Us ✔

By FaryoonaHana

38.4K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 44

466 36 2
By FaryoonaHana






[RYAN'S P.O.V.]



Sesi persekolahan tamat dan tiba masanya untuk balik asrama. Fuh, finally esok balik rumah juga. Minggu balik sempena Hari Raya Aidilfitri. Cuti 10 hari. Tak sabar aku nak kutip duit raya banyak-banyak tahun ni.

Hehe

"KENAPA?!"

Suara lantang Cikgu Aida dari dalam bilik kaunseling dapat aku dengari. Aku yang sedang berjalan di laluan yang berdekatan segera memberhentikan langkah.

Aku menuju ke bilik kaunseling. Senyap-senyap aku mencuri pandang melalui tingkap yang sedikit terbuka.

"Fieya...."

Ini mesti pasal kes Citra tu. Aku mencuri dengar perbualan dia dan Cikgu Aida. Hanya mereka berdua yang ada di dalam.

"Kenapa?! Cuba kamu bagitahu cikgu."

Fieya tunduk. Mukanya pusat lesi. Langsung tiada seri, tidak bermaya. Mulut tidak mengucapkan apa-apa untuk membela diri. Cikgu terus-menerus memaksanya untuk menjawab. 

"Ya saya tahu salah saya cikgu. Memang semuanya salah saya. Saya yang tak tahan sabar. Saya ikutkan sangat kemarahan saya cikgu." Ujarnya perlahan.

Cikgu Aida menggeleng perlahan sambil mengeluh. Rotan dipukul-pukul perlahan pada telapak tangannya sendiri.

"So kamu tak ada apa-apa penjelasan nak beritahu cikgu? Kamu tak nak bela diri? Sebab saya tahu cerita sebenar. Dari awal sampai habis." Soal Cikgu Aida lagi.

Fieya menggeleng. "Tak ada cikgu. Semuanya memang salah saya." Matanya memandang lantai.

"Keluarga Citra telah saman kamu disebabkan kes ni. Tapi tak apa, pasal tu kamu jangan risau. Ibu bapa kamu dah settlekan."

Fieya menggigit bawah bibir. Pedih hati mendengarnya. Mesti maklong dan paklong marah dan kecewa tentang ni.

"Kalau ikutkan arahan pihak atasan, kamu dikenakan hukuman gantung sekolah."

Fieya mendongak. Terkejut.

"Tapi disebabkan peperiksaan dah dekat, hukuman tu dibatalkan. Trial lepas raya kan?"

Fieya mengangguk.

"So mereka dah arahkan cikgu untuk merotan kamu dengan 100 kali sebatan. Tiada alasan, tiada bantahan. Hukuman mesti dijalankan juga." Ujar Cikgu Aida.

Aku yang mendengar terjegil mata dibuatnya. Weh Fieya bukan berzina pun nak kena sebat 100 kali. Orang yang minum arak pun 40 kali sebatan je kot. 

Eh pentadbiran ni dah habis cara ke nak bagi hukuman? Sekarang bulan puasa kot agak-agak ah.

Fieya seperti merelakan.

"Bak sini tangan." Ujar Cikgu Aida garang. Kaca mata dibetulkan. Rotan sudah sedia untuk melibas mangsanya.

"Cikgu, kalau cikgu rotan kat belakang je boleh?" Kepala didongak agar dapat memandang Cikgu Aida.

Cikgu menjongket kening. Pelik. Sekali aku hairan. Dah orang nak rotan kat tangan kenapa dia suruh ubah rotan kat belakang pula? Belakang lagi sakit apa.

"Kenapa? Tangan kamu sakit?"

Fieya terdiam lama. Dia seperti termenung memikirkan sesuatu.

"Zulaikha!" Cikgu Aida mematikan lamunannya.

"Haah ya. Tangan saya sakit." Dia  mengangguk mengiakan. Jadi, Fieya pun berdiri mengambil posisi untuk dirotan. Belakang badannya dihadapkan ke arah cikgu.

PAP! PAP! PAP!

