BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!

26.8K 827 39
By Misshusna006

          Ilham Hakimi terkejut dengan permintaanku itu.  Dia menoleh kepada Afiq Khairul.  Afiq Khairul pula melemparkan pandangannya ke arah Adila.  Kening Afiq Khairul berkerut apabila dia tengok Syamir berdiri di hadapan adiknya itu.

          Terus renungan Afiq Khairul jadi tajam.  Setajam mata pisau!

          "Apa yang berlaku?" tanyanya perlahan.

          Aku mendongak dan pandang Afiq Khairul.  Aku dekatkan diriku kepadanya.  Dia tunduk dan melihat aku dengan wajah serius.

          "Kami terserempak dengan Syamir dan girlfriend dia tu.  Tapi, girlfriend Syamir tu macam terlebih-lebih pula.  Terlalu bangga diri dan pandang Adila dari atas sampai ke bawah.  Leha benci dengan pandangannya tu!" jelasku dengan nada berbisik lagi.

          Tangan kirinya memegang pipiku.  Kemudian, mengelusnya perlahan.  Barangkali cuba meredakan kemarahanku.   Ini adalah kali pertama dia tengok aku marah dengan orang lain.  Selalunya kalau aku marah, ia mesti disebabkan oleh dirinya sendiri!

          Aku tengok Afiq Khairul.  Dia diam.  Dia seperti dalam dilema.  Rasanya aku boleh agak apa yang dia fikirkan itu.  Dia tidak mahu Ilham Hakimi dan Adila ada kaitan antara satu sama lain!

          "Tolong, please..," rayuku sambil menggerak-gerakkan lengan Afiq Khairul itu.  

          Aku tayang muka kesian habis-habisan!

          Hanya cara ini yang aku dapat fikirkan sekarang ni.  Aku tidak akan biarkan Adila nampak lemah di hadapan Syamir tu.  Terutama sekali, di depan girlfriend Syamir tu.  Never!

          Perempuan tu ingat dia saja yang boleh terlebih-lebih.  No way.  Aku pun boleh!

          Mungkin tidak tahan dengan penangan muka kesianku itu, Afiq Khairul menoleh kepada Ilham Hakimi lalu menganggukkan kepalanya saja.  Aku tengok Ilham Hakimi tersenyum nipis.  Tanpa membuang masa, dia melangkah ke arah Adila sambil meletakkan tangan kanannya ke dalam poket seluarnya itu.  

          Afiq Khairul dan aku juga turut melangkah ke arah Adila.

          Apabila langkah Ilham Hakimi semakin dekat dengan Adila, aku tahan debaran di dada.  Bolehkah Ilham Hakimi menyamar jadi boyfriend Adila?

          Aku tarik nafas dan menghembusnya perlahan.  Apa-apapun, aku yakin yang Ilham Hakimi pasti boleh lakukannya.  Ilham Hakimi, you can do it! Sorakku dalam hati.

          Aku pegang lengan Afiq Khairul dengan erat sekali.  It's show time!

          "Adila," panggil Ilham Hakimi.

          Nada suara Ilham Hakimi ada sedikit husky.  Jadi, apabila dia panggil nama Adila tu... Entah kenapa, rasa macam ada aura romantik gitu!

          Dia mendekati Adila.  Kemudian, melihat Syamir dan Lisya sekilas pandang sahaja.  Adila pula merenung Ilham Hakimi dengan mata terkelip-kelip.  Ada riak terkejut di raut wajahnya itu.  Dia menoleh ke belakang lalu melihat Afiq Khairul dan aku.  Afiq Khairul tetap dengan muka seriusnya, aku pula tersenyum lebar.  Tersenyum lebar dengan penuh makna gitu!

          Dari zaman kami pakai lampin dan pampers lagi, kami dah kenal antara satu sama lain.  Boleh dikatakan, kami berdua dah masak dengan perangai masing-masing.  Sudah tentu Adila dapat tangkap dan tafsirkan senyumanku sekarang ni.  Samaada aku tengah senyum ikhlas atau senyum yang ada muslihat a.k.a senyuman ala Joker tu!

          Sesaat kemudian, Adila membalas senyumanku dengan kening terangkat sebelah.  Langsung dia kenyitkan matanya kepada aku.  Aku tergelak.  Hish, buat aku malu saja!

          Terus Adila bulatkan matanya kepada Ilham Hakimi.

