Dedicated To Wife āœ“

By stargazell

85.8K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 12

1.8K 150 20
By stargazell

  "Kita nak makan dekat mana ni?" Tanya Aizat mahu memecahkan suasana sunyi. Walaupun hakikatnya dia agak kekok, dia cuma lagak selamba. Wajah wanita anak satu yang duduk di sebelah dipandang sekilas.

  "Mana-mana pun boleh. Gerai depan tu pun saya okey."

  "Okey." 

  "Aizat, apa yang penting sampai awak nak jumpa saya?" Soalan itu yang terpancul keluar sejurus Aizat menarik handbrake. Wajah lelaki itu dipandang.

  "Kita makan dulu nak?" 

Syuhada diam sebaik soalan berbalas soalan. Akhirnya dia juga akur. Tas tangan dibawa ke bahu dan melangkah keluar dari kereta milik Aizat. Mereka berjalan beriringan ke satu meja yang kosong.

  "Pak Hashim, bagi saya teh tarik dengan mi goreng dan..." wajah Syuhada dipandang meminta jawapan.

  "Sama."

  "Buat dua Pak Hashim." Lelaki yang dipanggil Pak Hashim hanya mengangguk. Terus di ke dapur menyediakan pesanan Aizat.

  "Awak kenal Pak Hashim?"

  "Saya selalu juga lepak sini. Ofis saya tak jauh pun." Terang Aizat sebaik kembali duduk. Wajah Syuhada dipandangnya. Syuhada mengangguk faham. Wajah lelaki itu langsung tak dipandang. Hanya beberapa kilas sahaja wajah itu menjamah pemandangan matanya.

   "Awak dah lama duduk sini?" Tanya Syuhada lagi.

  "Lama tak lama bolehlah dekat sebulan." 

Syuhada mengangguk faham.

  "Saya rasa saya yang nak jumpa awak tapi nampaknya awak pula yang beria tanya soalan dekat saya kenapa?" Aizat senyum panjang. Tercuit hatinya melihat wajah Syuhada yang sudah berubah.

Syuhada bungkam. Lidah sendiri digigit. Dia pun tak pasti kenapa mulut dia rajin nak bersuara.

  "Ada apa awak nak jumpa saya?" Soal Syuhada menghilangkan rasa malu. Aizat masih dengan senyuman.

  "Haritu masa sepupu saya nikah, ada seorang lelaki datang dekat saya. Dia perkenalkan diri dia Amri. Dia ada tanya saya sama ada saya Farhan ataupun tidak. Soalan saya sekarang ni, kenapa awak dengan Amri boleh terfikir saya ni Farhan?" Soal lelaki itu terus tiada belok.

  Syuhada kaku. Jemarinya disambung. Baru dia nak buka mulut, Pak Hashim tiba dengan pesanan mereka. Sebaik mengucapkan terima kasih mereka kembali berpandangan.

  "Kan saya dah bagitahu awak. Muka awak, suara awak sama macam Farhan. Kenapa nak tanya lagi?" Syuhada tarik muka. Matanya meliar memandang kawasan gerai. Agak penuh juga kerana sekarang waktu rehat pejabat. Sekejap lagi susutlah memandangkan jam hampir menunjukkan angka dua.

  "Awak memang tak percaya pelanduk dua serupa ke?"

  Syuhada kembali memandang Aizat. Pelanduk dua serupa apa macam ni? Ini bukan pelanduk lagi, ini seperti copy paste muka Farhan. Syuhada menggali sesuatu dari tas tangan. Seketika dia menarik telefon pintar keluar. Beberapa ketika dia alihkan telefon pintar itu menghadap Aizat.

  "Awak tengok ni. Tenung sampai tembus. Macam mana kitaorang nak percaya pelanduk dua serupa kalau memang betul muka awak tu copy paste muka Farhan? Kalau awak nak dengar suara dia pun saya ada Aizat." Luahnya sebu. Telefon itu berubah tangan. Syuhada mula makan. Bila beremosi ni, dia jadi lapar. Alang-alang makanan dah ada atas meja, sambarlah!

  Aizat kembali mengecilkan gambar. Dia terkedu. Bukan gambar biasa-biasa Syuhada bagi. Gambar Farhan yang erat memeluk Syuhada dari sisi dan wajah mereka tampak seri bahagia. Wajahnya mencebik. Muka Farhan dipandang lama. Lelaki ini memang nampak macam dia. Cuma dia sedikit berjambang tetapi memang benar kata mereka, sama. Dari dahi, hidung, mata, bibir, pipi, telinga dan semualah.

  Aizat termenung. Kemudian wajah Syuhada pula yang dipandang. Gadis itu nampak ceria tidak seperti keadaan gadis di hadapannya. Gadis versi kini lebih sinis dan suka menyendiri. Sekarang dia faham kenapa gadis itu bertindak agresif lebih-lebih lagi berhadapan dengan dia.

