Kembang-kempis hidungku baca WhatsApp daripada Adila tu. Amboi, bukan Syamir tu dah minta putus ke dengan Adila? Kenapa dia nak WhatsApp Adila lagi ni? Apa motif dia nak Whatsapp Adila? Bebelku tidak puas hati.
Aku pula yang stress apabila membacanya...
Adila : Syamir WhatsApp aku tadi. Dia tanya khabar. Tapi, aku tak reply... (tambah emoji muka menyampah)
Aku : Jangan reply langsung. Kenapa pula dia nak WhatsApp tanya khabar segala? Syamir tu tiada perasaan malu ke? Aku pula yang malu tengok perangai dia macam tu... (tambah emoji muka geram)
Adila : Hahaha... Leha. Kalau Syamir tengok apa yang kau hantar ni. Confirm, dia muntah darah! (tambah emoji muka ketawa terbahak-bahak)
Aku mencebik geram.
Aku : Bukan apa... Aku geram dengan apa yang dia buat dengan kau hari tu. Ingat hati kau ni hati ayam ke? Seenak rasa saja dia nak buat begitu. Abaikan. Kau dah move-on pun sekarang ni. Jangan kusutkan fikiran dengan Syamir tu (tambah emoji muka tersenyum)
Adila : Aku baru je block nombornya. Walaupun nampak macam budak-budak main block-block segala ni. Tapi, macam yang kau cakap. Aku dah move-on. Hehehe... (tambah emoji muka tergelak)
Aku tersenyum lebar. Aku ambil remote control dan matikan siaran Netflix tu.
Aku : Alhamdulillah... Kau kuat Adila. Jangan risau, tiada BF bukannya tak boleh gembira langsung. Kau masih ada kami. Dan, aku ada untukmu. Hehehe... (tambah emoji muka tersipu-sipu malu)
Adila : Lega bila dah berbual dengan kau. Thanks kakak iparku... I love u (tambah emoji muka kiss)
Aku tergelak apabila baca WhatsApp terakhir daripada Adila tu. Kalau diikutkan, walaupun kami lahir pada tahun yang sama. Berbanding Amin dan aku yang lahir pada bulan Jun, Adila pula lahir pada bulan April. Kiranya, dia yang kakak. Tapi, memandangkan aku kahwin dengan abang dia. So, aku yang jadi kakak sekarang ni.
Selepas aku ucap good night kepada Adila, aku ketuk pintu bilik kerja Afiq Khairul dan membukanya dengan perlahan. Aku tengok dia masih sibuk di hadapan laptop miliknya itu.
"Abang masih busy ke?" tanyaku sambil melangkah ke arahnya.
Dia sekadar menganggukkan kepalanya. Dengan isyarat mata, dia arahkan aku duduk di sebelahnya itu. Tanpa banyak songeh, aku tarik kerusi roda lalu duduk di sebelahnya. Menopang dagu dengan muka selamba dan gaya santai.
Afiq khairul meneruskan kerjanya.
"Abang..," panggilku apabila ada sesuatu yang berlegar di benak fikiranku sekarang ini.
Tanpa mengangkat wajahnya. Dia menyahut panggilanku.
"Hmmm?" gumamnya perlahan.
Aku kerutkan keningku.
"Abanggg..," panggilku lagi sekali. Sekurang-kurangnya, aku nak kami bertentang mata. Ada perkara penting yang aku nak tanya kat dia ni!
Afiq Khairul menoleh ke arah aku.
"Ya, isteri abang. Ada apa tu?" soal Afiq Khairul dengan nada sedikit geram dan muka pasrah.
Aku hanya tersengih lebar.
"Macam ni... Abang pernah bersemuka dengan Syamir tak? Leha pernah nampak gambarnya saja. Orangnya macam mana?" soalku dengan kening berkerut.
Afiq Khairul berhenti daripada menaip di laptop miliknya itu. Mukaku dipandangnya serius. Aku pandang Afiq Khairul juga. Kami berpandangan antara satu sama lain.
"Lepas apa yang dia buat kat Adila. Leha turut benci dengan Syamir tu. Tapi, tidak adil dan wajar pula bila Leha judge seseorang tu tanpa bersua muka atau mengenalinya langsung. Erm, tapi nak buat macam mana? Bayangkan kalau tetiba Leha mesej abang, Leha nak berpisah dengan abang. Apa perasaan abang? Sedangkan Leha yang dengar pun sakit hati,inikan pula Adila yang mengalaminya..," sambungku sambil mengeluh kecil.
Afiq Khairul menyandarkan badannya sambil berpeluk tubuh.
"It's normal bila ada perasaan macam tu. Adila kawan karib Leha sejak kecil lagi. Lagipun Leha lebih mengenali Adila berbanding dengan Syamir tu. Sudah tentu Leha lebih memihak kepada Adila. Abang pernah jumpa Syamir sekali. First impression... Abang tidak suka dia. Tapi, Adila happy time tu. Bagi abang, yang penting Adila happy... Abang turutkan saja," katanya sebelum menyambung kerjanya lagi.
Aku terdiam. Kemudian, menganggukkan kepalaku tanda setuju dengan kata-katanya itu.
"Walaupun Leha mesej abang untuk berpisah... Ia takkan berlaku sama sekali. Jangankan bermimpi. Berangan sekali pun abang tidak benarkan!" Marah Afiq Khairul tiba-tiba.
Aku terkesima.
"Eh? Contoh! Leha bagi contoh je laa tadi tu. Takkan nak bergurau pun tak boleh?" bebelku tidak puas hati.
Afiq Khairul mencerlung tajam kepada aku. Langsung aku tayang gigi sambil tersenyum lebar. Buat muka innocent!
Aku menopang dagu lagi.
"Urut bahu abang," arahnya tiba-tiba.
Aku tersentak.
Hah?
Afiq Khairul mengeluarkan kertas memo kecil daripada laci yang paling atas sekali. Aku macam pernah tengok kertas tu. Tapi, di mana ye? Eh? Kejap!
Mataku terbeliak luas, bukankah ini kertas memo yang aku bagi sebelum ke Pulau Mabul hari tu?
Leha Coupon (2) – Urut Bahu Abang!
"Okey, arahan dituruti..." Tanpa banyak songeh lagi, aku berdiri di belakang Afiq Khairul.
Aku tarik nafas dan kemudian mencebik di belakang Afiq Khairul. Aku luruskan tanganku. Kemudian, mengurut-urut jari-jemariku. Lepas tu, menggerakkan kepalaku dari kiri ke kanan. Bayangkan saja lagak atau gaya samseng yang nak bertumbuk dengan seseorang macam kat dalam drama TV tu!
Tetapi...
"Auchhh!" Afiq Khairul mengerang kesakitan.
Dia berpaling kepadaku dengan kening berkerut. Jelas dimukanya yang dia tidak puas hati dengan urutanku itu.
Aku buat muka tidak bersalah. Tanganku masih buat gaya urutan. Berkelip-kelip mataku melihatnya.
Kenapa?
"Leha urut bahu abang atau urut batang kayu?" Persoalannya itu aku sambut dengan senyuman malu-malu kucing.
"Ops, sorry... Leha terlebih tenaga kot? Takpe, Leha urut perlahan ye... Abang putar semula ke hadapan," arahku pula kepada Afiq Khairul.
Aku pegang bahunya lagi. Aku urut bahunya dengan lemah-lembut dan lemah gemalai. Ala-ala professional gitu!
15 minit kemudian, aku menguap luas... Mataku berair. Mengantuklah pula!
Aku pukul perlahan bahunya itu dengan kedua-dua telapak tanganku, berbunyi jari-jemariku dengan tindakanku itu.
Aku menguap luas lagi.
Tiba-tiba, Afiq Khairul memegang tanganku. Dia berpaling dan mendongak lalu melihatku tanpa segaris senyuman. Serius gila!
Dengan mata layu dan sedikit berair, aku tayang muka mengantuk kat Afiq Khairul tu.
Dia mengeluh di hadapanku.
"Sekejap je urut bahu abang dah mengantuk... Bukan beriya-iya dan semangat ke hari tu masa bagi kertas memo ni kat abang?" tanyanya sambil menunjukkan kertas memo tu semula kepada aku.
Aku garu kepala yang tidak gatal. Hanya mampu tersengih-sengih. Nak buat macam mana, aku mengantuk dah ni. Nak tidur. Lagipun, esok nak kerja!
"Sorry, esok Leha sambung ye... Leha betul-betul mengantuk. Abang masih ada kerja lagi ke? Kalau masih ada, Leha masuk tidur dulu." Hanya itu yang aku mampu cakap.
Aku gosok-gosok mataku. Mengantuk gila!
Afiq Khairul melepaskan genggaman di jari-jemariku. Dia berpaling dan mematikan laptop miliknya itu. Meja kerja dikemas ala kadar dan kemudian menarik tanganku semula. Kami keluar dari bilik kerjanya dan masuk ke dalam bilik tidur kami.
Tanpa membuang masa, aku naik ke atas katil. Oleh sebab aku dah faham sangat-sangat perangai Afiq Kairul ni, aku baring di atas bantalnya. Tinggal dia nak peluk aku saja. Aku malas kalau time aku dah tidur baru dia nak tarik aku dalam pelukannya. Buat spoil tidurku saja. Tak syok betul!
Aku pejamkan mataku dan masuk ke alam mimpi. Tidak menyedari yang Afiq Khairul melihat gayaku itu dengan gelengan kepala sambil ketawa perlahan.
۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞
Aku letakkan fail yang Afiq Khairul perlukan itu di atas mejanya. Kemudian, melangkah keluar dan meneruskan kerjaku yang tergendala sebentar tadi. Letter award yang baru Afiq Khairul sign tadi, aku copy dan mengatur langkah ke bahagian Account Department.
"Miss Ng... Bos suruh prepare invoice 30% downpayment. Kalau dah siap prepare, email kat client dulu then baru courier ke sana," beritahuku kepada Ms. Ng selaku ketua account di syarikat ini.
"Okey, nanti dah siap... Saya beritahu Pn. Leha," ujarnya sambil tersenyum.
Aku tergelak. Pelik bila dipanggil begitu. Tak biasa!
"Panggil Leha saja. Macam biasa. Kekok pula ada title puan kat depan tu. Leha masih muda lagi," kataku sambil ketawa kecil.
Ms. Ng turut ketawa. Aku suka bergaul dengan Ms. Ng sebab dia ni jenis yang sporting. Walaupun orangnya pendiam, tapi kalau dah kenal rapat... Dia suka bergurau dan bercerita tentang produk kesihatan dan kecantikan. Kami berbual seketika sebelum aku ke bahagian HR.
Aku lemparkan pandanganku kepada Nurul yang sibuk mengagihkan surat-surat di tangannya itu.
Aku tepuk bahunya...
"Opocot!" telatahnya kuat. Terjerit Nurul di situ!
Aku ketawa kuat dengan reaksinya itu. Nurul mengurut-urut dadanya dan melihat aku dengan dahi berkerut.
"Nasib baik awak dah kahwin dengan bos, kalau tidak... Saya dah piat telinga tu!" marah manja-manja Nurul kepada aku.
Aku ketawa lagi.
"Piat je laa... Leha masih yang dulu walaupun dah kahwin dengan bos. No special treatment please," ujarku dengan sengihan lebar.
Nurul mengeleng-gelengkan kepalanya.
"No, no... Nurul masih nak kerja lama kat sini. Gilalah Nurul nak piat telinga isteri bos ni," balasnya dengan sengihan lebar juga.
Adeline muncul di belakangku. Dia memegang secangkir coffee. Aku kerling jam di dinding. Pukul 3:05 petang. Dah masuk waktu rehat. Rehat selama 20 minit ni biasanya dimanfaatkan dengan minum petang sambil bergosip.
"Ada surat untuk bos tak?" soalku terus kepada Nurul.
Nurul memeriksa di mejanya dan menyerahkan 3 keping sampul surat kepada aku. Aku menyambutnya dan terus berpamitan. Aku melangkah ke arah pantry dan sediakan coffee untuk si Afiq Khairul tu.
Selepas itu, aku kepit surat di lenganku sambil membawa cawan yang masih berwap panas. Dengan berhati-hati, aku melangkah ke arah bilik Afiq Khairul. Tapi, malang tidak berbau. Semasa aku nak membelok ke kanan, aku terlanggar seseorang.
Coffee tu tertumpah sedikit dan terkena bajunya. Bahagian perut sebelah kanan. Aku tergamam... Astaghfirullah!
Terus aku mendongak dan tengok orang yang aku langgar tu. Aku tak sengaja... betul-betul tak sengaja!
"Aa... Abang okey ke?" kalutku dengan riak muka kerisauan.
Orang yang aku langgar tu, suami aku sendiri. Si Afiq Khairul!
Pantas Afiq Khairul ambil coffee tu di tanganku. Jari-jemariku dibeleknya dengan kening berkerut.
"Kena tangan Leha ke tadi?" tanyanya segera.
Aku gelengkan kepalaku. Sepatutnya aku yang risau, bukan dia!
Aku pegang lengan Afiq Khairul. Lantas aku buka pintu bilik yang ada di sebelah bilik Afiq Khairul tu. Bilik rehat khas untuknya. Ada sofa panjang, almari dan tandas. Coffee yang masih berwap panas tersebut, Afiq Khairul letak di atas meja kecil yang ada di bilik ni.
"Abang buka baju... Leha nak tengok," arahku kepadanya.
