ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]

Por AnjellHomosapien

1.4M 62.9K 16.4K

Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose Mรกs

PROLOG
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
TEASER 1
TEASER 2

BAB 1

96.9K 3.3K 1.1K
Por AnjellHomosapien

~not-edited (maksudnya kalau ada typo tu lantak p la)~

BAB 1

"Anak ayah sihat?" Soalan rasmi daripada seorang ayah yang amat menyayangi anak gadis tunggalnya.

Ketika itu, aku sedang melepas rindu dengan ayah di depan komputer riba melalui aplikasi Skype. Ini sajalah medium untuk kami berhubung. Itu pun bukan selalu memandangkan kami berdua berada di dua benua yang berbeza. Jarak memisahkan beribu-ribu batu. Zon masa juga berbeza ditambah pula dengan jadual masing-masing yang padat.

Aku senyum kepada ayah.

"Alhamdulillah sihat, ayah! Ayah macam mana? Dah makan ubat?" Prihatin aku bertanya.

"Alhamdulillah, ayah pun sihat. Dah.. ayah dah makan ubat. Rissa jangan risau. Servis Senah tiptop sejak Rissa sambung belajar ni." Sempat ayah bergurau.

Mak Senah itu merupakan orang gaji rumah kami. Dia dan suami adalah pekerja yang diupah oleh ayah. Aku lega sekurang-kurangnya ayah dah tak perlu tinggal sendirian selepas ketiadaanku.

Aku sambung belajar ni pun dengan berat hati. Kalau bukan sebab ayah yang beria-ia mahu aku menerima tawaran ini, aku pun malas sebenarnya. Belajar je la kat Malaysia. Tapi memandangkan ayah adalah seorang alumni University of Nottingham, aku mendapat tawaran separuh biasiswa dan bagi ayah peluang ini tak harus aku lepaskan. Apatah lagi ayah dah tahu suasana di Nottingham yang agak mesra muslim itu, sebab itulah ayah tak teragak-agak melepaskanku.

"Rasanya ayah dah kena naikkan gaji Senah ni. Orang gaji merangkap nurse peribadi," sambung ayah lagi buatkan ketawaku terletus sekejap.

Rindu pula aku dengan Mak Senah sekeluarga. Jangankan keluarga Mak Senah, pendek kata aku rindu Malaysia. Rindu nak makan makanan Melayu. Rindu I's Café. Rindu nak dengar azan berkumandang bersahut-sahutan dari banyak masjid. Betullah orang kata. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi yang batu tu la dirindu-rindukan nanti.

Baru sepenggal aku berada di bumi United Kingdom ini, tapi dah tak sabar nak balik Malaysia. Padahal masih berbaki kurang tiga tahun lagi pengajianku.

"Rissa rindu ayah. Rissa sunyi tanpa ayah," luahku manja. Maklumlah, anak tunggal perempuan. Sejak arwah ibu meninggal, memang hubungan aku dan ayah rapat. Dialah ayah, dialah ibu. Ini kali pertama kami berjauhan sejauh ini. Setiap hari rasa rindu tak pernah hilang.

Ayah ketawa pendek.

"Kenapa ayah gelak? Ayah tak rindu Rissa ke?" Bunga-bunga nak merajuk dah nak keluar.

Ayah tak berhenti ketawa. Malah makin galak. Sepet mata tua ayah gelakkan aku.

"Ayah pun mestilah rindu Rissa. Cuma ayah rasa kelakar. Kalau kawan-kawan Rissa tengok Rissa sekarang ni, mesti semua ingat Rissa tengah Skype dengan buah hati."

"Biarlah. Memang ayah buah hati Rissa pun," omelku lagi.

"Jangan sampai Shahril dengar. Kecil hati dia nanti," usik ayah. Tahu akan hubunganku dengan lelaki itu.

