THE NEXT HEIR [Completed]

By purple_rea

303K 24.6K 1.7K

Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu p... More

Notis
Bab 1~|Twin|
Bab 2~|Worse Birthday Party|
Bab 3~|Mother's power|
Bab 4~|Hometown|
Bab 5~|Pertemuan Tak Diduga|
Bab 6~|Kekeliruan Si Kembar|
Bab 7~|Kejutan Hari Pertama|
Bab 8~|Kael|
Bab 9~|Emosi|
Bab 10~|Keterujaan Pertunjukkan|
Bab 11~|Kemarahan Iezzi|
Bab 12~|Pertemuan|
Bab 13~|Aurora Biru|
Bab 14~|Kedinginan Remaja|
Bab 15~|Cabaran|
Bab 16~|Semangat Alexa|
Bab 17~|Save Them, please!|
Bab 18~|No Need You Anymore|
Bab 19~|Ego dan Dendam|
Biodata Watak
Bab 20~|Meet With The Guardian|
Bab 21~|Time To Wake Up|
Bab 22~|Desakan Jawapan|
Bab 23~|Who?|
Bab 24~|Papa!|
Bab 25~|Ruby and Her Brothers|
Bab 26~|Trap For You Little Girl|
Bab 27~|Damn You, Kael!!|
Bab 28~|Jiwa Yang Terseksa|
Bab 29~|Rahsia yang Terungkai|
Bab 30~|New Person|
Contoh Gambaran Watak
Bab 31~|Ladies Battle|
Contoh Gambaran Watak 2
Bab 32~|Amarah Si Kembar|
Bab 33~|Leo|
Bab 34~|Ryan's Family|
Bab 35~|Edora's Cursed|
Bab 36~|Kill Her!|
Bab 37~|Iezzi's Wish|
Bab 38~|Plans|
Bab 39~|Rinzler|
BAB 40~|Crystal Island|
Bab 41~|Madness|
Bab 42~|No Title|
Bab 43~|Dinner|
Bab 45~|Meeting|
Bab 46~|What Now?|
Bab 47~|Short Story|
Bab 48~|The Truth|
Bab 49~|Massage|
Bab 50~|Surprise|
Bab 51~|Laporan|
Bab 52~|Preparation|
Bab 53~|Happy Birthday|
Bab 54 ~|Chaos|
Penghargaan
Bab 55~|Black Aura|
Bab 56~|Lost|
Bab 57~|Broken|
Bab 58~|Command|
Bab 59~|Whisper|
Bab 60~|For Their Sake|
Bab 61~|Fight|
Bab 62~|Zasry's Ego and Battle in Dark Market|
Bab 63~|Fire and Ice|
Bab 64~|Advice and Evira's Rage|
Bab 65~|Evira's Plan and Darkness Inside Iezzi|
Bab 66~|I Got You, Boy|
Bab 67~|Queen Lilith Death|
Bab 68~|Violet's Feeling|
Bab 69~|Drake, Lucy and Alexa|
Bab 70~|Pertemuan Arean|
Bab 71~|Iezzi's Secret|
Bab 72~|Pesanan Iezzi|
Bab 73~|Time to Act|
Bab 74~|Perlawanan Bermula|
Bab 75~|Permata|
Bab 76~|Sacrifice|
Bab 77~|Kebangkitan Kegelapan|
Bab 78~|Who Is Vera?|
Bab 79~|Vera's Story I|
Bab 80~|Vera's Story II|
Bab 81~|Training|
Bab 82~|Meeting with The Kings|
Bab 83~|Date with Aydan?|
Bab 84~|The Thing They Will Know|
Bab 85~|The Hidden Secret|
Bab 86~|Aydan's Birthday|
Bab 87~|A Night with Alex|
Bab 88~|Morning Activity|
Bab 89~|Q & A|
New Story Reveal
Bab 90~|A Little Chat and Warning|
Bab 91~|Aydan & Alexa|
Bab 92~|Attack by the Unseen Creatures|
Bab 93~|Darren|
Bab 94~|Tree of Life|
Bab 95~[Hazel The Guardian]
Bab 96~[Scarlet and Hazel Reunion]
Bab 97~[It's About Time]
Bab 98~[The Assasins]
Bab 99 ~ [Power of Berry The Keeper]
Bab 100~[Strength Behind the 5 Generals]
Bab 101~[Darren and His Past]
Bab 102~[Family Fighting]
Karakter tambahan
Bab 103~[My Precious One]
Bab104~[Intense Battle]
Bab 105~[Twin Relationship]
Bab 106~[The Reborn of A King]
Bab 107~[Forgiveness and The End]
Bab 108~[New Start]
Extra 1
Extra 2
Extra 3
Extra 4
Extra 5 [Last]
Pemberitahuan

Bab 44~|Dragon Crystal|

2.3K 206 5
By purple_rea


Iezzi mendarat di hadapan pintu gua.

Untuk seketika, dia kagum dengan perhiasan kristal yang mengelilingi pintu gua hingga ke dinding gua.

"Ada tangga."

Wanita itu menuruni satu persatu anak tangga yang ada.

"Sejuknya." Meskipun sudah tebal pakaiannya, rasa sejuk yang mencengkam membuatkan dia menggigil.

"Jauh lagi ke?" Sudah beberapa minit lamanya dia menuruni anak tangga, tetapi masih tidak bertemu dengan penghujungnya. Terasa seperti gua itu langsung tidak berpenghujung.

Suasana sejuk dan sunyi membuatkan perjalanan terasa lama.

Setelah setengah jam menuruni anak tangga, Iezzi akhirnya tiba ke punghujungnya.

Lantai gua itu berkilat bak digilap hingga berkilau. Dindingnya dihiasi kristal berbentuk seperti chandelier yang digantung dengan banyak. Ditengah kawasan luas itu pula, terdapat satu hiasan kristal yang berwarna-warni.

'Hmm... Tak ada tanda-tanda ada makhluk hidup pun dalam ni.'

Iezzi memandang sekeliling sambil kaki melangkah menghampiri hiasan kristal yang berada di tengah itu.

Langkahnya terhenti. Mata tertumpu kepada kristal di depan mata.

Hujung kristal yang tajam dan berkilau disentuh dengan ibu jari.

"Auch! Tajamnya."

Jarinya yang luka dibawa ke mulut.

Titisan darah yang berada di hujung kristal itu menghilang.

Lantaj gua tiba-tiba bergegar hebat.

Satu susuk seekor naga muncul. Saiznya besar. Tubuhnya dilindungi oleh sisik yang berkilau bak kristal serta di atas kepala hingga ke hujung ekornya pula, mempunyai hiasan kristal yang runcing.

"Cantiknya." Iezzi kekaguman kerana tidak pernah melihat seekor naga seindah di depan matanya itu.

"Manusia. Ada apa-apa yang aku boleh bantu?" Ia bersuara.

"Aku Iezzi. Tak ada apa. Aku datang hanya untuk melihat kau."

"Melihat aku? Bukan kerana kau mahukan permintaan?"

"Permintaan?"

Mereka berdua keliru dengan apa yang dikatakan.

"Baiklah. Mari aku jelaskan tujuan kedatangan aku ke sini terlebih dahulu." Iezzi berkata.

Naga itu kelihatan akur.

"Aku tak faham dengan 'permintaan' yang kau katakan tadi. Tujuan aku datang ke sini hanya untuk membuktikan kewujudan kau. Itu saja. Tak ada apa-apa permintaan pun yang mahu aku pinta dari kau," jelas Iezzi.

"Baiklah, aku faham kata-kata kau."

Naga kristal itu merendahkan kepalanya, lalu merehatkan tubuh di atas lantai gua kristal.

Iezzi disapa rasa hairan melihat tingkah makhluk itu.

"Untuk pengetahuan kau, aku bukan saja menjaga pulau ini, malah aku turut menunaikan hajat manusia yang bertemu dengan aku."

Dia diam sejenak.

"Beratus tahun lalu, manusia hanya mahukan kekuatan, kuasa dan kekayaan. Semakin lama, aku semakin bosan mendengar permintaan mereka. Semuanya mahukan hal yang sama. Dan aku sedar, disebabkan permintaan yang aku tunaikan, dunia ni semakin 'kotor' dengan mereka ni..."

Iezzi tekun mendengar. Dia mahu tahu lebih banyak tentang naga yang pernah dikatakan mati pada masa dahulu.

"Aku memalsukan kematian aku sendiri dan menjadi sebahagian dari pulau ini. Satu lagi, hanya manusia tertentu saja yang mampu bertemu dengan aku."

Mata naga itu bertemu dengan mata Iezzi.

"Hmm... Kisah hidup yang menyedihkan."

Iezzi tersenyum kecil.

"Ya, masa lampau yang sangat menyakitkan dan menyedihkan."

"Apa lagi yang kau mahukan dari aku, jika ia bukanlah permintaan?"

"Aku cuma nak berkenalan dengan kau." Iezzi tersenyum mesra.

Naga itu menjeling Iezzi sekilas. Dia langsung tidak percaya dengan kata-kata wanita itu.

"Kisah hidup yang menyedihkan, ha?" Iezzi menjongket kening

Makhluk itu terdiam.

Tiba-tiba ia berdiri semula.

"Kenapa?"

"Ada penceroboh. Niat mereka tidak baik. Aku akan uruskan mereka, kau tunggu di sini dulu."

Iezzi mengangguk akur.

Naga itu hilang dan muncul semula beberapa minit kemudian.

Mata Iezzi membulat melihat mayat lima orang lelaki di hadapannya. Mayat-mayat itu muncul bersama si naga sebentar tadi.

"Manusia seperti merekalah yang paling aku benci. Memburu makhluk seperti kami dan jadikan kami sebagai punca kekuatan."

Mayat-mayat itu menjadi debu dan menghilang.

"Tetapi, mereka ini bukanlah manusia yang sebenarnya."

"Ha?" Iezzi mendongak, memandang si naga untuk penjelasan.

Naga itu kembali meletakkan kepala dan tubuhnya di atas lantai.

"Mereka adalah mayat hidup. Manusia yang dihidupkan semula dengan kuasa seruan. Rupa mereka tidak ubah seperti manusia biasa." Si naga berjeda seketika.

"Mereka tak boleh dibunuh, kecuali dengan satu cara."

"Macam mana?"

"Senjata adalah kawan, dalam masa yang sama, ia juga musuh. Senjata yang digunakan oleh mereka adalah musuh mereka sendiri. Sekali tikaman, mereka akan menjadi debu dalam sekelip mata."

Iezzi mendengar penuh teliti. Maklumat itu disimpan kemas di dalam ingatan.

"Tapi, macam mana kau boleh membezakannya?"

"Aku mempunyai kebolehan itu."

"Apa yang mereka mahukan daripada kau. Daripada makhluk yang serupa seperti kau?"

"Mereka mahukan kuasa. Tubuh kami, luar dan dalam diselaputi oleh kuasa. Kekuatan mengalir di dalam darah kami. Mereka mahukan semua itu. Apabila mereka dapat membunuh salah satu dari kami, tidak satu pun bahagian kami yang akan disia-siakan. Dari kulit, hinggalah darah, semua akan digunakannya untuk kepentingan mereka."

Iezzi berasa ngeri apabila membayangkannya.

"Kau juga tidak terkecuali." Tambah si naga itu lagi.

"Eh? Aku?!"

"Kuasa kau terlalu kuat dan mereka mahukannya. 'Core' di dalam diri kau didiami oleh pelbagai semangat alam dan kuasa alam. Mereka tahu, mereka tak mampu untuk menghampiri kau, sebab itulah mengapa tubuh kau diracuni mereka. Kau akan mati secara perlahan, dan apabila kau mati, mereka tak akan menunggu lagi."

"Eh?! Ta-tapi, aku ni manusia juga."

"Kau memang manusia juga, tapi mereka tak peduli akan semua tu. Apa yang penting adalah kuasa."

Iezzi tersentak mendengarnya.

"Beratus tahun lalu, manusia dan makhluk seperti kami hidup dalam satu dunia yang sama. Saling bekerjasama dan saling melengkapi. Sehinggalah munculnya satu golongan manusia yang tamak dan iri hati terhadap kekuasan kami. Satu persatu makhluk seperti kami dibunuh dan diburu tanpa belas.

Sejak kejadian itu, jurang antara kami mula terhasil. Mereka terus memburu, dan kami terus menyembunyikan diri. Walaupun kami mempunyai kekuatan, tetapi manusia-manusia itu turut mempunyai kekuatan yang mereka peroleh daripada makhluk yang dibunuh oleh mereka sendiri. Apabila mereka bersatu, kami tak akan mampu untuk melawan."

Iezzi terdiam. Dirinya mula tertanya-tanya, dari mana datangnya kuasa yang dimiliki oleh keturunannya dan dirinya. Adakah ia hasil dari pembunuhan itu juga?

"Kenapa kau ceritakan semua ni pada aku? Kau tak meragui aku ke? Kau tak rasa ke yang aku pun boleh bunuh kau jika aku mahu?"

"Sebab aku sendiri yang memilih untuk ceritakan semuanya pada kau. Aku percayakan kau dan aku yakin kau tak akan bunuh aku, mahupun makhluk seperti aku."

Iezzi tersenyum sendiri.

"Aku nampak dalam mata kau, pelbagai makhluk percayakan kau dan memerlukan perlindungan kau."

Iezzi tertawa kecil.

"Ya. Aku memang tak berani nak membunuh makhluk seperti kau."

Iezzi duduk bersila. Sejak tadi berdiri, sakit kaki dibuatnya.

Wanita itu menghela nafas. Asap dingin keluar dari mulutnya.

"Tapi aku tak mampu nak lindungi kau mahupun yang lain lagi. Racun yang ada dalam diri aku membataskan kuasa aku sendiri. Semakin kuat kuasa yang aku gunakan, semakin cepat racun tu merebak dan makin cepat aku mati."

"Kalau begitu, aku akan bantu kau. Aku akan pastikan kau dapat teruskan tugas kau untuk melindungi kami."

"Macam mana?" Iezzi disapa keterujaan.

Si naga mendekatkan wajahnya dengan Iezzi. Nafasnya ditiup perlahan pada tubuh Iezzi.

Dalam sekelip mata, Iezzi dapat merasakan yang tubuhnya semakin segar dan ringan.

"Racun itu aku hentikan tindak balasnya dan dalam masa yang sama, aku berikan kebolehan kepada kau untuk kenal pasti musuh yang terdiri daripad mayat hidup."

Iezzi tersenyum senang

"Terima kasih."

"Kebanyakkan musuh terdiri daripada mayat hidup. Mereka ini dijadikan sebagai orang suruhan untuk mengintip, menyerang mahupun membunuh. Mereka adalah barisan pertahanan yang perlu ditembusi terlebih dahulu sebelum bertemu dengan ketua yang sebenar. Jadi, kau tak perlu risau untuk membunuh."

"Baguslah."

Mereka diam sejenak.

"Terima kasih, Iezzi."

Iezzi mendongak.

"Untuk apa?"

"Kerana kau dah selamatkan kanak-kanak itu dan tempatkan mereka di tempat yang selamat."

"Oh! Kebetulan je tu." Iezzi mengusap kepalanya sendiri.

"Tapi, kenapa mereka culik kanak-kanak tu? Mereka semua masih kecil dan lemah."

"Sebab itulah mereka memburu kanak-kanak itu."

"Ha?" Kekeliruan terpapar jelas pada wajah Iezzi.

"Mereka tak akan menyerang manusia lain, kecuali jika manusia itu sendiri yang mempunyai kebolehan dan kuasa yang mereka mahukan."

Iezzi terus mengetap gifi. Marah dengan sikap tidak berperikemanusiaan mereka semua.

"Kanak-kanak itu, semangat yang ada di dalam diri mereka masih lemah, maka ia mudah untuk dihapuskan mahupun dipisahkan dengan jiwa kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu pula, dijadikan korban mereka. Darah mereka masih segar dan hangat."

Iezzi sudah mengepal buku lima.

"Semangat alam itu pula, selalunya akan dipisahkan dari tubuh. Mereka tak akan menghapuskannya kerana mereka tahu, jika seorang mati, semangat itu akan mencari penggantinya yang lain. Jika satu semangat telah memasuki tubuh manusia, maka luar dan dalam manusia itu dikuasai oleh kuasa semangat. Dan mereka juga tahu, jika semangat alam memilih seorang manusia, pasti ada keistimewaan terhadap manusia itu yang menyebabkan semangat alam tertarik terhadap mereka."

BAM!

Iezzi menumbuk lantai gua hingga retak kawasan yang ditumbuknya itu.

"Melampau. Mereka tak boleh dimaafkan." Gigi Iezzi sudah berlaga-laga menahan marah.

Matanya juga sudah berubah warna kepada warna merah darah.

Tiada lagi kelembutan di dalam mata birunya. Malah sudah digantikan dengan kemarahan dan dendam dalam anak mata merahnya.

"Aku rasa, sampai sini saja pertemuan kita untuk malam ni."

"Eh?" Mood Iezzi berubah dalam sekelip mata.

"Masa untuk kau balik. Kau ada tugas lain pula esok pagi, bukan?"

Iezzi mengeluh.

"Ya."

Iezzi berdiri.

"Sebelum tu, boleh aku tahu nama kau?"

Si naga tidak menjawab.

"Hmm. Jadi, kau tak ada nama ya?"

"Manusia hanya gelarkan aku Naga Kristal saja."

Iezzi mengangguk-angguk. Dalam masa yang sama, memikirkan nama buat si naga.

"Dragna." Dia berbisik perlahan

"Aku namakan kau, Dragna!"

"Nama yang indah. Terima kasih."

Iezzi tersenyum suka.

Tiba-tiba tubuhnya dikelilingi kabus nipis.

"Bahaya untuk kau berjalan keluar sendirian. Biar aku saja yang hantar kau pulang."

Pandangan Iezzi mula kabur. Matanya berat seperti orang mengantuk.

"Aku harap kau akan datang lagi nanti. Sebelum kau pulang ke kerajaan asal kau."

Iezzi terus tidak sedarkan diri. Terlena di dalam kabus nipis itu.

*****

Marcus menghampiri sel yang menempatkan seorang lelaki.

Kunci terus dimasukkan ke dalam perumah. Gerigi besi itu dibuka seluasnya.

Si lelaki yang sedang tidur terus terjaga.

Marcus menarik keluar pedangnya.

Lelaki itu sudah cuak melihat tingkah Marcus.

TING!

Matanya dibuka saat terdengar bunyi besi dibelah.

Rantai yang mengikat kakinya kini sudah terputus. Dilotong oleh pedang Marcus.

"Rinzler, bukan? Aku diarahkan untuk bawa kau keluar dari sini," kata Marcus dalam nada seriusnya.

"Siapa yang arahkan kau?" Rinzler bertanya cuak.

"Tuanku Puteri Iezzi."

Rinzler terkejut mendengar sebaris nama itu.

"Mari."

Marcus berpaling ingin pergi.

Rinzler segera berdiri dan mengekori langkah Marcus.

"Marcus." Kayla yang sedang berjaga di depan pintu masuk penjara bawah tanah itu, segera mendapatkan Marcus.

"Awak yakin ke dengan apa yang awak sedang lakukan ni?" Dia berbisik perlahan pada Marcus.

"Aku yakin dengan Iezzi."

Pentagram teleport terhasil di bawah kaki mereka. Ketiga-tiga mereka terus menghilang dari pandangan.

Continue Reading

You'll Also Like

132K 1.5K 17
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
116K 11.3K 44
" Aku ingatkan Dark Web ni khabar angin ja tapi rupanya .. aku silap " -Haneul search : www.kqdαrkfєllαz.cσm " Hi , welcome to ' Dark Web World ' . s...
209K 8.8K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
98.1K 10.2K 51
Atas dasar rasa ingin tahu, Aleya membuat keputusan untuk menerima satu jemputan misteri ke Perlis. Ezlan pula yang dikurniakan satu kebolehan cuba...