Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 2 0

10.5K 477 171
By nuggetcaramel_

"Zarif kau okay tak?" Tanyaku risau.

Zarif meletakkan tangannya di atas dahi. Dia mengangguk. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

Wajah Zarif yang pucat itu aku renung lama. Dari pagi tadi dia berkurung di dalam khemah. Tiada siapa pun berani tegur dia kerana mukanya ketat sahaja.

"Kau dengan Farah dah okay?" Tanyaku.

"Please don't ask anything about her," Pinta Zarif. Kepalanya sungguh pening.

Mataku tertangkap kesan calar pada penumbuk Zarif. Aku terus mengambil tengannya. Aku menyentuh calar-calar di tangannya.

"Auch. Sakitlah, tak payahlah tekan," Zarif  menarik tangannya.

Aku mengetap gigi geram. Aku kenal sangat perangai Zarif ni. Dia selalu tumbuk cermin sampai pecah bila dia marah. Cermin manalah yang dia pecahkan semalam.

"Zarif. Kau cuba berfikir tu matang sikit. Takkan sampai dah besar nanti bila marah kau nak cederakan diri kau?" Marahku.

Zarif merenung penumbuknya lama. Air mata mula bertakung di matanya. Dia rasa seperti tiada siapa faham perasaannya sekarang. Ini kali pertama dia jatuh cinta pada seseorang dan senang-senang saja dia jatuh pada orang lain. Takkan Farah tak pernah cuba ingat dirinya? Kalau tak cuba pun, kenapa mudah sangat Farah terima jantan tak guna tu?

Aku mengeluh. Aku faham yang Zarif tertekan sangat dengan masalah Farah. Tapi aku tak boleh tengok diri dia yang sakit macam ni.

"Jangan risau. Aku tak apa-apa. Aku tengah serabut ni,"

"Kau tu abang aku tau. Macam mana aku tak risau? Aku nak call ummi. Aku minta kebenaran cikgu suruh kau balik awal," balasku marah. Aku terus melepaskan tangannya. Aku pergi ke arah cikgu Aireen ingin meminta kebenaran.

Zarif mendongak cuba tidak memarahi diriku. Dia tahu jika dia marah aku, keadaan hanya akan bertambah buruk. 

Aku dengan pantas melangkah ke arah Cikgu Aireen. Memang benar aku agak tak percaya dengan Cikgu Aireen. Tapi aku tahu Cikgu Aireen saja yang boleh bantu aku sekarang.

"Cikgu, boleh saya minta tolong?" pintaku kepada cikgu Aireen. Bahu Cikgu Aireen aku sentuh.

Cikgu Aireen berpaling ke arahku. Mukanya nampak ketat. Baru lepas bergaduh dengan Airiel ke cikgu ni?

"Kenapa Safiya?" Soal cikgu Aireen.

"Boleh ke saya minta kebenaran Zarif pulang ke rumah awal pagi esok? Dia ada masalah and mental dia tak stabil sekarang," Balasku.

"Boleh. Asalkan....,"

"Asalkan apa cikgu?"

"Asalkan awak buat kerja awak, saya boleh tolong,"  Cikgu Aireen menghantar senyuman penuh makna.

Aku menggigit bibir. Pen yang dia bagi pun aku hampir hilang. Macam mana aku nak teruskan ni. 

"Baik cikgu. Saya akan usahakan apa yang mampu,"

"Okay. Pergilah," Ujar cikgu Aireen memberi kebenaran. 

Telefon pintar di dalam poket seluar 

"Hello?" Ujar Datin Zahra dari sana.

"Hello. Assalammualaikum ummi. Ni Fiya" ujarku.

"Waalaikumsalam. Ha kenapa Fiya? Ummi nak main pubg pun tak senang." Tanya Datin Zahra. Aku menepuk dahi.

"Ummi tolong ambil Zarif ni. Dia demam" ujarku.

"Ha demam? Bila dia demam?" Tanya Datin Zahra risau.

"Baru hari ni ummi. Nanti bila ummi tengok tangan dia, jangan tanya apa jadi lagi biar Fiya bagitahu cerita betul. Kalau ummi tanya Zarif, memang dia takkan jujur sampai esok" jawabku. Aku menjeling Zarif yang sedang tajam merenungku.

