BOS A.K.A SUAMIKU

Autorstwa Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... Więcej

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 42 - PREGNANT!

28.4K 699 34
Autorstwa Misshusna006

          Keesokan harinya.  Di awal pagi lagi, Afiq Khairul dan aku ke hospital swasta untuk membuat pemeriksaan.  Nak tahu samaada aku betul-betul pregnant ataupun tidak.  Excited gitu!

          Afiq Khairul mengenggam jari-jemariku sambil melihat doktor wanita yang duduk di hadapan kami ni.  Selepas menjalankan beberapa ujian tadi, keputusan telah pun diterima!

          Dan...

          "Tahniah Puan Ain Solehah.  Puan memang pregnant.  Kandungan puan dah masuk 6 minggu..," ucap doktor wanita tersebut sambil tersenyum lebar.

          Aku kelip-kelipkan mataku.  Kemudian, aku menoleh kepada Afiq Khairul.  Dia turut melihat aku sambil tersenyum lebar.

          Genggaman di jari-jemariku bertambah erat.

          "Abang, Leha pregnant!" Aku jadi blur!

          Tidak tahu nak cakap dan buat apa.  Terkejut punya pasal!

          Aku hanya ingatkan kitaran haidku lewat lagi.   Ini disebabkan, perkara ni kadang-kadang terjadi kepada aku.  Ia pernah berlaku.  Haidku tidak datang pada bulan sebelumnya.  Dan hanya datang apabila hujung bulan seterusnya.  Aku ingatkan gara-gara berat badanku naik, hormonku jadi tidak seimbang.  Dan, menyebabkan haidku tidak datang dekat 2 bulan ni!

          Tapi....

          Rupa-rupanya, aku pregnant!

         Aku rasa macam nak menangis.  Tidak lama lagi, aku akan jadi mama.  Alhamdulillah, syukur!

          "Leha okey ke?" tanya Afiq Khairul apabila melihat mukaku yang masih blank lagi.

          Afiq Khairul memaut bahuku.  Aku anggukkan kepalaku saja.

          "Baby okey?" tanyaku terus kepada doktor wanita tersebut.

          Doktor wanita tersebut tersenyum kepada aku lagi.

          "Baby okey.  Pada peringkat ni, janin sudah mula terbentuk.  Alhamdulillah.  Puan dan baby sihat.  Cuma nak ingatkan supaya berhati-hati dalam trimester pertama dan kedua ni..." Doktor wanita tersebut menjelaskan perkara-perkara dan langkah-langkah yang perlu aku ikuti.

          Aku anggukkan kepalaku saja.  Noted!

          "Tapi, kenapa suami saya yang muntah-muntah?" tanyaku lagi dengan muka kebingungan.

          Hairan punya pasal!

          Doktor wanita tersebut ketawa.  Kuat pula tu.  Dia memerhatikan Afiq Khairul di sebelahku itu dan kemudian mengangkat jari thumbs up kepada aku.

          Hah?

          "Untunglah awak.  Awak yang mengandung.  Suami yang mengidam.  Situasi ni dipanggil sebagai Couvade Syndrom.  Di mana ia berlaku apabila sang suami stress dan terlalu risau.  Stress ni muncul disebabkan suami risau yang amat sangat akan keselamatan isteri dan cahayamatanya.  Akibat stress tadi, tubuh sang suami mengeluarkan zat kimia yang akan menyebabkan dirinya berasa terlalu amat simpati dan mula mengalami simptom seperti seorang wanita yang sedang hamil," jelasnya sambil tersengih kepada aku.

          "Simpton ni tidak berbahaya.   Ia akan hilang dengan sendirinya setelah suami mula merasa tenang semula," tambahnya lagi.

          Aku anggukkan kepalaku buat kesekian kali.  Patutlah!

          "Abang jangan risau.  Leha dan baby okey.  In shaa Allah..." Aku usap lengannya sambil tersenyum lebar.

          Kesian pula dengan suami aku ni.  Gara-gara terlalu risaukan aku dan baby, dia pula yang dapat simptom Couvade Syndrome ni.  Aku terharu!

