Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 2 1

9.4K 474 83
By nuggetcaramel_

"Cepatlah sikit Ainul Mardiah bt Dato' Hisyam oiii. Banyak lagi kerja ni. Kau tahu tak kerja ni kena hantar esok. Si Farisya tu dah lah tak boleh datang" bebel Iman sambil menaip menggunakan laptop miliknya.

"Bisinglah kau ni. Membebel je kerja. Tak nampak aku tengah lukis ni. Bukannya senang!" Balas Ainul geram. Mulut dia ni kalau boleh 1 saat pon tak nak diam.

"Ainul!! Ainull!!" Panggil Datin Sheedah a.k.a ibu kepada Ainul.

"Ya! Apa dia?!" Sahut Ainul kuat.

Pintu bilik Ainul dibuka lalu ditolak kuat. Ainul dan Iman terus memandang ke arah Datin Sheedah yang sedang kelam kabut memanggil Ainul itu.

"Eh mummy kenapa ni? Dengan tak ketuk pintunya masuk bilik orang" tanya Ainul pelik.

"Farisya kan ini?" Tanya Datin Sheedah sambil menayangkan sebuah gambar 2 insan yang sedang mengangkat akad nikah.

"Mummy ni. Iman yang tengok dari jauh ni pun dah tahu itu bukan Farisya. Takkanlah Farisya nak kahwin." Ujar Iman pula. Apa mummy Sheedah ni, demam ke apa?

"Tapi ini Ibu dia yang hantar dalam group." ujar Datin Sheedah.

"Ibu Farisya? Cik Zarina?" tanya Iman.

"iyalah. Tak kan cik Fadhli pula Iman ni" balas Datin Sheedah. Kok bebal teman anakku ini.

"tapi kalau Farisya kahwin pun. Dia kahwin dengan siapa? Dia mana ada pak we" ujar Iman.

"and kenapa dia tak jemput kita?" celah Ainul pula.

Iman dan Ainul terdiam. "something is fishy" tutur Iman .

*******

"Muhammad Hakim Ruzaimi bin Hanif"

"saya"

"aku nikahkan dikau dengan Farisya Husna binti Fadhli dengan mas kahwinnya RM 800 ringgit,tunai"

"Aku terima nikahnya Farisya Husna bt Fadhli dengan mas kahwinnya RM 800 ringgit tunai" ucap Hakim seikhlas hati. Air mata Farisya jatuh.

"sah"

"alhamdulillah"

'Akhirnya aku sudah bergelar isteri orang' desis hati Farisya.

Tangan ditadah saat doa mula dibaca. Debaran di dada semakin kencang. Sesudah doa habis dibaca, Farisya terus bersalaman dengan saudara maranya.

Sekarang mulalah acara pembatalan whuduk. Hakim mula datang ke arah Farisya. Dia tersenyum. Farisya memandang Hakim dengan pandangan menyampah.

"meh sini tangan" ujar Hakim. Farisya terus menghulurkan tangannya. Hakim terus menyarungkan cincin ke jari manis Farisya.

"ha Isya, cium tangan Hakim." arah puan Zarina. Begitu teruja dia ingin melihat anaknya dan Hakim saling bersentuhan.

"ish nak kena buat ke? Kami kan bawah umur lagi" tanya Farisya berbaur rungutan.

"apa kena mengena?" tanya Puan Zarina.

"ish yelah yelah" ujar Farisya lalu mengucup tangan kanan Hakim sekilas.

"aik sekejapnye! Lamalah sikit kau ni" balas Hakim.

"ha buat apa nak lama-lama? Nak bagi lipstik ni melekat dekat tangan kau ke? Ke nak bagi air liur aku meresap dekat kulit kau?" balas Farisya. Dia cukup rimas dengan pakaiannya sekarang. Sudahlah panas, baju pula ketat tambahan pula agak tebal.

"apa pula Isya ni? Betullah cakap Hakim tu. Lamalah sikit. Orang nak ambil gambar pun tak sempat." celah Puan Zarina pula.

Farisya mengeluh lalu perlahan-lahan mengucup tangan Hakim. Dia mengucup tangan Hakim lama sementara tangan Hakim mula naik ke atas kepala Farisya. Tetamu mula membuka kamera lalu mengambil gambar mereka.

Farisya terus mengangkat kepalanya lalu menayangkan muka tak suka kepada Hakim. Hakim mengelip matanya kepada Farisya. Farisya memutarkan kedua belah anak matanya ke atas.

Hakim terus perlahan-lahan mengucup dahi Farisya. Jantung Farisya mula berdegup pantas tatkala bibir mungil itu mula mengucup dahinya lama. Farisya menutup matanya. Hakim terus meleraikan kucupan itu. Farisya membuka matanya semula. Hakim menayangkan senyuman kacak kepada Farisya. Farisya terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

" Jemput makan dekat luar ye semua. Macam-macam ada." ujar Puan Juliana menjemput para tetamu menjamah makanan yang terhidang di luar.

Para tetamu semua sudah berdiri lalu melangkah ke khemah di halaman rumah. Hakim menghulurkan tangannya kepada Farisya. "apa kau?" tanya Farisya kasar.

"kaki kau kebaskan. Cepat aku rajin nak tolong ni. Kalau tak kau duduk sini sampai malam" balas Hakim.

"mana ada. Aku okay je" ujar Farisya lalu terus bangun. Tiba-tiba betisnya terasa berat dan sakit. Dia terus jatuh ke lantai.

"orang nak tolong, dia tak nak." ujar Hakim. Dia terus mengangkat Farisya. Farisya membuntangkan matanya.

"apa ni woi?!" tanya Farisya kuat.

"jangan jerit, bahenol. Orang tengok nanti aku yang malu." balas Hakim.

"kau yang angkat aku" ujar Farisya marah.

"kau bukan berat sangat pun. Berat kau 42 je kan. Kau tu dah lah susut berat badan. Badan papan" ujar Hakim tiada perasaan.

"apa kau cakap? Kau turunkan aku sekarang" arah Farisya geram. Hakim terus menurunkan Farisya.

"baik sikit eh mulut kau tu? Kau cakap aku papan? Helo! Aku kurus je, tak papan okay" bidas Farisya geram. Suka suki kepala otak dia je cakap aku papan!

"badan Audrey mantap. Kau? Hell! Ikan bilis!" bidas Hakim sengaja menaikkan kemarahan Farisya.

"heh Audrey tu bukan mantap. Dia gemuk." balas Farisya.

"eh kau nak kata orang gemuk. Eloklah dia berisi dari kau tu, keding" bidas Hakim tidak mahu mengalah. Niatnya ingin membuka mulut Farisya sahaja, tiba-tiba dia ajak bergaduh pula.

"habis kau tu apa? Buncit?" balas Farisya.

"aku ada sixpack okay! Tak macam kau ikan bilis perut buncit! Dasar pesakit Kwashiorkor!" balas Hakim.

"eh eh eh! Apa bising-bising ni?" tanya Puan Zarina.

"dia ni mama dia cakap..."

Tangan Hakim pantas menutup mulut Farisya. " Dia ni paksa Hakim masuk bilik mama. Orang ajak dia ambil gambar dekat luar, dia tak nak" tukas Hakim. Farisya membuntangkan matanya.

Farisya lantas menepis tangan Hakim. "apa?!"jerit Farisya.

"Isya, apa gelojoh sangat ni. Malam nanti kan boleh" marah Puan Zarina.

"eh mama, mana ada!" ujar Farisya.

"dah dah. Tak payah banyak cakap. Jom ikut mama layan tetamu dekat luar." ujar Puan Zarina tersenyum. Dia lantas menarik tangan Farisya lalu melangkah ke luar.

Farisya merenung Hakim tajam. Hakim membuat peace. Farisya terus mengangkat jari tengahnya lalu ditayangkan kepada Hakim. Hakim membuat muka takut.

********

"sebab perempuan tu Zarif buat macam ni?! Zarif ingat apa sekarang ni?!" marah Datin Zahra. Nafasnya mula turun naik melihat kesan torehan di lengan Zarif.

"ummi, ummi boleh tak bagi Zari rehat dulu. Zarif penat" pinta Zarif. Kepalanya betul betul kusut. Sudahlah kerja sekolah matematik susah dan banyak, tiba-tiba sahaja Datin Zahra pula datang membebel melihat lengannya.

"penat buat apa? Penat makan hati? Zarif jangan ingat ummi tak tahu Zarif guna duit Zarif kumpul selama ni untuk belikan hadiah untuk perempuan tu. Ummi tahu semuanya. Explain dekat ummi cepat kenapa Zarif buat macam ni!" marah Datin Zahra.

"Ya Allah ummi. Ummi boleh tak bagi Zarif masa nak rehat dulu. Zarif penatlah. Kepala Zarif tengah serabut ni" pinta Zarif.

"Tak boleh! Ummi nak Zarif explain sekarang jugak." desak Datin Zahra.

"ya Allah ummi. Kitaorang ni penat baru balik tusyen. Ummi tolonglah bagi kita orang masa nak rehat dulu. Malam nanti ummi paksalah si Zarif ni cerita" pintaku. Ummi ni tak reti faham ke? Orang penat tau.

"Saf naik atas, Zarif tinggal sini"

"tapi, ummi...."

"kau jangan banyak cakap. Ada budak ni kena tembak dengan AWM kang" marah Datin Zahra tegas. Aku mengeluh

"ummi, betul cakap si Saf tu. Bagilah Zarif rehat dulu. Dia penat tu." pujuk Kak Ira sambil matanya lekap di skrin telefonnya.

"ummi kata apa tadi? Ummi kata nak dengar Zarif bercakap sekarangkan? Yang lain jangan nak sibuk. Safiya tak payah nak backup,menyebok apa semua. Kalau tak tidur luar" balas Datin Zahra tetap degil.

Aku menepuk dahi sambil mengeluh. Kakiku terus melangkah menuju ke bilikku. Aku menoleh ke arah kak Ira. Kak Ira menayangkan senyumannya kepadaku. Aku membalas dengan senyuman nipis lalu terus menghayunkan kaki.

"cepat bagitahu" arah Datin Zahra. Kedua belah tangannya disilangkan di dada.

"Zarif buat sebab stress, ummi. Percayalah" jawab Zarif.

"stress sebab apa? Perempuan tu kan? Apa dia buat sampai Zarif sayang sangat dekat dia?" tanya Datin Zahra serius.

"apa? Mana ada buat apa,ummi. Dia hilang ingatan tau ummi. Selepas kami jumpa, Zarif dah luahkan semua. Malam tu dia accident dan hilang ingatan. Tapi bila Zarif dah selalu tengok dia. Dia tak ingat Zarif langsung ummi. Zarif penat sangat. Malam pertama dekat kem tu, Zarif pergi tengok dia dekat hospital. Then, well done. Dia ada penganti sudah. That's all, ummi. Itu je" cerita Zarif jujur.

"dah tu Zarif? Zarif still nak tunggu dia?" tanya Datin Zahra.

Zarif terdiam. Memang dia mahu lupakan Farah sebelum ni. Tetapi dia sudah ubah fikiran. Dia tidak mahu mengalah. Dia mahu baiki hubungannya dengan Farah semula.

"yes, I will ummi." jawab Zarif yakin.

"no" ujar Datin Zahra senada.

"what?"

"Mulai hari ni Zarif tak dibenarkan berkawan dengan Farah langsung. Ummi tak nak Zarif jumpa dia langsung. Perosak anak orang!" Marah Datin Zahra.

"apa ni ummi? Kenapa pula tak boleh?" tanya Zarif bengang.

"tak boleh. Sebab dialah anak ummi jadi macam ni. Ummi haramkan kamu berdua berjumpa. Noktah!" ujar Datin Zahra. Dia terus melangkah meninggalkan Zarif. Zarif bengang. Dia meraup mukanya kasar.

*******

Hakim tersenyun sendirian. Tangannya perlahan-lahan memulas tombol pintu bilik Farisya. Kelihatan Farisya sedang baring sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

Hakim terus masuk lalu menutup pintu itu. Farisya membulatkan mata lalu memandang Hakim. "asal kau masuk bilik aku?" tanya Farisya.

"Happy malam pertama isteriku!" seloroh Hakim ceria lalu lompat ke atas katil.

"kepala tengkorak kau malam pertama! Kau keluar sekarang!" teriak Farisya terkejut. Dia terus menjauhkan dirinya dari Hakim.

"alaa.. Mama suruh aku tidur dengan kau lah. Aku terpaksa okay. Dah jom tidur. Aku mengantuk ni" ujar Hakim lalu menarik selimut.

Farisya terus menarik kembali selimut itu. " Eh eh eh. Banyak cantik kau. Aku tidur atas, kau tidur kat sofa tu ok." ujar Farisya pula.

"ya Allah masinnya tahi hidung kau! Eh nak kongsi katil dengan suami sendiri pun kedekut ke ha?!" balas Hakim geram.

"eh katil aku, suka hati akulah. Kalau kau tak nak tidur sana. Aku tak nak cerai dengan kau" balas Farisya selamba.

"ish yelah yelah! Dasar isteri derhaka!" Maki Hakim geram. Dia terus mengambil sebiji bantal lalu melangkah ke sofa biru yang berada di tepi tingkap.

"diamlah kau bocah!" balas Farisya lalu menarik selimut.

Farisya perlahan-lahan membuka matanya apabila bunyi alarm telefonnya sudah berdering. Baru sahaja dia ingin mengangkat tangan menggosok mata, tetapi dihalang oleh sesuatu. Dia terus menoleh ke kiri.

Farisya membuntangkan matanya. Dia melihat Hakim sedang memeluknya erat. Lantad dia menolak Hakim kuat.

Kedebuk!

Hakim terjatuh ke lantai. "aduhhh!!" jerit Hakim.

Farisya terus duduk. Dia melihat badannya yang masih berpakaian. Dia mengusap dada lega lalu teru melihat Hakim yang sudah jatuh terjelepok ke lantai.

"apa kau buat atas katil aku ha?" soal Farisya.

"iiishhh... Aku sejuklah! Kau dah lah buka aircond temperature 16 darjah celcius! Lepastu tak bagi comforter pula tu! Kau fikir aku beruang kutub ke boleh tahan?!" marah Hakim.

"alaaa kau kan ada lapisan lemak yang tebal. Tambahan pula bulu yang memenuhi ruang" balas Farisya dengan menggunakan akalnya.

"kepala tengkorak suami kau!" teriak Hakim.

"ala. Kalau nak tidur atas katil aku pun tak payahlah peluk aku! Rimas tahu tak?!" marah Farisya pula.

"aku peluk kau sebab aku sejuk sangat. Dah lah bagi aku satu je bantal. Kau ingat aku nak sangat peluk kau. Dah lah rasa macam peluk teddy bear yang terkeluar spring! " balas Hakim pula.

"eeee kau ni!" Farisya lantas membaling bantal peluknya kemuka Hakim lalu masuk ke tandas.

*******

Ainul yang sedang serabut menjawab soalan Matematik tambahan itu terus merampas pensel tekan yang sedang aku guna. Aku terus memandangnya. Tudung pun dah senget si Ainul ni. Dengan anak tudung yang sudah terjatuh ke belakang.

"kau ni kenapa?" tanyaku.

"susah, babi soalan ni!" jawab Ainul serabut. Dia terus membaling kalkulator ke meja Zarif.

"woi! Woi!" marah Zarif. Ainul tidak mengendahkan Zarif lalu terus meletakkan kepalanya di atas meja lalu tidur.

"kepala otak dia nak tidur waktu ni. Sekejap lagi cikgu Raf masuk baru dia tahu air terjun tu tinggi ke rendah" ujar Khairul.

"biarlah dia. Nanti dia kena marah, bukan aku" balasku.

"Saf" panggil Rizqin yang baru masuk ke dalam kelas itu.

"apa?" sahutku.

"Cikgu Zizi nak jumpa kau dekat bilik guru" ujar Rizqin.

"kenapa pula? Nak suruh aku hantar barang dekat bilik pengawaslah tu. Tak habis-habis aku yang kena. Macam aku seorang je yang jadi pengawas dekat sekolah ni" balasku. Dah memang kalau Cikgu Zizi panggil mesti sebab kena masuk bilik pengawas.

"pergi jelah Saf. Banyak cekodok pula kau ni" ujar Khairul dengan gaya makcik bawangnya.

"cekodok kepala otak kau. Cekadak,bongok. Cekodok tu buat cicah sos" ujar Farisya.

"eh aku ingat kan yang buat makan dengan kuah kacang tu" ujar Khairul pura pura bodoh.

"eh cekodok tu yang dalam dia ada pisang tu lah. Apalah kau orang ni. Mesti tak pernah makan ni" celah Iman pula.

Khairul dan Farisya memandang masing-masing. Mereka terus mencari pembaris lalu ditayangkan kepada Iman.

"bangang"

"eh dah lah aku pergi dulu. Bye!" ujarku selepas selesai mengemas barang-barangku. Aku terus melangkah menuju ke bilik guru.

Aku terus menekan kata laluan pada kunci pintu digital. Aku mengeluh. Kenapalah asyik aku je yang kena masuk bilik ni? Dah la kena susun semua ni. Tapi, ada bagus juga. Tak payah belajar addmath.

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik itu lalu menutup pintu. Bilik itu kelihatan sangat bersepah. Patutlah cikgu suruh kemas sekali. Dasar bangsat siapa yang bersepahkan tak reti kemas.

Aku terus membuka lampu lalu mula mengemas.

Aku tersedar dari lena apabila terdengar seperti ada penyapu jatuh ke lantai. Aku menilik jam di tangan.

7.30 p.m.

Aku menggosok kedua belah mataku kasar. Pukul 7 malam dah? Aku tido berapa jam ni sia!

Aku terus bangun lalu menarik pintu. Pintu tidak boleh dibuka. Ha ni lah bagus. Buat 1 sekolah pintu digital. Lepas tu rosak. Ha bagus.

Aku panik aku terus mengetuk pintu beberapa kali. Takut ada pengawal sekolah akan lalu di situ.

"tolongggggg! Tolong! Siapa ada dekat luar tu? Tolong!" jeritku meminta bantuan. Malangnya hanya angin yang lalu disitu.

Aku meniup kedua tapak tanganku. Sejuknya. Aircond buka 16 darjah celsius ke apa ni.

Dum!!

Tiba-tiba bunyi guruh menghentam langit membuatkan aku terjerit lalu terjatuh kelantai. Jantung ku berdegup laju. Sungguh aku takut dengan bunyi guruh.

"Khairul mana kau? Aku takut.." lirihku. Aku menangis teresak-esak. Kakiku menggigil.

Dumm!!!

"Khairul!!!!" jeritku.

Tiba-tiba pintu bilik rehat pengawas terbuka. Terpacullah wajah Airiel yang baru bangun tidur. Dia menggosok matanya.

"bising gila woi!" ujar Airiel mamai.

Aku terus menyeka air mata dipipi. Lalu bangun dari situ. "ma.. Macam mana kau boleh ada dekat sini?" tanyaku.

"dah lama dah aku ada dekat sini. Dah sana aku nak balik" ujar Airiel lalu melangkah ke arah pintu ingin membuka pintu. Lalu pintu itu tersekat. Matanya membulat.

Airiel memandangku. "asal tak leh bukak?" soalnya.

"entah. Tersekat" ujarku mengangkat kedua belah bahu tanda tidak tahu.

"erh. Kau bawa phone tak? Call kakak aku" arah Airiel.

"tak"

"esh kau ni." Airiel terus melangkah mengambil telefonnya. Malangnya bateri telefonnya telah habis.

"kau tak bawa charge ke?" tanya Airiel.

"dah kalau aku tak bawa telefon, buat apa aku nak bawa cas" balasku. Aku terus duduk di atas sofa. Aku mengeluh. Apalah nasib. Mesti ummi tengah risau dekat rumah.

Airiel mengeluh lalu terus terus bersandar pada pintu dan duduk di lantai. Perutku mula bernyanyi. Aku mengusap perutku.

"kau lapar ke?" tanya Airiel.

"tak lah. Mana ada" nafiku.

Krukk.....

Perutku berbunyi kuat. Aku terus membulatkan mata.

"dah lapar tak nak mengaku. Pergi la masuk bilik tu. Dalam tu ada maggie dengan nescafe" ujar Airiel.

Aku terus bangun lalu melangkah ke arah bilik rehat. Airiel merenung belakangku.

"oi" panggilnya.

Aku terus pusing ke belakang."apa?" sahutku.

"kau cuti eh?" tanya Airiel.

"apa pula cuti? Aku dekat sekolah kan sekarang ni" balasku.

Airiel menepuk dahinya."bukan cuti tu, bijak. Cuti perempuan" balas Airiel.

Aku terkejut lalu menutup mulut. "mana kau tahu?" tanyaku.

"belakang kau ada..."

"stop! Jangan berani sambung!" ujarku menyekat kata-katanya. Mukaku mule merah. Aku malu.

Aku terus melangkah duduk kembali di atas sofa.

"eh sabar. Jangan duduk dulu" ujar Airiel.

Airiel terus melangkah mencari surat khabar lalu diletakkan di atas sofa itu. Dia menarik aku duduk di atas surat khabar itu. Aku terkejut melihatnya.

"kenapa? Terkejut tengok aku buat macam ni?" soal Airiel. Aku hanya diam membisu.

"aku tahulah. Aku pernah tengok kakak aku buat macam ni. Tak payah nak fikir bukan bukan sangat"ujar Airiel.

"dah nak maggie apa?" tanya Airiel.

"tomyam"

"duduk sini. Jangan nak bergerak sangat" arah Airiel dingin. Dia terus melangkah mencari makanan.

*******

"abang bolehlah abang. Ajar Khaira nak hack komputer,telefon,instagram, whatsapp semua tu. Please" pujuk Khaira memeluk lengan abangnya.

"apa kau ni? Sibuklah. Tak nampak ke aku tengah berjuang ni." ujar Khairul sambil berfikir penyelesaian soalan latihan Matematik tambahan yang diberikan oleh cikgu Raf pagi tadi.

"ish boleh lah abang. Nanti aku janji aku tolong kau buat apa yang kau nak." rayu Khaira lagi.

"tolong dapatkan apa aku nak?"tanya Khairul. Khaira mengangguk.

"apa-apa je?" tanya Khairul lagi. Khaira terdiam kemudian mengangguk.Khairul berfikir sejenak.

~i love it when you call me senorita
i wish i could pretend i didn't need you~

Tiba-tiba telefon Khairul berdering. Dia melihat nama yang tertera di atas skrin.

Abang Iparku si katak

Khairul terus mengangkat panggilan itu.

"oi! Dating tak reti balik ke? Dah magrib dah ni" ujar Zarif dari hujung sana.

"waalaikumsalam, ya Ahli Neraka. Apa kau merepek ni sial?" balas Khairul.

"mana adik aku?" tanya Zarif.

"kau tanya aku buat apa? Aku tengah buat kerja addmath ni. Dah tak payah kacau" balas Khairul.

"woi sabar sabar! Seriuslah adik aku tak ada dengan kau sekarang?" tanya Zarif seakan tidak percaya.

"Ha yelah. Memang tak ada pun. Asal?" tanya Khairul terus meletakkan pen di atas meja lalu bersandar pada kerusi. Khaira mengeluh.

"adik aku hilang do" jawab Zarif.

"kau dah tanya member dia? Dia lepak rumah Farisya kot" ujar Khairul. Khaira mendekatkan telinganya dengan telefon Khairul ingin mendengan perbualan itu. Khairul terus menolak kepala Khaira.

"tak ada. Memang tak ada. Farisya kata dia tak nampak Saf langsung lepas Saf kata dia nak pergi bilik pengawas" ujar Zarif. Dia meraup kepalanya kasar.

"cuba kau pergi sekolah cari dia dekat sana" ujar Khairul.

"ha boleh juga. Kau ikut aku. Aku pergi rumah kau ambil kau sekejap. Bagi location cepat" ujar Zarif pula.

"ha ok. Bye" ujar Khairul lalu menamatkan talian.

"asal abang?" tanya Khaira.

"awek aku hilang" ujar Khairul sambil menghantar whatsapp kepada jaga sekolah.

"awek kau? Kau ada awek ke?" tanya Khaira.

"kak Saf la bodoh" balas Khairul.

"ouh.. Eh abang couple dengan dia ke?" tanya Khaira.

"tak"

"ouh baguslah" balas Khaira lega.

"asal?" soal Khairul.

"aku tak suka sangat dia tu. Dia lawa sangat sampai crush aku tak pandang aku" jawab Khaira.

Khairul terus memandang adiknya itu. "kau bukan dah ada boyfriend ke?" tanya Khairul.

"dah break. Aku suka orang lain." jawab Khaira selamba.

"tak setia betul. Kau suka siapa pula?" Tanya Khairul.

"abang Faliq Syazwan, 5 Efektif" ujar Khaira tersenyum sendiri. Khairul membuat muka gelinya.

"dah keluar. Aku nak tukar baju" arah Khairul.

"ha? Kau nak pergi mana?" tanya Khaira.

"sekolah"

"buat apa?"

"cari Saf"

"nak ikut" ujar Khairul. Dia tersenyum lebar.

" tak payah. Kau pergi keluar sebelum aku sepak kau keluar" arah Khairul lagi.

"ish! Yela yela!" akhirnya Khaira mengalah lalu keluar dari bilik itu.

******

"Hanafi" panggilku.

"kau boleh tak jangan panggil nama tu?! Serabutlah" marah Airiel. Cukup dia berdebar apabila namanya dipanggil oleh Safiya. Sudahlah mukanya dekat sama dengan arwah bekas kekasihnya dahulu.

"kenapa?" tanyaku.

"buat apa kau nak tahu?" tanya Airiel.

"tak apalah. Aku nak tanya benda lain" ujarku.

"apa?"

"kau dengan Khairul memang selalu gaduh ke?" tanyaku.

Airiel terdiam. "mmm. Tak pun" jawabnya.

"Habis tu kenapa kau selalu gaduh dengan dia? Sebab aku ke?"

"absolutely yes. Tapi, aku tak salahkan kau sepenuhnya. Salah Khai juga. Dia tu kalau dah ada awek tak ingat member. Nanti bila dah puas game awek dia baru dia layan member" terang Airiel lalu meneguk segelas air mineral.

"Khai kaki game perempuan ke?" tanyaku.

"yes. Satu sekolah tahu. Even aku tinggalkan sekolah ni 3 bulan. Tapi, aku still tahu pasal dia." ujar Airiel.

Aku mengangguk lalu terdiam. "sebelum aku ada dekat sekolah ni perangai dia macam mana?" tanyaku. Aku meneguk air liurku.

"playboy. Masa tu aku couple dengan arwah ex aku and then......"

"wait wait wait. Apa? Arwah? Dia dah tak ada ke?" tanyaku.

"yeps. Dia dah tak ada. Dia dah meninggal"

"because of?"

"because of me" jawab Airiel. Dia tersenyum kelat memandang lantai.

"kenapa? kau bunuh dia ke?"

"lebih kurang macam tu. Tapi aku tak buat" ujar Airiel.

Aku mengerutkan dahi. Dia ni buat ke tak?

"kau ni nak aku cerita ke tak?" tanya Airiel.

"ha sambung sambung"

"lepastu Khai ajak aku game awek aku." ujar Airiel.

"erm. Kenapa Khai buat semua tu? "

"sebab Farah curang when we were 12 or 13 years old. Aku tak ingat sangat. Tapi lepas dia kena curang baru dia jadi playboy" cerita Airiel. Aku mengangguk.

Tiba-tiba timbul rasa kecewa di dalam hati. Adakah Khairul akan mainkan hati aku juga?

"Hanafi!" panggilku lagi.

"apa lagi kau ni?" tanya Airiel bosan.

"aku nak tanya 1 lagi soalan boleh tak?" tanyaku. Aku tersengih.

"apa lagi?"

"kau tahu ke pasal teacher Aireen suruh aku buat........"

"tahu"

"ha?? Kau tahu?!" soalku terkejut. Selama ni aku sorok sorok rupanya dia tahu.

"ye"

"macam mana kau tahu?"

"kau orang ketiga yang kena buat macam ni?"

"orang ketiga? Mana orang sebelum aku pergi?"

"no. Bukan orang ketiga. Tapi mangsa ketiga"

"mangsa ketiga? Means?"

"means jangan kacau aku dah. Jangan buat apa yang teacher Aireen suruh kau tu" jawab Airiel.

"tak buat? Senang kau cakap. Aku dah berapa kali fikir nak cakap aku tak nak buat. Kalau aku tak buat nanti aku kena marah pula" bidasku.

"kau dah silap langkah dari awal Safiya Zahra. Kalau kau tak tolong kakak aku. Everything will be okay." balas Airiel serius.

"eleh. Kau cakap macam ni sebab kau kena marah dengan teacher, kan?" tekaku.

"Aku cakap semua ni demi masa depan kau dan aku. Jangan sibuk hal aku. Kau dalam bahaya" ujar Airiel tanpa memandang mukaku.

"Maksud kau?" Tanya Safiya.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. Terpacullah wajah Zarif dan Khairul yang sedang risau.

"adikku!" jerit Zarif lalu berlari ke arahku. Dia terus memelukku erat.

Khairul merenung tajam mata Airiel. Airiel hanya mendiamkan diri.

"macam mana kau boleh tersekat dekat sini ha?!" tanya Zarif acah sedih. Zarif jarang tak acah. Zarif mencium pipi kananku.

Aku terus menolak kepalanya. "ish! Pergilah sana! Gelilah!" ujarku menepis ciumannya.

"Safiyaa!!!!" ujar Khairul gembira lalu berlari ke arah ku.

Aku tersenyum nipis memandang Khairul. Apa Airiel cakap tadi? Playboy ye. Memang tak aku nak dekat dengan kau Khairul.

" eh kau kenapa muka nak nangis ni? Rindu aku sangat eh?" Seloroh Khairul.

Khairul mengangkat tangan ingin mengusap kepalaku. Aku pantas menepis tangannya lalu menarik tangan Zarif pergi dari situ. Zarif hanya akur.

Airiel hanya memerhati. Pandangan Khairul dilemparkan kepada Airiel. Khairul merenung Airiel tajam.


┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Continue Reading

You'll Also Like

100K 6.3K 29
Highest #1 in spy [Mohon maaf story agak merapu] CRUEL ANGEL Terdiri daripada tiga orang gadis yang berkerabat diraja. Mereka bercadang untuk berseko...
444K 16.5K 48
[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya...
913K 47.9K 67
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak m...
81.1K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...