Versus The Moon

By Urstlkr

123 29 37

Let versus the moon! More

Festival Aloha
Sesuatu Tentang Dia

Sophea

29 8 11
By Urstlkr

"Sayang!" Lengan Mikael yang sasa itu Sophea capai manja sebelum dia geselkan tubuhnya di situ.

Mikael senyum bangga. Bangga yang dia miliki seorang gadis secomel Sophea Landosi. "Ya, mahu apa?"

"Mahu awak, meow!" Kuku palsunya yang tajam sengaja dia mainkan pada dada Mikael. Matanya yang beralis tajam pula dia sasarkan tepat pada mata hitam pekat milik Mikael hingga lelaki itu seperti terpukau jauh ke dalam kancah keasyikan matanya.

"Auch." Tangan Sophea yang sedang mencengkam dadanya digenggam erat sebelum gadis itu ditarik merapat pada tubuhnya, membiarkan dia tenggelam lebih jauh dalam sepasang mata hitam yang merenungnya tajam dengan pelbagai rasa yang dia sendiri tak mampu memahaminya.

Mata itu, jika diselami lebih dalam, hanya penuh dengan dendam yang dia tidak mampu fahami.

Sophea jinjitkan kakinya di atas kaki Mikael bagi menyamakan ketinggian mereka, wajahnya didekatkan lagi pada wajah putih yang berlekuk sempurna itu sehingga tiada jarak antara mereka. Tangannya dinaikkan pada leher Mikael, mengunci kemas tubuh itu dari pergi daripadanya.

"I want you, tonight," ucap Mikael senafas sebelum bibir kecil Sophea diragut kasar, meninggalkan misteri sebuah dendam yang membara dalam mata hitam milik Sophea.

Rambut Mikael digenggam sebelum dia lepaskan pautan bibir mereka tanpa rela. Mikael merengus melihat senyuman kemenangan Sophea.

"Saya satu, awak kosong!" Sophea ketawa nakal sebelum melepaskan diri dari pelukan Mikael. Pandangan konco-konco Mikael yang sedang mengelilingi mereka dari tadi dia hanya biarkan, dia tak kesah. Asalkan dia mampu miliki Mikael secepat mungkin.

"Oh yea? Kau yakin?" Wajah Mikael semakin nakal.

"Iya! Kenapa? Awak tak percaya yang saya dah menang, tadi?" Sophea masih bermain-main. Dengan beraninya dia membalas pandangan nakal Mikael dengan pandangannya yang mencabar berserta senyumannya yang mengejek.

"Bukan. Aku cuma tak percaya yang aku masih kosong. You fall in love with me too, Sophea Landosi." Dagu runcing Sophea diangkat merenungnya. Memaksa Sophea turut jatuh tenggelam dalam matanya sepertimana dia lemas dalam sepasang mata Sophea yang mengelirukan.

"Iya ke? Mr. Deathnote? I fall in love with you?" Sophea memuncungkan bibirnya gaya berfikir, pandangan mata Mikael yang tepat pada bibirnya itu dia hanya biarkan.

"Yea." Suara Mikael bergetar, dagu runcing Sophea ditolak ke belakang sebelum kedengaran dia merengus lagi dan meramas rambutnya ke belakang. Sophea tersenyum sinis.

"Then prove it, prove it that I love you." Tubuh Mikael dipeluk dari belakang dan satu kucupan lembut dia daratkan pada leher milik Mikael sambil bau rambut lelaki yang maskulin itu dia hirup.

"Damn, girl!"
"Aa!" Sophea terus ketawa kecil sambil meronta apabila tubuhnya tiba-tiba terangkat ke bahu Mikael.

"Kau mahu ini, kan?" Mikael melebarkan senyumannya apabila mereka sudah mendekati bilik tidurnya di sebuah rumah agam milik keluarganya.

"Saya? Bukan awak yang mahu?" Dalam keadaan didukung itu, dia naikkan tubuhnya untuk memandang wajah Mikael. Kakinya menjalar pada belakang tubuh Mikael dan mengunci tubuh sasa itu dari belakang. Mengubah posisi dukungan mereka.

Kemudian tubuhnya dihempas pada tilam bersaiz king di dalam bilik sebesar dewan itu. Kaya. Lelaki di hadapannya ini cukup kaya, namun kenapa masih memeras ugut keluarganya untuk membayar hutang yang sudah bercampur bunga yang berjuta-juta ringgit itu?

Buat satu saat, rasa benci menjalar dalam jiwanya apabila memandang wajah yang tersenyum lebar itu. Namun pantas dia usir. Bukan sekarang untuk dia membalas dendam. Senyuman dia lebarkan.

"Apa yang awak mahu buat, Mr. Deathnote? Bermain?" Nakal dia bertanya sambil membuka butang baju pejabat yang masih tersarung pada tubuh lelaki itu.

"Kenapa panggil aku Mr. Deathnote? Kita pernah jumpa ke selain di kelab semalam?" Dia biarkan bajunya dibuka perlahan-lahan oleh Sophea yang berada di bawahnya.

Sophea tersenyum.

"Mungkin. Tapi siapalah saya untuk awak mahu ingat. Saya hanyalah seorang perempuan jalang yang ketagihkan cinta sebuah keluarga yang telah dirampas oleh seseorang."

Seorang perempuan yang sanggup gadaikan maruahnya semata-mata ingin membalas dendam apabila kebahagiannya dirampas.