Aku mencebik. Shahril merupakan teman istimewaku. Dia merupakan seniorku dua tahun. Juga belajar di universiti yang sama. Kewujudan Shahril sedikit sebanyak membuatkanku lebih senang untuk menyesuaikan diri di sini. Dia juga yang banyak beri tunjuk ajar aku sepanjang aku di sini.

"Tempat dia kedua lepas ayah." Tanpa ragu aku menjawab.

Aku malas nak fikir. Perjalanan hidupku masih panjang lagi. Terlalu awal untuk aku fikirkan tentang soal cinta. Aku sendiri masih terlalu muda. Lagipun, kami masing-masing punya gol tersendiri. Dan kahwin itu adalah yang terakhir.

Jadi, selagi aku belum berkahwin, aku adalah hak ayah sepenuhnya. Pedulilah kalau Shahril dengar pun. Nak merajuk, merajuklah. Memang betul kut!

"Jadi ke pergi Sicily?" soal ayah lagi. Bertanyakan tentang rancanganku.

Bila sebut pasal melancong, terus aku sengih lebar. Teruja dan tak sabar. Memang aku suka melancong dan ayah pun tak kisah sebab dia tahu aku pandai menjaga diri. Ayah percayakanku.

"Jadi. Masa summer break nanti. Sebelum Rissa balik Malaysia," ceritaku.

"Amboi.. sukanya dia! Kata rindu ayah. Ni bila ada peluang balik, dia pergi merayau dulu." Aku tahu ayah cuma bergurau. Aku cuma sengih.

Bukan dia tak tahu kenapa aku nak ke Sicily. Ni semua sebab tiket penerbangan percuma yang aku menang selepas aku masuk pertandingan melukis sempena minggu Historical Fiction dua bulan lepas. Ada dua dan aku ajak Sharifah untuk menemaniku.

Ayah tiba-tiba menguap. Mata ayah pun nampak layu benar. Aku lupa di Malaysia sudah tengah malam. Rasa bersalah pula dengan ayah. Gara-gara aku, ayah terpaksa korbankan tidur berkualitinya.

"Ayah dah menguap. Kesian ayah sebab Rissa dah kacau waktu tidur ayah. Ayah pergilah tidur," ujarku kepada ayah.

"Yalah. Jaga diri, Rissa. Belajar betul-betul. Solat dan Quran jangan pernah tinggal." Ayah tak lupa pesanan wajibnya kepadaku.

"Baiklah. InsyaAllah." Aku tak pernah lupa. Hanya itu yang aku pegang untuk mengelakkan diri daripada lalai.

"Ayah masuk tidur dulu. Assalamuaikum."

"Waalaikumussalam." Aku lambai-lambai tanganku ke arah ayah. Ayah lambai sekali sebelum ketawa kecil.

Kemudian talian kami terputus.

----

Bunyi penggera itu amat membingitkan telinga. Datang daripada telefon pintarku yang diletakkan di bawah bantal. Betul-betul bawah telinga. Gegaran dari cochlea sampai ke otak. Dan bila aku capai telefon itu, hampir terbeliak mataku melihat jam.

Kelas Proffesor Collins! Aku dah lewat!

Terus aku melompat turun daripada katil. Dan dengan larian yang boleh bikin raja pecut tertunduk malu, aku berlari ke bilik air.

Gosok gigi dan mandi ala kadar. Nak cepat punya pasal, sental badan pun aku pakai shampu. Tersalah tekan. Lantaklah, janji wangi. Dan setelah itu, aku sarung pakaian pertama yang aku capai dari dalam almariku itu. Selendang pun aku main lilit je. Nasib baik memang dah jenis kedut jadi tak payahlah aku nak gosok.

Kemudian berlari-lari keluar menuju ke stesen bas berdekatan. Bas menuju ke kampus bakal bertolak dalam beberapa minit lagi. Kalau aku tak sempat, kena menunggu lagi. Memang grenti aku akan lambat ke kelas.

Terbayang-bayang muka singa Proffessor Collins bila ada pelajar yang berani tunjuk muka lambat. Memang pantang nenek moyangnya agaknya. Sampai ke hujung semester bakal diungkit nanti. Aku tak mahu menjadi salah seorang pelajar malang itu.

Rasa macam tak cukup oksigen rasanya sebaik sahaja kaki tiba di stesen bas. Lega bila melihat masih ramai yang menunggu. Maksudnya shuttle bus belum tiba lagi. Dan nasib nampak gayanya amat menyebelahiku bila tak sampai seminit aku muncul, bas turut tiba.

Alhamdulillah.

Boleh tarik nafas lega sebaik sahaja punggung mencecah kerusi plastik itu. Selamat aku! Bersyukur kepada Allah sebab permudahkan urusan aku pagi ini walaupun agak huru-hara. Dugaan betul. Dahlah puasa. Pagi-pagi lagi dah separuh kudratku habis. Haraplah bertenaga sehingga ke maghrib.

Dalam hati mendongkol marah. Tak guna punya Sharifah! Bukannya nak kejutkan aku tadi. Hilang ghaib pula teman serumahku itu. Entah ke mana perginya tanpa memberitahuku terlebih dahulu. Jumpa di kelas nanti, siaplah dia!

-------

Sekali lagi aku berlari-lari anak menuju ke dewan kuliah. Kawasan kaki lima itu dipenuhi oleh para pelajar yang berpusu-pusu ke kelas masing-masing. Walaupun penuh dengan bangsa asing, tapi itu tak membuatku rasa terpinggir. Sudah biasa.

Beberapa minit kemudian, aku dah nampak dewan kuliah rasmi yang harus aku hadiri setiap pagi Isnin. Lega! Masih berbaki berapa minit lagi sebelum kelas bermula. Maksudnya, aku tak lewat! Yay!

Daripada berlari anak, kini aku mula berjalan. Santai. Dan bila kakiku berada beberapa meter dari pintu masuk, aku melihat ada seorang lelaki dan perempuan sedang berdiri di situ.

Pasangan kekasih agaknya sebab aku nampak tangan lelaki itu sedang menyelitkan rambut blonde perempuan itu ke celah telinga dan wajah putih perempuan itu dah bertukar merah ala-ala pakai blusher gitu.

Aku cam perempuan itu. Claudia Johnsons, rakan sekuliahku. Tapi aku tak tahu gerangan lelaki itu sebab dia membelakangiku. Hanya tubuh tinggi dan tegapnya sahaja yang menghiasi pandangan. Rakan sekuliahku juga ke?

Ni mesti baru bercinta ni. Sampai nak melekat dua puluh empat jam. Dan menjadi isu dunia kalau kelas berbeza. Kena sesi pujuk-memujuk, belai-membelai beberapa round sebelum ada kekuatan untuk jejak masuk kelas.

Aku julingkan mata ke atas.

Baru sahaja aku ingin menegur supaya memberi laluan untukku masuk, tiba-tiba lelaki itu tundukkan wajahnya. Langsung aku tak menduga tindakan mereka itu.

Terlopong. Terkejut. Terkejung. Hampir terbeliak mataku melihatnya.

Mereka sedang ber-vertical CPR di depanku!

Rakus.

Tangan lelaki itu mencengkam-cengkam rambut Claudia. Sebelah tangan lagi peluk pinggang Claudia erat-erat sehingga hampir bersatu tubuh mereka. Dan Claudia pula tak duduk diam tangannya. Meraba-raba lengan sasa lelaki itu. Bermacam-macam bunyi keluar dari mulut masing-masing yang mungkin bakal menghantuiku.

Mahu aku tak trauma? Ini kali pertama berlaku di depan mata secara live. Aku pula yang rasa sesak nafas bila tengok mereka. Berbahang rasa wajahku gara-gara rasa malu melihat adegan terlebih mesra itu. Aku sangat tak suka public display of affection (PDA).

