BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 43 - PENDARAHAN!

24.9K 688 37
By Misshusna006

          Bingkas Afiq Khairul terbangun apabila terdengarkan tangisan isterinya itu.

          "Leha! Kenapa sayang?!" tanyanya pantas.

          Tetapi, pandangannya jatuh pada legging colour cream yang dipakai oleh isterinya itu.  Ada tompokan berwarna merah di situ!

          Afiq Khairul tersentak.   Tanpa membuang masa, dia bangun dan memakai baju t-shirt serta seluar slack saja.  Selepas itu, mengambil cardingan labuh serta tudung sarung dan memakaikan untuk isterinya itu.

          "Kita ke hospital." Hati Afiq Khairul hampir luluh namun dia kena kuatkan semangatnya.  

          Perasaan hiba dan sedih dipendam di dadanya saja.  Dia gagahkan dirinya agar isterinya itu turut kuat juga.  Walhal, betapa dia takut dengan situasi sekarang ni!

          Kemudian, barang penting seperti dompet Leha, buku rekod kesihatan baby serta kunci kereta diambil dengan segera.  Dengan berhati-hati, tubuh Leha dicempung dan segera bergerak ke hospital yang berdekatan.  Takut sekiranya melakukan pergerakan yang banyak dan besar, pendarahan akan bertambah teruk lagi.

          Sepanjang perjalanan ke hospital.  Sesekali Afiq Khairul menoleh kepada Leha.  Isterinya itu masih menangis lagi.   Sementara, tangan kanan isterinya itu memegang perutnya.  Seolah-olah dia cuba untuk melindungi anak yang sedang dikandungnya itu.

          Afiq Khairul mengenggam steering kereta dengan kuat.  Sesekali dia pegang kepala Leha.  Cuba untuk menenangkan isterinya itu.  Dalam hatinya, dia beristighfar dan berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang dikandung isterinya itu akan selamat.

          20 minit kemudian, Afiq Khairul berhentikan keretanya di ruang pintu kecemasan.  Melihatkan situasi Afiq Khairul yang membuka pintu dan mencempung isterinya masuk ke dalam wad kecemasan, 3 nurse dan seorang doktor wanita mendekatinya.  Dengan berhati-hati, dia baringkan tubuh Leha di atas katil stretcher.

          "Abang..." Leha capai tangannya.

          Ada riak ketakutan disebalik wajah polos isterinya itu.

          "Jangan risau... Semuanya akan baik-baik saja.  Leha kuatkan diri ye.  Abang tak ke mana-mana.  Abang tunggu sini," pujuk Afiq Khairul sambil menggenggam tangan isterinya itu.

          Dahi isterinya itu dikucup.  Leha pula hanya menganggukkan kepalanya.  Pucat sungguh bibir isterinya itu.

          "Tiba-tiba isteri saya mengalami pendarahan tadi..." Afiq Khairul menjelaskan situasi yang sebenar kepada doktor wanita yang masih memeriksa nadi Leha ketika itu.

          Doktor wanita tersebut mengarahkan agar Leha di bawah masuk ke dalam bilik kecemasan dengan kadar segera.       

          "Tolong jaga isteri dan selamatkan anak saya..." Itulah kata-katanya yang terakhir sebelum doktor wanita itu masuk ke dalam bilik kecemasan tersebut.

          Afiq Khairul kaku dan tidak bergerak di hadapan pintu kecemasan buat sementara waktu.  Dia tunduk.  Matanya tertumpu kepada lengannya.  Ada tompokan darah di situ.  Dia cuba untuk berfikiran positif walaupun hatinya luluh sekarang ni.

          Namun, Afiq Khairul menadah tangan dan berdoa sekali lagi kepada yang Maha-Esa.   Agar menyelamatkan anak yang dikandungkan oleh isterinya itu.

          Di samping itu...


'Anak papa... Papa harap kamu selamat.  Jangan tinggalkan papa dan mama.  Tolong, demi mama... Mama kamu akan sedih jika kamu pergi.  Papa berharap sangat, benarkan kami jadi papa dan mama kamu.' 