Afiq Khairul melemparkan pandangan serius kepada aku. Keningnya terangkat. Barangkali tidak mempercayai apa yang aku cakapkan tadi.
"Coffee tu masih panas, abang tidak rasa apa-apa ke?" tanyaku dengan muka serius.
Tanpa membuang masa, Afiq Khairul membuka butang bajunya. Aku berdiri di hadapannya sambil memerhatikan tangannya itu. Satu-persatu butang bajunya dibuka. Apabila selesai, aku check perut Afiq Khairul. Aku tunduk dan meraba-raba perutnya yang berotot itu. Aku tengok ada kesan merah, sedikit saja. Tidak ada tanda-tanda teruk seperti melecur ke, apa ke... Aku mengeluh halus. Lega!
Tapi, buat sedetik waktu... Aku tersedar!
Pantas aku berdiri lurus dan tunduk menekur lantai. Mukaku merona merah. Yaa ampun, disebabkan risau dengan dia... Aku lupa yang aku ni perempuan. Seenak rasa saja aku suruh dia buka baju dan meraba-raba perutnya itu. Gayaku seperti aku mengambil kesempatan dan kesempitan gitu. Memalukan sungguh!
Afiq Khairul membuka bajunya hingga habis. Aku mengundur setapak, dia nak buat apa?
"Baju abang kotor, Leha ingat abang nak buat apa?" usiknya dengan senyuman nakal.
Mukaku jadi merah. Oleh kerana ini adalah kesilapanku sendiri, aku tebalkan mukaku saja. Aku ambil bajunya itu dan terus masuk ke dalam bilik air. Membersihkan mana yang patut. Abaikan Afiq Khairul yang masih tersenyum nakal itu!
۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞
Afiq Khairul mengambil beberapa pakaian di dalam almari. Pakaian itu diserahkan kepada aku yang sedang duduk di birai katil sambil memasukkannya ke dalam bagasi. Rapi dan tersusun elok!
Esok pagi, Afiq Khairul akan berangkat ke Singapura atas urusan kerja.
"Kalau rasa takut dan sunyi. Leha minta Adila temankan kat sini. Tak pun, Leha pergi je kat rumah ayah. Bermalam kat sana," cadang Afiq Khairul lalu duduk di sebelahku.
Aku anggukkan kepalaku saja. Setelah memastikan semuanya ada dan lengkap, Afiq Khairul mengangkat bagasi tersebut lalu diletakkan di depan almari.
"Lagi satu, Leha pakai kereta kalau pergi kerja nanti." Aku tengok Afiq Khairul mengambil kunci Toyota Fortuner dan Range Rover yang tersusun di atas meja mekap tu. Kemudian, kunci-kunci tersebut diserahkan kepada aku.
Tapi, aku gelengkan kepalaku.
"Yang tu, besar. Susah cari dan masuk parking. Lebih kurang sama juga dengan Range Rover tu." Aku jelaskan dengan memuncungkan bibirku.
"Boleh tak kalau Leha bawa scooter Leha je? Leha ni dah lama tak pandu kereta. Lepas kahwin dengan abang, Leha jadi penumpang bertauliah je. Takut nanti terlanggar ke, terkikis ke, terba..." Pantas saja Afiq Khairul cubit pipiku.
Aku tayang muka tak puas hati. Pipiku kebas sebab selalu kena cubit!
"Apasal cakap macam tu? Pandu cermat jiwa selamat!" pesannya serius.
Afiq Khairul pegang jari-jemariku.
"Nak abang belikan kereta baru untuk Leha ke? Yang saiz kecil. Sesuai untuk perempuan pandu..," tanyanya seolah-olah esok juga dia nak belikan aku kereta baru tu.
Aku kerutkan keningku. Kereta baru?
No!
"Kereta abang dah ada. Tak perlu. Lagipun, esok-esok bukan Leha yang pandu kereta. Abang juga yang selalu offer diri tu untuk hantar dan ambil. Membazir je nanti sebab jarang guna," balasku segera.
Aku ambil kunci kereta Toyota Fortuner di tangannya tu.
"Hish, Leha baru nak bawa scooter tu! Lama dah tak merempit. Rindu pula..," sambungku lagi dengan riak muka kecewa.
Terus Afiq Khairul cubit pipiku lagi. Aku pasrah!
"Hati-hati pandu kereta nanti. Jangan merempit pula, ingat tu!" pesannya lagi sekali kepada aku.
Aku muncungkan bibirku.
