(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

By Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... More

BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Sembang Author
Bab 59
SPECIAL CHAPTER

Bab 21

8.8K 283 6
By Reyshaaziz

Bilik yang berias indah itu aku pandang sekeliling. Tak sangka sekejap lagi aku bakal menjadi seorang isteri.

Debarannya terasa bagaikan hendak pecah jantung ni. Sudahlah semalam tidur aku tak lena. Gara gara Ray yang cakap merapu. Aku kecut perut.

Pejam nampak muka dia. Tak pejam kan ngantuk. Dah pejam kan tetiba teringatkan kata kata dia.

Ingat lagi semalam, selepas di inaikan oleh Khaira handphone  kat atas meja berdering. Aku capai dengan tangan kanan yang dah siap aku basuh.

"Ye, hello."

Mata aku melirik pada Khaira yang tersengih sengih itik ke arah aku. Nak menyakat ler tu.

"Hello, buat apa?"

Aku pandang jam dinding. Pukul 10 malam baru dia ingat nak call aku? Uh. Apa yang di buatnya seharian dari pagi sampai ke petang.

"Baru siap berinai. Pukul 10 baru ingat nak call tunang. Awak buat apa je hari ini?"

Suara aku keraskan sedikit. Geram. Chat WhatsApp yang aku hantar sepatah pun tak di balasnya.

Ray ketawa kuat. Aduh seksi pulak bunyinya.

"Mana boleh balas chat. Aku kan ada Bachelor party hari ini. Mestilah hari ini hari untuk lelaki saja."

Aku pusing mata ke atas. Banyaklah dia punya hari untuk lelaki je. Menyampah.

"Dah ni apahal pula call orang, esok esok kan boleh je jumpa."

Khaira minta diri untuk keluar dari bilik. Aku hanya angguk sebelum tutup pintu dan menguncinya.

Badan yang terasa lesu dengan mulut yang menguap luas, aku hempas ke atas tilam.

"Aduh, nikmatnya."

Tanpa sedar ayat itu terucap pada bibir ku. Selesa yaa amat bila boleh rebahkan badan macam ni.

"Ermmm. Nikmat. Nikmat apa?"

Ray bertanya dengan suara yang agak menggoda. Atau lebih kepada pervert.

Aku bukak mata yang sedari tadi tertutup hampir lena.

"Laa, nikmat apanya. Nikmat berehat la, baring baring atas katil ni. Golek golek. Dari pagi tadi, ni baru dapat rebahkan badan tau. Penat sangat."

Aku urut kedua dua belah kening. Memaksa mata agar terus tetap celik.

"Esok mesti lagi nikmat kan?"

Dah kenapa pulak sepatah patah sahaja cakapnya. Dah lah dari tadi asyik dok tanya je.

"Esok? Nikmat? Apa?"

Aku yang dah blur blur otak udang masih tak dapat nak hadam ayat dia dengan sebaiknya.

Kedengaran suara Ray ketawa dengan penuh seksi. Eh suara pun ada tang seksinya ke?

"Yelah, esok kau dan aku.. Kita. Kawin. Lepas tu dah halal. Boleh pegang pegang.. Boleh duduk sebilik, boleh tidur sekatil, boleh mandi sesaaa..."

Aku lantas memotong kata katanya.

"Ok, dah. Stop! Dah faham. Tak payah nak meleret leret dah. Ee merenyam."

Aku gigit hujung bibir bawah. Perasan ini entah kenapa terasa sangat berdebar debar. Esok dalam aku rasa tak sabar untuk menjadi yang sah kepada Ray, aku pun rasa macam takut jugak ni.

Macam mana nak menghadapi malam pertama dengan dia.

Aduh ke situ pulak. Aku tepuk dahi sendiri.

"Kenapa tepuk dahi? Kau tengah fikir benda tu eh? Sabar sayang, lepas sah je akad nikah esok kita lari naik bilik kejap."

Ray ketawa lagi. Ray sekarang dah buang tebiat, sikit sikit nak mengusik.

"Ray, dah lah. Malas nak layan awak. Saya nak tidur dah ni. Awak pun tidur lah. Esok nak berjabat tangan tok imam, jangan sampai gagap 50 kali."

Sekarang sesi aku pulak kenakan dia. Aku gelak geli hati. Bayangkan kalau abang polis sado macam dia failed lafaz nikah acaner?

Malu wei.

" Gelaklah sayang sepuasnya, aku akan pastikan sekali lafaz je kau dah sah jadi milik aku. Kalau 50 kali lambatlah aku nak buat sesi sesi cinta dengan kau."

Meluas bijik mata aku dengan ayat selamba badak Ray. Kalau dok ber hadapan ni confirm boleh tengok yang bibir dia terjongket senyuman sinis.

" Rayyyyyyy!"

Aku jerit geram. Ketawanya meletus kuat. Suka sangat hati dia tu dapat buat aku malu sendiri.

" Apa? Aku cakap benda betullah."

Dengan ketawa yang bersisa boleh je dia cakap macam tu. Banyak lah betul dia.

"Ok lah, sambung esok pula merapunya ye. Saya tidur dulu. Mengantuk sangat dah ni. Jumpa esok... Daaa."

Belum sempat Ray balas kata kata aku, aku dah tekan butang end call kat skrin handphone. Huh, biar pada muka.

Suka sangat menyakat aku, haa rasakan.

Selang 2 minit selepas itu, handphone aku bergetar tanda sekeping chat masuk ke aplikasi WhatsApp.

" Janganlah dia buat hal chat yang bukan bukan pulak. Aku...."

Gulp.. Tertelan air liur bila mata aku tertancap pada chat yang Ray kirimkan. Ayat dia..

Yaa tohan, geli aku nak baca. Ada ke patut dia cakap, dia tak sabar nak mandi sama sama dengan aku esok.

Apasal Ray makin merenyam ni. Aku seram!

" Maira, jom turun. Pengantin lelaki dah sampai."

Maklang ciut lengan. Tersentak aku di buatnya. Makanya jantung yang normal sahaja berdegup tadi kembali berentak lagu metalica.

Haa sudah!

Dah kena kawin ke?

"Maklang, Maira takutlah."

Aku capai kedua tangan maklang. Tangan ni sejuk dah serupa ais batu. Mengigil pun ia.

Yang aku hairan kan, kenapa aku perlu takut. Gemuruh, gelabah ketam semua. Bukannya aku yang kena jabat tangan jawab nikah dengan tok iman.

Yang aku debarkan sebenarnya ialah bila dah sah jadi isteri dia kejap lagi. Kena terkam ke apa?

Tak nak!

Si Ray tu sempat warning aku pagi tadi, katanya bersiap sedialah lepas akad.

Maklang senyum. Sempat lagi dia gelengkan kepala dia. Dia duduk melabuhkan punggung di sebelah ku. Kedua tangannya mengengam erat tangan aku.

"Maira. Perkahwinan itu ikatan yang paling suci selain ikatan darah antara ibu dan anak. Jodoh Maira dah ada di bawah. Hadir untuk menggalas tanggungjawab yang di tinggalkan abah dan mama. Ingat pesan maklang, jangan takut nak menghadapi kehidupan berumah tangga. Yakinlah dengan diri sendiri dan Ray. Insyaallah semuanya akan baik sahaja."

Airmata maklang mengalir menuruni pipi yang dah hampir di mamahi usia. Aku sebak. Setitik air mataku jatuh menitis.

" Maklang..."

" Maira, hari ini maklang lepaskan Maira sepenuhnya pada Ray. Maklang harap maklang dah jaga Maira dengan sehabis baik. Maklang rasa bahagia sangat hari ini. Bila maklang tengok Maira macam ni, maklang yakin kalau abah dengan mama Maira ada diaorang mesti gembira sama."

Dari tangisan tanpa suara. Kini kami tersedu sedan bersama. Esakan kecil kedengaran dari mulut maklang.

" Maklang, Maira mintak maaf.."

Maklang cium kepala aku yang berlapik dengan shawl putih gading..

" Maklang tak ada salah apa pun. Sepatutnya maklang yang patut mintak maaf dengan Maira kalau ada yang terkurang sepanjang kami menjaga Maira."

Kami berdakapan. Airmata aku makin laju mengalir. Dulu maklang sekeluarga lah dunia aku selepas kematian keluarga yang aku sayangi.

Aku sentiasa utamakan maklang sekeluarga. Aku tak pernah berjauhan lama lama tanpa mereka.

"Maklang jangan cakap macam tu. Maira yang patut bersyukur sebab maklang sudi jaga Maira selama ini. Maira sayang maklang."

Aku dakap erat badan maklang.

"Hey, hey. Orang dok menunggu kat bawah ni, korang boleh pulak buat drama kat sini. Oh no! Nangis nangis ni buruklah makeup oii."

Kak Sara selaku mak andam aku pada pagi ini bising di hadapan muka pintu. Kelam kabut dia menghampiri aku.

"Ampun kak sara."

Dalam airmata yang bersisa sempat aku gelak kecil. Maklang pun sama.

"Oklah, maklang keluar dulu. Cepat sikit siap. Sara, touch up lah balik. Tapi jangan lama sangat. Semua dah ada kat bawah tu."

Maklang bangun dan berjalan keluar. Aku bergerak ke meja solek. Menilik mata yang dah kembang dek menangis tadi. Tak ada apa yang kurang pun.

" Kak Sara, Maira tengok elok je ni. Tak payah touch pun tak apa."

Aku senyum. Kak Sara yang dengan brush makeup di tangan menjegilkan mata pada ku.

"Itu mata awak. Bukan di mata kak Sara tau. Nasib baik makeup pakai brand terbaik punya, tak perlu dah nak touch up lelebih."

Aku senyum sahaja melayan celoteh kak Sara. Bebelan dia ada yang betulnya. Airmata yang tersisa aku lap dengan tisu.

Sekadar tekap perlahan sahaja. Kalau tonyoh tonyoh mahu tanggal sebelah. Aku hembus nafas perlahan.

Macam mana lah agaknya Ray kat bawah sana? Jangan bikin malu bakal isteri, akad nikah lebih tiga kali Ray ye.


Auchh siapa ternanti nanti part Maira kawin dengan Ray? Aumm, macam mana lah agaknya nanti kan?

Continue Reading

You'll Also Like

559K 27.2K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
353K 14.2K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
523K 22.7K 71
๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
131K 5.4K 50
๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐ข๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž ๐€๐ฆ๐จ๐ซ๐ž ๐— ๐‡๐ž๐ซ ๐๐ข๐  ๐†๐จ๐ซ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š โŠฐโŠนเธบ Perkahwinan bersama lelaki tercinta sudah menjadi angan-angan buat DARLA CAROLINE...