BOS A.K.A SUAMIKU

Bởi Misshusna006

1.6M 51K 3K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... Xem Thêm

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 30 - KACAU DAUN!

24.4K 834 87
Bởi Misshusna006

          Suasana yang sedikit sesak di KLIA ini membuatkan aku terpaksa mengelak daripada terlanggar orang yang lalu-lalang di hadapanku itu.

          "Adila!" Aku pegang tangan Adila. 

          Dia tersenyum di belakangku.  Tidak lama kemudian, Adila pegang tangan ibu.  Aku tersentak apabila Adila tergelak di situ.  

          Kenapa?

          "Kita ni macam tengah main permainan kereta api.  Abang Afiq pegang tangan kau, kau pegang tangan aku.  Aku pula pegang tangan ibu.  Nasib baik ayah kat depan tu tak pegang tangan Abang Afiq!" Gurauan Adila itu menyebabkan aku tergelak sama.

          Aku kerling jam di pergelangan tanganku, dah tiba masa untuk Afiq Khairul masuk ke balai berlepas.  Aku perhatikan dia yang tetap tenang dan berwajah selamba itu.  Tapi, apabila aku teringatkan perlakuannya semalam tu, aku jadi malu lagi.  

          Aku tunduk sambil menekur kakiku sendiri.  

          Teringat kejadian awal pagi tadi.  Aku perasan yang ada kesan kemerah-merahan di leherku itu.  Nyamuk yang gigit ke?

          Mustahillah pula, takkan sampai merah macam ni?

          Apabila aku tengok dengan teliti, bukankah ini tempat yang Afiq Khairul... 

          Buat macam tu, akan tinggalkan kesan macam ni ke?  

          Tanpa aku sedari, Afiq Khairul berdiri di sebelahku.  Dia tunduk dan turut meneliti kesan merah tersebut.  Dengan selamba, dia cium pipiku dan terus masuk ke dalam bilik air sambil tersenyum puas.

          Mukaku merona merah.  Miang!

          Aku perhatikan semula Afiq Khairul yang berdiri di hadapan mertuaku itu.

          "Afiq jalan dulu ayah, ibu..," ucap Afiq Khairul lalu tunduk dan mencium tangan ayah dan ibu mertuaku itu.

          Mereka berdua hanya menganggukkan kepala dan tersenyum lebar di situ.

          "Call bila sampai kat sana nanti... Hati-hati ye," pesan ibu sambil menepuk perlahan bahu Afiq Khairul.

          Ayah turut berpesan hal yang sama.  Adila pula sibuk memesan cenderahati dari sana nanti.  

          Tidak lama lepas tu, Afiq Khairul berdiri di hadapanku.  Debaran di dadaku, aku tahan ketat-ketat!

          Aku tunduk dan cium tangan Afiq Khairul.

          "Abang jalan dulu." Afiq Khairul merapatkan dirinya kepada aku.  

          Dengan selamba, dia cium dahiku.  Kemudian, tubuhku dipeluk erat.  Tangannya lembut menepuk-nepuk belakangku.

          Saat ini, wajahku terasa hangat.  Ditambah lagi dengan mata-mata yang melihat kami ketika ini.  Aku mendongak, Afiq Khairul  sedang merenung wajahku.  Aku tunduk semula, tak sanggup rasanya nak bertentang mata dengan dia.  Malu!

          Afiq Khairul tergelak dengan kelakuanku itu.  Aku cuit pinggangnya.  Suka sangat usik aku!

          Apabila terdengar Adila berdehem beberapa kali, barulah Afiq Khairul lepaskan pelukannya itu.

          "Balik nanti, abang ada sesuatu yang nak beritahu kat Leha.  Apa-apapun, jaga diri baik-baik..," bisik Afiq Khairul hanya untuk pendengaranku.

          Pantas aku mendongak dengan kening yang bertaut rapat.  Saat ini Afiq Khairul sedang melihat aku dengan raut wajah yang sangat serius.  Aku diam.  Firasatku kuat menyatakan bahawa apa yang dia nak beritahu tu sangat penting! 

          Maka, dengan itu aku anggukkan kepalaku saja.

          Selepas itu, Afiq Khairul melangkah masuk ke dalam balai berlepas.  Aku berdiri di sebelah Adila yang sedang melambaikan tangannya kepada Afiq Khairul sehinggalah dia hilang daripada pandangan kami.

          "Jom balik!" ajak Adila lalu memeluk lenganku.  

          Aku ikut langkah Adila.  Tapi, dalam beberapa langkah... Aku menoleh ke belakang semula.  

          Aku... Aku rasa, aku macam dah mula rindukan dia!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          "Assalamualaikum dan selamat tengah hari..," sapaku perlahan lalu menapak masuk ke bahagian HR.

          Nurul dan Adeline yang sedang menunggu di meja masing-masing melihat aku lalu mereka berdua menayang sengihan yang paling lebar sekali!

          "Jom gerak! Perut dah berdendang lagu Bollywood ni.  Tidak lama lagi berdendang lagu dangdut pula kalau tak diisi dengan secepat mungkin," selorah Nurul lalu mengambil dompetnya di dalam laci.

          Adeline dan aku hanya menggelengkan-gelengkan kepala sambil tergelak.  Faham sangat dengan perangai Nurul ni!

          "Dah 2 hari bos kita kat Singapura tu.  Leha tak rindu ke dengan bos kita tu?" tanya Adeline ketika kami melangkah masuk ke dalam lift.

          Aku terdiam seketika.

          Tiba-tiba, Nurul memukul perlahan bahu Adeline.  Adeline yang terkejut dengan perlakuan Nurul itu menayang muka kehairanan sambil keningnya terangkat sebelah.  

          "Apa punya soalan yang awak tanya ni? Tentulah Leha ni rindu dengan bos kita.  Bayangkan kalau Alan, boyfriend awak tu balik Kedah selama 4 hari.  Awak tak rindu ke? Kalau saya, rindu beb! Malam-malam saya buat panggilan video call.  Lepaskan rindu gitu..," jelas Nurul dengan mimik muka gedik.

          Aku hampir ketawa dengan kata-kata Nurul tu.  Dramatik sungguh!

          "Sebenarnya..," gumamku perlahan.

          Nurul dan Adeline melihat aku dengan wajah serius.  Aku lepaskan keluhan kecil, tak jadi nak meluah perasaan!

          "Dragon ball ada 7 biji..," sambungku selamba lalu keluar dari lift tersebut.  

          Aku tinggalkan Nurul dan Adeline yang masih terkebil-kebil di belakangku.

          Aku ketap bibirku.  Takkan aku nak beritahu diaorang yang Afiq Khairul tak pernah call atau hantar message kat aku sejak dia di Singapura tu.  

          Pada mulanya, nak juga aku call atau hantar message kat dia.  Tapi, aku malu nak mulakan langkah dulu!

          Terus terang, aku dah mula rindukan dia.  Aku hanya lepaskan rindu dengan menatap gambarnya di screen handphone saja.

          Aku hela nafas panjang.  Entah kenapa, aku rasa sedih pula apabila teringatkan hal tersebut.  

          Afiq Khairul tak rindukan aku ke? Kenapa tak call atau hantar message kat aku? Sampai hati! 


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Selepas saja memarkir kereta dengan selamat, aku keluar dari perut kereta sambil menghembus nafas lega.   Aku keliling kereta milik Afiq Khairul itu.  Memastikan tiada calar di badan kereta tersebut! 

          Apabila berpuas hati, barulah aku masuk ke dalam banglo milik mertuaku ini.

          Sejak 2 hari yang lepas.  Aku tinggal kat sini.   Kalau diikutkan, aku boleh saja tinggal kat kondominium tu seorang diri.  Tapi, ibu dan Adila mengajakku untuk tinggal kat sini saja sehinggalah Afiq Khairul balik dari Singapura tu.  

          Diaorang kata, aku ni amanah daripada Afiq Khairul.  Kena jaga baik-baik!

          "Assalamualaikum..," ucapku lalu menapak masuk.  Namun, tiada sahutan daripada sesiapa.  Aku angkat kening, hairan!

