Sophea

29 8 11
                                    

"Sayang!" Lengan Mikael yang sasa itu Sophea capai manja sebelum dia geselkan tubuhnya di situ.

Mikael senyum bangga. Bangga yang dia miliki seorang gadis secomel Sophea Landosi. "Ya, mahu apa?"

"Mahu awak, meow!" Kuku palsunya yang tajam sengaja dia mainkan pada dada Mikael. Matanya yang beralis tajam pula dia sasarkan tepat pada mata hitam pekat milik Mikael hingga lelaki itu seperti terpukau jauh ke dalam kancah keasyikan matanya.

"Auch." Tangan Sophea yang sedang mencengkam dadanya digenggam erat sebelum gadis itu ditarik merapat pada tubuhnya, membiarkan dia tenggelam lebih jauh dalam sepasang mata hitam yang merenungnya tajam dengan pelbagai rasa yang dia sendiri tak mampu memahaminya.

Mata itu, jika diselami lebih dalam, hanya penuh dengan dendam yang dia tidak mampu fahami.

Sophea jinjitkan kakinya di atas kaki Mikael bagi menyamakan ketinggian mereka, wajahnya didekatkan lagi pada wajah putih yang berlekuk sempurna itu sehingga tiada jarak antara mereka. Tangannya dinaikkan pada leher Mikael, mengunci kemas tubuh itu dari pergi daripadanya.

"I want you, tonight," ucap Mikael senafas sebelum bibir kecil Sophea diragut kasar, meninggalkan misteri sebuah dendam yang membara dalam mata hitam milik Sophea.

Rambut Mikael digenggam sebelum dia lepaskan pautan bibir mereka tanpa rela. Mikael merengus melihat senyuman kemenangan Sophea.

"Saya satu, awak kosong!" Sophea ketawa nakal sebelum melepaskan diri dari pelukan Mikael. Pandangan konco-konco Mikael yang sedang mengelilingi mereka dari tadi dia hanya biarkan, dia tak kesah. Asalkan dia mampu miliki Mikael secepat mungkin.

"Oh yea? Kau yakin?" Wajah Mikael semakin nakal.

"Iya! Kenapa? Awak tak percaya yang saya dah menang, tadi?" Sophea masih bermain-main. Dengan beraninya dia membalas pandangan nakal Mikael dengan pandangannya yang mencabar berserta senyumannya yang mengejek.

"Bukan. Aku cuma tak percaya yang aku masih kosong. You fall in love with me too, Sophea Landosi." Dagu runcing Sophea diangkat merenungnya. Memaksa Sophea turut jatuh tenggelam dalam matanya sepertimana dia lemas dalam sepasang mata Sophea yang mengelirukan.

"Iya ke? Mr. Deathnote? I fall in love with you?" Sophea memuncungkan bibirnya gaya berfikir, pandangan mata Mikael yang tepat pada bibirnya itu dia hanya biarkan.

"Yea." Suara Mikael bergetar, dagu runcing Sophea ditolak ke belakang sebelum kedengaran dia merengus lagi dan meramas rambutnya ke belakang. Sophea tersenyum sinis.

"Then prove it, prove it that I love you." Tubuh Mikael dipeluk dari belakang dan satu kucupan lembut dia daratkan pada leher milik Mikael sambil bau rambut lelaki yang maskulin itu dia hirup.

"Damn, girl!"
"Aa!" Sophea terus ketawa kecil sambil meronta apabila tubuhnya tiba-tiba terangkat ke bahu Mikael.

"Kau mahu ini, kan?" Mikael melebarkan senyumannya apabila mereka sudah mendekati bilik tidurnya di sebuah rumah agam milik keluarganya.

"Saya? Bukan awak yang mahu?" Dalam keadaan didukung itu, dia naikkan tubuhnya untuk memandang wajah Mikael. Kakinya menjalar pada belakang tubuh Mikael dan mengunci tubuh sasa itu dari belakang. Mengubah posisi dukungan mereka.

Kemudian tubuhnya dihempas pada tilam bersaiz king di dalam bilik sebesar dewan itu. Kaya. Lelaki di hadapannya ini cukup kaya, namun kenapa masih memeras ugut keluarganya untuk membayar hutang yang sudah bercampur bunga yang berjuta-juta ringgit itu?

Buat satu saat, rasa benci menjalar dalam jiwanya apabila memandang wajah yang tersenyum lebar itu. Namun pantas dia usir. Bukan sekarang untuk dia membalas dendam. Senyuman dia lebarkan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Versus The MoonWhere stories live. Discover now