Love's War✔

By kimiafina

322K 11.2K 751

❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ad... More

Watak
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
not an update
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
not an update
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Epilog
Author's note
lupa nak cakap😂
promote time
Raya's Version
Adam X Anis(1)
Adam X Anis(2)
Iklan Ebook

Bab 10

6.9K 272 12
By kimiafina

           'I just need the love'

ZAHIRA menghempaskan badannya di atas katil selepas penat pulang dari kelas dan berjalan mencuci mata dengan Anis.

Zahira tersentak apabila pintu biliknya dikuak dari arah luar. Syakir masuk ke dalam bilik dengan senyuman menghiasi wajah kacaknya.

"Hai sayang... "Tegur Syakir.

"Eh, awak dah balik? Maaflah.. Saya penat sangat tadi."Ujar Zahira lalu bangun duduk di birai katil.

Syakir menapak ke arah Zahira lantas melabuhkan punggungnya di tepi Zahirah. Tali lehernya dileraikan lalu kancing baju dibahagian dadanya dibuka. Hari ni dia agak penat kerana perlu berjumpa dengan client di luar pejabat.

"Awak nampak penat, nak saya urutkan? "Soal Zahira agak sopan.

Dengar saja perkataan 'urut', terus mata Syakir bersinar. "Betul ke nak urut saya? Tapi sayangkan penat.. "

"It's okay lah... Penat saya dah hilang pun lepas tengok muka handsome awak ni... "Terus hidung Syakir dipicitnya dengan lembut. Tak naklah buat kuat-kuat nanti bengkak pula hidung macho suaminya itu.

"Gatal eh sayang ni... "Ujar Syakir sambil tersenyum nakal.

Zahira membuat muka comel lalu jemari runcingnya naik mengurut bahu Syakir. Ditolaknya badan Syakir supaya meniarap. Lagi senang.

Dia bahagia dan tenang selepas sah menjadi isteri Syakir. Harap mereka akan macam ni sampai akhir hayat. Itu doa Zahira.

---—------------(⊙o⊙)-----------------

"Awak... Lepas... Wak... Sak... Sakit.... "Anis meringis kesakitan apabila Adam mencengkam kuat rambutnya. Tangannya juga naik menggapai tangan Adam yang sedang menarik rambutnya itu.

Adam menyeringai. "Kau pergi mana eh perempuan? Aku dah lama balik dari kelas tapi kau tak sampai-sampai rumah lagi, hah?! "Jerkah Adam. Sungguh, Adam yang sekarang sangat menakutkan dia. Adakah ini yang dinamakan, 'perang cinta'?

"Sa––saya keluar jalan-jalan dengan Zahira tadi.. "Terang Anis sambil meringis kesakitan.

"Kau ingat kau single lagi ke? Lain kali nak keluar pergi mana pon minta izin aku dulu.. Main keluar je, kau ingat kau tak de suami ke kat rumah ni? "Serentak itu rambut Anis dilepas kasar. Anis terjelopok di lantai apabila Adam menolak badannya kasar sebelum berlalu ke atas.

Air mata Anis merembes keluar. Seingat dia tadi, dia dah mesej Adam untuk keluar. Dia masih sedar siapa diri dia. Anis menyeka air matanya.

"Mak.. Anis insaf mak... Anis tahu ini semua balasan Allah atas semua dosa Anis mak... Anis... Anis takut Anis tak kuat nak hadapi semua ni... "Rintih Anis. Kakinya dipeluk ke dada.

Adam menghempas badannya kasar ke atas katil. Matanya naik memandang ke atas. Fikirannya bercelaru saat ini.

'Apa yang kau fikir tu Adam? Dia dah banyak kali sakitkan hati kau, tu baru sikit je kau seksa dia. 'Gumam hati jahat Adam.

'Mana boleh.. Kau buat dia macam tu. Dia isteri kau! Isteri yang kau perlu bimbing dia untuk jadi isteri yang solehah.. 'Satu lagi sisi hati Adam berbisik.

Terus Adam tepis kata hati baik dia. Buat apa dia nak buat baik dengan Anis, kalau sebelum ni pun Anis langsung tak jaga perasaan dia. Lantak dialah! Nak jadi apa pun.

"Anis!!!"Laung Adam dari dalam bilik.

Satu detik!

"Weyh, Anis!!! "Suara Adam naik seoktaf apabila Anis tidak menyahut panggilannya.

Logik akallah gila! Macam mana si Anis tu nak dengar kalau dia di tingkat atas, dalam bilik pulak tu. Dahlah, perempuan tu dekat bawah sekarang ni.

Adam jadi tidak puas hati terus dia meluru membuka pintu dan memanggil Anis.

Anis terkejut apabila namanya dilaung Adam. Segera dia memecut ke atas. Mahunya kejap lagi dia kena tengking lagi. Mahu cair tahi telinga dia.

"A–ada apa awak panggil saya? "Soal Anis sambil matanya menekur lantai.

"Urut aku? "

"Hah?! "Terpinga-pinga Anis apabila Adam masuk ke dalam bilik lalu membuang t-shirtnya lalu dilempar ke bawah katil. Senangnya hidup kau Adam.

"Aku rasa kau belum pekak lagi tak dengar apa yang aku cakap.. Aku suruh urut je bukannya buat apa pun.. Ke kau nak buat benda lain? "

Anis cepat-cepat menggeleng kepalanya laju. "Eh, t–tak.. Sa–saya urut awak...."laju-laju Anis melangkah dan duduk di atas katil Adam.

