BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!

33.6K 790 77
By Misshusna006

          Hanya apabila kita mengalaminya sendiri, baru kita tahu apa maksud bahagia yang sebenar-benarnya.  Bagi aku, bahagia adalah apabila orang yang kita cintai turut mempunyai perasaan yang sama kepada kita.  Tidak akan melepaskan tangan kita di saat senang apatah lagi dikala kita ditimpa kesusahan.  Pokok pangkalnya, sentiasa berada di sisi kita saja.  Tempuhi hari-hari yang mendatang bersama-sama.  

          Together-gether gitu!

          Tambahan pula, semuanya indah dan manis-manis saja apabila dah jatuh cinta niBak kata orang.  Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak berselera.  Tapi, kalau aku... Sebaliknya!

          Aku tersenyum nakal plus gedik.

          Amboi, sejak bila pula aku pandai jiwang-jiwang macam ni? Bisikku dalam hati.

          Ketika aku celikkan mataku tadi.  Wajah Afiq Khairul yang aku tengok dulu.  Dia masih tidur dan diulit mimpi lagi.  Aku tersenyum lagi.  Dengan gerakan perlahan-lahan, aku alihkan tangan Afiq Khairul di pinggangku itu.   Lantas, aku membelakangkannya.  Aku tengok jam di atas meja kecil di sebelah katil kami ni, dah nak masuk pukul 5:10 minit pagi.

          "Dah masuk waktu ke?" tanya Afiq Khairul tiba-tiba di belakangku itu.  

          Aku ingin menoleh namun dia tarik tubuhku rapat ke dadanya.  Lepas tu, dengan selamba memaut pinggangku lagi.

          "Belum... Setengah jam lagi," balasku kepadanya.

          Afiq Khairul diam.   Walaupun begitu, tangannya di pinggangku itu semakin lama semakin miang dan gatal!

          "Abang!" Aku terjerit kecil apabila dia mula menyelak baju tidurku.     

          Sudah masuk 2 bulan kami jadi suami isteri yang sebenar-benarnya.  Sudah pasti aku tahu perangai Afiq Khairul kalau berkaitan dalam bab-bab ni.  Kesimpulannya, jangan sesekali percaya cakap dia!

          "Leha nak solat.  Nak sediakan sarapan pagi dan mengemas.  Abang jangan sabotaj masa Leha.  Nanti kita... Lambat masuk office lagi." Aku tahan desahan nafasku yang semakin laju.

          Lagipun, dah beberapa kali kami lewat masuk office gara-gara dia 'buli' aku dulu sebelum Solat Subuh!

          Tetapi, Afiq Khairul buat-buat tidak dengar lagi.  Dia bangun dan tindih tubuhku.  Pantas aku pukul perlahan bahunya itu.  

          No!

          "Abang ada mesyuarat pukul 10:00 pagi nanti." Aku cuba ingatkan dia perkara penting tu!

          Afiq Khairul merenung mukaku.  Lama.  Lepas tu, dia mengeluh halus.  Dia rebahkan tubuhnya di atas badanku saja.  Aku tahan nafas.  Yaa ampun, ingat dia ringan ke? Bebelku dalam hati saja.  

          Pasrah!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku hidangkan mee hoon goreng seafood dan secangkir teh suam di hadapannya.  Afiq Khairul mengucapkan terima kasih dan terus menjamu selera.  Aku tersenyum, gembira apabila tengok dia makan dengan berselera di hadapanku itu.

          Kami bersarapan dan kemudian bersiap untuk pergi kerja.  Aku rapikan tudung bawal di atas kepalaku itu.  Hari ni, aku pakai baju kurung moden colour hitam serta tudung bawal yang sama warna juga.  Done!

          Aku pandang Afiq Khairul yang memakai cufflinks di lengan baju kemejanya itu.  Hensem.  Dia pakai suit yang sama warna dengan baju aku.  Matching gitu!

          Sementara tunggu dia bersiap, aku ambil handphone di atas meja mekap itu.  Tengah charge.  Aku turn off soket tersebut.  Tidak lama lepas tu, aku teringatkan sesuatu.  Aku menoleh dan pandang Afiq Khairul semula.

          "Abang dah turn off soket kat bilik kerja abang ke?" tanyaku kepadanya.

          Afiq Khairul melihat aku dan kemudian menggelengkan kepalanya saja.

          "Kenapa?" soalnya dengan muka kehairanan.

          Aku hanya tersenyum nipis.

          "Leha turn off ye... Boleh jimat bil elektrik sikit," jawabku sambil mengambil sling bag dan terus melangkah keluar dari bilik tidur kami ni.

          Aku masuk ke dalam bilik kerjanya itu.

          Semalam aku ternampak bil bulanan elektrik kondominium kami tu di atas meja kerja Afiq Khairul.  Selama ni, dia yang uruskan bil-bil yang perlu dibayar seperti bil air, elektrik, Netflix dan sebagainya.  Apabila aku tengok jumlah yang perlu dibayar itu, langsung mataku terbeliak luas.  Dalam lima ratus gitu!

          Mahalnya!

          Kalau kat kampung, jumlah yang hampir sama tapi itu termasuk jumlah elektrik kat kedai runcit abah tu.  Hanya kami berdua saja yang tinggal kat kondominium ni, tapi bil elektrik mengalahkan bil kat kampung tu!

          Oleh itu, kami kena kawal penggunaan elektrik.  Amalkan budaya berjimat cermat!

          Aku turn off soket sambungan ke computer dan printer miliknya itu.  Kemudian, ke ruang tamu.  Memastikan soket-soket sambungan ke aircond, tv, lampu tu... Turn off juga.  Aku lepaskan keluhan nipis.

          "Abang dah siap." Afiq Khairul muncul di belakangku.

          Aku menoleh dan tengok Afiq Khairul.  Dia turut melihatku dengan muka serius.

          "Abang masih mampu bayar bil elektrik tu walaupun Leha..." Aku kerutkan mukaku.  

          Aku naikkan jari telunjukku ke bibirnya.  Shhh!

          "Leha tahu abang mampu bayar.  Tapi, kalau boleh berjimat... Why not? Lagipun, membazir itu amalan..." Aku angkat keningku kepadanya.

          Afiq Khairul tersenyum.  Dia pegang jariku di bibirnya itu.

          "Syaitan," sambungnya sambil tersengih.

          Aku usap bahunya pula sambil menganggukkan kepalaku.

          "Pandai! Abang adalah yang terbaik!" pujiku sambil tersenyum lebar.

          Afiq Khairul tergelak.  Dia cuba cubit pipiku lagi.  Tapi, pantas aku mengelak dan melangkah jauh di hadapannya.

          "Leha tahu Leha comel.  Tapi, pipi Leha bukan pipi patung.  Abang cubitlah pipi sendiri!" Marahku sambil tayang muka sememeh.

          Apalagi, Afiq Khairul ketawa.  Dia naikkan jari telunjuknya dan buat signal 'warning' kepada aku.  Aku kecilkan mataku saja.  Tak takut pun!

          Cubalah buli aku, kang aku bagi tidur kat luar bilik malam ni.  Baru tahu! Ugutku tapi dalam hati saja.  

          Tidak berani nak cakap depan-depan sebab aku tahu Afiq Khairul ni banyak muslihat yang tersembunyi!

          Aku tersengih lebar apabila Afiq Khairul memaut bahuku dan cium pipiku saja.

          "Jom gerak, kalau abang layan karenah Leha ni.  Confirm, kita lambat masuk office," perlinya dengan gelakan kecil.

          Aku cubit pinggangnya.  Kenapa nak salahkan aku pula? Rungutku tidak puas hati.