          Mood 'berlakon' is on!

          "Darling lunch kat sini juga ke?" Adila buat muka terkejut.

          Sedetik waktu, Ilham Hakimi terkejut dengan tindak balas daripada Adila yang sangat cepat tu.  Ilham Hakimi mula melihat Adila dengan pandangan penuh minat.  Matanya tidak lepas daripada merenung raut wajah Adila tuInteresting!

          "Ooo, by the way... Ini Syamir dan Lisya, girlfriend dia.  Ala, yang honey cerita tempoh hari tu," kata Adila sambil tersengih lebar.

          Ilham Hakimi tergelak kecil.  Dia tersenyum sambil melihat Syamir yang awkward di hadapan mereka itu.

          "Ilham Hakimi.  Nice to meet you." Ringkas sapaan Ilham Hakimi kepada Syamir.  Lisya yang berdiri di sebelah Syamir itu tidak dipandang langsung!

          Syamir tidak terkata-kata.  Manakala, Lisya pula mengetap bibirnya.  Ada riak malu dan cemburu di raut wajahnya itu.  Ini disebabkan, Ilham Hakimi lebih kacak dan bergaya berbanding Syamir!

          Adila buat tidak nampak reaksi mereka berdua itu.

          "Memandangkan darling kat sini.  Temankan honey cari buku rujukan.  Boleh?" soal Adila dengan suara excited sambil buat muka comel.  Matanya dikelip-kelip sambil tayang lesung pipitnya itu.

          Ilham Hakimi terpana.  Mata bulat dan bersinar-sinar Adila itu direnung lama.

          "Jom!" balas Ilham Hakimi dengan segera.

          Adila tidak mempedulikan Syamir dan Lisya lagi.  Dia ingin berlalu pergi dari situ.  Tidak betah menghadap muka Syamir dan Lisya itu.  Tapi, langkahnya terhenti apabila bahunya sebaris dengan bahu Lisya.  Adila menoleh dan melihat Syamir dan Lisya.

          "Saya doakan awak berdua akan berbahagia hingga ke anak cucu.  Good luck to both of you.  Ikhlas daripada saya..," Adila tersenyum manis lalu melangkah bersama Ilham Hakimi.

          Afiq Khairul dan aku turut melangkah menghampiri Ilham Hakimi dan Adila itu.  Tapi, Syamir terkaku apabila melihat Afiq Khairul di hadapannya itu.

          "Next time, jangan dekati adik saya lagi!" kata Afiq Khairul dengan nada amaran.

          Aku boleh nampak muka Syamir yang sedikit pucat itu.  Lisya pula tayang muka tidak puas hati lalu memarahi Syamir.

          "You masih ada hati kat perempuan tu ke? Kenapa you pandang dia macam tu?" tanya Lisya kepada Syamir dengan nada cemburu habis!

          Aku menoleh ke belakang.  Syamir melangkah pergi dan meninggalkan Lisya di belakangnya itu.  Mungkin malu atau kecewa dengan pertanyaan Lisya tu.  Aku geleng-gelengkan kepalaku.  Nasib baik Adila break-up dengan Syamir tu.  Syukurlah!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Apabila sampai di satu sudut.  Langkah Adila terhenti.  Dia menoleh kepada aku dan kemudian menarik nafas lega.  Secalit senyuman terukir di bibirnya itu.  Cantik pada pandangan mataku!

          "Terima kasih," ucap Adila kepada Ilham Hakimi yang berdiri di sebelahnya itu.

          Ilham Hakimi jadi kekok sekejap.

          "It's okey," balasnya sambil tersenyum saja.  Adila direnungnya seketika sebelum melemparkan pandangannya ke arah lain.

          "Kau okey ke?" tanyaku terus kepada Adila.

          Adila menganggukkan kepalanya saja.

          "Aku okey.  Cuma, terkejut je tadi sebab tiba-tiba terserempak dengan diaorang tu.  Idea kau ke tadi tu?" soal Adila kepada aku.

          Aku tayang gigi saja sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

          "Leha, you're my soulmate! Nasib baik kau perempuan, kalau kau lelaki... Mesti aku jatuh cinta dengan kau," selorah Adila lalu memeluk bahuku.

          Aku ketawa dengan gurauannya itu.

          "Kalau aku lelaki, confirm... Aku pun akan jatuh cinta dengan kau," kataku dengan wajah serius.

