Kelas DSB

Από farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Περισσότερα

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR

96 27 15
Από farid5attar

Niratcha berdiri di sisi Danial Nabil di markas yang terletak di kawasan bukit. Dia melihat mereka-mereka yang bekerja di situ. Pandangannya tertumpu pada jejaka di sebelahnya.

"Awak rasa, budak-budak tu boleh buat ke?" kata Niratcha bertanya.

Belum sempat Danial Nabil berbahas, satu berita buruk menimpa para anggota pertahanan itu.

"Ada penceroboh! Saya ulang, ada erkk..." Talian terputus.

"Panjang umur," kata Danial Nabil, selamba.

Ketua operasi memandang Danial Nabil. "Hoi, Nabil! Apa semua ni? Kau rancang semua ni ke?"

"Bukan saya yang rancang. Lagipun, diorang yang buat keputusan untuk ke sini. Kalau didengar suara tu, tidak lain tidak bukan... budak psiko tu jadi dalangnya. Siapa tak kenal otak kotor dia tu ya, tak?" terang Danial Nabil, tenang.

Sementara itu, Alif Najmi mengetuai gerakan kelas DSB.

"Alpha, mara ke kiri. Bravo, masuk kanan. Delta, kekal di belakang. Charlie, ikut aku ke depan," arah Alif Najmi bergerak pantas.

Mereka hanya mengikut arahan lelaki itu.

"Ada apa-apa laporan, Echo?" tanya Alif Najmi.

Erfan Shafiq dan Farah Wahida menembak hendap dari atas pokok. Dua orang rebah dek peluru lelap, tidak mati lagi.

"Three Tango down," balas Erfan Shafiq.

Sebaik mendapat laporan itu, Alif Najmi mengarah lagi. "Alpha, Bravo, masuk tengah. Kita buat jamuan akhir tahun."

Kumpulan Alpha dan Bravo bergerak ke tengah, mengepung pasukan pertahanan yang mengejar kumpulan Charlie.

"Foxtrot, sekarang!" jerit Alif Najmi.

Kumpulan Foxtrot menarik tali yang tersorok. Segelintir pasukan pertahanan terjatuh ke dalam perangkap lalu dinaikkan ke atas.

"Apa ni?"

"Cepat tolong!"

"Lepaskan kami!"

Mereka yang terselamat terkejut dengan perangkap yang dipasang. Kumpulan Delta yang berada di belakang terus menolak pasukan itu jatuh dalam lubang yang tersedia. Hanya seorang sahaja yang terselamat. Itupun berjaya ditangkap Zulfadlie.

"Bagus semua! Cuma, tinggal satu je." Alif Najmi mengeluarkan sos lada hitam dari beg Zafina.

Lelaki itu mendekati anggota pertahanan itu. "Pernah tak rasa black pepper dengan hidung?"

"Apa?" Anggota pertahanan itu terkejut.

Tanpa banyak kata, sos lada hitam disumbat ke lubang hidung anggota itu. Si mangsa teriak dengan kuatnya.

"Jeritlah kuat lagi. Sekurang-kurangnya, boleh tarik perhatian yang lain," kata Alif Najmi mengeluarkan aura Musang.

"ARGHH! PEDIH!" teriak anggota itu merasai seksaan sos lada hitam di lubang hidung.

Belum puas lagi, Alif Najmi memasukkan sos tiram ke lubang hidung satu lagi si mangsa. Habis menangis si mangsa dibuatnya.

"Dah la tu, Musang. Kita nak cepat ni," kata Iskandar, janggal.

"Alaa... baru nak fun," kata Alif Najmi mencebik.

"Jangan mengada! Cepatlah gerak!" Zulfadlie terus menarik Alif Najmi pergi dari situ.

Si mangsa yang menderita dek penangan sos, ditinggalkan begitu sahaja.

Hanya beberapa langkah ke hadapan, kelas DSB menemui seorang anggota yang bertubuh sasa.

"Nak pergi mana tergesa-gesa ni?" soal lelaki sasa itu.

"Bagi kami jumpa Cikgu Wan," pinta Amira merayu.

Zulfadlie dengan kasarnya terus menyerang lelaki itu dengan terburu-buru.

"Nanti!" kata Ilman Faiz cuba menghalang.

Zulfadlie terus ditumbuk kuat ke perut. Sakit, lebih dari itu. Dia menjadi lemah serta-merta.

"Kamu jangan nak melawan!" kata lelaki sasa itu.

Tiba-tiba, satu kelas terus menyerang lelaki itu. Jatuh, masih awal lagi untuk itu. Lelaki itu menyerang dengan tangan kosong sahaja.

PAKK!!!

Satu tamparan memukau lelaki itu.

"Musang!" ujar Iskandar memberi isyarat.

Alif Najmi menyepak belakang lutut lawannya sampai jatuh. Dia terus menghadiahkan tendangan kapak ke badan lawan. Dia memandang Iskandar semula.

"Cantik!" Alif Najmi dan Iskandar membuat high five.

Farah Yasmine kagum seketika lalu melihat lelaki sasa tadi bergerak perlahan.

"Oi, dia geraklah!" tempik Farah Yasmine.

"Kamu semua memang... ARGHH!!" Belum sempat lelaki itu berbahas, dia sudah terima renjatan elektrik.

Zulfadlie memarahi mereka berdua tadi. "Kot ya pun bagi settle habis dulu sebelum high five tu!"

"Erkk..." Iskandar hanya tersenyum kekok manakala Alif Najmi berdiam.

Setelah segalanya selesai, mereka menemui Cikgu Wan yang menanti kedatangan mereka di laman kelas.

"Anak muridku..." Itulah ungkapan bagi guru berupa harimau itu.

***

"Cis, tak guna betul!" marah ketua operasi di markas.

