Suami Yang Hilang

De NurulHuda760

21.9K 422 14

Dia di ancam agar kandungan itu di gugurkan . Dia enggan lalu melarikan diri dan bersembunyi . 3 tahun hidup... Mai multe

CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
CHAPTER 19

FINAL CHAPTER

1.7K 32 9
De NurulHuda760

SENYUM Darwina menyediakan makan malam buat anaknya Wawa Safiyah dan cucu lelakinya. Darwina menanti saja Wawa masuk ke ruang dapur kerana tidak mahu mengganggu anaknya dengan berfikir Wawa mungkin sedang tidur.

Dari pukul 8.00pm sampai 10.00pm, Wawa belum juga muncul di ruang dapur. Makanan pun sudah menjadi sejuk. Sedih Darwina di meja makan tetapi, dia mengambil dari sudut yang baik saja. Pada saat Darwina mula mengemas ke semua makanan yang sudah sejuk di atas meja makan, Wawa akhirnya memunculkan diri di ruang dapur.

" Selamat malam nak, Wawa nak makan? "

Wawa berpaling melihat Darwina pada saat meneguk minuman sejuk. Senyum Darwina serta merta memudar bila melihat Wawa berpakaian yang tidak mempunyai lengan.

" Kalau awak nak makan, makan je sorang-sorang tak payah panggil saya "

Kata Wawa, segera berpaling kembali mahu meninggalkan ruang dapur. Tetapi, pantas Darwina menghampiri dia dan menarik pergelangan tangan Wawa. Darwina sehabis daya, cuba memusingkan tangan Wawa untuk melihat belakang pergelangan tangan anaknya.

" Apesal dengan kau ni! "

Wawa melepaskan tangan Darwina dengan kasar lalu menampar wanita itu serta menolak keras badan Darwina hingga tersandar paksa ke dinding.

" Jangan disebabkan Adam izinkan kau tinggal di sini, kau boleh buat sesuka hati kau! Kau ni memang perempuan tua bodoh! Dah miskin! Hina lagi! "

Wawa menengking Darwina dan berkali-kali menolak keras badan wanita itu. Darwina mengalirkan air mata kecewa. Dan pada saat Wawa memusingkan badan, mahu meninggalkan ruang dapur, Darwina bersuara. Sesuatu yang membuatkan langkah kaki terhenti.

" Awak... Awak bukan anak saya. Awak bukan Wawa Safiyah... Siapa awak? Kenapa awak guna nama anak saya? "

Wawa kembali berpaling menatap Darwina. Tatapan sayang Darwina sekelip mata berubah menjadi benci. Dia mendekat pada Wawa, tajam pandangan matanya.

" Siapa awak? Kenapa awak guna nama anak saya? "

Kali ini, mereka bertukar peranan. Darwina tolak-tolak badan Wawa dan menampar Wawa disitu. Pada saat Wawa mahu menampar Darwina, pantas dia menahan tangan Wawa dari singgah ke pipinya.

" Awak perempuan yang sungguh biadab tak punya adab! Saya bersyukur yang awak bukan anak saya! Sekarang awak bagitau saya, mana anak saya Wawa yang asli? Mana dia? "

Jerit Darwina, membelasah Wawa. Bila Darwina sudah hilang kesedaran diri, tiada kesempatan untuk Wawa menepis semua pukulan dari Darwina.

" Saya bersumpah! Awak, Arwin dan Baizura takkan pernah terselamat! Allah pasti akan menunjukkan kebesaranNya. Binasalah kamu semua! "

Langsung Darwina mengorak langkah meninggalkan Wawa di situ. Wawa menangis, bukan kerana dipukul oleh Darwina. Tetapi sesuatu yang membuatnya tahu dan tersedar, dia bukan anak Arwin dan Zila. Meronta hati Wawa.

" Ni bukan rumah anak ku. Untuk apa lagi aku berada di sini. Dia bukan Wawa "

Darwina menyeka air mata sendiri, langsung pergi meninggalkan perkarangan rumah itu. Sempat dia menoleh berulang kali, sebelum benar-benar pergi. Darwina menaiki teksi, menuju ke Shopping Compleks untuk mencari Dania. Hati Darwina sudah menemukan jawapan bahawa gadis yang mempunyai tanda lahir di tangan itu adalah anaknya.

Tetapi, pusat membeli belah itu sudah tutup dan Darwina tidak berpeluang untuk menemukan Dania di sana. Dia memutuskan untuk bermalam berdekatan Shopping Compleks itu agar tidak terlepas lagi untuk berjumpa dengan Dania.

///

BEBERAPA jam sebelum Adam datang ke rumah Opahnya. Datin Seri Baizura menerima satu panggilan dari Wawa Safiyah. Agak terkejut juga bagi Datin Seri Baizura apabila menerima panggilan itu buat yang pertama kali.

" Nak apa call Opah? " Mengerling tajam Datin Seri Baizura di atas sofa.

" Boleh tak Wawa jumpa Opah? Ada sesuatu yang Wawa nak katakan pada Opah " Ujar Wawa, sedih nadanya.

" Opah malas nak keluar. Kalau Wawa nak cakap, cakap je kat dalam fone "

Wawa menyeka air mata, menelan liur, menatap sedih ke wajah anaknya. Amat berat mulut untuk Wawa mengatakan pada Datin Seri Baizura tetapi, Wawa fikir inilah saatnya.

" Opah, sebelum Wawa bagitau, Wawa nak minta maaf banyak-banyak kat Opah dan Opah tetap Opah Wawa dunia dan akhirat "

Datin Seri Baizura berkerut kening mendengar ucapan Wawa. Apalagi lirih suara itu membuatnya sayu.

" Wawa ni kenapa? Papa marah Wawa lagi ke? Ke tentang Ayie? "

" Opah... Saya sebenarnya " Wawa Safiyah mematikan ucapan sendiri, kembali dia menangis.

" Wawa Safiyah, cakap kat Opah ada apa? " Datin Seri Baizura mendesak, dia semakin bingung.

" Saya bukan cucu kandung Opah. Saya cuma anak angkat papa. Papa buat semua tu sebab wasiat yang akan dibacakan nanti. Maafkan saya Opah, saya juga sebenarnya baru tahu selepas berjumpa dengan... Darwina "

Datin Seri Baizura tidak terkejut, dia mengukir senyum jahat dibibir kerana ada satu agenda yang sedang dia sembunyikan selama ini lalu dia pun berpura-pura.

" Apa? Jadi selama ni... Awak dan Arwin dah membohongi saya? "

" Saya juga baru tahu Opah. Maafkan saya "

Datin Seri Baizura mengurut dada sendiri, kembali dia duduk di tempatnya bersama hati yang kian meledak, gembira.

" Ayie... Macammana dengan Ayie? Dia dah tahu ke awak tu bukan sepupu dia? Mana Darwina perempuan tak guna tu? Saya nak cakap dengan dia! Panggil dia! Darwina!! "

Jerit Datin Seri Baizura, meminta agar dapat bercakap dengan Darwina. Belum sempat dia berbicara dengan Darwina, Wawa sudah memutuskan panggilan. Perkara semalam bersama Darwina diruang dapur, masih terpahat jelas dibenak Wawa. Bahkan mendengar dia dipanggil dengan nama Wawa, itu sudah cukup menyeksakan hatinya. Wawa menangis, menjerit sambil memukul dada sendiri.

Ketika Datin Seri Baizura leka memasak didapur buat Adam, dia sudah tahu tujuan Adam datang ke rumahnya. Mendengar bunyi tapak kaki berlari, dia menduga bahawa Adam telah menemukan sesuatu yang sengaja dia simpan di bawah tilam Arwin.

" Memandangkan Ayie dah tahu, aku harus hapuskan Dania dan Ayie sekaligus. Biar aku yang dapat semua harta warisan tu hahaha. Dan Arwin, aku kena siapkan hadiah istimewa untuk dia "

///

Pada saat Dania hendak di culik di lobby syarikatnya, Darwina terlihat semua itu. Sepantas kilat Darwina berlari dan menjerit sekuat-kuatnya.

" Wawa! Lepaskan anak saya! "

Darwina memukul kepala lelaki yang cuba menculik Dania itu dengan seliparnya. Lelaki itu tidak sempat berbuat apa-apa kerana sejurus mendengar jeritan nyaring Darwina, pengawal keselamatan langsung tiba dan mereka mengejar lelaki penjahat itu.

" Wawa... Wawa tolong bangun sayang... Wawa, ni mama sayang... "

Darwina cuba membuat Dania terjaga. Dia menampar lembut kedua belah pipi Dania. Titisan demi titisan air matanya mengalir, Dania pun tersedar, Darwina terus memeluk dia.

" Wawa... Ya Allah, terima kasih Ya Allah "

Dania terkejut melihat kehadiran Darwina disampingnya, cepat Dania bingkas berdiri lalu mengundurkan setapak ke belakang Darwina. Tidak sempat Dania bersuara untuk bertanya, kedua pengawal keselamatan itu datang kembali.

" Cik Dania okey tak? Maaf Cik Dania, kami gagal menangkap lelaki yang cuba menculik Cik Dania "

Dania ketika itu sangat takut dan bingung. Hairan mengapa tiba-tiba saja dia merasa nyawanya terancam. Dania melihat Darwina dengan pandangan yang marah.

" Puan ni siapa? " Pengawal keselamatan itu bertanya pada Darwina. Tetapi,

" Saya kenal makcik ni. Takpe, korang berdua periksa rakaman cctv dan segera laporkan hal ni ke balai polis " Ujar Dania memberi arahan.

" Baik Cik Dania " Dania mengorak langkah perlahan, dia mendekati Darwina.

" Macammana makcik boleh berada di sini? Apa yang terjadi dengan saya? " Soal Dania. Masih ada air mata Darwina yang mengalir.

" Jadi, nama awak Dania? "

" Bukan ke selama ni makcik dah tahu nama saya? Makcik datang nak jumpa saya ke? " Darwina menganggukkan kepala dengan pertanyaan Dania. Dania berkerut kening.

" Kenapa makcik nak jumpa saya? "

" Sebab... Awak... Awak anak saya yang sebenarnya. Awak adalah Wawa Safiyah, anak kandung saya "

Dania sangat terkejut. Setapak demi setapak dia mengundurkan langkah ke belakang tanpa sedar kerana terkejut.

" Tanda lahir dibawah pergelangan tangan awak, ia adalah bukti di mana awak adalah anak kandung saya. Wawa "

Dania mematikan langkah kaki, air matanya menitis. Sungguh perkara ini sangat mengejutkan buat dia. Darwina menghampiri Dania, meraih jemari anaknya.

" Wawa... Wawa kecewa ke sebab saya adalah mama kandung Wawa? " Tangisan Dania mula bersuara.

" Wawa... Jangan menangis sayang "

Darwina memeluk Dania, berharap agar Dania tidak menjauhkan diri dari dia lagi. Apabila keadaan Dania mula tenang, Darwina dan Dania berbual di sebuah tempat yang tidak berapa sunyi. Di sanalah Darwina menceritakan semua yang berlaku pada Dania.

" Datin Seri Baizura ugut mama agar menggugurkan kandungan mama demi menjaga nama baik keluarga itu. Tak terhitung wang ringgit yang mereka bagi pada mama, tetap mama takkan turuti permintaan itu. Mama lahirkan Wawa dan besarkan Wawa. Tapi, pada saat Wawa berusia 3 tahun, Arwin berjaya menemukan mama. Sebab itu, mama terpaksa membuang Wawa ke satu tempat agar Wawa selamat. Diorang nak bunuh Wawa, diorang takkan biarkan Wawa hidup "

Darwina bercerita dengan suara yang terputus-putus kerana teresak-esak menangis sejak tadi. Dania diam mendengar, hanya air mata saja yang tetap mengalir.

" Baizura tahu Wawa di sana bukan cucu dia. Baizura tahu cucu sebenar dia masih hidup dan Baizura tahu niat sebenar Arwin. Setelah Arwin dapat tahu bahawa wasiat itu hanya dibacakan pada setiap pewaris yang masih ada. Sebab itu, Arwin mengambil anak angkat anak dan mengatakan itu adalah Wawa Safiyah "

Lanjut Darwina bersuara. Dania mengangkat pandangan memandang Darwina. Air mata dibiarkan saja mengalir ke pipi.

" Macammana makcik tahu? Maaf... Saya tak biasa... Selama ni... " Darwina faham apa yang Dania cuba katakan.

" Takpe sayang, mama faham. Mama pun takkan paksa Wawa. Mama baru teringat perkara penting itu. Beberapa tahun yang lalu, Baizura datang melawat mama di hospital sakit jiwa itu. Dia ceritakan semua dengan mama dan mama baru teringat semalam "

Sesaat Dania berkalih pandang, tidak mengesat air mata malahan semakin keras dia menangis. Sangat sedih setelah mengetahui keadaan ibunya.

" Wawa... " Panggil Darwina, pantas Dania berpaling memandang dia.

" Tolong jangan panggil saya dengan nama tu? Tolong, saya tak suka mendengar nama tu "

Luluh hati Darwina ketika mendengar ucapan Dania. Tetapi, dia menyembunyikan duka melalui senyum palsu.

" Maafkan mama sayang. Ada sesuatu yang mama nak bagitau dengan Wawa... Maksud mama, Dania "

Dania mengangguk kecil, mengesat air mata di pipi. Hatinya masih bergelora marah dan benci. Tetapi bukan pada Darwina, ibu kandungnya.

" Lelaki yang Dania bertembung dihadapan tandas perempuan tu, dia adalah suami Wawa dan mereka ada seorang anak lelaki " Dania tahu siapa yang Darwina maksudkan, dia tersenyum sinis.

" Dania tahu dan dia adalah suami Nia yang hilang. Bukan hilang, tetapi berpura-pura hilang. Mungkin dia dah tahu yang Nia adalah sepupu dia sebab tu mungkin dia memilih untuk tinggalkan Nia "

Darwina tak terkata. Dia terkejut mendengar ucapan Dania yang menyatakan lelaki itu adalah suami dia yang hilang. Darwina berkalih pandang, menyembunyikan air mata.

" Saya tak tahu macammana nak cakap dan saya tak dapat gambarkan perasaan saya ketika ini. Selama ni, saya fikir mama dan papa saya dah takde, rupanya... Mama saya menderita dan saya langsung tak tahu. Papa saya... Rupanya selama ni papa saya yang menjadi dalang semua ni "

" Maafkan mama sayang "

Darwina memeluk Dania, bersama-sama mereka menangis kembali. Setelah 25 tahun, akhirnya mereka ditemukan jua. Tipu jika hati Dania tidak mengatakan rindu dan tiada sebab untuk Dania membenci Darwina.

///

" Boss "

Orang kanan Arwin memperlihatkan sesuatu pada Arwin bila HP itu berdering. Melihat nama yang tertera, Arwin langsung berdiri dan menjawab panggilan itu.

" Ya mama " Datin Seri Baizura ketika ini sedang bersiap untuk melakukan sesuatu.

" Win kat mana? Win nak dengar tak berita mengejut? "

" Saya kat luar. Berita apa? "

" Adam dan Pijoy datang ke rumah. Mama nampak Adam masuk ke bilik Win dan Adam menemukan sesuatu " Arwin tersenyum jahat, kembali dia duduk.

" Adam jumpa apa? Mama tak payah nak tipu Win, Adam takkan jumpa apa-apa kat sana " Kedengaran suara gelak tawa dari Datin Seri Baizura membuatkan Arwin resah.

" Adam tahu, Wawa Safiyah bukan anak kandung Win dan Adam dah tahu siapa anak Win yang sebenar "

" Mama? Hah! Mama yang... " Kembali Arwin berdiri, terkejut besar.

" Yes! And now, mama dalam perjalanan nak hapuskan anak kandung Win "

" Mama no! "

" And yes for me! Ni kan yang Win nak? Mama just tolong je " Arwin sangat-sangat geram dan benci ketika ini pada gerangan di talian itu.

" Ni urusan Win! Mama jangan sesekali berani sentuh dia! "

" Nope! Mama akan tunaikan permintaan Win untuk hapuskan budak tu "

" Mama! "

" Kalau Win berubah fikiran, jumpa Peguam Ismail dan katakan untuk keluarkan nama Wawa dan jangan lupa! Qushaira harus ikut sekali dan minta dia agar nama Adam dikeluarkan! "

" Mama dah gila ke? "

" Win ada masa empat jam sahaja dari sekarang. Bye " Panggilan terus ditamatkan oleh Datin Seri Baizura.

" Baizura!!! " Jerit Arwin, melempar HP ke dinding hingga pecah.

///

" Dania nak balik " Ucap Dania langsung berdiri. Darwina menatap sedih ke wajah Dania.

" Mama nak ikut boleh? Mama takde tempat tinggal Dania " Dania senyum, mengggapai jemari Darwina.

" Mestilah boleh. Takkan Nia nak abaikan makcik. Maaf, Nia janji Nia akan cuba. Maafkan Dania "

" Tak apa sayang. Mama faham "

Pada saat mereka hendak meninggalkan tempat itu, Datin Seri Baizura tiba-tiba muncul dihadapan mereka berdua. Darwina langsung menggenggam erat jemari Dania.

" Jadi ibu dan anak dah berjumpa? Baguslah. Berita yang sangat baik " Ujar Datin Seri Baizura.

" Datin nak apa? Pergi! Jangan ganggu saya dan anak saya! "

" Aku takde masa nak berbual dengan kau! Kecik je kan dunia ni? Anak kau selama ni, rupanya Qabeel yang jaga " Dania berkerut kening mendengar nama itu.

" Awak ni siapa? Apa yang awak nak? Macammana awak kenal dengan ayah? "

Berkata Dania, senyum sinis Datin Seri Baizura memandang dia. Lalu, Datin Seri Baizura memberi isyarat dan keluar lah empat orang lelaki berbadan tegap dari kereta mewah itu. Langsung mereka menangkap Darwina dan Dania, membuat mereka pengsan dengan serta merta.

///

Datin Seri Baizura mula mengacukan pistol ke kepala Dania yang terikat dalam keadaan melutut di atas lantai itu.

" Jangan Datin!!! Lepaskan anak saya! Kesiankan dia Datin!! Dania!!! " Saat ini, Darwina sedang terbaring di bawah jentera. Siap untuk dibunuh dengan kejam.

" Mama... Mama!!! " Jerit Dania sebaik tersedar. Terkejut dan hancur hatinya melihat Darwina diperlakukan sedemikian.

" Korang berdua dah conteng arang ke nama baik keluarga kami! Korang berdua ni patut mati dari awal! " Kata Datin Seri Baizura.

" Mama... Lepaskan mama saya! Ya Allah selamatkan kami Ya Allah... Mama!!! "

" Kau nak minta pertolongan dengan siapa? Takde siapa yang akan datang selamatkan kau!! "

Dania dan Darwina seakan-akan sudah menerima dan redha andai ini lah kesudahan jalan takdir yang mereka terima. Mereka berdua memejamkan mata, tidak putus dari berdoa mengharapkan belas kasih dan bantuan dari Allah S.W.T.

Pada saat Datin Seri Baizura berdekah ketawa seperti orang terancat akal, Arwin datang. Sepantas kilat menembak Datin Seri Baizura di bahu. Darwina berjaya diselamatkan, tetapi Dania. Datin Seri Baizura mengumpul tenaga, dia yang sudah terbaring mula mengangkat tangan dan mengacukan senjata ke arah Dania. Dia melepaskan dua das tembakan tepat di bahagian dada Dania dan pada saat itu, Adam dan Syamie melihat semuanya.

" Dania!!! "

///

Syamie tetap tidak berputus asa, berusaha menghidupkan Dania semula berbekalkan doa didada, memohon semohon mohonnya pada yang Maha Esa agar dapat mengembalikan pernafasan Dania.

Syamie berulang kali membuat CPR ke atas Dania, cuba mengembalikan pernafasan yang terhenti itu agar jantung Dania kembali berdenyut.

" Doktor Hanaz, pesakit dah meninggal dunia... "

Tetap Syamie tidak memperdulikan rakan setugas yang lain. Tetap melakukan CPR untuk memastikan aliran oksigen berterusan ke dalam otak Dania.

" Saya merayu Dania, tolong kembali... " Titisan demi titisan air mata Syamie jatuh ke pipi Dania... Lalu, pada saat itu, sesuatu berlaku pada Dania.

" Doktor Hanaz... " Jantung dan pernafasan Dania kembali normal.

" Ready for operation! Kita kena cepat keluarkan peluru "

" Baik Doctor "

///

" Nurse, boleh saya tanya? Macammana dengan pesakit yang kena tembak tu? " Seseorang menahan lengan nurse itu.

" Dia masih hidup. Awak ni siapa? "

Jururawat itu bingung melihat lelaki di tangga kecemasan itu. Pada saat itu, Adam sedang celaru menuruni tangga. Di sana dia melihat seseorang yang sedang diburu.

" Saya... Takpe lah, terima kasih ya sebab... " Tidak sempat dia menutur habis ayatnya.

" Uncle Arwin? " Adam langsung bersuara. Dek kerana terkejut, Arwin secara tak sengaja tertolak jururawat itu jatuh ke tangga.

" Ya Allah... Nurse... "

Adam tidak dapat merasakan hangat pernafasan jururawat itu. Darah sudah mula mengalir ke permukaan lantai dan jururawat itu disahkan meninggalkan dunia.

Pihak polis kini memulakan pencarian ke atas buruan bernama Arwin kerana telah melakukan pembunuhan. Datin Seri Baizura disahkan masih hidup dan akan dihadapkan ke mahkamah kerana cubaan membunuh.

Syamie sangat bersyukur kerana Dania masih hidup. Dia berdoa, mengucapkan terima kasih kepada Allah atas pertolongan yang telah DIA berikan. Syamie menangis kerana gembira.

" Dania... "

Gelisah Dato Qabeel dan seakan-akan nyawa hendak melayang dari tubuh bila mendapat berita buruk mengenai keadaan Dania. Di dalam bilik wad V.I.P itu, Dato Qabeel terkejut kecil melihat kehadiran seseorang wanita sedang menggenggam erat jemari Dania.

" Awak siapa? "

Tanya Dato Qabeel, berdiri di sebelah kanan Dania yang masih belum sedarkan diri. Syamie mengukir senyum kecil, Darwina berdiri memandang Dato Qabeel.

" Uncle, ni auntie Wina. Dia mama kandung Dania " Secara spontan, Dato Qabeel melekapkan telapak tangan ke mulut sendiri kerana terkejut.

" Jadi, awak... " Dato Qabeel mematikan ucapan sendiri.

" Ya. Saya orang tua kandung Dania. Saya Darwina. Terima kasih, sebab dah jaga anak saya dengan baik selama ni. Tak terbalas budi baik awak "

Ucap Darwina, telus. Kembali lagi dia menangis. Ketika mereka saling mengenalkan diri antara satu sama lain, Adam menangis di luar pintu. Rindu hendak berjumpa dengan ayahnya tapi, apakan daya dia masih belum mampu untuk mengatakan hal yang sebenar. Syamie keluar, meninggalkan wad itu sementara dan di luar pintu dia ternampak Adam. Mereka berbual di Cafe Hospital.

" Terima kasih Syamie. Berkat ketabahan awak kerana tidak berputus asa, Allah S.W.T menunjukkan kebesaran-Nya. Terima kasih dah selamatkan Dania "

Ucap Adam. Ada sebak mula menapak di dada dan ada air jernih yang mula bertakung di bawah kelopak matanya.

" Selain menjadi kekasih Dania, sebagai doktor itu adalah tanggungjawab saya Adam. Syukur ke atas Ilahi kerana telah memberi kita kesempatan untuk melihat Dania lagi. Kesempatan, agar Dania tahu siapa orang tua kandungnya "

Ucap Syamie, menundukkan pandangan mata ke bawah kerana menangis. Adam senyum kecil memandang Syamie, menyedut straw minuman sejuknya. Seketika keadaan mereka menjadi sunyi.