          Adila tergelak.  Gurauan kami semakin mengarut.  Kalau Sofea ada time ni, mesti dia akan geleng-gelengkan kepalanya saja tengok perangai kami berdua ni.  Berbanding Adila dan aku, Sofea jenis yang lemah-lembut dan sopan-santun.  Manakala, kami berdua pula jenis yang gila-gila.  Pantang bertemu pasti buat onar!

          "Jom balik office, waktu lunch dah nak habis." Tiba-tiba Afiq Khairul menarik tanganku dan menjauhkan aku daripada Adila.

          Aku terkejut manakala Adila pula terlopong luas.

          "Abang Afiq jealous ke? Bukannya Adila nak rampas Leha pun.  Kami gurau je laa..," bebel Adila sambil mengerutkan keningnya itu.

          Afiq Khairul mencerlung tajam kepada Adila.

          "Ye laa.  Adila balik dulu.  Nasib baik Adila perempuan.  Kalau tidak, Abang Afiq dan Adila jadi musuh.  Kita dua jadi love rival! Tapi, yang pasti Leha dah cakap tadi... Yang dia akan jatuh cinta dengan Adila.  Hahaha... Abang Afiq kalah!" ejek Adila sambil tergelak jahat.

          Keningku terangkat sebelah.  Love rival? Ada-ada saja Adila ni! Aku ketawa dengan ejekan Adila itu.

          Afiq Khairul pula tayang muka ketat.  Adila dipandangnya tajam.  Aku yang ketawa tadi menutup mulutku rapat-rapat.  Takut punya pasal!

          "Erm, adios... Bye!" Cepat-cepat Adila berpamitan lalu melangkah pergi.  

          Lepas saja dia buat Afiq Khairul marah, dia menghilangkan diri.  Bijak sungguh!

          Aku tahan diriku daripada ketawa lagi.  Afiq Khairul pula mengurut dahinya dengan gelengan kepala.  Aku ukir senyuman simpati kepadanya.  Bertabahlah Afiq Khairul sebab punya adik macam Adila!

          Pandanganku jatuh kepada Ilham Hakimi.  Dia menggeleng-gelengkan kepalanya juga sambil tergelak kecil.  Matanya masih tertumpu kepada sudut Adila menghilangkan dirinya tadi tu.

          "Terima kasih sebab sudi tolong tadi," ucapku kepada Ilham Hakimi.

          Ilham Hakimi tersenyum lagi.

          "Saya sekadar berdiri dan tersenyum kat sebelah Adila tadi.  Selebihnya, dia yang buat.  Nasib baik dia dapat tangkap apa yang awak fikirkan tu.  Amazing!" jelas Ilham Hakimi sambil tergelak.

          Aku turut tergelak sama.  Nasib baik rancanganku tadi tu berjaya.  Aku mengucapkan kata syukur buat kesekian kali.  Alhamdulillah!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku mundar-mandir di depan mejaku.  Aku dah agak yang Afiq Khairul akan marah dengan tindakan aku tadi tu.  Masa kami sampai di office tadi, dia diam saja.  Dia Solat Zohor dan lepas tu masuk semula ke dalam biliknya saja.  Langsung tidak tegur atau bercakap dengan aku!

          Aku mengaku.  Aku over dramatik tadi!

          Aku tarik nafas dan menghembusnya perlahan.  Aku baru saja start misi nak ambil hatinya tu.  Tapi, sekarang ni lain pula jadinya.  Apa-apapun, nanti aku fikir saja macam mana nak pujuk hati Afiq Khairul tu.  Aku sambung buat kerjaku yang masih belum siap sejak pagi tadi.

          Sekitar pukul 3:00 petang, aku melangkah ke arah pantry dan buat minuman panas untuknya.  Dengan mengukirkan senyuman manis bak madu, aku ketuk pintu bilik Afiq Khairul.  Masa untuk memujuk!

          "Masuk," arahnya dari dalam bilik.

          Aku telan air liur.  Good luck Leha! Bisikku perlahan.

          Aku buka pintu biliknya lalu masuk dan melihat Afiq Khairul berdiri di depan meja kerjanya sambil meneliti drawing yang terbentang luas itu.

          "Leha buatkan coffee untuk abang." Memandangkan aku nak ambil hatinya, aku tukar panggilan bos kepada abang walaupun sekarang ni masih lagi office hour.

          Afiq Khairul merenung mukaku sebelum mengambil cawan tersebut di tanganku.  Aku jadi kekok apabila Afiq Khairul mendiamkan diri saja.  Walaupun aku buat keputusan spontan tengah hari tadi... 

          Tapi, perlukah dia marah aku sampai macam ni sekali?

          "Abang..," panggilku sambil menayang muka sedih ala-ala nak menangis tu.

          Afiq Khairul mengangkat wajahnya dan melihat aku semula.

          "Abang marah Leha ke?" tanyaku dengan nada perlahan.

          Afiq Khairul mengangkat keningnya kepada aku.

          "Leha rasa?" soalnya kembali.

          Aku terdiam.

          "Maaf," pintaku lalu memegang lengannya itu.

          Afiq Khairul tetap dengan riak muka yang serius.  Aku terkelu.  Tak tahu nak cakap apa lagi.  Perasaanku jadi sebak.  Air mataku mula bergenang.  Sikit lagi nak merembes keluar!

          "Abang janganlah marah.  Tadi, Leha cuma tak suka dengan girlfriend Syamir tu.  Dia berlagak depan Adila macamlah dia saja yang ada boyfriend.  Leha yang dah ada suami pun tidaklah berlagak sampai macam tu sekali," beritahuku dengan nada sedikit tidak berpuas hati.

          Afiq Khairul mengeluh.  Dia tarik aku dekat dengannya.  Tangannya naik ke mataku.  Dia kesat perlahan air mataku yang mula bergenang itu.

          "Tapi, perlukah suruh Kimi tu menyamar jadi boyfriend Adila?" tanyanya semula kepada aku.  Aku direnungnya dengan muka serius lagi.

          Aku kerutkan keningku.

          "Takkan Leha nak minta abang yang jadi boyfriend Adila?" jawabku segera.

          Aku ketap bibirku.

          "Leha tidak sengaja.  Abang janganlah marah, okey? Maaf sebab tetiba suruh Ilham Hakimi menyamar jadi boyfriend Adila tadi.  Leha tahu, abangkan tidak suka kalau diaorang dua tu ada kaitan nanti.  Lain kali Leha tidak buat lagi.  Tapi, syukurlah abang muncul tadi.  Kalau tidak, nanti viral pula ada perempuan bertarik tudung dan rambut kat Mall tu.  Nanti abang juga yang malu," jelasku panjang lebar lagi.

          Aku pandang tepat ke anak matanya.

          "Bayangkan... Nanti abang kena call oleh pihak polis.  Hello, Encik Afiq Khairul ke? Kami nak maklumkan yang isteri encik ada di tahanan kami.  Kesalahan isteri encik, tarik rambut dan cakar muka orang.  Abang nak macam tu ke?" Aku ajuk dan buat gaya polis bercakap dalam nada formal.

          Afiq Khairul menahan ketawa di hadapanku itu.

          "Leha gangster ke sampai nak tarik rambut dan cakar muka orang?" Dia mencubit kedua-dua pipiku.

          Disebabkan dia cubit kedua-dua pipiku, aku muncungkan bibirku tanda tidak puas hati.  Aku pegang kedua-dua tangannya yang masih melekat di pipiku itu.

          "Leha main-main je.  Abang, sakit!" aduku dengan kening berkerut.

          Afiq Khairul ketawa.  Aku pasrah saja apabila dia tekap pipiku sampaikan bibirku jadi macam mulut Tweety!

          Baru saja aku nak protes lagi, Afiq Khairul tunduk lalu mencium dahiku.  Dia tersenyum lalu mencium pipiku pula.  Lepas tu, bibirnya singgah di bibirku.  Sekilas kiss gitu.  Mataku terbeliak luas dengan perlakuannya itu.  Tapi, kalau dulu aku mengelak.  Kali ni, aku biarkan.   Mukaku merona merah.  Aku tersipu malu.  Aku tersenyum sambil memeluk tubuhnya.

          "Jangan goda abang kat office," bisik Afiq Khairul di telingaku.

          Aku terkelu dan terus menjarakkan diriku.

          "Leha senyum je pun.  Mana ada Leha goda abang?!" Aku kerutkan keningku dengan tuduhannya itu.

          "Oh? Mata berair, muka merah dan tersenyum tadi tu, bukan Leha tengah goda abang ke?" tanyanya lalu memeluk tubuhku.

          Aku tersentak.  Eh?

