SELEBRITI. » park jimin

By bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... More

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.

108 15 4
By bajumelayujimin

Sekali lagi batuk Yeoreum memenuhi ruang rumah. Yeoreun menyedut hingus yang terasa berura-ura untuk keluar. Ah, benci betullah bila sakit ni. Sebab batuk, selesema, sakit tekak dan demam datang dalam satu pakej.

Lagi satu, siapa sahaja yang sakit tengah-tengah musim panas?

Mata Yeoreum tutup, cuba menghilangkan rasa mencucuk di kepala yang mula memunculkan diri. Tangannya dibawa ke pelipis sebelum dahi diurut perlahan.

Bunyi siulan yang datang dari telefon bimbitnya menandakan ada notifikasi yang masuk. Tangan Yeoreum mencapai telefon bimbit.

Kang Harin
aku nak tanya sikit boleh tak?

Pasal Jimin kan, getus hati Yeoreum.

Han Yeoreum
tanyalah
pasal jimin kan? ;)

Kang Harin
oh?
macam mana kau tahu?
hehe 😅

"Jelas sangat.", gumam Yeoreum.

Han Yeoreum
tanya jelah

Kang Harin
dia suka makan apa?
apa fav movie dia?
warna kegemaran dia?
dia suka perfume bau apa?
ah sorry
banyak pula soalan aku

Buat seketika, mata Yeoreum hanya merenung mesej itu. Sebaik sahaja dia membaca soalan itu, terus muncul jawapan di minda tidak sampai sesaat. Entah kenapa, Yeoreum tersenyum.

Aku tahu banyak sangat pasal kau, Park Jimin. Mungkin terlalu banyak yang aku tahu pasal kau.

Satu persatu dia mula menjawab soalan yang ditanyakan oleh Harin.

Sebaik sahaja dia habis menjawab soalan Harin, terdengar bunyi ketukan di pintu. "Ini Jimin.", ujar Jimin dari luar. Lambat-lambat, Yeoreum membuka pintu.

"Aku bawa donut." Jimin menayangkan kotak Big Apple di tangan. Tanpa dijemput, dia terus melangkah masuk ke dalam rumah Yeoreum.

"Kenapa kau datang?", soal Yeoreum lalu menutup pintu rumahnya. Terus Jimin menoleh ke arahnya dengan mata yang membulat.

"Kenapa dengan suara kau?", tanya Jimin. Terkejut dia mendengar suara Yeoreum yang garau dan dalam. "Kau tak sihat ke?"

Yeoreum bersin, dan itu sahaja mampu menjawab segala soalan Jimin. Jimin yang tadi tidak memakai topeng terus mencapai topeng dari dalm begnya lalu disarung ke wajah. Mata Yeoreum memandang Jimin.

Tak guna punya member.

"Dah makan ubat?", tanya Jimin sambil meletakkan kotak berisi donat diatas meja. Yeoreum hanya mengangguk kecil sebelum duduk bersila di hadapan komputer ribanya.

Tiba-tiba, Jimin datang duduk di sebelahnya lalu memeluknya erat. "Aku akan jadi ubat kau!", ujar Jimin dengan terlebih dos gembira. Sengaja menggedik. Yeoreum menggerak-gerakkan badannya, ingin melepaskan diri dari pelukan Jimin.

"Tak lawaklah!"

Tetapi, Jimin masih tidak melepaskan pelukannya.

"Kalau kau demam, jangan cakap aku tak bagi amaran.", ujar Yeoreum.

•••

Kekok. Itu satu-satunya perasaan Yeoreum sekarang apabila berhadapan dengan Seokjin sekarang. Sumpah, wajah terasa tebal berinci-inci mengingatkan kali terakhir dia menangis teresak-esak di dalam pelukan jejaka itu.

Mata Yeoreum kerap memandang ke tempat lain selain wajah Seokjin. Nampak benar malu.

Kepala terasa ingin dihantuk ke lantai. Dia berharap bahawa bumi menelannya hidup-hidup sekarang. Namun, apakan daya. Kerana kerja, dia tetap akan terus bersemuka dengan Seokjin, mungkin sampai bila-bila.

"Kau sihat?", tanya Seokjin setelah menghirup minumannya.

"Selesema sikit...", balas Yeoreum dengan suara yang agak sengau.

"Dah pergi klinik?"

"Eh, tak adalah sampai tahap kena jumpa doktor... Makan ubat, rehat sikit, okaylah ni...", jawab Yeoreum. Bibir Yeoreum ketap, jari-jemarinya bermain antara satu sama lain dengan resah.

Patut atau tidak aku bercakap tentang perkara ini?

"Pasal malam tu..."

"Kau jangan risau. Aku tak kisah pun.", Seokjin memotong ayat Yeoreum. Macam tahu-tahu sahaja Seokjin ni.

"Tapi... Aku masih rasa aku kena minta maaf dekat kau. Aku tahu apa yang kau rasa dekat aku, aku tak patut buat macam tu. Aku tak nak ambil kesempatan diatas perasaan kau.", ucap Yeoreum, terasa agak pahit dengan kebenaran kata-kata itu. Dia sendiri pun pelik, jejaka sebaik Seokjin, kenapa aku tak boleh suka dekat dia?

Kenapa aku masih suka dekat Jimin yang langsung tidak endah akan perasaanku?

"Kau tak perlu minta maaf, aku yang peluk kau, bukan kau yang peluk aku." Sempat lagi Seokjin berseloroh sambil tersengih. Perkara itu membuatkan Yeoreum makin rasa serba-salah. "Aku cuma harap kau tak kekok dengan aku. Aku faham kau... Jadi aku harap aku boleh jadi kawan dengan kau, macam kita sebelum ni."

