DEVIL ADVOCATE

Da Avianaarmelle

86.8K 6.2K 596

Devil Protecter | Devil Champion #1 mystery #3 teenfiction Don't mess with wrong people. Lasyira Arlira terpa... Altro

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14

Bab 5

5.2K 465 65
Da Avianaarmelle

Please vote and follow me before read.

~avianaarmelle

***

Ryan berdiri disebelah pintu rumahnya. "Selamat datang ke bumi." Pintu dibuka luas.

Mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah agam mewah itu. Siapa sahaja yang tidak kenal pemilik rumah itu. Seorang yang berpengaruh besar dalam bidang ekonomi. Mempunyai pusat penyelidikan haiwan laut sendiri di tengah-tengah lautan.

Seorang kanak-kanak perempuan berlari menuruni anak tangga lalu memeluk kaki Ryan. "Nia rindu Ian."

Memang sengaja Ryan mengajar anak sedaranya itu memanggil dirinya Ian. Memang tak la nak suruh anak sedaranya itu memanggil dirinya Pakcik. "Ya Ian pon rindu Nia. Nia datang dengan siapa ni?" Soal Ryan pada gadis kecil itu. Mata meliar mencari kelibat kakaknya.

"Ada dekat atas. Ian bawak balik kawan?" Soal Nia yang petah berkata-kata. Umurnya baru meningkat 8 tahun. Mata memandang rakan-rakan Ryan tidak berkelip.

Ian bawak balik abang-abang hensem! Dia tersenyum sendirian.

Senyumannya mati apabila memandang Lasyira yang sememangnya lebih cantik daripada dirinya.

Musuh!

Ryan mengangguk. Seraya dengan itu dia menyuruh mereka semua duduk dahulu. Ryan bergerak ke dapur mencari kelibat ibunya.

Nia menjerit kuat lalu menolak kaki Firash yang mahu melabuhkan punggung di sofa rumah itu. Memang tolakannya tidak menunjukkan apa apa kesan pon. Tapi tak apa. Janji ada usaha.

Firash memandang rendah gadis kecil yang menolak kakinya itu.

"Tepilah. Abang hensem pijak kawan Nia. Abang hensem jahat." Rengek Nia. Kaki Firash ditampar berkali-kali dengan tangan ciliknya.

Firash mengundur kebelakang. Ternyata dia memang terpijak sesuatu.

Patung kecil yang bersaiz 6cm sahaja.

Nia mengambil patung itu. Dia membelek tubuh patung itu berkali-kali. Gergasi pijak mestilah sakit. Waa mesti nanti Ian marah dia. Nanti Ian dah taknak jadi boyfriend dia lagi.

Firash duduk bertinggung untuk menyamai paras ketinggian Nia. "I'm sorry."

Nia mencebik kemudian timbul idea jahat. Dia tersengih-sengih sendiri. Kepala diangkat memandang sekeliling memastikan Ian tidak ada.

Tak salah ada scandal bukan?

Lasyira menahan tawa. Dari reaksi wajah budak itu. Dia pasti budak itu sedang merancangkan sesuatu.

"Ingat dengan kata-kata maaf abang boleh pulihkan keadaan jadi seperti biasa? Siapa yang ajar abang. Luka dalam hati Nia ni macam mana?" Nia bercekak pinggang. Sebelah kening diangkat berkali-kali.

Meletus kuat tawa Isyraf dan Haidar. Mereka berdua berlawan tampar satu sama lain. Kalau dah besar nanti tak dapat A+ Bahasa Melayu tak tahulah nak kata apa. Ayat kemain.

"Okay dah tu abang nak kena buat apa?" Firash memandang Nia tak puas hati. Berani betul budak ni mencari pasal dengan dirinya. Ada yang kena gantung dekat pokok epal depan rumah tu nanti kang.

"Be my boyfriend." Selamba Nia mengeluarkan kata-kata itu namun perlahan kerana takut didengari Ian. Jari memandang kuku tangannya yang lawa. Haruslah. Ian je yang boleh potong kuku dia.

"I don't want. Full stop." Firash sudah berputus asa berlakon baik. Dia terus mengambil tempat disebelah Lasyira.

Nia mengetap bibir. Tiada siapa berani menolak dirinya. Ian kata kalau kena tolak dengan seseorang maksudnya dia dah ludah kita.

Jadi kita kena ludah dia balik.

Tanpa membuang masa yang sememangnya emas, Nia terus meludah muka Firash kemudian lari.

Firash bengang. Dia mengambil tisu di atas meja kemudian mengelap mukanya. Kaki mengejar Nia kemudian muka gadis itu diludah balik. Ingat engko budak terus boleh lepas? Memang tak la. Dia kembali mengambil tempat.

Padan muka kau.

Nia tergamam sebelum dia menjerit kuat sambil menghentakkan kaki . "Iannnnnnn!"

"Iannnnnnnnnnnnn." Tangan tidak henti-henti mengelap mukanya yang terasa jijik itu dengan skirt labuh yang dipakainya.

Isyraf sangat benci mendengar teriakan budak. Dia menekup telinga. Dia bingkas bangun mahu mencari Ryan secepat mungkin untuk menghentikan Nia daripada menjerit.

Saat dia baru melepasi Nia yang sedang menangis. Dia terus berhenti daripada melangkah. Merah mukanya. Dia menoleh kebelakang kemudian memandang bawah.

Nia..Nia mencabul dirinya!

Nia menggigit bibir. Tak tahan nampak bontot seksi yang baru sahaja ditamparnya tadi.

Isyraf makin gila. "Siapa ajar kau perangai syaiton macam ni hah budak."

Nia tersenyum. "Ian lah..."

Ryan yang baru tiba melihat mereka semua. Daripada tadi bising dah kenapa. Punyalah dia bergegas turun dari tingkat 4 kerana mendengar Nia menangis.

Isyraf memandang Nia. Nak pukul pon budak lagi. Jadi..

Isyraf memegang kolar baju Ryan kemudian menolak lelaki itu hingga rapat dinding. "Siapa nak bertanggungjawab..." Dia merapatkan diri dengan telinga Ryan. "- sial!" Sambungnya. Nak mencarut kuat-kuat tapi ada budak.

"Hey you. Sexy man. Jangan sentuh boyfriend Nia." Jerit Nia.

Haidar dan Firash makin galak ketawa hingga senak perut mereka berdua.

"Apa?" Soal Ryan yang masih keliru. Mata difokuskan pada Isyraf.

"Anak sedara kau cabul aku!" Balas Isyraf.

"Apa benda kau ni." Berkerut wajah Ryan.

Mata Ryan dihalakan pada Nia pula menunggu jawapan dari mulut gadis itu. "Nia?"

"Ian. Nia tak curang dengan Ian. Abang tu yang sentuh Nia dulu." Tipu Nia. Dia terduduk. Tangan diletakkan pada dahi sambil memandang atas seperti memikirkan nasibnya.

"Ya Allah drama queennya." Meletus tawa Lasyira.

"Amboi meriahnya rumah." Orked datang bersama dua orang pembantu rumahnya yang membawa air oren dan kek red velvet. Tersenyum bibirnya apabila rumah agam yang besar itu boleh bising sampai begitu sekali. Hebat. Selama ini sunyi sahaja apabila anak pertamanya iaitu kakak kepada Ryan sudah berkahwin.

Lasyira bangun dari duduk kemudian menyalami tangan ibu Ryan. Dia tersengih-sengih lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

Oh i'm dead.

Berkerut wajah Orked. Dia kenal gadis itu. Tangan membalas huluran salaman daripada Haidar, Isyraf dan Firash namun fikirannya masih melayang pada gadis itu. Dia mengambil tempat dihadapan Lasyira.

Suasana sunyi kembali.

"Lasyiraaaaaa. Sampai hati pindah tak beritahu ibu." Kata Orked sayu.

"Maaf ibu Lasyira tak sampai hati nak beritahu." Lasyira tersenyum serba salah.

Orked merupakan pengetua disekolahnya lamanya. Dia sudah menganggap Lasyira seperti anak sendiri. Lasyira banyak membantu dirinya dalam menyelesaikan masalah sosial dalam kalangan pelajar. Gadis itu sangat berani sehinggakan dia tabik dengan sikap gadis itu.

"But now i really need you. Our school need you sayang." Kata Orked. Dia memegang tangan Lasyira. Ketika ketiadaan Lasyira, masalah sosial naik mendadak sehingga susah untuk dibendung. Tidak sangka ketiadaan Lasyira dapat membawa kesan yang sangat dalam.

Ryan masih keliru. "Apa ni ibu? Ryan tak faham."

"Lasyira la pelajar yang ibu selalu cerita sebelum ni."

"Lasyira? Muka ni yang ibu kata sampai lelaki pon takut?" Ryan ketawa  hebat.

Lasyira meraba disebelah mahu mengambil bantal yang dilihatnya sebentar tadi untuk dibaling.

Tangan Firash menangkap tangan gadis itu kemudian digenggam erat. Tangan itu disorokkan di bawah bantal.

Lasyira memandang Firash.

Firash hanya mengangkat kening sebagai isyarat 'apa?'.

Isyraf pula masih tidak berpuas hati dengan Nia. Hampir 20 minit mereka berdua memandang satu sama lain tidak puas hati.

Nia menjelir lidah. Bibir bergerak berkata 'gedik'.

Haidar menepuk-nepuk bahu Isyraf memberikan kekuatan supaya lelaki itu bersabar. "Relax. Nanti dia dah besar kita jual dia dekat Siam." Bisik Haidar sambil menahan tawa.

"Sorry ibu. Devil Advocate need Lasyira to." Firash mula bersuara. Dia tak izinkan Lasyira berpindah semula ke sekolah lama.

"That right." Kata Ryan.

Haidar mengangguk.

Mata tertumpu pada Isyraf pula menunggu reaksi daripada lelaki itu. Takkan la taknak pertahankan Lasyira.

Haidar menyiku tangan Isyraf.

"Ha ar ya." Kata Isyraf. Namun mata masih memanah tajam mata Nia.

"Tapi ibu jangan risau. Kalau Lasyira ada masa nanti Lasyira pergi lawat ibu dekat sekolah tu." Lasyira cuba menyedapkan hati Orked.

"Hurm kalau begitu tak apalah."

Mata memandang Ryan pula. "Ryan jaga anak ibu baik-baik dekat sekolah tu."

"Eh siapa anak ibu sekarang ni?" Kata Ryan merajuk.

"Semua la anak ibu." Orked ketawa sebelum menyuruh mereka semua menjamu selera.


***

Mereka berdiri dihadapan pintu. Tangan ibu Ryan disalam sekali lagi.

Lasyira melambai ke arah Orked dan Ryan.

Isyraf yang sedang berjalan terus berhenti apabila tangannya ditarik kasar. Dia menoleh belakang.

Anak mangkuk ni lagi..

Kening diangkat sebelah. "Apa kau nak?"

Nia menyuruh Isyraf menundukkan badan sedikit. Dia mahu membisikkan sesuatu.

Isyraf mengeluh berat sebelum dia menunduk.

Nia tersenyum. Wajah dirapatkan pada telinga Isyraf. "Jangan risau. Nanti Nia bertanggungjawab atas apa yang Nia dah buat. Nanti kita kahwin." Nia menjarakkan wajah mereka lalu mengenyitkan mata.

Isyraf ketawa. Ada-ada sahaja budak ini. Dia mengusap kepala Nia. "Okay."

Nia memandang Isyraf yang mendekati kereta. Cair dirinya saat melihat jejaka itu.

Dia menyentuh kepalanya yang diusap sebentar tadi.

Abang hensem usap rambut. Awwwwww.

Ryan yang melihat perangai Nia terus ketawa kecil sebelum mendekati gadis itu. "Kita break."

Nia menoleh belakang. Ryan meninggalkan dirinya. Oh tidak. Dia harus memujuk lelaki itu. Pasti lelaki itu cemburu.

Susah betul jadi perempuan cantik.


To be continue.





Continua a leggere

Ti piacerΓ  anche

EVERISA Da liz

Teen Fiction

114K 7.2K 81
Completed βœ“ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
119K 13.3K 60
γ€Ž Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 βŠ±β”€β”€β”€β”€β”€β”€ {β‹…. β™› .β‹…} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja...
240K 15.7K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...