          Afiq Khairul tersenyum saja lalu memegang tanganku.  Kami sama-sama melangkah ke ruangan lift.  Semoga urusan kami hari ni akan dipermudahkan... Aamiin ya rabbal'alamin.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Seperti biasa, aku semak jadual kerja Afiq Khairul.  Hari ni dia ada meeting dengan client dan perjumpaan dengan supplier pada sebelah petang.  Aku print keluar email yang ditujukan kepadanya.

          "Leha," panggil Afiq Khairul.

          Aku mendongak.  Tidak perasan dia keluar dari biliknya itu.  Dia serahkan fail yang ada di tangannya itu kepadaku.

          "Abang dah tanda mana-mana payment yang perlu di bayar kepada suppliers.  Tolong hantar ke bahagian akaun," arahnya dan kemudian melihat jam di tangannya itu.

          "Abang keluar dulu.  Kalau ada apa-apa, Leha WhatsApp abang.  Dalam pukul 4:00 petang, baru abang balik," ujarnya kepada aku.

          Aku anggukkan kepalaku saja.

          "Okey, bos hati-hati ye..." Aku sambut huluran tangannya itu.  

          Aku tunduk dan menciumnya.  Dia tersenyum sama.  Selepas itu,  Afiq Khairul melangkah pergi.  Manakala, aku sambung kerjaku semula.

          Tengah hari, aku keluar lunch dengan kawan-kawan office saja.  Dalam pukul 4:15 petang, baru Afiq Khairul balik sambil membawa sebuah kotak bersaiz sederhana besar.

          Aku pandang kotak tersebut, Afiq Khairul halakan kotak tersebut kepada aku.

          Aku jadi bingung.  

          Hah?

          "Untuk Leha.  Amin kirim dari Jepun," ujar Afiq Khairul.

          Dia mengisyaratkan aku untuk buka pintu biliknya itu.  Tanpa membuang masa, aku buka pintu biliknya itu dan bagi laluan untuk dia masuk dahulu.

          "Amin?" Aku melangkah ke arah sofa apabila Afiq Khairul meletakkan kotak tersebut di atas meja coffee.

          "Lepas abang transfer duit yang Leha bagi kepada Amin tempoh hari tu... Amin messenger abang.  Dia beritahu yang dia akan kirim satu bungkusan untuk Leha.  Tapi, dia larang abang beritahu kat Leha," jelasnya lalu menyuruh aku duduk di sofa saja.

          Afiq Khairul melangkah ke meja kerjanya, dia ambil cutter knife blade dan serahkannya kepada aku.

          "Ooo..," gumamku perlahan.  Patutlah aku tak tahu!

          Dengan berhati-hati, aku buka bungkusan kotak tersebut.

          Apabila aku tengok isi kiriman daripada Amin tu... Aku ketawa.  Dalam bungkusan tersebut, macam-macam ada.  Baju blaus, cardigan, shawl, masker, losyen dan makanan ringan.  Aku tengok ada sepucuk surat juga.  Aku ambil dan jelas kelihatan tulisan Amin di sampul surat tersebut.

          Amboi, siap ada surat lagi!


Dear my stupid but lovely twin little sister,

Assalamualaikum...

Terkejut?

Amin sengaja tak beritahu Leha awal-awal.  Saja nak buat surprise.  Apa-apapun, Amin hargai keprihatinan Leha sebab kirim wang kat Amin tempoh hari.  Tapi, untuk pengetahuan Leha... Pak Cik Sufian pun ada bagi kat Amin juga.  Jadi, memandangkan Amin ada duit lebih, Amin ada belikan Leha hadiah juga.  Amin harap Leha suka.

Itu saja.  Okeylah, jaga diri baik-baik dan jangan nakal-nakal.  Bye!


           Aku ketawa lagi.

          Hari tu, aku minta tolong kat Afiq Khairul untuk transfer duit yang aku dapat sempena hari lahirku kepada Amin.  Berkongsi rezeki gitu.  Lagipun, aku kesian dengan Amin sebab dia sendiri kat sana.  Jauh daripada keluarga.  Tapi, tak sangka pula yang Pak Cik Sufian pun ada bagi kat Amin juga.  Aku tersenyum.  Syukurlah punya ayah mertua yang sangat baik hati.  Alhamdulillah!

          Apabila sebut pasal hari lahir ni, aku pandang Afiq Khairul yang duduk di sebelahku itu.  Minggu depan hari lahir dia yang ke-29 tahun.  Aku nak bagi apa ye?

          Aku buntu!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Malam itu, sebelum aku masuk ke dalam bilik air.  Aku duduk di birai katil sambil hantar WhatsApp kepada Adila.  Nak minta pendapat dia tentang hadiah yang perlu aku prepare untuk abangnya itu, si Afiq Khairul.

Aku : Apa hadiah yang sesuai untuk Abang Afiq?

Adila : Barang yang mahal, yang berpatutan atau yang murah?

Aku : ... Yang berpatutan.  Janganlah mahal sangat.  Yang penting kualitinya bagus.

Adila : Jam tangan, dompet, baju atau kasut.  Pilih antara empat ni.  Tapi, kalau kau nak lagi jimat.  Aku ada idea bernas untuk kau.  Nak tahu tak?

Aku : Apa?

Adila : Kau.

          Aku terdiam.  Aku? Tak faham apa yang Adila maksudkan itu!

Aku : Aku? ( Tambah emoji muka kebingungan )

Adila : Ambil reben, ikat kat rambut.  Then, pakai baju seksi.  Lepas tu, beritahu kat Abang Afiq ' i'm your present '.  Jimat.  Kau cuma perlu beli reben saja.

Aku : ...

          Aku speechless.

          Walaupun idea Adila tu bernas dan jimat.  Tapi, untuk melaksanakannya... Ia sangat memalukan!

          Aku ambil tuala di belakang pintu.  Kebetulan, Afiq Khairul muncul di situ.

          "Sorry, Leha baru nak mandi... Abang tunggu kejap ye." Aku tersengih lebar saja lalu berpaling dan masuk ke dalam bilik air.

          Tapi, baru saja aku nak tutup pintu bilik air tu.  Afiq Khairul muncul dengan tualanya dan dengan selamba masuk dan berdiri di hadapanku.

          Aku mendongak dengan muka kebingungan.  

          Eh?

          "Bukan Leha nak jimat bil elektrik ke? Apa kata kalau kita jimat bil air juga? Jadi, jom mandi sama-sama," katanya kepada aku dengan nada dan muka selamba.

          Aku terdiam.  Speechless untuk kesekian kalinya!  


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Pada hari lahir Afiq Khairul.  Di sebelah siang, kami ke rumah ayah dan ibu.  Ibu sudah sediakan makan tengah hari untuk kami.  Semuanya makanan kegemaran Afiq Khairul.  Adila muncul sambil menatang kek dan menyanyikan lagu 'happy birtday' untuk abangnya itu.  Kuat dan nyaring pula tu!

          Muka Afiq Khairul yang kekok itu membuatkan aku ketawa.  Kemudian, dia melihatku lalu mengisyaratkan aku supaya tiup lilin di atas kek tersebut.

          "Bukan hari lahir Leha.  Abanglah yang tiup..," bangkangku segera.

          Afiq Khairul tersenyum.  Tapi, dia ukirkan senyuman yang menakutkan itu kepada aku.

          "Abang bukan budak-budak lagi nak tiup lilin tu." Dia isyaratkan Adila supaya bawa kek tu ke hadapanku.

          Adila turut ketawa apabila tengok muka abangnya yang kekok itu.  Kami tersengih-sengih saja dan aku turutkan permintaan Afiq Khairul itu.  Aku tiup lilin tu dan Afiq Khairul turut menepuk tangannya bersama-sama ayah dan ibu.