"Ha kenapa dengan tangan dia?" Tanya Datin Zahra lagi.

"Kan Fiya dah bagi tahu tadi. Nanti habis camping Fiya bagitahu" ujarku.

"Ha yela. Esok ummi suruh Zaf ambil" balas Datin Zahra.

"Abang Zaf balik ummi?" Tanyaku. Aku rasa dah 1 minit aku call ni. Tak apalah, cikgu Aireen kaya.

"Ya. Zaqwan pun ada ni. Tapi, dia nak balik dah. Dia ada kerja. Dia tinggalkan Kak Ira dengan Syameena dekat sini. Dia ada kerja dekat Pulau Pinang sana" jawab Datin Zahra.

"Ouh. Okay la, ummi. Fiya nak letak dah. Fiya guna telefon cikgu ni. Assalamualaikum" putusku lalu terus meletakkan talian.

Aku terus memulangkan kembali telefon itu kepada cikgu Aireen. "Terima kasih cikgu" ucapku seraya tersenyum manis.

"Sama-sama" balas cikgu Aireen. Aku terus melangkah ke arah Zarif.

Zarif merenungku tajam. "Kau kata apa kat ummi?" Tanya Zarif mendatar.

"Aku bagitahu semua benda. Jangan harap kau nak bercinta lagi lepas ni!" Balasku.

"Memang aku tak nak pun" ujar Zarif dia terus melangkah menuju ke khemahnya. Muka dia nampak ketat sahaja. Aku memandangnya sayu. Mana abang aku yang ceria tu?

******

"Isya!" Seru Hakim.

Farisya yang sedang melipat baju diatas katil itu terus keluar dari khemahnya. Terpacullah wajah Hakim yang dibenci dengan memakai hoodie berwarna biru gelap.

"Uu.. Sibuk je, orang nak pakai hoodie biru dia nak pakai juga." Ujar Hakim. Dia tersenyum lucu.

Farisya memandangnya dengan pandangan menyampah. "Mama aku yang bagi kan? Sibuk pula nak pakai" balas Farisya. Memang ibunya ada bagi Hakim baju yang sama dengan Farisya. Suka benar ibunya melihat Farisya dan Hakim bersama.

"Dah mak kau bagi. Aku pakailah" ujar Hakim. Farisya memutarkan anak matanya ke atas. Dia terus melangkah masuk ke dalam khemah semula.

"Hey sabarlah! Aku nak cakap ni" ujar Hakim.

"Ish apa lagi kau ni? Bising aje. Pergilah tidur" balas Farisya geram. Tak habis-habis panggil aku, dari pagi tadi!

"Sinilah dekat sikit" ujar Hakim.

"Tak nak. Kau nak buat apa dekat aku? Kau jangan macam-macam."ujar Farisya.

"Dekat jela. Aku cakap kuat-kuat kang kau marah aku" ujar Hakim. Dah kenapalah perempuan ni?

"Mana boleh dekat-dekat. Nanti orang ingat apa" balas Farisya.

"Kau faham tak? Masalahnya sekarang ni kau dah jauh 12 meter dari aku" Hakim menggenggam penumbuk geram. Aku tumbuk kang perempuan ni. Nasib baik perempuan, kalau wanits dah lama aku pukul.

"Ish yela yela." Farisya terus melangkah kepada Hakim.

"Ha apa?" Tanya Farisya.

"Kau nak wedding dress warna apa?" Tanya Hakim.

"Kalau kau tanya aku, of course lah aku nak warna pink!" Jawab Farisya teruja. Walaupun dia tak nak kahwin, tapi dia teruja nak pakai gaun pengantin.

"Pink? Tak payahlah terang sangat. Warna hitam jela" balas Hakim. Dahinya berkerut. Pink? Dia fikir kita nak pergi konsert Nana and friends ke?

"Hitam? Kau nak pergi berkabung ke? Warna lainlah" ujar Farisya.

"Kalau biru?" Tanya Hakim.

"Clichè"

"Kuning lawa tak?" Tanya Hakim.

"Tadika sangat"

"Biru kuning?" Tanya Hakim lagi.

"Upin ipin?!"