          Afiq Khairul tersenyum saja kepada aku.

          "Bagi abang, kalau ini boleh ringankan beban Leha untuk mengandungkan anak kita.  Abang sanggup hadapinya.  Asalkan Leha dan baby sihat walafiat," ujarnya kepada aku.

          Aku diam dan kemudian memeluk lengannya.   Alahai, so sweet!

          Doktor wanita di hadapan kami ni berdehem beberapa kali.  Barangkali dia cuba stop aura 'pink love-love' yang mula menular di dalam biliknya ni.

          Aku lepaskan pelukan di lengan Afiq Khairul itu.  Alamak!

          "It's okey.  Saya dah biasa.  Setakat ni, kamu masih okey lagi.   Hari tu, siap ada pasangan yang buat putaran macam kat dalam taman bunga tu.  Excited laa katakan... Saya faham perasaan kamu apabila pertama kali jadi ibu bapa ni." Gurau doktor wanita tersebut sambil ketawa lagi.

          Afiq Khairul dan aku juga turut ketawa sama.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Selepas itu, kami keluar dari bilik doktor wanita tersebut.  Sekali lagi Afiq Khairul memaut bahuku.  Bibirnya tidak lekang daripada mengukirkan senyuman manis macam tertelan madu satu botol!

          "Hajat abang dah tercapai.  Tidak lama lagi abang akan jadi papa.  Tahniah!" Aku peluk pinggangnya itu.

          Afiq Khairul tergelak.

          "Alhamdulillah.  Abang pun nak ucap tahniah.  Tak lama lagi Leha akan jadi mama.  Congrats to you!" ucapnya kepada aku.

          Aku turut tergelak bersama-sama dengannya.

          "Terima kasih sayang." Tanpa segan silu.  Dia kucup ubun-ubun kepalaku.  Aku tersipu malu dengan perlakuannya itu.

          Dalam hati, berpuluh kali dah aku ucap kalimah alhamdulillah.  Tanda kesyukuran dengan nikmat dan rezeki yang diberikan kepada aku.  Syukur!

          "Jom gerak ke rumah ayah.  Abang yakin, umi dan ibu pasti dah menunggu di laman rumah tu," kata Afiq Khairul.

          Aku ketawa.  Teringat reaksi kedua ibu bapaku serta mertuaku itu semalam.  Diaorang punya excited lain macam.  Itu belum lagi dengan reaksi Adila dan atok!

          Biasalah, in shaa Allah... Cucu pertama mereka akan lahir dalam tempoh 8 bulan ni!

          Sejurus itu, kami bergerak pulang ke rumah mertuaku.  Seperti yang Afiq Khairul katakan, diaorang bersarapan di bawah gazebo sambil menunggu kedatangan kami.  Kalau malam tadi, Adila berteriak sakan.  Kali ni, dia jadi budak baik.  Dia berdiri di sebelahku sambil memegang perutku saja.  

          Berhati-hati gitu.  Adila dah gelarkan dirinya sebagai 'Auntie Adila'!

          "Anak buah auntie.  Be good.  See you soon..," katanya dengan muka serius.

          Aku ketawa saja dengan telatahnya itu.  Ada-ada saja!

          Mereka yang lain pula tersenyum lebar.  Teruja dengan berita yang Afiq Khairul sampaikan sebentar tadi.  Lepas Afiq Khairul memberitahu yang aku dah mengandung 6 minggu, terus saja mereka peluk Afiq Khairul sambil mengucapkan tahniah.

          Umi dan ibu pula bagi aku tips dan nasihat.  Pesan itu, pesan ini.  Aku anggukkan kepalaku saja.  

          "Hati-hati saja dalam peringkat awal ni, jangan buat kerja berat," pesan umi.

          Aku anggukkan kepalaku lagi.

          "Baiklah umi.  Jangan risau!" Aku pegang tangan umi sambil tersengih-sengih.

          "Kalau Leha nak makan sesuatu.  Beritahu kat ibu... Ibu akan usahakan dan buat untuk Leha." Itu pula kata-kata daripada ibu.

          Aku tergelak.

          "Ibu, not me... Abang Afiq yang mengidam sekarang ni." Apalagi, ibu dan yang lain ketawa sambil melihat Afiq Khairul.

          Kesian!

          Afiq Khairul hanya tersenyum.  Riak mukanya pasrah saja.  Aku angkat keningku kepada Afiq Khairul, bertabahlah sayang!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Malam itu, aku menyandar di kepala katil sambil menunggu Afiq Khairul.  Ada sesuatu yang aku nak tanya dengan dia.  Penting sangat-sangat!

          Tidak lama kemudian, dia muncul lalu menutup pintu bilik kami tu.  Aku tersenyum kepada Afiq Khairul lalu menepuk-nepuk pada ruang kosong di sebelahku itu.

          "Kenapa?" tanyanya lalu naik ke atas katil.  Dia turut menyandar di sebelahku.

          Aku menyandar di bahunya sambil  memegang jari-jemarinya tu.

          "Macam mana abang tahu Leha mengandung?" soalku terus kepadanya.

          Itulah persoalan yang aku nak sangat tahu.   Apataknya, aku yang punya badan sendiri pun tidak tahu.  Inikan pula dia.  Ajaib sungguh!

          Afiq Khairul tersenyum.

          "Abang suami Leha... Mestilah abang tahu," jawabnya dengan gelakan kecil.

          Aku mendongak dan muncungkan bibirku.  Tidak berpuas hati dengan jawapannya itu!

          "Leha tahulah abang suami Leha.  Abang beritahulah..." Gesaku sambil tonyoh-tonyoh perutnya tu.

          Afiq Khairul ketawa.  Lepas tu, dia tersenyum lagi.   Nakal senyumannya itu pada pandangan mataku.  Aku rasa tidak sedap hati!

          "Abang tengok nota abang.  Abang perasan yang period Leha dah lama tidak datang.  Lagi pula, Leha suka tidur sekarang ni.  Asal duduk mesti terlelap.  Dan..." Afiq Khairul diam.

          Pandangan matanya jatuh ke dadaku.  Dia dekatkan dirinya kepada aku.

          "Abang perasan yang..," bisiknya di telingaku.

          Aku terdiam.  Apabila aku dengar penjelasan Afiq Khairul tu... Terus mukaku merona merah!

          Aku tunduk dan tengok dadaku.   Memang sejak kebelakangannya ni, aku perasan yang ia sangat sensitif.  Ada rasa sedikit sakit apabila disentuh.   Aku ingatkan period aku nak datang.  Sebab itu salah satu tanda kalau period aku nak datang bertamu.

          "Apabila abang google, itu adalah tanda-tanda awal ibu pregnant.  Tambahan pula, dengan kekerapan kita 'bersama'..." Afiq Khairul pandang aku sambil tersenyum nakal plus jahat.

          Aku sudah agak, firasatku betul!

          Pantas aku pekup mulut Afiq Khairul.  Aku halang dia daripada meneruskan kata-katanya tuStop!  

          Huh, kalau aku tahu... Lebih baik aku diam dan tidak tanya dia langsung.  Miang sungguh!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Afiq Khairul mengambil dompetnya di atas meja mekap.  Dia membukanya dan mengeluarkan beberapa keping duit Rm 100.00 ringgit.  Ingin menyerahkannya kepada Leha untuk berbelanja.  Shopping baju, tudung, kasut, mekap dan sebagainya.  Terpulang kepada isterinya saja.

          Tapi, dia terhenti apabila tengok gambar isterinya sudah berubah di frame dompetnya itu.

         "Leha," panggilnya kepada isterinya itu.

         Ini mesti kerja Leha!

          "Lehat kat dapur.  Kenapa?" sahut isterinya itu dari ruang dapur.

          Seminit kemudian, isterinya muncul sambil memegang mangkuk yang berisi buah strawberry.  Dengan selamba, mengunyah dengan muka kehairanan.  Kening isterinya itu naik sebelah!

          "Abang panggil Leha ke?" tanya isterinya itu kepadanya.

          Afiq Khairul tayang gambar di dompetnya itu.

          "Bila Leha tukar gambar kat dompet abang ni? Gambar lama kat mana?" soalnya kepada isterinya itu.

          Gambar yang ada di dalam dompetnya sekarang ni adalah gambar Leha yang terbaru.  Ukuran passport.  1 keping sahaja.  Isterinya itu bergambar sambil tersenyum lebar.  Comel pada pandangan matanya.  Tapi, gambar lama tu di mana? Kenapa isterinya tukar? Bisiknya dalam hati.

          "Ooo..." Isterinya itu berhenti daripada mengunyah.

          Isterinya itu memuncungkan bibirnya lalu melihatnya dengan muka tidak bersalah langsung. Innocent dan polos sangat-sangat!

          "Leha tukar semalam.  Leha dah simpan gambar-gambar yang lama tu.  Leha sengaja tukar sebab Leha yang dulu bukan Leha yang sekarang.  Lagipun, Leha dah comel sikit berbanding yang dulu.  Kenapa perlu tengok gambar Leha yang dulu-dulu tu? Leha tidak comel ke sekarang ni?" jelas isterinya itu dengan nada dan raut wajah yang sangat serius.

          Afiq Khairul terdiam.  Dia speechless!

          Entah kenapa, dia rasa yang isterinya ni semakin lama semakin pandai 'bersoal-jawab' dengannya?

          Pembawaan baby kot? Bisiknya lagi dalam hati.  Dia hanya mampu pasrah dengan keadaan!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Isteri yang mengandung, suami yang mengidam!

          Itulah situasi kami sekarang ni.  Sejak akhir-akhir ni, aku tidak pernah masak lagi di kondominium kami tu.  Kami makan kat luar saja.

          Gara-gara Afiq Khairul tidak boleh cium bau minyak goreng, bau nasi masak dan bau ikan masak dan macam-macam lagi!

          Pokok pangkalnya, dia cerewet sangat-sangat!

          Afiq Khairul memegang jari-jemariku.  Kami melangkah masuk ke dalam shopping mall tersebut.

          "Leha nak makan kat mana?" tanyanya kepada aku.

          Aku melilaukan pandanganku ke sekeliling.

          "Leha serahkan kepada abang saja.  Leha dan anak abang ni, kami tidak cerewet bab makan-makan ni.  Kami on je... Tapi, abang tu yang kesian.  Takut abang yang mual pula nanti.  Abang je laa yang decide.  Kami turutkan saja!" jawabku sambil ketawa dan mengusap perutku saja.

          Afiq Khairul turut ketawa.  Dia tumpang sekali mengusap perutku sambil tersenyum lebar.

          Kandunganku dah masuk 18 minggu.  Alhamdulillah, setakat ni aku dan baby masih sihat walafiat.   Selera makan pun macam biasa juga.  Tiada permintaan yang luar biasa lagi.

          Aku pernah terdengar dan terbaca yang kadang-kadang orang mengidam ni ada minta makanan yang pelik-pelik.  Tapi, syukurlah aku tidak macam tu.  Kalau tidak, meranalah Afiq Khairul aku kerjakan!

          "Kita makan kat Kenny Rogers.  Leha dan anak papa ni... On ke?" selorahnya kepada aku.

          Aku tergelak.

          "Kami on!" Aku angkat tangan kiri tanda setuju.  Janji kami makan!

          Afiq Khairul mengusap perutku lagi.

           "Papa harap, anak papa ni macam mama dia.  Tak cerewet bab makanan.  Kalau tidak, papa pening!" Aku ketawa dengan kata-katanya itu.

          Amboi, perli diri sendiri ke?

          "Betul tu nak.  Jangan macam papa.   Nasib baik papa dapat isteri macam mama.  Sabar je layan karenah papa ni," kataku sambil meletakkan telapak tanganku di atas jari-jemarinya.

          Tidak semena-mena, Afiq Khairul mencium pipiku.  Sekilas kiss gitu!

