BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 25 - CEMBURU?

24.8K 825 42
By Misshusna006

          "Leha, dah siap ke?" laung Afiq Khairul dari ruang tamu.

          Aku berdiri di depan cermin.  Aku lurutkan bajuku ke bawah, aku rapikan tudungku lalu memegang dadaku.  Nervous!

          Hari ini adalah hari permulaan aku bekerja semula sejak dah jadi isteri kepada Afiq Khairul tu.  Aku ambil handbag di atas meja mekap lalu keluar dari bilik dan menapak ke ruang tamu.  Afiq Khairul berdiri di situ dengan wajah serius.   Aku hanya tersenyum kelat.  Sorry, lama menunggu!

          Afiq Khairul perhatikan aku.  Lama.  Dia melangkah ke arah aku.  Tangannya naik ke pipiku.

          "Leha pakai make-up ke?" tanya Afiq Khairul.

          Aku anggukkan kepalaku.  Selama ini aku lebih suka pakai basic skincare, foundation, loose powder dan secalit gincu atau lip gloss sahaja.  Tapi, hari ini aku hiasi wajahku dengan eye liner, mascara, pemerah pipi serta gincu colour merah.  Ajaran daripada Adila! 

          Kata Adila, aku kenalah bersolek sikit supaya wajahku nampak lebih berseri.  Terutama sekali lepas dah kahwin ni.  Aku pun tak tahu apa sebabnya dan oleh kerana aku tidak mahu mendengar bebelan Adila yang panjang lebar itu, aku turutkan saja!

          "Pelik ke?" tanyaku sambil menyentuh jari-jemarinya di pipiku itu.

          Afiq Khairul diam.  Aku tengok dia berpaling dan terus mengambil kotak tisu di atas meja makan.

          "Pemerah pipi tu tebal sangat.  Macam badut!" Kotak tisu diserahkan kepada aku.

          Aku terkedu di situ.  Aku ambil kotak tisu tu dengan memuncungkan bibirku.  Tak puas hati, sampai hati dia cakap aku macam badut!

          "Tapi, solekan ni tak tebal mana pun.  Biasa je.  Dahlah, jom gerak.  Kang lambat pula sampai office." Bangkangku dengan gelengan kepala. 

          Aku letak kotak tisu tu semula di atas meja makan dan melangkah ke muka pintu dengan hati yang sebal.  Usaha aku untuk berubah tak dihargai.  Sedih!

          "Leha..," panggil Afiq Khairul.  Nada suaranya perlahan tapi seram!

          Aku ketap bibirku.  Kalau aku tak turutkan arahan Afiq Khairul tu, confirm hari aku akan jadi hari yang muram.  Kalau mood dia tak elok, dah tentu layanan dia kepada aku pun tak elok juga!

          Aku menoleh dengan dengusan geram.  Aku serahkan handbag di tanganku itu kepada Afiq Khairul.  Kemudian, melangkah masuk ke bilik tidur kami semula.  Aku ambil loose powder dan 'dap dap' dan tonyoh-tonyoh di pipiku saja.  Pemerah pipi di pipiku itu, berkurang dan jadi samar-samar!  

          Setelah selesai, aku keluar dari bilik.  Aku ambil handbag di tangannya semula dan melangkah ke pintu tanpa melihat mukanya.  Geram dengan sikap diktatornya itu!

          "Abang tak suka Leha bersolek macam tu kalau ia bukan untuk abang.  Kalau nak bersolek sekalipun, biarlah untuk abang! Kalau untuk orang lain, baik tak payah.  Abang haramkan!" ujar Afiq Khairul di belakangku.

          Aku berpaling dan kecilkan mataku.  Macam aku nak telan saja dia ni!

          "Pagi-pagi ni, abang buat Leha sakit hati je.  Leha bersolek bukan untuk orang lainlah.  Leha bersolek ni pun sebab..." Aku terdiam. 

          Bila aku fikirkan semula, aku bersolek sebab Adila yang suruh.  Aku pandang Afiq Khairul.  Macam mana dia boleh tahu niat aku bersolek hari ni bukan untuk dia? Tapi, sebenarnya ia disebabkan oleh Adila.  Pelik.  Macam dia boleh baca fikiran aku!

          "Abang, Leha tak nak marah-marah sekarang ni.  Buat spoil mood Leha je.  Sudahlah Leha nervous nak pergi office.  Okey, jom jalan! Kang Leha naik scooter dan rempit je ke office nanti kalau abang marah-marah Leha macam ni," sambungku selamba lalu meneruskan langkahku.

          Afiq Khairul terbungkam di situ.  Naik scooter dan rempit?

          Afiq Khairul menyembunyikan senyumannya.  Dia hampir tergelak.  Ada-ada sajalah isterinya ni!

          Sebenarnya, bukan dia tak suka dengan solekan Leha tu.  Ia lebih kepada perasaan cemburu.  Cemburu sebab solekan Leha tadi sangat cantik.  Kalau boleh biar dia saja yang tengok.  Tak nak orang lain tengok!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku melangkah masuk ke dalam lobi dengan langkah kanan.  Afiq Khairul yang berjalan di hadapanku itu, aku perhatikan sebelum membalas senyuman Nina.

          Semasa aku melintasi ruangan pejabat, walaupun aku rasa sedikit kekok dan segan tetapi aku tetap tersenyum sambil membalas salam dan ucapan daripada rakan sekerjaku yang lain.  Nampaknya, tiada pandangan dan jelingan yang aku takutkan itu.  

          Apataknya, macam-macam yang aku fikirkan.  Sampaikan aku terfikir tentang jelingan maut yang mungkin aku dapat daripada fan club Afiq Khairul tu.  Tapi, tiada! 

          Semuanya tersenyum kepada aku.  Alhamdulillah, syukur.  Sia-sia saja aku risau sejak semalam lagi!

          "Nervous lagi ke?" tanya Afiq Khairul tiba-tiba.

          Aku gelengkan kepalaku sambil tersengih saja.  Mataku tertumpu kepada meja kerja yang aku tinggalkan hampir 2 bulan itu.  Rindu.  Jam di pergelangan tangan, aku kerling.  Dah masuk pukul 9:00 pagi.  Masa untuk bekerja!

          Aku mulakan dengan menyemak jadual kerja Afiq Khairul sepanjang aku bercuti.  Begitu juga dengan jadual kerjanya sepanjang minggu ini.  Email daripada suppliers, aku print keluar dan letakkan di atas tray.  Aku begitu fokus dengan kerjaku itu sampaikan tidak menyedari ada seseorang berdiri di hadapan mejaku.

          Aku angkat wajah lantas berdiri sambil tersenyum nipis.

          "Maaf, saya tak perasan... Encik nak jumpa bos saya ke?" tanyaku sopan.

          Lama orang itu memerhatikan aku.  Aku jadi canggung.  Hish, ada yang tak kena ke dengan muka aku ni

          Aku kerutkan dahi dan lihat orang itu semula...

          "Encik? Hello... Encik?" panggilku lalu mengawangkan tanganku di hadapannya itu.

          Apabila tiada tindak balas daripada orang itu, aku melangkah ke hadapan pintu bilik Afiq Khairul.  Aku ketuk sekejap.  Kemudian, membuka pintu tersebut dan menahan daun pintu dengan tangan kiri.

          "Aba... Bos! Ada orang nak jumpa..," beritahuku serius.  Aku hampir tersasul!

          Aku hanya guna isyarat mata.  Isyarat yang orang itu ada di belakangku.  Afiq Khairul yang sedang menatap screen laptop mengangkat wajahnya dan melihat aku dengan dahi berkerut.  Aku balas dengan mengangkat bahuku saja.  Isyarat yang aku tak kenal dengan orang tu!

          Aku menoleh ke belakang, orang itu aku pandang sekilas lalu tunduk di situ.  Tak suka dengan pandangan orang itu yang pelik semacam!

          "Encik boleh masuk," pelawaku perlahan.

          Sebaik saja orang itu masuk ke dalam.  Aku tutup pintu rapat-rapat lalu menapak ke mejaku semula.  Menyambung kerja yang perlu disiapkan sebelum tengah hari nanti.  Aku terhenti dari menekan punat kekunci keyboard apabila pintu bilik Afiq Khairul terbuka luas.

          Aku lontarkan pandanganku ke arah situ.  Afiq Khairul sedang melihat ke arah aku.  Orang itu turut melihatku tetapi kali ni dengan senyuman nipis terukir di bibirnya.

          "Leha," panggil Afiq Khairul.

          Afiq Khairul tersenyum melihat aku lalu memegang bahu orang di sebelahnya itu.

          "Kenalkan, ini Project Manager  kita yang baru... Ilham Hakimi Bin Dato' Ibrahim." Aku yang sudah berdiri di sebelah Afiq Khairul itu hanya tersenyum nipis.

          "Hai..," sapaku sambil mengangkat tangan kanan.

          Inilah Project Manager baru yang dimaksudkan oleh Nurul tempoh hari tu.  Benar kata Nurul!

          Orangnya boleh tahan kacak.  Tinggi dan berkulit putih.  Mata dia sepet sikit dan yang menarik perhatianku adalah tahi lalat di bawa matanya, sebelah kanan tu.  Manis! 

          Aku mendongak kepada Afiq Khairul.  Tapi, kalau aku... Suami aku lagi kacak.  Terutama lesung pipitnya itu! 

          Aku terdiam seketika.  Hish, apa yang aku merepek ni! Apasal pula aku boleh menangkan Afiq Khairul dalam bab paras rupa ni? Rungutku dalam hati.

          Merepek sungguh.  Rupa paras tak penting, yang penting adalah keikhlasan, kesabaran dan ketulusan hati!

          "Maaf sebab tak dapat datang ke majlis tempoh hari.  Maaf ye... Masa tu saya ada hal emergency yang perlu saya uruskan," jelas Ilham Hakimi sambil melihat aku dan kemudian kepada Afiq Khairul.

          Aku hanya anggukkan kepalaku dan tersenyum nipis.  Afiq Khairul pula hanya menepuk-nepuk bahu Ilham Hakimi.  Mengisyaratkan yang dia faham dan Ilham Hakimi tak perlu risau tentang hal itu.

          Tidak lama kemudian, Ilham Hakimi meminta diri dan berlalu pergi dari situ.  Tapi, aku dapat tangkap pandangan matanya kepada aku.  Tajam sekali!

          Aku terdiam.  Aku gosok mataku perlahan-lahan... Barangkali perasaan aku saja kot?

          Lagipun, aku baru kali pertama jumpa dengan Ilham Hakimi tu.  Mungkin sikap dia memang macam tu? Bisikku dalam hati.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku urut bahuku.  Terasa sengal sebab menghadap komputer terlalu lama! 

          Jam di pergelangan tangan, aku kerling.  Dah masuk pukul 3:31 petang.  Masa untuk Afiq Khairul minum petang.  Aku melangkah ke pantry.  Ketika aku sampai di pantry, suasana sangat sunyi.  Tiada sesiapa di situ.  Aku bergerak ke cabinet lalu mengeluarkan dulang serta cawan.

          Semasa aku tengah dalam proses menuang coffee ke dalam cawan, seseorang menegurku dari arah belakang.  Aku menoleh dan melihat Ilham Hakimi di situ.  Walaupun kekok dengan situasi sekarang ni, aku ukirkan senyuman nipis buat dia!

          "Coffee?" tanyaku lalu menyuakan jug tersebut kepada Ilham Hakimi.

          Ilham Hakimi tersenyum lalu menyuakan cawannya kepada aku.  Aku sambut hulurannya itu dan menuang Coffee ke dalam cawan tersebut.

          "Tak sangka akhirnya saya bertemu juga dengan awak.  Tapi, ada apa dengan awak ye?" tanya Ilham Hakimi tiba-tiba.

          Aku terkedu dengan soalannya itu.  Aku pandang Ilham Hakimi dengan kerutan dahi.  Aku letak jug tersebut di atas meja semula lalu menyuakan cawan tersebut kepada Ilham Hakimi.  

          Huluran cawan daripada aku itu di sambut dengan ucapan terima kasih.

          "Jangan salah faham.  Saya cuma terkejut sebab orang macam awak ni mampu buat dia setia begitu lama sampaikan orang lain dia tak pandang langsung." Habis saja berkata begitu, Ilham Hakimi keluar dari pantry dengan senyuman pelik.

          Aku termangu lama di situ.  Tak faham langsung dengan apa yang dikatakan oleh Ilham Hakimi sebentar tadi!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Pada sebelah malam, aku ketuk pintu bilik kerja Afiq Khairul sebelum menapak masuk dengan segelas coffee suam.

          "Terima kasih..," ucap Afiq Khairul sambil menyambut gelas itu dan diletakkan di sisinya.

          Aku perhatikan meja kerja Afiq Khairul.  Nampaknya, dia agak sibuk dengan kerja yang dilakukannya sekarang ni.  Bisikku lalu berura-ura untuk keluar.  Tetapi, Afiq Khairul menarik lenganku lalu di arahnya aku duduk di sofa yang ada di dalam bilik ini.

          "Temankan abang." Pendek ayatnya itu tapi ia buat hati aku berdebar.

          Hish, kenapa aku berdebar pula ni? Bisikku geram.

          Aku menyandar dan memerhatikan Afiq Khairul yang sedang menaip sesuatu di laptop miliknya itu.  Aku berpaling ke sisi.  Aku pandang almari yang dipenuhi dengan buku-buku itu.

          Rasanya, tak pernah sekali aku cuba belek-belek ataupun baca buku-buku yang teratur di almari ini.  Apataknya, aku hanya masuk ke dalam bilik ini apabila nak mengemas dan meminjam pen ataupun kertas.  Itu saja!

          Kemudian, mataku tertumpu di bahagian bawah.  Beberapa buah album terletak di situ...

          "Abang, boleh Leha tengok album ni?" tanyaku sambil menuding jari kepada album tersebut.

          Afiq Khairul melihat aku dengan dahi sedikit berkerut.

          "Leha tak pernah usik ke buku-buku kat situ? Abang tak kisah kalau Leha nak baca atau tengok apa yang ada kat almari tu." Dia melangkah ke arahku lalu duduk di sebelahku.

          Aku gelengkan kepalaku dan kemudian bergerak ke almari lalu mengambil beberapa buah album gambar.  Daripada aku tak buat apa-apa, lebih baik aku tengok gambar lama Afiq Khairul.  Aku duduk di sebelahnya.  Separuh album, aku letak di atas meja dan album yang lebih besar... Aku selak satu-persatu.  Gambar semasa Afiq Khairul belajar kat Jepun!

          "Abang nampak macam budak innocent kat sini." Aku ketawa sambil meneliti gambar Afiq Khairul itu.  Dia pakai kaca mata dan hoodie colour hitam.  Alolo, macam budak baik pula!

          Afiq Khairul hanya menjeling kepada aku sebelum turut sama melihat gambar tersebut.  Aku selak lagi ke sebelah, mataku tertumpu kepada gambar Afiq Khairul bersama dengan seorang pelajar perempuan.  Aku macam pernah tengok raut wajah pelajar perempuan ni, tapi di mana ye

          Aku menoleh kepada Afiq Khairul.  Dia turut sama melihat aku...

          "Ilyana Zahra.  Ingat tak?" Afiq Khairul melihat aku dan kemudian menyandar semula di situ.

          Aku renung gambar itu semula.  Ya.  Aku ingat.  Laaa... Patutlah aku 'lupa ingat'!  

          Dalam gambar ni, Ilyana Zahra tidak bertudung.  Rambutnya dibiar lepas dan beralun cantik.  Lagipun, ketika itu dia sedang menarik lengan Afiq Khairul.   Aku renung gambar itu semula.  Mataku terbuka luas.

          "Abang, bukan ke ini... Ilham Hakimi?" Aku tunjuk kelibat jejaka yang berdiri di belakang Afiq Khairul tu, dia sedang melihat Ilyana Zahra sambil tersenyum lebar.

          Afiq Khairul tersenyum.

          "Yes, kami kenal sejak zaman sekolah lagi.  Ilyana Zahra tu adik dia," balas Afiq Khairul selamba.

          Aku bulatkan bibirku.  

          "Patutlah Leha tengok Ilham Hakimi dan abang ni macam dah lama kenal." Aku angguk-anggukkan kepalaku.  Aku baru faham! 

          Tapi, tak sangka pula Ilham Hakimi dan Ilyana Zahra tu adik-beradik.  Aku termenung di situ, teringatkan kata-kata Ilham Hakimi siang hari tadi.  

          Apa maksud dia? Aku bingung!

          Aku perhatikan gambar tersebut, rasanya seperti ada sesuatu di antara Afiq Khairul dan Ilyana Zahra.  Aku pandang Afiq Khairul dengan wajah serius.

          "Abang dengan Ilyana Zahra kat sini..." Aku buat tanda love dengan jari-jemari aku.

          "Couple ke..?" sambungku dengan nada suara yang seakan berbisik.

          Apabila aku tengok wajah Afiq Khairul berubah, aku tutup album gambar tersebut.  Daripada riak wajah Afiq Khairul, aku boleh tahu jawapannya.  

          Tiba-tiba, hati aku rasa lain!

          "Alamak, Leha lupa nak matikan plug periuk nasi! Abang sambunglah kerja abang tu.  Leha tak nak kacau... Leha keluar dulu ye.  Selamat malam." Album di tangan dan di atas meja, aku kembalikan semula ke tempat asal.  

          Tanpa melihat Afiq Khairul, aku keluar dan melangkah ke dapur.  Aku berdiri di situ sambil melihat plug yang sememangnya sudah aku matikan sebelum ke bilik kerja Afiq Khairul lagi.

          Sebenarnya, ia cuma alasan aku untuk keluar dari bilik itu.  Aku pegang dadaku.  Seakan sukar untuk aku bernafas ketika ini.  Rasanya seperti hati aku di cucuk-cucuk oleh benda tajam.  Sakit!

          Apakah perasaan ini?



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

~ Leha, aku tahu apa yang kau rasakan sekarang ni... 😌

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-25 ni.  Have a nice day guys!


Continue Reading

You'll Also Like

3.6M 313 8
🏅The Wattys 2020 | Winner - Romance Tengku Raykal Aidan... Sayang dan cinta merupakan dua perasaan yang berbeza. Baginya, rasa sayang itu boleh dise...
405K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...
4.2K 213 9
"Be my boyfriend. For 6 months." Hessa ulang lagi. Mata ralit memerhati roman tampan si jejaka. Tampan sungguh! Kulit putih bersih. Hidung mancung. N...
248K 15.9K 56
Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari melua...