"Agak-agaklah ye Leha nak merempit guna kereta tu! Tapi, Leha tak jamin tau kalau ada apa-apa yang berlaku. Jangan nak marah Leha pula nanti! Jadi... Memandangkan abang dah bagi kebenaran. Leha terima je dengan tangan terbuka luas," balasku selamba.
Aku tersengih-sengih. Afiq Khairul pula hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Barangkali sakit kepala sebab perangaiku yang banyak songeh!
Tiba-tiba, jari-jemariku di bawa ke pangkuannya. Wajahnya rapat dan merenung ke dalam anak mataku.
Aku telengkan kepalaku ke kanan.
Kenapa?
"Rasanya abang akan rindukan bebelan, muncung bibir, dahi Leha yang berkerut serta suara Leha ni kat sana nanti," bisik Afiq Khairul tiba-tiba.
Terus wajahku berubah warna. Jadi merah!
Malu pula bila Afiq Khairul cakap yang dia akan rindukan aku kat sana nanti. Aku tundukkan pandanganku.
Blushing weh!
Afiq Khairul diam. Lama dia tenung mukaku sebelum meneruskan kata-katanya. Ada riak keraguan di raut wajahnya itu.
"Malam ni, temankan abang tidur?" tanya Afiq Khairul dengan nada perlahan.
Pantas aku mendongak dan pandang Afiq Khairul.
"Hah? Malam-malam Leha tidur dengan abang. Nak tidur macam mana lagi?" tanyaku dengan dahi berkerut.
Hairan punya pasal!
Afiq Khairul tersenyum nakal. Pipiku diusapnya perlahan. Pandangannya redup dan renungan matanya jatuh ke bibirku.
"Maksud abang yang macam ni..," gumam Afiq Khairul lalu tunduk di situ.
Telingaku diciumnya perlahan. Pipi serta mataku turut dikucup lama. Tangannya naik ke bibirku, lama matanya melihat bibirku itu. Aku boleh agak apa yang Afiq Khairul nak buat. Lantas aku tolak tubuh Afiq Khairul. Tapi, sudah terlambat!
"Aba..." Aku berusaha menolak tubuh Afiq Khairul. Lama Afiq Khairul dengan perlakuannya itu sehinggakan aku berjaya mengelak dan menoleh ke kanan.
Afiq Khairul berhenti dari perlakuannya itu. Aku atur pernafasan yang tak teratur. Tapi, aku terkejut apabila tangan kirinya memegang belakang kepalaku manakala tangan kanannya memegang daguku.
Aku pejamkan mataku apabila Afiq Khairul memagut bibirku lagi. Tidak lama lepas tu, leherku pula yang menjadi tempat singgahan bibirnya itu.
Lama...
"Leha..," gumam Afiq Khairul dengan nada suara yang sangat menggoda.
Aku hanya diam. Aku dapat rasakan tubuhku menggeletar. Takut plus gementar!
Aku terdengar keluhan nipis daripada Afiq Khairul. Dia menolak tubuhku jauh darinya dan melihatku dengan wajah yang serba salah.
"Maafkan abang," bisik Afiq Khairul lagi lalu mengusap pipiku.
"Leha tidurlah dulu. Abang ada kerja nak siapkan sebelum esok pagi," kata Afiq Khairul lalu melangkah pergi dari situ.
Aku terkaku dan tidak bergerak. Aku pegang leherku lalu menyembamkan mukaku ke tilam.
Apa yang terjadi? Apakah perasaan ini? Gila berdebar jantung aku, sampai sikit lagi nak tercabut keluar!
Arghhh, malunya!
۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞
Setelah pintu bilik ditutup rapat, dia menyandarkan tubuhnya di situ lalu memejamkan matanya. Afiq Khairul meraup rambutnya ke belakang. Betapa dia tergoda dengan wangian tubuh isterinya itu sebentar tadi.
Sampaikan dia terlupa yang isterinya itu belum bersedia lagi dalam part nafkah batin.
Afiq Khairul termenung di situ. Teringat pesanan Ilham Hakimi. Berkali-kali sahabatnya itu menasihatinya. Apabila melibatkan hal perasaan, ia bukan untuk disimpan, ia perlu diluahkan!
Keluhan nipis dilepaskan, dia tahu itu semua. Tapi, ada satu perkara yang Leha tak tahu lagi. Dia tidak tahu bagaimana penerimaan isterinya itu nanti apabila tahu perkara tersebut.
Dia ego ke? Mungkin ya... Selebihnya, dia takut!
JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM
KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE
Author Note :
~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )
~ Beritahulah je laa Afiq. Benda boleh bincang, buat apa sembunyi... 😌
~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-29 ni. Have a nice day guys!