Abang Polis You Are Mine ( Sl...

By Izkndr_

20.4K 460 51

Syed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail - Seorang anggota polis berpangkatkan gelaran Inspektor yang bekerj... More

💜Part1💙
💙Part2💜
💜Part3💙
💙Part4💜
💙Part6💜
💜Part7💙
💙Part8💜
💜Part9💙
💙Part10💜
💜Part11💙
💙Part12💜

💜Part5💙

1.1K 39 0
By Izkndr_

Tetapi...

" HOIII , CAMPAKKAN WAYAR PENGECAS TU DAN ANGKAT TANGAN KORANG BERDUA SEKARANG !!! "
Jerkah seorang lelaki muda berusia didalam akhir 20-an sambil mengacukan sepucuk senjata kepada Black dan Mus.

Black dan Mus terpana dan menoleh kearah tuan empunya suara yang menjerkah mereka sebentar tadi.
Mereka melihat lelaki muda itu bersama dengan seorang gadis ayu yang kelihatan sedang berada didalam keadaan gementar dan ketakutan apabila matanya terarah kepada Inspektor Ilham yang sedang terbaring lemah.

" Heh , siapa kau.? Apa urusan KAU DALAM HAL INI HAH.? "
Tengking Mus kembali kepada lelaki muda itu dengan nada yang sengaja digaraukan.

" Siapa aku kau tak perlu tahu lah..Apa urusan aku dalam hal ini.? Orang yang kau nak bunuh tu kawan aku kau tahu.? Aku sarankan dekat kau sekarang campak wayar pengecas tu dan angkat tangan kau orang berdua serta menyerah diri sekarang. " Arah lelaki muda itu dengan menggunakan nada seakan memujuk Black dan Mus menyerah diri.

" Hahahahahahaha, Baikk, aku campak wayar ni dan serahkan diri aku kat kau. " Kata Mus seraya mencampakkan wayar pengecas jatuh tepat ke tingkat bawah bangunan mall tersebut.

Sejurus selepas mencampakkan wayar pengecas tersebut , Mus menyepak perut Inspektor Ilham dengan kuat sekali tanpa sempat dielak oleh Inspektor Ilham. Inspektor Ilham mengerang kesakitan teramat manakala Mus berlari pantas menuju kearah lelaki muda tersebut.

" Hahaahhahaha kau ingat senang aku nak serah diri aku dekat engkau hahh jahanam.? " marah Mus sambil menggenggam sebuah penumbuk yang dikhaskan untuk lelaki muda tersebut.

" Cis , kau main tipu. Tak apa kita lihat siapa menang siapa kalah. " ujar lelaki muda tersebut dengan nada yang tidak puas hati terhadap Mus.

" Hiyarhhhhh, "

Sebuah penumbuk yang dikhaskan kepada lelaki muda tadi telah pun selamat mencium pipi lelaki muda tersebut menyebabkan lelaki muda itu tidak sempat mengelak lalu jatuh terjelopok di atas lantai bangunan shopping mall tersebut.

" Huh, itu saja ka yang kau ada.? "
Kata lelaki muda tersebut selepas bangun daripada kedudukan dia jatuh sebentar tadi.

" Huh..sembang besar kau ya jahanam..mari kita lihat siapa yang hebat.. "

Anak mata Mus secara tidak sengaja terpana kepada sebuah kad yang tergantung dileher lelaki muda tersebut yang disembunyikan melalui jaket yang dipakainya. Dilihatnya kad itu secara terperinci.

" Ouhh, Inspektor Shah rupanya nama kau ya. Hahahahahhaaha..Polis rupanya patut la kau berani semacam sama aku. "
Omong Mus apabila sudah mengetahui identiti lelaki muda tersebut yang dikenali sebagai Inspektor Shah.

Tanpa membuang masa, Mus membuka langkah muay thainya manakala Inspektor Shah bersiap sedia bagi mengelak daripada sebarang serangan yang akan datang daripada Mus sebentar lagi.

Black yang dari tadinya menjadi pemerhati., bersorak riuh kepada rakannya apabila melihat Mus sudah bersiap sedia untuk mengalahkan Inspektor Shah.

Dengan langkah yang pantas , Mus memulakan serangannya yang pertama dengan berganjak beberapa langkah kehadapan dan menumbuk dada Inspektor Shah.
Inspektor Shah yang sedar dengan kehadiran Mus itu segera menepis serangan Mus dengan menggunakan kedua-dua belah lengan dan sikunya untuk mempertahankan dirinya daripada dicederakan oleh Mus.

Apabila melihat Inspektor Shah mengangkat kedua belah lengannya untuk dijadikan pertahanan, peluang ini digunakan oleh Mus untuk menendang perut Inspektor Shah bagi menumbangkan lawannya itu.
Inspektor Shah pintar. Dia sedar Mus mahu menendang perutnya kerana di perutnya itu tiada sebarang pertahanan yang dipasangkan. Oleh itu, setelah kaki Mus hampir mahu mendarat di perur Inspektor Shah, Inspektor Shah menggenggam kaki lawannya itu dan mengambil peluang ini untuk menjatuhkan lawannya.

" Huh, kau kena pintar dalam bab berlawan ni, silap banyaklah kalau kau nak lawan aku. Hahahahaha " komen Inspektor Shah kepada Mus apabila melihat lawannya kini merasa sakit digenggam sebegitu rupa.

Inspektor Shah memulas kaki lawannya mengikut arah jam dan kedengaran bunyi patah riuk tulang di kaki lawannya.
Mus mengerang kesakitan manakala Black hanya menjadi pemerhati dan menjadi buntu apabila melihat rakannya itu seperti akan dikalahkan sekejap lagi.

Inspektor Shah segera mencampakkan Mus mara ke hadapan dan peluang ini sekali lagi digunakan oleh Inspektor Shah untuk membuat Mus tidak boleh bangun dan berdiri teguh lagi.
Inspektor Shah menendang belakang badan Mus sebanyak 5 kali dan sekali gus melepaskan satu hayunan tumbukkan berpadu tepat ke kepala Mus.
Akibat daripada itu, Mus jatuh dalam keadaan kakinya berlipat dan badannya kebelakang.

" AHMAD MUSTAQIMMMMMMM " Jerit Black memanggil nama penuh kepada rakannya iaitu Mus.
Sejurus itu., Black berlari kearah Mus dan melihat rakannya itu sudah kaku tidak bergerak di atas lantai Mall tersebut.

Apabila nadi Mus dipegang oleh Black, ternyata nadi itu sudah lagi tidak berfungsi dan degupan jantung Mus juga tidak lagi kedengaran.

Inspektor Shah mengeluh kepenatan dan berjalan meluru kearah Inspektor Ilham untuk membantu sahabatnya itu bangun dan menuju ke hospital bagi membuat rawatan terhadap anggota badannya yang cedera.

Black yang merasa marah teramat pada waktu itu bingkas bangun dan mengambil pisau lipatnya yang telah lama terselit di celahan antara stoking dan kasut sportnya itu.

Kemudian, dia berlari menuju kearah Inspektor Shah dengan nada yang sangat geram dan....

" Awakkk hati-hati belakang awak tu " ujar gadis yang bersama Inspektor Shah sebentar tadi secara tiba - tiba.

Inspektor Shah menoleh kearah belakang dan melihat jarak diantara dia dengan Black hanya 10 inchi.
Otaknya giat berjalan mencari cara untuk menumbangkan lawannya yang terakhir dan ahaaa...

Inspektor Shah duduk dalam keadaan mencangkung. Dan hanya tinggal 3 inchi sahaja jarak antara Inspektor Shah dengan Black.
Dengan pantasnya Inspektor Shah mengeluarkan kaki kanannya kebelakang dan menghayungkannya diatas lantai dengan harapan agar Black terjatuh akibat tersadung dengan kaki kanannya itu.