          Afiq Khairul hanya tersedar apabila nurse menegurnya agar ke kaunter pendaftaran.

          Afiq Khairul melangkah ke sana.  Di saat itu, baru Afiq Khairul teringatkan sesuatu.  Dia ambil handphone di poket seluarnya.

          Pukul 3:17 pagi.  Dia ingin memaklumkan perkara ini kepada ibu dan ayahnya.  Begitu juga kepada mertuanya di kampung tu.  Tapi, apabila teringatkan kesihatan mereka serta situasi Leha dan anaknya yang belum pasti lagi... Dia batalkan niatnya.  Dia akan hubungi mereka selepas Solat Subuh nanti.

          Bagi Afiq Khairul, detik inilah yang dia akan ingat sampai bila-bila.  Menanti di luar pintu bilik kecemasan sedangkan isteri dan anaknya di dalam bertarung nyawa untuk diselamatkan!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Satu jam lima puluh minit sudah berlalu.  Tetapi, Leha masih dirawat di dalam bilik kecemasan lagi.

          Afiq Khairul duduk dikerusi yang disediakan di situ.  Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk semula.

          Tiba-tiba... Pintu bilik kecemasan terbuka luas!

          "Suami kepada Ain Solehah Binti Amir," panggil doktor yang bertugas ketika itu.

          Pantas Afiq Khairul menoleh dan melangkah ke arah doktor wanita tersebut.

          "Isteri saya, doktor? Anak saya?" tanyanya segera.

          Doktor wanita tersebut melihat Afiq Khairul.  Ketika itu, nurse muncul di belakang doktor wanita tersebut sambil memegang 1 file laporan.

          "Kita ke bilik saya dulu," arah doktor wanita tersebut sambil diikuti oleh nurse tadi.

          Afiq Khairul turut mengatur langkahnya.  Setibanya di bilik doktor wanita tersebut, dia mempelawa Afiq Khairul duduk.

          "Nasib baik encik cepat bawa dia ke hospital tadi.  Isteri encik mengalami pendarahan disebabkan rahimnya lemah.  Buat masa sekarang, isteri encik perlukan rehat yang banyak," beritahu doktor wanita itu.

          Afiq Khairul anggukkan kepalanya perlahan.

          "Anak saya?" Lemah suara Afiq Khairul bertanya sambil menggenggam kuat jari-jemarinya.

          Terus doktor wanita tu tersenyum.

          "Syukur.  Baby selamat.   Anak encik punya semangat yang tinggi untuk hidup.  Dia bertahan walaupun peratus keguguran untuk berlaku tadi tu sangat tinggi... Miracles happen everyday," ujar doktor wanita tersebut.

          Afiq Khairul diam. 

          Matanya mula berkaca-kaca.  Hatinya sebak.  Dia menadah tangan tanda kesyukuran.  Alhamdulillah. Yaa Allah, terima kasih kerana mendengar doa serta belas ihsan yang Engkau berikan kepada kami.

          "Isteri encik kerja ke?" tanya doktor wanita tu kepadanya lagi.

          Afiq Khairul anggukkan kepalanya.

          "Ya, dia bekerja sebagai setiausaha saya," jawab Afiq Khairul.

          Doktor wanita tersebut mencatat sesuatu di file yang ada di tangannya itu.

          "Di rumah, adakah isteri encik melakukan kerja-kerja mengemas atau sebarang aktiviti yang memerlukan pergerakan yang banyak?" tanya doktor wanita tu lagi.

          Afiq Khairul menggelengkan kepalanya.

          "Sejak isteri saya pregnant, saya dah tegah dia buat kerja rumah.   Cuma kadang-kadang, kalau dia bosan... Dia akan curi-curi buat kerja rumah dan mengemas," ujar Afiq Khairul.

          Doktor wanita tersebut menggelengkan kepalanya.

          "Lepas ni, jangan benarkan isteri encik lakukan pergerakan yang banyak.  Kalau boleh, bercuti daripada kerja buat sementara waktu.   Tunggu sehingga baby lahir.  Sebagai langkah berjaga-jaga, agar kejadian ni tidak berlaku lagi." Nasihat doktor wanita tersebut kepada Afiq Khairul.

          Afiq Khairul menganggukkan kepala lagi.

          "Saya akan lakukan seperti yang doktor sarankan.  Doktor, bila saya boleh tengok isteri saya?" soal Afiq Khairul apabila terlalu risaukan Leha sekarang ni.

          "Kami akan pindahkan isteri encik ke wad tingkat 3.  Buat seminggu-dua ni, kami akan pantau keadaan isteri encik dulu di sini.   Tunggu sehingga kandungannya stabil.  Baru kami benarkan isteri encik pulang.  Encik boleh buat procedure seterusnya di kaunter pendaftaran.  Sila bawa slip pengesahan ni sekali ke sana nanti," beritahu doktor wanita tu lagi sambil tersenyum nipis.

          Afiq Khairul menyambut huluran slip pengesahan tersebut.  Dia mengucapkan ribuan terima kasih lalu keluar dari bilik doktor wanita tersebut.

          Sekali lagi, dia mengucapkan kalimah alhamdulillah.  Syukurlah Leha dan anaknya selamat!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku tersedar daripada tidur.  Aku celikkan mataku perlahan-lahan... Aku kat mana ni?

          Aku rasa lemah.   Tapi, aku kuatkan diriku dan memerhatikan sekeliling.  Ketika ini, aku berada di tanah gersang yang terbentang luas.   Aku cuba untuk berdiri dengan sisa tenaga yang masih ada.  Kemudian, melangkah perlahan-lahan.   Aku di alam mimpikah?

          Abang? Aku cari kelibat Afiq Khairul.  Aku jadi bingung.  Aku takut... Berkali-kali aku panggil Afiq Khairul, tapi tiada sahutan!

          Aku seka air mata yang mula menitis di pipiku itu.  Aku tunduk dan terpandangkan kain jubah putih yang aku pakai sekarang ni.  Pantas aku teringatkan sesuatu...

          Anak kami?

          Aku pegang perutku.  Kosong.  Tiada baby bump lagi!

          Aku cemas.  Aku menangis lagi.  Yaa Allah!

          Aku menangis dan terus menangis... Meratapi nasib yang menimpa diriku di saat ini.  Bukan aku tidak redha dengan ujian yang diberikan kepadaku ini, cuma aku ingin melepaskan kesedihan yang ada.

          Lagipun, aku teringat pesan abah.   Abah selalu pesan kat aku... Kalau ada apa-apa yang berlaku, tenang dan bersabar.  Itulah kunci untuk menghadapi sebarang ujian yang berlaku kepada kita.

          Abah kata, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.


'Anakku... Maafkan mama.  Mama tidak dapat melindungi dan hanya mampu lihat kamu pergi begitu saja.  Maafkan mama...' 


          Aku duduk lalu memeluk lututku.  Air mataku mengalir lagi...


Yaa Allah, aku redha.   Aku pasrah dengan ketentuan-Mu ini.  Tapi, berikan aku kekuatan dan semangat untuk menghadapi semua ini.  Aku yakin, di luar sana... Pasti ada ramai lagi yang menghadapi ujian yang lebih teruk berbanding aku.  In shaa Allah, sedikit masa lagi... Aku mampu bangkit semula.

Yaa Allah, berikan dan tunjukkan aku jalan untuk harungi semua ni.


          Tiba-tiba...

          Aku terdengar suara budak lelaki ketawa.  Aku angkat kepalaku.  Mencari arah suara ketawa tersebut.  

          "Mama..." Seseorang menarik lengan jubahku.  Aku menoleh.  Tapi, pandanganku jadi kabur.  Samar-samar aku tengok bayang-bayang di hadapanku itu.

          Baru saja aku nak capai bayang-bayang budak lelaki tersebut, seseorang memanggilku lagi.  

          "Leha... Leha... " Sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil oleh seseorang.

          Aku berpaling ke hadapan semula.  Nada suara ni... Afiq Khairul?

          "Mama..." panggil budak lelaki tu lagi sambil ketawa kesukaan.  Aku menoleh semula kepada bayang-bayang budak lelaki tu.

          Mama?