          Apasal aku rasa macam hari jadi aku saja yang kena sambut?


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Kami di rumah ayah dan ibu sehingga pukul 8:00 malam saja.  Lepas tu, kami pulang ke kondominium kami semula.

          Aku pandang hadiah yang ayah, ibu dan Adila bagi kat Afiq Khairul.  Tinggal aku saja yang belum bagi lagi.  Aku ketap bibirku.  Nak buat atau tak?

          Lepas Solat Isyak tadi.  Afiq Khairul masuk ke dalam bilik kerjanya.  Aku mengeluh halus.  Malu, belakang cerita.  Lebih baik aku buat saja!

          Dengan tekad dan semangat yang ada, aku buka almari lalu ambil baju kemeja Afiq Khairul.  Aku masuk ke dalam bilik air dan menukar pakaianku.  Aku pakai kemeja putih Afiq Khairul tu dan ikat rambutku ala ponytail saja.

          Kemudian, aku keluar dan berdiri di depan meja mekap.  Aku ambil reben merah dan ikat di pergelangan tanganku.  Done!

          Aku perhatikan diriku di cermin meja mekap tu.  Mukaku merona merah.  Aku hanya pakai baju kemeja Afiq Khairul yang hanya menutupi punggungku saja.  Seksinya!

          Tapi, hanya ini yang aku mampu bagi kat Afiq Khairul tu.  Semasa aku servay harga jam tangan, dompet, baju dan kasut mengikut jenama yang Afiq Khairul pakai sekarang ni... Aku tidak mampu.  Mahal gila!

          Aku ambil handphone lalu hantar WhatsApp kepadanya.

Aku : Abang, Leha tunggu abang kat dalam bilik sekarang ni.  Leha dah prepare hadiah untuk abang.

          Tidak lama kemudian...

Bos a.k.a Suamiku: Ok.

          Lepas baca balasan WhatsApp daripada Afiq Khairul tu, aku naik ke atas katil dan tunggu kedatangannya.  Dengupan jantungku, macam nak tercabut saja sekarang ni!

          Tiba-tiba, pintu bilik di buka dari luar.  Aku tarik nafas dan menghembusnya perlahan... You can do it Leha!

          Apabila pandangan mata kami bertembung...

          "Surprise! I'm your present!" laungku dengan nada suara yang sedikit kuat.

          Afiq Khairul terkaku di situ.  Matanya tidak berkelip apabila tengok keadaan diriku sekarang ni.  Aku ketap bibirku... Seksi sangat ke?

          Apasal aku pula yang rasa kekok sekarang ni?

          "Siapa bagi idea ni kat Leha?" tanya Afiq Khairul sambil ketawa.  Kuat pula tu!

          Aku macam nak menangis.  Aku malu weh!

          "Adila! Sebab Leha nak bagi abang jam tangan atau dompet.  Tapi, duit Leha tidak cukup lagi.  Jenama yang abang pakai tu, mahal sangat!" balasku dengan nada tidak berpuas hati.

          Kali ni, Afiq Khairul tersenyum nakal.  Dia menghampiriku dan merenungku lagi.

          "Leha tau tak yang sekarang ni... Leha macam tengah goda abang?" Afiq Khairul tunduk dan menyentuh pipiku.

          Apalagi, mukaku bertambah hangat dengan kata-katanya itu.  Tidak dapat menafikan kata-katanya tu.  Memang pun!

          "Tapi, abang suka dengan hadiah Leha ni..," bisiknya lalu cium ubun-ubun kepalaku.

          Aku tersipu malu.  Lepas tu, aku pejamkan mataku dengan perlakuannya itu.  Kami sama-sama tergoda!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Keesokan harinya... Adila hantar pesanan WhatsApp kepada aku.