Ya Allah.. mata dan telingaku! Kurus puasa aku!

"Ehemm.. excuse me!" Berani dalam takut, aku cuba menegur.

Bukan niat nak kacau daun, tapi kalau nak ber-vertical CPR pun janganlah di depan pintu masuk. Ini satu-satunya pintu masuk. Nak taknak, aku kena tegur.

Tiada reaksi daripada mereka.

"Hello.. Excuse me!" Aku kuatkan suaraku. Tak bagi reaksi lagi, memang aku baling buku kat tangan aku ni!

Nasib baik berhasil bila Mr. French Kiss tu mengangkat wajahnya daripada Claudia. Kelihatan mereka berdua tercungap-cungap mencari oksigen. Lalu dia pusingkan tubuhnya ke arahku.

"What?" Suaranya jelas berang. Mungkin tak puas hati aku dah potong stim.

Ah, lantaklah! Siapa suruh bermadu asmara di depan pintu masuk?

Dan bila aku angkat muka untuk melihatnya, aku terpaku. Sepasang anak mata hitam pekat merenung anak mataku. Tajam dan dalam. Bagaikan ada satu magnet yang buatkan aku terus melekat. Mata dia sangat cantik!

Turun pada wajahnya. Dari mana munculnya ciptaan Allah yang sempurna ini? Sangat kacak. Jawline tajam membentuk bentuk wajahnya. Hidung mancung terletak. Rambutnya hitam pekatnya messy seolah-olah baru keluar dari bilik tidur. Tapi sangat kena dengannya.

Dan bagaikan ada sesuatu pada wajahnya itu yang buatkan aku menjadi keliru akan identitinya. Yang pasti bukan British. Perancis? Itali? Sepanyol? Atau kacukan? Aku tak dapat nak agak.

Siapa dia? Pelajar di sini jugakah? Tapi kenapa aku tak pernah nampak dia?

"If you want to kiss me, just wait for your turn, bella!" Suara garau dia berbunyi.

Penuh maskulin. Kalau pakai bahasa elok, grenti boleh patella boleh goyang. Tapi sebab kata-kata yang minta kaki itu yang dipilihnya untuk dilontarkan kepadaku, rasa darah naik ke kepala!

Bila sekali lagi aku pandang dia, bibir seksinya tersungging sinis. Jelas kembang ego lelakinya sebab mampu bikin aku terpaku dengannya. Ternyata baginya reaksiku sama saja dengan perempuan-perempuan lain.

Aku tahan rasa. Mataku dikecilkan untuk memandangnya.

"Kurang ajar! Baik aku cium bontot kera. Ingat aku hadap sangat!" bebelku dalam marah. Peduli apa. Bukannya dia faham pun.

Lelaki itu masih tenung aku lama-lama. Sekali lagi, hujung bibir merahnya naik sedikit. Seksi.

"Malaysian."

Aku sedikit terkejut. Macam mana dia tahu? Punya banyak negara di Asia Tenggara, mengapa Malaysia yang ditekanya? Jangan cakap dia faham apa aku cakap tadi.

Gulp!

Kami masih saling bertatapan. Dada mula berdebar.

"Honey." Panggilan manja itu buatkan aku tersedar yang kami bukan berdua.

Claudia masih tercegat di belakang lelaki itu dengan wajah yang angau. Angaukan Mr. French Kiss.

"Why don't you get inside, baby? It's already late," ujar lelaki itu. Tapi matanya tak lepas pandang aku.

"Okay, see you later, honey." Aku nampak Claudia menghilang di balik pintu masuk dengan senyum yang lebar. Bagaikan tak peduli dengan buah hati dia yang tengah tenung perempuan lain dari atas sampai bawah itu.

Tinggal aku berdua dengan lelaki itu. Nampak dia tatap aku lagi dari atas sampai bawah. Dia ni taknak berhambus lagi ke? Buah hati dia dah masuk. Tak selesa aku bila ditenung sebegitu olehnya. Terus aku pandang ke sisi.

