Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 2 5

7.4K 400 9
By nuggetcaramel_


"Safiya!!!!!!!!!!" jerit Khairul sekuat hati.

Khairul terus berlari ke pintu belakang stor. Dia terus menendang pintu itu dengan kuat. Pintu itu masih tidak terbuka.

"Ishhhh bodoh!!!" maki Khairul marah. Dia terus mengundur beberapa langkah.

"Bismillahirahmanirahim," ucapnya lalu berlari merempuh pintu itu. Pintu itu terus tercabut.

Kelihatan Safiya sedang duduk di tengah-tengah bilik stor. Manakala tempat lain semuanya sudah terbakar.

Aku menangis takut. Aku melihat di atas kepalaku. Kelihatan sebuah alang yang terbakar hampir jatuh. Aku tidak mahu Khairul datang kesini. Alang itu mungkin akan menghempapnya.

"Safiya! Jangan menangis! Aku datang sana!" jerit Khairul. Khairul terus mencari jalan untuk datang ke tempatku.

"Jangan! Khairul jangan! Pergi!" jeritku kuat.

"Tak! Aku takkan tinggalkan kau!" balas Khairul. Lalu melompat ke atas pintu yang dirempuh tadi.

"Pergi! Kau kata kau sayang aku! Jangan datang sini!" Jeritku. Air mataku tidak henti mengalir.

"No!" Khairul laju melangkah ke arahku.

"Khairul. Jangan! Jangan! Jangan datang sini!!!" jeritku sekuat hati. Aku menangis teresak-esak.

"Jangan menangis!! Aku datang!!!" ujar Khairul.

"PERGI!!!!!!!!!" Aku menjerit kuat.

"Argh!!!" jerit Khairul apabila sebuah kayu kecil yang terbakar jatuh di atas bahunya.

"Sesiapa?! Tolong halang dia!" rintihku. Aku menangis teresak-esak.

Khairul terus mencampak kayu kecil itu jauh. Tiada apa yang boleh halang dia daripada selamatkan buah hatinya. Dia terus melompat jauh lalu sampai kepadaku.

"Saf....." panggil Khairul perlahan. Tercungap-cungap dirinya penat.

"Khairul....." Aku terus mengalihkan pandanganku ke atas. Aku menangis. Khairul juga terus pandang ke atas. Dia terkejut.

"Khairul... Tak nak...." rintihku. Kepalaku terasa pening. Pandanganku mula kabur. Aku rasa tidak berdaya lagi. Aku terus rebah.

Khairul pantas mengangkatku. Tiba-tiba alang yang terbakar itu terus jatuh.

"Tunggu aku...." ujar Khairul lalu pantas mencampak aku jauh hingga ke luar stor. Alang yang terbakar itu terus jatuh menghempap badan Khairul.

***********

Perlahan-lahan kucuba membuka mataku. Kepalaku terasa berdenyut. Aku melihat ummi berada disebelahku. Dia menangis teresak-esak.

"Ummi......." panggilku perlahan.

Datin Zahra terus menyeka air matanya. "Saf dah bangun? Sekejap ummi panggil doktor. Kesian anak ummi," ujar Datin Zahra. Aku pantas memegang tangan Datin Zahra.

"Ummi, mana Khairul?" tanyaku.

"Khairul?" tanya Datin Zahra.

"Saf nak jumpa dia, ummi." ujarku.

"Khairul ada. Saf jumpa doktor dulu ye," ujar Datin Zahra. Aku mengangguk.

Setelah diriku susah diperiksa oleh doktor Aina. Datin Zahra terus menolak aku menggunakan kerusi roda ke bilik wad kelas pertama Khairul.

Perlahan-lahan pintu itu dibuka. Kelihatan Khairul sedang terbaring dan badannya terlihat tidak bermaya. Air mataku mula bertakung ditubir mata. Datin Zahra menolak aku terus ke katil Khairul.

"Ummi tinggalkan Saf dekat sini sekejap ya," ujar Datin Zahra. Aku mengangguk.

Aku terus meraih tangan Khairul. Empangan air mata ditubir mata terus pecah. Aku menangis.

"Khairul. Kau kata kau sayang aku," ujarku.

"Tapi kenapa kau tak nak ikut cakap aku?" aku menekup mulutku lalu menangis teresak-esak.

"Khairul jawablah!" jeritku. Aku menangis.

Aku merenungnya. " Pain.. Pain.. Go away.. Come again another day. Saf.... Ss...." aku berhenti menyanyi lalu menangis teresak-esak.

"Kau jahat!" marahku sambil menangis.

Tiba-tiba pintu itu dikuak kasar dari luar. Terpacullah wajah Khaira yang risau. Perlahan-lahan dia menghampiri Khairul.

Air matanya mengalir deras melihat kulit abangnya yang melecur sana sini. Dia menangis sambil memeluk abangnya.

"Abang!!" Tangis Khaira. Dia memegang muka Khairul lalu mencium dahinya.

"Abang macam mana abang boleh jadi macam ni?!" Tanya Khaira.

Aku diam menangis melihat Khaira yang memanggil-manggil Khairul. Aku menekup mulutku menahan daripada mengeluarkan bunyi. 'ini semua salah aku,' desis hatiku.

Khaira terus mengalihkan pandangannya kepadaku. Dia terus melangkah kepadaku.

"Kau punca semua ni kan?! Kau yang buat abang aku jadi macam ni kan?!" Tengking Khaira kuat.

"Khaira, akak minta maaf," ucapku menyeka air mata dipipi.

"Pembunuh! Kau pembunuh!" Herdik Khaira menamparku.

"Tunku Khaira Raihana!" Satu suara garau memanggil nama Khaira. Lelaki itu memakai hoodie hitam bersama mask berwarna hitam.

Khaira menyeka air matanya. "Siapa kau?" tanya Khaira.

"You know me. But now, stop. It's not her fault," ujar lelaki itu lagi.

"No! Semua ni salah dia! Dia yang buat abang aku jadi macam ni. Perempuan ni pembunuh!" Herdik Khaira lagi dia mencampak beg tangannya ke muka ku.

Lelaki itu melangkah kepadaku lalu terus menolak aku keluar dari bilik aku. Dia membawa aku jauh dari bilik Khairul. Tangisanku masih tidak berhenti.

'Ini semua salah aku. Aku yang bunuh dia. Aku yang bunuh dia' desis hatiku. Aku menumbuk dadaku kuat.

"Jangan pukul diri kau. Aku warning ni," ujar lelaki lalu menolakku sehingga ke taman hospital itu.

"Ini semua salah aku! Semua salah aku! Aku benci diri aku! Aku tak nak hidup!" Jeritku menyalahkan diri sendiri.

Lelaki itu terus memberhentikan aku disitu. Dia bercangkung di hadapanku. "Safiya Zahra!" panggil Airiel kuat.

"Aarrrrrhhhhhhhhh!!!!!!" Jeritku kuat marah pada diri sendiri.

"Safiya Zahra!! Stop!" Marah lelaki itu lagi.

"Salah aku...... Semua salah aku....." luahku sedih.

Tangan lelaki itu naik memegang kedua belah bahuku. Aku tunduk menangis.

"Pandang aku," Arah lelaki itu. Aku tunduk tidak mengendahkan arahannya.

Lelaki itu membuka penutup kepala hoodienya lalu menarik daguku supaya memandangnya.

"Airiel......" lirihku.

Airiel menarik aku supaya bangun. Dia terus menarik aku ke dalam dakapannya. Aku tidak berfikir apa-apa. Aku buntu.

Aku terlalu sedih. Terlalu sedih dengan segala perkara yang berlaku. Aku menangis lagi. Airiel mengusap kepalaku lembut.

"Kau tahu kan kau tak bersalah?" tanya Airiel lembut. Pertama kali buat telingaku mendengar Airiel berkata dengan sangat lembut. Aku mengangguk.

