Teman terulung

Galing kay DiyanahRahmat

14.8K 243 34

Kisah suka, duka, kehidupan, perhubugn dua sahabat, Nadhirah dan Raihanah.Dalam cerita ini byk mcritakan dn m... Higit pa

Prolog
Naluri
Senyuman
Pertemuan Pertama
Terima Kasih
Sepi
Syukur
Pertama kali
Sahabat yang setia
Dalam Genggaman
Memori bermula segala kisah hitam
3 Bulan Terindah part 1
3 Bulan Terindah part 2
3 Bulan Terindah part 3
Fitnah
Keampunan
Sentak
Keychain
Ya Allah...aku rindu dia.
Masih ada lagi?
Kebenaran
Bahagiaku jua
Penyatuan dua sahabat
Ina
Tangisan seorang sahabat
Kehidupan yang lebih baik
Dengki
dekat di hati
jika dia milikku
Pengorbanan
Perpisahan
Teman Terulung

Hembusan

391 5 0
Galing kay DiyanahRahmat

****Assalamualaikum..semoga pembaca dan wattpad sekalian sentiasa dilindungi dan disayangi Allah. Semoga sentiasa bahagia disamping insan dan keluarga tersayang. Maaf kerana dua hari ini saya tidak sempat update kisah ni. Network problem..isk3. Hehhe..baiklah taknak ganggu masa kalian. Selamat membaca. Komen kalian sangat dialu-alukan. Salam sayg tuk semua****

Chapter kali ini didedikasi untuk pembaca dan penyokong yang sangat memberi saya inspirasi dan semangat untuk terus menulis, @AishahHasni Terima kasih..mmuaah! mmuaah!! dari saya..hehehe***

Hairi berjalan di sebuah lorong yang gelap. Dia memasukkan kedua tangan di kocek sweaternya. Dia hilang arah. Dia terasa mahu menuju ke sebuah tempat, tetapi dia tidak tahu di mana. Kelihatan di lorong itu terdapat beberapa kumpulan manusia yang menghisap dadah, ada yang menghidu gam dan ada terbaring di tepi longkang seperti mayat. Badan mereka cengkung dan sangat selekeh. Dia yang mahu lepak disitu tadi terus membatalkan niatnya. Tiada ketenangan di sini. Dia terus keluar dari lorong tersebut dan berjalan dan terus berjalan. Langkahnya lemah, fikirannya serabut. Tiba-tiba dia terhenti, kelihatan beberapa orang yang berpakaian serba putih. Dia hanya melihat, lelaki-lelaki yang berjubah putih dan berkopiah putih berderet menuju ke seberang jalan. Dia melihat tempat di seberang jalan terdapat sebuah masjid yang terang. Tanpa berfikir, kakinya dengan sendiri melangkah ke sana. Dia melangkah masuk melepasi pagar, dari dalam dia ternampak lelaki-lelaki tadi sedang duduk secara berkumpulan sambil membaca Al-Quran. Dia menutup mata seketika, dia dapat mendengar jelas alunan yang merdu. Bacaan itu sama sekali menenangkan jiwanya.

“Assalamualaikum dik…”

Hairi tersentak dan menoleh. Seorang pemuda berpakaian jubah tersenyum padanya. Mukanya sangat berseri. Hairi terpinga-pinga, “Waalaikum..Waalaikummussalam..”

Pemuda tadi tersenyum, “Adik dari mana ni? Buat apa kat sini..”

Hairi bingung. Dia terdiam. Dia juga tidak tahu apa yang menariknya ke sini. “Saya…arm..dari…arm..”

Pemuda tadi tetap tersenyum, “Takpelah..mari ikut saya. Lepas ni, ada tazkirah daripada imam. Memang setiap malam lepas isyak, kami adakan bacaan Al-Quran dan tazkirah secara berkumpulan. Marilah join sama…”

Hairi hanya mampu mengangguk. Dengan kekok, dia mengikut pemuda tadi masuk ke dalam masjid.

Hairi membuka kasutnya dan mahu melangkah tetapi belum sempat dihalang oleh pemuda tersebut. Hairi tersentak sedikit. “Maafkan saya, penuh berkat biarlah kita melangkah masuk ke masjid dengan kaki kanan. Sama juga kita masuk rumah. Rumah itu ibarat syurga..sama juga dengan masjid. Rumah Allah.” Kata pemuda tersebut dengan tenang. “Seperti dalam hadis Rasulullah SAW juga bersabda,

Dari Anas yang berkata; “Menjadi sunnah Nabi apabila kamu ingin memasuki masjid, mulailah dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar darinya, mulailah dengan kaki kiri” (HR Imam al-Hakim. Hadis soheh mengikut syarat Imam Muslim). Jangan lupa pula mulakan dengan doa.” Sambung pemuda itu lagi sambil tersenyum sebelum masuk ke dalam masjid.

Hairi mengangguk mengerti, dia menunduk seketika melihat kakinya lalu melangkah masuk dengan kaki kanan seraya membaca, “Bismillahhirrahmannirrahim...” lalu masuk ke dalam masjid.