          "Fitnah.  Mana ada Leha goda abang!" dalihku cepat.

          Afiq Khairul ketawa lagi.  Aku pukul dadanya perlahan lalu membesarkan mataku saja.  Dia tersengih.  Kali ni, dia tunduk dan kiss pipiku lagi.  Lama.  Aku pejamkan mataku dengan perlakuannya itu.  Tapi, apabila tangan Afiq Khairul memaut leherku dan menarik tubuhku rapat ke tubuhnya semula.  Aku terjerit kecil!

          "Kenapa?" tanyanya kehairanan.

          Aku pegang tudungku dengan muka masam.  Tudung yang terbiut di depan tu, aku tiup ke atas semula!

          "Nanti awning tudung Leha rosak," balasku selamba.

          Afiq Khairul mendengus geram.  Dia tarik aku semula ke dalam dakapannya.  Terus renungannya jadi tajam sambil mengukirkan senyuman sinis plus jahat!

          "I don't care!" tegas Afiq Khairul lalu tunduk dan menyambung ciumannya tadi.

          Aku speechless.  Alahai, redha sajalah! 

          Asalkan dia tidak marah lagi kat aku.  Adila, demimu... Aku rela berkorban diri.  Selorahku dalam hati saja.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Habis saja waktu kerja tadi, kami singgah di supermarket yang terdekat.  Afiq Khairul teringin nak makan sup ayam!

          Aku turutkan saja permintaannya itu.  Lagipun, tidak susah mana pun nak masak sup ayam tu.  Selesai saja membeli bahan-bahan yang diperlukan, kami bergerak pulang.

          Oleh disebabkan pagi tadi aku tidak sempat mengemas, aku dahulukan rutinku itu.  Kemudian, aku mandi dan bersiap macam biasa.  Baju tidur paras lutut serta seluar legging colour hitam menjadi pilihanku.  Rambutku pula, aku ikat ala ponytail.

          Afiq Khairul pula sibuk di bilik kerjanya itu.  Aku melangkah ke dapur dan start memasak.

          Aku panaskan air di dalam periuk yang bersaiz sederhana besar itu.  Lepas tu, aku masukkan sup bunjut dan 1 kiub pati ayam.  Biarkan ia mendidih dulu.  Apabila air dah mendidih, baru aku masukkan 2 sukuan bahagian paha ayam.  Tunggu sehingga ia masak dulu.

          Kemudian, aku prepare bahan-bahan yang akan direneh bersama air sup nanti.  Lobak dan kentang, aku potong dadu.  Bawang merah, bawang putih dan lada putih, aku tumbuk halus dan tumis sehingga naik bau saja.

          Untuk bahan hiasan pula.  Daun sup dan daun bawang, aku hiris nipis.   Begitu juga dengan sayur kubis.  Aku tumbuk lada bersama sedikit garam dan perahkan dengan air limau.  Mee suhun, aku rendam dengan air panas sekejap.  Tidak lupa juga dengan bawang goreng dan 2 biji telur rebus.

          Apabila ayam dah masak, aku keluarkan dan goreng sekejap saja.   Lepas tu, baru aku carik-carik dan ambil bahagian isi ayam sahaja.   Aku masukkan semula baki tulang ayam ke dalam air rebusan tadi.  Aku masukkan lobak, kentang dan bahan tumisan juga.  Gaul sekejap dan perasakan dengan perencah secukup rasa.  Akhir sekali, aku didihkan lagi sehingga lobak dan kentang jadi empuk.  Resepi sup ayam versi ibu is done!

          Aku tersenyum apabila terhidu wangian sup ayam tu.  Nyum nyum nyum!

          Kalau makan sup ayam, sedap kalau ada hidangan sampingan tu.  Aku ambil kentang serta bahan-bahan yang diperlukan.  Tanpa membuang masa, aku buat bergedil kentang yang lembut kat dalam dan ranggup kat luar.  

         Setengah jam kemudian, aku perhatikan meja makan yang sudah penuh dengan bahan-bahan hiasan sup ayam itu.  Mangkuk, sudu dan garfu juga sudah tersedia.  Aku kerling jam di dinding, baru nak masuk pukul 7:45 malam.  Aku atur langkah ke bilik kerja Afiq Khairul.

          "Abang... Makan malam dah siap," laungku dari luar pintu bilik kerjanya saja.

          Afiq Khairul muncul di muka pintu sambil melihatku.   Kami berbalas senyuman lalu sama-sama melangkah ke dapur.  Dia tarik kerusi lalu duduk.  Matanya memerhatikan hidangan yang tersedia itu.

          "Biar Leha sediakan untuk abang." Aku ambil mangkuk di depannya itu.

          Aku letak sedikit mee suhun, sayur kubis dan isi ayam.  Kemudian, aku tuang air rebusan sup ayam ke dalam mangkuk tersebut.  Lepas tu, aku hias dengan daun sup dan daun bawang.  Satu biji telur yang sudah aku belah dua serta bawang goreng.

          "Jemput makan..," arahku sambil menyerahkan mangkuk tersebut kepada Afiq Khairul.

          Kicap, lada, limau serta bergedil kentang... Aku letak di depannya juga.

          "Terima kasih," ucap Afiq Khairul sambil tersenyum.

          Aku tersengih saja lalu duduk di sebelahnya.  Aku tengok Afiq Khairul menyuap sesudu sup ayam itu ke dalam mulutnya.

          "Sedap, rasanya sama macam yang ibu masak," puji Afiq Khairul lalu menoleh kepada aku.

          Apalagi, aku tersenyum lebar dengan pujiannya itu.  Alhamdulillah!

          Selepas menjamu selera, aku kemas dapur.  Pinggan mangkuk yang kotor, aku angkat dan letakkan ke singki.  Afiq Khairul berdiri di depan singki lalu mencuci pinggan mangkuk tersebut.   

          Aku terkejut.

          Hah?

          "Abang... Biar Leha yang cuci," bantahku lalu berdiri di sebelahnya.

          Afiq Khairul menggelengkan kepalanya.

          "It's okey, abang boleh buat.  Leha kemas meja.  Biar abang yang cuci." Afiq Khairul melihatku sambil mengisyaratkan aku kemas meja saja.

          Aku jadi serba salah.  Bagiku, part mengemas rumah dan memasak... Biar aku saja yang buat.  Part cari nafkah zahir untuk keperluan kami, aku serahkan pula kepada Afiq Khairul.

          "Leha dah masak untuk abang.   Sekali-sekala, biar abang tolong cuci pinggang mangkuk.  Abang faham, Leha tentu penat sebab kemas rumah tadi.  Tak salahkan kalau suami tolong isteri buat kerja rumah? Jangan risau, tak jatuh pun martabat abang kalau setakat cuci pinggan mangkuk ni," jelasnya kepada aku sambil tergelak.

          Aku tergelak juga dengan kata-katanya itu.  Tanpa membuang masa, aku kemas meja makan serta kaunter dapur.

          "Hujung minggu nanti, apa kata kalau kita balik kampung?" ajak Afiq Khairul tiba-tiba.

          Aku tersentak.  Balik kampung?

          "Dah lama kita tak balik kampung.  Abang tahu... Tentu Leha rindukan abah, umi dan atok kan?" tambahnya lagi tanpa menoleh ke arah aku.

          Aku pekup mulutku sambil tersenyum lebar.  Aku terharu dan gembira dengan cadangan Afiq Khairul tu.  Lantas aku berdiri di belakang Afiq Khairul dan memeluknya dengan erat sekali.

          "Abang... Terima kasih!" ucapku kepadanya.  Terharu weh!

          Aku tekap mukaku di belakang Afiq Khairul itu.  Aku dapat hidu wangian di tubuhnya.  Dia terkaku di situ.  Aku eratkan lagi pelukan di tubuhnya itu.

          "Abang... Apa abang akan buat kalau Leha cakap yang Leha dah jatuh cinta dengan abang sekarang ni?" bisikku berterus-terang kepada Afiq Khairul.



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

~ Tahniah Leha, akhirnya dah mengaku jatuh cinta dengan suami sendiri... 😌

~ Apa-apapun, terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-35 ni.  Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

3.3K 184 12
Tajuk Lama** terang dalam gelapku "Fia nyawa Fakhrul mummy, apa pun terjadi Fakhrul takkan tinggalkan dia." - Fakhrul Razi "Entah apa jampi serapah...
781K 31.3K 60
{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan t...
166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...
155K 6.5K 17
Dear Readers , Saya cuma perlukan imaginasi yang tinggi daripada anda semua . Bayangkan anda mempunyai seorang stalker . Bagaimanakah hari-hari anda...