DEVIL ADVOCATE

By Avianaarmelle

86.8K 6.2K 596

Devil Protecter | Devil Champion #1 mystery #3 teenfiction Don't mess with wrong people. Lasyira Arlira terpa... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14

Bab 4

5.8K 477 29
By Avianaarmelle

Please vote and follow me first before read this. I really appreciate it.

***

Lasyira memandang hadapan. Baik dia tengok taman bunga ros dekat depan tu. Dia malas mahu memandang manusia yang sedang melihatnya.

Setiap orang melihatnya sambil memegang telefon. Dah kenapa? Dia bukannya artis pon. Setakat instagram tu normal la.  Oh ya. Mungkin kerana dia berjalan bersama-sama Medina dan Devil Advocate.

Muncul satu tangan di atas bahunya. Lasyira memoleh kiri. Medina tersenyum kemudian membisikkan sesuatu. Telefon dibuka.

Terbuntang mata Lasyira. Dia merampas telefon itu untuk melihatnya dengan lebih tepat. Dia berhenti dari berjalan lalu menoleh belakang.

Apa ni. Devil Advocate mengistiharkan dia sudah menjadi sebahagian dalam group itu dalam website Devil Advocate.

Gila diorang ada website.

"You apa ni. I taknak join." Ngadu Lasyira pada Isyraf. Entah kenapa dia sudah terbiasa gunakan i you dengan lelaki itu. Isyraf punya pasal la ni.

"Mana boleh. Kalau you tak join tak best la. Kalau you nak marah you marah diorang. I takda kena mengena." Balas Isyraf. Sempat dia memandang tajam lelaki yang memerhati Lasyira.

Haidar memegang perutnya. Dia berlari laju ke arah longkang. Bunyi mahu termuntah dibuat-buatnya.

"Kau kenapa doh." Soal Ryan. Dia menuju ke arah Haidar risau. Tangan diletakkan di dalam kocek seluar. Mata membalas jelingan Isyraf.

"Mual aku dengar." Haidar ketawa kuat sambil berlari laju. Dia tahu Lasyira akan mengejarnya kali ini.

Firash melipat lengan baju hingga ke siku. Tali leher dilonggarkan sedikit. Butang teratas dibuka. Panas betul dengar orang ber 'i you' ni.

Lasyira memandang Isyraf lalu memandang Haidar yang sedang ketawa sambil berlari. "Abaikan. Tak cukup perhatian la tu."

Meletus tawa Isyraf begitu juga yang lain. Betullah kata Haidar. Mulut Lasyira memang menyakitkan hati.

"Okay fine. Aku tinggal kau. Tak jadi bawak kau pergi mall." Haidar acah merajuk.

***

Di dalam kelas.

Cikgu Aina membuka buku matematik tambahan. Tangan menyelak muka surat satu per satu. "Okay buka muka surat 111." Dia menyebut satu per satu.

"Sila ke kaunter 3." Sambung Haidar Mikael selamba.

Meletus tawa mereka semua. Mata pelajaran cikgu yang garang pon jadi seronok bila wujud manusia masuk air macam tu.

Cikgu Aina menjeling Haidar. Kenal sangat dengan perangai mereka. Lantaklah janji result membanggakan. Dia menaip sesuatu di dalam ipad. Setiap pelajar di sekolah itu disediakan ipad sebagai buku latihan. Semua latihan perlu disiapkan di dalam itu. Mudah untuk guru-guru memeriksa. "Okay buat latihan berdasarkan soalan buku text."

Haidar menahan ketawa apabila membaca text yang dihantar oleh cikgunya.

Cikgu Aina:
Tak lawak ya Haidar Mikael.

Haidar hensem:
Cikgu Aina dah ke kaunter 3?

Haidar menunggu jawapan daripada Cikgu Aina. Enam minit sudah berlalu tetapi Cikgu Aina masih menaip sesuatu. Eh tetiba dp hilang. Duh kena block. Haidar menunjukkan kepada rakan-rakannya yang lain. Buang masa tunggu.

Firash ketawa kecil. "Padan muka kau kena block."

"Sejarah doh. Tak pernah lagi Devil Advocate kena block dengan cikgu." Kata Isyraf pula.

Ryan mengabaikan mereka semua lalu memandang Lily. Hebat gadis itu. Hanya dia seorang memakai tudung di dalam kelas ini. Mungkin disebabkan itu dia kena buli. Walaupun apa yang dia buat perkara baik tetap nampak buruk pada manusia lain.

Haidar menampar bahu Ryan. "Hoi termenung apa kau?" Mata dihalakan pada manusia yang Ryan lihat. Wuu Lily. Jangan cakap ni mangsa baru sudah. Kang tak pasal ada orang kena kuburkan dengan Lasyira.

"Nothing."

"Eh petang ni kau gi mall kan dengan Lasyira? Buat apa?" Ryan menukar topik.

Cikgu Aina bangun mengemas barang-barangnya. Mata tidak memandang mereka."Devil Advocate kecuali Lasyira. Dah siap ke kerja tu?" Macam mana dia boleh tahu Lasyira kumpulan Devil Advocate? Siapa lagi kalau bukan Isyraf yang hack laman web sekolah.

Lasyira menoleh belakang memandang mereka.

Isyraf mengangkat kedua-dua tangannya ke atas lalu menggeleng. Bibir bergerak mengatakan 'i takda kena mengena dengan diorang.'

Ryan tersenyum senget."Sudah. Saya dah send dekat cikgu."

"Saya pon dah. Tapi tak boleh send la. Kaunter tutup kot." Haidar masih menyakat Cikgu Aina. Makin galak dia ketawa.

Cikgu Aina menahan tawa. Ada ada sahaja perangai pelajarnya. Dia berlalu keluar selepas mereka semua mengucapkan terima kasih.

"Okay sambung yang tadi." Kata Isyraf.

Firash hanya memasang telinga.

Kerusi ditarik kebelakang. Mereka duduk di dalam bulatan.

"Okay macam ni. Esok jumaat last kan. Lepas tu kita cuti seminggu. Aku rancang nak bawak dia travel China." Kata Haidar seperti berbisik. Masing-masing meletakkan tangan di atas bahu dan menunduk memandang satu sama lain.

Isyraf mengecilkan mata. "Berani kau sekarang tak ajak kitaorang." Kata Isyraf geram tapi perlahan.

Ryan mengangguk kepala."Tak kira aku nak ikut jugak."

Haidar menjeling mereka. Tak habis lagi cakap dah kena potong."Ya korang memang ikut tapi Lasyira tak boleh tahu. Kang dia taknak pergi sebab ada korang."

"Kenapa Lasyira taknak pergi?"

Haidar mengangkat kepala apabila seseorang menyentuh bahunya. "Ish sebab Lasyira kan tak suka lelaki. Lesbian." Kata Haidar selamba menahan tawa.

"Ohhhh.." Balas Lasyira. Mata memandang Devil Advocate yang lain tanpa perasaan.

Ryan menguis siku Haidar. Mata memandang Lasyira.

Firash tersenyum menahan tawa daripada terletus.

Isyraf muncungkan mulut ke arah Lasyira. Mahu menunjuk pada Haidar yang belakang dia ada gadis itu.

"Apasal? Kenapa tetiba diam. Aku buat lawak kot tadi." Kata Haidar hampa. Haihh first time lawaknya hambar seteruk ini. Reaksi daripada Isyraf dan Ryan tidak menyenangkan dirinya. Dia memandang tangan satu per satu.

Cukup.

Habis tu tangan siapa di atas bahunya. Dia menoleh kebelakang perlahan-lahan.

Lasyira.

Haidar tersenyum senget. Habis la dah kantoi. "Err hi adikku yang manis lagi cantik jelita bak berlian." Tangan dilambai-lambai rendah.

Lasyira berpeluk tubuh. "Pergi China? Wu sound interesting."

Jelas sekali senyuman di wajah Devil Advocate apabila mendengar jawapan itu.

"But."

Perkataan itu mematikan terus senyuman mereka. Pelajar-pelajar perempuan di tepi tingkap mengeluh. Baru nak ambik banyak-banyak gambar jejaka-jejaka idaman mereka senyum.

"Lily dan Medina perlu ikut sekali." Sambung Lasyira lagi.

"Kubis betul ah. Okay on. Petang ni kita pergi beli barang apa yang patut okay." Kata Haidar. Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan. HAHHAHAHAHA

Isyraf menjerit. "Yeay you ikut. Nanti dekat flight you duduk sebelah i."

Ryan memandang Isyraf. "Banyak hodoh kau. Semestinya dia duduk sebelah aku. Kan sayang kan?"

"Aku duduk sebelah Firash." Tipu Lasyira. Sengaja mahu menyakitkan hati mereka berdua. Padan muka dua-dua tak dapat duduk sebelahnya. Sudah pasti dia duduk disebelah Lily.

Firash tergamam lalu mengangkat wajah. Hati terasa bagai mahu meletup sahaja. Oh damn this is not King. Firash geleng kepala perlahan. Dia tidak pernah sedebar ini.

"Gedik. Betullah sangkaan aku selama ni. Kau anak pungut. Keturunan aku takda gedik macam kau." Kata Haidar selamba. Dia ketawa kuat.

"Eleh kau la anak pungut. Mummy tu dulu jumpa kau bawah jambatan tau tak!" Balas Lasyira geram lalu meninggalkan mereka.

Mereka semua ketawa kuat. Mengamuk betul Lasyira.

***

Haidar menggenggam tangan Lasyira. Ingin meminta sedikit kekuatan apabila menghadap daddynya. Maklumlah Lasyirakan anak kesayangan. Bak kata Daddynya anak yang tak pernah buat masalah. Padahal Lasyira lagi banyak buat salah. Cuma tak kantoi. Shit.

Syaiton punya adik.

"Lasyira nak pergi China dengan kawan-kawan minggu depan." Kata lasyira selamba. Tangan yang digenggam Haidar ditarik geli.  Senyuman hingga menampakkan gigi ditayangkan.

Jijik. Hhahahhahha.

Lasyira memandang wajah Daddynya yang ingin bertanya sesuatu. Pantas dia memotong. Dia sudah dapat agak apa yang bakal ditanya. "Tapi. Dengar dulu. Haidar dengan kawan-kawan dia pon ada sekali."

"With your own money?" Soal Dato Adam Iskandar. Mata masih memandang Haidar tidak puas hati. Ni mesti idea Haidar. Suka sungguh menggunakan nama Lasyira.

"Erk.." Haidar memandang Lasyira resah.

Lasyira mengangkat kedua-dua bahunya. "Why not?"

"Hurm tak apa. Disebabkan Lasyira, Daddy bagi kad kredit. For transpot. You can use our car company at there."

Lasyira tersenyum senget memandang Haidar.

Haidar menjeling Lasyira. See dah cakap kalau guna Lasyira semua boleh. Tengoklah suatu hari nanti dia akan kantoikan kerja Lasyira. Muahahahah.

Puan Zahirah mengambil tempat disebelah suaminya. Wajah pelik ditayangkan apabila melihat anak perempuannya tersenyum seperti orang gila. "Dah kenapa?"

"Mummy. Daddy bagi pergi China minggu depan." Kata Lasyira teruja.

"Pergi dengan siapa?" Soal Puan Zahirah pada anaknya.

"Dengan Haidar lepastu kawan- kawan Lasyira pon ada." Jawab Lasyira.

"Semua tu kawan aku. Bukan kawan kau." Kata Haidar geram. Suka hati je cakap kawan dia. Eh hello semua tu kawan aku!

"Kau mana ada kawan. Kau monyet." Balas Lasyira. Tangan menarik rambut Haidar kemudian ditolak kedepan dan kebelakang.

Tangan Haidar menolak tubuh Lasyira hingga tersandar pada sofa.

Adam Iskandar hanya menggeleng kepala. Sehari tak gaduh memang tak sah. Seperti bakal wujud pergaduhan sahaja sebentar lagi.

Lasyira sudah memasang niat untuk menendang Haidar namun terbatal saat syurganya mula bersuara lantang.

"Lasyira Haidar! Mana saya awak?" Puan Zahirah mengingatkan anak-anaknya kembali. Haritu okay je guna. Ni tetiba jadi macam asal balik.

Lasyira kembali duduk dengan sopan. Kepala Haidar diusap lembut. "Maafkan saya ya awak." Dia menahan tawa daripada meletus. Geli gila.

Haidar mengusap dagu Lasyira. "Ya saya maafkan awak."

Lasyira menayangkan tapak tangan. "Saya janji saya tak buat lagi."

Wajah didekatkan. "Siap kau nanti aku tendang kau." Sempat dia membisikkan pada Haidar.

Haidar turut merapatkan wajah. "Aku starlight dahi kau sampai merah."

Puan Zahirah menjeling kedua-dua anaknya itu. Drama queen and king betullah.

***

Lasyira mengetap bibir dan melangkah dengan laju. Dia tidak mahu berjalan bersama-sama dengan Devil Advocate. Sumpah nampak seperti perempuan gedik. Seorang perempuan berjalan bersama empat orang lelaki? Duh.

Mereka menahan ketawa memandang Lasyira. Pantas kaki menyamai langkah Lasyira.

Lasyira berputus asa. Argh lantak lah manusia nak kata apa pon. Cemburu la tu dia jalan dengan lelaki-lelaki kacak abad ini. Mata difokuskan pada sederet kedai disebelahnya.

Dia melangkah masuk ke dalam kedai yang menjual bagasi. Even dia dah ada tapi kesah apa. Duit dia bukan duit parent. Hasil duit gaji dia bekerja sebagai......

Whatever. Nantikan lah okay.

Devil Advocate memandang satu sama lain. Mereka meneruskan perjalanan.

Isyraf mengerut wajah tetiba. "Eh guys aku nak pergi toilet kejap tau." Dia mengundur beberapa tapak kebelakang kemudian lari.

"Tak tahan betul." Haidar ketawa kuat.

"Kau rasa dia reti guna tandas?" Soal Ryan.

Giliran Firash pula ketawa. "Semestinya tidak. Dia tu dah terbiasa guna air panas ni tetiba air sejuk."

Haidar mengerut wajah. Wuihh sumpah dia tak boleh faham lawak ini. Otak cuba untuk memproses.

Firash menayangkan wajah malas. "Ish macam ni. Dia kan iblis. From Hell an. So kau rasa air dekat sana sejuk?"

Haidar menggeleng. Dia ketawa kuat selepas faham lawak itu.

Ryan yang mendengar gelak tawa Haidar turut ketawa sekali. Bengap.

***

Lasyira keluar daripada kedai itu apabila tiada barangan yang berjaya menarik minatnya.

"BAHHHHHH." Sergah Isyraf kepada Lasyira dari tepi.

Lasyira memandang Isyraf kosong. Ingat terkejut?

Isyraf mencebik. "You ni memang tak reti jaga perasaan orang kan. Acah la terkejut."

Lasyira memandang hadapan. "Membosankan."

Kelibat ahli Devil Advocate yang lain muncul dibahagian hadapan. Entah apalah yang dibualkan mereka. Ashik ketawa sahaja.

Mata fokus memandang Firash. Lelaki itu berpakaian hoodie hitam. Amat sukar rasanya untuk melihat wajah lelaki itu.

"You. Firash memang pakai macam tu kalau keluar?"

"Yes. Dia tu hoodie je banyak."

"Knepa dia jenis tak pakai tshirt like you guys?"

"Macam you guys? Mana ada lah. Tuh Ryan jenis pakai kemeja. Acah smart je dia tu."

Lasyira memandang Ryan. Baru dia perasan lelaki itu juga lain daripada mereka.

"Berbalik kepada Firash. Dia tu mystery person. Kau tahu tak buku dark blue yang dia selalu tulis dekat sekolah tu sebenarnya kosong. Ada cara untuk baca. Tapi dia je tahu. Alien maybe." Isyraf menahan tawa. Seronok mengutuk Firash.

Lasyira mengangguk faham. Mulut membuat bentuk 'o'.

Firash, Haidar dan Ryan berhenti menunggu mereka berdua. Dah macam sweet couple pulak jalan berdua.

Geli sial.

Isyraf ketawa kecil memandang wajah mereka bertiga seperti tidak berpuas hati. Muncul idea jahat difikirannya apabila teringat Firash yang selalu kenakan dirinya dahulu. Dia membisikkan sesuatu pada Lasyira.

"Firash Gay. Dia tengah cuba rapat dengan you sebab dia nak dapatkan Haidar. Hope you hati-hati."

Lasyira memandang hadapan. Dengan reaksi terkejut dia memandang wajah Haidar dan Firash.

"Sama-sama baiki toilet ke tadi?" Perli Ryan sambil memanah mata Isyraf.

Isyraf menahan tawa. "Ha ar."

"Kita datang sini sebenarnya buat apa?" Soal Firash. Daripada tadi berjalan tanpa arah tuju. Letih sudah kakinya.

"Lasyira kata dia nak beli baju." Balas Haidar lalu memandang Lasyira.

"Baju?" Berkerut dahi Lasyira. Bila masa dia nak beli baju.

Baju? Why not dia belikan untuk Lily.

Lasyira mengangguk. "Haaaa. Nak beli baju untuk Lily."

Mereka mengangguk juga kemudian sambung mengikuti Lasyira.

Mata Lasyira terhenti pada kedai yang menjual hijab.

"Kau nak?" Bisik Firash perlahan.

Lasyira menoleh ke arah lelaki itu. Bibir dikemam.

Firash menarik tangan gadis itu.

Ryan, Haidar dan Isyraf mengundur kebelakang dengan wajah yang pelik.

***

Lima minit kemudian..

Ryan berlari membawa tudung bawal berwarna biru lembut yang dirasakan cantik baginya. "Lasyiraaaa yang ni lawa." Jerit Ryan. Tangan mengangkat tudung itu tinggi.

Isyraf muncul dari bahagian kiri sambil berlari juga. "No you! Yang ni lagi lawa." Dia memilih shawl berwarna nude.

"How much?" Soal Lasyira.

"Yang ni dua ribu ringgit. Have diamonds on this hijab." Jawab Ryan sambil termengah-mengah.

Firash hanya memandang sahaja. Tangan masih membelek tudung-tudung lain.

Haidar pula memandang jam. Dia dud Lama betul Lasyira ni. Tadi kata nak beli baju untuk Lily. Ni? Apa benda ni?

Erm perempuan.

Firash yang sudah menjumpai tudung pilihannya terus mendekati mereka bertiga.

Mata Lasyira memandang Isyraf pula. Kening diangkat sebagai isyrat berapa harga tudung itu.

Isyraf tersenyum kambing. "Yang ni lima puluh ribu jerr. Tapi yang ni ada pearl."

"Kalis api neraka ke tudung yang korang pilih tu?" Mendatar suara Firash. Tangan tersemat di dalam poket seluar. Tangan kanan pula merapatkan tudung yang diambilnya tadi pada wajah Lasyira.

Isyraf mencebik. "Eii nyebok betul la kau ni."

"Kan." Ryan membela dirinya dan Isyraf.

Tudung yang berwarna light grey itu bertukar tangan. Lasyira membelek tudung itu. Kelabuhan tudung itu mampu menutup dada dan punggungnya.

Rm 60. But nice..

Mereka berempat berdiri di luar kedai menunggu Haidar yang menyelesaikan pembayaran. Padan muka. Siapa suruh duduk saja tadi.

Bukan satu tudung Lasyira ambil. Tetapi 10 helai. Kesemua itu pilihan Firash, Ryan dan Isyraf.

Haidar keluar bersama resit kemudian dilekatkan pada dahi Lasyira. "Sial kau beli tudung ke kau beli kereta?"

Rm 145200.00

Lasyira ketawa. "Bukan salah aku. Tu syaiton tiga ekor."

Memang sengaja mereka bertiga memilih yang mahal kerana tahu Haidar yang akan bayar.

"Ala chill nanti kan dekat China aku yang tanggung kos kau pulak." Tangan Lasyira diletakkan pada atas bahu Haidar.

Haidar menolak tangan itu geram.

Bunyi huru-hara mematikan tawa mereka. Baru mereka perasan tentang ketiadaan Isyraf.

Firash, Haidar dan Ryan memandang satu sama lain sebelum mata menoleh ke arah suara huru-hara itu.

"Sial."

Isyraf masih tidak berhenti menumbuk lelaki itu. Bukannya dia tidak perasan dari tadi lagi mata lelaki itu ashik memandang Lasyira.

Haidar menarik tubuh Isyraf kebelakang lalu menolak. "Relax."

Isyraf masih memandang lelaki itu tajam.

Ryan juga tidak melepaskan peluang. Dia juga menumbuk wajah lelaki itu atas alasan yang masih tidak diketahui.

Menyokong kawan namanya.

"Kau dah kenapa pukul dia? Kau pun." Soal Haidar pada Isyraf dan Ryan.

"Support member." Ryan ketawa kuat.

Tetapi tidak pada Isyraf. Wajahnya bengang sekali. "Lelaki tu ashik pandang Lasyira. Kau tahu tak tadi dia kata dia horny tengok Lasyira. Bodoh."

Haidar yang mendengar penjelasan Isyraf terus menyambung menumbuk lelaki itu. "Sial kau!"

Isyraf dan Ryan turut mengikut jejak Haidar menjadi sang penumbuk padu.

Orang ramai yang lalu lalang tidak berani masuk campur. Hanya telefon bimbit menjadi saksi bahawa mereka menolong menyelesaikan huru-hara itu.

"Stop la!" Lasyira hampir gila dengan mereka berempat. Apatah lagi dengan adanya Firash yang khusyuk jadi pemerhati. Ada kala lelaki itu ketawa seperti melihat permainan gusti dihadapannya.

"Firash please!" Kata Lasyira pada Firash.

Firash menayangkan poker face. "Why? Seronok lah."

"Please la. Orang ramai ni." Pujuk Lasyira yang sudah buntu.

"Guys aku lapar ice cream. Siapa sampai dulu aku belanja."

Ryan, Haidar dan Isyraf mengangkat kepala lalu lawan bertolakkan. Mereka berlari menuju kedai ice cream yang dimaksudkan.

Terlopong wajah Lasyira. Semudah ini sahaja? Lasyira menepuk dahi.

Masalah genetik betullah budak-budak ni.

To be continue.









Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 78.2K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
3.1K 33 8
*bl🔞* [sex18+] •Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. •Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

2.9M 304K 86
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...