Bibir Yeoreum melepaskan sebuah keluhan. "Kau pun tahu tak ada istilah kawan bila kita suka dekat seseorang, Seokjin."

Senyap. Ironi. Seokjin masih ingin berkawan dengan Yeoreum walaupun Yeoreum menyukai Jimin, kawan baiknya sendiri.

"Macam tu eh? Hmm..." Seokjin menjongketkan bahunya sambil tersenyum. "Tapi... Aku tak nak hubungan kita berakhir macam ni. Sayanglah."

Mata Yeoreum memandang raut wajah Seokjin yang kelihatan tenang. Terlalu tenang walaupun selepas dapat tahu bahawa teman wanitanya menyukai orang lain.

"Lagi satu, aku dah janji dekat kau. Yang aku akan ada dengan kau. Kalau kau nak menangis sebab dia, menangis dekat bahu aku. Aku tak nak kau menangis sorang-sorang."

Seokjin menarik nafasnya, mungkin untuk menenangkan dirinya sendiri. Pada luarannya mungkin dia nampak tenang, namun siapa sahaja yang tahu keadaan hatinya kini. Hati siapa sahaja yang akan masih okay?

Sesiapa pun akan sedih, kecewa, sedih, sakit hati, patah hati.

"Dan, aku seorang yang berpegang pada janji aku, Han Yeoreum." Sekali lagi, Seokjin mengukirkan sebuah senyuman.

Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka aku, Kim Seokjin.

“You talk to me in riddles,
I will answer you in rhyme.
I loved you for a little一
I will love you for all time.”

一 For All Time

•••

"Encik Kim!" Langkah Seokjin ke dapur terhenti apabila dipanggil oleh dua orang pekerjanya.

"Kenapa?", soal Seokjin.

"Encik Kim..." Si pekerja lelaki mengangkat telunjuk kanan sebelum mengangkat telunjuk kiri pula. "Dengan cik Yeoreum... Dah jadi couple secara rasmi ke?"

"Cik Yeoreum pula cakap apa lepas Encik Kim luahkan perasaan dekat dia?" Si pekerja perempuan bertanya, jelas ingin tahu.

Bibir Seokjin tersenyum sebelum menggeleng perlahan.

"Kenapa?" Serentak dua orang pekerja itu bertanya.

"Tapi Encik Kim dengan cik Yeoreum nampak memang macam dah couple...", dengan kecewa si pekerja lelaki berkata.

"Itulah...", si pekerja perempuan bersetuju. "Lepas tu Encik Kim dengan Cik Yeoreum nampak sesuai sangat antara satu sama lain... Encik Kim ada buat salah ke?"

"Dia tak suka saya. Nak buat macam mana?", balas Seokjin dengan ringkas.

"Ha?", terpinga-pinga dua orang pekerja itu dibuatnya.

•••

Yeoreum menuangkan alkohol ke dalam cawan lalu diteguknya dengan sekali lalu sahaja. Dia kemudian menongkat dagunya, seperti merenung masa hadapannya. Kemudian, dia tertawa kecil sendiri.

Suasana di gerai tepi jalan itu agak senyap, ditemani dengan beberapa orang pelanggan di meja lain yang bersembang. Yeoreum pula hanya duduk seorang diri di mejanya tanpa ditemani sesiapa. Semua orang berteman kecuali dirinya.

"Gila... Waktu tu kenapa kau confess dekat mamat tu...", keluh Yeoreum sendiri. Terlayar jelas di mindanya saat dimana dia meluahkan perasaannya kepada Jimin di rumah Jimin.

Namun, apa beza mereka sebelum dia membuat pengakuan itu dan sekarang? Tiada beza. Kecuali Jimin sudah mempunyai teman wanita sekarang.

Tak ada kesan jika dia membuat pengakuan.

"Han Yeoreum... Kau betul-betul kena move on... Kau bodoh ke apa..." Cawan dibawa ke bibir lagi. "Dia dah ada girlfriend..."

"Okay." Yeoreum duduk dengan tegak. "Cuba senaraikan keburukan dia. Betul tu... Orang kata kalau nak move on, fikir benda buruk pasal orang tu."

"Satu, dia suka gunakan kau sebagai pura-pura jadi girlfriend dia." Jari telunjuk diangkat. "Tapi... Dia kawan aku, jadi tak apalah kan?" Yeoreum menggaru dahinya. "Argh!"

"Kedua... Hik!" Yeoreum mengangkat pula jari hantu. "Dia playboy. Dia flirt dengan semua perempuan, termasuk kawan baik kau sendiri. Macam tu kau nak suka lagi?" Kepala Yeoreum terangguk-angguk seperti belatuk.

"Ketiga... Ketiga..." Minda Yeoreum makin kabur. "Dia famous sangat. Dia idol. Kau takkan dapat date dia macam couple yang lain."

Yeoreum menjatuhkan tangannya diatas meja, sudah malas untuk mengira lagi. Telefon bimbit dari dalam poket seluar ditarik keluar. Sudah hampir jam 12 malam, patutlah sejuk semacam. Ruang sembang KakaoTalk ditekan.

Ibu jarinya terhenti mengklik apabila melihat nama Seokjin yang berada diatas nama Jimin. Matanya berkerdip-kerdip seketika melihat ruang sembang itu sebelum dia mengklik nama Jimin.

Han Yeoreum
jiiiminnnn
akuu ras\\aa
\a*ku mab7huk

Selepas itu, telefon dimatikan. "Dia takkan datang punya... Mamat tu memang gila kalau dia datang...", ujar Yeoreum sambil tersengih sebelum menuang minuman ke dalam cawan.