" Adam, saya rela mengalah. Saya rela berkorban dan saya rela lepaskan Dania. Saya tahu, awak masih sayangkan Dania dan saya tahu, awak nak bersama dengan Dania. Saya ikhlas... " Ucap Syamie, membuatkan mata Adam ingin menangis.

" Bila saya nampak keadaan awak kat dalam bilik bedah tu, di situ saya dah mula nampak Syamie. Memang saya sayangkan Dania, tapi melihat keadaan awak di saat itu, saya dah mula sedar yang kasih sayang awak terhadap Dania, jauh lebih besar berbanding saya. Saya pun rela dan saya ikhlas awak bersama Dania. Saya ikhlas Syamie untuk lepaskan Dania "

Kali ini, mereka sama-sama menangis di situ. Hilang kejantanan mereka seketika bila berbicara soal pengorbanan dan keikhlasan.

" Bahagiakan Dania. Saya tahu, Dania juga sayangkan awak " Lanjut Adam bersuara.

" Macammana dengan awak? " Tanya Syamie, mula tersedu-sedu. Adam menyeka air mata sendiri, dia tersenyum.

" Saya akan cari kebahagiaan saya sendiri dengan Wawa Safiyah " Ucap Adam seraya berdiri.

" Awak nak ke mana? " Langsung Syamie bertanya dan turut berdiri.

" Saya nak balik, nak jumpa Wawa " Jawab Adam.

" Awak tak nak tunggu Dania sampai dia sedar? " Adam mengetap bibir seraya menggeleng kepala.

" Thanks Syamie. Saya pergi dulu "

Adam langsung berpaling meneruskan langkah pergi. Dengan langkah yang teramat payah, Adam tetap meneruskan langkah tanpa menoleh lagi. Bekas minuman dibuang ke dalam tong sampah besi itu, Adam menangis.

" Semua terpulang pada Dania Adam. Saya tahu, hati Dania masih ada nama awak. Dania masih sayangkan awak Adam, dia tak tahu sebab awak menghilang dulu " Gumam Syamie, masih menangis.

Syamie masuk ke dalam wad Dania, senyum kecil mula terukir bila melihat Dania sudah terjaga. Syamie merapati katil itu bila Dania memandang dia. Perlahan, jemarinya diraih oleh tangan Dania yang masih terasa lemah itu.

" Syam... "

Kembali lagi air mata mereka mengalir di pipi. Dato Qabeel dan Darwina meninggalkan ruang itu, memberi ruang buat mereka untuk berbicara.

" Saya gembira awak selamat " Kata Syamie, melabuhkan punggung di atas katil pesakit itu.

" Syam, saya takut " Perlahan nada Dania.

" Awak takut apa? " Tanya Syamie.

" Saya takut, kalau saya tak dapat jumpa awak lagi. Saya takut Syam " Air mata Syamie mengalir laju mendengar kata-kata Dania.

" Saya betul-betul takut " Dania menarik kedua lengan seragam Syamie, dia memeluk Syamie.

Beberapa minit kemudian ~

" Dania, ada sesuatu yang saya nak bagitau awak. Ini, tentang Adam "

" Bekas suami yang saya pernah cerita kat awak? " Tanya Dania. Syamie menganggukkan kepala.

" Awak nak bagitau apa? " Lanjut Dania bertanya.

" Adam tak pernah hilang dari awak Nia. Adam melakukan tu semua dulu, sebab dia di ugut oleh ayah kandung awak tentang keselamatan awak. Demi menyelamatkan awak, Adam memilih untuk berkahwin dengan Wawa dan berpura-pura menghilangkan diri dari awak. Adam berkorban untuk awak Nia "

Cerita Syamie. Tetapi, entah mengapa senyum saja reaksi Dania pabila mendengar cerita Syamie.

" Nia, kenapa awak diam? Awak dah tahu ke semua ni? " Tanya Syamie. Dania menggelengkan kepala.

" Saya tak pernah tahu tentang pengorbanan yang Adam lakukan untuk saya. Saya gembira, Adam bukan suami yang hilang. Dia... Cuma suami yang hilang peluang untuk membahagiakan isterinya kerana perpisahan datang terlebih dahulu di dalam perhubungan itu " Ucap Dania, Syamie berkerut kening.

" Saya tak faham. Dania, Adam masih sayangkan awak dan saya rela lepaskan awak. Saya mengalah andai awak dan Adam ingin bersama semula "

" Saya tak sangka, cinta awak terhadap saya begitu mudah untuk dilepaskan begitu saja. Saya baru faham cinta sebenar awak "

" Tak Nia, bukan itu yang saya maksudkan. Saya cuma... " Dania langsung memintas ucapan Syamie dengan mencium sekilas bibir Syamie.

" Saya sayangkan awak Syam dan awak pilihan saya. Adam dan saya hanya kenangan masa lalu. Tolong, jangan buat saya macam ni "

Syamie menganggukkan kepala, memeluk Dania. Dahi gadis itu di kucup mesra dan kembali memeluk Dania. Syamie memang gembira, tak dinafikan perasaan itu tetap ada. Tetapi, di sisi lain Syamie juga bersedih dan merasa bersalah memikirkan tentang Adam. Syamie serahkan segalanya pada Tuhan. Siapa pun jodoh yang telah diciptakan buat dia, Syamie terima dengan lapang dada.

///
2 MINGGU KEMUDIAN...

Datin Seri Baizura didapati bersalah dan dia dihukum penjara seumur hidup. Manakala Arwin, tidak dapat diberkas. Dia menghilang begitu saja tanpa jejak. Darwina masih tertanya-tanya, mengapa Arwin menyelamatkan dia dahulu, ketika dia hendak dibunuh oleh Datin Seri Baizura.

Keadaan Dania sudah membaik dan dia di izinkan untuk boleh pulang ke rumah. Dato Qabeel gembira bahawa ibu Dania masih ada dan dia memberi keizinan agar Darwina tinggal bersama dengan mereka.

Adam berdiri bersandar di dinding bilik Wawa Safiyah, melihat gadis itu mengemas ke semua pakaian.

" Wawa... " Panggil Adam, gadis itu tidak bersuara hanya menoleh saja memandang dia.

" Wawa, awak nak ke mana? " Adam mendekat pada Wawa, gadis itu tersenyum, dia menggendong anak lelakinya.

" Saya nak balik ke London, mama Zila dah belikan saya tiket flight " Kata Wawa, kedengaran nada sedih.

" London? "

" Maafkan saya Adam, saya dah kecewakan awak. Saya sendiri tak tahu, papa Arwin dan Opah sekejam itu pada awak. Tolong lepaskan saya dan kembali lah pada Dania "

Ujar Wawa, mula menarik beg luggagae bersaiz besar itu. Adam, meraih lengan Wawa saat gadis itu lalu di sampingnya.

" Kalau awak pergi tinggalkan saya, saya dah takde sesiapa lagi Wawa. Awak, tak nak bawa saya ke? "

Wawa berpaling, dia menangis. Adam memusingkan badan lalu memeluk Wawa dan anak kecil itu.

" Saya nak bawa awak tapi, saya fikir awak dah bencikan saya " Kata Wawa, menangis di dalam pelukan Adam.

" Memang saya bencikan awak! Tapi meninggalkan awak, saya tak pernah terfikir Wawa... Saya suami awak, sampai hati awak nak tinggalkan saya "

" Maafkan saya B... Maafkan saya "

Adam menemui Dato Qabeel sebelum pergi jauh meninggalkan Malaysia buat selamanya. Sangat terkejut Dato Qabeel apabila melihat Adam masih hidup.

" Mana Adam pergi selama ni? Papa ingat..." Dato Qabeel menangis memeluk Adam.

" Maafkan Adam papa, Adam terpaksa... " Dan mereka bercerita...

" Kalau itu keputusan Adam, baiklah. Papa nak bagitau sesuatu memandangkan Adam dah ada di sini "

" Apa dia? "

" Qaif akan balik ke Malaysia dan... Papa akan berkahwin dengan mama Dania, Darwina " Tiba-tiba Adam ketawa dan dia sangat terkejut.

" Papa bergurau ke? "

" Tak. Papa serius " Adam tersenyum-senyum. Tercuit bila mendengar keputusan Dato Qabeel.

" Kalau itu keputusan papa dan semua orang setuju, Adam doakan semoga papa dan auntie Wina kecapi kebahagiaan. Sampaikan salam Adam pada Qaif dan bagitau dia, kalau Adam jumpa dia, Adam akan bunuh dia! "

" Isk! Apa Adam ni cakap macam tu kat abang kembar sendiri "

" Adam gurau je "

Wawa menemui Dania dan Darwina di dalam rumah Dato Qabeel. Dia memohon maaf kerana selama ini telah banyak melakukan kesalahan pada Darwina. Dania dan Darwina tidak banyak bercakap, mereka memaafkan Wawa. Sebelum Adam dan Wawa benar-benar pergi, Dato Qabeel memberi ruang untuk Adam dan Dania bertemu buat kali terakhir.

" Hai adik " Sapa Adam, gelak kecil. Tiba-tiba saja kenangan lalu bersama Dania terimbas. Senyum Dania seraya menjeling manja.

" Hai abang "

" Maafkan saya sebab selama ni berpura-pura tak kenal dengan awak dan... Semoga jodoh awak dan Syamie kekal berpanjangan "

" Saya maafkan dan... Saya pun doakan yang sama untuk awak dan Wawa. Bye Adam " Senyum Adam, Dania melambai Adam dengan penuh ikhlas. Adam memperdengarkan lagu kegemaran Dania.

" Saya akan ingat awak dengan mendengar lagu ni. Bagaikan langit "

Mereka sama-sama gelak. Tetapi, Dania cuba menyembunyikan kesedihan ketika itu. Syamie baru saja tiba, langsung menyapa Adam dan Wawa.

" Thanks Adam, saya takkan lupa semua pengorbanan awak terhadap Dania " Ucap Syamie. Dania memandang lama ke wajah Syamie dan dia tersenyum.

///

Di dalam badan pesawat, Adam tak berhenti dari tersenyum bila mendengar lagu kegemaran Dania. Berharap bahawa kebahagiaan yang akan menemani setiap langkah kaki Dania.

Dania dan Syamie akhirnya sah disatukan sebagai suami dan isteri. Begitu juga dengan Dato Qabeel dan Darwina.

Wasiat terakhir akhirnya dibacakan dan pewaris yang sah menerima segala harta warisan itu hanya Adam dan Dania. Dato Qabeel dan isterinya berbulan madu diluar negara, sedangkan Dania dan Syamie belum sempat berbulan madu kerana tugas Syamie. Almaklum, cuti belum lulus.

Pada hujung minggu, Syamie meluangkan masa hanya untuk Dania dan begitu juga Dania, meluangkan masa hanya untuk suaminya Syamie.

" My crush my wife " Kata Syamie, tersenyum bersama Dania.

" Saya harap, awak takkan pernah menghilang dari saya "

" Of course baby... Saya takkan pernah hilang dari pandangan mata awak... Cuma, yela kan saya kerja hehe "

Dania mencubit manja batang hidung Syamie yang mancung, lalu suaminya mengucup dahinya dan mereka saling berbalas kucupan mesra dibibir.

SETAHUN KEMUDIAN
///

" Selama ni, aku nampak orang bersalin aku okey je. Nampak darah tu aku dah biasa. Tapi, kenapa isteri aku bersalin aku rasa lain? Ohh no! Kaki Dania dah ada darah... "

Sempat Syamie bergumam dan hendak muntah di dalam dewan bersalin itu ketika keadaan di situ sedang bising.

" Hubby? Okey tak ni? " Tanya Dania, menggenggam kuat lengan Syamie. Bila bayi pertama mereka selamat dilahirkan, tiba-tiba saja...

" Doktor! Suami saya... Hubby... " Keadaan mula panik dengan Syamie bila lelaki itu tiba-tiba rebah dan pengsan.

" Hubby... Ya ampun! "

Kalau tadi Dania risau kerana Syamie tiba-tiba pengsan, kini Dania mula naik berang bila doktor itu mengatakan, perkara biasa kalau suami pengsan ketika menemani isteri di dewan bersalin.

" Awak ni kan! " Dania mencubit lengan Syamie. Dia sudah dipindahkan ke wad biasa dan telah selamat melahirkan puteri mereka.

" Sorry ... Ni anak B ke? " Dania menghela nafas seraya tersenyum bahagia.

" Ye. Ni anak B dan saya. Anak kita " Kata Dania, mula memaut lengan Syamie.

" Terima kasih sayang "

" Terima kasih je? "

Dania gelak, begitu juga Dato Qabeel, Darwina serta keluarga Syamie yang sudah memenuhi di ruangan itu. Syamie menyengih dengan gurauan Dania, dia mengucup dahi Dania bersama bayi comel yang berada di dalam dakapan Dania.

" Saya sayang awak. Terima kasih sebab dah lahirkan anak B . Selamat menjadi ibu, sayangku Dania " Ucap Syamie, mengalirkan air mata bahagia.

" Selamat menjadi ayah, cintaku Syamie "

Ruangan itu mula diisi oleh suara tangisan bayi mereka serta suara gelak bahagia keluarga besar itu. Semoga bahagia itu milik mereka. Syamie tersenyum tatkala saling berpandangan dengan isteri tercinta. Semua kerna Kasih Allah dan keredhaan-Nya. Tiada lagi kekecewaan, semua telah menemukan kebahagiaan.

" Oh Malaysia ku... I'm back " Begitu teruja Qaif bila tiba di Malaysia. Tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru di Kuala Lumpur. Qaif menatap sekeping gambar di dalam genggaman tangan, senyum manis mula terukir.

" Wait for me " Gumam Qaif, meninggalkan perkarangan lapangan terbang itu. Kehadirannya disambut mesra oleh orang-orang ayahnya.

Continuă lectura

O să-ți placă și

1.7M 95.7K 87
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
3.1M 257K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
3.3M 188K 77
Nobody ever loved him; she was the first who loved him. He did not have a family and then one day she entered into his life and became a world for h...
667K 19.9K 42
𝘢 𝘮𝘪𝘳𝘢𝘤𝘶𝘭𝘰𝘶𝘴 𝘭𝘢𝘥𝘺𝘣𝘶𝘨 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 (completed) __________ Don't be bemused, it's just the news. Today at about 4pm in the city of Par...