SELEBRITI. » park jimin

By bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... More

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?

123 16 3
By bajumelayujimin

Jari-jemari Yeoreum pantas menari diatas papan kekunci komputer riba. Matanya fokus kepada skrin, telinganya disumbat dengan fon telinga yang mengalunkan lagu kegemarannya. Dia fokus menaip bab terbaru untuk novel ketiga di blog penulisannya.

"Fokus Han Yeoreum... Kau lambat sangat update kali ni.", bebel Yeoreum kepada dirinya sendiri. "Tak boleh lambat update... Nanti kena maki dengan pembaca..."

"Apa ni?"

"Ah!", Yeoreum terjerit kecil sambil mengusap dadanya apabila Jimin tiba-tiba muncul di muka pintu rumahnya. "Tolong ketuk pintu dulu ke apa boleh tak?", dengan geram Yeoreum berkata, tangannya mengusap dada. Dia menjeling pintu rumahnya, aku kena tukar password rumah aku, getus Yeoreum di dalam hatinya.

Jimin pantas duduk bersila di sisinya. Skrin iPhone XR ditayangkan ke hadapan wajah Yeoreum, tetapi Yeoreum jelas masih fokus dengan menaip. "Apa ni? Baik kau jelaskan.", dengan tegas Jimin bertanya.

"Kenapa kau buat aku macam ni?"

"Ah! Apa dia?" Pandangan Yeoreum terarah kepada skrin iPhone XR milik Jimin. Laman web blog penulisannya terpapar disitu. "Ah... Aku ingat apalah tadi.", acuh tak acuh Yeoreum berkata sebelum kembali menaip.

Matanya berkerdip sebelum dia bertanya, "Macam mana kau dapat tahu blog penulisan aku?"

Jimin memandangnya dengan bosan. "Kau yang bagi aku username blog kau, Han Yeoreum."

"Ya ke?"

Mulut Jimin ternganga melihat sikap Yeoreum yang nak tak nak sahaja melayannya. Asyik dengan menaip entah apa.

"Kau dah melukai perasaan aku dan itu je yang kau boleh cakap dekat aku?", dengan penuh dramatik Jimin bertanya.

"Apa?!" Dengan kasar Yeoreum menanggalkan fon telinganya dan berhenti menaip. Kini fokusnya seratus peratus terhadap Jimin yang sibuk mengacaunya dari tadi. Sudahlah main pecah masuk sahaja rumah aku.

"Kenapa ending buku kau selalu macam tu? Couple dalam Cinta Pertama deserve better, oh my God. Sehun, Sehuuuuunnnnn mengapa?"

Ah, dia sudah habis baca Cinta Pertama. Haha, nasib kaulah nak. Jimin jelas kelihatan kecewa dengan pengakhiran novel kedua yang ditulis oleh Yeoreum.

Aku ingatkan dia tak layan novel cinta.

Yeoreum memandang Jimin dengan pelik. "Baik kau diam. Kau macam Aera do.", ujar Yeoreum.

"Rupa aku lebih baik dari dia tapi tak apa. Tapi, kenapa kau bina ship dalam buku, lepas tu kau tak nak biarkan ship tu belayar? Like????" Jimin membuat mimik wajah yang bermaksud "duh?".

Yeoreum menghelakan sebuah nafas. "Kau fikir hidup ni kisah dongeng ke? Hidup ni selalu bukan happy ever after."

Tangan Jimin meraup rambutnya dengan kasar. "Ini buku for fuck sake!"

"Aku ingat kau tak layan novel cinta.", kata Yeoreum.

"Aku layanlah juga kadang-kadang... Tapi buku kau buat aku sengsara tahu tak? Aku macam... Nak tahu apa yang jadi seterusnya, faham tak?"

Keluhan lahir dari bibir Yeoreum. "Aku nak buat buku aku nampak real, itu je. Aku nak buat benda tu macam betul-betul akan terjadi dalam dunia sebenar. Contohnya, dalam 1-4-3, Jung Hoseok memang akan mati pun. Dia kan sakit. Cinta dia pun memanglah bertepuk sebelah tangan, dah dia tak pernah bagi tahu Eul. Eul pula ada boyfriend merangkap kawan baik Hoseok sendiri."

"How dare you cakap pasal kematian Hoseok macam tu je." Jimin menggelengkan kepalanya melihat Yeoreum. Penulis berhati kejam.

"Okay, fine! Aku terima! Dah tu, couple dalam Cinta Pertama pula? Ha? Ha?"

Yeoreum memeluk tubuhnya, mindanya mula berputar memikirkan ayat yang sesuai untuk diucapkan. "Diorang pun memang akan putus. Maksud aku, manusia jenis apa yang akan okay lepas semua benda tu? Aera handled too many shit daripada keluarga angkat dia. Dia dapat tahu dia anak angkat lepas 23 tahun, keluarga dia pula mengongkong dia. Satu-satunya keluarga yang dia ada ialah adik dia, tapi dia dapat tahu adik dia dah meninggal dunia. Benda tu pula ada kaitan dengan boyfriend dia. Kalau kau Aera, kau akan okay ke?"

Dengan penuh panjang lebar beserta hujah Yeoreum bentangkan membuatkan Jimin terdiam buat seketika.

"Aku benci nak cakap dengan kau. Ini ke sebabnya kau tak dedah identiti kau?", soal Jimin.

"Bingo." Bersama itu, Yeoreum kembali menaip.

"Kalau dah habis sesi soal jawab, mohon berambus. Aku tengah tulis novel ketiga, excuse me.", ujar Yeoreum, jelas menghalau Jimin dari rumahnya. Jimin mendekatinya sambil cuba membaca apa yang ditaip oleh Yeoreum.

"Kisah kita ke?" Jejaka itu tersengih.

"Ha'ah." Sepatah Yeoreum menjawab.

Dagu Jimin letakkan diatas bahu Yeoreum. "Jadi loveline dalam cerita ni akan terlibat dalam fake dating lah kan?", soalnya lagi.

"Rasanya?"

"Hero dia mesti kacak dan charming macam aku."

Jari telunjuk Yeoreum menolak dahi Jimin. "Mohon berambus.", ujar Yeoreum. Jimin mencebik, sampai hati Yeoreum.

Selepas beberapa ketika mereka senyap, Yeoreum bertanya, "Jadi ke kita nak tengok movie malam ni?"

Setiap minggu, pada hari Jumaat mereka akan menonton filem bersama di rumah Yeoreum. Sudah hampir menjadi rutin, sejak Jimin memang selalu datang melepak rumahnya.

"Ei, mestilah..." Jimin tersengih, "Jadi."

Yeoreum tersenyum. "Datanglah nanti."

•••

Yeoreum bernyanyi kecil sambil meletakkan bertih jagung yang dibelinya ke dalam Tupperware. Coke juga sudah disimpan didalam peti sejuk untuk diminum sebentar tadi. Bibir Yeoreum mula menyanyi kecil.

"Mamat tu dah nak sampai ke?", gumam Yeoreum sendiri. Dia membawa Tupperware berisi bertih jagung ke hadapan komputer riba. Sebelah lagi tangan memegang tin Coke. Seperti tepat pada masanya, telefon bimbitnya berdering.

Han Yeoreum, tolong move on is calling...

"Panjang umur.", ujar Yeoreum seraya mengangkat panggilan itu.

"Mana kau? Dah nak sampai ke?", soal Yeoreum sebelum mengambil bertih jagung lalu disuap ke dalam mulut.

"Aku... Tak boleh datang hari ni."

Kunyahan Yeoreum terhenti.

"Harin cakap dia tak ada schedule malam ni, jadi aku nak pergi date."

Senyap.

"Ah... Ya ke?"

"Sorry..."

"Eh, tak apalah! Aku okay je.", ayat Yeoreum itu diiringi tawa kecil. "Aku pun banyak kerja sebenarnya, jadi..."

Senyap sekali lagi. Kekok menguasai suasana.

"Nanti aku call kau."

"Mhm.", panggilan dimatikan. Mata Yeoreum hanya merenung skrin telefon bimbit yang kini gelap. Pandangannya teralih pula kepada bertih jagung, komputer riba dan tin Coke.

Perlahan-lahan dia terbaring di atas lantai sambil merenung siling. Buat kesekian kalinya, dia mengeluh. "Apa yang aku tengah buat...", gumamnya.

•••

Yeoreum meregangkan lehernya yang terasa lenguh akibat seharian menghadap komputer. Matanya terasa sakit akibat terlalu lama memandang skrin komputer. Baru sahaja dia ingin menggeliatkan badan, terdapat beberapa pekerja yang menundukkan badan ke arahnya.

Pandangan Yeoreum terus teralih kepada jam tangannya. Sudah tiba masa untuk pulang ke rumah, akhirnya. Komputer dimatikan, beg tangan dicapai. Dia orang terakhir yang keluar dari tingkat itu.

Baru sahaja Yeoreum melangkah keluar dari bangunan itu, bunyi hujan yang turun dengan renyai menyapa pendengarannya. Kepala Yeoreum dongak, titisan hujan membasahi bumi. "Ah, hujan pula...", gumamnya.

Terbit rasa kesal Yeoreum kerana tidak membawa payung dari rumah.

Tanpa menunggu lebih lama, Yeoreum menanggalkan blazer yang tersarung di badan. Blazer itu dijadikan payung di atas kepala. Dalam kiraan satu, dua, tiga dia akan berlari ke arah perhentian bas.

Satu, dua...

Langkah Yeoreum terhenti apabila blazernya tidak ditimpa hujan. Seorang jejaka datang memayunginya. Yeoreum memandang wajah lelaki yang bertopeng itu. Mata jejaka itu bertukar menjadi bentuk bulan sabit.

"Jimin, apa kau buat dekat sini?", soal Yeoreum, dia agak terkejut. Tanpa menjawab apa-apa, Jimin memeluk bahu Yeoreum lalu mengajak Yeoreum berjalan beriringan bersamanya ke arah kereta yang diparkir di tepi jalan. Dengan terpinga-pinga, Yeoreum hanya mengikut.

Jimin membuka pintu untuk tempat duduk di sebelah pemandu. Bersama perasaan curiga, Yeoreum tetap melangkah masuk ke dalam kereta. Jimin duduk di tempat duduk pemandu lalu menutup pintu kereta.

"Kau lupa bawa payung kan?" Jimin menggelengkan kepalanya. Yeoreum masih memandang Jimin dengan pelik.

"That's not the point here. Apa yang kau buat dekat sini?", soal Yeoreum. Ada perasaan pelik terbit dari hatinya. "Kenapa kau tiba-tiba baik ambil aku dari kerja, payungkan aku, bukakan pintu kereta? Jangan ingat aku tak perasan."

Yeoreum menarik keluar telefon bimbit dari dalam beg tangannya.

Han Yeoreum
kau tak payah ambil aku hari ni dari tempat kerja tau?
aku balik dengan kawan aku

Mesej itu dihantar kepada Seokjin.

"Ei, kau ni... Percaya sikit dekat aku tak boleh ke? Kecewa hati boyfriend kau ni.", ujar Jimin.

"Kau memang tak boleh dipercayai. By the way, boyfriend aku Seokjin, bukan kau.", tajam Yeoreum memangkah semua kata-kata Jimin.

"Betul tu." Jimin mengalah. Mereka berdua mula memakai tali pinggang keledar sebelum Jimin mula memandu pergi.

"Boleh tak一"

"Tak boleh."

Kepala Jimin terus menoleh untuk memandang Yeoreum. "Kau tak dengar lagi apa yang aku nak.", kata Jimin.

"Apa pun yang kau nak aku takkan buat. Pandang depan." Jimin kembali memusing kepala untuk memandang ke arah jalan raya.

"Yeoreum, dengarlah dulu..."

"Tak nak." Yeoreum awal-awal lagi sudah menolak. Kepalanya disandarkan pada tempat duduk, matanya ditutup. "Kalau dah sampai, kejut aku. Aku nak tidur kejap."

Jimin menggeleng perlahan. Ini baru Yeoreum yang aku kenal. Waktu begini dia boleh tidur lagi. Wah, hanya Han Yeoreum.

Jari jemari Jimin mula mengetuk stereng perlahan, mindanya jelas memikirkan cara yang terbaik untuk menyatakan apa yang dimahukannya dan cara untuk memastikan Yeoreum bersetuju. Macam mana nak buat ni eh...

"Kawan pelakon aku... Dia ada buat majlis hari jadi kecil-kecilan..." Jimin memulakan mukadimahnya. Mata Yeoreum masih tertutup, namun telinganya mendengar segala butir bicara Jimin. "Aku nak kau jadi partner aku pergi majlis tu..."

"Lagilah aku tak nak."

"Tolonglah, Yeoreum...", Jimin merayu. Mata Yeoreum terbuka, dia memandang Jimin dengan wajah yang serius.

"Kau gila ke? Kau kan ada Harin, ajaklah dia. Dia lagi sesuai jadi partner kau, dia lawa gila kot."

"Kau pun lawa juga. Jadilah partner aku."

"Ewah kau! Aku tak nak kena bunuh dengan Harin okay? Tak ingin aku nak mati awal." Cepat-cepat Yeoreum menolak sambil bersungguh-sungguh menggelengkan kepalanya. Gila ke apa mamat ni, suruh aku jadi pasangan untuk pergi ke majlis hari jadi rakan pelakonnya.

"Waktu tu Harin seminggu pergi New York. Dia ada fashion show dekat sana. Sebab tu aku ajak kau.", jelas Jimin. "Lagi pun, secara teknikalnya, kau masih girlfriend aku, kita tak cukup setahun lagi.", sambung Jimin.

"Ini ke masanya untuk kau cakap pasal fake dating kita?", soal Yeoreum. Boleh lagi dia mengungkit percintaan mereka yang olok-olok itu. "Lagi satu, aku dah ada boyfriend. Kalau Seokjin tahu macam mana?"

"Majlis tu kecil-kecilan jelah. Mana ada wartawan.", Jimin memberi alasan lagi. Yeoreum menjulingkan matanya.

"Yalah tu tak ada wartawan. Nanti waktu aku pergi, bersepah wartawan dengan kamera."

"Okay, aku janji gambar kau takkan tersebar waktu kau pergi sana dengan aku. Aku akan handle media, jadi kau boleh relaks. Pergilah dengan aku, Han Yeoreum..."

Kereta itu perlahan-lahan berhenti di hadapan rumah Yeoreum. Kaki Jimin menekan pedal brek. "Tolonglah, Yeoreum... Sekali ni je.", pinta Jimin lagi. Yeoreum menyangkut beg tangan di bahu.

"Ajaklah perempuan lain. Kau kan ramai perempuan."

"Touchè, Yeoreum.", ujar Jimin, jelas terasa disindir.

"Betul apa? Kenapa nak aku? Kalau kau petik jari, beratur perempuan depan kau."

"Tapi aku nak kau je." Yeoreum menjulingkan matanya mendengar ayat Jimin.

"Terima kasih sebab tumpangkan aku.", itu ayat Yeoreum sebelum melangkah keluar dari kereta. Pandangan Jimin hanya mengekori Yeoreum sehingga dia hilang dari pandangan.

"Ah...", keluh Jimin. "Susah betul nak yakinkan minah tu." Jimin pun memandu pergi dari kawasan rumah Yeoreum.

•••

"Biar aku yang pilih dress kau.", ujar Jimin sebaik sahaja Yeoreum memberi persetujuan. Mata Yeoreum tajam menjeling Jimin, dia paling pantang kalau orang pilih apa yang dipakainya.

"Ini pengecualian." Jimin mengerti maksud pandangan yang dilemparkan oleh Yeoreum. "Ini event kawan aku tahu tak?"

"Aku ada dress lah."

"Kau ada dress?" Jelas ayat Jimin itu menyindir Yeoreum.

"Ei, nak mati awal ke apa." Yeoreum mengacah penumbuk membuatkan Jimin tertawa kecil.  Dia mula berdiri lalu berjalan ke arah almari pakaiannya. Tangannya menarik keluar sebuah dress dari dalam almari itu.

Jimin merenung seketika dress yang ditunjuk oleh Yeoreum. Dress itu merupakan ballgown berwarna merah jambu pastel dengan skirt bertingkat. Seperti tepat dengan dress code majlis hari jadi itu, ballroom.

Kening Yeoreum terjongket, menunggu respons daripada Jimin. "Cukup fancy untuk pergi event tu, kan? Aku pernah pakai sekali je, lepas tu... Tak ada peluang nak pakai."

Jimin mengerti apa maksud Yeoreum. Dress itu terlalu fancy untuk dipakai begitu sahaja. Hanya sesuai untuk majlis formal dan majlis tertentu sahaja.

"Aku rasa kau akan nampak cantik."

"Ha?" Yeoreum mendekati Jimin kerana tidak berapa dengar ayat yang diucapkan oleh Jimin. Kepala Jimin menggeleng.

"Tak ada apa. Kau ada high heels?", soal Jimin.

Yeoreum tersengih. "Aku tak rasa yang aku patut pakai high heels memandangkan tinggi aku lebih kurang paras telinga kau. Bayangkan aku pakai stilleto 6 inci, aku akan lagi tinggi dari kau. Tak nak, kan?", sempat lagi Yeoreum memerli Jimin. Jimin terus menjeling gadis itu. Ceh, sempat lagi mengutuk ketinggian aku.

"Bila majlis tu? Hujung minggu ni?", soal Yeoreum, meminta kepastian. Kemudian, dia mengangkat skrin telefon bimbit ke hadapan wajah. Pipinya disua ke arah kamera sebelum mencebik. "Aku ada jerawatlah...", rungutnya.

"Kan best kalau hilang sebelum pergi majlis tu."

Jimin hanya merenung Yeoreum sambil berpeluk tubuh. Kepalanya diteleng ke sisi. "Aku nampak muka kau okay je.", komen Jimin.

"Apa yang okay?" Jari telunjuk Yeoreum menunjuk ke arah jerawat yang terletak di bahagian lipatan pipinya dan hidung. "Kau nampak tak jerawat warna merah ni?"

Tangan Jimin mengusap-usap dagunya, seolah-olah berfikir. "Lawa je aku tengok...", komen Jimin lagi. Yeoreum menjeling tajam jejaka itu.

"Baik kau diam je, boleh tak?" Sebaik sahaja Yeoreum menuturkan ayat itu, dia dirasa seperti diserang dejavu. Seperti... Dia pernah berada di dalam situasi sebegini sebelum ini.

Bila eh?

Ah! Hari dimana mereka membuat persembahan untuk festival sekolah.

Sebutir jerawat mula naik di wajah Yeoreum seminggu sebelum persembahan akan berlangsung. Ketika itu juga Yeoreum merungut manakala Jimin menenangkannya. Mengatakan bahawa wajahnya masih okay walaupun ada jerawat.

"Lawa je aku tengok...", ayat yang sama diucapkan oleh Jimin ketika mereka berusia 16 tahun.

Tanpa dapat ditahan, bibir Yeoreum menguntum senyuman kecil mengingatkan memori itu. "Kenapa kau senyum?", tanya Jimin. Yeoreum terus tersedar daripada sesi dejavunya dan kembali ke dunia nyata.

"Tak ada apa." Yeoreum menggeleng.

•••

High heels dengan tumit yang tidak terlalu tinggi untuk menyuaikannya dengan ketinggian Jimin? Sudah. Rambut pendek yang dialunkan menggunakan sterika penggulung? Sudah. Anting-anting dan rantai yang disesuaikan dengan dress? Sudah.

Lagi satu, tiada lagi kaca mata. Kanta mata hanya untuk malam ini? Sudah.

"Ah, mata aku dah mula rasa kering.", rungut Yeoreum sambil menutup matanya. Memang dia tidak akan terbiasa dengan memakai kanta mata. Jauh lebih selesa memakai kaca mata, tidak kisahlah apa yang orang kata. Lebih cantik kalau tak pakai kacamata, Yeoreum kisah apa? Muka dia, hak dia.

Tangan Yeoreum menghidupkan telefon bimbit. Jam 7 malam. Sudah hampir tiba masa untuk Jimin mengambilnya.

Minyak wangi juga sudah disembur sedikit, cukup-cukup sahaja, tidak terlalu kuat. "Apalah yang aku buat nak pergi majlis mamat tu..." Seperti baru menyedari perbuatannya, Yeoreum terhenti membuka pintu.

Ah, menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Tak ada patah balik dah, Han Yeoreum!

Kaki Yeoreum melangkah keluar lalu menuruni tangga dengan penuh berhati-hati. Tidak mahu tersalah langkah ataupun terpijak dress nya sendiri. Yeoreum mengangkat wajahnya. Aha, Jimin dah sampai.

Dia membuka pintu tempat duduk sebelah pemandu lalu masuk ke dalam perut kereta. Tangannya memakai tali pinggang keledar. "Tunggu apa lagi? Jomlah pergi." Dahi Yeoreum berkerut apabila Jimin masih tidak memandu.

Jimin menghembus ke atas, pada asalnya untuk menghembus rambut hadapannya. Tapi hari ini... Dia menggayakan rambut yang menyerlahkan dahinya. Dia memakai tuksedo dengan t-shirt putih, tali leher hitam. Ringkas sahaja, tetapi cukup kacak. Bukan cukup, malah terlalu kacak.

Yeoreum mengalihkan pandangannya apabila dia terasa dia telah merenung wajah Jimin dengan agak lama. Jantungnya sudah membuat kuak rama-rama, habis tidak stabil.

Jimin memandang Yeoreum dengan tidak percaya. "Apa?", soal Yeoreum dengan tidak puas hati. Mesti ada sahaja benda Jimin nak kritik, kan?

"Kau serius nak pergi parti macam ni?", tanya Jimin, mengharapkan tidak sebagai jawapan dari Yeoreum. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip sebelum kepalanya menunduk memandang pakaiannya pada hari ini. Sudah cukup sempurna, apa yang tidak kena lagi?

"Apa dia? Aku pakai dress yang paling baik aku ada一"

"Aku tak cakap pasal dress kau." Jimin memotong ayat Yeoreum. "Mekap."

Yeoreum menjulingkan matanya. Ingatkan apalah tadi. "Aku rasa muka aku dah cukup okay tanpa mekap, terima kasih sangat-sangat.", ujar Yeoreum, jelas tidak mahu menyolek wajahnya.

Jimin menganggukkan kepalanya. Oh, begitu ya? Tangan Jimin mencapai sesuatu dari tempat duduk belakang kereta. "Aku dah agak kau akan cakap macam tu." Jimin meletakkan beg berisi mekap diatas riba. Mata Yeoreum membulat. Dia, Jimin membuka zip beg mekap itu lalu terpapar segala pembayang mata, bedak, maskara, celak, berus, segala kosmetik dan alat solek di dalamnya.

Alamak.

"Gincu dengan celak takkan bunuh kau, Han Yeoreum." Jimin cuba menenangkan dan memujuk Yeoreum.

"Memanglah takkan bunuh aku tapi buat aku rasa tak selesa gila jadi baik aku mati je.", kata Yeoreum. Jimin memeluk tubuhnya, jelas tidak percaya akan alasan yang diberikan oleh Yeoreum.

"Okay, fine. Aku tak yakin bila pakai mekap, lepas tu aku tak reti mana. Kalau aku pakai mekap, aku rasa muka aku jadi lagi hodoh, baik aku tak payah pakai. Simple, right?" Yeoreum menjelaskan segalanya. Dia meluahkan segala yang terbuku di dadanya.

Jimin menghelakan nafas. "Okay, aku mekap kau yang paling ringkas punya." Yeoreum membelakangkan sedikit badannya, jelas menjauhi Jimin. "Aku janji.", sambung Jimin lagi.

"Aku akan buat kau nampak okay, sekurang-kurangnya."

Sudah tiada jalan keluar, Han Yeoreum.

Dia terdiam buat sejenak, jelas menimbang baik buruknya di dalam kepala. "Okay." Jimin tersenyum. "Tapi! Kalau aku tak selesa, aku padam, okay?"

"Okay.", dengan mudah Jimin bersetuju. Kelihatan yakin sahaja.

"Tau?"

"Alright baby, apa-apalah yang kau cakap."

"Ha? Baby?"

"Kita kan couple sekarang. Might as well call you baby, am I right?" Sempat Jimin menghadiahkan kenyitan mata membuatkan degupan jantung Yeoreum menjadi tidak tentu sekali lagi.

"Kau reti ke pakai mekap?", soal Yeoreum dengan sangsi apabila melihat Jimin membelek bedak yang berada di dalam beg mekap itu. Tangan Jimin menekan lampu berdekatan dengan cermin pandang belakang.

"Mestilah. Kadang-kadang aku mekapkan diri sendiri je."

"Ya ke? Tapi mekapkan diri sendiri lain dengan mekapkan orang lain一"

Ayat Yeoreum terhenti apabila Jimin menekup kedua-dua belah pipinya dengan lembut. Matanya bertentangan dengan mata Jimin. "Duduk diam-diam.", kata Jimin. Yeoreum meneguk liurnya.

Yeoreum mula menutup matanya apabila terasa bedak mula ditepek lembut ke wajah. Tanpa disedari, tangan Jimin yang sebelah lagi memegang bahagian kepalanya supaya tidak bergerak-gerak membuatkan wajahnya dan Jimin terasa terlalu dekat. Kadang dia dapat rasa deruan lembut nafas Jimin menampar pipinya. Nasib sahaja dia menutup matanya. Dia terasa keningnya pula dibentuk dan celak dipakai.

Gincu pula dicapai setelah pemerah pipi dilayahkan ke tulang pipi. Gincu itu dioles ke bibir Yeoreum. Entah kenapa, perkara sekecil itu membuatkan suasana tersebut menjadi... Romantik? Entahlah, rumit untuk Yeoreum jelaskan.

Senyap sahaja Jimin menyolek wajah Yeoreum tanpa sebarang suara. Kemudian, Jimin menggunakan jarinya pula untuk meratakan gincu di bibir Yeoreum. Tanpa sengaja, pandangannya jatuh ke bahagian leher Yeoreum yang terdedah bersama bahagian tulang bahu, disebabkan oleh rekaan dress itu yang hampir mendedahkan bahu.

Dup dap. Dup dap. Dup dap.

Ada sesuatu terasa pelik di dalam hati Jimin.

Rambut Yeoreum yang sudah dipotong pendek membuatkan leher dan tulang bahunya kelihatan lebih jelas dan...

Serta-merta Jimin menarik tangannya dan mengundur ke belakang apabila dia tersedar mindanya sudah melayang dengan terlalu jauh. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip melihat reaksi Jimin yang seperti terkejut. "Kenapa?"

"Tak ada apa." Cepat-cepat Jimin menafikan. "Mekap kau dah siap."

"Cepatnya. Tak sampai 15 minit lagi."

"Aku dah janji nak mekapkan kau simple je. Kau memang tak percaya aku kan?", ujar Jimin sebelum menyapu lebihan gincu di jarinya ke bibir sendiri. Yeoreum pula berpura-pura tidak menyedari perkara itu dan menilik diri sendiri di cermin.

Boleh tahan juga. Buat pertama kalinya, aku suka orang mekap muka aku. Tak berlebihan, tapi cukup sahaja untuk menunjukkan apa yang aku mahukan.

Ada guna juga mamat ni, ya?

"Kau suka kan? Dah agak dah. Ini Park Jimin lah." Dengan penuh berlagak Jimin berkata.

"Aku nak padam." Tangan Jimin mencapai kotak tisu.

"Ah, jangan!"

"Ha, tahu takut. Jadi simpan masuk bakul angkat sendiri kau tu hari ni."

Jimin mencebik. "Alright, baby. Apa-apalah yang cakap." Tangan Jimin mula memusingkan stereng dan mereka bergerak keluar dari kawasan rumah Yeoreum.

"Jangan panggil aku baby."

"Dah tu? Nak apa? Sayang?"

"Aku report dekat Harin."

"Okay, okay. Aku mengalah."

"Tahu takut."

•••

Yeoreum bersandar pada tempat duduknya sambil membuang pandang ke luar tingkap. Kenderaan yang lalu-lalang, manusia yang berjalan menuju ke destinasi masing-masing. Kemudian, dia ternampak sesuatu di papan iklan sebuah bangunan.

Iklan di tepi pantai bersama Harin dan Jimin.

Cepat-cepat Yeoreum mengalihkan pandangannya. Betul, Jimin itu dah ada girlfriend. Girlfriend dia dulu pula pernah jadi kawan baik kau walaupun tak rapat mana sekarang. Sedar diri, Han Yeoreum.

Kepala Yeoreum menjenguk pula untuk memandang papan tanda jalan raya. Kini, kereta Jimin membelok ke arah satu kawasan sebelum mulut Yeoreum ternganga sedikit.

Hotel Shangri-La, sebuah hotel lima bintang dimana pelanggannya hanyalah orang VIP dan bangsawan.

Kepala Yeoreum toleh kepada Jimin, tiba-tiba dia rasa berdebar. "Macam ni kau kata parti kecil-kecilan?", soal Yeoreum.

"Well, inilah maksud kecil-kecilan bagi orang yang kaya.", jawab Jimin dengan selamba. Kereta mereka makin mendekati pintu masuk hotel yang sudah diletakkan karpet merah. Kereta dihadapan mereka pula ialah Maserati yang hitam berkilat. Yeoreum meneguk liurnya.

Mereka kini berada di hadapan pintu masuk hotel. "Tunggu sini." Jimin meenanggalkan tali pinggang keledarnya. Mata Yeoreum membulat.

"Kejap. Jangan cakap dengan aku yang kau一" Jimin membuka pintu kereta lalu melangkah keluar. "Jangan jangan jangan jangan buat benda yang aku fikir dia akan buat tolonglah aku merayu一" Pintu tempat duduk Yeoreum dibuka oleh Jimin.

Bibir Yeoreum menampal senyuman palsu. "Aku dah cakap jangan bukakan pintu untuk aku kan?"

Jimin tersenyum dengan penuh manis. "Shall we?" Jimin menghulurkan tangannya lalu mengenyit matanya. Lambat-lambat tangan Yeoreum mula memegang tangan Jimin lalu melangkah keluar dari kereta. Kunci kereta Jimin serahkan kepada valet. Mereka pun berjalan di atas karpet merah yang terhampar memasuki hotel.

Bibir Jimin dekatkan ke telinga Yeoreum. "Alang-alang kau boleh dikatakan girlfriend aku, walaupun pura-pura, biar aku bagitahu dekat kau. Sayang, aku akan tunjuk dekat kau, apa hakikatnya bila kau date selebriti seperti aku."

"Welcome to my world, baby.", bisik Jimin lagi. Yeoreum hanya menjulingkan matanya, suka hati sahaja mamat ini memanggilnya dengan segala panggilan manja.

Lengan Yeoreum tiba-tiba memeluk lengan Jimin membuatkan Jimin rasa berdebar. "Kenapa kau peluk tangan aku?", tanya Jimin.

"Duh, kau juga yang cakap kita ni couple. Dah tu, takkan nak cekik leher pula? Nak aku headchoke kau? Eh, boleh je.", balas Yeoreum, matanya sibuk memandang ke sekeliling hotel yang mewah itu. Jelas tidak sedar akan kesan perbuatannya terhadap Jimin. Jimin berdehem sendiri.

"Taehyung!", suara Jimin menjadi girang apabila terjumpa wajah yang dikenalinya. "Happy birthday dude!" Mereka berjabat tangan sambil berpeluk sesama sendiri. Bibir Yeoreum ketap, ah... Hari jadi mamat ni rupanya.

"Yeoreum pun ada?" Yeoreum tersenyum.

"Harin? Harin tak ikut?", soal Taehyung membuatkan Yeoreum terasa senyumannya mengeras.

"Dia pergi New York, kerja.", jawab Jimin. Taehyung mengangguk tanda mengerti.

"Nah, hadiah kau." Jimin menyerahkan sebuah beg kertas yang dibawanya sebentar tadi kepada Taehyung. Alamak, aku tak bawa hadiah. "Yeoreum yang pilihkan."

Mata Yeoreum berkerdip-kerdip. Sejak bila pula aku yang pilihkan? Namun, dia tersenyum kecil apabila tersedar sesuatu. Jimin tidak mahu dia rasa terbeban jika dia tidak membawa hadiah untuk Taehyung.

Bibir Taehyung tersenyum lebar sambil menerima hadiah daripada Jimin itu. "Ya ke?", soal Taehyung dengan teruja. Jimin menganggukkan kepalanya. Dia memandang pula ke arah Yeoreum di sebelah Jimin. "Terima kasih Yeoreum!" Yeoreum hanya tersenyum.

"Tak ada apa pun sebenarnya... Happy birthday, Taehyung.", ucap Yeoreum.

"Ah, korang. Jomlah pergi dekat sana. Ada bufet, kejap lagi nak potong kek." Taehyung mengajak mereka ke tengah-tengah hotel. Kelihatan meja bulat dengan kerusi disusun dengan alas meja yang membuatkan majlis hari lahir itu kelihatan eksklusif. Chandelier yang tergantung, muzik jazz yang berkumandang lembut.

Yeoreum memandang ke arah Taehyung yang memakai sut yang rekabentuknya agak berbeza dengan tuksedo yang dipakai oleh jejaka lain di dalam hotel itu. Menandakan bahawa dialah birthday boy pada malam ini.

Ramai juga orang yang berada di majlis hari jadi Taehyung. Nama pun Kim Taehyung, sudah tentu dia kenal ramai orang dek sikap peramahnya. Maka, tetamunya juga mestilah ramai.

Yeoreum meneguk liur melihat deretan bufet disitu. Pelbagai manisan yang menambat rasa daripada segala jenis kek, donat dan aiskrim. Chocolate fountain bersama buah dan marshmallow yang dicucuk pada lidi. Lauk-pauk dan makanan berat yang dihidangkan. Pelbagai jenis minuman daripada minuman sejuk seperti air berkarbonat dan jus sehingga minuman panas seperti teh dan kopi.

"Kayanya mamat ni.", gumam Yeoreum tanpa sedar.

"Kau baru tahu ke Taehyung kaya?", tanya Jimin.

"Dia memang kaya ke?", soal Yeoreum kembali. Jimin mengangguk.

"Aku ingat kau dah tahu sebab kau pernah suka dia dulu." Yeoreum memandang Jimin dengan sangsi.

"Muka aku ni ada muka yang suka orang sebab dia kaya ke?", tanya Yeoreum, agak tersindir dengan cara Jimin mengucapkan ayatnya.

"Bukan macam tu... Kau juga kata crush, bukan selalunya orang tahu semua benda ke pasal crush diorang, tak gitu?" Jimin menyatakan hujahnya. Yeoreum mengangguk.

"Ha, jemputlah makan. Aku ada nak jumpa orang lain." Taehyung membawa mereka ke sebuah meja yang masih kosong.

"Thanks, Taehyung.", ucap Jimin. Taehyung menepuk bahu Jimin sebelum berjalan pergi.

"Ah, aku lapar." Yeoreum memegang perutnya yang sudah berkeroncong sedari tadi meminta makanan. Tangan Yeoreum kembali memegang lengan Jimin lalu menariknya untuk berdiri. "Jom ambil makanan dengan aku."

"O一okay. Jom.", tergagap-gagap Jimin berkata. Dia masih tidak biasa dengan segala skinship yang dilakukan oleh Yeoreum pada malam ini. Entah kenapa, ada rasa pelik, rasa lain. Padahal, dia sudah terbiasa, malah sudah terlalu biasa dengan skinship bersama Yeoreum.

Aku mabuk ke?

Yeoreum sibuk meletakkan makanan ke dalam pinggan manakala Jimin hanya mengikut. "What a pretty partner you have there, Park Jimin." Tiba-tiba ada satu suara menegur mereka berdua.

Jimin menoleh untuk melihat pemilik suara itu. Ah, Im Changkyun, salah seorang rakan pelakonnya. Terkenal dengan sifat... Miangnya.

Yeoreum dapat merasakan pandangan lelaki itu meratah dirinya dari hujung rambut hingga hujung kaki, membuatkan dia rasa tidak selesa. "Ah, hai.", acuh tak acuh Jimin menyapa. "Makanlah." Jimin memeluk bahu Yeoreum lalu membawa mereka untuk duduk.

Sebaik sahaja mereka sudah menjauhi Im Changkyun dan duduk, Jimin menghembuskan nafas lega. "Ah, mamat gila tu...", rungut Jimin.

"Kenapa dengan mamat tadi tu?", soal Yeoreum.

"Mamat tadi tu, dia player.", jelas Jimin.

"Oh, macam kaulah." Jimin menjeling Yeoreum yang masih sempat menyindirnya.

"Player ada dua jenis. Dia jenis yang miang semata-mata. Huh..." Yeoreum menjulingkan matanya sebelum menyuap makanan ke dalam mulut. Player pun ada jenis-jenis ke?

"Dah tu? Kau player jenis apa?"

Jimin menongkat dagunya sambil tersenyum memandang Yeoreum. "Jenis yang suka ramai perempuan tapi setia pada yang satu?"

Yeoreum meletakkan sudu diatas pinggan. "Tiba-tiba hilang selera aku nak makan.", ujar Yeoreum membuatkan Jimin tergelak. Namun, tawa Jimin perlahan-lahan terhenti apabila dia merenung raut wajah Yeoreum.

Tangan Yeoreum membetulkan sedikit rambutnya, masih tidak perasan Jimin sedang merenungnya. Okay, sebenarnya lebih kepada dia sudah terbiasa sangat dengan Jimin yang selalu merenungnya. Jadi, dia biarkan sahaja.

Aku mekap dia jadi cantik sangat ke tadi? Kenapa kau nampak cantik hari ini? Kenapa dengan aku? Bibir Jimin ketap sebelum dia kembali ke alam realiti.

"Jimin.", panggil Yeoreum.

"Ha?", terpinga-pinga Jimin membalas.

"Kau kenapa? Minda kau dah sampai Amerika ke apa?", soal Yeoreum sambil memegang bahu apabila melihat Jimin yang lain semacam pada hari ini.

"Tak... Tak ada apa.", jawab Jimin dengan tergagap-gagap. Kening Yeoreum berkerut tapi hanya mengiyakan. Dia menyambung makan.

Tapak tangan Jimin letakkan diatas dada. Kenapa dengan aku hari ini?

Kau, Han Yeoreum. Kau memang cantik macam ni ke sebelum ini?

"Gila." Jimin tiba-tiba berdiri membuatkan Yeoreum menoleh ke arahnya.

"Kau okay tak?", tanya Yeoreum dengan agak risau.

"Okay." Jimin meneguk liurnya. "Aku... Pergi tandas kejap." Cepat-cepat Jimin berjalan pergi meninggalkan Yeoreum dengan terpinga-pinga.

"Kenapa dengan mamat tu...", gumam Yeoreum sambil melihat bayangan Jimin yang menjauh. Kaki Jimin melangkah pantas ke bilik air lalu terus menuju ke arah sinki. Pili air dibuka lalu dicuci mukanya dengan air sejuk itu.

Wajahnya sendiri direnung melalui pantulan cermin. "Kau gila, Park Jimin.", gumamnya. Pili air ditutup.

Entahlah, ada sesuatu yang lain tentang Han Yeoreum pada hari ini.

Selepas berjaya menenangkan diri, Jimin keluar dari bilik air lalu melangkah semula ke mejanya bersama Yeoreum. "Kau okay tak?", suara itu berbaur risau.

"Okay." Jimin tersenyum. "Makanlah. Kejap lagi ada tari-menari."

"Ha?"

•••

"Ini tak termasuk dalam perjanjian kita, Park Jimin." Dengan tegas Yeoreum bersuara sambil menjeling Jimin di sebelahnya. Jimin mengerdip-ngerdipkan matanya, meminta belas kasihan.

"Just one dance?" Jari telunjuk Jimin dinaikkan.

Yeoreum mengeluh. "Aku tak reti menarilah."

"Kau ada asas, just go with the flow.", pantas Jimin memberi alasan.

"Dah lama aku tak menarilah."

"Demi zaman sekolah kita?" Jimin masih tidak mengalah sambil memandang tepat mata Yeoreum. Yeoreum turut merenung mata Jimin, mereka seperti membuat pertandingan merenung mata sehingga Yeoreum yang terlebih dahulu mengalihkan pandangannya.

"Ugh, fine! Tapi satu lagu je, okay?"

Jimin tersenyum. "Okay, baby."

"Jangan panggil aku baby."

Jimin mula berdiri lalu menghulurkan tangannya. Dengan geram yang masih bersisa, Yeoreum tetap menyambut tangan Jimin lalu mereka mula berjalan ke lantai tarian yang sudah dipenuhi oleh beberapa pasangan yang menari mengikut rentak lagu Angel oleh Chancellor feat. Taeyeon.

<mainkan lagu di media untuk pembacaan yang lebih efektif>

Jimin menarik tangan kiri Yeoreum untuk diletakkan diatas bahunya manakala tangan kanan Yeoreum digenggamnya. Tiba-tiba dia tergelak membuatkan dahi Yeoreum berkerut. "Muka kau nampak nervous sangat.", bisik Jimin. Yeoreum menjegilkan matanya.

"Aku pijak kaki kau karang, jangan main-main. Aku pakai heels ni.", bisik Yeoreum kembali. Wajah Jimin kembali serius, tetapi masih tersenyum. Badan mereka mula bergerak perlahan mengikut rentak lagu itu.

Yeoreum mengangkat sedikit wajahnya supaya dia dapat bertentang mata dengan Jimin yang lebih tinggi darinya. Jimin sedang tersenyum ke arahnya. Namun, senyuman itu kelihatan lain.

Bukan senyuman Park Jimin si selebriti, tetapi senyuman Park Jimin, rakan baiknya. Juga lelaki yang dicintainya. Terasa seperti jejaka itu miliknya ketika itu. Seperti lagu itu dialunkan untuk mereka, dan hanya mereka berdua yang menari di situ.

Yeoreum rasa bahagia pada saat itu.

“Someone once planted your name
like a seed in my heart.

Only now I've met you,
do I know what it means to bloom.”

一 Bloom

Jimin mengalihkan pandangannya daripada memandang raut wajah Yeoreum. Dia ternampak seseorang di sebalik orang ramai yang berada sekeliling lantai tarian. Wajah itu membuatkan senyuman di bibir Jimin memudar. Gerangan itu sedang memandang ke arah Jimin, tajam dengan tangan di dalam poket seluar slack.

Jimin melonggarkan pegangannya terhadap tangan dan pinggang Yeoreum. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, terpinga-pinga dengan perbuatan Jimin. "Kenapa?", soal Yeoreum sambil memandang wajah Jimin yang tidak lagi tersenyum.

"Tak ada apa." Pantas Jimin kembali menguntum senyuman, memastikan yang dia baik-baik sahaja. "Aku... Keluar kejap. Ambil angin." Jimin berjalan pergi meninggalkan Yeoreum di lantai tarian bersama pasangan lain.

Kenapa pelik sangat mamat tu?

Jimin berjalan ke arah balkoni hotel yang terletak di satu sudut yang agak tersorok. Dia dapat lihat pemandangan kota pada waktu malam dari balkoni itu. Kepalanya didongak memandang langit malam yang hitam pekat tanpa bintang. Bibirnya melepaskan sebuah keluhan.

"Takkanlah Taehyung invite dia pula...", gumam Jimin sendiri. "Mungkin aku salah tengok..."

"Cantik girlfriend kau?", Tiba-tiba datang satu suara menegurnya. Kepala Jimin menoleh dan lelaki itu dengan selambanya berdiri di sebelahnya di balkoni itu. Dahi Jimin berkerut.

Sah, jejaka yang dilihat tadi ketika menari bersama Yeoreum ialah Jang Dohan, salah seorang ahli Kalis Peluru.

"Kenapa? Terkejut aku ada dekat sini?", soal Dohan dengan sinis setelah melihat riak wajah Jimin. Bibir Jimin tersengih.

"Bila difikirkan balik, tak adalah terkejut sangat."

"Lawa awek kau bawa tadi. Escort girl?", tebak Dohan. Jimin mengepal penumbuknya sambil merenung tajam ke dalam anak mata Dohan. Suasana menjadi tegang.

Ini dah main kasar.

"Dia bukan escort girl.", tegas Jimin bersuara.

Hujung bibir Dohan terangkat, jelas gembira dapat memprovok Jimin. "Dah tu, pelacur?"

Buk! Satu tumbukan Jimin hadiahkan ke pipi jejaka itu.

Dohan tertolak ke belakang, tangannya memegang pipi yang kesakitan. "Dah lama aku sabar dengan kau, dengan korang.", gumam Jimin, nafasnya naik turun. Tetapi, entah kenapa Dohan masih boleh tersenyum. Penuh kesinisan.

"Seronok tengok Park Jimin tumbuk aku sebab seorang perempuan. Kau memang sayang dia nampak gayanya?"

Jimin terus mencapai kolar baju Dohan. "Jangan sentuh, Han Yeoreum. Masalah kau dengan aku, bukan dengan dia."

"Aku terfikir... Untuk dia kau boleh tumbuk aku. Tapi, kenapa kau boleh khianat kawan kau sendiri?"

Satu tumbukan pula dilayangkan ke pipi Jimin.

Jimin meneguk liurnya, menahan kesakitan di pipi. "Dah berapa kali aku cakap, bukan aku yang buat.", tegas Jimin berkata. Dohan melepaskan tawa sinis.

"Bukan kau? Woi, kau fikir aku nak percaya ke?"

"Kau ada bukti nak cakap yang aku buat?"

Satu lagi tumbukan ke pipi Jimin. "Ini untuk Sihyun."

"Bukan aku yang buat!", jerit Jimin sebelum menendang dada jejaka itu.

•••

Kejap-kejap Yeoreum memandang ke kiri dan ke kanan, mencari-cari jimin. Tetapi, hampa. Bayang Jimin langsung tidak kelihatan dimana-mana. "Mana dia pergi ni...", bebel Yeoreum sendirian.

"Yeoreum! Hah... Hah..." Taehyung berlari pantas ke arahnya sebelum berhenti, mengambil nafas. Badan ditundukkan, tangan memegang lutut.  Mata Yeoreum berkerdip-kerdip sambil memandang Taehyung.

"Kenapa?"

"Jimin... Dia..."

Darah Yeoreum berderau. "Kenapa dengan Jimin? Kau nampak Jimin?"

"Dia bertumbuk dengan someone."

"Ha?!"

Yeoreum terus berlari anak ke arah yang ditunjukkan oleh Taehyung. Kakinya yang menjerit kesakitan akibat berlari di dalam kasut tumit tinggi tidak dihiraukan. Dia lebih risau akan keadaan Jimin sekarang.

Sudah ada orang ramai yang berkerumun di tepi balkoni. Yeoreum menolak badannya diantara orang ramai supaya dia dapat melihat apa yang terjadi. Akhirnya, Yeoreum melihat apa yang berlaku. Mata Yeoreum membulat apabila melihat wajah Jimin yang luka dan lebam sana-sini.

"Kenapa diorang bertumbuk?"

"Manalah aku tahu..."

"Pelik betul. Bukan diorang kawan baik ke?"

Baru sahaja jejaka yang lagi seorang itu ingin melayangkan sebiji lagi penumbuk, ada orang sudah menahannya dari belakang. Taehyung pula memeluk badan Jimin dari belakang, menahan Jimin daripada melakukan apa-apa.

Apa yang sudah terjadi?

•••

Yeoreum meletakkan krim diatas jari sebelum disapu perlahan ke hujung bibir Jimin yang terluka. Bibir Jimin mengaduh apabila terasa sakit. Mereka kini duduk di sebuah bangku, hanya mereka berdua disitu ditemani angin malam.

Sebuah keluhan meniti lagi di bibir Yeoreum. Luruh hatinya melihat keadaan Jimin sekarang. Pipi yang lebam, bibir yang terluka. Airmatakah yang bergenang di tubir mata jejaka itu?

"Sakit ke?", tanya Yeoreum.

"Tak adalah sangat." Jimin berbohong.

Senyap.

"Kenapa kau buat macam tu?", soal Yeoreum. Jimin masih tidak menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Kenapa dia bertumbuk dengan salah seorang ahli Kalis Peluru sebentar tadi? Apa sebenarnya yang terjadi antara Jimin dan Kalis Peluru sebenarnya?

"Tak ada apa.", nafi Jimin.

"Macam ni kau nak kata tak ada apa yang jadi?" Geram pula Yeoreum rasa. "Kau tu selebriti tahu tak? Jagalah muka sikit."

Jimin tersenyum sambil menongkat dagunya. "Aw, Han Yeoreum risaukan aku. Cute betul." Dia meletakkan pula tapak tangan diatas dada. "Berdebar juga aku bila kau risaukan aku."

Gigi Yeoreum ketap. "Ada nampak macam aku melawak ke sekarang?" Sebal dia dengan Jimin yang masih boleh membuat lawak bodohnya disitu, sedangkan situasi mereka agak serius juga.

Jimin tersengih. Kemudian, dia merenung dalam-dalam raut wajah Yeoreum. Dari kening Yeoreum, jatuh ke mata, hidung, bibir, pipi. Yeoreum menoleh apabila terasa dirinya direnung oleh Jimin.

"Kau nampak cantik malam ni."

"Mhm?" Kening Yeoreum terjongket.

"Kau nampak cantik.", ucap Jimin. "Sangat-sangat."

•••

Jimin menguatkan volum radio keretanya. Suara Yoongi memenuhi kereta itu.

"Mesej daripada seorang jejaka yang duduk berhampiran AOPA. Oh? Ini tempat saya kerja. Saya ada masalah. Saya ada berkawan dengan seorang perempuan sudah lama, dah lebih 10 tahun. Tapi, satu hari, saya mula lihat dia lebih daripada seorang kawan. Kenapa ya? Adakah saya suka kepada dia?"

Yoongi tertawa kecil. "Kadang-kadang, memang boleh jadi macam tu... Tapi tak bermakna encik suka dia. Bagi saya, normal, tak gitu?", Yoongi memberikan pendapatnya.

"Apabila baca mesej ni... Saya teringat dekat satu lagu. Dengarkan, Today oleh iKON."

•••

•••

halu buku ni nak habis dalam 10 bab lagi 😭

Continue Reading

You'll Also Like

78K 7.8K 32
" Selesaikan misi kau , Semuanya akan jadi seperti biasa ." [ COMPLETE ] [ 1st OCTOBER 2018 ] Cover made by ; @Taegi_s
44.6K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
12.2K 2K 23
『 BTS's First Fanfiction 』 + rasa air liur berubah mengikut perasaan ? ଽ click 'read' to know what happen to Kim Taehyung ! <3 「 COMPLETED 」 ₊❏❜ star...
75.2K 9.2K 26
People call him, The Devil. he is the famous cruel gangleader who in the days, pretend to be a CEO and a politicians but kills at night. " but- he n...