Fieya ni memang dah gila. Dia ingat dia kuat sangat ke?

Aku mula tak senang duduk. Aku dapat melihat kedua tangannya mengenggam penumbuk, menahan sakit. Kalaulah aku boleh, dah lama aku halang cikgu.

Sehinggalah sebatan yang keseratus, Fieya masih berdiri tegak. Nafasnya mula menjadi tidak teratur. Genggaman dilepaskan. Peluh mula menitis di wajahnya.

"Dah kamu boleh keluar." Arah Cikgu Aida.

"Saya minta maaf cikgu." Ujarnya lalu melangkah longlai keluar dari bilik kaunseling.

Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar, aku menarik pergelangan tangannya kasar.

Fieya terkejut. "Apa ni lepaslah!" Dia cuba untuk merentap tangan aku. Namun kudratnya lemah. Jadi dia tak dapat lepaskan diri.

"Kau sini ikut aku." Ujarku serious. Aku menariknya hingga ke kawasan yang agak sunyi. Jauh sedikit daripada bilik kaunseling. Aku memeriksa sekeliling takut-takut Cikgu Aida lalu di situ.

"Apasal dengan kau ni Fieya?"

Dia menjeling aku. Di sebalik iris matanya aku dapat lihat segala kemarahan yang terselindung. Sejak bila dia pandai pendam marah ni?

"Kenapa kau langsung tak pertahankan diri kau? Kau gila ke? Serious lah kau boleh biar je cikgu rotan kau macam tu? Come on la, mana Fieya yang aku kenal?" Aku menjongket kening.

"Kau nampak ke apa yang jadi?" Fieya menyoal aku.

"Aku nampak semuanya. Dari awal sampai habis."

"Jangan beritahu Eiz pasal ni please." Ika merayu.

Aku meraup mukaku. Serabut. "Kau serious lah Fieya? Eiz kena tahu pasal ni. Hei Cikgu Aida rotan kau bukan slow-slow okay? Aku nampak dan aku tahu kau sakit." Marahku. Nada mulai bertukar kasar.

"Tak, jangan. Jangan bagitahu dia. Please." Mata Ika mula bertakung.

"Aku tak nak dia risau. Tolonglah." Ika merapatkan kedua telapak tangannya. Memohon agar aku tidak menceritakan perkara ini kepada Eiz.

"So sebab tu lah kau tak nak kena rotan dekat tangan? Sebab nak sembunyi dari Eiz?" Bibir mengukir senyum sinis.

"Ryan please. Kau seorang je yang aku boleh percaya. Jangan bagitahu siapa-siapa. Terutama Eiz."

Aku memandang Fieya lama. Matanya yang berkaca memberi seribu harapan kepada aku. Aku mengeluh.

"Hm."

"Thank you. "

"Kenapa kau tak lawan? Aku tahu benda ni bukan salah kau sepenuhnya pun." Persoalan yang asyik timbul dari tadi. Aku hairan. Fieya seorang yang jenis memberontak. Kenapa dia tak pertahankan diri dia?

"Sebab Allah bersama orang yang sabar." Jawab Fieya tenang. Aku terkedu. Okay. Aku tak sangka benda tu yang dia akan jawab.

Fieya mendongak melihat aku. "Perempuan yang baik menjaga lisan. Sebab aku tahu percakapan aku macam mana. Kalau aku memberontak, aku akan cakap benda bukan-bukan. Aku akan cakap benda tak elok.  Aku nak berubah Ryan, aku tekad nak berubah. Aku dah penat  sakitkan hati semua orang."

Dia berlalu pergi. Aku memandangnya sehingga dia lenyap dari pandangan. Bibir automatik mengukir senyum.

Kalimah syukur menitip di bibir. Syukur Ya Allah.

[END OF P.O.V.]




*************


Semasa cuti ni, umi dan abah mengajak aku balik ke kampung umi di Kedah. Tak lama pun. Empat hari je duduk situ. Nanti aku raya dengan mama papa juga.

Bukan tak nak ikut tapi berat hati. Sebab takut, hahaha.