"Apa kau buat?" Tiba-tiba sahaja ada suara menegur sambil merampas botol minuman yang dipegang oleh Yeoreum. Yeoreum pun mengangkat wajahnya.

"O-oh?" Yeoreum menuding jarinya. Jejaka yang bertopeng itu duduk di hadapan Yeoreum tanpa dijemput. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip sambil melihat wajah Jimin.

"Berapa banyak kau dah minum ni..." Kepala Jimin menggeleng sambil melihat botol kaca yang berada diatas meja. "Bukan kau tak boleh minum banyak ke?" Yeoreum hanya terdiam, tidak menjawab soalan Jimin.

Sebuah keluhan dilepaskan oleh Jimin. "Jom balik." Jimin mula berdiri.

"Kenapa kau datang?", soal Yeoreum.

"Dah kau yang mesej aku?" Dahi Jimin berkerut, pelik dengan soalan Yeoreum. Yeoreum mula berdiri dan mula melangkah tetapi langkahnya terhuyung-hayang. Nasib baik Jimin sempat memeluk bahunya daripada terjatuh.

"Haih...", keluh Jimin sambil memapah Yeoreum keluar dari gerai tepi jalan itu. "Kenapa kau seorang? Seokjin?", soal Jimin, pelik dengan Yeoreum yang seorang diri. Yeoreum hanya kekal melangkah dengan perlahan, tidak menjawab soalan Jimin.

Tangan kiri Jimin membuka pintu kereta lalu meletakkan Yeoreum di tempat duduk sebelah pemandu. Jimin pula duduk di tempat duduk pemandu lalu menghidupkan enjin kereta. Baru sahaja dia ingin memakai tali pinggang keledar, dia menoleh ke arah Yeoreum yang sudah terlena.

Jimin mula mendekati Yeoreum lalu memakaikan tali pinggang keledar untuk Yeoreum. "Macam-macam betullah minah ni...", gumam Jimin. Dia mengangkat wajahnya lalu menyedari wajah Yeoreum sangat dekat dengan wajahnya.

Dia mula memerhatikan raut wajah gadis itu. Dari alis mata yang tersembunyi di sebalik kacamata, kening yang tidak berapa nak terbentuk, hidung yang tidak mancung, pipi yang agak tembam sering dihiasi lesung pipit. Tenang sahaja Yeoreum tertidur.

"Kalau aku cium kau sekarang, mesti kau tak sedar kan?", soal Jimin sendiri sambil menelengkan kepala ke sisi, tersengih. Jimin kembali duduk tegak di tempat duduknya. "Nasib baik kau mesej aku bila mabuk. Kalau lelaki lain, mesti dah ambil kesempatan dekat kau.", bebel Jimin lagi sambil menghidupkan enjin kereta.

"Jimin..." Tiba-tiba Yeoreum bersuara ketika Jimin sedang memandu.

"Oh? Kau dah bangun?"

"Kenapa... Kau selalu baik dengan aku?" Jimin kaku buat seketika. "Kau tak boleh tau buat macam tu..."

"Kau... Kau buat aku fikir yang kau suka aku tahu tak..."

"Hati aku... Berdebar tahu tak setiap kali kau buat baik dekat aku..."

Jimin meneguk liurnya, tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi dengan ayat Yeoreum. Tangannya memegang kuat stereng, cuba untuk melupakan ayat Yeoreum. Senyap sahaja lepas itu sehingga mereka tiba di rumah Yeoreum.

"Yeoreum..." Jimin mula menggerakkan bahu Yeoreum. "Dah sampai rumah kau ni.", ujar Jimin. "Han Yeoreum." Lebih kuat kali ini Yeoreum menggoyangkan bahu Yeoreum. Namun, seinci pun Yeoreum tidak bergerak. Jimin mengeluh, sah minah ni tidur mati.

Jimin menanggalkan tali pinggang keledarnya lalu melangkah keluar dari kereta. Pintu tempat duduk Yeoreum dibuka. Tali pinggang keledar Yeoreum dibuka.

"Ugh...", rungut Jimin sambil memapah Yeoreum. "Ah berat gila minah ni.", gumamnya perlahan sambil melangkah ke arah Yeoreum. Mulutnya mula ternganga melihat tangga, ah sudah.

Airliur diteguk, nafas ditarik sedalam mungkin. Kau boleh buat, Park Jimin.

"Hah... Hah..." Lutut Jimin sudah menjadi seperti jeli apabila dia sampai di hadapan muka pintu rumah Yeoreum. Peluh sudah membasahi dahi dan Yeoreum masih lagi terlena. Jarinya menekan password rumah Yeoreum sebelum membuka pintu.

Tangan Jimin meraba-raba suis lampu di dalam kegelapan lalu ditekannya. Namun, tiada cahaya. Tangan Jimin menekan-nekan lagi suis tetapi hampa. Rumah Yeoreum masih gelap gelita. "Ah... Gila aku macam ni..." Jimin meraup rambutnya ke belakang. Waktu-waktu begini pula boleh tiada elektrik.

Wahai Tenaga Nasional Berhad, tolonglah buat kerja kalian dengan elok sikit. Yang ikhlas, penulis.

Takkanlah aku nak tinggal pula minah ni dengan tak ada elektriknya... Tengah-tengah musim panas begini.

Dia kembali melangkah ke luar rumah. "Apalah yang aku tengah buat dengan kau ni Han Yeoreum...", bebel Jimin sambil menuruni tangga. Mereka kembali ke dalam kereta lalu Jimin mula memandu ke arah rumahnya.