  "Lamanya awak tengok? Ke awak tengok gambar lain? Bagi balik!" Laju tangan Syuhada merampas telefon pintarnya. Nasib saja tak bersentuhan tangan. Syuhada pandang skrin dan matanya membulat. Kemudian dahi berkerut dengan bibir dicebik.

  "Siapa bagi kebenaran zoom out gambar ni? Tak sukalah." Omelnya sendirian namun dapat didengari Aizat. Meleret lelaki itu senyum.

  "Comel."

  Syuhada kaku. Dia macam dengar sesuatu tetapi kurang jelas.

  "Awak ada cakap apa-apa ke tadi?" Tanya Syuhada semula.

  "Mana ada." Aizat sembunyi senyum. Syuhada mengecilkan mata namun hampa. Tiada klu untuk dia kembali cantas. Lantaklah apa dia cakap tadi. Dia simpan semula telefon ke dalam tas tangan. Garfu kembali dicapai dan menjamah mi goreng yang sudah kurang panasnya. Aizat setia memandang gadis itu. Dia pula masih belum sentuh makanannya.

  Syuhada angkat kepala. Apa lelaki ni pandang-pandang?

  "Awak tengok apa?"

  Aizat menggeleng. "Tak ada apa." Dia mula capai garfu. Pinggannya ditarik dekat. Syuhada hanya memandang setiap satu gerak Aizat. Kemudian dia mencebik. Menyampah!

  Syuhada kembali menyudahkan santapan petangnya itu. Kepalanya mula berfikir. Sebaik habis pertemuan mereka, dia perlu ambil Syahadat di rumah Afiq dan Bella. Ya, setiap hari rutinnya begitu. Sebaik Syahadat tamat sesi persekolahan jam 12.10 tengah hari, Afiq ataupun Bella yang akan ambil anak kembar mereka bersama Syahadat dan dibawa pulang ke rumah mereka. Kemudian, bila Syuhada sudah tamat kerja, dia akan singgah di rumah pasangan muda itu untuk menjemput Syahadat dan terus pulang. Memandangkan hari ini dia akan tumpang Aizat, terpaksalah dia minta lelaki itu tumpangkan mereka pulang. Keretanya tidak dibawa. Pagi tadi pun dia hanya tumpang Afiq yang menghantar anaknya sekolah. Bolehlah agaknya perancangannya.

  "Awak nak tak jadi isteri saya?"

  Syuhada kemudian menganggukkan kepalanya. Dia masih dengan perancangan selepas pulang.

  Aizat pula seperti tidak percaya. Gadis di hadapannya mengangguk, mestilah tanda setuju bukan? Sangkanya dia akan ditampar di khalayak ramai kerana berani mati mengajak orang kahwin. Tanpa apa-apa persediaan pula tu. Aizat senyum lega. Nampaknya apa yang dia rancangkan berhasil. Sukalah mak dapat menantu nanti.

  "Minggu depan awak free?" Tanya Aizat. Dia teruskan perancangan.

  Lamunan Syuhada mati. Wajah Aizat dipandang sekali lagi.

  "Apa tadi?"

  "Minggu depan awak free ke tidak?"

  Syuhada diam sekejap.

  "Free agaknya. Kenapa awak tanya?" Dahi Syuhada berkerut. Apa lagi lelaki ni nak? Ke memang sengaja nak keluar dengan dia saja-saja?

  "Saya nak bawa awak jumpa mak saya." Ujarnya ringkas. Selepas dapat restu maknya, dia akan berjumpa ibu bapa Syuhada. Kalau dikatakan kedua-dua belah pihak setuju, bolehlah dia teruskan hasrat itu. Dia yakin, mak pasti terkinja kalau tahu dia bawa balik bakal isteri.

  "Ha? Jumpa mak awak? Buat apa? Saya bukan kenal pun!" Suaranya meninggi. Terkejut. Tiba-tiba saja nak bawa jumpa mak? Tak ke gila tu? Takkan kalau nak berkawan pun perlukan restu ibu dia?

  "Memanglah. Nanti kenallah." Aizat ketawa kecil melihat wajah Syuhada ketika itu. Comel walaupun Syuhada lebih tua berbanding dia.

  "Nak buat apa pergi sana? Saya tak naklah kenal mak awak."

  "Mana boleh. Awak kenalah jumpa dia."

  "Minggu depan?" Tanya Syuhada sekali lagi. Aizat mengangguk yakin. Syuhada bungkam.

  Kenapa dia perlu jumpa mak Aizat? Untuk yakinkan dia yang dia bukan Farhan? Nak tunjuk ibu dia yang lahirkan dia, yang besarkan dia begitu? Entah mengapa, Syuhada kecut perut.

Continue Reading

You'll Also Like

164K 10.5K 32
Adam Hirdy | Azalea
1.5M 59.2K 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
781K 32.1K 67
[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam aki...