Mataku tiba-tiba meluas. Dari tempatku berdiri, aku melihat Professor Collins sedang berjalan ke sini. Baru teringat yang aku pun tadi berkejar untuk ke kelasnya. Tanpa membuang masa, aku terus meloloskan diri di balik pintu masuk itu tanpa mempedulikan lelaki itu.

Ah, bukannya aku akan jumpa dia lagi pun!

----

Fuh, nasib baik! Lega bila selamat mengambil tempat di dalam dewan yang hingar-bingar itu. Apatah lagi dua minit selepas aku masuk, Professor Collins turut menyapa anak didiknya. Dan dewan itu terus berubah senyap.

"Weh, asal lambat?" tegur Sharifah di sebelah.

Lantas segala rasa bengkak hati tadi kembali. Nasib baik Professor Collins dah masuk. Kalau tak mahu aku hempuk member derhaka ni!

"Kau pergi mana? Bukannya reti nak kejut aku tadi!" marahku dengan suara tertahan-tahan. Tak mahu mencuri perhatian pensyarah kami.

"Aku dah janji dengan Henry nak breakfast sama-sama hari ni. Aku dah tinggalkan sticky note kat fridge. Tak baca ke?" katanya. Henry tu adalah kekasih mat salehnya.

Aku geleng kepala. Dah kelibut macam kena gempa bumi, mana aku nak baca? Jejak kaki ke dapur pun tak sempat. Buat apa nak ke dapur kalau aku puasa?

Dan minah ni pulak, hidup zaman neolitik ke apa, nak pakai sticky note bagai? Tak tahu ke sekarang ni wujud sejenis alat namanya telefon yang boleh digunakan untuk menghantar mesej atau WhatsApp?

"Kau nasib baik hari ni sebab meeting Professor Collins habis lambat. Kau tertinggal bas ke apa?" siasat Sharifah.

"Aku dah sampai on time. Lepas tu ada pulak yang ber-vertical CPR depan pintu masuk. Punyalah banyak tempat, depan pintu masuk dewan ni jugak yang dipilihnya," ceritaku sebal. Lalu apa yang jadi tadi kembali terbayang. Aku dah cakap dah! Mesti trauma.

"Vertical CPR?" Sharifah blur.

Aku angguk. Bila nampak blur-blur biawak Sharifah tak hilang-hilang, aku tunjuk pakai tangan aksi berkucupan. Baru muka Sharifah nampak faham. Kemudian dia mahu ketawa tapi sempat ditahannya dengan buku nota.

"Vertical CPR pun boleh. Macam-macam la kau ni!"


A/N (spoiler Dheo's alert):

1. Prequel: This story took place before Dheo's. Maknanya everything happened yearsss ago (2011/12 something la kut). Masa depa mula-mula kenal. Macam mana boleh kahwin. Macam mana boleh hilang ingatan etc. And rasanya dah boleh expect kut endingnya cemana.

2. Kalau ada yang tak sync ngan Dheo's, kindly inform me. Sis pon dah lupa. Haha.

3. If you dont like this kind of story, i dont force you to read.

4. Dheo bukan Islam lagi jadi jangan pelik la kalau perangai dia ada yang syaitonnnirrojimm.  

Thank you.


11/12/2019

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

18.6K 2K 15
BOOK #3 of ๐•ฑ๐–—๐–Ž๐–Š๐–“๐–‰๐–˜๐–๐–Ž๐–• ๐•ฐ๐–‰๐–Ž๐–™๐–Ž๐–”๐–“ Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain . . Bismillah Mungkin semua kenal siap...
516K 17.6K 70
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
487 98 23
Khai seorang rapper dan dancer dalam kumpulan First. Kumpulan First terdapat 6 orang dan apa yang Khai tidak tahu bahawa terdapat seorang lagi ahli y...
120K 7.5K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...