BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!

25.1K 769 30
By Misshusna006

          Afiq Khairul terdiam.  Aku tengok dia cuba mengelak daripada pandangan mataku.  Dia macam ada buat salah saja dengan aku.  Aku kecilkan mataku.  Aku renung Afiq Khairul dengan pandangan tajam!

          "Apa yang abang nak beritahu kat Leha ni?" soalku dengan nada perlahan.

         Afiq Khairul senyap.

          "Apa? Beritahulah... Berani kerana benar, takut kerana salah.  Kalau salah pun, bukannya Leha nak makan abang pun," selorahku dengan muka serius.

          Tapi, tidak lama kemudian aku tergelak apabila Afiq Khairul merenung aku dengan pandangan tajam sambil mencuit pinggangku itu.

          "Stop!" Bingkas aku bangun daripada ribaannya dan terus menjauh.  Tak nak dekat-dekat!

          Cukuplah dia geletek aku tempoh hari.  Aku dah insaf.  Lantas, aku berdiri di hadapannya dengan muka tak puas hati.

           "Abang nak beritahu atau tak? Abang ni buat Leha penasaran tau," keluhku dengan nada geram.

          Afiq Khairul menarik tanganku semula dan mengenggamnya dengan erat sekali.

          "Abang tak tahu nak mula dari mana..," balasnya dengan riak muka serba salah.

          Aik, sejak bila pula Afiq Khairul berperangai macam ni? Biasanya dia ni mempunyai level confident yang sangat tinggi.  Aku kerutkan dahiku.  Hairan punya pasal!

          "Mulakan dengan apa, siapa, bagaimana, kenapa dan di mana... Simple as that.  Abang macam ni buat Leha risau.  Susah sangat ke nak beritahu? Abang buat Leha penasaran tau..," bebelku lalu duduk di sebelahnya itu.

          Afiq Khairul masih memegang jari-jemariku.  Aku perhatikan perlakuan Afiq Khairul yang sedikit resah itu.  

          Terus hati aku rasa lain...

          "Ia melibatkan Leha ke?" soalku perlahan.

          Afiq Khairul melihat aku semula.  Tidak lama selepas itu, dia menganggukkan kepalanya.  Apalagi, aku mula rasa tidak sedap hati.  Aku jadi gelisah!

          Tapi, aku tarik nafas dan menghembusnya perlahan.  Sabar Leha... Tenang.  Jangan gelabah dan hilang kesabaran.  Apabila dua perkara tu berlaku, pasti akan hilang kewarasan untuk berfikir.  Santai di posisi saja!

          Aku pegang bahu Afiq Khairul.

          "Selagi abang tidak cakap atau luah, selagi tu abang tidak akan tenang.  Resah je macam sekarang ni.  So, lebih baik abang cakap dengan Leha.  Abang akan lega bila dah luahkan semuanya tu..," pujukku macam bercakap dengan budak tadika.  

          Aku usap bahunya berkali-kali.  Alolo, apasal hensem sangat ni?

          Aku tengok kening Afiq Khairul naik sebelah.  Aku sekadar tayang gigi.  Tersengih lebar.

          "Apa yang abang nak beritahu tu?" tanyaku dengan nada memujuk. 

          Sesungguhnya, aku kagum dengan kesabaran yang aku ada sekarang ni.  Kalau orang lain, dah lama aku terajang.  Tapi, nasib baik dia suami aku!

          Afiq Khairul duduk menghadap aku semula.

          "Leha ada permintaan lain ke sempena hari lahir yang ke-22 ni? In sha Allah, abang akan tunaikan..," soal Afiq Khairul kepada aku.

          "Hah?" Terus mulutku terlopong habis.

          Aku telengkan kepalaku ke kanan.

          "Ini ke perkara yang abang nak beritahu kat Leha?" sambungku lagi. 

          Aku tayang muka kebingungan.

          Sedetik waktu, Afiq Khairul terkedu dan kemudian dia hanya menganggukkan kepalanya saja.  Dia tersenyum nipis.  Tapi, entah kenapa senyumannya itu seperti lain macam saja? Atau perasaan aku saja kot? Desisku perlahan.

          "Laaa, abang ni buat Leha tertanya-tanya je sejak hari tu.  Rupa-rupanya, ini je yang abang nak beritahu." Lantas aku gelengkan kepalaku berkali-kali.

          Perasaan aku saja.  Abaikan! Tegasku pula dalam hati.

          Aku mengeluh halus.  Aku berfikir sejenak.  Hadiah daripada Afiq Khairul di atas katil tu, aku ambil dan membeleknya dari depan ke belakang.  Comel pula hadiah ni.  Aku tersenyum simpul.  Happy sebab dapat hadiah!

          "Erm, rasanya tiada.  Abang kan dah bagi hadiah ni... Nak minta apa lagi? Cukuplah satu, Leha tak boleh tamak.  Orang tamak selalu rugi..," balasku sambil tersengih-sengih.

          Kali ini, giliran Afiq Khairul pula mengelengkan-gelengkan kepalanya melihat telatahku itu.

          "Abang harap Leha suka... Bukalah," arahnya kepada aku.

          Tanpa membuang masa, aku buka balutan kertas hadiah colour pink tersebut.  Apabila selesai, terpampang kotak baldu colour merah.  Aku buka penutupnya dan mataku tertumpu kepada hadiah yang ada di dalamnya itu.

          Rantai emas dan ada loket huruf 'A' serta bunga pink sekuntum.  Comelnya!

           Aku pandang Afiq Khairul.  Dia mendekati aku dan mengambil rantai tersebut lalu memakaikannya di leherku.  Aku pegang loket huruf 'A' tersebut.  Simbol huruf nama aku yang pertama... Ain Solehah.

          Atau...

          Aku mendongak dan pandang Afiq Khairul semula.  Bukankah simbol huruf pertama namanya juga bermula dengan huruf 'A'?

          "Abang... Hari tu abang bagi gelang, sekarang pula rantai.  Leha bersyukur sebab abang bagi barang kemas ni.  Tapi, kenapa abang tidak bagi, coklat ke? Tak pun, jambangan ayam goreng ke? Snack atau gula-gula ke?" Aku terhenti daripada berkata-kata apabila pipiku dicubitnya perlahan.

          "Bukan kaum perempuan suka barang kemas ke?" soal Afiq Khairul serius.

          "Siapa beritahu abang macam tu? Segelintir sajalah.  Leha lebih suka kalau abang bagi Leha makanan.  Murah, sedap dan Leha kenyang... Auchhh!" Aku pegang tangannya yang masih di pipiku itu.

          Mukaku berkerut menahan sakit.

          "Patutlah pipi ni makin montel.  Kalau abang bagi Leha makanan, ia akan habis macam tu saja.   Tiada kenangan untuk diabadikan.  Dan, dengan barang kemas yang abang bagi ni, ia akan mengingatkan Leha kepada abang," ujar Afiq Khairul.  Kemudian, pipiku ditepuknya perlahan.

          Aku mendengus geram.

          "Gara-gara abanglah pipi Leha macam ni.  Sikit-sikit abang cubit.  Sikit-sikit abang tarik.  Sikit-sikit abang tonyoh.  Itulah makin besar!" bidasku sambil mengusap pipiku yang masih terasa sengal itu. 

          Tapi, langsung saja Afiq Khairul tergelak dengan kata-kataku itu.  Barangkali lucu sebab aku tidak mahu mengaku yang pipiku memang makin montel! 

          Aku tertunduk malu dan terlihatkan gelang yang aku pakai sekarang ni, asal aku tengok gelang ni mesti aku teringatkan Afiq Khairul.  Aku tersenyum, rupa-rupanya itu niat dia bagi aku barang kemas ni.

          "Abang suami Leha.  Leha nak ingat siapa lagi kalau bukan abang," bisikku dengan nada perlahan.  

          Dengan pengakuanku itu, Afiq Khairul menarik aku semula dalam dakapannya.  Mukaku jadi merah dengan tindakannya itu.  Tapi, aku tengok Afiq Khairul melihat ke arah pintu.  Macam menunggu sesuatu.  Aku turut alihkan pandanganku ke situ juga.

          "Kenapa?" tanyaku ringkas.

          Afiq Khairul mengalihkan pandangannya kepada aku semula.

          "2 kali Adila muncul kat pintu tu.  Tidak mustahil kalau dia muncul buat kali ke-3." Aku ketawa dengan kata-kata Afiq Khairul itu.  Ditambah lagi dengan raut wajahnya yang serius serta tidak berpuas hati dengan tindakan adiknya sebentar tadi tu.  Bertabahlah!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Afiq Khairul masih duduk di birai katil.  Sebentar tadi, Leha berpamitan untuk turun ke tingkat bawah.  Dia pandang kelibat Leha yang keluar dan menutup pintu bilik tidur mereka itu.

          Afiq Khairul mengeluh halus...  

          Peluang untuk memberitahu perkara sebenar terlepas begitu saja.  Tapi, dia tidak sampai hati untuk berterus-terang kepada isterinya itu.  Apa pula reaksi Leha nanti? Kecewa? Marah? Rasa dikhianati? Yang lebih penting, dia tidak mahu Leha menangis!

          Afiq Khairul diam dan tunduk menekur lantai.  Dia teringat kembali kisah 2 tahun yang lepas, sebelum Leha bekerja dengannya.  Di ruang tamu... Hanya ada ayah, ibu serta Pak Cik Amir dan Mak Cik Faridah saja.

          "Sejak Afiq tahu tentang niat ayah tu.  Afiq tidak bersetuju sama sekali.  Tentang jodoh Afiq, kalau boleh biar Afiq yang cari sendiri.  Tapi, Afiq tahu.  Pak cik adalah satu-satunya orang yang mempercayai dan membantu ayah semasa memulakan perniagaan satu ketika dahulu.  Oleh itu, berkenaan dengan Leha... Serahkan kepada Afiq saja.  Biar Afiq yang uruskan.  Kalau dah memang jodoh Afiq dengan Leha, Afiq akan terima.  Cuma, benarkan Afiq mengenali Leha terlebih dahulu.  Afiq dah lama tak jumpa Leha.  Hanya gambar yang ibu kirimkan." Itulah keputusannya 2 tahun yang lepas.

          Akhirnya, ayahnya mengambil keputusan untuk offer Leha bekerja sebagai setiausahanya.  Kononnya, dengan cara ini... Dia boleh mengenali budak tu dengan lebih dekat lagi.  Disamping itu, dia akan tahu hati budi budak tu terlebih dahulu.   

          9 tahun.  Itulah jangka masa dia tidak bersua muka dengan budak tu.  

          Pada hari pertemuan mereka, dia baru balik daripada berjumpa client dan consultant.  Meeting berkaitan dengan progress kerja untuk projek construction tu.

          Petang tadi, ayahnya sudah memaklumkannya yang Leha sudah ada di rumah mereka.  Selepas memarkir keretanya, dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah santai dan muka selamba saja.

          Kelihatan ibunya muncul dari ruang dapur dan segera memberitahunya yang Leha ada di tingkat atas.

          "Chaiyok-chaiyok!" ucap ibunya dengan muka serius!

          Dia terdiam.  Tak tahu nak cakap apa lagi.  Dia hanya berpamitan dan beritahu dia nak mandi, solat dan rehat kejap.  Nanti dia turun semula.

          Lepas tu, dia atur langkah dan naik ke tingkat atas.  Semasa dia mahu membelok ke ruangan pintu biliknya, langkahnya terhenti...         

          "O.M.G Leha! Lawaknya gambar kita kat sini.  Aku post kat Instagram ye..," kata Adila dengan nada excited.

          "Jangan! Lawak apanya? Muka kita terbiut macam tu pun, kau nak post ke? Tak perlu.  Padam!" Tiba-tiba muncul kelibat budak tu dari pintu bilik Adila. 

          Dan disebabkan budak tu membelakangkannya, dia hanya dapat lihat belakang budak tu.

          Serta merta budak tu menerpa ke arah Adila sambil mencuba untuk mengambil handphone tersebut di tangan adiknya itu.  Memandangkan Adila sedikit tinggi berbanding budak tu, terjengket-jengket budak tu di hadapan Adila.

          Tiba-tiba...

          "Abang Afiq!" Adila menegurnya apabila menyedari kehadirannya di situ.  

          Budak tu pula terkaku.  Tidak lama kemudian, baru budak tu menoleh dan melihatnya...

          Matanya tertumpu kepada budak di hadapannya itu.  Ketika itu, dia dapat rasakan jantungnya berdegup dengan laju!

          Berbaju kurung cotton moden dan memakai tudung colour coklat lembut.  Budak tu...  

          Tidak. Bukan budak lagi.  Apa yang dia tengok sekarang ni adalah gadis yang berkulit cerah.  Putih mulus.  Pipinya pula kemerah-merahan.  Mata bulat dan bibir bentuk cupid bow.  Sejak bila pula budak tu jadi dewasa macam ni

          Kenapa berbeza dengan gambar yang ibunya kirimkan? Atau peredaran masa yang mematangkan budak tu

          Dia terkelu!

          Di saat matanya bertembung dengan Leha, dia sedar tentang satu perkara.  Dia tahu... Dia akan kalah dalam percaturan yang telah diatur oleh ayahnya itu!

          Damn it!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku melangkah ke arah dapur.  Masih awal pagi lagi tapi aku tak tahu nak buat apa.   Kalau di kondominium kami, aku sibuk mengemas dan memasak.  Tapi, di rumah mertuaku ini... Kerja-kerja mengemas dan memasak dilakukan oleh pembantu rumah.

          "Ada apa-apa yang Leha boleh tolong ke mak cik?" tanyaku sambil melihat Mak Salimah di hadapanku itu.

          Mak Salimah terkejut melihat aku berdiri di situ.

           "Tak ada apa-apa Leha.  Mak cik boleh buat semuanya.  Tinggal nak sediakan saja kat meja makan tu.  Memandangkan Leha dah muncul ni, mak cik dan Tipah ada buatkan kek pisang.  Selamat hari lahir buat Leha.  Semoga Allah S.W.T merahmati dan memberkatimu..," ucap Mak Salimah lalu mengeluarkan sebiji kek dari peti sejuk.  Kak Tipah yang baru muncul di ruang dapur turut tersenyum melihat aku.

          Aku tersenyum simpul.   Terharunya!

          "Aamiin ya rabbal alamin... Terima kasih mak cik, terima kasih kak Tipah.  Buat susah-susah je buatkan kek pisang ni untuk Leha," balasku sambil menyambut kek pisang tersebut daripada huluran Mak Salimah.

          Sepanjang aku bangun daripada tidur pagi tadi sehinggalah ke waktu petang, tidak kira samaada mesej dari WhatsApp atau laman sosial yang lain... Aku balas ucapan dan doa mereka satu persatu.  Birthday girl laa katakan!

          Manakala, abah dan umi menelefonku.  Pertama, mengucap selamat hari lahir dan mendoakanku.  Kedua, memesanku supaya jadi isteri yang baik.  Dengar cakap suami.  Paling penting, jangan buli suami.  Aku sekadar mematuhi pesanan mereka itu.  

          Padahal, dalam hatiku... Muka aku ni ada ciri-ciri muka pembuli ke? Kenapa selalu pesan kat aku supaya jangan buli Afiq Khairul? Sepatutnya, abah dan umi sampaikan pesanan ni kat Afiq Khairul.  Sebab dia yang buli aku, bukan sebaliknya.  Tak puas hati betul!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku berbaring di atas katil.  Penat.  Aku baru balik dari keluar bersama-sama dengan ibu dan Adila.  Ibu membawa kami keluar shopping sambil jalan-jalan cari makan.  Aku pandang beg-beg kertas yang berisi baju, tudung serta beg pemberian daripada ibu itu.  Itu belum lagi dengan sampul yang ayah bagi tadi.  Aku dapat rasa, ia berisi wang ringgit. 

          Sekarang ni, aku jadi serba salah.  Setakat hari jadi saja tapi hadiah yang aku terima ni macam terlebih sudah.  Apa-apapun, rasa bersyukur tu tetap ada.  Alhamdulillah!

          Kakiku lenguh sebab berjalan dari jam 11:00 pagi hingga 3:00 petang tadi.  Ditambah lagi period aku datang bertamu.  Nasib baik aku ada bawa extra 'pad' untuk kegunaan waktu-waktu kecemasan seperti tadi tu.  Kalau tidak, bertabahlah!

          Mungkin disebabkan aku penat, aku terlelap sekejap.  Aku hanya tersedar apabila bahuku ditepuk perlahan oleh seseorang.  Terpisat-pisat aku bangun daripada pembaringan.

          "Dah nak masuk waktu Asar." Afiq Khairul berdiri di tepi katil.

          Aku berbaring semula.

          "Period Leha datang tadi," terus-terangku lalu memejamkan mataku semula.

          Berbulan-bulan dah aku jadi isteri si Afiq Khairul ni, jadi tentang bab period ni aku tidak segan dah nak cakap dengan dia.  Bukan orang lain pun, suami aku sendiri juga.  Buat apa nak malu!

          Afiq Khairul diam dan hanya mengusap kepalaku saja.

          "Tak elok tidur time ni," tegurnya.

          Aku celikkan mataku.

          "Leha pejamkan mata je," balasku ringkas. 

          Aku tengok Afiq Khairul hanya tersenyum melihat perangaiku itu dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

          Aku perhatikan Afiq Khairul dari awal hingga dia habis Solat Asar.  Mungkin menyedari yang dirinya dipandang dan direnung lama, Afiq Khairul menoleh dan melihat aku di atas katil.  Dia letakkan sejadah di penyidai belakang pintu bilik dan kemudian melangkah ke arahku dan duduk di birai katil.

          "Tengok abang dari tadi, kenapa?" soalnya kepada aku.

          Aku hanya tersenyum nipis.

          "Abang hensem bila solat tadi," balasku selamba.

          Afiq Khairul terdiam.  Aku renung dia lagi.  Disebabkan itu, Afiq Khairul jadi serba tidak kena.  Kekok gitu.  Aku tahan ketawaku dengan hanya buat muka 'no feeling' saja.  Ini kali pertama aku puji dia depan-depan!

          "Penat ke berjalan tadi?" Afiq Khairul berdehem beberapa kali bagi menghilangkan rasa kekoknya itu.

          Aku bangun dan duduk bersimpuh di atas katil lalu membetulkan tudungku ala kadar saja.

          "Penat tapi best.  Ibu bawa kami pusing 3 shopping mall.  Abang nak tahu, Leha seganlah tadi tu.   Ibu belikan banyak hadiah untuk Leha.  Kalau ibu beli satu saja, Leha dah cukup bersyukur.  Tapi, ibu siap beli handbeg lagi untuk Leha.  Mahal pula tu.  Leha nak tolak, tapi tak tahu nak cakap macam mana sebab ibu turut belikan untuk Adila juga.  Adila cakap kalau Leha tak terima, dia pun tak mahu beg tu.  Terus Leha jadi serba salah.   Abang... Leha perasan yang ibu tidak pernah berkira dengan Leha.  Ibu layan Leha macam anak sendiri.  Begitu juga dengan ayah.  Sampai Leha terfikir, ada apa dengan Leha ni sampai kena layan macam tu sekali?" Aku luahkan apa yang terbuku di hatiku itu.

          Afiq Khairul memandangku dengan pandangan redup dan kemudian memegang pipiku.  Dielus pipiku perlahan.

          "Leha menantu ibu dan ayah.  Leha bukan orang lain bagi mereka.  Sejak Leha baby lagi ibu dan ayah dah kenal Leha.  Sudah tentu hati budi Leha diaorang dah tahu macam mana.  Bagi abang, sejak abang kenal Leha... Abang tahu Leha jenis orang yang simple, humble, jujur, rajin, hormat orang tua kecuali dengan abang ni.  Tapi, itu sebelum kahwin.  Lepas dah kahwin, Leha dah mula dengar cakap abang." Aku tergelak kecil dengan ayat terakhir Afiq Khairul itu.

          "Jangan fikir lagi.  Percaya cakap abang, Leha layak terima semua tu," sambung Afiq Khairul lagi.

          Aku tersenyum lebar dan kemudian menganggukkan kepalaku saja.

          Tiba-tiba, Afiq Khairul menarik tubuhku ke dalam dakapannya.  Ubun-ubun kepalaku dicium lama.  Aku tersentak.  Apasal peluk aku macam peluk patung saja ni? Gayanya seperti geram... Tapi, aku tidak buat apa-apa pun tadi. 

          Hish, pelik sungguhlah suami aku ni!

          "Leha okey ke kalau malam ni kita keluar? Abang nak bawa Leha ke satu tempat," tanya Afiq Khairul.

          Aku mendongak dan telengkan kepalaku ke kanan.

          "O... Okey.  Tapi, kita nak ke mana?" soalku kepada Afiq Khairul.  

          "Dating..." Afiq Khairul sekadar mengangkat keningnya kepada aku dan tersenyum penuh makna.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku betulkan tudung shawl soft pink di kepalaku itu.  Setelah berpuas hati, aku ambil sling beg di atas meja mekap dan menyilangkannya di bahuku.

          Kemudian, berdiri semula di depan cermin.  Malam ni, aku pakai skirt tulle labuh colour hitam, baju blaus putih, cardingan soft pink serta shawl yang sama warna.  Lepas tu, aku perhatikan mukaku.  Kali ni, aku kenakan mekap yang Adila pernah ajar sebelum ni.

          Aku nak nampak cantik di matanya malam ni!

          Aku lukis keningku bagi terbentuk seperti kening Korean style tu.  Pakai contact lense colour brown.  Pakai mascara, pemerah pipi serta gincu ombre colour pink.  Done!

          Setelah berpuas hati dengan penampilanku itu, aku keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.

          "Peewittt! Wow! Comelnya kau Leha!" Aku jadi malu apabila dengar pujian Adila tu.

          Adila yang berbaju daster batik itu melihatku dengan kening terangkat-angkat.  Gedik sungguh senyumannya tu!

          "Bergembiralah... Jangan lupa ambil gambar.  Aku stress dengan Abang Afiq tu, berahsia sangat.  Aku cuma nak tahu plan kamu malam ni, boleh pula Abang Afiq lastik dahi aku.  Dikatanya aku ni penyibuk.  Kepochi.  Tak patut sungguh!" bebel Adila sambil memaut bahuku.

          Aku tergelak dengan bebelan Adila itu.  Sebenarnya, aku pun tak tahu plan Afiq Khairul malam ni.  Aku turutkan saja.

          "Leha dah siap?" Suara Afiq Khairul kedengaran di belakang kami.  Dia baru muncul dari bilik kerja ayah.

          Kami menoleh dan melihat Afiq Khairul di hadapan kami tu.  Dia mengenakan black suit tanpa tie.  Dengan gaya santai melangkah ke arah aku.  Ditambah lagi dengan aura dan raut wajahnya yang hensem itu.  Well, aku terpukau seketika!

          Afiq Khairul pandang aku.  Matanya tidak lepas daripada melihat aku dan tidak lama lepas tu, jari-jemariku berada dalam genggamannya. 

          Aku hanya tersenyum kepadanya sehinggalah Adila berdehem beberapa kali.

          "Tolong jaga perasaan orang single ni.  Right now, aku boleh nampak love-love tu berterbangan.  Dah-dah, apa tunggu lagi? GoHave fun..," perli Adila dengan muka sememeh.

          Aku kerutkan mukaku kepada Adila sambil tergelak dengan kata-katanya tu.  Afiq Khairul hanya tersenyum dan segera membawa aku pergi.

          Sepanjang menuju ke destinasi, aku diam saja.  Berdebar-debar! 

          Apabila sampai di destinasi yang dituju.  Afiq Khairul membuka pintu kereta, dan menghulurkan tangannya.  Aku terkesima.  Apasal aku rasa macam romantik sangat ni?

          Afiq Khairul memegang tanganku dan kami melangkah masuk ke dalam lobi.  Kemudian, kami memasuki ruangan lift dan naik ke tingkat 38.  Pokok pangkalnya, aku speechless sekarang ni.

          Aku ikut saja langkah Afiq Khairul dan aku perhatikan restaurant mewah di hadapanku itu.  Aku tarik nafas dan menghembusnya perlahan.  Okey.  Tenang Leha.  Jangan nampakkan sangat gaya kejakunanmu itu.  First time aku masuk restaurant mewah macam ni!

          Aku tengok Afiq Khairul.  Dia hanya tersenyum dan pelayan di hadapan kami itu menunjukkan meja kami.   Aku alihkan pandanganku ke arah meja tersebut.   Ada taburan bunga ros, candle, kek dan sejambak bunga ros merah.  Candle light dinner!

          "Leha suka?" tanya Afiq Khairul tiba-tiba.

          Aku mendongak dan melihatnya.

          "Leha rasa macam kat dalam drama TV..," bisikku hanya untuk pendengarannya.

          Afiq Khairul ketawa.  Dia memeluk bahuku lalu tunduk dan bibirnya singgah di ubun-ubunku kepalaku.  Aku pejamkan mataku dengan perlakuannya itu.  Ada perasaan hangat dan bahagia hinggap di hatiku ketika ini.  Aku tersenyum lebar.

          Selepas itu, Afiq Khairul menarik kerusi untukku dan mengarahkan aku duduk di sebelahnya.  Kami menjamu selera sambil melihat panorama di sebalik tingkap besar restaurant tersebut.  Aku dapat lihat Petronas Twin Towers di sebelah bangunan ini.  Cantiknya!

          Aku hayati pemandangan di luar sana.  Kagum dengan lampu-lampu yang bergemerlapan.  Tapi, tumpuanku terganggu.  Ini disebabkan, Afiq Khairul merenung mukaku sejak tadi lagi.

           Tapi, aku biarkan saja... Sehinggalah Afiq Khairul mengambil gambarku dengan senyuman nakal.

          Snap!

          "Abang!" Mukaku merona merah.

          Afiq Khairul tergelak.

          "Leha nampak cantik malam ni.  Abang suka..," kata-kata Afiq Khairul itu membuatkan aku bertambah malu.

          Kedudukan kami yang sangat rapat ni memudahkan aku cubit pahanya.  Cubit manja je!

          Afiq Khairul ketawa.  Dia genggam jari-jemariku.  Sukalah tu nampak aku jadi pemalu macam ni.  Jarang sekali aku jadi malu-malu kucing macam ni!

          "Leha ingatkan, abang akan suruh Leha padam make-up ni lagi.  Macam hari tu...," rungutku dengan nada tidak puas hati.

          Afiq Khairul ketawa lagi.

          "Make-up ni... Ia untuk tatapan abang ke?" bisiknya perlahan.  

          Menggoda sungguh nada suaranya.   

          "Kalau hanya untuk tatapan abang, abang okey je... Lagi abang suka," kata Afiq Khairul lagi dan sekilas ciuman hinggap di pipiku.

          Aku ketap bibirku.  Malu sebab niatku bermekap sememangnya untuk tatapannya itu terbongkar dengan tebakannya itu.  Bijak sungguh!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Sekitar pukul 11:00 malam, baru kami bergerak pulang ke rumah mertuaku itu.  Aku berus gigi, cuci muka, tukar baju dan memakai baju tidur.  Walaupun letih, berjalan dua kali dalam satu hari tapi berbaloi sebab aku kenyang.  Alhamdulillah!

          Aku tempel bedak di mukaku.  Pakai losyen sambil menguap luas.  Mengantuk.   Aku melangkah ke arah katil dan terus menghempas tubuhku di atasnya.  Leganya.  Aku tengok Afiq Khairul yang sudah menukar bajunya itu.

          "Abang..," panggilku. 

          Ada sesuatu yang aku nak cakap kat dia.  Afiq Khairul menghampiriku.  Dia duduk di tepiku.  Aku capai dan genggam tangannya.

          "Terima kasih untuk hari ni.  Rasanya, hari ni adalah hari paling gembira untuk Leha," ujarku sambil tersengih lebar.

          Afiq Khairul turut tersenyum.  Dia tunduk dan mencium dahiku serta pipiku.

          "Yang penting Leha happy.  Leha isteri abang.  Tanggungjawab abang untuk menggembirakan Leha.  Tidurlah dulu... Abang ada kerja nak kena buat lagi," arahnya kepadaku lalu menyelimutkan tubuhku.

          "Selamat malam," ucapnya perlahan sambil mencium dahiku lagi.

          Aku tersenyum dan pejamkan mataku.

          "Selamat malam abang," bisikku perlahan.

          Untuk hari ini, aku bersyukur sangat-sangat.  Semoga hari esok akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya.  Aamiin ya rabbal alamin...


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Tetapi, ia tidak seindah seperti yang aku harapkan.

          Aku berdiri di depan kaunter pembayaran, mulutku terlopong luas.  Kejadian yang berlaku di hadapanku itu membuatkan aku bingung buat sementara waktu.

          Adila!

          Ilham Hakimi!

          Mereka berdua tengah berperang mulut, itu belum lagi dengan Adila yang memukul bahu Ilham Hakimi menggunakan sayur sawi.

          Aku terlopong.  

          Sayur sawi? Yes, indeed.  Tanpa rasa bersalah, Adila pukul bahu Ilham Hakimi menggunakan sayur sawi!  

          Aku tak terkata-kata dengan situasi di hadapanku sekarang niSpeechless!



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

~ Laaa, cinta pandang pertama ke?... 😌

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-31 ni.  Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

405K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...
27.8K 900 24
Perkahwinan yang diatur keluarga.Perasaan cinta datang secara tiba-tiba tanpa sengaja, tetapi itu semua hanya sementara. "aku nak ingatkan kau. Kita...
4.2K 213 9
"Be my boyfriend. For 6 months." Hessa ulang lagi. Mata ralit memerhati roman tampan si jejaka. Tampan sungguh! Kulit putih bersih. Hidung mancung. N...
3.3K 184 12
Tajuk Lama** terang dalam gelapku "Fia nyawa Fakhrul mummy, apa pun terjadi Fakhrul takkan tinggalkan dia." - Fakhrul Razi "Entah apa jampi serapah...