"Habis tu kau nak warna apa ni, sial?" Soal Hakim geram. Dia mengetap giginya.

"Emm.. pink?" Tanya Farisya.

"Isya, aku kata aku tak nak warna pink. Kalau tak kita pakai lain. Aku hitam kau pink. Blackpink !"

"Kepala otak kau" ujar Farisya.

"Habistu kau nak wedding dress apa ni? Jangan cakap warna pink" Hakim mengeluh.

"Biar mama jelah pilihkan wedding dress kita tu. Kalau kita yang pilih sampai esok tak habis" putus Farisya. Sebenarnya dia geram. Dia suruh aku pilih, tapi tak nak ikut apa yang aku nak.

"Apa?! Pilih wedding dress ?! Wedding dress apa ni?!" Satu suara mencelah. Audrey terus datang dari belakang Farisya. Dia menolak bahu Farisya kasar.

"Baby..." Farisya dan Hakim saling berpandangan.

*******

"Eh, Safiya kenapa tak tidur lagi?" Tanya abang Ami.

"Tak boleh tidurlah sebab biasa Saf tidur pukul 2 atau 3 pagi. Bila tidur pukul 12 ni rasa macam tak biasa" balasku. Aku sambung termenung.

"Kenapa ni? Ada problem ke? Kusut je abang tengok" Abang Ami melabuhkan punggungnya disebelahku.

"Ahh.. hehehe tak ada apalah. Okay je" balasku.

"Tipu je Saf ni. Jom lah ikut abang" ajak Abang Ami.

"Pergi mana?"tanyaku.

"Pergi happy kan diri" balas Abang Ami. Dia menghulurkan tangannya. "Nak ikut tak?" Tanya Abang Ami.

"Ahh boleh lah" balasku. Aku menyambut hulurannya. Abang Ami melemparkan senyuman kacak kepadaku. Aku mengikut langkahnya.

Abang Ami ni sangat cool orangnya. Dia baik je, tak adalah perasan macam abang Rief tu. Kadang-kadang aku tercair juga bila abang Ami senyum dekat aku. Dia banyak tolong aku dekat sini.

"Eh, abang Ami dengan Saf." Ujar Ainul.

Semua menoleh ke arah aku dan Abang Ami. Mataku tertangkap ke arah Khairul yang sedang merenungku tajam. Aku melambai ke arahnya. Dia mencebik.

"Eh kenapa pandang macam tu?" Tanya abang Ami lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Hakim.

"Ni ada apa-apa ke ni?" Tanya Ainul.

"Ada apa-apa?" Tanyaku pula.

"Dari semalam sama-sama je" ujar Ainul berbaur usikan. Aku terus melabuhkan punggung disebelahnya.

Aku mencubit lengannya. "Banyaklah kau" ujarku.

"Ni kau orang tengah buat apa ni?" Tanyaku .

"Nak lagu apa?" Tanya Hakim.

"Cinta Luar Biasa by Andmesh Kamaleng" ujarku.

"Tak payah" celah Khairul yang dari tadi merenungku tajam.

"Ooh ok. Lagu Menunggu Kamu by Anji lah." Ujarku kepada Hakim.

"Okay" balas Hakim.

"Tak payah" ujar Khairul lagi. Aku berkerut memandangnya.

"Lagu Sumpah by Naim Daniel lah. Sedap do lagu tu " aku memberi cadangan lagi.

"Lepas tu dinyanyikan oleh suara aku yang sedap ni. Confirm cair" ujar Daniel dengan perasannya. Semua memandang Daniel dengan pandangan menyampah.

"Tak payah" bantah Khairul lagi.

"Apa masalah kau ni toyol?" Tanya Hakim geram. Dari tadi membantah aku campak masuk sungai kang yang seorang ni.

"Diamlah kau. Aku baling gitar tu dalam sungai kang" balas Khairul . Dia terus bangun lalu pergi dari situ.

"Dah kenapa si sial tu?" Tanya Daniel.

"Kena reject dengan Iman kot" ujar Ainul berbaur perlian. Pandangan Daniel dialihkan ke arah Ainul. Ainul menjulingkan matanya.

"Ungkit eh kau. Bagi tahu mummy Sheeda kang" balas Daniel.