Idea bernas yang digunakan Inspektor Shah membuahkan hasil apabila Black terkejut mendadak akibat kakinya tersadung dengan kaki Inspektor Shah sebentar tadi.
Akibatnya, Black jatuh menyembah lantai bangunan Mall itu secara meniarap dan pisau lipat yang dipegangnya sebentar tadi tercampak jauh dari kedudukannya sekarang. Inspektor Shah mengambil peluang ini dengan segera menggari tangan Black agar dia tidak lagi mampu untuk berbuat apa-apa.

" Huh, kau orang berdua sama sahaja, kedua-duanya tidak ada pendirian tetap untuk hidup. Makanya kalau ini cara hidup kau orang, Inilah kesan dan akibatnya. " ujar Inspektor Shah kepada Black dengan nada yang menyesal dengan sikap orang-orang zaman muda yang sebaya dengannya pada zaman kecanggihan ini.

Dia kemudiannya beransur meninggalkan Black untuk sementara dan mengajak gadis yang ada bersamanya sebentar tadi untuk melihat keadaan Inspektor Ilham dengan lebih terperinci.
Sayu dan sebak hati mereka berdua apabila melihat Inspektor Ilhan cedera parah di seluruh anggota tubuhnya terutama dibahagian muka Inspektor Ilham. Kelihatan bibirnya pecah manakala seluruh wajahnya penuh dengan kesan calar dan lebam akibat tumbukkan yang diberikan oleh Mus sebentar tadi.

" Awak kenal ke dengan Inspektor Ilham ni.? And..Siapa awak sebenarnya.? " Soal Inspektor Shah kepada gadis bersebelahannya itu.
Gadis itu kelihatan sangat gusar dan merisaukan keadaan Inspektor Ilham.

" Eeeeiii awak ni, kita hantar Abang Am ke hospital dulu ambil rawatan and then kalau awak nak soal saya dengan 1001 soalan pun saya tak kisah..Now, kita kena bawa abang Am ke hospital...Please " Rayu gadis tersebut dengan mimik mukanya suapaya diminta belas kasihan oleh Inspektor Shah.

" Ish yelaa-yela..kejap..saya nak call orang saya..."

Tuttt...tuttt....Tuttt...Tuttt

" Ha Assalamualaikum Zam, Kamu tolong bawakan unit kita ke Mega Mall Aeon Kuala Lumpur di sini ya. Ada kes ragut disini. Dan tolong panggilkan ambulans disini kerana ada dua kematian berlaku di dalam mall ni..Okeyh..Terima Kasih Zam, Assalamualaikum. " Tamat panggilan Inspektor Shah bersama orang bawahannya iaitu Leftenan Zamri.

" Mari, awak bukakan kunci kereta saya..kereta saya kereta Mercedes warna kuning keemasan ya..saya letak kereta saya bersebelahan kereta Inspektor Am. Nah kunci. " arah Inspektor Shah kepada gadis tersebut seraya menyerahkan kunci keretanya kepada gadis tersebut dan sekali gus Inspektor Shah memangkul tubuh sasa Inspektor Ilham untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

" Ermmm.., Awak..kereta Abang Am macam mana.? Tinggal sini dulu ke.? Soal gadis itu kepada Inspektor Shah.

" Ermmmm...awak pandai bawa kereta.? "

" Ermmm..pandai.."

" Okey, kalau macam tu awak pandu kereta Am..awak follow je kereta saya dari belakang okey..? "

" Boleh, tapi abang Am tak marah ke nanti.? Saya takutlah awak "

" Tak apa, hal yang itu biar saya uruskan.. Saya dengan Am dah macam adik beradik tau..Cuma awak jangan bawa lari kereta Am sudah la..Habis saya nanti dikerjakan Am.. " seloroh Inspektor Shah yang cuba untuk membuka cerita suasana ceria.

" Ishh apa awak ni..Tak da maknanya saya nak bawa lari kereta abang Am..Eh jomlah dah lewat ni.. " Ujar gadis tersebut apabila anak matanya secara tidak sengaja memandang waktu di jam tangan di pergelangan tangannya.

" Ouhh, Ok Jom " Ujar Inspektor Shah seraya masuk kedalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan Mall tersebut.

Hospital Kuala Lumpur.