          "Leha..." Sekali lagi namaku dipanggil. 

          Kali ini, mataku terpejam rapat apabila aku rasakan pandanganku berpinar-pinar dan aku langsung terbaring di situ.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku buka mataku... Aku dapat rasakan linangan air mata di tubir mataku sekarang ni.

          "Leha, takpe sayang.  Jangan risau.  Anak kita selamat..." Kedengaran suara kerisauan Afiq Khairul di sebelahku itu.

          Bahuku diusapnya perlahan.

          Anak kami selamat?

          Aku cuba bangun dan meraba perutku.   Tapi, Afiq Khairul bertindak pantas dengan menahan bahuku daripada bergerak.

          "Leha tidak boleh bergerak terlalu banyak.  Anak kita selamat.   Leha tak perlu risau lagi..." Dia seka air mata di pipiku itu.

          Aku pandang Afiq Khairul.  Pandanganku berkaca-kaca semula.  Betapa aku rindukan suaranya ni!

          "Abang..." Tangisku sambil mengangkat kedua-dua tanganku.  

          Tapi, tangan sebelah kananku terhalang apabila ada jarum IV drip di situ.  Afiq Khairul faham maksudku itu.  Dia tunduk dan memeluk tubuhku.  Kepalaku dielusnya perlahan.  Dia benamkan mukanya ke leherku.

          "Abang ada.  Jangan takut..," bisiknya di telingaku.

          Aku dapat dengar suaranya yang sedikit serak.   Lama dia peluk aku.  Hanya melepaskan aku apabila dia ingin membetulkan selimut di tubuhku itu.  Dia turut menaikkan sedikit ruang di belakang katilku itu agar aku dalam keadaan separa duduk.

          Dengan kesempatan yang ada, aku raba perutku menggunakan tangan kiri.   Aku tahan air mataku yang ingin mengalir keluar lagi.  Walaupun masih kecil... Tapi, baby bump masih ada lagi.  Alhamdulillah.  Yaa Allah... Terima kasih dengan belas ihsan-Mu.

          Aku teringatkan mimpiku tadi.

          "Abang, Leha mimpi tadi..." Aku menceritakan mimpiku itu kepada Afiq Khairul.

          Afiq Khairul diam.  Dia tunduk.  Kemudian, tangannya menyentuh perutku dan mengelusnya perlahan-lahan.

          "Abang rasa, Allah S.W.T bagi petunjuk kepada Leha.   Apabila Leha redha dan pasrah dengan apa yang Leha lalui sekarang ni... DIA tunjukkan jalan untuk kita," katanya kepada aku.

          Aku capai tangannya di perutku itu.   Aku genggam perlahan.  Afiq Khairul membalas genggaman tanganku sambil tersenyum nipis.

          "Syukurlah Leha dan anak kita tidak apa-apa..," tambahnya lagi sambil mengelus pipiku.

          Afiq Khairul turut memberitahuku yang ayah, ibu dan Adila ada datang pagi tadi.  Tapi, ketika itu, aku masih tidak sedarkan diri lagi.  Aku perhatikan jam di dinding.  Jarum jam menunjukkan pukul 9:25 pagi.

          Aku baru perasan, yang aku ditempatkan di dalam bilik persendirian.

          "Abang sudah maklumkan kepada abah juga.  Diaorang on the way ke sini." Afiq Khairul mengambil gelas yang berisi air putih itu.

          Aku perhatikan Afiq Khairul.  Begitu juga dengan barang-barang yang ada di meja kecil di sebelahku itu.

          "Mungkin Leha lama sikit kat sini.  Bergantung kepada situasi kesihatan Leha dan baby.  Doktor akan pantau sehinggalah Leha betul-betul dah sihat, baru Leha dibenarkan pulang," jelas Afiq Khairul lagi.

          Aku anggukkan kepalaku saja.  Aku sisip air putih itu perlahan-lahan.  Haus sangat-sangat!

          "Abang, kenapa berlaku pendarahan pagi tadi tu?" tanyaku kepada Afiq Khairul lepas habis minum air putih tu.

          Afiq Khairul melihatku dengan pandangan serius.

          "Lepas ni, Leha rehat saja.  Rahim Leha lemah.  Tidak boleh buat pergerakan yang terlampau banyak.  Apalagi aktiviti yang lasak.  Tidak perlu mengemas lagi.  Biar abang yang buat semua tu," arahnya dengan nada serius.

          Aku diam.  Rahim lemah?

          Aku tunduk merenung perutku.  Sama macam umi juga!

          Aku ingat lagi.  Abah dan umi berkahwin di usia muda lagi.  Tapi, 13 tahun diaorang menunggu sehinggalah Amin dan aku lahir di dunia ni.  Ini disebabkan, umi mengalami 6 kali keguguran gara-gara rahimnya lemah juga.

          "Macam umi..," bisikku kepada Afiq Khairul.

          Walaupun begitu, abah tidak pernah tinggalkan umi.  Tetap bersama umi.  Sampai ada kata-kata yang 'kurang enak' didengar oleh abah dan umi.  Menyuruh abah untuk kahwin lagi.  Tapi, abah membangkang keras dan hampir bergaduh dengan orang tersebut.  Kata abah, abah kahwin dengan umi pun sebab diri umi.  Bukan sebab lain.  Ada anak atau tidak, abah tidak kesah.  Yang penting, umi ada bersamanya.  Berkat kesabaran abah dan umi tu... Kami lahir di dunia ini.  Bukan satu orang, tapi berdua.  Kembar seiras, lelaki dan perempuan.  Alhamdulillah!    

          Kini, aku tahu perasaan umi macam mana.  Tiba-tiba, aku rindukan umi dan abah.  Begitu juga dengan abang kembarku, si Amin tu.

          Afiq Khairul usap pipiku... Aku tersedar daripada lamunanku.

          "In shaa Allah, semuanya akan baik-baik saja... Abang ada, abang akan jaga Leha dan anak kita sebaik mungkin.  Jangan risau..," kata Afiq Khairul lalu memberikan kucupan lembut di dahiku.

          Terus aku peluk Afiq Khairul.  Terharu dengan kata-katanya itu.

          Kemudian...

          Afiq Khairul mengambil tuala kecil, berus gigi serta besen kecil.  Dia melangkah ke bilik air.  Lepas tu, keluar dan memberus gigiku.  Dia turut mengelap muka, leher serta tangan dan kakiku menggunakan tuala kecil.  Aku perhatikan Afiq Khairul.  Berhati-hati dia angkat tanganku itu.  Aku tersenyum nipis.

          "Abang... Terima kasih," ucapku kepadanya.

          Terharu lagi dengan layanan yang dia berikan kepada aku.  Afiq Khairul tersenyum saja.  Kali ni, dia kucup ubun-ubun kepalaku.

          "Leha isteri abang.  Anak yang Leha kandungkan, anak kita.  Siapa lagi nak buat semua ni kalau bukan abang?" tanyanya sambil mengangkat keningnya kepada aku.

          Aku tergelak kecil.

          "I love you abang!" luahku tanpa segan silu kepadanya.

          Afiq Khairul tersenyum lagi.  Dia gelengkan-gelengkan kepalanya saja dengan telatahku itu.

          "I love you too," bisiknya perlahan sambil merenung tepat ke anak mataku.

          Aku terkejut.  Akhirnya, dia cakap juga perkataan tu! 

          Aku ketawa kesukaan.  Kami berpegangan tangan sambil tergelak bersama-sama.  Bahagia menyelimuti diri serta bersyukur untuk segala-galanya!  


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Menjelang tengah hari... Masa untuk melawat pesakit.

          Ramai yang datang menjengukku.  Abah, umi, atok, ayah, ibu dan juga Sofea.  Nasib baik bilik ni besar sikit.  Jadi boleh memuatkan ramai orang.  Tidak sesak gitu!

         "Syukurlah Leha dan baby tidak apa-apa..," kata umi sambil memegang tanganku.

          "Alhamdulillah umi." Aku genggam erat tangan umi.

          "Lepas ni, kamu pindah dan tinggal kat rumah bersama-sama kami saja.  Ibu risau kalau biarkan kamu berdua lagi.   Sekurang-kurangnya, ibu boleh tengok-tengokkan Leha," arah ibu sambil melihat Afiq Khairul dan juga aku.

          Aku tersenyum saja.  Aku tahu diaorang risaukan aku.

          "Afiq bercadang macam tu juga ibu.  Lagipun, lepas ni... Leha berhenti kerja dulu.  Duduk kat rumah saja.  Leha tidak boleh lakukan aktiviti dan pergerakan yang terlampau banyak.   Takut effect kat rahim lagi.  Kalau ibu ada, Afiq lega dan tak perlu risau kalau pergi kerja nanti," beritahu Afiq Khairul sambil melihat kedua-dua orang tua kami.

          Mereka semua bersetuju dengan kata-kata Afiq Khairul itu.  Aku turutkan saja sebab aku tahu, ini untuk kebaikan aku dan juga anak kami.

          "Terima kasih sebab sudi datang." Aku capai tangan Sofea yang berdiri di tepi umi sejak tadi lagi.

          Sofea tersenyum kepadaku.  Dia peluk tubuhku dan mengucapkan syukur sebab aku dan baby selamat.

          "Adila mana?" tanyaku kepada Sofea.

          Sofea membetulkan tudung di kepalaku itu.

          "Kebetulan, kelasnya lambat habis hari ni.  Dia ada kuiz.  Sekarang ni, dia baru dalam perjalanan ke sini... Jammed.  Kau tahu juga perangai Adila apabila dia stress, berkali-kali dia WhatsApp aku.  Lepas tu, membebel panjang..," jelas Sofea sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

          Aku ketawa.  Tahu sangat perangai Adila yang satu tu!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Adila meletakkan keretanya di ruang yang disediakan.  Dia berlari anak ke ruangan lobi hospital lalu melangkah ke ruangan lift.

          Dengan penuh dramatik... Adila berlari laju ke arah pintu lift tersebut.

          "Tunggu!" Teriak Adila apabila dia nampak pintu lift tu nak tertutup rapat.

          Seseorang menahannya dari dalam.  Terkocoh-kocoh Adila masuk ke dalam ruangan lift tersebut.

          Terus saja Adila menyandar dan tunduk seketika.  Semput punya pasal!

          "Terima kasih," ucapnya segera tanpa mengangkat wajahnya kepada orang yang berdiri di hadapannya ketika ini.

          Pantas handphone diambil di poket seluarnya dan buka group WhatsApp.  Adila tekan dan rekod suaranya...

          "Aku dalam lift dah.  Kenapa dalam banyak-banyak hari, hari ni juga yang jammed gila? Professor di kelas tadi pun terlampau rajin.  Mahu juga aku skip kelas tadi tu dan cakap 'adios amigos, aku nak berambus dulu' kat professor tu, tapi takut nanti dia rendahkan gred aku pula.  Tapi, sabar itu indah.  Walaupun kesabaranku tahap nak makan orang sekarang ni.  Wait for me.  Kejap lagi aku sampai..." Habis saja membebel dan merekod suaranya itu, dia tekan punat send.

          Adila luruskan badannya semula.   Lega lepas habis meluahkan perasaannya kepada Sofea.

          Ketika itu, barulah Adila tengok dan perhatikan orang yang berdiri di hadapannya itu.  Tapi, Adila ternganga luas!

          Orang tersebut ialah Ilham Hakimi!

          Tapi, tidak semena-mena... Ilham Hakimi tergelak.  Lucu dengan raut muka Adila yang terkejut serta bebelannya tadi tu!

          Pantas muka Adila merona merah.  Malu.  Pasti Ilham Hakimi dengar apa yang dia bebelkan tadi tu!

          Hish, kenapa dia selalu terserempek dengan Ilham Hakimi dalam situasi yang sangat memalukan?! Bebel Adila tidak puas hati.


JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

Alhamdulillah.  Syukurlah Leha dan baby selamat... ❤️

~ Apa-apapun, terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-43 ni.  Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 75.8K 51
"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"
781K 31.3K 60
{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan t...
248K 15.9K 56
Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari melua...
166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...