Adila : Kau betul-betul ikut cadangan aku ke semalam tu? (Hantar emoji muka curious)

          Aku lepaskan keluhan nipis.

Aku : Hanya itu yang aku mampu.

          Aku tunggu balasan WhatsApp daripada Adila.  Lama.  Rasanya aku tahu sebab dia lambat reply...   

Adila : Hahahahaa.  Laaa, patutlah! Aku hairan sebab tiba-tiba Abang Afiq transfer extra duit poket kat aku.

          Aku sudah agak.  Mesti dia ketawakan aku.  Sampai hati!

Aku : Untunglah.  Tapi kannn... Lain kali jangan bagi idea yang pelik-pelik lagi.  Gua yang capek!

          Ketika ini, kami duduk santai di ruang tamu saja sambil nonton movie.  Aku menyandar di dada bidang Afiq Khairul.

Adila : Hahahahahaaa.  Okey laa.  Bye!

          Tanpa rasa bersalah, Adila melarikan diri.  Aku mengeluh halus lagi.  Aku menoleh ke belakang.  Dengan selamba, Afiq Khairul letakkan dagunya di bahuku.  Dia tunduk dan turut membaca pesanan WhatsApp daripada Adila tu.

          Tanpa rasa bersalah juga, dia ketawa sama macam adiknya tu.  Aku mendengus geram.  Miang!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Tanpa aku sedari, waktu berjalan dan 2 bulan dah berlalu pergi.  Ketika ini, seperti biasa aku sediakan sarapan pagi untuk kami.  Apabila aku hidangkan nasi goreng ayam di hadapan Afiq Khairul tu, mukanya berubah pucat!

          Pantas dia melangkah ke arah singki dan muntah... Muntah?

          Aku cemas dengan keadaannya itu.

          "Abang, kenapa ni? Abang sakit ke?" soalku sambil mengurut-urut belakangnya itu.

          Aku sentuh dahi Afiq Khairul.  Dia demam ke

          Tapi, aku tarik nafas lega.  Tidak, suam sahaja.  Suhu badannya normal.  Hanya mukanya yang sedikit pucat.  Kenapa dia muntah dan pucat macam ni?   

          Aku jadi risau!

          "Kita ke klinik.  Leha hantar abang.  Jom!" arahku kepadanya.

          Terus Afiq Khairul pegang tanganku.  Dia gelengkan kepalanya.

          "Abang okey.  Jangan risau.  Cuma perut abang rasa lain bila terhidu bau minyak masak kat dapur ni," jelas Afiq Khairul dengan dahi berkerut.

          Aku terdiam.  Bau minyak masak?

          Aku hidu bau kat dapur niOkey je pun, tiada bau yang boleh buat aku muntah.   Pelik sungguh! 

          Aku pegang lengan Afiq Khairul lalu memapahnya ke sofa di ruang tamu saja.

          "Abang duduk sini.  Leha ambil minyak angin dulu kat dalam bilik." Aku ambil air suam, tisu dan serahkannya kepada Afiq Khairul.

          Lepas tu, aku melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami.  Aku ambil minyak angin tu di dalam laci.  Tapi, semasa aku nak tutup laci tersebut... 

          Aku terlanggar dompet Afiq Khairul.  Dompetnya terjatuh di atas lantai dan terbuka luas.  Mataku tertumpu kepada gambar yang ada di dalam dompet Afiq Khairul tu

          Aku terlopong.  

          Gambar siapa ni? Siapa perempuan ni? Aku kerutkan keningku.  Hah?  



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

~ Afiq Khairul muntah? Apa yang Leha tengok kat dalam dompet Afiq Khairul tu? 😌

~ Apa-apapun, terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-40 ni.  Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...
405K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...
572K 19.7K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1.1M 64.5K 44
STORY NI CRINGE,SERIUS. Belajar mengenal diri dan belajar berdikari,bukan mudah sebenarnya... "Kenapa awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak tahu...