Us ✔

De FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... Mais

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 43

419 34 8
De FaryoonaHana





MALAM yang memenatkan.

Aku melangkah malas ke dorm. Mengantuk gila sia sembahyang tarawih tadi. Aku pun tak tahu kenapa malam ni letih sangat. Sudah la 21 rakaat, imam yang baca tu pun macam nak dodoikan aku je. Mendayu gila. Dah la baca lambat hm.

Setelah tiba ke dorm, beg dicampak ke tepi katil.  Aku naik ke atas katil dan membaringkan diri. Tudung yang masih elok tersarung tidak dihiraukan. Nak kedut ke apa lantak kau lah. Mata dilelap sebentar menghilangkan kantuk.

Kepala dialih ke kanan. Aku membuka kelopak mata. Dapat aku lihat baju sekolahku yang elok tergantung di loker.

"Erghhh.. Baju tak iron lagi." Aku mengeluh berat. Nak kena tidur awal ni, nak bangun sahur esok.

Aku turun dari katil dan mencapai uniform sekolahku yang masih belum digosok. Lengkap dengan tudung, baju dan kain. Aku keluar dari dorm dan menuju ke bilik seterika.

"Oh God.. Full." Aku menggaru kepala. Kelima-lima iron board di situ sedang diguna orang.

"Urmm adik, nak after?" Soalku kepada junior form 3 yang sedang seterika bajunya.

"Sori kak, lepas saya ramai lagi turn. Dalam tiga orang juga lah." Jawabnya.

"Kau?" Orang di belakang menjadi sasaran seterusnya.

"Ramai juga."

"Kau pula?" Tanya lagi. Tanya lagi. Kalau boleh semua orang aku nak tanya.

"Urm lepas saya tak ada orang tapi saya nak iron banyak lagi ni." Dia menunjuk ke arah pakaiannya yang dilungguk di atas meja.

Ok banyak bhaii baju dia. Macam nak pakai seminggu.

Aku tak faham juga perangai junior yang jenis iron banyak gila baju, macam diorang ni tak pernah balik rumah. Dah la iron hari-hari. Buat macam asrama ni tempat tinggal dia. Kadang-kadang sampai minggu baru datang asrama pun diorang tetap iron dekat sini. Eh iron rumah korang rosak ke apa?

Ok panjang pula berleter.

"Kau Citra? Ada orang tak lepas kau?" Aku buat muka selamba. Even aku tak nak pun tanya dia actually, tapi tu lah. Sebab aku nak tidur awal so aku nak cepat.

"Tak ada." Jawab Citra tanpa memandang aku.

"Lama lagi tak?"

"Tinggal tudung je."

"Ha ok then. Aku after kau tau." Finally!  Berjaya cup iron board.

Pakaianku aku gantung di penyidai. Aku kembali ke dorm sementara menunggu Citra siap seterika baju dia. Selepas aku tukar baju tidur, basuh muka, kemas beg dan pakai losen, aku pergi ke bilik seterika semula.

Aku macam nak naik angin jugalah sebab Citra still tak siap lagi. Lama gila doh. Aku rasa aku tinggal dalam 15 minit jugalah. Berapa lama langsung dia ni iron tudung?

Aku menggeleng kepala seraya mendekati Citra yang sedang menyeterika tudungnya. Tidak lama aku di situ, hidungku dapat mengesan bau pelik. Ini bau hangit terbakar.

Mengabaikan bau itu, aku menggapai pakaianku untuk diseterika. Tengok Citra macam nak siap dah.

But wait.

"Mana tudung aku?" Kening dikerut. Aku memandang Citra yang sedang tersenyum sorang-sorang.

"Wei Citra kau ada nampak tudung aku tak?" Soalku. Aku berdiri betul-betul di depan dia.

"Tak. Tak nampak pun." Dia angkat bahu.

Mataku tertancap pada tudung yang sedang diseterika Citra. Ini bukan ke..

"Tudung aku!"

Citra sengaja membuat reaksi terkejut yang dibuat-buat. "Tudung kau?"

"Ya Allah sorry, aku tak perasan nametag kau weh." Citra gelak.

Aku mengepal buku lima setelah mata aku dapat menangkap kehadiran lubang besar pada tudung itu.

Tudung aku... terbakar.

Matanya terbeliak. Terkejut. "Ya Allah Ika, tudung kau terbakar!" Citra ketawa kecil.

"Haih teruknya aku dah form 5 pun tak reti iron lagi. Hihi. Sorry lah Ika, tak perasan pula tudung kau."

Dia boleh gelak?

"Nah, tudung kau. Ambil buat kain buruk je lah." Dia mencampak tudung putih itu ke lantai.

This. Is. Rude.

Aku mengetap gigi. "Biadab eh kau?" Aku merenung tajam mata Citra.

"Eleh, macam kau bagus sangat." Citra menjeling. "Buat teruk ah. Aku tak sengaja kan?" Ujarnya selamba.

Buat teruk dia kata? Tak sekarang ni kan aku dah la mengantuk. Aku nak tidur awal tau and aku tak ada mood nak layan perangai bodoh kau ni Citra.

Nak kata kau ni buta tak sampai hati. Nametag nama Zulaikha dengan Citra Arieya memang nak dekat sama pun.

"Kau semenjak kawan dengan Far ni makin bodoh en. Makin tak guna." Matanya menjadi sasaran aku. Citra yang dulu, bukan lagi yang sekarang.

"So? Okaylah daripada kawan dengan kau, jadi lagi tak guna. Dah la tak cukup kasih sayang nak menagih perhatian orang pula." Balasnya dengan muka bangga.

"Useless." 

Kali ni aku memang hilang sabar.

Tindakan refleks aku menendang kuat iron board di hadapannya sehingga terjatuh. Tak semena-mena, seterika yang masih panas juga terjatuh dan menghempap kakinya.

"ARGHHHHHHHH!" Citra meraung kesakitan. Hujung bibir menarik senyum sinis. Padan muka kau! 

Mendengar jeritan kuat dari Citra, semua yang ada di situ datang mendapatkannya.

"Astaghfirullah Ika! Apa yang kau buat ni?! Kau dah gila ke?" Aliah yang berada di situ menyedarkan aku.

Aku terkesima.

Melihat kaki Citra yang merah dan melecur membuatkan aku kembali waras. Otak aku akhirnya dapat merakam apa yang sedang berlaku.  Citra memegang kakinya sambil menjerit sakit. Sakit yang teramat.

"Astaghfirullah Ika, what have you done?!"

Badanku mula menggeletar dan peluh mula menitis. Aku meraup mukaku.

Ya Allah.. Apa yang aku dah buat ni? 

"Panggil warden sekarang." Arah Aliah kepada seorang junior.





*************




Bunyi perut yang berkeroncong semakin menjadi-jadi sehinggakan boleh didengari oleh orang sebelah.

"Ika.. Kau okey tak ni?" Zulfa memegang bahu aku. Muka aku yang pucat lesi membuatkan Zulfa semakin tidak keruan.

"Kau boleh puasa tak?"

Aku menggeleng perlahan. "Baru subuh tadi je datang."

"Kau sahur tak?"

Sekali lagi kepala aku menggeleng.

"Ika.. Jangan la seksa diri kau macam ni. Nanti dapat gastrik macam mana?" Dia merenung aku yang meletakkan kepala di atas meja.

Zulfa mengeluh. "Kejap lagi aku belikan roti dengan air kat koop, kau makan eh." Bisiknya. Tanpa disedari, orang di meja hadapan dapat mendengar perbualan kami berdua.

"Huh, tak puasa?" Farhanna meninggikan suaranya. Satu kelas yang senyap sunyi kini memandang ke arah kami.

"Shut your mouth Far." Zulfa mengetap gigi. Aku pula menggagahkan diri untuk mengangkat kepala walaupun sebenarnya memang tak ada kudrat langsung nak membalas.

"Dah tak puasa tu buat la cara tak puasa. Kitorang yang puasa ni pun tak lembik macam kau lah. Tak payah la nak menagih simpati sangat. Tak ada siapa kisah pun pasal kau." Farhanna senyum sinis sebelum kembali menghadap ke hadapan.

"Apa masalah kau?" Dadaku turun naik.

"Hey Far, kau en kalau tak cari pasal tak boleh ke?" Zulfa menjongket kening. Cuba untuk menutup aib Ika. Memang sengaja agaknya nak bagitahu satu kelas yang Ika tak puasa.

Far ni memang cari nahas. Berani dia sembang pasal ni bagi satu kelas dengar kan? Dia ni kalau bab nak menjatuhkan orang, nombor satu!

"Jap. Aku?" Far menunding diri sendiri.

"Aku cari pasal? Aku rasa baik kau tanya kawan baik kau tu." Matanya mengerling ke arah aku.

Sabar Ika sabar. Aku memang tak larat tau, tapi janganlah kau buat aku ada tenaga nak lawan balik.

"Kau tahu apa jadi kat Citra semalam? Hah?! Kau tahu ke dia buat apa?" Far berdiri untuk memudahkan satu kelas melihatnya.

Aku juga turut berdiri menghadapnya. "Aku dah cakap en, aku tak kan buat selagi orang tak cari pasal dengan aku."

"Lepas tu kau pikir kau sorang aje lah betul?  Lepas satu-satu masalah kau buat, apa lagi kau nak? Hah?! Dulu kepala aku, sekarang kaki Citra? Kau tak sedar ke dia nak ambil trial SPM lepas raya ni? Kau tu asyik menyusahkan hidup orang!"

"Kau tak tahu cerita daripada awal kau diam lah."

Farhanna gelak jahat. "Aku tak tahu cerita? Ha sekarang dengar sini aku nak cerita."

Farhanna berdehem sebelum memulakan katanya. "Korang nak tahu jadi apa semalam? Kecoh kot satu aspuri sebab budak ni."

Satu kelas menumpu ke arah kami.

"Citra dimasukkan ke hospital sebab kaki dia melecur teruk kena seterika. Kulit dia tertanggal dan bernanah."

Genggamanku semakin kuat.

"Korang nak tahu kerja siapa? Ha dia ni lah. Budak depan aku ni. Aku tak tahulah bila dia ni nak insaf. Memang tak pernah nak sedar diri."

Aku dapat mendengar  bunyi pelajar lain berbisik. Kelas mula riuh mengata aku.

Eiz dari jauh memandang aku lama. Pada awalnya, aku dapat menangkap mimik mukanya yang seakan terkejut. Kemudian, dia merenung tajam mata aku.

Anak mata kami bertemu. Wajahnya yang bertukar bengis itu menyuruhku bersabar. Kepalanya menggeleng melarang aku daripada mengangkat tangan atau buat benda yang lebih teruk dari tu.

"Itulah aku cakap, kecil-kecil tak nak mati.  Besar-besar menyusahkan orang!" Far menunjal kepala aku.

Badan aku mula menggeletar. Tangan digenggam kuat. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi. Kawallah anggota badanku sebaik mungkin. Aku tak nak buat masalah lagi. Kemarahan ditahan sedaya-upaya.

"Enough Far!" Aku menjerit sekali nafas. Dada aku turun naik. Aku betul-betul letih dengan semua ni.

"Stop! Enough! Aku penat! Aku penatlah dengan kau ni. Ya aku tahu salah aku. Pihak pentadbiran dah hukum aku kan, apa lagi kau nak?!"

Farhanna ketawa kecil. "Kau ingat cukup ke  dengan hukuman?"

Aku mengangkat kaki beredar dari situ. Aku tak mampu  bertahan lagi.

Farhanna  akhirnya memeluk tubuh sambil tersenyum kemenangan.

Ada sebahagian yang gelakkan Ika dan ada juga yang bersimpati. Wajah Eiz yang bertukar merah langsung tak dapat dibendung lagi.

Eiz bangun menuju ke arah gadis yang bernama Ilya Farhanna itu.

"Far, sini jap." Eiz mendekati gadis itu. Mulutnya betul-betul rapat dengan telinga Far. Kisah pula satu kelas nak tengok. Tengok ah.

"Kau tahu tak apa hukum sebarkan aib orang?" Eiz senyum.

"Berdosa. Even Allah sendiri pun tutup aib kita. Kau ni siapalah sangat kan nak buka and sebarkan aib orang? Nabi pun tak bercakap buruk pasal orang tau."

Far mengetap bibir. Terkedu. Geram.

"Aku bukanlah nak bela Ika. Tapi, give her chance to change. Dia tengah dalam proses nak berubah. Jangan cabar dia. Dia boleh buat benda yang kau langsung tak pernah expect. Kau tahu tak kalau kau jadi salah satu penyebab dia berhenti untuk berubah, dosa besar kau dapat. Bulan puasa ni banyak-banyaklah buat amal ibadat ye. Jangan asyik nak mulakan pergaduhan je."

Eiz kemudian menapak meninggalkan kelas. Semua orang dah usyar pelik. Far menjeling tajam.

"Kau percaya sangat dekat Ika tu? Hm, we will see about that." 




















More chap comes next. 😽 Sorry for any mistakes or typing error. 🌷








Continue lendo

Você também vai gostar

1.5M 78.3K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
1.6M 68.7K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
2M 78.7K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...