          Aku menapak ke dapur.  Kelihatan ibu sedang memasak sesuatu di situ bersama dengan Mak Salimah, pembantu rumah keluarga mertuaku ini.  

          Aku tersenyum lebar.

          "Assalamualaikum ibu, mak cik..," sapaku sekali lagi sambil melangkah ke arah mereka berdua.

          Aku cium tangan ibu dan Mak Salimah, ibu hanya tersenyum lalu mengusap kepalaku.  Aku berbual seketika kemudian meminta diri untuk naik ke tingkat atas.  Nak mandi dan solat.

          Aku putar tombol pintu lalu menapak masuk ke dalam bilik tidur kami tu.  Aku letak sling bag  di atas meja mekap lalu duduk di birai katil.  Kemudian, aku buka tudungku lalu melangkah ke almari.  Aku buka pintu almari dan...

          Pap!

          Aku terkejut apabila sebungkus kotak yang berbalut cantik jatuh menghempap kepalaku.  Mataku tertumpu kepada bungkusan tersebut.  Besar tapi ringan!

          "Apa benda ni?" gumanku lalu mengambil bungkusan tersebut.

          Tertera namaku di atas bungkusan tersebut.  Aku duduk di birai katil dan tersenyum apabila mataku ternampak sedikit cahaya dari celahan pintu di bilik air tu.

          "Adila, kau kat bilik air ke?" laungku kuat.

          Tiada sahutan daripada Adila.  Aku letakkan bungkusan tersebut di birai katil lalu melangkah ke depan pintu bilik air.  Aku rapatkan telingaku di pintu tersebut.  Senyap dan sunyi!

          Ooo, nak main sembunyi-sembunyi ye

          Bisikku nakal lalu tersenyum jahat kat situ...

          "Malam ni malam Jumaat.  Gelap pula tu.  Bayangkanlah kalau 'kak ponti' tu muncul kat tingkap tandas.  Dengan rambut panja..." Aku ukirkan senyuman lebar apabila ternampak tombol pintu di buka dari dalam.

          Adila jenis orang yang berani maju ke hadapan.  Lintah, ular, cacing atau apa saja.  Dia tak takut dengan itu semua.  Lagipun, jangan cari gaduh dengan Adila sebab dia ada taekwondo, pemegang tali pinggang hitam.

          Tapi, kelemahannya hanya satu.... Hantu!

          "Wuahhhh!!! Janganlah cakap macam tu!" Adila muncul dengan torchlight di tangannya.

          "Macam mana kau tahu aku kat bilik air? Hancur rancangan aku nak kejutkan kau! Tak puas hati betul!" bebel Adila lalu melangkah ke arah katil.  

          Terus saja dihumbankan badannya di atas tilam dengan muka sememeh!

          Aku ketawa lalu mengambil bungkusan tersebut di sisi Adila.

          "Tulisan ni, tulisan kau.  Lagipun, siapa lagi nak sembunyi dan buat kerja ni selain daripada kau.  Takkan ibu kot?" jawabku selamba sambil membelek bungkusan di tanganku itu.

          "Bila hari jadi aku?" tanyaku kepada Adila semula yang sedang menopang dagu sambil tersengih lebar.

          "Esok," balas Adila selamba.

          Aku angkat keningku kepada Adila.  Dah tahu hari jadi aku esok, apasal pula bagi aku hadiah terlebih awal ni? Desis hatiku.

          "Aku nak jadi orang pertama yang bagi kau hadiah.  Hehehe!" tambah Adila lagi sambil tersenyum bangga.

          Aku gelengkan kepalaku sambil tergelak kecil.

          "Terima kasih, buat susah-susah je..," gumamku lalu duduk di birai katil.

          "Mana ada susah! Sebenarnya, aku stress dengan kau ni.  Hari jadi sendiri pun buat selamba saja.  Tapi, kalau hari jadi aku... Kau excited pula! Pelik sungguh..," bebel Adila dengan gayanya yang tak puas hati itu.

          Aku sekadar tersengih.  Terpaksa mengaku kebenaran kata-kata Adila itu yang sememangnya betul.  Sejak Amin ke Jepun, bagi aku sambutan hari jadi tu tak meriah kalau dia tiada.  Kalau bukan Adila yang ingatkan, Amin yang akan kejutkan aku di tengah malam.  Tepat-tepat jam 12:00 tengah malam! 

          Hehehe... Esok umur kami dah masuk 22 tahun.   Makin lama, semakin berusia!

          "Malam ni, aku tidur dengan kau.  Boleh ke? Lagipun, Abang Afiq tiada.  Gunakanlah peluang ini untuk bermanja dengan aku.  Aku tak kisah!" ucap Adila sambil mendabik dada.

          Aku muncungkan bibir.

          "Laaa... Tak mahulah! Apa kes pula aku kena tidur dengan kau ni? Dah-dah, pergi bilik sendiri.  Aku tak nak!" usikku lalu menarik kaki Adila supaya turun dari atas katil tu.

          Adila menjerit kuat.

          "Tak nak! Malam ni malam Jumaat.  Aku tak nak!" laung Adila sambil menarik cadar.  Tergolek-golek Adila aku kerjakan di atas tilam tu.

          Nasib baik ada Adila yang gila-gila ni.  Kalau tak, aku sunyi! 

          Sekurang-kurangnya, dapatlah mengubat hati aku yang tengah sedih sekarang ni.  Sedih sebab Afiq Khairul tak pernah call atau hantar message kat aku!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Hari ini, genaplah umur aku.  22 tahun.   Begitu juga dengan Amin.  Tengah malam seperti yang aku jangkakan, Amin messenger aku dan mengucapkan selamat hari lahir kepada aku.  Aku turut mengucapkan hal yang sama kepada Amin.  Bermesej dengannya sehinggalah pukul 12:30 malam.

          Aku cover mulutku menggunakan telapak tanganku.  Menguap seluas-luasnya.  Mengantuk punya pasal!

          Aku tengok jam di dinding.  Dah masuk waktu untuk Solat Subuh.  Aku gerakkan bahu Adila di sebelahku itu.  Terpisat-pisat Adila bangun dan menggaru kepalanya sambil menguap luas.  Dia berpamitan untuk balik ke biliknya sendiri.

          Aku anggukkan kepalaku saja.  Kami nak solat.  Lepas tu, bersiap untuk bersenam.  2 hari aku kat sini, 2 hari jugalah Adila heret aku untuk temankan dia bersenam dan jogging

          Tuala dan sarung batik di sidaian besi, aku ambil dan melangkah masuk ke dalam bilik air.  Seketika kemudian, aku keluar dengan hanya memakai sarung batik dan melilitkan tuala di bahuku saja.  Tidak perlu risau sebab Afiq Khairul tiada.  Bebas!

          Dengan hanya pencahayaan dari bilik air tu, aku melangkah ke almari.  Aku buka pintu almari dan...

          Pap!

          Sebungkus kotak sederhana besar lagi jatuh di atas kepalaku.  Tapi, aku sempat sambut kotak tersebut sebelum jatuh di atas lantai.   

          Aku ketap bibirku, geram!

          "Adila, ini kerja kau lagi ke?" tanyaku lalu mencari kelibat Adila.  Tapi, gelap! 

          Aku melangkah ke tepi pintu bilik.  Aku tekan suis lampu.  Baru saja aku nak menoleh.  Aku terasa seseorang di belakangku! 

          Terus tubuhku ditariknya ke dalam dakapannya.   Aku yang tak sempat nak mengelak hanya terpaku di situ.  Apataknya, bukan Adila yang berdiri di hadapan aku sekarang ini.

          Tapi, Afiq Khairul!

          "Ab... Aba... Abang?" gagapku tak percaya.

          Bukan Afiq Khairul balik esok malam ke? Bisikku dengan kening berkerut.

          Dakapan Afiq Khairul yang erat itu membuatkan aku sukar untuk bernafas.  Terjengket kakiku disebabkan ketinggianku yang hanya paras bahunya saja.  Lagi satu, keadaan diriku yang tak sempurna ini membuatkan aku menolak tubuh Afiq Khairul.   

          Tapi, seperti selalu... Tak berjaya!

          "Rindunya abang dengan Leha ni..," bisik Afiq Khairul di telingaku.

          Apalagi, jantung aku... Macam nak tercabut terkeluar!

          "Ke...Jap.  Abang! Leha nak pakai baju!" pintaku berterus-terang kepada Afiq Khairul.

          Tapi, Afiq Khairul tidak mengendahkan kata-kataku itu.  Aku ketap bibirku.  Dahlah balik tak beritahu, sekali pun tak pernah call atau hantar message kat aku masa dia di Singapura tu.  

          Lepas tu, sesuka hati saja peluk aku macam peluk kayu balak.  Ini yang aku nak marah ni! Rungutku dalam hati.

          "Leha! Abang Afiq da..." Terjengul muka Adila di pintu bilik yang sudah terbuka luas itu.

          Aku ternganga.  Afiq Khairul terkejut.  Adila tayang muka selamba.

          "Sorry, please continue..," kata Adila perlahan lalu menutup pintu dengan rapat sekali.

          Aku terkedu, Afiq Khairul mengeluh!

          "Lepas!" Aku tolak tubuh Afiq Khairul.  Geram!

          Tak pasal-pasal Adila tengok keadaan aku sekarang ni.  Sungguh memalukan!

          "Leha perlukan penjelasan daripada abang.  Dari A sampai Z.  Kejap!" Pantas saja aku melangkah ke almari dan mengambil baju dan sewaktu dengannya.

          Aku masuk ke dalam bilik air dengan muka cemberut habis!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Selepas saja kami menunaikan Solat Subuh, aku cium tangan Afiq Khairul.  Seperti biasa, kepalaku diusapnya dan dahiku diciumnya lama.  Aku hanya tayang muka tak berpuas hati.  Afiq Khairul pula hanya tersenyum!

          Aku buka telekungku dan melipatnya ala kadar.  Afiq Khairul  yang duduk di birai katil tu menepuk ruang kosong di sebelahnya itu.  Mengisyarat kepada aku supaya duduk kat situ.  Aku melangkah ke situ lalu duduk sambil berpeluk tubuh.

          "Selamat hari lahir." Afiq Khairul menyerahkan kotak berbalut cantik yang terjatuh di atas kepalaku sebentar tadi.

          Aku muncungkan bibirku.

          "Abang dan Adila ni macam berjanji.  Dua-dua letak hadiah dalam almari," bebelku lalu menyambut bungkusan tersebut.

          Kening Afiq Khairul terangkat.  Lama dia perhatikan aku sebelum tersenyum nipis.

          "Dah namanya adik-beradik kan... So, apa yang abang perlu jelaskan?" Afiq Khairul memegang pipiku.  Diusapnya lembut sambil tersenyum manis!

          Aku tepis tangan Afiq Khairul.

          "Bukan abang balik esok malam ke? Seminar tu kan dalam 4 hari, kenapa abang balik awal? Jam berapa flight abang semalam? Kenapa Leha tak tahu? Lagi satu, kenapa tak telefon Leha masa kat sana? Abang call ibu saja, tapi tak pernah call..." Aku terdiam.  Aku tunduk dan memerhatikan hadiah di tanganku itu.

          Rasanya reaksiku sekarang ni, macam tengah merajuk dengan si Afiq Khairul ni

          Aku ketap bibirku, sejak bila pula aku pandai merajuk-rajuk dengan dia ni? Bebelku geram dalam hatiku saja.

          "Leha merajuk dengan abang ke ni?" Pertanyaan Afiq Khairul itu membuatkan mukaku merona merah.

          Aku mendengus kasar.

          "Huh, tiada masa Leha nak merajuk dengan abang!" tukasku lalu berpaling daripada Afiq Khairul.  

          Indeed, aku memang merajuk!

         Afiq Khairul tersenyum lebar.  Alahai, comel sungguh!

          "Well, kalau nak tahu... Seminar tu hanya 3 hari.  Abang sampai sini dekat pukul 10:00 malam.  Tapi, masa abang masuk ke bilik... Leha dah tidur dengan Adila.  Abang tak nak kacau sleeping beauty tengah tidur lena.  Jadi, abang tidur kat bilik tetamu je.  Tunggu masa sesuai dan ta-da... Here I am." Afiq Khairul bermain dengan ekor rambutku.  Dipegang sambil melilit jari telunjuknya dengan rambutku.

          Aku berpaling dan merenung Afiq Khairul dengan renungan tajam.  Kemudian, mengeluh halus.  Patutlah dia tidak bagi salinan resit flight dia kat aku untuk claim di bahagian Account Department tu.  Rupa-rupanya, ini muslihat dia.  Aku terkelu, tak tahu nak cakap apa!

          "Lagi satu, abang tak call atau hantar message kat Leha sebab abang nak kumpul rasa rindu ni dan..." Afiq Khairul melihat aku. 

          Matanya tertumpu kepada bibirku... 

          Aku tahu isyarat mata Afiq Khairul itu.  Pantas saja aku berdiri dan ingin berlalu dari situ.  Tapi, tangan Afiq Khairul menarik lenganku sehinggakan aku terduduk di atas ribaannya.

          Hah?

          Mukaku merona merah.  Aku cuba untuk berdiri.  Namun, tangan Afiq Khairul yang melingkari pinggangku itu sangat erat.  Aku kerutkan dahiku, menghantar isyarat kepada Afiq Khairul yang aku tak suka dengan perlakuannya sekarang ini, aku masih marah lagi!

          "Abang tahu Leha tengah marah sekarang ni.  Tapi, please... Abang betul-betul rindukan Leha.  Leha tak rindukan abang ke?" Suara Afiq Khairul yang sedikit perlahan itu membuatkan debaran di dadaku berirama rancak. 

          Oh my gosh!

          Renungan matanya yang redup itu membuatkan aku tertunduk di situ.  Tak sanggup rasanya nak bertentang mata dengan dia!

          Heh, Afiq Khairul tengah goda aku ke sekarang ni?!

          "Tak! Lepaskan Leha!" balasku lalu menolak tangan Afiq Khairul di pinggangku itu dengan gelengan kepala.

          Cukup-sudah-cukup! Situasi sekarang ni boleh buat aku pengsan!

          "Leha..," pujuk Afiq Khairul. 

          Afiq Khairul pegang daguku.  Aku tengok Afiq Khairul tersenyum.  Manis sekali.  Senyuman trademark miliknya itu, killer smile.  

          Mataku tidak berkelip.  Aku terpana!

          Kalau dulu aku boleh tangkis serangan senyumannya ini.  Tapi, sekarang dah lain.  Perasaan yang aku ada kepada Afiq Khairul juga dah lain.  Kalau dulu, aku benci dengan dia ni.  Tapi, sekarang... Aku suka!

          Jadi, aku menyerah kalah.  Aku tergoda!

          Wajah Afiq Khairul yang semakin dekat itu membuatkan aku memejamkan mataku rapat-rapat.  Aku rela dan pasrah!

          "Leha, jom jogging!" Tiba-tiba pintu bilik kami terbuka luas lagi.

          Aku tersentak.  Afiq Khairul mengeluh lagi.  Adila tetap tayang muka selamba!

          "Sorry again, please continue..," kata Adila lalu menutup pintu seperti tadi.

          Afiq Khairul dan aku berpandangan seketika sebelum dia membawaku dalam pelukannya.  Terdengar keluhan berat daripada Afiq Khairul.  Dia surrender!

          Aku pula...

          "Hahahaaa..." Aku ketawa dalam pelukan Afiq Khairul.  Terasa lucu dengan sergahan Adila yang tak kena pada masa itu!

          Apa-apapun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Adila.  Disebabkan sergahannya itu, aku selamat daripada godaan Afiq Khairul ni!

          Oh ya, aku mendongak dan pandang Afiq Khairul semula.  Bukankah dia ada sesuatu yang nak beritahu kat aku ni

          Apa dia?



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

~ Adila, sekarang kau adalah musuh bagi pembaca-pembaca novel ni... 😌

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-30 ni.  Have a nice day guys!

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

604K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
63K 3.2K 54
🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...