" Ermmmmm, Awak Terima Kasih tau sebab sudi tolong saya dan Abang Am..kalau tidak tak tahu la apa akan jadi kalau awak tak datang tadi.." ujar gadis ayu itu dengan nada yang sopan kepada Inspektor Shah.

" Ehhh tak ada apa pun nak diterima kasihkan, saya tolong sebab Am tu pun saya anggap macam adik beradik saya sendiri tau..so awak jangan berterima kasihlah kat saya..hal kecil aja..Ermmmm...By the way, awak tak jawab lagi soalan saya, awak kenal dengan Am ke and siapa awak yang sebenarnya.? " Soal Inspektor Shah sekali lagi kepada gadis tersebut apabila soalannya sebentar tadi ditangguhkan sementara.

" Ouhhh ya hampir lupa..hehehe..maaf ya..Nama saya Tengku Hanisa Irdina Binti Dato Zaid Azman. Saya kenalan rapat Inspektor Am and saya ni pelajar tahun akhir di USAS.. " Jelas dan terang Tengku Hanisa memperkenalkan dirinya kepada Inspektor Shah.

" Kenalan rapat eh.? Saya tak pernah tahu pun...and macam mana awak boleh berada di mall tadi dengan Am.? " Soal Inspektor Shah yang masih ragu-ragu dengan Tengku Hanisa.

" Ermmmm...mari la duduk dahulu, saya akan jelaskan dekat awak dari A sampailah Z .. "

Tengku Hanisa Irdina segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang yang berwarna kebiru-biruan tua lusuh itu manakala Inspektor Shah pula duduk di kerusi yang sama cuma beliau menjarakkan dirinya sedikit daripada Tengku Hanisa bagi menjaga batasnya sebagai umat islam.

Okeyh, macam ni cerita nya...Satu hari dekat Masjid Jamek An-Nur..................

Skip ceritanyaa...

" Ouhhh macam tu ceritanya ya...Hahahahah " Terburai gelak tawanya apabila Tengku Hanisa Irdina menceritakan tentang detik pertemuannya bersama Inspektor Ilham walhal tiada siapa tahu didalam hati Inspektor Shah menyumpah seranah Inspektor Ilham kerana meninggalkannya dan keluar makan bersama Tengku Hanisa ketika itu tanpa mengajaknya bersama.

" Tak guna kau Am..siap kau..Aku tabohh kau cukup-cukup biar kau masuk hospital ni sampai 10 bulan pun tak apa. "
Kata Inspektor Shah didalam hatinya.

" Ermmm kenapa awak ketawa ni.? " Soal Tengku Hanisa Irdina yang  hairan dengan sikap Inspektor Shah.

" Hrmmmm., ada aku buat lawak ke.? Pelik la. "

" Hah, apadia.? Hehehe tak ada apa, saja saya nak menghiburkan hati sayaa ulalalalalalala " seloroh Inspektor Shah malu apabila terlebih mengelamun memikirkan rancangannya untuk mengenakan Ilham Iqbal.

Pintu keluar masuk wad Inspektor Ilham ternganga seluasnya dan muncul seorang doktor wanita yang kulitnya keputih-putihan dan anggun memakai kot berwarna putih dan tertera di kot itu namanya..Nurul Hannah.

" Ermm, Awak berdua kenalan kepada Encik Syed Muhammad Ilham Iqbal Bin Syed Ismail ke.? " Soal Doktor Hannah kepada Inspektor Shah dan Tengku Hanisa Irdina.

" Ya, kami kenalan Inspektor Ilham " Pantas Tengku Arissa menjawab soalan Doktor Hannah manakala Inspektor Shah ternganga kerna terpegun dengan kecantikkan dan keayuan yang dimiliki oleh Doktor Hannah.

Allahu Indahnya ciptaanMu Ya Allah.

" Ermmm, Encik Syed Muhammad Ilham Iqbal dah ok sekarang..keadaan dia dah pulih sepenuhnya tetapi dia perlu berehat dalam masa yang panjang sebabnya dia tidak boleh lakukan terlalu banyak pergerakan kerana lebamnya itu nanti akan mengakibatkan dia jatuh sakit semula..Kami akan tahan dia dalam 2 hari lagi untuk pantau dia ok, Cik Puan dan Encik boleh la masuk jikalau kamu berdua nak bertemu dengan Encik Ilham Iqbal..Sekian Terima Kasih.." Jelas Doktor Hannah kepada Inspektor Shah dan Tengku Hanisa lalu berlalu pergi meninggalkan kedua mereka dengan ucapan salam.

" Terima kasih doktor... " ujar Tengku Hanisa kepada Doktor Hannah dan terus meluru ke arah pintu wad dimana wad itu yang menempatkan dimana Inspektor Ilham sedang berada.

" DOKTOR HANNAH..." Laung Inspektor Shah dengan panggilan manja..

Doktor Hannah yang mendengar namanya menjadi sebutan Inspektor Shah segera berpaling melihat Inspektor Shah dan menantikan apa yang mahu dibicarakan oleh Inspektor Shah..

" Hehehe, Thankss MissBeautiful.." Ucap Inspektor Shah dengan malu-malu dan segan-silu kepada Doktor Hannah.

" Hihihi, Ada-ada saja la awak ni..ye Most Welcome.." balas Doktor Hannah lalu berlalu pergi meninggalkan Inspektor Shah yang masih tersipu-sipu malu.

Inspektor Shah segera berlalu meninggalkan kaki lima hospital itu dan masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Inspektor Ilham berada.

" Ehh, Bro... Dah sedar kau..amacam.? Dah ok ke.? " tanya Inspektor Shah tentang perkembangan keadaan Inspektor Ilham pada masa kini.

Gembira hatinya melihat Inspektor Ilham sudah boleh bergurau senda dan sudah boleh bergerak tidak seperti ketika dia memangku Inspektor Ilham di Mall.

" Ermmm aku ok ja ni..Weyh Shah, sampai bila doktor kata aku kena duk sini.? Aku malas la nak hadap hospital ni hrmmmm " Rungut Inspektor Ilham kebudak budakkan.

" Ehh awak jangan nak mengada ya..duduk je sini nanti hari-hari saya boleh datang lawat awak ok.. " pujuk Tengku Hanisa dengan nada manja kepada Inspektor Ilham.

" Hahahahahhaahaha..kau kena duk sini stay sampai lusa..doktor nak pantau kau..kau tak pulih sepenuhnya lagi. " Jelas Inspektor Shah kepada Inspektor Ilham.

" Hrmmmmmm..."

Tiba - tiba terlintas di benak fikiran Ilham Iqbal sesuatu perkara.

" Tapi kan..macam mana kau tahu aku ada kat mall..kau intip aku eh.."

" Haishhh, tak ada masa aku nak intip kau..Cerita dia macam ni..."

Penceritaan pun bermula...

Inspektor Shah dalam on the way ke rumah Ilham Iqbal atas urusan mahu mengajaknya makan tengah hari bersama. Sampainya di rumah Ilham Iqbal., Shah mendapati kereta milik Ilham Iqbal tiada di rumah. Inspektor Shah pun menelefon Ilham Iqbal untuk bertanyaa dia berada di mana.

" Haa, Hello Am..Assalamualaikum...kau ada mana ni.? Aku ada depan rumah kau ni.. "

" Awakk tolong saya awak..Abang Am kejar peragut..Awak cepat datang tolong saya awak.. " Jawapan Inspektor Shah dibalas dengan suara seorang gadis yang cemas bunyinya.

Shah meneliti kenalan yang dia hubungi..memang nama Ilham..so Shah pelik kenapa suara seorang perempuan yang menjawab.

" Err...Ya Hello..Mana Am.? Awak siapa and., ragut.? Di mana? Nyatakan lokasi sekarang juga."
Soal Inspektor Shah kepada gadis yang jawab panggilan ku itu.

" Abang Am kejar peragut dan diorang sedang bertarung..keadaan huru - hara ni awak..cepat la datang ke Mega Mall Aeon Kuala Lumpur. Saya ada dalam bookshop mall ni..bookshop ni ada betul-betul di depan pintu masuk Mall ni. " Terang gadis tersebut yang merupakan kenalan Inspektor Am iaitu Tengku Hanisa Irdina.

" Ok, awak tunggu saya datang. "

Tanpa menunggu balasan dari gadis tu, Inspektor Shah memecut 450km/j dari rumah Ilham Iqbal menuju ke Mega Mall Kuala Lumpur. Makan masa 58 minit jugak untuk sampai destinasi.

Sampai di mall, Inspektor Shah ternampak kelibat seorang gadis sedang melambai-lambai dekatnya. Tanpa berlengah., Inspektor Shah pergi mendekati gadis dan yang ku hairan macam mana dia boleh tahu tu adalah Inspektor Shah.

" Mana Am dan kenapa awak yang angkat call saya and macam mana awak tahu saya orang yang akan datang tolong awak.? " Soal Inspektor Shah bertalu-talu kepada gadis dihadapannya.

" Eeeeiii banyaknyee soalan awak ni. Dah awak park kereta awak sebelah kereta Abang Am and I think you orang yang akan tolong saya dan Abang Am. Abang Am tertinggal telefon dia masa dia kejar peragut tu and Abang Am sekarang ni..., Allahu Akhbar......"
Jerit gadis di hadapan Inspektor Shah bila dia nampak suspek nak jerut leher Ilham Iqbal.

Aku segera berlari dan gadis berkenaan hanya mengikut Inspektor Shah dari arah belakang sahaja. Inspektor Shah mengambil pistol short gun M500 yang terselit di dalam celahan bajunya dan mengacukannya kearah dua orang suspek berkenaan.

" HOI............ "

" Begitu lah ceritanya " jelas Inspektor Shah secara terperinci kepada Inspektor Ilham.

" Masa awak datang dekat saya, awak tertinggal phone awak kat saya masa awak kejar peragut tu, mujur saya sedar yang Inspektor Shah telefon, boleh saya minta tolong dia.. " tokok tambah Tengku Hanisa Irdina untuk membuatkan Inspektor Ilham percaya akan katanya dan kata-kata Inspektor Shah.

" Ermmm...Ok, I trust you all... " ujar Inspektor Am dengan nada yang lemah.

Kepada para pelawat, masa untuk melawat hanya berbaki lagi 2 minit sahaja, Sila mengambil tanggungjawab anda untuk beredar dan memberikan ruang kepada pesakit untuk beristirehat.

Sekian Terima Kasih.

Kedengaran suara seseorang daripada corong pembesar suara hospital itu bergema., memberikan maklumat kepada para pelawat berkenaan maklumat semasa berkaitan masa melawat.

" Ok la bro, aku dengan Tengku Hanisa kena beredar dulu lah..Jaga diri kau eh..kalau aku tak ada kerja esok aku datang lawat kau..aku ajak makwa kau ni yaaa...baru ada semangat kau kan nak sembuh.. " Seloroh Inspektor Shah untuk menyakat Tengku Hanisa Irdina di hadapan Inspektor Ilham.

Tengku Hanisa Irdina dimana wajahnya yang putih keputihan itu bertukar kepada kemerah-merahan akibat menahan malu disakat sebegitu dengan Inspektor Shah manakala Inspektor Am berusaha bangun dari duduknya dan menumbuk perlahan bahu Inspektor Shah.

" Hahahahahahhahaha...geli la aku tengok kau orang ni...aku doaa moga sampai ke jinjang pelamin la ok.. " ujar Inspektor Shah apabila melihat reaksi Inspektor Ilham dan Tengku Hanisa Irdina sebegitu rupa.

Didalam senyap, Tengku Arissa dan Inspektor Am mengaminkan doa yang baru sahaja diluahkan oleh Inspektor Shah.

" Okey jaga diri kau Am..aku balik dulu..Assalamualaikum "

" TakeCare ya awak...GoodBhaii...Assalamualaikum awak " Luahh Tengku Arissa sambil menayangkan mini love berserta senyuman manjanya kepada Inspektor Am.

" Awak juga..TakeCare..
Kau pun samaa Shah..jagaa diri kau..
Bhaii., Wa'alaikumusalam.. "

Selepas mendengar balasan daripada Inspektor Am..Inspektor Shah dan Tengku Hanisa berjalan seiringan dimana Inspektor Shah harus menghantar Tengku Hanisa pulang ke kediamannya terlebih dahulu dan dia pula akan pulang sejurus selepas dia menghantar Tengku Hanisa pulang ke rumah mewah milik abinya dengan selamat.

Apa yang berada di dalam otaknya ialah satu perkataan sahaja. PENAT.

Markas Taji Mika.

" Megat...? " Bergema markas Taji Mika apabila nama Megat menjadi sebutan untuk memanggil si dia yg sedang ralik dengan telefon pintarnya itu.

" Apa dia Taji.? " Ujar Megat dengan wajah yang tidak berpuas hati kerana fokusnya hilang untuk bermain permainan lagenda online., Mobile Legend.

" Hahahahaha...Aku dengar, Inspektor yang bunuh Miya adik kau itu masuk hospital ya.? " Soal Taji Mika kepada satu-satunya orang harapan yang paling dipercayainya itu.

" Ya. " Jawab Megat sepatah.

" Herh, kau tak fikir apa yang aku sedang fikir sekarang.? "

" Kau nak aku buat apa Taji.? " Soal Megat. Hairan.

" Herh, Apalah engkau ni..kalau dah slow tu..slow jugak la tak kemana..lagi terang bersuluh si Inspektor itu terbaring atas katil, kau tak rasa ini peluang untuk kau bunuh sahaja Inspektor itu huh.? " Jawab Taji Mika dengan nada yang rimas dengan kelembapan anak buahnya itu.

" Ouhh, Tak terfikir pula aku nak bunuh dia.. Kenapa, kau nak aku tamatkan riwayat dia.? "

" HAHAHAHAHAHHAAHAHAH, Kalau kau anak jantan, aku dengan senang hatinya cabar kau pergi huru-harakan hospital itu dan bunuh si Inspektor yang dah membunuh anak buah aku. " Cabar Taji Mika kepada Megat dengan nada yang tegas.

Ini menandakan bahawasanya Taji Mika amat mahu Megat mengambil tindakan untuk membunuh Inspektor Ilham yang sedang terbaring di atas katil hospital.

Bammmmmm!!!

" Kau jangan nak cabar aku Taji.
Baik, aku sahut cabaran kau sekarang juga. " Ujar Megat sambil menepuk meja kayu koko itu dengan kuat sekali., sekali gus menerima cabaran yang diberikan Taji Mika sebentar tadi.

Dengan wajah yang ketat dan masam mencuka, Megat mengambil segugus kunci untuk memandu sebuah van buruk yakni kepunyaan milik arwah Roger dahulu.

Tidak ketinggalan juga baju berlengan panjangnya yang bewarna hitam itu yang disarungkan di badannya untuk melindungi tatu buatannya yang berbentuk seekor naga daripada dilihat orang ramai.
Megat juga mengambil sejambak bunga kepunyaan arwah adiknya iaitu Miya yang sememangnya seorang yang amat menyukai dan mencintai bunga.

Dengan derapan langkah yang laju seperti seekor kuda itu, Megat memasuki van buruk lusuh bewarna putih itu dengan dihantar oleh lirikan mata Taji Mika. Sesudah enjin dihidupkan, dia memandu keluar daripada hutan yang menjadi pelindung tempat dia bersembunyi bersama Taji Mika.

Taji Mika hanya menunggu disitu sambil berharap dendam Megat terhadap Inspektor Ilham Iqbal dapat dilunaskan dengan pada hari ini.

Continue Reading

You'll Also Like

1M 35.1K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
6.5K 239 36
TENGKU HAYRIEL NAUFAL nama yg di geruni di Dunia mafia.Tiada sesiapa yg berani mendekati lelaki itu..Namun selepas pertemuan antara Aulia Qasrina Dan...
249K 1.1K 10
Kisah tentang kakak kandung n kakak ipar nye yg terjebak dalam dunia pelancuran
654K 27.2K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...