Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!

97 29 23
By farid5attar

KABOOM!!!

Letupan jelas di depan mata berjaya menghapuskan separuh tubuh harimau itu. Pelajar-pelajar yang memerhati dari luar, terkejut melihat Cikgu Wan separuh nyawa. Farid Sattar tersenyum tenang sahaja. Cikgu Wan beralih ke soalan kedua pula walaupun masih berdaya untuk berlawan.

"Kau kena ingat, kelajuan kau tak semestinya membantu," kata Farid Sattar, sinis.

Cikgu Wan masih tidak lupa dengan situasi helah gelang tempoh hari. Dia sendiri tidak mampu selesaikannya dengan kelajuan. Kini, dia di'helah' dengan bom dalam buku pula.

Sekelip mata, Cikgu Wan meletakkan sekeping kertas kecil ke atas buku Matematik yang lain. Senyuman di bibir pengetua hilang entah ke mana.

"Apa?" Farid Sattar terpegun.

Sekali lagi soalan ketiga dan keempat dijawab dengan pantas oleh Cikgu Wan.

"Hehehe... Ada perahu, mahu berenang. Itulah bidalan yang boleh saya katakan dengan situasi ni, di mana saya buka buku lalu menutup semula dengan sekali imbas. Lepas tu, jawablah. Mudah," terang Cikgu Wan tiada pemisah dengan senyuman.

Farid Sattar terpegun. Memorinya terimbas kisah silam.

***
Tahun 1976

Lebih 30 tahun yang lalu, Farid Sattar mengajar di hadapan tiga pelajar sekolah menengah yang merupakan anaknya. Rumah yang berdinding kayu menjadi kelas buat mereka.

"Baiklah, anak-anak. Beritahu cikgu, apa yang kamu nak jadi bila besar nanti?" soal Farid Sattar mengukirkan senyuman manis.

"Peninju sukan SEA," jawab Mansor, anak sulung.

"Saya nak jadi pelumba kereta," kata Yahya, anak kedua.

"Milah pula nak jadi penulis manuskrip filem," ujar Kamilah, anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan.

"Hmm... besar juga impian Mansor ya," puji Farid Sattar, ceria.

"Mestilah, sebab nak lawan macam Muhammad Ali," kata Mansor berdiri sambil membuat lagak tinju.

Farid Sattar tertawa kecil.

"Kenapa? Salah ke?" kata Mansor kehairanan.

"Tak. Orang tak kata salah pun," kata Farid Sattar.

"Mentang-mentang dia pandai tinju..." kata Yahya yang duduk di sebelah abangnya.

"...memang sesuai jadi peninju sukan SEA," sambung Kamilah, ceria.

Mansor tertawa sakan sambil mencekak pinggang. "Hahaha! Mestilah!"

"Masing-masing ada kelebihan dan kebolehan tersendiri, macam Yahya pandai memandu kereta," kata Farid Sattar lalu memandang Yahya.

Yahya terkejut lalu berasa segan. Buku di tangan terus menutup wajahnya. Farid Sattar memandang Kamilah pula.

"Milah pula pandai menulis karangan," kata Farid Sattar lagi.

"Haha! Terima kasih," ucap Kamilah, ceria.

"Kalau ikut kata bidalan, 'ada perahu, mahu berenang', apa yang kita ada, gunakan sahaja. Jangan siakan," pesan Farid Sattar.

"Ayah, kami ada sesuatu nak bagi," kata Kamilah lagi.

Farid Sattar terkejut. "Benda apa?"

Kamilah memandang dua abangnya. "Bagilah."

Yahya baru teringat sesuatu lalu menyelak beg sekolahnya. Dia mengeluarkan sesuatu. Tiga beradik itu bangun lalu berjalan mendekati Farid Sattar.

"Nah, ayah!" ucap Yahya memberikan sebatang pen berjenama Montblanc.

Farid Sattar mengambil pen tersebut penuh tanda tanya. Tiba-tiba, nyanyian lagu 'Hari Jadi' dari tiga anaknya menusuk ke gegendang telinganya.