Mama dan papa pun dah bagi kebenaran. Siap paksa lagi. Mama kata duduk sana bolehlah belajar berdikari sikit. Jadi isteri mithali kononnya.

So keputusannya, memang aku kena pergilah macam mana pun.

Akhirnya, aku dan keluarga Eiz selamat sampai di negeri jelapang padi, Kedah. Aku tak pasti lah nama kampung ni apa. Tapi rasanya umi bagitahu tadi Kampung Hilir, Kepala Batas.

Hon kereta dibunyikan setelah kereta memasuki kawasan rumah. Kelihatan dua orang warga tua keluar dari rumah, menyambut kedatangan kami.

"Assalamualaikum!" Abah keluar dari kereta. Begitu juga umi. Kemudian, Eiz dan adik-adiknya pula turut keluar dan menyalami datuk dan nenek mereka.

Okay aku awkward.

Aku menilik setiap inci wajahku pada cermin. Owning tudung dan baju dibetulkan. Dah okay kot?

Perlahan-lahan aku turun dari kereta. Aku menuju ke arah mereka semua yang sedang berpelukan.

"Assalamualaikum." Lembut sahaja suaraku memberi salam. Tangan dihulurkan. Acah ayu.

Hipokritnya kau Ika, heh!

Semua mata menumpu ke arahku.

"Atok, wan.. Ni lah isteri Eiz." Eiz menarik aku mendekatinya. "Hari tu Tok dengan Wan tak datang pun waktu Eiz nikah."

"Oh hat ni lah ni." Tok menyambut tangan aku. "Nama siapa anak ni?"

"Zulaikha." Aku senyum.

"Segak bini hang Eiz. Pandai abah hang cari." Wan senyum ke arah abah. Umi dan abah gelak. Aku pula hanya ketawa kecil.

"Kena la segak. Macam Eiz la." Eiz angkat bakul sendiri. Hum, kerap perasan.

"Haaa dah dah jom angkat barang, masuk rumah. Berapa lama nak duduk kat luar ni?" Ujar Tok menghentikan karenah-karenah lelaki kuat menyembang ni.

Bagasi dikeluarkan daripada bonet dan kami semua masuk ke dalam rumah.




*************



Aku dan Eiz tidur sebilik. Izzah pula tidur dengan Edhan. Isyraf si kecik tu, macam biasalah tidur dengan umi dan abah.

"Cantik ah kampung kau." Aku membuka tingkap bilik. Memerhati pemandangan luar. Pandanganku dihiasi dengan sawah padi yang terbentang luas.

"Biasalah Kedah. Tak kan tak cantik lagi." Ujar Eiz sambil mengemas barangnya. Memindahkan beberapa pakaiannya ke dalam almari.

"Nasib sekarang bulan puasa je. Kalau hari biasa ni, gemuk lah kau."

"Let me guess. Masakan Tok?"

"Haah. Tak ada siapa boleh beat masakan Tok. Aku kalau balik kampung, mana-mana kedai makan pun takkan singgah. Makan kat sini je. Tok punya ikan patin masak asam pedas is the best!" Bersungguh Eiz cerita.

Aku tergelak kecil sambil mata memerhati setiap penjuru bilik. Yang bestnya duduk sini sebab rumah Tok dan Wan ini rumah tradisional. Separuh kayu dan separuh batu.

Ia membuatkan aku rindu akan suasana kampung. Sejak atok dan nenek aku meninggal dunia, aku memang dah lama tak balik kampung mama di Perak. Rumah tu pun sekarang adik beradik lain yang jaga.

"Kau tak nak tukar baju ke?" Soal Eiz.

"Kejap lagi lah." Aku menghempaskan diri di atas katil. Ahhhh~ leganya dapat baring. Bantal diambil dan dipeluk erat.

Eiz yang melihat hanya menggeleng kepala.

"Tok dengan Wan tak tanya banyak kan pasal aku?" Aku menyoal risau. Ya lah, mana tahu kan. Tiba-tiba soal siasat tentang latar belakang aku.

"Kita baru sampai kan? Sembang dengan Tok dan Wan pun tak sempat lagi. Kejap lagi tanya lah tu." Jawab Eiz. Zip bag ditutup dan dimasukkan ke bawah katil. Akhirnya, selesai mengemas.

Eiz turut naik ke atas katil dan membaringkan diri.

"Kalau Tok tahu perangai aku kat sekolah, mesti aku kena halau en. Lepas tu Tok mesti suruh kau ceraikan aku sebab aku ni teruk."

"Kau ni en." Eiz menampar mulut aku perlahan. "Nauuzubillahiminzalik."

Aku kemam bibir. Okay fine salah cakap.

"Cuba cakap benda-benda elok. Ni tak. Suka fikir negatif."

"I'm sorry. Aku cuma takut."

"Tak adalah. Everything will be okay. Tak payah la risau sangat." Eiz cuba  menenangkan aku.

"Alright."

"Panas ah." Dengan selamba badak, Eiz tiba-tiba bangkit dari posisi baring dan menanggalkan bajunya.

Aku terkedu. Ok tak nak cakap apa.

Aku tunduk. Gila ah dia ni. Kalau kat rumah, kitorang salin baju dekat dalam bilik air je. Ni dia main hentam je buka baju depan aku.

Eiz kerut kening melihat aku yang tiba-tiba gelabah.

"Kau malu ke?" Eiz berpaling ke arah aku bersama senyuman nakal.

"Diam lah kau."  Aku mengesot ingin turun dari katil.

Aku dapat merasakan tangan aku ditarik. Pergelangan tangan dicengkam. "Eiii malu ah tu." Mukanya ditundukkan untuk melihat wajah aku.

Tak apa masalah dia ni?

"Kau pehal sia? Gedik. Pergilah, aku nak tukar baju ni." Aku menolak tangannya. Sumpah muka aku dah rasa bahang ni.

"Tak nak tukar baju sini ke?"

"Astaghfirullah Eizzaril Ikhwan! Back to your sense please. Gatal tu simpan lah sikit." Kepalanya aku pukul dengan bantal.

"Nak simpan buat apa. Dengan kau lah aku nak menggatal pun, dengan siapa lagi?"

Aku pukulnya dengan bantal sekali lagi dan lagi. Biar dia rasa. Ha gatal sangat.

"Aduh. Sakitlah. Orang melawak je pun." Kepala diusap-usap.

"Tergoda ah tu."

"Apa kau kata?!" Mata aku dah terjegil.

"Zulaikha! Mai tolong Tok ni. Jangan duk lama sangat dalam bilik tu. Banyak ni nak masak untuk buka puasa." Panggilan Tok berjaya mematikan pergaduhan kami.

"Ha tu Tok dah panggil. Tak tahu lahh..."

Aku menyengetkan mulut sambil mata dijulingkan ke atas.

"Tu tak salin baju lagi. Ke nak aku tolong tukarkan?"

"Eiz!!!!" Aku mencengkam dan menarik rambutnya kuat.

"Woi woi woi sakitlah!" Eiz cuba melepaskan diri.

"ZULAIKHAA!"

"Ye Tok, kejap kejap!" Aku menyahut panggilan Tok. Rambut Eiz dilepaskan. Padan muka. Rasakan.

"Tu lah padahnya gatal sangat. Bulan puasa pun nak gedik lagi." Aku menjeling Eiz. Baju salin diambil dan aku cepat-cepat keluar dari bilik. Menukar baju di bilik air sebelum kaki melangkah menuju ke dapur.

"Garang ngat aih." Eiz mencebik. Tangan mengelus lembut kepala sendiri. Ganas do dia ni. Tangan tu kuku harimau ke apa.

























Stay tuned! Sorry for any mistakes and vote juseyo. Kalau baik hati tu, promote lah cerita ni dkt kwn2.

Thanks fr  those yg selalu support  dan membaca kisah EizZulaikha 💚





















Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 122K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
3.7M 234K 63
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
41.2K 1.8K 40
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
6.8M 336K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...