"Aku nak kau rehat. Aku nak kau jangan ingat benda ni sekejap. Aku tahu kau masih terkejut. Tapi ni semua tak baik untuk mental kau. Khairul sayang kau. Dia tak nak tengok kau macam ni," Ujar Airiel. Dia terus melepaskan aku. Aku memandang wajahnya yang sempurna tanpa cacat cela itu.

"Saf," Panggil Zarif dari belakang. Aku terus memandangnya.

Airiel terus melepaskan tanganku. Dia menarik semula penutup kepalanya lalu pergi dari situ. Aku hanya diam membisu.

Zarif memandang aku pelik. Dia terus melangkah ke arahku.

"Siapa tu?" tanya Zarif. Aku menggeleng. Aku tak mahu Zarif tahu. Zarif mungkin akan marah aku.

"okay tak ni?" tanya Zarif. Aku mengangguk.

***********

Farah yang baru tersedar perlahan-lahan membuka matanya. Dia terus bangun. Kepalanya terasa sakit. Dia melihat sekitarnya seperti berada di bilik rawatan.

Kelihatan Zarif dan seorang perempuan sedang duduk di hadapannya. Ayuni terus memberikan Farah segelas air.

"Macam mana aku boleh ada dekat sini?" tanya Farah.

"Kau tak ingat ke?" tanya Ayuni. Farah menggeleng.

"Apa yang kau ingat?" tanya Ayuni lagi.

"Aku keluar dengan Zarif dan ada lori langgar aku," ujar Farah. Kepalanya terasa berdenyut di belah kanan. Dia memicit dahinya.

"Farah. Aku nak kau dengar cakap aku baik-baik," ujar Zarif.

"Kenapa ni?" tanya Farah. Dia bingung melihat kedua orang pelajar dihadapannya itu begitu serius.

"Lepas ni. Aku akan ceritakan semua perkara yang kau buat dekat kakak kau. Tapi, aku tak akan bagitahu dekat orang lain dan kalau kau tak ingat pun lagi bagus. Sebab kalau kau ingat pun. Kau akan menyesal separuh nyawa," yhar Zarif tanpa memandang Farah.

Farah memegang tangan Zarif. "Kenapa ni? Farah tak faham," ujar Farah masih bingung.

"Tolong minta kakak kau untuk pindahkan kau dekat sekolah lain. Aku tak ada selera nak tengok muka kau. Rasa berdosa tengok kau," ujar Zarif lalu merenung Farah.

"Zarif, sampai hati Zarif cakap macam tu. Apa farah buat?" tanya Farah. Air matanya mengalir. Sedih hatinya mendengar Zarif mengeluarkan kata-kata yang kasar sebegitu.

Ayuni simpati melihat Farah dimarahi. Dia tahu itu bukan salah Farah. Tapi dia juga tiada hak untuk menyebelahi Farah.

"Aku nak kau pergi dari sini. Aku tak nak tengok muka kau muncul depan mata aku lagi. Kau tak layak hidup dekat dunia ni!" marah Zarif kepada Farah.

"Zarif, Farah tak tahu apa-apa. Ttolong...." Farah menangis.

"Kau tak perlu ingat apa yang kau dah buat. Tapi kau patut berambus dari hidup aku! Perempuan tak guna!" tengking Zarif.

"Zarif. Sudahlah," ujar Ayuni. Zarif menjeling Farah lalu menarik Ayuni pergi dari situ.

"Zarif....." Panggil Farah. Langkah Zarif terhenti.

"How about our relay?" Tanya Farah.

"I'm done with you Farah. I've met someone better than you, " Ujar Zarif lalu pergi dari situ.

***********

Airiel masuk ke rumahnya dengan perasaan marah. Panas hatinya melihat Khairul yang terlantar di atas katil dan Safiya yang menangis menyalahkan dirinya. Dia terus mencampak mask dan topinya yang berwarna hitam di atas sofa.

Dia terdiam seketika. Kak Aireen tak ada kan tadi? Dia ke yang buat semua ni?

Tiba-tiba Kak Aireen datang lalu duduk di sofa bertentangan dengan Airiel. Airiel merenung tajam kak Aireen. Kak Aireen tersedar Airiel merenungnya.

"Kau kenapa tengok aku macam tu?" soal Kak Aireen lalu menjeling Airiel.

"Kau yang buat semua ni kan?" soal Airiel pula.

"Buat apa kau ni?" soal Kak Aireen pula lalu meneguk segelas air anggur. Dia terus mengalihkan pandangannya ke tv.

"Kau yang bakar stor sekolah kan?" soal Airiel geram. Dia mengetap giginya.

"Eh kepala bana kau? Sejahat-jahat aku pun aku tak pernah nak bakar sekolah. Bodoh ke?" Balas Kak Aireen.

"Kau tak payah nak menipu lagi. Aku tahu kau yang buat," ujar Airiel.

"Dah lah bodoh! Pergilah sana! Aku kata aku tak buat! Aku tak buatlah!" tengking Kak Aireen.

"Hey hey! Kenapa ni?" tanya Puan Helena.

"Tak tahu Airiel ni. Tiba-tiba tengking Aireen," ujar Kak Aireen.

"Ini semua salah kau kan?! Salah kau kan bodoh?!" tengking Airiel marah.

" Mulut jaga sikitlah jahanam! Aku tak bersalah!" balas Kak Aireen.

"Pembunuh!" tengking Airiel.

"Boboy! Jaga mulut tu! Kenapa cakap kak Aireen macam tu?!" marah Puan Helena kepada Airiel.

Airiel mencampak bantal kecil ke muka Kak Aireen lalu melangkah pergi. Dia mengetap gigi geram. Dia bersumbah bahawa dia akan mencari siapa punca semua ini.

*************

Datin Zahra terus meletakkan bubur ayam dan sup cendawan yang dibuat olehnya tadi ke dalam bekas makanan. Dia ingin pergi ke hospital lagi harini. Kata doktor, Safiya masih lagi perlu duduk di hospital.

Dia mengelap air matanya. Otaknya masih buntu memikirkan apakah punca kebakaran yang berlaku di stor sekolah dua hari yang lepas. Adakah seseorang cuba membunuh anak bongsunya itu? Ataupun tidak sengaja?

"Ummi?" panggil Zarif dari belakang. Dia ternampak Datin Zahra menangis disitu.

"Eh Zarif dah bangun? Zarif dah makan?" tanya Datin Zahra.

"Zarif dah bangun lama dah, ummi. Dah makan, mandi semua dah. Ni Zarif nak basuh pinggan sekejap. Lepastu nak kemas bilik Zarif," balas Zarif lalu meletakkan pinggan dan cawan yang digunakan oleh Zarif ke dalam sinki.

"Zarif, boleh tolong ummi sekejap tak? Ummi nak pergi hospital ni," ujar Datin Zahra.

"Tolong apa ummi?" tanya Zarif.

"Tolong belikan barang dapur. Ummi dah list ni. Zarif tolong pergi belikan ya," ujar Datin Zahra.

"Tapi, ummi. Zarif mana reti cari-cari barang dapur ni," ujar Zarif sambil membaca senarai barang yang perlu dibelinya.

"Tak apa. Zarif pergi bawa Ayuni. Tolong dia beli barang dapur. Ayuni tolong cari, nanti Zarif tolong angkat dan bayar ya," ujar Datin Zahra lalu menghulurkan kad kreditnya.

"Hmm. Yelah ummi. Zarif pergi tesko sekejap," ujar Zarif lalu melangkah ke arah Ayuni yang sedang menyapu lantai di ruang tamu itu.

"Yuni, jom." Ajak Zarif.

"Pergi mana?" tanya Ayuni lembut.

"Tolong beli barang dapur," jawab Zarif.

"Ouh. Tunggu sekejap boleh tak, abang? Ayuni nak bersiap sekejap," pinta Ayuni lembut.

Ayuni ni memang lemah lembut orangnya. Tidak pernah dia berkasar dengan orang. Dengar dia mencarut pun tak pernah. Kalau dia marah pun, nampak macam tak marah.

"Tak payahlah. Nak pergi tesko je pun," ujar Zarif.

"Tapi Ayuni buruk sangat ni. Tak malu ke abang nak jalan dengan Yuni?" tanya Ayuni.

"Nak malu apa? Bukannya Yuni pakai kostum babi hijau pun. Dah jom ikut abang," ujar Zarif sambil menarik tangan Ayuni. Ayuni akur.

Mata Ayuni melilau mencari nestum. Zarif yang berada dibelakangnya menolak trolli sambil merenung Ayuni.

"Comel jugak Ayuni ni," ujar Zarif.

"Ha apa abang?" tanya Ayuni. Dia tidak dapat mendengar dengan jelas kerana sibuk mencari bahan yang perlu dibeli.

"Tak ada apa," tukas Zarif.

"Zarif," panggil Farah.

Zarif dan Ayuni menoleh ke kanan dimana Farah berdiri.

"Farah....." ucap Ayuni.

"Kau nak apa?" tanya Zarif dengan muka ketat.

"Zarif, apa khabar?" tanya Farah. Dia tersenyum nipis.

"Aku sihat atau tak, tak ada kena mengena dengan kau," ujar Zarif masih marah dengan apa yang Farah buat dua hari lalu.

"Zarif. Tolong explain dekat saya. Apa yang saya buat? Tolong bagitahu saya," pinta Farah. Dia betul-betul ingin tahu. Air matanya mula bertakung di tubir mata. Sedih melihat bagaimana Zarif melayannya.

"Aku dah cakap kan? Kau tak perlu tahu. Kalau kau tahu sekarang, mungkin esok kau akan bunuh diri. So, aku nasihatkan tak payah tahu. Kau boleh go dengan life kau dan aku dengan life aku. Kau pergilah cari pengganti aku. Aku dah kata kan? Aku dah jumpa pengganti kau. Tak perlu jumpa aku lagi," ujar Zarif. Meluat dia melihat air mata Farah yang mengalir di pipi itu.

Farah mengalihkan pandangannya ke arah Ayuni. "Zzarif.. Ni ke pengganti saya?" tanya Farah lembut.

"ttak. Ssaya...."

"Ya. Ini pengganti kau. Pengganti yang lebih baik daripada pembunuh macam kau," ujar Zarif memegang tangan Ayuni. Ayuni merenung Zarif lama.

"Tapi, Zarif. Awak dah janji dengan saya," ujar Farah sedih.

"Tak. Aku tak janji aku akan ada dengan kau sampai bila-bila. Lupakan je semua tu. Kau kan hilang ingatan. Hilang ingatan tapi perangai macam hilang akal," ujar Zarif kasar.

"Zarif....." panggil Ayuni perlahan. Dia patut menegur Zarif. Ini semua melampau.

"Zarif, saya tahu saya ada buat salah. Tapi, saya rasa tak perlu kot nak hina saya sampai macam ni. Saya manusia juga. Mahluk Allah. Ada hati dan perasaan," ujar Farah. Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia maki hamun aku? Apa salah aku?

"Tak perlu? Kau tahu ke apa salah kau? Tak kan? So, baik kau blah je sebab aku tak larat nak tengok pembunuh. Sakit mata aku," ujar Zarif lalu menarik tangan Ayuni pergi dari situ.

Farah terdiam.


┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Continue Reading

You'll Also Like

3.8K 397 51
FIRST STORY <3 Disebabkan janji yang telah di janji oleh dirinya sendiri, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dal...
19.2K 990 17
-; ✧˖* 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐓𝐑𝐈𝐎'𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 𝟐 °࿐ | Adreen Elvyna • Tengku Adham Dariel | "𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐰𝐡𝐨𝐦 𝐦𝐲 𝐬𝐨𝐮𝐥 𝐥𝐨�...
916K 29.9K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.4M 67.5K 95
~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ -She- RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh mafia-mafia lain, lelaki bermata hazel i...