"Hmm...", gumam Yeoreum sendiri sambil memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan. Tangannya diletakkan di atas perut. Kereta Jimin mula melepasi pagar rumah yang terbuka.

"Kau dah bangun ke?" Mata Yeoreum mula terbuka. Sebaik sahaja kereta Jimin berhenti, Yeoreum terus berlari keluar ke kereta lalu memuntahkan isi perut ke atas semak-samun. Jimin turut mematikan enjin kereta lalu mendekati Yeoreum.

Belakang badan Yeoreum ditepuk-tepuk perlahan. "Hah..." Yeoreum mencangkung sambil memegang kepalanya. Wajahnya pucat, bibirnya tiada warna.

"Kau okay tak ni?", tanya Jimin, agak risau juga melihat keadaan Yeoreum. Tidak pernah dia melihat gadis itu seperti ini sebelum ini. Mata Jimin berkerdip-kerdip melihat Yeoreum.

"Hei!" Kemudian, Jimin melepaskan sebuah keluhan. "Macam mana muntah kau boleh kena rambut... Haih..." Jimin menggeleng-gelengkan kepalanya. "Rambut kau pendek tahu tak?"

Yeoreum masih lagi memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut, tidak menghiraukan bebelan Jimin. Selepas beberapa minit, barulah Yeoreum mula berdiri.

"Ah... Aku pening...", gumam Yeoreum. Pantas tangan Jimin memegang lengan Yeoreum, memberi sokongan untuk gadis itu berdiri.

"Kau boleh jalan tak ni?" Kepala Yeoreum hanya mampu mengangguk lemah. Dunianya kini terasa berpinar. Kalau boleh dia mahu baring sahaja sekarang. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah Jimin.

"Eh..." Jimin menarik tangan Yeoreum  yang berjalan ke arah sofa. "Kau nak pergi mana?"

"Nak baring..." Sofa yang berada di ruang tamu rumah Jimin kini kelihatan sangat empuk dan memanggil-manggilnya. Aku nak baring...

Jimin menarik lengan Yeoreum ke arah bilik air. "Tak boleh, kena cuci rambut kau dulu.", tegas Jimin berkata.

"Aku nak baring..."

Jimin menolak pintu bilik air. Stokin yang dipakainya ditanggalkan. Dia mendudukkan Yeoreum berhampiran dengan tab mandi. Lengan baju disinsing sehingga ke siku, seluar dilipat sehingga ke paras lutut. Matanya melihat Yeoreum yang kejap-kejap kepala terteleng ke kiri dan ke kanan.

"Duduk diam-diam." Jimin memegang kepala Yeoreum. Kepala shower dibawa mendekati kepala Yeoreum lalu dibuka airnya.

"Ah! Sejuk..."

"Banyak complain betullah kau ni...", bebel Jimin tetapi dia lebih berhati-hati untuk tidak menjirus ke arah selain rambut Yeoreum. Setelah rambut Yeoreum basah, dicapainya pula botol syampu. Syampu dilumur ke kepala Yeoreum lalu digosoknya perlahan.

Buat seketika, masing-masing hanya senyap di dalam bilik air itu. Kepala shower kembali dicapai lalu dibersihkan rambut Yeoreum yang sudah disyampu.

"Dah.", ucap Jimin. Dia membantu Yeoreum untuk berdiri dan berjalan keluar dari bilik air. Jimin mendudukkan Yeoreum diatas sofa sebelum berjalan pergi untuk mencari tuala.

Mata Jimin berkerdip-kerdip memandang Yeoreum yang sudah terbongkang diatas sofa. Kemudian, matanya teralih ke baju Yeoreum yang terselak menampakkan sebahagian perutnya.

Jimin berdehem sendiri lalu menarik baju Yeoreum untuk menutup perutnya. Kemudian, dia tersedar akan perbuatan sendiri. "Kau ni peliklah Jimin. Kau ada dengan perempuan yang dedahkan badan dah berapa lama, tapi kau tak boleh tengok kalau Yeoreum tunjukkan sikit pun kulit dia?", bebel Jimin sebelum tertawa kecil.

Bersama tuala ditangan, dia menarik lengan Yeoreum yang sudah terbaring. "Bangun, kena keringkan rambut dulu.", ujar Jimin. Yeoreum hanya mampu menurut tanpa banyak soal.

Jimin duduk disebelah Yeoreum lalu mengeringkan rambut Yeoreum dengan tuala di tangannya. Perlahan-lahan, mata Yeoreum kembali terkatup walaupun dia sedang duduk bersila. Rasa seperti nyaman sahaja rambutnya dikeringkan oleh Jimin.

Tangan Jimin berehat sebentar, terasa lenguh apabila mengeringkan rambut Yeoreum buat seketika. "Patut aku ambil hair dryer je tadi...", gumam Jimin. Baru sahaja dia ingin berdiri, dia melihat kepala Yeoreum tersengguk-sengguk ke kiri dan ke kanan.

Lama-kelamaan, kepala Yeoreum tersengguk-sengguk ke hadapan. Apabila wajahnya hampir jatuh ke atas sofa, Jimin menarik lengan Yeoreum membuatkan kepala Yeoreum terbaring diatas dada Jimin. Impak itu membuatkan badan Jimin turut terbaring ke atas sofa itu.

Mata Jimin berkerdip-kerdip sebelum menjeling ke arah Yeoreum yang enak sahaja berbaring diatas dadanya. Airliur diteguk. Perlahan-lahan, dia cuba mengalihkan badannya tetapi tangan Yeoreum tiba-tiba sahaja memeluk badannya dengan erat.

Yeoreum siap membenamkan wajahnya ke leher Jimin membuatkan Jimin terkaku. Dia dapat rasa deruan nafas Yeoreum yang jelas menampar lehernya. Jimin menahan nafasnya, terkejut dengan perbuatan Yeoreum. "Yeoreum...", bisik Jimin, cuba mengejutkan Yeoreum.

"Han Yeoreum." Yeoreum langsung tidak berkutik. Jimin tersengih memandang Yeoreum lalu mengalas kepalanya dengan lengan sendiri.

"Bukan main eh sekarang? Main peluk-peluk aku? Kalau Seokjin nampak ni, apa dia cakap?" Jimin tertawa kecil.

"Kau akan menyesal tentang benda ni bila kau bangun nanti. Jangan cakap aku tak bagi amaran.", ujar Jimin, tangannya menepuk kepala Yeoreum perlahan. Tanpa disedari, dia pun mula diulit mimpi dengan tidur yang nyenyak.

•••

Bebola mata Yeoreum bergerak perlahan apabila terasa cahaya matahari lembut menyapa wajahnya. Kepalanya dibetulkan diatas bantal yang terasa agak keras. Bantal aku bukan rasa begini...

Mata Yeoreum serta-merta terbuka dengan luas. Ini bukan rumah aku. Jadi, aku dekat mana sekarang?

Baru dia perasan tempat dia membaringkan kepala naik turun dengan lembut. Dia sedang berbaring diatas dada seseorang. Ini rumah Park Jimin, walaupun penglihatannya kabur, dia kenal akan rumah ini. Jadi, maksudnya aku sedang berbaring diatas dada...

Serta-merta Yeoreum mendongakkan kepalanya dan melihat Jimin sedang terlena. Terus Yeoreum bangun terduduk sambil menutup mulutnya dengan tangan, mata terbuntang kerana terkejut.

Apa yang jadi? Macam mana aku boleh tidur atas dada dia? Kejap. Semalaman aku tidur atas dada dia?!

"Gila!", ayat itu terpacul keluar dari mulut Yeoreum. Bebola mata Jimin mula bergerak-gerak menandakan dia sudah terjaga. Perlahan-lahan, kelopak matanya terbuka lalu bertentang mata dengan Yeoreum.

"Kau dah bangun?", suara garau Jimin menyoal. "Sekarang pukul berapa?"

"Apa yang dah jadi?", tanya Yeoreum. "Baik kau cakap terus-terang dengan aku. Macam mana kita boleh tidur atas satu sofa?"

Jimin menjulingkan matanya sebelum bangun terduduk sambil meraup rambutnya ke belakang. "Maafkan aku, cik Han Yeoreum. Kau yang baring atas dada aku semalam. Peluk aku macam tak nak lepas.", jelas suara Jimin mengejek. Mulut Yeoreum ternganga.

"Tak mungkin." Kepala Yeoreum menggeleng, menafikan realiti.

"Ya, dan kau dah buat pun semalam. Kau suka aku sampai macam tu sekali ke?" Jimin menongkat dagunya sambil melemparkan sebuah sengihan nakal ke arah Yeoreum.

"Ew!" Yeoreum terus menolak badan Jimin untuk menjauhinya dan terus berdiri di atas lantai. Jimin kekal tersengih memandang Yeoreum.

Kan aku dah kata kalau kau bangun keesokan harinya, mesti kau menyesal punya dengan benda yang kau dah buat.

•••

Yeoreum berkali-kali mencuci mukanya dengan air yang ditadah di tangan. Kemudian, pili air ditutup. Pantulan wajahnya direnung di cermin.

Gila. Kau memang sah dah gila Han Yeoreum.

Satu persatu perkara yang dia lakukan malam semalam mula terlayar dengan jelas di minda. Sangat jelas membuatkan wajah Yeoreum terasa tebal berinci-inci. Orang lain kalau mabuk tak ingat apa yang mereka buat, tapi aku pula ingat sebutir demi sebutir perincian apa yang berlaku pada malam tadi.

Kau boleh mesej Jimin bila kau mabuk? Kemudian, Jimin dukung kau naik rumah? Apa kau fikir kau itu seringan kapas? Kepala hotak kaulah, kau tu berat tahu tak?

Bibir Yeoreum melepaskan sebuah keluhan yang berat.

Lepas tu, apa? Kau tidur atas dada dia? Peluk dia lagi? Dahlah kau muntah, Jimin yang cuci rambut kau yang kena muntah.

Yeoreum menutup matanya, tidak percaya akan perkara yang sudah dilakukannya.

Bunyi ketukan di pintu bilik air membuatkan lamunan Yeoreum terhenti. "Yeoreum.", Jimin memanggil. "Lamanya kau dalam bilik air. Kalau kau malu pasal semalam, jangan risau. Kita member, benda macam tu tak ada apalah.", sempat lagi Jimin menyakat.

Dari dalam bilik air, Yeoreum mengacah sebuah penumbuk untuk Jimin. Dia dapat bayangkan sengihan Jimin sekarang.

Nafas ditarik dan dihembus. Dia memandang pula badannya yang tersarung hoodie milik Jimin. Dia menggelengkan kepalanya sambil mencapai tuala. Kakinya melangkah keluar dari bilik air.

"Kau mandi ke buat bilik air? Lama gila.", ujar Jimin sebaik sahaja Yeoreum melangkah keluar. Yeoreum menjeling Jimin, namun tidak berani untuk membalas apa-apa. Segan sangat tentang perkara yang terjadi malam tadi.

"Kalau kau nak sarapan, tengoklah dekat dapur tu ada apa.", ujar Jimin sebelum melangkah ke dalam bilik air. Sebaik sahaja pintu bilik air tertutup, Yeoreum terus menoleh ke arah bilik air.

"Tengok? Bukan dia kisah perut aku sensitif ke apa sebab malam tadi. Dia suruh aku main makan je apa yang ada dekat dapur." Sebaik sahaja Yeoreum menuturkan ayat itu, pintu bilik air kembali terbuka membuatkan mata Yeoreum menutup mulutnya.

Alamak, dia dengarkah?

Jimin menjengukkan kepala dari celah bukaan pintu bilik air. "Kalau kau nak ubat, cari dalam drawer dekat dapur. Kau demam lagi kan?" Yeoreum hanya mampu mengangguk perlahan. Jejaka itu teringat pada malam semalam sewaktu Yeoreum baring di atas dadanya, dia dapat rasakan bahang demam gadis itu. Masih tidak kebah. Jimin tersenyum kecil sebelum kembali menutup pintu bilik air.

Yeoreum mengusap rambutnya dengan tuala yang dipegang. Dia ternampak kucing peliharaan Jimin di atas sofa di dalam bilik tidur jejaka itu. "Kau tengok tuan kau tu? Tadi bukan main sakat aku, lepas tu nak caring pula. Tahu tak pelik tuan kau tu?", ujar Yeoreum, selamba badak berkomunikasi dengan kucing itu. Kucing yang berbulu jingga putih itu mengiau kembali, seolah-olah mengerti kata-kata Yeoreum.

Yeoreum menganggukkan kepalanya, berpuas hati dengan respons yang diterima. "Tengok, kucing pun tahu.", gumam Yeoreum sebelum melangkah keluar dari bilik tidur Jimin.

Sebaik sahaja berada di dapur, Yeoreum mula membuka segala pintu kabinet dapur untuk melihat apa yang ada untuk dibuat sarapan pagi. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk membuat sandwic sahaja. Sosej pun ada, bolehlah. Nugget pun ada.

Yeoreum terbongkok-bongkok mencari minyak masak dan kuali untuk memasak.

"Oh...", suara Jimin datang menyapa. "Bau sedap. Kau masak apa?"

"Kau nak makan, masak sendiri."

"Kau dekat rumah aku, Han Yeoreum."

"Kisah apa aku."

"Kau tak nak makan makanan yang sesuai untuk perut sikit ke? Kejap aku buat sup.", ujar Jimin. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip memandang Jimin. Ambil berat juga dia rupanya.

Kucing peliharaan Jimin datang menggesel di kaki Jimin lalu mengiau lembut. "Sabar ya... Lapar juga eh?", soal Jimin dengan suara yang comel. Dalam diam, Yeoreum tersenyum kecil.

Okay, sumpah cairlah tengok lelaki main dengan kucing ni. Huhu.

Yeoreum meletakkan pinggan berisi makanan diatas meja. Jimin pula membiarkan sup yang dibuatnya mendidih diatas dapur. Kini, jejaka itu meletakkan makanan kucing di dalam sebuah bekas. "Makan banyak-banyak, ya?" Tangan Jimin mengusap lembut badan kucing itu yang sedang menikmati makanannya.

"Jom, kita pula makan." Jimin mengangkat wajahnya. Mereka pun mula menikmati sarapan pagi tanpa sebarang suara. Yeoreum mencuri pandang ke arah Jimin yang duduk menghadapnya.

Rambut jejaka itu yang masih lembap menutup dahinya. Jimin kini sedang menikmati sarapan pagi yang dibuatnya. Semalam mula mereka tertidur bersama diatas sofa yang sama. Wajah Jimin pula, bersih tanpa secalit mekap kerana mereka menyambut waktu pagi bersama.

Inikah perasaannya kalau kau jadi boyfriend aku?

Terus Yeoreum duduk dengan tegak lalu menggelengkan kepalanya. Dia sudah berangan terlalu jauh.

Ting tong! Loceng rumah Jimin berbunyi.

"Siapa pula yang datang waktu macam ni?", soal Jimin sendiri. "Kau ada order makanan ke?"

Kepala Yeoreum menggeleng perlahan. "Tak ada pula..."

Jimin bangun dari duduknya lalu menuju ke arah skrin monitor. "Mak akulah.", ujar Jimin. Mata Yeoreum membulat. Mak Jimin? Maksudnya ibu Jimin, yang melahirkan Jimin ke dunia ini kini berada di hadapan rumah?

Jimin terus melangkah keluar untuk membuka pintu, memberi ibunya masuk. Manakala, Yeoreum di dalam sudah gelabah seperti kucing hilang anak. Apa pula mak dia akan cakap kalau dia tengok aku dekat rumah anak teruna dia?

Mesti mak dia fikir yang bukan-bukan, anak dara duduk dekat rumah anak lelaki dia. Jimin ni pun satu, bukan main relaks sahaja. Tak ada pun suruh aku menyorok ke, apa ke. Huh!

Yeoreum terus melangkah ke arah peti ais, memerhatikan pantulan wajahnya di peti ais yang hitam berkilat itu. Dia membetulkan kedudukan rambutnya. Tetapi, langsung tak boleh sorok yang aku memang sudah tidur disini dan sedang bersarapan disini.

"Nasib baik Jimin ada dekat rumah. Macam mana kalau Jimin tak ada dekat rumah tadi?", suara Jimin kedengaran menghampiri Yeoreum. Debaran di dada Yeoreum semakin menggila.

"Mak saje nak tengok anak mak. Makin handsome anak mak.", kedengaran suara Puan Park bercanda.

"Anak mak selebriti kan, mestilah handsome."

Kini, Puan Park dan Jimin berdiri berhadapan Yeoreum. Mata Puan Park berkerdip-kerdip memandang Yeoreum. Yeoreum terus menundukkan badan 90 darjah.

"Siapa ni?", soal Puan Park sambil tersenyum. Jimin berjalan ke arah sebelah Yeoreum lalu memeluk bahu Yeoreum.

"Mak, ini Han Yeoreum.", ujar Jimin. "Girlfriend Jimin.", tambahnya. Kepala Yeoreum terus tertoleh ke arah Jimin.

"Sejak bilaㅡ", ayat Yeoreum terhenti kerana Jimin menekup mulutnya. Puan Park pula hanya memandang mereka sambil tersenyum.

"Haha. Dia ada dekat rumah Jimin sebab dia mabuk malam tadi, Jimin ambil dia. Rumah dia blackout, takkanlah Jimin nak biarkan dia tidur dengan tak ada elektrik musim panas ni.", jelas Jimin dengan nada penuh dramatik. Yeoreum pula menjulingkan matanya.

Puan Park meletakkan bekas makanan yang dibawanya ke atas meja. Dia melihat Yeoreum dengan lebih dekat membuatkan Yeoreum gugup. Yeoreum mengukirkan sebuah senyuman paksa. "Makcik macam pernah nampak muka kamu...", kata Puan Park.

"Ha?"

"Ah. Mak pernah nampak dia waktu dekat sekolah menengah dulu rasanya. Dia satu sekolah dengan Jimin."

"Ah!" Puan Park seperti sudah teringat. "Makcik dah ingat... Dah besar dah kamu Yeoreum... Makin cantik.", puji Puan Park. Tangan Yeoreum menggaru kening dengan kekok. Rupa baru bangun pagi pun makcik ni kata lawa?

Genetik baik yang suka memuji orang memang kuat dalam keluarga Park nampak gayanya.

"Yeoreum okay ke? Jimin kata kamu mabuk malam tadi..."

"Saya dah okay...", balas Yeoreum.

"Mak, mestilah Jimin dah buatkan sup untuk Yeoreum. Boyfriend jenis apa Jimin ni kalau tak buat macam tu untuk girlfriend sendiri?", ujar Jimin. Yeoreum menjegilkan matanya ke arah Jimin, cuba menghantar telepati yang bermaksud...

Berhentilah panggil aku girlfriend kau, kau boyfriend aku!

"Mak nak minum? Kopi boleh?", tanya Jimin. Puan Park mengangguk sambil mengambil tempat duduk di hadapan Yeoreum. Yeoreum pula, hanya mereung makanannya yang masih berbaki. Dia tidak rasa mampu makan dengan adanya ibu Jimin di hadapannya.

"Ah... Kamu berdua baru breakfast ya?" Puan Park memerhatikan pinggan berisi makanan diatas meja.

"Ha'ah. Yeoreum yang buatkan. Bagus kan Yeoreum?" Jimin tersenyum sambil menuangkan kopi ke dalam cawan lalu diserahkan kepada ibunya. Yeoreum mengepal penumbuknya dalam diam.

Wah, kalau bab kelentong... Jejaka ini seperti menanam tebu di tepi bibir, manis sahaja kata-katanya. Segalanya indah dan baik belaka.

Puan Park menghirup kopinya, tetapi matanya memandang Yeoreum yang dalam diam cuba menyuap sosej ke dalam mulut. "Yeoreum sekarang kerja ke belajar?", tanya Puan Park. Mulut Yeoreum yang ternganga ditutup kembali.

Dia mengangkat wajah untuk memandang Puan Park. "Sekarang kerja. Dah habis belajar dah.", balas Yeoreum.

"Oh... Dulu belajar dekat mana?"

"Universiti Seoul."

"Oh, pandai orangnya...", puji Puan Park lagi. Pipi Yeoreum membahang.

"Makcik bukan apa. Jimin sebelum ni tak pernah kenalkan girlfriend dia dekat makcik. Ini kali pertama.", ujar Puan Park. Kening Yeoreum berkerut sambil memandang Jimin.

"Kali pertama?" Puan Park mengangguk. "Tapi Jimin banyak girl一 Ah!" Ayat Yeoreum terhenti apabila terasa kakinya disepak. Terus dia menunduk untuk mengusap kaki yang kesakitan. Dia menjeling Jimin tajam manakala Jimin kekal tersenyum tanpa secuit pun riak bersalah di wajahnya.

"Kenapa?", soal Puan Park dengan risau.

"Tak ada apa. Kaki saya sakit sikit sebab berjalan banyak semalam." Cepat sahaja Yeoreum mencipta alasan. Bibirnya menampal senyuman palsu tetapi matanya menjeling Jimin yang tenang sahaja menghirup kopi.

•••

"Mak nak balik dah?", tanya Jimin apabila Puan Park meminta diri.

"Yalah... Kamu kan mesti kerja kejap lagi... Lagipun mak tak nak kacau kamu dengan Yeoreum..." Puan Park tersenyum penuh makna ke arah Yeoreum.

"Eh, makcik tak mengacau apa-apa pun...", ujar Yeoreum.

Memanglah tak mengacau apa-apa, dah aku tak ada apa-apa dengan mamat ni.

"Mak datang jauh-jauh, tidurlah sini semalam ke..." Jimin masih memujuk ibunya untuk tidur dirumahnya.

"Mak tak boleh tinggal ayah kamu lama-lamalah." Puan Park tertawa kecil. Jimin dan Yeoreum menghantar Puan Park sehingga ke pintu pagar.

"Jaga makan, jangan kerja keras sangat. Rehat secukupnya." Puan Park berpesan. "Yeoreum. Kamu marah je dia kalau dia tak makan, tak rehat. Paksa dia makan tau? Makcik berharap dekat kamu."

"Ah, ya..." Dengan kekok Yeoreum mengangguk. Jimin pun memeluk ibunya dengan erat. Puan Park tersenyum sebelum menaiki teksi yang sudah tiba.

"Pakcik, drive baik-baik ya?" Sempat Jimin berpesan kepada pemandu teksi itu. Puan Park melambai lalu Jimin dan Yeoreum melambai kembali. Mereka memastikan teksi yang dinaiki Puan Park betul-betul hilang dari pandangan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ah..." Yeoreum menghembuskan nafas lega sambil meletakkan tapak tangan diatas dada. "Aku rasa macam nak tercabut jantung aku."

"Dahlah, jom masuk."

"Tapi, kenapa kau tipu mak kau?", soal Yeoreum.

"Secara teknikalnya, kau masih girlfriend aku." Jimin mengingatkan.

"Ah nak mati awal ke?" Yeoreum mengacah penendang.

"Tak adalah. Baik aku cakap kau girlfriend aku. Tak adalah complicated nanti. Betul?"

Yeoreum menjulingkan matanya, malas melayan. Ada sahaja alasan yang diberikan oleh Jimin. Telefon bimbit Jimin bergetar, ada mesej yang diterima.

Jimin tersenyum membaca mesej yang diterima.

"Tengok. Mak aku suka kau do." Jimin menayangkan mesej yang diterima daripada ibunya.

Mak
mak suka dekat yeoreum tu
pandai anak mak pilih

Jimin tergelak manakala Yeoreum menjelingnya. Ha, lawak sangatlah tu.

•••

"Hah..." Yeoreum memegang perutnya sambil melangkah keluar dari bilik air. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Kakinya yang tersarung stilleto melangkah kembali ke tempat kerja. Ini sudah kali ke berapa dia ke bilik air untuk membuang air.

"Cik Yeoreum okay ke tak ni? Muka pucatlah...", Yoo Rachel, rakan sekerjanya bertanya. Kepala Yeoreum mengangguk lemah, bibir cuba mengukir senyuman yang tidak sampai. Tangannya mengusap perut yang masih rasa sakit.

"Kalau cik Yeoreum tak sihat, saya boleh bagi tahu bos."

"Eh, tak apa. Saya kena kejar deadline. Banyak kerja ni. Awak tahulah bos kita tu macam mana." Yoo Rachel hanya mengangguk tanda mengerti. Dapat pula bos yang tegas gila, memang dia inginkan kerja yang tepat pada waktunya.

Jari-jemari Yeoreum kembali menaip walaupun rasa mencucuk kembali ke perutnya. Perkara itu berlanjutan sehingga waktu tamat pejabat. Dia sekali lagi ke tandas, tetapi kali ini untuk memuntahkan isi perut.

Dengan langkah terhuyung-hayang, Yeoreum cuba untuk berdiri. Tangannya berpaut pada pintu, mencari sokongan untuk menstabilkan diri. Memang teruk betullah demamnya kali ini... Lain macam.

Sudah hampir seminggu tetapi demamnya masih tidak hilang. Yeoreum membuat peringatan di sebalik mindanya, jika demamnya masih tidak baik pada hujung minggu ini, dia perlu ke hospital.

Apabila melangkah keluar dari bangunan pejabat, kepalanya pula terasa berpinar. Bibirnya pula sudah hilang warnanya. Beberapa langkah lagi dia akan sampai ke perhentian bas, telefon bimbitnya berdering.

Bos

Yeoreum melepaskan sebuah keluhan sebelum menyeret signal hijau diatas skrin. "Hello, Yeoreum?"

"Ya, bos."

"Pasal proposal untuk iklan dekat website tu, kamu dah siapkan?"

"Dah, saya dah hantar e-mel dekat bos."

"Tak ada dengan saya, Han Yeoreum."

"Ha? Saya yakin yang saya dah hantar..."

"Kamu nak cakap sayalah yang salah sekarang ni?", suara lelaki diambang 50-an itu bertukar menjadi tegas.

"Bukan macam tu, bos... Saya sekarang dekat lagi dengan pejabat, saya masuk balik..."

"Kerja tak siap lagi kamu dah reti nak balik?"

"Pekerja jenis apa kamu ni?", tambah lelaki itu lagi. "Kalau macam inilah gaya kamu, baik jangan kerja..."

"Inilah sebab syarikat tak suka ambil fresh graduate, semua reti nak kerja senang sahaja... Lepas tu, kalau kita tak bagi kerja, kata tak ada kerja. Dah bagi kerja, malas."

Kepala Yeoreum terasa berdenyut-denyut. Terasa ada berjuta jarum yang mencucuk otaknya dalam masa yang sama. Suara bos yang memarahinya menjadi sayup-sayup. Penglihatannya menjadi kabur, dunianya terasa berputar.

Yeoreum rebah ke atas jalan, dunianya serta-merta menjadi gelap.

•••

saya sendu mendengar serendipity sambil mengedit bab ni, sebab buku ni dah nak habis :,)

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 274 18
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Di malam gelap yang penuh misteri, Bunga Sofea nekad keluar dari rumah untuk mengintai dunia luar, namun hampir t...
10.4K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...
189K 12.9K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...
3.2K 258 59
- Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang...