My Crazy Boss ✅

By author_mikorin

808K 33.1K 1.1K

Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, me... More

Chap 1
Chap 2
Chap 3
Chap 4
Chap 5
Chap 6
Chap 7
Chap 8
Chap 9
Chap 10
Chap 11
Chap 12
Chap 13
Chap 14
Chap 15
Chap 16
Chap 17
Chap 18
Chap 19
Chap 20
Chap 21
Chap 22
Chap 23
Chap 24
Chap 25
Chap 26
Chap 27
Chap 28
Chap 29
Chap 30
Chap 31
Chap 32
Chap 33
Chap 34
Chap 35
Chap 36
Chap 37
Chap 38
Chap 39
Chap 40
Chap 41
Chap 42
Chap 43
Chap 44
Chap 45
Chap 46
Chap 47
Chap 48
Chap 50
Chap 51
Chap 52
MCB before story
[MAKE BELIEVE LOVE STORY]
[LOVE, MARIA ANNE]

Chap 49

12.4K 500 16
By author_mikorin

Satu hari sebelum

Lisa mengekori pergerakan Afif dari jauh.

Kenapa Afif sendiri? Mana perempuan tu? Diorang gaduh ke?

Selepas dia selesai mengurus penceraiannya dengan Ehsan, inilah kerja dia. Mengekori gerak Afif dari jauh a.k.a stalking.

Oh dia masuk cafe.

Laju Lisa mengekori bila tiba-tiba ada orang tarik tangan dia.

"Lepaslah!" kata Lisa sambil matanya tidak lepas dari mengekori bayang Afif yang semakin hilang di antara manusia yang lalu lalang.

"Lisa, ini ke sebab kau minta berpisah?" soal satu suara yang cukup dikenali.

Lisa rasa meluat. Dia pusing menghadap Ehsan dengan muka menyampah.

"Kau nak apa lagi? Kita dah pisah kan. Buatlah hal masing-masing. Tak payah nak masuk campur urusan orang lain."

"Siapa jantan tu?" soal Ehsan.

"Kau tak payah tahulah. Tak ada kaitan dengan hidup kau. Now please excuse me. I'm busy." Kata Lisa.

"Busy stalking orang. Huh. He don't even know you and won't accept you. Kenapalah kau nak buat kerja sia-sia ni." kata-kata Ehsan buat Lisa berpusing.

"He know me and he will accept me. You know nothing about him and us. Kalau kau dah habis bercakap apa yang kau nak cakap, sila pergi. I don't want to see you anymore."

"Apa yang dia ada sampai kau jadi macam ni?" soalan Ehsan buat Lisa ketawa.

"He have everything you don't. And he can give me everything you can't give me. He's a thousand time better than you. And for your information, he is my ex-boyfriend. Puas hati?"

"Oh kiranya kau nak get back dengan ex-boyfriend kau after all this year with me?" soal Ehsan.

"Ya." tanpa berfikir, laju Lisa menjawab soalan Ehsan.

"So please. Jangan muncul depan aku lagi." kemudian terus Lisa pergi meninggalkan Ehsan di situ sendiri.

***

Esoknya, depan D'Book Cafe

Ehsan berjalan tanpa tujuan. Tadi dia ke pejabat Afif, katanya Afif keluar dan dia tidak boleh jumpa dengan Afif melainkan ada appointment.

Shit. Kalau aku jumpa jantan tu, separuh mati aku kerjakan dia. Kalau dia tak muncul, mesti aku dengan Lisa tak berakhir macam ni.

Ehsan mengangkat wajahnya dan melihat Afif berada di seberang jalan. Laju dia melintas jalan untuk mendapatkan Afif.

"AFIF RYAN!!" panggil Ehsan kuat. Afif berhenti dan berpusing. Melihat wajah Afif buat darahnya menyirap.

"Kat sini rupanya kau. DASAR LELAKI TAK GUNA!" Terus satu penumbuk dilayangkan tepat di muka Afif.

Afif hampir jatuh di situ namun tangannya laju menghalang. Dia mengelap bibrnya yang terasa pedih dan melihat darah.

What the hell is happening?! Desis Afif.

"Apa ni bro? Tiba-tiba je." Kata Afif mengawal dirinya. Dia berdiri semula dan memandang Ehsan.

"Tiba-tiba?!" Ehsan menarik kolar baju Afif kuat dan menyebabkan nafas Afif sedikit tersekat.

"Kau kacau bini aku kenapa?! Kau tahu kan dia dah ada suami. Yang kau masih goda dia kenapa?!" soal Ehsan menahan marahnya yang makin membuak selepas melihat wajah Afif yang tidak bersalah.

"Siapa? Lisa?" Afif ketawa kecil.

"Kau pasti aku yang goda bini kau? Not the other way around?" kata Afif dengan senyuman sinis.

"SON OF A B####?!" Ehsan menumbuk Afif kuat sehingga Afif terjatuh di kaki lima. Orang-orang lalu lalang yang melihat tidak diendahkan.

"Bangun! Kau lawan aku sekarang. Kita tengok siapa yang lebih layak untuk Lisa!" kata Ehsan. Afif ketawa sinis namun dia masih duduk di kaki lima. Tiada niat untuk dia bangun dan melawan Ehsan.

Lawan Ehsan untuk rebut Lisa? Huh bullshit! Desis Afif.

Afif ketawa dan itu membuatkan Ehsan makin berang. Dia menumbuk lagi wajah Afif dan kini Afif terbaring di kaki lima. Kedua belah bibirnya berdarah dan kesan lebam di pipinya mula kelihatan.

"Dasar jantan tak guna! Kau dah kacau bini orang dan kau masih berani buat muka tak bersalah?" Ehsan kini sudah berada di atas Afif dan tangannya sebelah di kolar baju Afif dan sebelah lagi bersedia untuk melayangkan penumbuknya untuk Afif.

"Kalau aku cakap apa-apa pun sekarang kau tak akan percaya kan? Kau rasa bini kau je yang baik. Hahaha." Afif ketawa kuat.

"KAU!" Baru Ehsan hendak melayangkan penumbuknya yang ketiga, tangannya di tahan.

"Encik, sila berhenti dan ikut kami ke balai." Seorang anggota polis memegang tangan Ehsan.

"LEPASKAN AKU! LELAKI TAK GUNA TU PERLU DI AJAR!" Ehsan meronta kuat sambil dirinya ditarik masuk ke dalam kereta polis dan hilang dari pandangan.

Afif duduk di kaki lima sambil mengesat bibirnya.

"Ouch!" Afif rasa pipinya sakit saat dia menyentuh pipinya.

Aiseh tak pasal-pasal terlibat dalam drama sebabak. Desis Afif sambil mengelap hujung bibirnya yang berdarah.

"Kau okay? Kat mana lagi yang luka?" soal Irwina risau yang kini berada di sebelahnya. Irwina yang menelefon polis tadi. Dan nasib polis datang dengan agak cepat atau memang pecah muka si Afif ni jawabnya.

Melihat Irwina, Afif hanya senyum.

***

D'Book Cafe

"Duduk diam-diam. Aku nak sapu ubat ni." kata Irwina sambil mengesat darah kering di tepi bibir Afif dengan cotton bud. Saat Irwina menyapu antiseptic, muka Afif berkerut menahan sakit.

"Pegang beg ais tu betul-betul. Aih kenapalah kau pergi kacau bini orang? Dah tak ada orang single ke?" Irwina membebel sambil merawat luka di tepi bibir Afif.

Afif hanya angkat bahu sebagai jawapan.

"Kenapa kau tak lawan balik?" soal Irwina sambil matanya focus untuk merawat luka kecil di pipi Afif.

"Mungkin sebab aku rasa aku layak dibelasah?" jawab Afif. Dia memandang Irwina dan mata mereka bertemu untuk beberapa saat kemudian laju Irwina mengalihnya dan Irwina mencapai plaster untuk ditampal di pipi Afif.

"Am I that bad?" soal Afif.

"Yes you are. Kau kacau rumah tangga orang." Irwina mula melekatkan plaster pada pipi Afif.

"No not that." kata-kata Afif buat Irwina memandang Afif. Afif memandang tepat ke dalam mata Irwina.

"Am I that bad for you that I don't deserve you? You don't even give me a chance." Kata Afif. Irwina terdiam. Lama. Dia hilang kata-kata.

"A..aku ada kerja kat belakang. Kau boleh lah balik. Kalau masih sakit pergi hospital." Irwina bangun, mengemas kotak kecemasan dan meninggalkan Afif sendiri di meja. Afif bersandar pada kerusi dan menolak rambut depannya ke belakang. Dia mengeluh kuat. Frust.

Afif mendail nomobor Hariz.

"Hariz, send the car to D'Book Cafe. Cancel all my schedule. I'm taking the day off."

Dia tiada mood untuk kerja hari ini. Otak dia terasa berat.

***

Dian yang jadi pemerhati Irwina dan Afif tadi hanya mengeluh. Dia mengeluarkan telefonnya. Dia membuka whatsApp group yang ada dia, Hayati dan Irwina.

Urgent meeting. Malam ni. Tempat biasa. Irwina, kau WAJIB datang. We have something to discuss. - Dian

***

Won's Cafe

Mereka bertiga duduk semeja. Irwina hanya diam tanpa sepatah kata sejak dari masa dia melangkah masuk ke dalam cafe itu. Dian dan Hayati buat pesanan dan ketika mereka rancak bercerita tentang anak masing-masing, Irwina masih di dunia sendiri.

Selepas luahan Afif beberapa hari lepas, fikirannya tidak tenang. Semuanya bercelaru dan tidak jelas. Tambah pula dengan apa yang berlaku siang tadi. Dia keliru. Dia sendiri tidak tahu tentang perasaan sebenarnya.

"Enjoy your food ladies." Wan menghantar pesanan mereka.

"Thank you." Kata Dian dan Hayati serentak.

"Thank you." Kata Irwina lambat dan perlahan.

Wan pelik. Biasanya Irwina paling bersemangat antara mereka bertiga. Dia memandang Hayati.

"Small problem." bisik Hayati. Wan mengangguk kemudian berjalan masuk ke dapur semula.

"Ok makanan dah sampai so kita boleh mulalah kan." kata Dian sambil memandang Irwina.

"Aku?" kata Irwina.

"Yelah. Meeting ini jadi sebab kau. Kami masih belum dapat apa-apa penjelasan selepas mesej kau kat whatsapp yang cakap dia confess." Kata Hayati.

Irwina mengeluh.

"Apa yang jadi?" soal Dian.

***

"Macam tulah cerita dia. That's what make us in this situation. Aku tak tahu nak buat apa dah ni. This is so complicated." Irwina meletakkan kepalanya di atas meja.

"Kiranya sampai sekarang kau masih tak bagi jawapan pada Afif?" soal Hayati. Irwina mengangguk.

"Aku tak tahu nak bagi jawapan apa. Aku tak ada jawapan. I mean, yeah I do feel comfortable with him but..."

"Tapi kau takut benda yang sama berulang?" potong Dian. Perlahan Irwina mengangguk.

"Buatnya lepas aku terima perasaan dia, dia tinggalkan aku macam mana? Buatnya dia tiba-tiba berubah hati macam mana? Aku dah tak sanggup nak biar hati aku disakiti lagi." Irwina meneguk air sejuk dari gelasnya.

"Tapi bersadasarkan apa yang kau cerita dan dari yang aku perhati, dia memang betul-betul serius. Tengok aja yang baru-baru ni, time kau accident. He cares for you a lot despite his busy schedule. Even bila dia ada urusan luar, dia sanggup bawa mak ayah kau datang untuk jaga kau. He never forget about you even he is so busy." Kata Hayati. Dian mengangguk setuju.

"Ingat tak kes yang sebelum ni? Yang masa rumah kau kena ceroboh tu. He went that far to get you a safer place for you to live in. Kalau dia tak serius, dia tak akan buat benda-benda tu semua. Actually there's a lot of evidence to be listed that show how serious he is about you." Giliran Dian pula mengeluarkan pendapatnya.

Irwina diam bermain dengan jarinya. Kemudian Irwina mengeluh.

"Kita bercakap tentang kaulah." Irwina memandang Dian.

"Kau sendiri. Apa perasaan kau bila dia ada?" soal Dian.

"Aku rasa... safe and comfortable with him. I can be myself when I'm with him." jawab Irwina.

"Kau rasa selesa dengan dia, kau boleh jadi diri kau bila dengan dia..." kata Hayati.

"Ya and I never hesitate to tell him stupid stories and supprisingly, he play along with me. Dia gelak kat lawak hambar aku." sambung Irwina. Tanpa sedar dia tersenyum bila bercakap tentang Afif.

"You smile when talking about him." Dian memandang Irwina. Senyuman tadi hilang tadi wajah Irwina.

"Me?" Dian dan Hayati mengangguk.

"Irwina, aku rasa kau pun ada perasaan pada dia tapi kau takut." Hayati meletakkan tangan pada bahu Irwina.

"Apa kata, kau try betul-betul officially dating him? You can know him better. Even sebenarnya pada kau, korang berdua ni dah boleh kahwin terus sebab korang sebenarnya dah kenal hati budi masing-masing dah lebih 7 tahun. Tapi buatlah apa yang korang nak buat, but you, Irwina, should at least give him chance. Give him a chance to prove that he is serious about you." Kata Dian panjang lebar.

Bagi dia peluang? Desis Irwina.

***

Unit 304, King's Apartment

Afif terbaring di sofa bersama satu pek ais yang diletakkan di pipinya yang masih bengkak.

Ah aku patut belasah mamat tu balik. How dare he punch my precious handsome face?

Afif teringat kembali perbualan dia dengan Irwina kemudian dia mengeluh.

Kau memang tak nak bagi aku peluang ke?

Ring! Ring! Ring!

Nama Emily naik di skrin telefonnya. Afif mengangkat panggilan dari Emily.

"Yes why you suddenly call me?" soal Afif.

"Hey are you at your home now?"

"Yeah why?"

"Great. We have arrive. Open your door!!!!"

Mendengar berita yang tiba-tiba itu buat Afif laju bangun dari sofa dan berlari ke pintu. Dia melihat di intercom. Wajah Emily dan Uncle Ben tertera di situ.

"Afif!!! Open your door~" kata Emily dari luar.

Aish kenapalah diorang datang waktu macam ni. Apa aku nak jawab kalau diorang tanya kenapa dengan muka aku ni....

"Wait! Wait!" Afif berlari ke biliknya, mencari bedak dan sapu ke mukanya untuk cover kesan lebam dan luka di wajahnya itu. Kemudian dia pergi membuka pintu rumahnya.

"What's with the sudden visit?" soal Afif sebaik mereka masuk ke dalam rumah.

"No reason. Father miss you so much. Why you don't come to New York lately?" soal Emily sambil memicit pipi Afif.

"Ouch! Ouch!" Afif memegang pipinya yang terasa sakit.

Aduh dalam banyak-banyak tempat bolehnya dia cubit kawasan yang kena tumbuk tu TT

"Ohh sorry. I'm too excited to see my little brother." Emily tersengih. Dia kemudian duduk di ruang tamu bersama Uncle Ben.

"Are you going somewhere?" soal Uncle Ben.

"Nope. Why?"

"You have something on your face." Uncle Ben memandang Afif.

"Oh erm this is to treat my acne. My skin act up lately." Afif tipu Uncle Ben.

Uncle Ben mengangguk.

"You want tea or coffee?" soal Afif.

"No need. We will eating dinner outside together." kata Uncle Ben.

Aduh nak keluar lah pula. Ya Allah kenapa banyak sangat benda jadi hari ni...

"Right now?" soal Afif.

"Of course. What are you waiting for? Go and get ready right now!" kata Emily.

***

King's Apartment

Irwina menunggu di lif untuk turun bila Afif turut datang dan menunggu lif bersama-samanya. Afif segak dengan sut biru gelap dan tali leher warna sedondon. Irwina menjeling Afif yang serious dengan tab di tangannya.

Ting!

Pintu lif terbuka dan mereka berdua masuk ke dalam lif. Irwina tekan butang G. namun Afif masih sibuk dengan tabnya.

"Level mana?" soal Irwina.

"G." jawab Afif pendek tanpa sedikitpun dia menoleh ke arah Irwina.

Busy betul gayanya. Desis Irwina.

Lif sampai di tingkat bawah dan mereka berdua keluar.

"Af..." baru Irwina mahu memanggil Afif namun Afif sudah terlebih dahulu mengangkat telefonnya dan terus masuk ke dalam kereta yang sudah sedia menunggunya di depan lobi.

Irwina mengeluh.

Nantilah aku cakap dengan dia.

***

D'Book Cafe

Masa lunch break adalah masa yang paling sibuk di cafe itu. Satu per satu pelanggan masuk. Namun Irwina menanti satu pelanggan ni je untuk masuk - Afif. Biasanya Afif tak lepas datang makan tengah hari di cafe itu hampir setiap hari kecuali kalau Afif ada urusan luar pejabat.

Aku akan bagi jawapan pada Afif hari ni. Tekad Irwina.

Ting!

"Selamat datang." Sapa Irwina dan dia melihat Hariz yang masuk.

"Bagi set B satu. Take away." Pesan Hariz.

"Oh...okay." Irwina menekan menu yang dipesan oleh Hariz.

Nampaknya dia tak datang makan hari ni....

***

Unit 305, King's Apartment

Patut ke aku contact dia? Call atau mesej? Tapi aku rasa baik aku cakap depan-depan.

Irwina masih berfikir cara untuk memberikan jawapan pada Afif. Dia melepak di sofa sementara menunggu Maggie dia kembang.

Tapi lately dia nampak sibuk. Sepanjang minggu ni aku tegur dia buat macam tak endah je.

Patut aku tunda lagi ke? Sekarang ni macam tak berapa sesuai je nak bagitahu.

Irwina bangun dan buang air rebusan maggienya.

Wait why am I being impatient?

His heart won't change right?

***

D'Book Cafe

Irwina mengelap meja di cafe saat Dian datang mendekatinya.

"Kau dah confess belum pada Afif?" soal Dian separa berbisik.

"Belum lagi. Dia macam busy betul minggu ni. Esoklah aku contact dia. Esok dia cuti." Kata Irwina bersama senyuman. Dian mengangguk dengan senyuman.

"I wish you guys good luck." Ucap Dian. Irwina senyum.

"APA?! SERIOUSLAH?!" suara seorang remaja perempuan buat Irwina dan Dian terkejut. Remaja perempuan itu tersengih kemudian dia kemabli melihat skrin telefon kawannya.

"Ah sayangnya dia dah nak kahwin." Kata seorang lagi kawannya. Irwina dan Dian menahan tawa mendengar perbualan sekumpulan remaja itu. Tu meti artis kegemaran diorang nak kahwin.

"Kaann. Aih baru berangan nak usha CEO handsome." Kemudian mereka ketawa.

"Tapi kau tak rasa ke ini business marriage? Tiba-tiba je berita ni keluar. Out of nowhere, CEO MONX Holdings nak kahwin dengan anak CEO ZeZe Company? Is that make sense?"

"Alah tapi apa nak heran. Diorang sama cantik, sama kaya." Tambah kawan mereka lagi. Irwina yang mendengar perbualan itu berhenti dari mengelap meja.

Laju dia mengeluarkan telefonnya dan dia masuk google.

"Afif Ryan of MONX Holdings announced his marriage with Angela, the daughter of ZeZe Company CEO."

"The marriage of the century - power couple, Afif Ryan and Angela."

"MONX Holdings dan ZeZe Company: sama cantik, sama padan. Tahniah Afif Ryan dan Angela."

"Menurut sumber, mereka berkenalan sudah lebih dua tahun dan akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang masing-masing..."

Irwina terduduk. Terasa air mata bertakung di kelopak matanya. Berita perkahwinan Afif berada di mana-mana.

Dian datang berlari mendapatkan Irwina dari dapur.

"Irwina kau kena tengok ni!" kata Dian. Kemudian dia melihat Irwina.

"Oh kau mesti dah tahu." Dian mengambil tempat di depan Irwina.

"Kenapa dia buat macam ni kat aku? Apa salah aku?" Irwina memandang Dian dengan matanya yang berkaca. Dian hanya diam.

Iriwina menarik nafas dalam.

"Shift aku pun dah nak habis. Aku balik dulu." Kata Irwina lemah kemudian terus dia berjalan ke bilik persalinan.

***

Irwina melangkah keluar dari cafe dan terdengar guruh di langit. Dia berjalan dengan hatinya yang sakit di kaki lima.

Tik! Tik!

Terasa titisan air hujan mula menitik. Namun dia tiada tanda untuk pergi mencari tempat perlindungan. Tidak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya. Dia kebasahan.

Selaju air hujan itu, selaju itu juga air mata dia jatuh. Dia mencangkung di tengah-tengah jalan, menangis semahu-mahunya.

"Kenapa kau buat aku macam ni?" Irwina menangis kuat.

"Tak elok nangis macam ni." kata suara itu sambil memayungi Irwina. Irwina memandang atas.

"Kau..."

***

MONX Holdings

"Bos, reporter telefon kita ni nak tahu cerita sebenar ni." kata Hariz.

Sejak berita mengenai perkahwinannya dengan Angela tersebar di internet, semua wartawan sibuk menelefon talian pejabatnya untuk tahu cerita sebenarnya.

Afif kusut. Sudahlah dia sibuk dengan masalah di head quarters New York, tambah pula dengan berita palsu ini.

Irwina. Ya Allah aku harap berita ni tak sampai lagi pada dia.

Afif mendail nombor Irwina. Namun semuanya masuk ke mailbox. Dia telefon Irwina lagi namun kali ini, panggilannya tidak masuk seolah-olah telefon Irwina dimatikan.

"Apa semua ni..."

Telefonnya berdering. Panggilan dari Uncle Ben.

"Afif I need an explanation." Tegas Uncle Ben berkata.

"I don't know what to explain. This is so sudden. I don't even know her Uncle. Please believe me." terang Afif.

"I believe you my son. But I want you to deal with them and make them take down that article ASAP. If possible, sue them for defamation and spreading fake news." Talian dari unlce Ben dimatikan.

Afif bengang.

"Hariz, make a call toZeZe Company right now."

Continue Reading

You'll Also Like

159K 7K 108
🏆#1 ranking in Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking in Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking in Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeri...
169K 10.9K 33
Adam Hirdy | Azalea
287K 13.7K 60
[ ①ⓢⓣ Ⓝⓞⓥⓔⓛ ] Dijodohkan dengan musuh sendiri? Itulah yang dialami oleh Ezly Merquez dan Arissa. "Musuh tetap musuh dan kau jangan harap aku angap ka...
1.6M 45.2K 79
Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup memperma...