"Apa kau sebut nama mak aku? Nak kena tampar ke anak Datin Diana ni?" Balas Ainul geram.

Aku memandang Khairul yang semakin lama hilang dari pandangan. 'Kenapa dia tu?' Desis hatiku. Aku diam sahaja.

"Sudah sudahlah tu gaduh. Cepatlah abang nak dengar lagu Cinta Luar Biasa" ujar Abang Ami. Geram sahaja mendengar dua orang budak ni tak habis habis memekak. Aku kahwinkan juga.

"Iman mana?" Tanya Hakim.

"Asal kau tanya?" Soal Daniel pula. Dia memandang Hakim tajam.

"Iman kan suka dengar suara kau" balas Ainul pula.

"Dia suka dengar suara aku ke? Dia tak cakap pun" balas Daniel seakan tak percaya.

"Aah. Dia dah tidur dah, tadi aku ajak dia pergi sini dia kata dia nak tidur."jelas Ainul. Daniel tersenyum sendirian.

Hakim muke memetik tali gitar memainkan kord lagu Cinta Luar Biasa yang dinyanyikan oleh Andmesh Kamaleng. Hakim memang pandai bermain alat muzik, dia adalah salah seorang daripada pemuzik sekolah. Suara dia? Biasa je tak sedap pun.

"Hai you alls!" Iman riang mencelah. Pandangan kami semua terus beralih ke arah Iman yang mengenakan hoodie berwarna pink dan topi berwarna pink.

Aku merenung Iman terpegun. Buat kali pertamanya aku rasa Iman cantik. Pfft. Baru sekarang perasan.

"Eh asal kau orang pandang aku macam tu?" Tanya Iman. Dia terus melabuhkan punggungnya disebelah Daniel. Daniel memandang Iman tak berkelip. "Yow bro. Lama tak online Whatsapp" ujar Iman kepada Daniel sambil menepuk bahu Daniel.

Daniel yang seperti baru tersedar terus tunduk kebawah. Iman berkerut memandangnya. Iman terus memaut lengan Daniel. "Jom aku nak bawa kau dekat satu tempat" ajak Iman.

"Tak naklah. Aku nak duduk sini" balas Daniel. Jantungnya berdegup laju setiap kali bertentang mata dengan Iman.

"Ouh, ok. Lagu apa ni nak nyanyi?" Tanya Iman.

"Cinta Luar Biasa" jawabku.

"Aku nak nyanyilah. Lagu kegemaran aku tu" ujar Iman.

Jari jemari Hakim mula memetik gitar mengikut kord lagu. Iman berdeham sebelum mula menyanyi. Perlahan-lahan jari kelingking Iman memaut jari kelingking Daniel. Iman tersenyum sendiri.

Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa geloranya hati ini tak 'ku sangka

Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia tulus padamu

******

Telingaku terdengar satu suara serak basah sedang menyanyi. Mataku melilau mencari gerangan siapakah yang sedang menyanyi itu. Aku terus berjalan-jalan mencari jejaka itu.

Semakin lama bunyi itu semakin kuat. Aku fokus mendengar nyanyian itu sehingga tidak perasan jalan yang aku lalui itu tidak rata. Kakiku tersekat lalu aku jatuh ke tanah.

"Aduh!!" Aduhku. Lututku rasa sakit. Kedua belah tapak tangan ku calar dan luka. Macam manalah aku boleh tak perasan. "Aduh.. sakit.. Kau ni Safiya" monologku. Aku melihat seluar koyak di kawasan lutut. Lututku berdarah akibat terkena batu yang tajam.

"Saf?!" Seseorang menyeru namaku. Aku terus melemparkan pandangan ke arahnya.

"Khai..." ucapku. Aku terasa ingin menangis. Kenapa kau selalu datang waktu aku susah?

Air mataku menitik. Khairul lantas melangkah ke arahku. Aku hanya diam melihatnya. "Kenapa ni? Jatuh ke? Sakit tak? Mana luka?" Tanya Khairul cemas.

"Aku okaylah. Janganlah risau" balasku. Aku terus kuat kan diri untuk bangun tapi aku terjatuh semula.

"Woi woi woi apa ni?" Tanya Khairul terkejut melihatku jatuh.

"Aku rasa kaki aku terseliuhlah. Tolong panggil Lin boleh tak?" Ujarku.

"Lutut kau darah?!" Khairul terkejut melihat seluarku koyak. Dia terus melihat lututku yang berdarah. Aku mengangguk. "Sinilah naik belakang aku" ujar Khairul.

"Kalau ada orang nampak macam mana?" Tanyaku.

"Ala.. Biar jela dia orang tu. Kesah apa aku. Kau tengah sakit kan. Dah jom" balas Khairul. Khairul terus bercangkung di hadapanku. "Naik cepat" arahnya.

Aku memandang sekeliling. Tiada siapa. Aku terus naik ke belakang Khairul. Khairul memegang kakiku. Aku memeluk lehernya kuat. Khairul terus berdiri lalu melangkah ke kantin kerana terdapat kotak firstaid disana.

"Khai, aku nak tanya sikit boleh?" Ujarku.

"Apa?" Balas Khairul pendek.

"Kenapa kau selalu baik dengan aku?" Tanyaku.

"Kenapa kau nak tahu?" Tanya Khairul pula.

"Tak adalah.. Selalu kalau aku gaduh dengan Airiel, kau mesti backup aku. Kenapa kau tak backup Airiel? Dia kan bestfriend kau dari dulu. Aku ni baru tahun ni kenal dengan kau" terangku.

"Nah duduk dulu baru aku cerita" ujar Khairul. Akhirnya kami sampai di kantin. Dia meletakkan aku di sebuah bangku.

"Ceritalah cepat" ujarku.

"Sabar, aku nak ambil firstaid " Ujar Khairul lalu melangkah mengambil firstaid yang berada di atas meja.

Aku hanya memerhatikan dia. Khairul melutut dihadapanku. Dia melihat luka di lututku. Dia lantas mengeluarkan minyak gamat dan putik kapas dari kotak firstaid .

Khairul mula mengelap darah di lututku. Dia meniup lutut ku. Aku tergelak kecil. Dia terus mencelup putik kapas kedalam botol minyak gamat itu lalu menyapukan minyak gamat itu di kawasan yang berdarah.

Kemudian, Khairul mencapai handy plus plaster. Dia mencium plaster itu sebelum dilekatkan die lututku.

Aku tersenyum. "Comel.." ucapku. Khairul terus bangun lalu duduk di sebelahku.

"Sini tangan tu" ujar Khairul. Aku terus memberikan tapak tanganku. Khairul membuat perkara yang sama kepada tapak tanganku yang luka. "Siap!" Ujarnya.

"Thank you,babe" ucapku. Aku tersenyum melihat plaster itu.

"Most welcome teddy bear" balas Khairul. Dia mengukirkan secangkir senyuman buatku.

"Kau tak jawab lagi soalan aku" ujarku. Aku mencebik.

"Apa soalan kau tadi? Aku lupa" Tanya Khairul. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Tipu. Kau kata ingatan kau kuat" balasku. Saja je dia ni nak tukar topik.

"Hahaha. Okay okay yela aku jawab. Aku selalu backup kau sebab aku dah tahu dah perangai Airiel tu macam mana. Dia memang macam tu dan memang dia yang salah" terang Khairul. Aku mengangguk.

"Oo.. Tadi kenapa kau tak join dia orang?" Tanyaku .

Khairul terus bangun dari duduk. "Dah lah aku nak balik khemah aku. Night" ujar Khairul lalu melangkah meninggalkan aku.

"Khai, jawablah dulu" ujarku lembut. Langkahnya terhenti.

Aku terus berdiri. Terasa sakit di kakiku. Aku terus jatuh ke tanah. "Aduh!!" Ujarku kuat. Aku memegang buku laliku.

"Safiya!" Seru Khairul cemas. Dia terus datang kepadaku. Pandangan kami bertemu. Jantungnya berdegup laju. 'Apa ni? Peliknya rasa' desis hatinya.

"Khai...." panggilku. Khairul terus tersentak dari lamunan. Dia terus membantuku berdiri. Dia hanya mendiamkan diri.

"Jawablah kenapa" ujarku.

"Aku tak suka" tukas Khairul. Dahinya berkerut sedikit.

"Tak suka apa?" Tanyaku.

