revenge ; parkseonghwa

Per geumvengers-

44.3K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... Més

intro
one
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

two

1.6K 204 19
Per geumvengers-

dalam perjalanan ke rumahnya, seohee berperang dengan diri sendiri. matanya fokus kat jalan, tapi fikirannya entah ke mana.

"betul ke aku ni eh? ke aku dah mereng jugak macam mamat tu?" soalnya sendiri.

tapi kalau nak patah balik pun memang tak boleh.. memang tempah maut la dia gamaknya! lagi lagi dengan kata kata seonghwa sebelum dia keluar dari pejabatnya.

"siap siap malam ni, aku jemput kau kat rumah. kita jumpa parents aku. kalau aku tak nampak batang hidung kau, siap!"

"macam la aku takde kaki nak pergi jalan sendiri. tapi aku bukan tahu pun rumah dia kat mana kan? ah mampus dia la" seohee menyepak batu kecil untuk melepaskan geram sehingga terkena motor yang diparkir di tepi.

"oops-"

-

pintu almari dibuka. mata melilau mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai. tapi kalau difikirkan balik, kenapa dia nak kena beria sangat bersiap.

ke sebab dia tengah dapat watak fake girlfriend anak orang kaya, so dia pun terikut ikut sekali nak kena pakai benda mewah? eleh, dalam almari ni bukan ada baju yang nampak mahal pun.

"kalau nak tangkap harimau, kena la masuk sangkar dia dulu kan? sabar seohee sabar, kau boleh punyalah. fake girlfriend je pun. mamat tu bukannya berperasaan pun"

tiba tiba seohee menghentak hentakkan kakinya di atas lantai sebelum menyerabaikan rambut. fuh stres betul ni.

"macam mana aku boleh terus terlibat dalam hidup lelaki yang bunuh adik aku ni? ugh. gila kau ni, seohee. memang gila!"

"kenapa seonghwa juga yang aku pilih untuk jadi fake boyfriend aku? bodoh aku ni pekat sangat ni haih" seohee menggigit bibir bawahnya.

kemudiannya, seohee menarik nafas dalam dan melepaskannya.

"tenang seohee, tenang" dia cuba ukirkan senyuman, tapi terasa pelik.

lalu seohee pergi ke arah cermin, dia lihat gambarnya bersama adiknya beberapa tahun lepas.

"yeon.. betul ke apa yang eonnie buat ni? niat eonnie cuma untuk tolong yeon balas dendam. takde sebab lain pun"

"apa apapun- yeon doakan yang baik baik ya untuk eonnie?"

it's okay, as long as aku tak sukakan seonghwa. selagi tu takpe. fake girlfriend je seohee. tak lebih pun. seohee cuba tenangkan dirinya sendiri.

"aku harap parents dia takdela teruk macam anak dia tu pun-"

-

seperti yang dijanjikan, er agaknya boleh tukar kot ayat tu. seperti yang disuruh seonghwa, seohee pun menunggu kehadiran seonghwa di hadapan apartmentnya. dah gaya macam girlfriend tunggu boyfriend jemput. tapi itula, pembetulan, sekadar fake sahaja ya.

pon pon!

seohee memandang kereta yang menghampirinya. lalu kereta mewah berwarna hitam itu berhenti tepat di depannya. tingkap pemandu dibuka, lantas wajah seonghwa terjegul keluar.

"kau tercegat apa lagi? cepat ah"

dia baru je berhenti depan aku, pastu dah memekak pula. dalam diam, seohee merungut di dalam hati. mampu mengutuk diam diam je, nak kata depan depan tu hm nanti nantila.

baru seohee ingin membuka pintu belakang, cepat cepat seonghwa menghalang.

"sedap kau je nak duduk belakang. ingat kau mem besar nak buat aku macam driver kau? sedar tak kau tu menumpang?"

tipula kalau nak kata seohee tak terasa. sedap cakap tak fikir perasaan orang. eh sejak bila je kan seonghwa tu nak fikir orang lain? huh.

seohee tak membalas, terus dia ke tempat penumpang hadapan. pintu dibuka dan dia masuk ke dalam perut kereta.

"mana perginya driver kau yang ikut kau ke hulu ke hilir tu?" soalan tu terpacul keluar dari mulut seohee semasa dia sedang memakai seatbelt.

"kau nak sibuk tahu apahal? sedar kau tu baru fake girlfriend je" perkataan fake ditekan kuat.

serabut ah aku nak cakap dengan mamat ni. ayat dia kasar semacam. memang patutla dia jadi lintah darat tapi bukan kaki perempuan. perempuan yang terpikat kat dia tu semua senget senget belaka, termasuk seoyeon.

aku memangla sedar diri, kau tu je yang tak reti nak sedarkan diri kau bodo.

hampir sahaja terlepas kata kata tu dari mulut seohee, namun sempat dia tahan. ni kalau terlepas, mahu seonghwa tinggalkan seohee di tepi jalan. langsung kes fake girlfriend ni terbatal dan rumahnya— ahh taknak fikir! mohon dijauhkan!

"ya ya aku sedar" fedup punya pasal hurm.

-

usai memarkir kereta, seonghwa terus keluar tanpa bersuara, malah tanpa mempelawa seohee. terkial kial seohee membuka seatbeltnya untuk mengikut langkah seonghwa.

"mamat ni memang menyusahkan aku la" kutuknya perlahan. seohee berlari anak untuk mengejar langkah seonghwa.

"erm weh aku pakai macam ni je takpe ke?" akhirnya, soalan yang memang daripada tadi nak ditanya terlepas juga.

bukan apa, memangla dia tu fake girlfriend je, tapi malu juga kalau nampak sangat ke'fake'an dia tu. nanti apa pula parents seonghwa kata bila tengok pilihan anaknya sorang tu. tambahan lagi, si jeon heejin tu cukup bergaya orangnya.

seonghwa berhenti berjalan lalu dia memusingkan badannya menghadap seohee sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. matanya menyoroti seohee dari atas ke bawah tanpa reaksi.

malam ini, seohee hanya mengenakan seluar jeans bersama t-shirt berwarna kelabu. memang seohee tahu gaya dia pelik kalau nak pergi makan malam dengan 'bakal keluarga mertua' pun, tapi sekurang kurangnya pakaiannya sopan. lagipun, dalam almari tu bajunya semua hampir lebih kurang sama.

"aku tak kisah. at least kau jadi diri kau sendiri"

tu pujian ke.. atau kutukan? seohee menyoal sendiri. nak kata pujian, lain macam je seonghwa ni nak memuji orang. nak kata kutukan pula.. er better anggap jela tu kutukan. lagi elok bunyinya daripada pujian. meremang bulu roma!

"oh okey"

-

woo seohee

aku dah jadi tak senang diam bila mata wanita separuh abad di hadapan aku memandang aku dan lelaki di sebelah aku aka seonghwa bersilih ganti. nak makan pun, terasa bersalah. mana perginya diri aku yang dingin tu?

"seohee, kenapa macam tak lalu je nak makan tu? tak sedap ke?"

"uhuk-" tiba tiba je aku tersedak apabila ditegur begitu.

"se- sedap je"

"kalau tak lalu nak makan, i suruh ahjumma masak makanan lain"

"takpe, tak perlu" cepat cepat aku menggoyangkan tangan di udara, tanda aku menolak.

weh bukan tak sedap, malah terlebih sedap sampai aku rasa layak ke aku ni nak makan makanan sedap macam ni. tapi sebab pandangan tajam mak seonghwa, terus aku tak jadi nak makan.

"huh"

aku menoleh ke kanan untuk memandang seonghwa yang tiba tiba je duk 'huh' tu. rasanya aku tak buat salah apa pun kan??

"kenapa omma nampak kamu berdua ni macam tak berapa nak mesra je?"

pergh, soalan maut satu.

"takde sebab nak bermesra depan orang tua" jawab seonghwa. dia ni memang dingin dengan semua orang ke macam mana? takkan dengan parents sendiri pun dingin macam dengan aku jugak?

"appa tak sangka kamu datang harini semata mata nak kenalkan sangat girlfriend kamu yang jadi sebab kamu nak batalkan pertunangan dengan heejin. kamu kenal heejin daripada kecik, tapi kamu pilih orang lain? apa kurangnya dia?"

apahal pulak nak gaduh depan aku ni? aku ni tak berdosa pun dalam hal ni. argh ni semua sebab rumah buruk tu. kalau tak, takdenya aku nak masuk dalam hal keluarga mamat senget ni.

"sebab kenal daripada kecikla saya tak boleh nak bersama dengan dia"

well, at least jawapan dia tak klise. as expected from park seonghwa.

"oh so kamu cintakan sangatla budak ni?"

"she's not budak. dia ada nama, appa. seohee, woo seohee"

uh what? seonghwa baru je pertahankan aku ke apa?

"okay fine. so kamu sayangkan sangatla kat seohee ni kan?" semasa ayah seonghwa menyebut nama aku, sempat dia mengerling aku.

orang kaya, tengok orang miskin sikit dah mula tanam sifat benci. huh silap silap lepas aku balik ni, siap suruh maid dia pergi samak tempat yang aku duduk dan yang aku jalan.

seonghwa tidak menjawab, sebaliknya dia hanya menyabung pandangan dengan ayahnya. memang dapat rasa yang keluarga ni mempunyai hubungan yang tak berapa nak baik. dingin semacam anak beranak.

lambat lambat, seonghwa mengangguk. lelaki yang mungkin berusia awal 50-an yang berada di hadapan seonghwa menayang senyuman lebar.. tapi apa yang aku nampak, senyuman tu ialah bertujuan mengejek.

"then kahwin. kalau tidak, kamu akan tetap dengan heejin, tak kisahla kamu nak ke tak. noktah"

"huh??"

Continua llegint

You'll Also Like

45.7K 5.6K 30
∆ Orang lain cakap dia monster tapi tidak untuk aku
1.3M 95.7K 54
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
209K 12.8K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
17.3K 2.3K 22
Kang Mina adalah seorang anak kepada manager YG ENTERTAINMENT. Dia juga tak lama lagi akan menggantikan tempat kerja appa nya. Atas alasan? Encik kan...