3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈

By Flower_03

236K 19.4K 6.7K

Book III AryaNaufal Jr. series. ×××××××××××××××××××××××××××××××××× " I want your glasses." belakang bibir dig... More

P R O L O G
×Chapter 1×
×Chapter 2×
×Chapter 3×
×Chapter 5 ×
×Chapter 6 ×
×Chapter 7×
×Chapter 8×
×Chapter 9×
×Chapter 10×
×Chapter 11×
×Chapter 12×
×Chapter 13×
×Chapter 14×
×Chapter 15×
×Chapter 16×
×Chapter 17×
×Chapter 18×
×Chapter 19×
×Chapter 20×
×Chapter 21×
×Chapter 22×
×Chapter 23×
×Chapter 24×
×Chapter 25×
×Chapter 26×
×Chapter 27×
×Chapter 28×
×Chapter 29×
× Chapter 30 ×

×Chapter 4×

7.1K 654 69
By Flower_03

3 W O R D S , 8 L E T T E R S


×××

savage

×××


" WHAT'S his problem? Mental! " Helena menggumam sendirian. Marah dalam bisikan. Marah dan bengang bersatu. Kalaulah... Kalaulah... Kalaulah aku jumpa lagi...

" Hey you."

Tak guna!

Lelaki ni lagi!

Bukan lelaki ni pergi arah lain ke tadi?! Dah kenapa dia ikut aku?!

Helena meneruskan langkahnya. Tidak mahu berpaling.

" Stop."

Helena melajukan langkahnya.

" I said stop."

Buku limanya digenggam kuat. Sabar Helena. Daddy ajar kena sabar. Orang yang sabar itu orang yang kuat. Biar orang buat kita jangan kita yang buat orang.

" Stop your damn leg from walking."

Helena berpaling. Hujung bibirnya membentuk kuntum senyuman. Wah! Wah! Wah! Melebih sangat alien ni!

" Can you please shut your damn mouth. You really hurt my eardrum." Giginya diketap.

Terbuntang mata Aryan. How dare she?!

" You-"

Aryan yang ingin membuka mulut laju ditahan Helena menggunakan tapak tangannya yang diangkat seperti 'Talk to my hand.'. Nafasnya dihela perlahan. Dia mendongak, memandang lelaki dihadapannya.

" I'm sorry." Anak matanya memandang ke dalam anak mata Aryan.

" I really am sorry." Kata-kata Daddynya berjaya menenangkan panas dihati.

Aryan seakan-akan tenggelam ke dalam iris mata bak lautan itu. Dia terdiam.

Helena memusingkan badannya semula dan pergi.

Dia bukan apa. Baru first day tak akan dah nak cari fasal dengan orang. Senior pula tu. Headboy pula tu. Jadi, lebih baik dia minta maaf untuk jernihkan keadaan. Dia nak hidup aman dan damai sepanjang 5 tahun dia bersekolah dan setahun ini tanpa gangguan para senior. Tak nak jadi budak target.

Aryan terkaku ditempatnya berdiri. Belakang tubuh budak tingkatan 1 itu dipandang sehingga hilang dari pandangan. Kata-kata maaf daripada pelajar itu sedikit sebanyak menyejukkan hatinya.

Panas hatinya juga berkurang apabila bertembung pandang dengan kristal jernih berwarna biru laut tersebut.

Aryan menggelengkan kepalanya. Rambutnya diraup ke belakang. Oh god! I'm being so immature. Dia berlalu ke checkpoint yang seharusnya menjadi tempat dia menunggu. Syafiq rasanya dah bengang tunggu member dia yang tak kunjung tiba.

Helena berpaling. Tiada kelibat lelaki itu menjejaki langkahnya. Manalah tahu kut-kutlah lelaki tu ikut dia lagi sebab tak puas hati.

Semakin menghampiri padang, semakin jelas kelihatan sekumpulan pelajar yang sedang bersorak kepada pemain di tepi padang.

Ammaris perasan kehadiran Helena di atas grandstand. Tersenyum kecil Ammaris. Dia menggamit kehadiran Helena.

Pelajar yang lain ikut tersenyum. Permainan berhenti seketika.

" Okay everyone this is your new friend. And your new member." Mata Ammaris memandang Helena yang menuruni anak tangga sehingga gadis itu tiba di tempat mereka berdiri.

Helena statik memandang mereka.

Pelajar yang berada disitu seperti terpaku melihat Helena. Lebih kepada tertarik dengan warna anak mata yang dimiliki Helena.

" She got a beautiful pair of eyes." Ada yang berbisik.

" Yeah, right." Ada yang menyetujui.

" Is it grey? Or blue?"

" Both maybe."

" And beautiful face."

Bisikan-bisikan halus itu membuatkan Helena tersenyum malu. Dia dengar.

" Assalamualaikum and Hi. I am Helena Aisya. You can call me Helena or El." Kedua-dua tali beg galasnya digenggam kuat. Nervous.

" Wardah's here." Wardah yang bertudung memperkenalkan dirinya.

" Isyraq." Angkat tangan kecil.

" Jane." Mengangguk.

" Afifi." Tersenyum.

" Shae." Tangannya diangkat.

" Elizabeth." Peace no war di angkat.

" Fahrin." Rambut dikuak ke belakang.

Yang terakhir tersenyum manis. " Armin."

" Nama Abang, Ammaris. Penjaga checkpoint. Okay done sesi perkenalan diri. Get back to game guys. Last round. It's up to you either you want to win or lose."

" Boy's game." Shae berkata. Helena mengangguk.

3 orang lelaki daripada kumpulan mereka perlu menimang bola secara passing selama seminit tanpa henti dan jatuh. Sekiranya terjatuh merit akan diberikan. Markah untuk kumpulan akan dikurangkan.

" Helena can you speak Malay?" Jane menyoal.

" Mestilah boleh." Helena tertawa.

" Manalah tau tak boleh ke kan? Because you really don't look like Malay. Mesti anak Mat Saleh." Jane yang berkacukan India-Cina ikut tertawa.

" Kan? Mujur you bertudung if not, memang I ingat you bukan Malay." Wardah menyetujui.

Elizabeth mendengar dan mengangguk.

" My parents both Malaysian but my grandpa belah father yang British. He got married with my Malay grandma who studied in Britain. Mereka pindah Malaysia atas urusan kerja and they got my father."

" We see." Elizabeth bersuara. Tertarik dengan cerita Helena.

Jerawat di wajah Helena langsung tidak mencacatkan kejelitaan gadis itu.

" Kita menang!" Afifi bersorak.

" Good job gang!" Isyraq membuat gaya kemenangan.

" Am!"

Jeritan seseorang mengalihkan perhatian mereka semua.

Helena memandang dan berkerut. Lelaki ni lagi?!

" Yow bro! Apasal?"

Bersama senyuman, sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Lelaki itu menuruni anak tangga grandstand satu persatu.

Helena memandang tidak lepas. Apa lagi dia ni nak? Aku dah minta maafkan tadi.

Seperti rasa diperhatikan lelaki itu memandang Helena sekilas. Memandang tanpa perasaan.

Dahi Helena berkerut.

" Why Faan? Anything happen? "

" I only have 8 ties. Mana lagi 2?" Ierfan menyoal tenang.

" Aiikk???" Ammaris pelik. Matanya tiba-tiba membulat. " Ada dekat Ry. He said that he will take  it from Dark Room."

Helena memerhati lagi. Lelaki yang dipanggil Faan itu memandangnya semula.

" Yes? Anything you would like to say?" Soal Ierfan kepada Helena. Hairan. gadis itu memandangnya dari tadi lagi. Mungkin sebab kau handsome sangat kut Faan, desis Ierfan. Perasan sekejap.

Semua disitu memandang Helena.

Mata Helena membulat apabila perhatian beralih kearahnya. Laju menggeleng.

Ierfan mengangguk.

Helena memandang ke arah lain. Dahinya berkerut. Dia tak kenal aku?

" Jap Faan."

Ammaris memberi button batch kepada kumpulan kami dan clue seterusnya.

" When the bell ring, you're looking out for me." Armin membaca clue tersebut.

" Apa benda ni?" Wardah bingung.

" I can't think." Shae menggigit bibirnya.

" My brain are not functioning." Afifi memegang dagunya.

" Maybe, it refers to canteen." Ujar Helena bersahaja.

Semua beralih arah melihatnya.

" Omg! Right! " tersenyum Jane.

" Kita lapar kita cari makan. Betul dah tu." Fahrin bersuara.

Ahli yang lain mengangkat thumbs up kepada Helena.

Helena memandang semula pada lelaki yang dipanggil Ammaris sebagai Faan itu. Dia macam tak kenal aku. Sudahlah Helena, ada bagusnya. Dia dah maafkan kaulah tu. Helena membuntuti langkah ahlinya yang lain yang mulai meninggalkan kawasan padang.





" GUYS faster! This is our last checkpoint! " Ketua kumpulan, Isyraq, menggesa ahlinya yang perlahan berlari.

" Jom geng! Kita boleh menang." Elizabeth bersemangat.

Mereka tiba di checkpoint terakhir. Padang memanah.

Tiada langsung kelibat si penjaga checkpoint.

" Siapa yang jaga checkpoint ni? " tanya Afifi.

" Captain." Isyraq menjawab.

" Wah!"

" Captain siot."

" Aku rasa seram."

" Aku tacod."

" Macam tak ada harapan nak menang je kalau dia jaga."

" Captain? Who's Captain? " soal Helena. Dahinya berkerut. Captain America?

" Me." Empunya suara itu berjaya mendiamkan keriuhan kumpulan 10.

Padang memanah serta merta menjadi sunyi seperti di tanah perkuburan.

Captain jalan ke hadapan bersama busur panah dan 3 anak panah.

" Damn." terkeluar ayat itu dari mulut Helena. Yang lain memandangnya. Lelaki yang digelar Captain itu turut memandangnya.

Tak guna! Helena nampak hujung bibir lelaki itu terangkat. Seakan mentertawakannya.

" Awak ada masalah?"

" Semut api gigit." kata Helena. Dia mencangkung, konon-kononnya ingin membuang semut api yang mengetip disebalik stoking. Helena menggigit bibirnya. Why him?!

Aryan mengalihkan pandangannya.

" Okey, syarat permainan untuk lepasi checkpoint ni, seorang wakil kumpulan perlu panah 3 anak panah dalam bulatan kuning atau merah sahaja pada papan sasaran. Ring biru dan hitam tak dikira."

" That 2 small yellow cirlcle, the center of the target valued is 10. The third ring is 9. The red ring is 8 and 7. So now, I will show you the basic equipment, this is recurve bow, chest guard, arm guard, 3 fiberglass arrows, finger tab and quiver." Ringkas Aryan menerangkan.

Mereka semua mengangguk faham.

" Wakil kumpulan ni aku yang pilihkan." Tutur Aryan.

Semua menarik nafas gentar.

" You." Matanya memandang tepat pada seseorang.

" The 'Damn' girl."

I knew it!

Damn!

×××

Next week is my final exam darlings but I don't like to keep you all waiting for too long and taraaaa! Done chap 4

Continue Reading

You'll Also Like

116K 2.6K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
2M 78.6K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
59.8K 4.3K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...