"Tak suka tengok kau dengan Abang Ami. Dari semalam aku tengok kau tak habis habis berkepit dengan si Ami tak guna tu. Tak suka aku" jelas Khairul meluahkan apa yang terpendam selama ini.

"Kenapa kau tak suka?" Tanyaku lagi.

"Sebab aku jealous" tukas Khairul.

"Kenapa kau jealous?" Tanyaku.

"Kau ni lembab lah" ujar Khairul. Dia mengeluh.

"Ha? Kenapa ni? Aku tak fahamlah!" Balasku. Aku tak faham! Kenapa aku blur sangat?!

"Aku suka kau lah. Takkan kau tak faham lagi?" Ujar Khairul kepadaku. Aku terdiam.

"Aku pun!" Balasku. Kami berdua terdiam.

*******

"Ha Khai. Dah balik dah anak mama ni. Best tak camping? " tanya Puan Suhaila.

Khairul terus datang kepada Puan Suhaila lalu menghulurkan tangan ingin mengucup tangan ibunya. "Best sangat ma. I'm tired as fuck!" Balas Khairul. Yang dia mahu sekarang adalah mandi, lompat atas katil dan tidur.

"Hahaha. Khairul pergilah rehat dulu. Nanti malam kita makan sama-sama. Tak payah mengada nak makan luar dah. I want to cook your favourite food" ujar Puan Suhaila. Dia tersenyum.

"Eh mama ni dah kenapa? Selalu tak ada pun nak ajak Khai makan sama-sama. I can smell something fishy " ujar Khairul pelik. Dah kenapa pula mak aku tiba-tiba nak masak favourite food aku. Demam ke?

"Khai ni suka menjawablah. Cuba ikut je cakap mama. Macam mana nak ajak Khai tu makan sama. Pukul 8 je keluar rumah lepas tu balik pukul 10 malam 11 malam. Kadang-kadang Khai balik pukul 3 pagi kan?" Balas Puan Suhaila.

"Eh macam mana mama tahu?" Tanya Khairul.

"Macam mana mama tahu Khairul tanya? Mama ni selalu bangun pukul 3 pagi tau sebab nak makan. Lepas tu dapur tu bukan jauh sangat dengan lift tu. Memang la mama nampak Khai naik lift pukul 3 pagi" terang Puan Suhaila. Dia menyilangkan kedua belah tangannya di dada.

"Ouh.. K lah ma. Khai nak naik bilik. Penat ni" ujar Khairul.

"Ha okay. Khai nak air apa-apa ke?" Tanya Puan Suhaila.

"tak pe lah. Khai nak tidur je sekarang ni." Balas Khairul lalu terus melangkah meninggalkan Puan Suhaila.

"Ha yelah. Jangan tinggal solat Asar ye Khai" pesan Puan Suhaila.

"Okay" balas Khairul sebelum melangkah masuk kedalam lift.

Khairul tersenyum membaca Whatsapp. Dia ketawa kecil.

Safiya Bebal 💋

Sebenarnya aku dah lama nak cakap.
Aku sayang kau sangat.
Hiok hiok hiok..
By the way, kalau nak screenshot chat pun
Atleast tukar la nama tu. Apa ke bangang letak nama aku bebal?

Eleh eleh si bebal ni. Nak confess pulak
Tahulah kita dah confess kat dia..
Werk! Tak nak tukar!

Kau kata kau sayang aku..
Baik kau tukar sekarang

Tak nak.

Bongoklah. Malas kawan!

Yela yela. Tapi ada syarat

Apa?

Esok ikut aku keluar kol 4

Pergi mana?

Temanlah.
Kawan lama aku ni ajak aku pergi birthday awek dia.
Aku tak ada awek, ajak kau jelah
Hakim bawa Audrey, Daniel bawa Iman

Takkan aku nak seorang je

Haikal seorang juga kan?

Haikal bawa Aizatul lah.
Diaorangkan selalu dijodohkan

Adam sorang kan?

Ish tak nak teman sudahlah!

Yela yela aku teman

Thanks babe💗
Pakai cantik cantik tau.

Yelah

Khairul tersenyum sendiri. Sesungguhnya hatinya selalu berdegup laju apabila bercakap dengan Safiya.

Tok! tok! tok!

Pintu biliknya diketuk. "Yes!" Sahut Khairul.

"Ruzaim, Puan suruh turun untuk makan malam" ujar pembantu rumah dari luar bilik.

"Okay, nanti saya datang" balas Khairul. Matanya masih lekap di skrin Iphone X miliknya.

"Puan suruh turun sekarang" ujar pembantu rumah itu lagi.

Khairul mengeluh. Dia menutup telefonnya lalu diletakkan di atas katil. Dia terus turun dari katil lalu melangkah keluar dari bilik. Pembantu rumahnya mengukir senyuman kepada Khairul. Khairul tersenyum nipis lalu terus melangkah untuk turun ke meja makan.

Sampai di meja makan, Puan Suhaila dan Encik Annuar tersenyum manis. Khairul tidak bereaksi lalu terus duduk . Dia menongkat dagunya dengan kedua belah tangannya.

"Abang, best ke camping?" Tanya Khaira sebelum menyuap mulutnya sesudu puding caramel.

"Bestlah juga." Balas Khairul ringkas. Matanya mencari dimanakah makanan kegemarannya seperti yang dijanjikan oleh Puan Suhaila petang tadi. "Mama mana favourite food Khairul yang mama cakap tadi?" Tanya Khairul.

"Ada dalam peti sejuk. Mel, tolong keluarkan tiramisu dalam peti sejuk tu" pinta Puan Suhaila kepada pembantu rumah yang berada di dapur.

Pembantu rumah yang bernama Mel itu terus mengambil Tiramisu didalam peti sejuk lalu diberikan kepada Khairul. Khairul lantas mengambil sudu lalu menjamah makanan kegemarannya itu.

"Sedap tak? Mama buat petang tadi" tanya Puan Suhaila. Khairul hanya mengangguk sambil mengunyah.

"Mama dah bagitahu Khairul dengan Khaira ke?" Tanya Kak Rin a.k.a Tunku Khairina Raisa. Dia terus meneguk segelas air Rebina di hadapannya itu.

"Bagitahu apa, ma?" Tanya Khaira.

"Ha Khai dah agak dah, ma. Mama ajak Khai makan mesti sebab ada benda. Siap buat favourite food Khai lagi. " ujar Khairul.

"Okay kalau mama bagitahu. Jangan marah mama tau" ujar Puan Suhaila.

"Apa, ma? Cakaplah" ujar Khaira.

"Khairul duduk dengan Khaira dekat rumah ye nanti. Mama, papa dengan kakak pergi Paris" ujar Puan Suhaila. Dia tergelak kecil.

"Kenapa pula nak pergi sana, mama?" Tanya Khairul.

"Kakak nak order dress semua dekat sana" ujar Puan Suhaila. Kak Rin dan Encik Annuar sudah ketawa kecil. Mereka dah agak perkara ini akan berlaku.

"Kenapa pergi jauh-jauh? Khairul nak ikut!" Bentak Khairul.

"Ma, apa ni? Takkan Khaira kena tinggal juga. Kalau ada kakak tak apa juga. Ni adik tinggal dengan abang. Abang dah lah suka keluar. Asyik nak keluar je. Lepas tu nanti Khaira duduk seorang dekat rumah. Bosan jee" rungut Khaira. Dia betul betul tak puas hati. Tinggal dekat rumah berdua? Fuh! Nanti bukan tinggal berdua. Aku tinggal seorang je dengan pembantu rumah semua. Bosan tahu tak?!

"Tiba-tiba Khai rindu arwah abang." Ujar Khairul dia terus meletakkan sudu dengan kuat lalu meninggalkan meja makan itu.

"Mama, I will not stay here with abang. Nanti Khaira nak cakap dengan siapa? Buku? Ps4? This is such a nightmare tau!" Bentak Khaira pula. Dia terus melangkah meninggalkan meja itu.

"Wait, Khaira" ujar Puan Suhaila. Langkah Khaira terhenti. "Mama tak tinggal Khaira macam tu je okay. Dengar dulu cakap mama" ujar Puan Suhaila.

Khaira terus berpaling ke belakang. "What do you mean?" Tanya Khaira.

"Bagitahu mama 1 benda yang Khaira nak, mama akan bagi" jawab Puan Suhaila.

"Apa-apa je ke?" Tanya Khaira.

"Yups" balas Puan Suhaila. Dia tersenyum.

"What if I say I want a credit card?" Tanya Khaira.

"Then, mama will give it to you" balas Puan Suhaila. Khaira terdiam. Dia pusing ke belakang lalu tersenyum.

*****

Airiel terus masuk ke rumah secara senyap. Dia memandang sekeliling rumah. Pembantu rumahnya semua sudah tidur begitu juga ahli keluarganya. Lampu semua sudah ditutup.

Airiel menghembus nafas lega. Dia terus melangkah ke biliknya. Apabila dia berjalan di ruang tamu, tiba-tiba lampu disitu terbuka. Langkahnya terhenti.

"Baru balik boboy?" Tanya kak Aireen.

"Kak? Apa ni? I already said to you, don't call me Boboy. Such a dog name. Hurgh" balas Airiel. Dia memutarkan bebola hitam di matanya ke atas.

"Dari mana ni?" Tanya kak Aireen. Dia datang kepada Airiel sambil memegang mug yang berisi White Coffee.

"None of your business" tukar Airiel lalu melangkah ke arah lift.

"Kenapa boboy benci sangat dekat Safiya?" Tanya Kak Aireen.

"Don't call me boboy, Aireen Haneesa!" Marah Airiel. Nafasnya mula turun naik.

"Why you hate her?" Tanya kak Aireen sekali lagi.

"Sebab dia tu suka menyebok hal aku. I'm done, okay! Dah aku nak naik tidur. Aku penat" balas Airiel.

"Berlagak betul budak baru balik New Zealand ni" ujar Kak Aireen perlahan.

"I still can hear it, bitch" balas Airiel tiada perasaan. Tiada langsung perasaan ingin menghormati kakak keduanya itu selepas apa yang dia buat sehingga kematian seseorang itu berlaku.

"Memang aku nak kau dengar pun" ujar Kak Aireen.

"Kakak kau jangan nak berlagak baik sangat boleh tak? Kau ingat aku tak tahu ke kau suruh Safiya tu buat aku baik apa semua. Kau ingat aku ni apa? Pesakit mental? Eh kau tahu tak kau tu yang mental. My princess died because of you! Fathia Nadhirah mati sebab kau! Kau tabur fitnah dekat dia! Eh kakak, kau bernasib baik aku tak bagitahu mama kau tu macam mana sangat. Aku dah kenal sangatlah dengan kau ni kak.

Kau memang dari kecil suka berdendam dengan orang. Kucing kesayangan aku yang mama bagi tu pun kau yang langgar kan? Akak semuanya aku dah tahu. Sekali kau cuai, semua rahsia kau, aku akan sebarkan. Biar semua cikgu, pelajar tahu perangai Cikgu Aireen, the angle teacher yang mereka agungkan sangat tu!" Herdik Airiel panjang lebar sebelum melangkah menuju ke bilik tidurnya.

Kak Aireen terdiam. Dia menggenggam penumbuk. Peristiwa pagi tadi bermain di fikirannya.

"Saya minta maaf cikgu. Saya tak boleh buat apa yang cikgu suruh" ujar Safiya. Cikgu Aireen diam melihatnya.

"Kenapa pula tak boleh?" Tanya Cikgu Aireen. Dia menyilangkan kedua belah tangannya di dada.

"Sebab adik cikgu benci sangat dekat saya. Saya pun tak tahu kenapa. Saya minta maaf sangat. Sebab saya Airiel selalu masuk bilik disiplin" ujar Safiya.

"Tak apa yang itu saya akan uruskan. Saya nak awak buat juga adik saya macam yang saya nak. Tak ada orang lain boleh buat macam tu selain awak" ujar Cikgu Aireen.

"Baik,cikgu" balas Safiya.

"Airiel kau takkan dapat bagitahu semua orang pasal tu. Aku akan buat kau bertemu ajal sebelum kau bagitahu semuanya" monolog Kak Aireen. Dia tersenyum sinis.


┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Continue Reading

You'll Also Like

311K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
669K 25.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
262K 18K 58
MAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Te...