"Apa kata bagi kami bercakap dengan diorang?" ujar Danial Nabil berjalan keluar dari markas dengan selambanya.

Niratcha hanya mengekori lelaki itu dari belakang. "Tunggulah saya."

***

"Tadaa!!!" ucap Zafina Shahirah menunjukkan sebuah kek ke depan muka Cikgu Wan.

"Sempena pertemuan Cikgu Wan dengan Cikgu Zalina tahun lepas, Cikgu Zalina utuskan hari ni hari kelahiran Cikgu Wan," kata Zafina Shahirah lagi.

"Selamat hari jadi, Cikgu Wan!" ucap Amira dengan terujanya.

"Wah!" Cikgu Wan terharu dengan peristiwa itu.

"Jom nyanyi lagu!" arah Siti Zulaikha kepada rakan mereka.

Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi Cikgu Wan.
Selamat hari jadi!

Itulah nyanyian dari 28 pelajar kepada gurunya itu. Mereka bersorak gembira dapat meraikan detik itu. Cikgu Wan menjadi terharu yang amat sampai naik merah jambu pada muka.

"Terima kasih, semua," ucap Cikgu Wan.

Lilin yang dipasang pada kek, hendak ditiup Cikgu Wan. Nafas ditarik.

BAM!

Kek coklat itu hancur berkecai akibat serangan dari ekor hitam. Zafina Shahirah yang memegang kek tersebut terkejut sampai menghempas punggung ke tanah.

"Aduh!" Zafina Shahirah mengeluh.

Satu tepukan didengari oleh mereka.

"Siapa tu?" jerit Ilman Faiz mencari punca bunyi itu.

Seorang lelaki yang dikenali melangkah ke laman lapang itu. Cikgu Wan mengenal amat lelaki itu kalau tidak bukan Profesor Rizki.

"Rizki." Sepatah perkataan yang keluar dari mulut Cikgu Wan.

"Happy birthday," ucap Profesor Rizki dengan lagak egonya.

"Sepatutnya kena ucap, happy deathday. Baru meriah lagi," tambahnya lagi.

"Apapun, saya bawa 'tetamu' khas untuk 'majlis' korang semua. Dia pernah jadi Pragod. Tapi sekarang, dia jadi 'cikgu' baru korang. Memperkenalkan Ghost 2.0."

Cikgu Wan terkejut. "Apakah?"

"Cikgu ingat saya lagi, tak?" ujar satu suara yang amat garau.

Cikgu Wan hilang kata. Fikirannya melayang entah ke mana.

~Throwback~

"Wah! Boleh ajar saya tak buat macam tu?" pinta seorang kanak-kanak yang melihat pembunuh yang santai di anjung rumah.

Pembunuh yang dikenali sebagai Ghost itu memandang kanak-kanak 12 tahun itu. "Sedar tak aku dah bunuh ayah kau?"

"Itu saya tak kisah. Saya nak belajar benda tu dari tuan boleh, tak?" kata kanak-kanak itu lagi, menganggap situasi itu tidak pernah berlaku.

"Boleh je. Kalau apa-apa terjadi, aku takkan tanggung."

"Yeay!"

Maka, mereka berdua berjalan jauh dari desa terpencil pada larut malam itu. Selama bertahun-tahun pengembaraan mereka di dunia jenayah sehinggalah sebuah pengkhianatan berlaku.

~End Throwback~

"Dalam dunia pembunuhan, tak patut ada pengkhianatan. Anak murid perlu tulis dalam nota," pesan Cikgu Wan sempat lagi mendidik.

"Huh? Macam manalah kau boleh jadi cikgu dekat sini? Kau cuma bahan ujikaji dalam makmal. Sedarlah diri tu," sindir Profesor Rizki berlagak.

Hanya satu petikan jari, Ghost 2.0 menyerang Cikgu Wan dengan kelajuan dahsyat. Cikgu Wan sendiri tidak mampu melawan semula. Dia cuba melarikan diri tetapi Ghost 2.0 lebih pantas dari Cikgu Wan.

"Dengan kelajuan Mach 40, makhluk tu tak boleh lawan balik," kata Profesor Rizki tersengih angkuh.

"Mach 40?" Mereka yang lain terkejut.

"Ramuan tetap sama. Cuma gandakan kelajuan dua kali ganda sahaja. Itu dah lebih dari memadai."

Tanpa disangka, Profesor Rizki menyuntik diri sendiri ke leher. Mereka yang melihat mula kurang senang.

"Dengan ni, aku boleh jadi superhuman. Semua orang akan pandang aku macam wira sebab bunuh makhluk yang akan musnahkan bumi," kata Profesor Rizki bersama tawa ilai.

Kelas DSB sudah tidak senang. Mereka memandang Cikgu Wan sambil mengharapkan sebuah keajaiban. Cikgu Wan dipukul sampai terpelanting ke pokok.

"Uhuk! Uhuk!" Cikgu Wan terbatuk darah.

"Anak murid... cikgu teringat satu pesanan yang sepatutnya dari awal cikgu patut sebut..."

"...apa-apa terjadi jangan takut dan jangan lari. Itu semua cubaan."

Cikgu Wan bangkit sendiri dan bersedia untuk berlawan.

"Semua ni sebab musuh takkan berhenti selagi lawannya masih berdiri!"

#vote

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

19.2K 3.1K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tida...
33.1K 2.4K 91
🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau...
23.8K 2.4K 73
Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbia...
Bangtan Academy 2 : The Daredevils Από ❝ 아이샤 ❞

Επιστημονικής φαντασίας

74.8K 9.7K 59
"I wonder why did they bleed. Why it's feels so alone. Then I wonder how I survive it. Why am I survived? There's another story, written in blood...