“Begitu Pemurahnya Allah SWT...jika kita berniat baik. Niat saja..kita sudah mendapat satu pahala, apatah lagi bila kita melakukannya, berganda-ganda pahala yang diberikan pada kita. Sama juga dengan jahat, jika kita berniat tetapi tidak melakukannya pahala juga yang kita dapat. Begitu Maha Pemurah dan Maha Pengampun Allah swt pada kita, hambanya.” Kata seorang imam dengan penuh semangat.

Hairi yang duduk di barisan belakang sekali sambil ditemani pemuda tadi hanya dengar dengan teliti. Kadang-kadang kening Hairi mengerut tanda memikir apa yang dikatakan imam.

“Kadang-kadang kita manusia ni mudah lupa. Mudah lalai. Mudah alpa. Allah sentiasa menghembuskan hidayah, petunjuk dan kesedaran pada kita. Kadang-kadang kita nak buat jahat tetapi segera disedarkan dengan peringatan kita terhadap hukum-hukum Allah dan segala dosa-dosa yang akan diberikan setimpal dengan perbuatan kita. Tapi..malang sekali..kebanyakan dari kita, hanya membiarkan hembusan yang berharga itu berlalu begitu saja. Kita masih dikawal oleh nafsu. Mahu memuaskan hati kita yang tidak pernah puas.”

Hairi menunduk, dia mengenggam tangannya. Hatinya bergetar. Tiba-tiba dia rasa takut dan amat merasa dia di dalam kerugian. Pemuda itu hanya menoleh dan melihat Hairi dengan tenang.

“Sampai bila kita akan dimainkan dengan nafsu dan terus hanyut dengan perasaan kita sendiri. Sampai bila? Sebut pasal kematian, adakah kematian kita pasti akan tiba apabila kita sudah meningkat tua saja? Orang muda lambat lagi ke nak? Orang muda takkan mati ke?”

Kedengaran suara tawa kecil.

Imam tadi tersenyum, “Jadi...tanya kembali pada diri kita. Muhasabah diri!, siapa kita? Untuk apa kita dicipta dan dilahirkan di dunia ni? Semata untuk lara????”

Hairi melihat Imam. Mukannya muram. Dia terasa sebak dan ingin menangis.

“Saat-saat yang diberi oleh Allah ini..gunakan dengan sebaiknya.” Kata imam seiring membacakan ayat Al-Quran yang bermaksud,

Firman Allah : Wahai orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila rasul  menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membataskan antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu dikembalikan.                                                         (Surah Al-Anfal : 24)

Kelihatan pemuda-pemuda bersalaman dan ada yang menuju keluar berlalu pulang. Pemuda tadi yang bernama Hasmar ingin menutup lampu dan kipas tetapi terhenti apabila melihat Hairi yang bersandar didinding dan termenung. Dia menuju ke arah Hairi.

“Dik..taknak balik ke?”

Hairi menoleh dan melihat Hasmar dengan wajah yang lesu, “Maaf bang, boleh saya tinggal sini?”

“Maaf kalau abang bertanya, ibu kamu dah tahu kamu ke sini?”

Hairi menggeleng.

“Kalau macam tu, baliklah..tak baik kamu lama disini, tambahan pula ibu kamu tak tahu kamu dimana. Seeloknya, biarlah kita kemana-mana adanya restu dari kedua orang tua kita. Lebih-lebih lagi seorang ibu.”

Hairi diam dan menunduk.

“Dik jangan salah faham, abang bukan tak benarkan kamu datang ke sini dan duduk di sini lama. Sebaiknya beritahulah ibu kamu dulu ya. Kalau kamu mahu duduk disini juga, telefonlah ibu kamu. Takut dia risau pula.”

“Bang...sebelum ni, saya tak pernah kisah dengan kerisauan ibu saya. Saya selalu buat dia susah hati. Saya banyak dosa bang...” Kata Hairi lemah sambil menunduk.

Hasmar terdiam sebentar lalu duduk di sebelah Hairi.

“Saya...terlalu banyak biarkan air mata ibu mengalir kerana saya. Tangisannya banyak sia-sia kerana sikap buruk saya pada dia.” Sambung Hairi dengan nada yang sedih.

Hasmar hanya setia mendengar apa yang diluahkan padanya.

“Saya hilang arah bang. Saya terlalu takut saya tidak dapat tunaikan tanggungjawab selepas arwah ayah saya meninggal sehingga saya larikan diri dan terus hanyut dengan keasyikan dunia. Saya sesat..baru-baru ni juga saya hampir merogol seorang gadis..saya banyak dosa bang. Saya tak tahu nak kemana lagi...” Hairi menekup kedua tangannya dimukanya. Kedengaran suara tangisan dan sedunya.

“Alhamdulilah dik..Alhamdulilah...apa yang patut kamu rasakan bukan kesal semata sebaliknya bersyukur kepada Allah SWT. Allah sedang menunjukkan kamu jalan supaya kamu tidak sesat lagi. Setiap perkara buruk yang berlaku pada kita adalah salah satu qada dan qadar Allah. Setiap ketentuan Allah swt tidaklah hanya sia-sia jika kamu menyedarinya.” Kata Hasmar dengan penuh tenang.

Hairi melihat Hasmar. “Abang faham perasaan kamu. Abang dulu pun tidak kurang samanya. Sesat dengan keindahan dunia. Tanggungjawab sebagai anak, abang sia-siakan. Abang tinggalkan ibu dan ayah abang. Abang buat banyak kerja haram sampai abang ditangkap dan duduk selama beberapa tahun di dalam lokap. Di dalam tu, abang banyak muhasabahkan diri, dengan berkat doa kedua orang tua abang. Abang mampu berdiri kembali. Abang cari Allah. Abang cari diri abang sendiri. Alhamdulilah, segala petunjuk Allah itu sangat indah. Betapa tenangnya apabila kita bersujud kepdaNya. Lepas abang keluar, abang tak sempat bersama dengan kedua orang tua abang. Mereka meninggal akibat kemalangan. Namun, abang masih memperolehi kemaafan mereka. Alhamdulilah, Allah masih memberkati dan merestui hidup abang.” Hasmar terdiam seketika, kelihatan dia menarik dan menghembus nafasnya dengan tenang seiring mengatakan “astaghfirullahalazim, Alhamdulilah...”

Hairi sebak, dia mampu diam dan menunduk.

“Dik...peganglah Panggilan Hidayah Allah ini dengan baik. Jangan pernah lepaskan ia, jangan sekali sia-siakan ia. Allah sentiasa melihat kita. Pergilah perbaiki semua keadaan. Baliklah ke pangkuan keluarga kamu. Tunaikan tanggungjawab kamu, Jadi manusia, manusia yang merupakan hamba kepada Allah taala. Firman Allah,

‘Wahai orang yang beriman!, Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kamu Furqan(yakni petunjuk yang dapat membezakan yang hak dan batil) dan menghapuskan segala kesalahan kamu dan mengampuni (dosa-dosa) kamu. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar’                                                                            (Surah Al-Anfal : 29)

Hasmar tersenyum melihat Hairi, Hairi menunduk kembali dia menutup matanya dan menghembus nafas kecil dan tenang.

Raihanah dibawa ke bilik sakit oleh Balqis. Kelihatan tepi mulutnya dan pipinya lebam. Kelihatan juga dia memegang perutnya kesakitan. Dia duduk di sebuah kerusi. Kelihatan Puan Cheng sedang memeriksa dirinya.

“Saya dah cuci luka kamu dulu dan balut luka kamu. Saya akan rawat pula perut kamu, jadi tunggu sebentar ya.”

Raihanah senyum kecil, “Terima kasih Miss Cheng”

 Puan Cheng mengannggukn dan senyum sebelum bergegas ke kabinet dan mencari dan menyediakan alat-alat yang diperlukan.

Balqis duduk disebelahnya. Dia melihat muka Raihanah yang berkerut kesakitan tetapi masih mampu bertahan dan wajahnya tetap tenang.

“Apa yang berlaku sebenarnya?” Balqis bersuara.

Raihanah hanya diam.

“Alhamdulilah aku dan kawan-kawan kita yang lain lalu kat situ. Kalau tidak, mesti budak-budak tu belasah kau dengan teruk lagi.”

Raihanah masih diam.

“Angkara Nadhirah kan?”

“Balqis...takda kaitan dengan dia lah..jangan buat tuduhan melulu.” Kata Raihanah lemah.

“Tuduhan? Aku masih boleh dengar dengan baik lagilah Raihanah. Aku dengar budak-budak tu cakap kat kau tadi. Nadhirah dah buka peluang untuk mereka kembali untuk buli kau.”

Raihanah hanya diam dan menghembus nafas kecil.

“Dari awal lagi, aku dah pesan dengan kau. Tak perlu nak rapat sangat dnegan budak macam tu. Budak macam tu jenis kawan makan kawan lah.” Balqis menjadi bengang.

“Balqis..semua ni salah faham jer. Tolong jangan cakap dia macam tu.”

Balgis mendengus geram, Aku tak tahu nak cakap macam mana kat kau lagi. Apa istimewa sangat dengan budak tu sampai kau nak kena jadi bengap macam ni. Sampai dungu tak boleh nak mempertahankan diri sendiri. Aku tak faham kau boleh biarkan dia buat macam-macam kat kau.”

Raihanah hanya diam.

“Maafkan dengan kata-kata kesat yang aku cakap Raihanah. Tapi aku geram sangat. Kau terlalu degil.” Balqis dalam keadaan bengang lalu berlalu begitu sahaja meninggalkan Raihanah yang masih lemah dan menunduk.

Dia tersenyum tiba-tiba.

“Firman Allah taala, Tawakallah kepada Allah Yang Hidup, Yang tidak Mati dan bertasbihlah dengan memujiNya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hambaNya. Al Furqan ayat 58.” Katanya perlahan. “SubhanAllah...selamat datang dugaan!.” Katanya lagi dengan perlahan. Dia menarik nafas dan menghembus nafasnya dengan perlahan. Ayat suci itu seperti memberinya kekuatan dan nafas baru.

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

286K 10.7K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
18.8K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
89K 8.6K 45
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...