Jemari runcingnya dimenarikan di atas bahu Adam. Perlahan-lahan dia urut. Takut juga kalau dia terurut kuat. Kalau dia nak balas dendam, boleh saja dia cekik Adam sekarang ni tapi, ada satu perasaan yang menghalangnya. Entah, dia pun tak tahu.

"Boleh kuat sikit tak? Kau ni tak makan nasi ke apa? Hah! "Marah Adam. Orang suruh urut sikit pun tak boleh. Dasar anak manja!

Anis mencebik bibir. Buat macam tu salah, macam ni salah. Apa yang betulnya?

"Kalau saya buat kuat nanti awak marah.. Tak pasal-pasal saya kena. Bukan boleh kira sangat dengan perangai awak ni. "Omel Anis. Tangannya masih lagi berjalan di belakang Adam.

"Agak-agaklah, bodoh! "

Bodoh!

Terus tersemat di dalam minda Anis perkataan itu. Dulu dia yang cakap Adam bodoh, but sekarang ni dia yang kena. Redha sajalah, dia juga yang mencari masalah. Dia baru sedar siapa diri dia.

"Asal kau diam? Dah takde modal nak lawan aku? "Soal Adam lagi apabila Anis diam tidak menjawab apa-apa.

"Tsk... Sa–saya sedar dulu... Sa–saya yang cakap awak... Tsk.. Bodoh dulu.... Saya redha kalau.. Tsk... Awak... Benci saya... "Anis benar-benar terasa. Tak sangka pula dia boleh menangis di hadapan Adam sekarang ni.

Adam terus lompat bangun. "Dah ah... Suruh urut pun macam-macam. Pergi masuk bilik kau sekarang! "Arah Adam. Malas dia nak melayan Anis. Pada pendapatnya, Anis hanya inginkan simpati daripadanya. Benar! Dulu Anis yang selalu melemparkannya dengan kata-kata kesat.

Saat Anis keluar dari bilik Adam, mata Anis tertancap pada gambar yang disusun di rak sudut. Hatinya rasa sebak apabila terpandang gambar Adam 'nerd' yang memeluk buku di bahagian dada.

Pada mulanya dia rasa nak tergelak juga tapi mengingatkan hubungan dia dengan Adam, dia jadi takut pada masa yang sama. Dia takut Adam tinggalkan dia. Dia sudah tidak punya siapa-siapa kerana ibunya sendiri sudah membuangnya. Setitis demi setitis air matanya mengalir.

"Mak..... "Rintih Anis.

---------------------~T_T~----------------------

"Auch! "Cepat-cepat Puan Aisyah meletakkan tangannya di bawah paip di sinki. Tangannya luka akibat leka sewaktu potong sayur.

Terus mindanya melayang memikirkan satu-satunya anak gadis dia. Anak yang dia tatang bagai minyak yang penuh. Langsung hati tuanya merintih. Bagaimana keadaan anaknya sekarang ni? Bahagiakah dia?

Lamunannya terhenti apabila telefonnya berbunyi. Cepat-cepat tangannya dibasuh dan dilap sebelum telefon nokia itu dicapai.

"Assalamualaikum? "Sapa Puan Aisyah.

"Hello, siapa ni? "Tanyanya lagi sekali. Pelik. Bila diangkat tiada pula yang menjawabnya.

"Hello... "Katanya lagi.

"Mak.... "Sahut orang yang di sana. Terkejut dia dibuatnya. Anis? Sejujurnya hati tuanya sudah lama memaafkan cuma egonya saja yang tinggal.

"Kau siapa? Aku dah takde anak! Kenapa kau panggil aku mak?! "Jerkah Puan Aisyah. Dalam dia memarahi Anis, hati tuanya merintih. Dia tak sanggup tapi anaknya itu perlu diajar.

Kedengaran tangisan Anis di corong telefon. Tidak sanggup mendengar lagi, Puan Aisyah terus menutup laju telefonnya. Terus Puan Aisyah terduduk di atas kerusi. Sengaja dia tidak menukar nombor telefon kerana dia pasti Anis akan menelefonnya. Dia belum gila lagi nak buang anak sendiri cuma hati dia terkilan dengan anaknya.

Anis menekup mulutnya dari mengeluarkan tangisan. Rasanya hidup dia hari-hari dipenuhi dengan tangisan. Bila lagi dia nak menemu bahagia. Bahagia dengan orang yang dia cinta dan sayang.

"Bila lagi aku akan menemu bahagia, Ya Allah.... "Rintih Anis lalu mukanya ditekup di lutut. Dia sakit. Sakit sangat. Dia sayang Adam, dia juga sayang Puan Aisyah. Apa lagi yang harus dia lakukan. Apa lagi?

(Wattpad saya tengah buat hal sekarang ni.. Email pun ntah jadi apa... Dan lagi satu comment saya tak dapat nak reply.. Jadi, jangan ingat saya sombong tau.. Saya baca comment dan nak balas tapi tak boleh.. *muka sedih*..Walaupun macam tu, awak boleh jugak komen tau.. Jangan tak komen.. Hmmm...)

Continue Reading

You'll Also Like

My Fondness By nabh

Teen Fiction

406K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...
83.5K 9.1K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
600K 21.5K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
95.7K 6.7K 59
- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada...