BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!

26.2K 896 30
By Misshusna006

          Aku bukan naif sangat dalam bab-bab cinta ni.  Walaupun tidak pernah bercinta, tapi sudah berpuluh-puluh novel genre romance aku baca sampai habis.  Itu belum lagi dengan drama di television ataupun movie genre cinta-cinta ni.

          Semestinya aku tahu apa yang sedang aku alami di saat ini.  Walaupun aku terkeliru buat sementara waktu tadi.

          Indeed, i'm jealous guys!

          Aku termenung di atas katil sambil mengeluh kuat.  Ini semua gara-gara Afiq Khairul punya pasal!

          Sejak kami mengambil keputusan untuk jadi suami isteri yang sebenar-benarnya, dia layan aku dengan baik sekali.  Jarang dah dia buat aku marah ataupun sakit hati.  Kadang-kadang sahaja.  Lepas tu, dia lebih banyak tersenyum sekarang ni.  Tidak lagi tayang muka macam terpijak tahi ayam tu.

          Pokok pangkalnya, aku selesa apabila bersama dengan Afiq Khairul.

          Aku termenung seketika apabila teringatkan senyumannya itu.  Memang menawan sekali... Aku terpesona dengan senyumannya itu!

          Aku ketuk kepalaku perlahan.  Boleh pula aku menghayalkan senyuman suami aku tu!

          Pantas aku ambil handphone di sebelahku itu.  Teringatkan abang aku yang masih lagi bercuti di kampung tu.  Tanpa teragak-agak, aku cari nama Amin.  Kemudian, hantar WhatsApp kepadanya.

Aku : Assalamualaikum abangku sayang... (Tambah emoji mata 'love-love')

          Tiada balasan daripada Amin.  Tapi, aku tengok dia tengah online sekarang ni.  Dia busy kot? Gumamku perlahan.

          Tidak lama kemudian...

Amin : Typing...

          Aku betulkan pembaringanku.  Menanti balasan WhatsApp daripada Amin tu

          Tapi...

Amin : Ini siapa?

          Aku speechless.  Takkan adik sendiri pun tidak kenal kot!

Amin : Setahu aku, adik aku tak pernah hantar WhatsApp gedik-gedik macam ni.  Kau siapa? Siapa yang rasuk adik aku sekarang ni?! (Tambah emoji muka ketakutan)

          Aku speechless lagi.

Aku: Sampai hati! Takkan nak manja-manja pun tak boleh?! (Tambah emoji muka marah)

Amin : Don't manja-manja to me.  Pergi manja-manja kat Abang Afiq.  Nak apa? Kalau dah perangai pelik macam ni mesti nak sesuatu kan? (Tambah emoji muka menyindir)

          Aku tersipu malu.

Aku : Heheheee... Leha nak tanya sesuatu.  Boleh ke? (Tambah emoji muka malu-malu)

Amin : Apa dia?

          Aku gigit bibir bawah... Takkan nak beritahu situasi sebenar? Buat malu saja!

Aku: Macam ni... Leha ada kawan.  Kawan Leha ni baru saja kahwin.  Then, satu hari... Kawan Leha dapat tahu yang suami dia ada girlfriend masa study dulu.  Terus kawan Leha rasa lain.  Perasaan dia seperti ada duri yang tersangkut kat hati dia tu.  Sakit.  Tapi, nak buat macam mana? Perasaan cemburu tu timbul tanpa di undang.  Wajarkah kawan Leha tu cemburu macam nak sekeh-sekeh je kepala suami dia tu?

          Aku tekan punat 'SEND'.

Amin : Hah? Ini kes cemburu buta ke? (Tambah emoji muka menyindir)

          Aku terdiam apabila melihat perkataan 'cemburu buta' tu.

Amin : Perkara lama jangan diungkit.  Lagipun diaorang dah kahwin kannn... Confirm laa suami kawan Leha tu dah lupakan EX-GIRLFRIEND dia tu.  Kalau tidak, takkan dia nak kahwin dengan kawan Leha tu.

Amin : Bagi Amin, isteri kena percaya dengan suami.  Jangan nak cemburu tak tentu pasal tanpa tahu cerita atau keadaan yang sebenar.  Itu saja yang Amin dapat beritahu sebab Amin pun belum kahwin lagi.

          Aku tergelak dengan ayat terakhirnya itu.

Aku : Owh... Okey.

          Balasku pendek.

Amin : Tak salah bila ada perasaan cemburu tu, cuma kena berpada-pada.  Itu saja yang Amin dapat beritahu.  Ada lagi yang leha nak tanya ke?

          Aku tersenyum nipis.  Terbayangkan wajah abah, umi dan atok kat kampung tu.  Dua hari yang lepas, aku ada call umi.  Rindu punya pasal!

Aku : Amin okey ke kat kampung? Abah, umi dan atok?

Amin : Abah, umi dan atok okey je laa... Alhamdulillah, diaorang sihat walafiat.  Amin pula macam biasa.   Tolong abah jaga kedai runcit ni.  Leha pula okey ke kat sana? Minggu depan Amin ke sana lagi.. Cuti semester Amin dah hampir tamat ni.  Jom keluar jalan-jalan.

          Aku terdiam.  Macam sekejap saja Amin balik bercuti ke Malaysia ni.  Tup-tup, dia nak balik ke Jepun semula.  

          Cepatnya masa berlalu...

Aku : Leha okey... No problem.  Nanti Leha beritahu kat Adila.  Leha macam nak makan tom yam kat kedai yang kita singgah hari tu.

Amin : Mengidam ke? (tambah emoji muka terkejut)

          Aku ternganga serta-merta.  Mukaku terasa hangat.  Malu dengan kata-kata Amin tu.  Mengidam? 

          Hish, kami belum sampai ke tahap yang boleh buat aku mengidam lagi.  Merepek sungguhlah Amin ni! Bebelku dalam hati.

Aku : Tak laa... Mana ada mengidam! Teringin je nak makan tom yam tu sebab sedap sangat.

Amin : Ingatkan mengidam tadi... Laaa, teringin pula nak anak buah sekarang ni.

          Aku gigit bibirku lagi.

Aku: Okey laa... Leha mengantuk ni.  Leha nak tidur.  Assalamualaikum.  Bye!

Amin : Amboi! Amin tanya je laa... Tak menyempat betul! Ye laa, tidur laa.  Waalaikumsalam.  Bye!

          Perbualan kami berakhir di situ.   

          Tapi... Ting ting! Bunyi handphone milikku berbunyi menandakan ada WhatsApp yang masuk lagi.

Amin : Kalau boleh, Amin nak anak buah sebelum hujung tahun depan.  Tunaikanlah permintaan abang kesayanganmu ini.  Bye!

( Sekali Amin selitkan emoji muka serius, muka mengharap dan muka mata 'love-love' )

          Bayangkanlah perasaan aku apabila baca WhatsApp  tersebut.  Hish, stress!

          Tak habis-habis nak menyakat aku.  Aku hantar emoji muka tidur kat Amin.  Malas nak peduli dengan dia lagi!

          Aku letak semula handphone di meja kecil yang berada di sebelahku itu.

          Aku baring mengiring ke kanan.  Tidak dapat disangkal lagi.  Memang aku rasa lain bila tengok senyuman Ilyana Zahra kat gambar tu, dia begitu gembira sekali.  Siap pegang lengan Afiq Khairul lagi.  Tapi, aku perasan yang Afiq Khairul hanya melihat Ilyana Zahra dengan muka selamba saja.  Aku mengeluh kecil. 

          Hish, sejak bila pula aku ni jadi pathetic macam ni... Abaikan!

          Afiq Khairul berhak punya masa silam.  Begitu juga dengan aku.  Buat apa nak risau, perkara dah berlalu.  Sekarang ni aku adalah isterinya.  Dan, dia pula adalah suami aku.  Itu yang penting!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Selepas Solat Subuh, aku ikat rambutku ala-ala messy bun.  Banyak kerja yang perlu aku buat.  Mengemas ruang tamu, dapur dan cuci kain.

          Lengan cardingan yang aku pakai sekarang ini, aku lipat hingga paras siku.  Aku tengok Afiq Khairul yang berbaring semula di atas katil tu.  Semalam, aku tersedar daripada tidur apabila Afiq Khairul menarik tubuhku ke dalam dakapannya.

          Aku tersentak, tapi hanya mendiamkan diri tanpa membuka mata.  Aku dapat rasakan kucupan hangat di dahiku itu.  Mukaku merona merah.  Malu.  Tapi, aku tahu dia tidak akan bertindak lebih daripada ini.  Ini disebabkan, Afiq Khairul telah berjanji akan memberiku waktu untuk menyesuaikan diri sebelum ke peringkat yang seterusnya. 

          Dalam erti kata lain, part 'nafkah batin' tu!

          Aku gerak-gerakkan badanku untuk mencari posisi yang lebih selesa, sehinggakan aku terdengar desahan nafas Afiq Khairul yang sedikit kuat dan laju itu.

          "Berhenti bergerak..," bisik Afiq Khairul di ubun-ubun kepalaku.

          Aku terkaku.  Aku buka mata dan angkat kepalaku.  Jarak kami yang begitu dekat ini menyebabkan aku menahan nafas sekejap.  Aku pegang dan menahan dada Afiq Khairul agar dadaku tidak menyentuhnya.  Aku dapat rasakan dengupan jantungnya yang sedikit kuat dan laju.

          Eh?

          "Leha himpit abang ke?" tanyaku perlahan.

          Afiq Khairul hanya diam.  Aku tolak tubuhnya.  Kalau dah tahu tak selesa tidur berpelukan macam ni, buat apa kacau tidur aku tadi?! Bebelku tak puas hati.

          Tapi, Afiq Khairul tidak memberiku peluang untuk menjarakkan diri.  Sekali lagi aku dalam pelukannya.

          "Tidur..," bisiknya perlahan.

          Aku kerutkan dahiku.  Aku memang nak tidur pun... Gumamku geram dengan Afiq Khairul ni.  Aku alihkan tanganku ke pinggangnya.  Lebih selesa begini.  Lepas tu, aku tidur dengan nyenyak sekali.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Tepukan di bahunya itu membuatkan Afiq Khairul terjaga daripada tidur.  Dia mencelikkan matanya dan melihat Leha berdiri di tepi katil.

          "Dah pukul 7:50 pagi.  Sarapan dah siap... Abang bangun laa, nanti kita lewat masuk office," beritahu Leha sambil menarik selimut daripada tubuhya itu.

          Afiq Khairul memerhatikan Leha.  Blaus putih, cardingan coklat serta skirt colour coklat juga.  Rambutnya di ikat ala-apa bun.   Lama dia perhatikan isterinya itu sebelum meraup rambutnya ke belakang.  Dekat pukul 2:00 pagi baru dia tertidur semalam.  Semuanya disebabkan oleh isterinya ni.  

          Dengan selamba memeluk tubuhnya tanpa menyedari yang dia hampir tergoda dan 'menerkam' isterinya itu.  

          Damn it!

          Nasib baik dia boleh kawal diri.  Dia perhatikan isterinya yang sedang melipat selimut itu.  Kadang-kadang, dia terfikir... Yang isterinya ini memang lembab dalam bab-bab melibatkan perasaan.  Dan yang lebih penting, kadang-kadang lambat 'pick up' dan kenaifan isterinya itu boleh membawa 'penderitaan' ke atas dirinya!

          Dia mengeluh sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.  Apa boleh buat? Dah memang nasibnya punya isteri macam Leha, bertabahlah!

          Dia berdiri lalu mendekatkan dirinya kepada isterinya itu.  Leha yang sibuk mengemas katil itu ditarik dan dipeluk seketika.  Kemudian, mencium dan mengomol pipi isterinya itu sebelum masuk ke bilik air.  

          Geram, pagi-pagi pun masih comel dan wangi je! Afiq Khairul tersenyum puas!

          Tidak menyedari yang isterinya itu sudah ternganga luas dengan muka merah macam tomato!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Afiq Khairul menyerahkan dokumen yang perlu aku buat salinan.  Aku sambut hulurannya itu lalu melangkah ke bilik ruangan Photostat & Scanner.

          Tidak lama kemudian, Ilham Hakimi yang baru muncul di hadapanku itu tidak aku pedulikan.  Aku hanya tersenyum nipis dan selamba saja meneruskan kerjaku.

          "Hmmm... Memandangkan awak dah berdiri kat depan photostat ni, tolong copy drawing ni sebanyak 2 keping.  Boleh ke?" pinta Ilham Hakimi sambil menyuakan drawing bersaiz A3 tersebut kepada aku.

          "Okey." Aku anggukkan kepalaku saja.  Setakat copy, no big deal!

          Ilham Hakimi tersenyum di situ.

          "Rasanya... Kalau orang lain, tentu diaorang dah melenting.  Ye laa, dah kahwin dengan big boss... Takkan nak diarah lagi.  Tentu diaorang dah berlagak macam 'mem' besar.   Awak lain.  Cara, tingkah laku serta penampilan.  Simple and honest.  Rasanya saya dah tahu kenapa Afiq Khairul tertarik kat awak." Ilham Hakimi menyambut drawing yang sudah aku copy itu dengan senyuman nipis.

          "Terima kasih," balasnya lalu berpaling daripada aku.

          "Sekejap..." Aku tahan Ilham Hakimi dengan nada serius.

          Aku pandang Ilham Hakimi.  Dia berdiri di situ dengan kerutan di dahi.  Aku hela nafas perlahan.  Sebenarnya, Ilham Hakimi ni baik orangnya.  Peramah serta tak sombong.  Tapi, kadang-kadang... Aku tak faham apa yang dia katakan itu!

          "Sejak kat pantry hari tu, awak katakan sesuatu yang saya tak faham.  Boleh tolong jelaskan?" tanyaku sambil melihat Ilham Hakimi dengan wajah serius.

          "Jelaskan? Jelaskan apa?" soal Ilham Hakimi semula kepada aku.  Dia turut melihat aku dengan kening bertaut rapat.

          Aku tayang muka serius.

          "Awak kata yang Afiq Khairul tu setia dengan saya? Tapi..." Aku terhenti daripada berkata-kata apabila Ilham Hakimi mula menghampiri aku.

          "Kejap! Awak dan dia... Saya minta maaf kalau saya cakap benda ni ye.  Afiq Khairul, dia dah luahkan apa yang dia simpan selama ini kepada awak ke?" tanya Ilham Hakimi dengan nada serius.

          Aku terdiam.  Kemudian, menggelengkan kepalaku.  Luahkan? Apa? Aku tak faham langsung!

          "Saya tak faham apa yang awak cakapkan sekarang ni.  Luahkan apa?" soalku semula kepada Ilham Hakimi.

          Aku kerutkan keningku.  Semakin bingung dengan situasi sekarang ini.  Makin aku tidak faham apa yang Ilham Hakimi cuba sampaikan kepada aku sebentar tadi tu.  Tapi, aku angkat wajahku semula apabila terdengar gelak tawa daripada Ilham Hakimi.  Dia ketawa di situ sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.  Entah apa yang dia ketawakan itu, aku pun tidak tahu!

          "Yaa Allah, saya ingatkan awak dah tahu..," gumam Ilham Hakimi lalu melihat aku semula.

          "Saya minta maaf sekiranya saya dah buat awak jadi bingung.  Saya minta maaf..," mohon Ilham Hakimi sambil tersenyum kepada aku.

          Aku hanya tersenyum kelat.

          "Saya tak boleh nak cakap lebih-lebih.  Tapi, kalau nak tahu lebih lanjut.  Apa kata awak tanya Afiq Khairul... Face to face.  Dia ada jawapannya! Anyway, seronok berbual dengan awak," katanya dengan nada perlahan.  Habis saja berkata begitu, Ilham Hakimi berlalu pergi dengan senyuman nipis.

          Aku lepaskan keluhan nipis.  Apa yang aku nak tanya dengan Afiq Khairul? Aku telengkan kepalaku ke kanan sambil mengusap daguku.  Bingung!

          "Leha," panggil seseorang dari arah pintu.

          Aku menoleh.  Afiq Khairul berdiri di situ dengan wajah serius.  Aku pekup mulut.   Alamak, aku terlupa! 

          Pantas dokumen yang sudah aku copy sebentar tadi, aku ambil dan melangkah ke arah Afiq Khairul.

          "Sorry!" ucapku sambil menyerahkan dokumen tersebut kepada Afiq Khairul.  

          Aku ketap bibir, macam mana aku boleh terlupa tentang dokumen yang Afiq Khairul minta copy ni

          Habislah aku... Tentu dia akan mengamuk habis!

          Aku teringat masa aku mula-mula kerja kat sini dulu.  Ketika itu aku terlambat buat satu salinan seperti yang diarahnya itu.  Nak tahu apa yang dia buat kat aku... Huh, dia lemparkan surat tu di atas lantai! 

          Bayangkan perasaan aku masa tu... Sakit weh!

          "Kenapa pucat semacam ni? Tak sihat ke?" tanya Afiq Khairul sambil memegang dahiku.

          Aku terkelu.

          "Abang ke sini sebab Leha lama sangat kat bilik photostat ni.  Copy satu dokumen pun lama sangat..," rungut Afiq Khairul tapi tangannya itu masih lagi di dahiku.  Kemudian, turun ke pipiku.  Pipiku dielusnya perlahan.

          "Sorry, Leha dah copy..," ucapku lalu menyuakan kertas tu kepada Afiq Khairul.

          Afiq Khairul sambut huluran kertas tersebut.  Tapi, tangannya naik menyentuh pipiku semula.

          "Kenapa nampak pucat masa nampak abang tadi?" soal Afiq Khairul sekali lagi.

          Aku pegang jari-jemarinya di pipiku itu.

          "Leha teringat yang abang pernah lempar kertas masa Leha terlambat copy hari tu," jawabku berterus-terang kepadanya.

          Afiq Khairul terdiam.  Ada riak serba salah diraut wajahnya itu.  Tidak semena-mena, dia lingkarkan tangannya ke belakang kepalaku lalu memeluk tubuhku.  Erat sangat-sangat!

          Aku terkesima.  Hah?

          "Bos... Eh, abang! Erm,  bos! Kita kat office sekarang ni!" Fikiranku jadi buntu.  Sampai keliru nak panggil dia gelaran yang mana satu!

          Aku tepuk perlahan belakang tubuh Afiq Khairul.

          Tiba-tiba...

          Kelibat Nurul dan Adeline muncul di sebalik dinding yang memisahkan ruang pejabat serta ruang bilik photostat ini.

          "Saya copy yang ni, awak copy..," arah Nurul kepada Adeline dan seketika kemudian, mata kami bertembung!

          "Ops! Sorry!" mohon Nurul lalu berpaling ke belakang. 

          Adeline yang baru melihat aku di situ turut berpaling.  Tapi, senyuman nakal di bibirnya itu membuatkan mukaku merona merah!

          No way, kami kena 'tangkap basah'!

          Afiq Khairul pula hanya tersenyum di situ.  Dia melepaskan pelukan di tubuhku itu lalu menundukkan badannya sedikit dan merapatkan dirinya kepada aku.  Pipiku dikucupnya perlahan dan berlalu dari situ seperti tiada apa-apa yang berlaku.  

          Selamba tahap badak!

          Aku pula sudah terpinga-pinga dengan muka merah menyala macam cili api.  Malu wehhh!

          Tambahan lagi, aku terpaksa menghadap muka Nurul dan Adeline yang semacam itu.  Aku tengok senyuman mereka tu dah sampai ke telinga, siap mengangkat kening dan tersenyum gedik kepada aku.

          Di fikiranku sekarang ni, hanya music TikTok mendayu-dayu di telingaku.

          Oh no, oh no no no no no

          Aku hanya mampu merintih dalam hati!



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

~ Pasrah je laa Leha, laki bini dah pun...😌

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-26 ni.  Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

248K 15.9K 56
Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari melua...
155K 6.5K 17
Dear Readers , Saya cuma perlukan imaginasi yang tinggi daripada anda semua . Bayangkan anda mempunyai seorang stalker . Bagaimanakah hari-hari anda...
619K 37.6K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
2.2M 75.8K 51
"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"