tu. masukla mana mana kau nak. aku nak rehat, pasal kerja kau tu kita bincang esok" lalu seonghwa meninggalkan seohee dengan masuk ke dalam biliknya tanpa sempat seohee katakan apa apa.

seohee menoleh memandang pintu bilik yang seonghwa tak benarkan sesiapa masuk tadi. kiranya macam bilik larangan.

"agaknya dia sorok apa dalam tu sampai semua orang tak boleh masuk?" kemudian seohee menjongketkan bahunya sendiri. dia nak sibuk sibuk tahu buat apa, lantak pi la seonghwa tu huh.

walhal dalam hati seohee, dia nak sangat tahu apa yang ada dalam tu sampai harus disorokkan.

"kau tunggu apa lagi kat situ? pergi masuk bilik"

seohee tersentak, terperanjat dengan suara seonghwa yang tiba tiba muncul semula. ingatkan dah masuk bilik betul betul dah, tiba tiba keluar balik.

"ya ya aku tahulah"

another watak is here gaes piu piu piuuu kang yeosang is comingggg

kang yeosang
as himself

jangan kata ada yang ship seohee dengan yeosang sudah🤡

Continuă lectura

O să-ți placă și

9.7K 1.3K 40
" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|
28.3K 4.3K 46
ෆ nande? "Kenapa bukan aku? Kenapa dia?" +semua yang terkandung dalam cerita ini hanyalah sekadar suka-suka dan tiada kena mengena dengan yang hidup...
7.7K 1.1K 22
[ PARK JEONGWOO FANFICTION ] So Micha, seorang gadis yang skema dan gemok. Dipindahkan sekolah kerana dibuli disekolah lama. Neneknya tak tahan denga...
12.6K 1.9K 11
❝Rasanya, aku sudah jatuh cinta sekali lagi pada kamu❞ ©neoculturetechnology | 2020 project