SELEBRITI. ยป park jimin

By bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... More

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxv. Finale/Penghargaan

xxxiv. Epilog

220 18 0
By bajumelayujimin

Tiga tahun kemudian.

"Artis minggu ini... Wah, saya pun memang minat dia.", ujar si MC wanita melalui mikrofon. Deretan kamera tersusun di hadapan mereka, setia merakam segala pergerakan dan perbualan. "Lakonan yang menyayat hati, suara yang merdu, rupa kacak, petikan gitarnya yang mencairkan hati, artis serba boleh, Park Jimin bersama kita!"

Jimin menundukkan sedikit kepalanya sebelum memperkenalkan dirinya. "Saya pelakon dan penyanyi, Park Jimin." MC wanita itu terus bertepuk tangan, teruja. Kamera fokus kepada wajah Jimin.

Mereka kini berada di dalam studio sambil duduk menghadap diatas sofa kecil.

"Wah... Dah lama saya tak nampak Encik Jimin. Apa khabar, sihat?"

"Ah, saya sihat. Macam biasa.", jawab Jimin dengan sopan. MC wanita itu menjeling kepada kad yang dipegangnya.

"Encik Jimin kembali dengan album terbaru, juga tak lama lagi akan buat konsert! Wah... Mesti peminat encik suka."

Jimin hanya tersenyum.

"Lagu Promise, nombor satu di enam music streaming site! Juga mengungguli carta Billboard di tempat ketiga... Terbukti gelaran world star yang disandang!"

"Ah, terima kasih banyak-banyak..." Jimin mula berasa segan dengan segala pujian yang diberi. "Ya, saya akan buat konsert pada 29 Julai nanti di Olympic Hall. Jangan lupa datang.", ujar Jimin.

"Saya dengar tiket konsert dah sold out. Betul? 10 ribu seat?" Jimin mengangguk. "Wah...", MC wanita itu kagum lagi.

"Okay, kita akan cakap tentang album terbaru encik yang diberi nama, TO HER. dengan title song bertajuk Promise. Konsep album dan konsert encik kali ini agak berlainan dengan konsep encik yang sebelum ini... Saya ada tengok MV, encik menyanyikan lagu akustik. Album pula banyak lagu balada dan R&B."

"Ya, saya sedang cuba konsep baru, walaupun memang saya dah terbiasa dengan pop. Saya ingin meluaskan genre lagu saya."

"Terbukti artis serba boleh." Jimin tergelak mendengar kata-kata MC wanita itu.

"Konsep album encik... Dengan poster konsert... Konsep dia macam bercakap tentang seseorang yang spesifik, hanya seorang. Betul ke?", soal MC wanita seperti wartawan hiburan. Jimin tertawa kecil.

"Mungkin?", Jimin berseloroh menyebabkan MC wanita itu tertawa sekali.

"Mungkin ada betulnya... Tapi bagi saya itu semua terpulang kepada sesiapa yang mendengar. Sebab saya tak nak musnahkan pendapat masing-masing sebab lain orang yang dengar, lain maksud yang dapat ditafsirkan." MC wanita itu mengangguk sambil mendengar penjelasan Jimin.

"Tapi bagi sayalah... Konsep album TO HER. bercakap tentang hubungan seseorang. Album ni menceritakan perasaan seorang lelaki yang tak tahu macam mana nak menghargai orang yang dia sayang. Dia ambil kesempatan diatas cinta perempuan itu sebab dia tahu perasaan sebenar perempuan tu. Walaupun lelaki tu tak rasa benda yang sama."

"Boleh dikatakan... Hubungan toksik?"

"Kesimpulannya, kalau jumpa lelaki yang macam ni, tinggalkan jelah dia. Buang jauh-jauh. Itu maksud saya." MC wanita itu tergelak mendengar penjelasan Jimin. Jimin pula hanya tersengih. "Tak perlu simpan lelaki sampah macam tu."

"Menarik juga konsep macam tu. Tapi saya yakin Encik Jimin mesti akan baik dekat girlfriend encik.", sakat MC itu lagi. Bibir Jimin ketap, cuba mengawal senyuman.

"Dah terlambat.", ujar Jimin.

Mata MC wanita itu berkerdip-kerdip. "Ya?"

"Ya, saya akan baik dekat dia. Kalau masih ada peluang. Tapi mungkin peluang tu dah hilang buat selamanya."

•••

"2 minit lagi!", ada suara staf yang melaung di dressing room. Stylist Jimin membetulkan kedudukan rambut Jimin buat kali terakhir. Jimin mula berdiri lalu berjalan ke belakang pentas. Suasana di Olympic Hall itu riuh dengan sorakan peminat Jimin yang menyanyikan lagunya dan menyebut nama Park Jimin.

Poster TO HER. besar berwarna merah jambu pastel dihiasi warna pastel yang senada tergantung di bahagian luar Olympic Hall, bersama tulisan berangkai yang berbunyi, "Surat cinta untuk kau."

Konsert TO HER. akan berlangsung tidak lama lagi. Lampu di dalam Olympic Hall dipadamkan menandakan konsert akan bermula. Peminat Jimin mula bersorak dengan lebih kuat.

Poster bersama wajah Park Jimin pula tergantung di lampu jalan. Kemeriahan konsert yang diadakan terasa di sana-sini.

"Park Jimin! Park Jimin! Park Jimin!"

Jimin memegang gitarnya dengan erat dengan debaran di dalam hati. Lif yang dinaikinya mula naik, sorakan semakin kuat. Mic stand diletakkan diatas pentas.

Jimin membuka matanya lalu menarik nafas. Tangannya dibawa untuk memetik gitar. Sorakan peminat semakin bingit. Tangan mereka masing-masing menggoyangkan lightstick dengan cahaya berwarna biru langit.

<mainkan lagu di media untuk pembacaan yang lebih efektif>

“I sit alone, slumped down
And I break myself down with these thoughts
You probably don’t even know
When you started hurting me”

Kepala Jimin dongak, memandang langit malam dengan bintang. Matanya berkaca-kaca namun bibirnya tersenyum. Dia mengalihkan pula pandangan kepada para peminat di hadapan matanya.

“You're hurting too 'cause you're mine
I just want to blow your mind
You're only drifting further away like this
I say that it's all fine
The truth is that's a lie”

Han Yeoreum. Kau dengar tak? Kau tengah tengokkan aku menyanyi sekarang? Aku harap kau baik-baik sahaja disana.

“I want you to be your light, baby
You should be your light
So you won't hurt anymore, so you can smile more
I want you to be your night, baby
You could be your night
I'll be honest with you tonight”

Kau kata ini semua bukan salah aku dan buat pertama kalinya... Aku tak setuju dengan apa yang kau cakap. Memang salah aku.

Kalau kau tanya adakah aku okay, aku okay. Aku rasalah. Aku ada hakkah untuk berasa okay selepas segala benda yang aku dah buat dekat kau?

Selamat hari jadi, Han Yeoreum.

•••

to her.

Standing Egg - Little Star


Little Star. Antara lagu kegemaran Yeoreum. Dia masih teringat saat dia menyanyikan lagu itu untuk Yeoreum sebelum Yeoreum tertidur.

•••

iKON - Jerk

Sebab aku yang jahat dekat kau.

•••

iKON - Today

Bila kau nampak lebih cantik berbanding hari biasa.

•••

Adam Levine - Lost Stars

•••

Taeyang - Only Look At Me

•••

Urban Zakapa - I Don't Love You

•••

G-Dragon - Untitled, 2014

•••

DAY6 - I'll Try

•••

DAY6 - I Would

•••

DAY6 - Still

•••

Song Mino - Her

•••

Jimin - Promise

•••

Passenger - Let Her Go

•••

EXO - Sing For You

Jimin memandang skrin telefon bimbitnya lama, melihat highlight Instagram yang diberikan nama to her.

Dia membalas surat cinta Yeoreum untuknya.

Surat cinta?

Jimin teringat akan sesuatu ketika mereka berada di zaman sekolah menengah.

"Yeoreum... Tolonglah aku...", Jimin hampir merayu. Bibirnya dicebikkan, tapak tangannya dirapatkan. Yeoreum pula kekal mengunyah gula-gula getahnya sambil berpeluk tubuh.

Suasana di kafeteria sekolah yang riuh rendah tidak dihiraukan. Dia tidak percaya dengan permintaan yang dibuat oleh Jimin.

"Tak nak.", sepatah Yeoreum membalas.

"Tolonglah aku... Ah..." Jimin menarik-narik lengan baju uniform Yeoreum.

"Ah! Surat cinta kau! Pahal aku yang kena tulis?", tanya Yeoreum. Jimin menjegilkan matanya sebelum memandang sekeliling, nasib tiada yang memberi perhatian. Sudahlah suara Yeoreum boleh tahan kuat juga.

"Alah... Kau kan pandai menulis... Tolonglah...", pinta Jimin lagi. Yeoreum menjelingnya.

"Please?"

"Belanja aku piza."

"Okay."

"Large. Cheese crust."

"Woi!"

Yeoreum berdiri. "Tak nak sudah一"

Jimin menarik lengan Yeoreum untuk duduk kembali. "Ah okay okay! Large! Okay."

Yeoreum tersengih.

Mereka berjalan ke perpustakaan setelah tamat waktu sekolah untuk menjalankan menjalankan satu misi. Menulis surat cinta Jimin kepada Kang Harin. Jimin siap menarik kerusi untuk Yeoreum duduk, melayan Yeoreum sebagai permaisurinya.

Yeoreum tersenyum, berpuas hati. Jimin mengeluarkan sekeping kertas dan pensil. "Okay, tolong aku." Jimin memegang pensil. "Kau cakap, aku tulis."

"Apa yang patut aku cakap eh..." Jari-jemari Yeoreum mengetuk meja. "Kenapa kau suka Harin?", tanya Yeoreum.

"Entah." Jimin menjongketkan bahunya. "Aku cuma... Suka dia." Jimin mula tersenyum. "Senyuman dia cantik. Aku suka tengok dia fokus bila dia buat kerja sekolah, macam comel je."

Mata Yeoreum berkerdip, kemudian dia menggelengkan kepala.  Menidakkan rasa pedih di dalam hati yang datang entah dari mana.

"Okay, kita mula dengan tu."

"Kepada, Kang Harin..." Jimin mula menulis dengan menggunakan pen berdakwat hitam di tangan.

"Susah untuk aku luahkan semua dalam kata-kata... Aku pun tak tahu perasaan ini datang dari mana."

Tanpa Jimin sedari, Yeoreum hanya merenung wajah Jimin sambil mengucapkan segala ayat itu. Seperti dia sedang meluahkan perasaannya sendiri.

"Aku tahu kita kawan je... Tapi senyuman kau cantik sangat, buat aku fikir kita lebih daripada seorang kawan. Tak tahu sejak bila, di sebalik orang ramai... Aku cari muka kau dulu. Kemudian, aku lega bila aku dah nampak kau. Dan bila kau nampak muka aku... Kau pun senyum, buat aku bahagia."

"Bila kau sedih, aku pun rasa sedih. Aku rasa nak lindungi senyuman kau, supaya kau gembira sentiasa."

"Semua benda kecil yang kau buat, buat aku rasa bahagia. Kau mungkin tak sedar yang aku rasa macam ni, tapi aku...", Ayat Yeoreum terhenti.

"Aku suka kau. Sangat-sangat." Yeoreum tersenyum.

Jimin mengangkat wajahnya, memandang Yeoreum. Tiba-tiba, Yeoreum rasa seperti mereka berdua sahaja yang berada di dalam perpustakaan sekolah. Entah dari mana Yeoreum memperoleh keberanian untuk merenung ke dalam mata Jimin.

"Tak." Yeoreum menggeleng. "Aku cintakan kau. Mungkin?"

Jimin kembali kepada realiti, matanya basah. "Daripada dulu...", bisik Jimin sendiri. Dia bersandar pada kerusinya sambil menutup mata. "Kenapa kau suka aku? Kenapa kau tak suka orang lain yang boleh buat kau bahagia?", gumam Jimin.

"Lepas tu, kau baik dekat aku. Macam mana aku tak suka kau bila kau ambil berat sangat pasal aku?"

Jimin dan Yeoreum berjalan keluar dari Geumdo Highschool. "Kalau aku suka Kang Harin... Apa lelaki idaman kau?", tanya Jimin. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, berfikir.

"Ah..." Jimin memetik jarinya. "Kau kan suka Taehyung. Mestilah ideal type kau dia. Apalah."

Yeoreum menggeleng. "Jujur aku cakap, aku tak ada ideal type. Kalau aku suka, aku cuma... Suka.", kata Yeoreum.

"Ei... Takkanlah kau tak ada ideal type langsung... Benda yang kau akan cari dekat setiap orang yang kau suka. Takkan tak ada?", desak Jimin lagi. Mereka sudah tiba di perhentian bas lalu duduk diatas bangku.

"Aku memang tak ada ideal type...", gumam Yeoreum. Jimin pula kekal memandang Yeoreum, menginginkan jawapan.

"Aku rasa... Ideal type aku ialah seseorang yang aku boleh rasa selesa?  Macam aku boleh cerita semua benda, macam kawan baik?"

Jimin mengangguk, berpuas hati dengan jawapan Yeoreum. "Oh..."

Jimin memandang ke hadapan, memandang kenderaan yang lalu lalang. Tanpa dia sedari, Yeoreum sedang merenungnya sebelum menundukkan wajah.

Jauh Jimin termenung memikirkan semua perkara itu. Segala memorinya bersama Yeoreum. Sejak mereka berusia 11 tahun, dari zaman remaja sehingga dewasa. Dari saat Yeoreum masih ada dan kini dia telah tiada.

Tangan Jimin mengusap lembut bulu kucing peliharaannya yang berbaring diatas riba.

Maafkan aku, tapi untuk cakap aku sukakan kau, malah cintakan kau adalah satu kenyataan yang berat dan besar. Suka? Cinta? Aku tak tahu semua itu. Tapi, kau mengajar aku kedua-dua perkara itu.

Bila difikirkan balik, aku tak tahu akan perasaan aku sendiri. Adakah semua itu hanya dilakukan atas nama persahabatan atau perasaan cinta dan suka? Aku tak tahu.

Tapi, apa yang aku tahu, aku rindu kau, Han Yeoreum.

Aku hanyalah selebriti yang cuai dan bodoh, masih cuba memahami erti sebenarnya sayang setelah kau tiada.

I don't know what to say,he said.

It's okay, she replied, I know what we are一 and I know what we're not.

一 THE END.

TAMAT.

okay meh gaduh dekat post seterusnya

Continue Reading

You'll Also Like

9.8K 750 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
78K 7.8K 32
" Selesaikan misi kau , Semuanya akan jadi seperti biasa ." [ COMPLETE ] [ 1st OCTOBER 2018 ] Cover made by ; @Taegi_s
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...