"Selamat hari jadi, ayah!" ucap Mansor, ceria.

"Cepat cari ibu baru untuk kami tau," pesan Kamilah mengusik.

"Ish, apalah kau ni," kata Yahya kepada Kamilah.

Farid Sattar hanya tersengih melihat karenah mereka. "Sayang anak ayah ni. Belajar elok-elok dekat sekolah ya."

"Baik, ayah," balas Kamilah, satu-satunya anak yang riang.

"Ayah tunggu saja 15 tahun nanti, Mansor jadi peninju. Percayalah!" kata Mansor tersengih.

***
Tahun 1990

Kelas diperbuat daripada kayu, makin menarik ramai pelajar. Farid Sattar yang dahulunya seorang bapa yang mendidik anak, kini berubah menjadi seorang guru biarpun berusia.

"Selamat tinggal. Jaga diri balik rumah tu," tegur Farid Sattar kepada pelajar yang bergerak pulang.

Tiba-tiba, telefon berdering. Farid Sattar menjawab panggilan daripada anaknya.

"Helo, Mansor," sapa Farid Sattar berjalan masuk ke dalam kelas semula.

"Helo, ayah. Ayah dah tengok TV?" kata Mansor menelefon.

"Belum lagi, tapi ayah dah baca surat khabar. Muka Mansor ada dalam surat khabar," balas Farid Sattar tersenyum.

Beg hitam diambil lalu dijinjing.

"Haa... betul tak apa yang Mansor kata 15 tahun dulu? Mansor akan jadi peninju juga suatu hari nanti!" kata Mansor bersama tawanya.

"Huh, ayah dah lupa apa yang Mansor pernah kata," kata Farid Sattar, sinis.

Langkah diatur keluar kelas, menuju ke motosikalnya.

"Apalah ayah ni. Ayah pergilah cari bini baru tu. Taklah sunyi nanti."

"Hmm... yela. Dengar cerita, Mansor dah ada anak. Betul ke?"

"Ya, anak kembar pula tu."

"Alhamdulillah."

"Ayah tengoklah 15 tahun lagi. Ayah akan ada cucu yang pandai tinju macam Mansor."

Farid Sattar tertawa. "Yakinnya kamu."

"Ayah tengoklah nanti."

"Yalah. Yalah. Apa kata kita bertinju suatu hari nanti," kata Farid Sattar menaiki motosikalnya.

"Err... Mansor kena pergi ni."

"Baiklah. Jaga diri."

Panggilan ditamatkan setelah memberi salam.

"Macam-macamlah budak ni." Farid Sattar menunggang motosikalnya pergi dari situ dengan tawanya.

***
Tahun 2003

Lelaki berusia 76 tahun itu membawa sarung tangan tinju. Motosikal ditunggang dengan cerianya. Farid Sattar berhenti di hadapan rumah Mansor. Matanya tertumpu pada sebuah van jenazah. Fikirannya dipenuhi seribu tanda tanya.

Dia segera bergerak ke rumah anaknya. Dia melihat orang masjid memasukkan mayat yang dikafan ke dalam keranda. Wajah mayat jelas sekali milik Mansor. Farid Sattar terpegun.

Sarung tangan tinju yang dipegangnya, terjatuh ke lantai. Tubuh lelaki tua itu mula hilang imbangan. Dia segera duduk di atas kerusi plastik yang berhampiran dengannya. Matanya melihat van jenazah dipandu pergi bersama anaknya. Telinganya menangkap satu suara.

"Dengar cerita, dia kemalangan dekat KL," kata seorang pemuda.

"Memang pun. Dia kena langgar lari dengan samseng sebab arwah jadi samseng dekat KL," kata pemuda lain.

"Kata orang sana, dia terlibat kes dadah sebelum jadi peninju lagi," sampuk pemuda yang lain pula.

"Ish, apa nak jadi. Anak siapa entah."

Farid Sattar hanya berdiam sahaja mendengar kata-kata mereka.

Samseng? Dadah? Inikah peninju yang aku sanjung?

***
Tahun 2007

Kini, masa terus berlalu. Memori hitam masih segar di kotak fikirannya. Sejak detik itu, dia seringkali berjudi dan bertumbuk. Dengan segala harta yang dia ada, dia membuka sekolah baharu. Farid Sattar melihat buku di hadapannya. Kalau dibukanya, belum tentu dia berjaya memjawab soalan. Apa yang pasti, dia akan meletup.

Buku dibuka.

KABABOOM!!!

Para pelajar DSB terkejut melihat Farid Sattar berbuat aksi berani mati. Hakikatnya, tubuh Farid Sattar disaluti oleh bulu luruh harimau milik Cikgu Wan.

"Apa ni?" Farid Sattar terkejut.

"Saya faham apa yang kamu alami... sebab saya pernah alami perkara yang sama. Apabila kita kehilangan seseorang yang kita sayang, kita akan sunyi... lebih dari sunyi. Kita ditelan kegelapan tanpa cahaya yang sebagai peneman.

'Orang jahat terlahir dari orang baik yang tersakiti'. Itulah ungkapan dari Joker pada masa akan datang. Namun, Koro-sensei pernah berkata, 'Jangan ulang kesilapan yang sama'.

Maka, tiada guna kita bertindak jahat hanya kerana tersakiti... sedangkan Rasulullah masih berkelakuan baik meskipun disakiti oleh kaum sendiri," kata Cikgu Wan dengan panjang lebar.

Mereka yang mendengar tersentap tak terkata termasuk Alif Najmi dan Farid Sattar. Hilang rupa masing-masing. Farid Sattar tersenyum kecil.

"Baiklah kalau macam tu."

Dari detik itu, Farid Sattar memahami ungkapan yang disampaikan Cikgu Wan tadi. Dia berjalan ke arah keretanya. Matanya tertumpu pada Arif Hakimi yang menunggunya.

"Arif?" kata Farid Sattar terpegun sedikit.

"Dah habis berurusan dengan 5F?" kata Arif Hakimi berpaling muka.

Farid Sattar hanya tersenyum. "Dah. Naiklah kereta. Atok hantar Arif balik."

Arif Hakimi memandang datuknya. Senyuman kecil terukir.

"Apa kata kita pergi arked? Dah lama nak cabar atok main mesin menari tu," kata Arif Hakimi mencabar.

"Alright, as you wish."

Kembali ke kelas 5F, Cikgu Wan berbual dengan para pelajarnya.

"Jadi, balik ke sesi pembelajaran, apa kita nak buat sempena Pesta Drama?" soal Cikgu Wan.

Alif Najmi mengangkat tangannya. "Kita buat kisah Cinderella. Iskandar jadi watak utama."

"Apa? Kau nak aku jadi Cinderella ke?" Iskandar memarahi Alif Najmi.

Wahida memandang Farah Yasmine dengan senyuman. "Yasmine bawalah kanak-kanak dari rumah anak yatim tu. Aku tengok korang mesra je."

"Eh, seganlah," balas Farah Yasmine, malu.

"Hah! Kita buat lakonan Serigala dan Biri-biri. Musang jadi biri-biri," usik Zulfadlie memandang Alif Najmi di sebelahnya.

Tanpa disangka, satu tumbukan menghinggap muka lelaki itu tanpa amaran. Ilman Faiz berdiri lalu menghadap kelasnya.

"Apa kata kita buat lakonan mengikut kreativiti kita sendiri," cadang Ilman Faiz, selaku presiden kelas.

"Sharu menjadi pengarah kita. Najwa menulis skrip lakonan sebab korang mahir," tambah Ilman Faiz.

"Dan cikgu jadi bos mafia dalam lakonan yang dikelilingi wanita dan musuh. Muahahahahaahahaha!!!" tawa Cikgu Wan.

Cengkerik berbunyi menemani kesunyian kelas itu. Cikgu Wan menjadi kekok.

"Apa cikgu merapu ni?"

"Ni lakonan untuk pelajar je!"

"Dasar miang betullah!"

Habis kecaman dibuat oleh para pelajar.

***

Beberapa hari kemudian, Pesta Drama diadakan di dewan. Semua pelajar berhimpun di dalam dewan yang gelap itu.

"Nanti, kelas 5F, kan?" soal Az duduk di sebelah Harris.

"Ya, tak sabar nak baling sampah bila diorang habis berlakon," kata Harris dengan idea jahatnya.

Tiba-tiba, lampu menyuluh pentas. Apa yang ada hanyalah seekor 'kucing' besar bersama dua pelakon pentas, Zulhilmi dan Wahida. Persembahan bermula.

Kucing bawa tidur, rimau bawa igau.
Masuk tempat orang bawa otak, bukan pisau.

Pantun dua rangkap itu diungkap oleh Wahida sebelum lakonan bermula.

"Pada suatu hari indah, kelihatan pasangan suami isteri menemui seekor kucing yang aneh ketika memburu di hutan," kata Ruby selaku pencerita.

"Meow! Meow!" Ngiauan 'kucing' itu menarik perhatian ramai.

"Wah, comelnya kucing ni!" puji Wahida, sebagai isteri.

"Kita bela dia nak?" ujar Zulhilmi sebagai suami.

Wahida mengangguk teruja lalu mengangkat 'kucing' tersebut. Pentas digelapkan.

"Akhirnya, mereka membawa kucing itu pulang ke rumah."

Pentas dinyalakan semula. 'Kucing' dibelai manja oleh Wahida.

"Dalam beberapa hari, perhubungan menjadi goyah semenjak 'kucing' itu bersama dengan mereka. Ini kerana 'kucing' mempunyai kuasa sakti, dan si suami mula menggilai kuasa."

"Aku ceraikan kau dengan talak satu. Bagi aku, haiwan tu!" ucap Zulhilmi dengan lakonan kasar.

"Abang, kenapa ni?" kata Wahida berlakon dengan tangisannya.

Fauzi dan Siti Zulaikha menaiki oentas sebagai peguam.

"Dengan ini, harta pusaka milik encik bertukar tangan kepada isteri encik. Segalanya tertulis di kontrak di sini," ucap Fauzi.

"Apa?" Zulhilmi melutut. "Tidak!"

Ruby kembali bercerita. "Sejak itu, mereka berpisah. Si isteri kekal bersama haiwan peliharaannya. Si suami pula sehelai sepinggang. Dia mula terlibat dengan kes dadah."

Zulfadlie, Syamil dan Raviendra memasuki pentas, selaku penagih dadah. Zafina Shahirah muncul seketika kemudian sebagai anggota polis.

"Polis! Lari!" Zulhilmi berlari ke belakang pentas.

Tiga pelakon di atas pentas itu pula ditangkap Zafina Shahirah.

"Malang tidak berbau. Tiga penagih dadah itu ditangkap lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Si suami berlari ke dalam hutan, dan dia melatih tiga ekor haiwan untuk memakan daging manusia."

Khairil, Immanuel dan Hanif muncul selaku helang, monyet dan khinzir hutan masing-masing, memakan makanan yang dicampak oleh Zulhilmi.

"Setelah beberapa minggu, dia kembali ke rumahnya. Pintu dibuka. Kelihatan si isteri masih bersama 'kucing' peliharaannya yang merupakan seekor harimau. "

"Abang dah balik," kata Zulhilmi dengan kurang waras.

"Akhirnya, segalanya gelap-gelita."

Pentas digelapkan.

"Warghh!!! Apa ni?" teriak Cikgu Wan sebaik diserang dalam gelap.

Bunyi ngauman bercampur jeritan Wahida menenggelamkan suara Cikgu Wan. Para pelajar kelas DSB terus menyerang Cikgu Wan di dalam kegelapan itu. Mereka yang menyaksikan persembahan itu hanya kebingungan.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

391K 14.1K 30
Mengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas i...
74.8K 9.7K 59
"I wonder why did they bleed. Why it's feels so alone. Then I wonder how I survive it. Why am I survived? There's another story, written in blood...
67K 5.3K 61
° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11...
642K 35.5K 137
Di Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan...