2. Love The Way You Lie

By TintaHitamTanpaArah

174K 12.8K 231

Like a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Baw... More

01. Front Cover
02. Miss Diva Sangat eh
03. Nerd dan Loser
04. Red Book
05. Drama Queen
06. Destinasi Sebenar
07. Mission Impossible
08. Opps.....kantoi pulak!
09. Kenapa?Kau takut?
10. Nightmare
11. Asal macam aku terlupa sesuatu?
12. Kerja sambilan di Cafe' Vanilla
13. Senior Daniel?
14. Siapa kata kita kawan?Saya tak nak jadi kawan awak!
15. Damon Benz
16. Berhenti panggil Senior Daniel macam tu!
17. Man is Trash
18. Kau nak tengok jer atau join sekali?
19. Nice shot babe!
20. Kennedy And the geng
21. Secret Admirer Part 1
22. Dia bukan teman lelaki saya
23. Siapa Sarah sebenarnya
24.rasa macam nak simpan saja lelaki comel sebelahnya ini dalam poket
25. Lain kali tengok dulu dengan siapa kau cari pasal
26. Kau anak pungut!
27. Kau tak okay...kau tak menangis Zara.
28. Sakit tak?
29. Bersama dengan saya untuk selamanya
30. Kau tak apa-apa ke
31. Aku kata Buang
32. Ini bukan permintaan tapi arahan.
33. Siapa yang tak sedar diri sekarang ni?
34. Kau rasa insecure sebab aku dekat sini
35. Saya single
36. Anak lelaki saya ni ada buat permintaan
37. Maafkan aku
38. Kau dengan aku...selesai
39. Eh bukan Kennedy tapi kamu...
40.No...money and power is my happiness nothing else.
41. You can cry...cry is not a crime.
42. Tak apa senior buat perkara yang betul.
43. Aku setuju dengan satu syarat...
44. Zara tolong mama
45. Secret Admirer Part 2
46. Aku maafkan kau Sarah
47. Asal?Kau dah bosan dengan mamat selenge tu ke?
48. Maafkan aku Sarah
49. Saya di mana?
50. Takkan lah!
51. Jangan Tinggalkan Saya Zara
52. Baik Cik Zara.
53. Seperti Bermimpi
55. Terima Kasih Senior Daniel
56. Jumpa esok
57. Perasaan awak jer tu
58. Suka hatilah
59. Damon please awak kena percayakan saya
60. Maafkan mama Zara
61. Apa lagi ni
62....tapi awak kena janji dekat saya
63. Sekarang lihat siapa yang terseksa
64. Dia suka duduk dalam rumah ni
65. ...demi kebaikan semua
66. Lindungi keluarga saya
67. Sarah...
68. Pulang
69. Daniel awak jangan macam-macam
70. Kesenangan saya penderitaan orang lain
71. Nerd...Loser
72. Semuanya akan berakhir dengan baik
73. Semuanya demi kebaikan nenek
74. Perpisahan yang tiada permulaannya.
75. Mana dia?
76. Dia dah maafkan kamu
77. She be'll fine right?
78. I love you too Nerd.
79. Hana Delisha!
80. Baru saya tahu sekarang...

54. Kenapa?

2K 153 2
By TintaHitamTanpaArah

Bangun sahaja mereka terus mandi dan menukar pakaian bersih sebelum makan yang mana sarapan dan makan tengah hari pada masa yang sama. Sebab mereka bangun selepas jam 12 tengah hari.

Setelah selesai makan, Daniel mengajak Zara untuk ke bilik bacaannya dalam rumah agam itu.. Yang mana membuatkan Daniel menyesal akan keputusan itu sesaat kemudian.

Seperti anak di denda selepas buat kesalahan, lelaki itu duduk dalam keadaan duduk dengan tangan di atas kedua-dua lutut, dan kepala tunduk memandang ke bawah. Begitu bersalah.

Berhadapan dengan orang yang duduk bersilang kaki di atas sofa dengan tangan bersilang di dada tidak puas hati.

Habis dibebeli hampir 20 minit yang lepas tentang rahsia mengenai secret admirer dan tentang diri Daniel yang selama ini dirahsiakannya dari Zara.

"Berapa  lama awak nak mendiamkan diri?Tiada apa-apa yang awak nak jelaskan kepada saya?"

Daniel mengetap bibir. Semua ni salah Taylor. Kenapa lelaki tu bawah Zara ke sini?Tidak memasal dia terjerat sendiri dengan rahsia dia.

"Maafkan saya."ucap Daniel.

Zara yang dengar menjeling menyampah sebelum memalingkan muka ke kanan. "Saya bukan nak dengar maaf dari awak...saya nak dengar penjelasan dari awak. Siapa sebenarnya awak ni? Kenapa awak upah orang untuk perhatikan saya?Kenapa awak rahsiakan identiti sebenar awak?Kenapa awak  berpura-pura seperti loser sedangkan awak adalah CEO syarikat mewah keluarga awak?Kenapa?Adakah sebab awak tak percayakan saya? Senior takut kalau saya tahu siapa senior saya hanya akan gunakan kekayaan senior?Macam tu?Jadi senior berpura-pura dan rahsiakan semua tu dari saya." Sarah pun berangapan begitu pada dia. Sampaikan rakan baiknya itu sanggup rahsiakan semuanya dari dia. Kening Zara berkerut-kerut.

Daniel mengangkat kepala.

"Bukan itu niat saya..."

"Apa niat senior kalau macam tu?"

"Saya cuma takut...itu aje. Saya takut kalau awak tahu siapa saya, awak takkan menerima saya dan berkawan dengan saya seperti mana awak layan sayam Lagipun saya memang tak ada niat nak rahsiakan semuanya dari awak Zara...saya cuma rasa siapa saya tak penting sebab bagi saya apa yang penting adalah awak berada dekat dengan saya...alasan kenapa saya arahkan Taylor untuk tengokkan awak..sebab saya risaukan awak memandangkan awak selalu keluar sendirian dan tiada sesiapa di sisi....saya tak boleh ada dengan awak sepanjang masa...jadi hanya cara ini saja saya dapat jaga awak... walaupun dari jauh..."

Zara melepaskan keluhan mengalah. Memangnya dia ni kejam sangat ke sampai kawan pun nak memilih latar belakang?Kenapa ya semua orang buat anggapan sendiri tanpa tanya dia dahulu?

"Tak bermakna senior perlu buat perangai seperti semalam!Mengamuk dan hilang kawalan sampaikan nenek senior sendiri menangis sebab takut!?"

"Salah awak jugak Zara sebab jauhkan diri dari saya tiba-tiba. Awak boleh saja tanya saya terus. Bukannya larikan diri macam tu...buat saya naik gila..."ujar Daniel yang masih mahu pertahankan diri.

Zara memandang semula ke Daniel lalu mengecilkan mata seperti mahu marah.

"Apa salah saya?Saya?"Zara tunding jari ke dada sendiri. "Kenapa salah saya pula..." marahnya pula.

Daniel melepaskan hela nafas pendek tanda mengalah. Tak patut dia letakkan kesalahan pada Zara sekarang ini. Matanya dipejam sekejap.

"Fine..saya mengaku saya salah. Saya tak sepatutnya hantar orang untuk perhatikan awak tanpa pengetahuan awak. Saya mengaku saya tak sepatutnya tunjuk perangai lama saya depan nenek..."ngaku Daniel serta merta. "Please. Saya tak nak gaduh dengan awak Zara."minta Daniel dengan kepala masih tunduk memandang ke bawah.

Zara hanya menjeling mata ke Daniel sewaktu Daniel membuat pengakuan. Nak marah pun dia tak kuasa apalagi memanjangkan hal ini.

"Dan saya tahu..itu bukan alasan sebenar awak jauhkan diri dari saya.."Daniel mengangkat kepala. Memandang sedih ke wajah Zara.

Zara menjungkit kening tinggi selepas mendengarnya.

"Apa maksud awak?"tanya Zara.

"Saya tahu yang awak akan bertunang dengan Damon Benz...sabtu depan."jawab Daniel bernada sugul. "Sebab itu kan awak mula jarakkan diri dari saya...sebab awak akan kahwini dengan lelaki yang lebih baik dari saya..lebih hebat dari saya...kalau macam tu apa bezanya kalau saya beritahu awak siapa saya sebenarnya dari awal?"

Haih!Ini lagi!? Zara melepaskan keluhan panjang mengalahnya. Nak terkejut pun tiada guna sebab Daniel pasti tahu semua ini selepas mengintip dirinya selama ini. Jadi berita pertunangannya ini pasti diketahui dengan cepat.

Ya. Memang benar pertunangan bersama Damon akan terjadi. Tapi yang bakal bertunang nanti bukanlah dirinya. Tapi sebaliknya adalah Kennedy.

Zara tahu keputusan Zara akan membuatkan Zara tidak dapat bertemu dengan neneknya. Selain itu Zara juga tahu yang Sarah akan kecewa dengan tindakannya ini dan James, ayahnya akan semakin membencinya yang teramat sangat.

Mungkin James akan halau dia keluar dari hidup lelaki itu sampai bila-bila selepas dapat tahu mengenai rencananya ini.

Tapi apakan daya yang ada ..sekiranya dia teruskan jugak pertunangannya ini, Kennedy akan lebih terluka. Lagipun dengan keadaannya sekarang....tidak mungkin dia sempat dapat meneruskan pertunangannya.

"Baguslah kalau awak dah tahu. Tak perlu lah saya jelaskan hal tu sendiri..."ujar Zara perlahan.

Daniel bangun dari sofa lalu duduk melutut di hadapan kaki Zara. Dia mencapai kedua belah tangan itu lalu digenggam kemas.

"Jangan."minta Daniel. "Zara ...jangan terima pertunangan itu..."dongaknya memandang terdesak.

Zara menundukkan mata ke Daniel.

"Biar saya yang bertunang dengan awak..."aju Daniel terdesak. Dia inginkan Zara. Dia tidak boleh memilih sesiapa selain Zara lagi.

Berdesup laju darah naik ke otak mendengar ajakan itu. Zara menilik wajah bersih depannya dalam-dalam. Bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Itulah yang dirasai oleh Zara waktu itu. Makin di tatap makin menebal rasa kasihnya pada Daniel. Tapi manakan dia sanggup menyakiti hati insan yang sudah kehilangan kedua ibubapa dengan tragis! Mana mungkin dia mahu menyakiti Daniel sekali lagi jika suatu hari nanti dia tiada lagi di dunia ini.

"Kenapa?"tanya Zara.

"Apa yang kenapa?"tanya Daniel dengan kening berkerut.

Zara memandang dada Daniel sebelum naik memandang wajah lelaki itu. Dia perhati lama lelaki itu sebelum bersuara.

"Kenapa mesti saya yang perlu bertunang dengan awak Daniel?"soal Zara walaupun dia dah jelas apa alasannya.

Daniel bungkam. Dia kelu tidak terkata.

Zara pandang tangan yang digenggam Daniel bersama perasaan sebak. Fikirannya menerawang akan saat-saat bersama Daniel.

"Adakah sebab awak selalu ada setiap kali saya perlukan seseorang?"Zara teringat akan saat-saat setiap kali dia sedih mahupun susah. Pasti ada Daniel paling tidak Taylor di sisinya sewaktu dia lemah. "Adakah sebab awak ada bila saya dah putus asa? Paling penting kenapa mesti awak Daniel?" sekalipun dia mahu bersama dengan Daniel, Zara tidak sanggup menyakiti hati Daniel di kemudian hari.

Daniel terkedu dengan soalan itu. Dia pandang mata Zara tanpa berkelip.

Continue Reading

You'll Also Like

100K 7.2K 63
Baru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara...
30.1K 2.6K 15
𝟎𝟓 | đ˜ĩđ˜Ļđ˜ĸđ˜ŗ 𝘴đ˜Ļđ˜ŗđ˜Ēđ˜Ļ𝘴 đ˜Ļ𝘴𝘮đ˜Ļđ˜ŗđ˜ĸ đ˜ĸđ˜Ĩđ˜Ēđ˜¯đ˜ĸ â€ĸ đ˜ŗđ˜ēđ˜ĸđ˜¯ 𝘩đ˜ĸđ˜¯ - đ˜ĸđ˜ĩ đ˜ĩ𝘩đ˜Ļ đ˜Ļđ˜¯đ˜Ĩ 𝘭𝘰𝘷đ˜Ļ𝘴 𝘮đ˜Ē𝘨𝘩đ˜ĩ 𝘩đ˜ļđ˜ŗđ˜ĩ đ˜ļ𝘴 - Jatuh cinta deng...
1.1M 52.9K 50
Puteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seo...
1.5K 50 10
Bila seorang kaki pembuli jatuh cinta pada seorang gadis..si pembuli juga mengugut kalau si gadis tidak mengikuti kehendaknya manja orang yang terdek...