          Aku cuit bahunya perlahan.  Mukaku merona merah dengan orang yang lalu-lalang.  Hish, buat malu saja!

          Afiq Khairul buat selamba saja sambil tersengih nakal.

          "Abang!" Aku terhenti daripada melangkah.

          Di hadapan kami ni, ada kedai yang menjual barang-barang baby.  Yaa ampun, comelnya!

          "Nak masuk sekejap?" tanyanya kepada aku.

          Aku anggukkan kepalaku saja.  Laju pula tu!

          Lantas Afiq Khairul memegang tanganku semula dan kami beriringan masuk ke dalam kedai tersebut.  Betapa comelnya baju-baju dan barang-barang baby yang dijual di kedai ni.  Jadi rambang mata dibuatnya!

          "Abang, tengok ni!" Aku tunjukkan kasut baby colour pink tu kepada Afiq Khairul.

          Style jenis sulaman bunga.  Comel gila!

          Afiq Khairul tergelak.

          "Comel..." Afiq Khairul mengambil kasut tersebut di tanganku.  Dia membeleknya dan tersenyum lebar.  Redup dan lembut pandangan matanya sekarang ni.

          Aku tersenyum sama.   Aku yakin, anak yang bakal lahir ni... Confirm, akan jadi anak papa! Dari tingkah lakunya saja, aku boleh tahu.  Dia akan manjakan anak kami nanti.  Apalagi kalau yang lahir ni baby girl!

          Kami sekadar meneliti dan list barang-barang yang perlu dibeli nanti.  Lagipun, usia kandunganku masih awal lagi.  Tambahan pula, jantinanya pun kami belum tahu lagi.  Masih banyak masa lagi untuk kami buat persiapan.

          "Abang tak sabar nak ada anak-anak.   Tengok diaorang membesar sambil ditemani isteri abang yang comel ni," ucapnya tiba-tiba kepada aku.

          Aku tersengih dengan kata-katanya itu.

          "Semoga dipermudahkan abang... Leha pun macam tu juga," balasku sambil memaut lengannya.

          Afiq Khairul tersenyum lagi.

          "Aamiin ya rabbal'alamin..." Kami sama-sama melangkah sambil berbual lagi.

          Yaa Allah, permudahkanlah urusan kami.  Bisikku dalam hati.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Tetapi, sesungguhnya Allah S.W.T menguji seseorang itu kerana Allah S.W.T mempunyai rahsianya yang tersendiri.  Sama ada Allah S.W.T hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

          Dan... 

          Kali ini, ujian itu berlaku kepada aku.  Aku insan yang dipilih oleh-Nya.

          Aku terjaga daripada tidur.  Rasa tidak selesa.  Aku rasakan bahagian kelangkangku basah.   Aku alihkan tangan Afiq Khairul di pinggangku itu.  Kemudian, aku duduk dan turn on lampu kecil di atas kepala katil saja.  

          Lepas tu, aku selak selimut lalu tunduk memerhatikan pahaku itu.  Kenapa basah?

          Namun, mataku terbuka luas.  Ketika itu, dengupan jantungku terhenti buat seketika waktu.  Yaa Allah!

          DARAH!

          "Abang!" Tangisku sambil menggerakkan lengan Afiq Khairul.  Aku menangis.  Aku takut.  Seolah-olah nyawaku dibawa pergi!

          Ketika itu, aku hanya mampu berdoa.


          'Tolong... Tolong... Jangan ambil dia.  Jangan biarkan apa-apa berlaku kepadanya.  Aku mohon kepada-Mu.  Benarkan dia membesar di rahimku... Izinkan aku jadi mamanya.'


          Rintihku pilu yang teramat sangat!



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

~ ... 🥲

~ Apa-apapun, terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-42 ni.  Have a nice day guys!

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

248K 15.9K 56
Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari melua...
5.8M 149K 37
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginy...
1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
3.3K 184 12
Tajuk Lama** terang dalam gelapku "Fia nyawa Fakhrul mummy, apa pun terjadi Fakhrul takkan tinggalkan dia." - Fakhrul Razi "Entah apa jampi serapah...