Seorang perempuan yang celaru apabila melihat ibu dan adiknya dirogol berkali-kali tanpa mampu dia berbuat apa-apa.

Seorang perempuan yang depresi apabila melihat kepala ayah dipenggal dan dibakar bersama-sama mayat ibu dan adiknya yang mati kerana dirogol.

Seorang perempuan yang pernah bersumpah di hadapan tubuh tanpa kepala ayah, untuk membalas dendam pada lelaki yang memusnahkan segala-galanya selepas memberikan notis kematian kepada mereka seperti dirinya adalah tuhan.

Malam itu, dia biarkan dirinya dinodai. Dia biarkan dirinya merasai apa yang telah ibu dan adiknya rasai tanpa dia berbuat apa-apa.

Malam itu, dia biarkan dia menjadi sebuah cinta kepada lelaki yang paling dia benci. Biar lelaki itu sujud padanya atas nama cinta. Biar lelaki itu sembah dirinya kerana sayang. Biar lelaki itu sedar yang dia bukan tuhan. Kerana kali ini, dia akan jatuh pada yang namanya cinta.

___

"Sophea...." Nafasnya ditarik dalam. Sesak.

"Kejap. Saya lupa macam mana cara awak penggal ayah saya. Macam ini..." Pisau tajam itu dia tekan pada leher Mikael dengan wajah keliru.

"... atau begini?" Pisau itu ditarik sebelum sekali lagi dia hiris perlahan kulit di bahagian leher Mikael. Darah yang terpercik pada bibirnya dijilat sebelum diludah kembali pada wajah Mikael yang terikat pada katil.

"Eu! Tak sedapnya darah! Ingatkan sedap sangat sampai awak jilat darah ayah saya dulu! Ingat manis sangat bila awak jilat darah adik saya masa awak rogol dia dulu!"

"Sophea maafkan aku. Aku sayang kau, Sophea. Sumpah!"

"Kalau sayang, bunuhlah saya! Kenapa awak tak mahu bunuh saya, Mikael?" Air mata Sophea jatuh. Pistol milik Mikael yang dicurinya diserahkan pada Mikael apabila ikatan tangan lelaki itu dibuka.

"Bunuh saya, Mikael! Saya sayangkan awak, tapi saya bersumpah untuk benci awak! Saya tak sanggup tinggalkan awak, tapi saya juga tak sanggup hidup dengan awak dengan semua dendam ni. Bunuh saya Mikael!" Tangannya bergetar mengacukan pistol yang turut dipegang oleh Mikael pada dahinya sendiri. Mikael kaku. Kali ini, dia tahu yang dia sudah kalah pada cinta. Dia hilang keupayaan untuk membunuh seseorang tanpa belas kasihan!

"Buang belas kasihan awak macam waktu awak rogol ibu dan adik saya sampai mati! Bunuh saya, Mikael atau saya bunuh awak!"

"Bunuh aku, Sophea. Aku tak mampu hidup juga jika tiada kau di sisi aku." Pistol dilempar ke dinding. Sophea gila kerana dia. Dia gila kerana Sophea. Mereka sama-sama gila kerana sebuah cinta yang hilang.

"Awak gila, Mikael! Gila! Saya bagi awak peluang untuk bunuh saya, bunuh sajalah!"

Mikael ketawa dalam perit lehernya. Pisau diambil dan berikan kepada Sophea. "Kau layak bunuh aku. Aku serahkan segalanya untuk kau, Sophea. Aku cintakan kau. Nyawa aku pada kau. Aku bahagia kalau mati dalam tangan kau."

Sophea ketawa, bingit. "Awak memang dah kalah pada cinta! Memang kerana sebuah cinta, kita akan jadi gila, kan? Sebab cinta keluarga saya yang awak rampas, saya jadi gila. Sekarang, tengok? Saya mesti dah tak comel, kan?"

"Kau sentiasa comel, manja dan nakal untuk aku, Sophea."

Sophea pekakkan telinga. "Tapi saya tetap benci awak sampai mati!"

Pada leher itu, Sophea lakarkan memorinya melihat ayahnya dikelar. Darah yang tersembur, Mikael yang menggelepar apabila menghadapi maut, buat dia ketawa dalam tangis. Gambaran ayah jelas pada wajahnya. Apabila tubuh Mikael berhenti menggelepar, Sophea tersenyum tanpa rasa gembira. Dia sudah kecapi apa yang dia usahakan. Dia patut gembira, bukan? Hanya senyum yang mampu dia lakarkan, kerana sebuah bahagia tidak lagi wujud dalam kamus hidup seorang Sophea Landosi.

Kerana sebuah cinta yang dirampas, sebuah cinta yang hilang, sebuah cinta yang dia sendiri bunuh.... Dia hilang punca bahagia lagi tanpa sempat berfikir betapa dia perlukan sebuah cinta dalam hidupnya.

Patah perkataan : 1200

Memandangkan cerita ni langsung tak ada unsur Thriller , @Diva-USK izinkan saya buat dua cerpen, boleh? XD)) Sayang lah mahu delete cerita ni XD))

And EUUUUUUU cerita apa aku buat ni YA ALLAH silalah kecam XD)

Continue Reading

You'll Also Like

4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
565K 24.3K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
3.3M 36.4K 14
✨ COMPLETED ✨ "encik saya minta maaf , saya cuma ternampak apa yang encik buat tapi saya janji takkan bagitahu sapa-sapa" - Ayra Husna "shut up littl...
6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...