Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [...

By KhaiShif

851K 44.4K 5.5K

(KARYA PERTAMA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [The Ice Award #Romance no... More

[ PENGENALAN WATAK ]
BAB 1 TANAH AIR
BAB 2 RUMAH BARU
BAB 3 DIAMOND HIGH SCHOOL
BAB 4 KAWAN BARU
BAB 5 MAMAT MERENG
BAB 6 APA KEMBAR!?
BAB 7 MUSUH BARU
BAB 8 PERLAWANAN PERTAMA
BAB 9 KEPUTUSAN F.A.S
BAB 10 LUAHAN DI RUMAH
BAB 11 AISY SISI GELAP HANA
BAB 12 ARSHAD VS ASHIKIN
BAB 13 STRATEGI MAUT ASHIKIN
BAB 14 DISEBALIK KACA MATA SYA
BAB 15 AFIQ & HANA
BAB 16 ATIF & SYA
BAB 17 KENAPA?
BAB 18 MUSUH
BAB 19 LAHIRKAN KETURUNAN KITA?
BAB 20 CEBISAN MEMORY LAMPAU
BAB 21 PERTANDINGAN PERTAMA
BAB 22 SI GADIS MUSANG BEREKOR SEMBILAN
BAB 23 BULI
BAB 24 CEBISAN MEMORY LAMPAU II
BAB 25 KAWAN ATAU LAWAN
BAB 26 CINTA SI CAPTAIN FUTSAL
BAB 27 SAINS HIGH SCHOOL
BAB 28 CEBISAN MEMORY LAMPAU III
BAB 29 FUTSAL & BASKETBALL
BAB 30 TOLONG CIKGU BOLEH?
BAB 31 ROYAL TEAM
BAB 32 SENI BELA DIRI
Bab 33 TERBONGKAR
BAB 34 AKU AYAH DIA
BAB 35 SAKURA HIGH SCHOOL
BAB 36 SELAMAT TINGGAL SEMUA
BAB 37 DIA TELAH PERGI
BAB 38 BUKA BUKU BARU
BAB 39 KERJA DAN KERJA
BAB 40 MAJLIS
BAB 42 ZOO
BAB 43 SERIGALA MALAM
BAB 44 OVERSEAS
BAB 45 KETUA BLACK KNIGHT
BAB 46 NURUL AINUL MARDHIAH
BAB 47 AMRIL & RIN
BAB 48 REUNION
BAB 49 SERIGALA VS MUSANG
BAB 50 CULIK
BAB 51 SAYA BENCI AWAK!
BAB 52 HOSPITAL LAGI
BAB 53 DERITA
BAB 54 SAMPAI BILA?
BAB 55 MAAF SAYA BUKAN ASHIKIN
BAB 56 THEN BUAT AKU FAHAM!
BAB 57 KAU SUKA ?
BAB 58 GADIS BERMATA HIJAU ZAMRUD
BAB 59 MUSANG LICIK
BAB 60 GENERASI KETIGA
BAB 61 YOU'RE MINE MRS MAFIA
BAB 62 ARASH
BAB 63 BLACK PHOENIX
BAB 64 YOU'RE MINE, ONLY MINE
BAB 65 WARIS EVIL ROSE
BAB 66 BENCI ATAU CINTA?
BAB 67 KEMALANGAN
BAB 68 SIAPA KAU?
BAB 69 ISTERI AKU KE?
BAB 70 KEHILANGAN DIA
BAB 71 INGAT BALIK
BAB 72 ❤️[ ENDING ] ❤️
BAB 73 MRS. ADAM

BAB 41 D'LORD

9.5K 612 324
By KhaiShif

Zainal menatap lama wajah isteri serta anaknya silih berganti. Terbit sebuah senyuman ikhlas di bibir jejaka itu apabila menatap kedua insan yang amat dia sayangi. Wajah lena Maisara ditatap sekilas sebelum sebuah kucupan singgah pada dahi si isteri.

Bayi lelaki yang diletakkan pada katil yang dikhaskan untuk bayi di angkat perlahan.

" Nape anak papa ni belum tido hmm? Tengok mama tu, dia dah tido tau" Ujar Zainal sambil mencuit hidung anaknya itu.

Tengku Afiq Amril yang berada di dalam dukungan papanya hanya tertawa sahaja. Suka gamaknya diperlakukan sebegitu.

"Ishh dia ni ketawa pula." Zainal tersengih melihat anaknya terkebil kebil seakan memahami apa yang dituturkan oleh papanya.

KRAK!

Bunyi kaca pecah memeranjatkan Zainal, lantas saja kepalanya menunduk untuk melindungi anaknya.

"Abang mana awak?" Terpisa pisa Maisara bangun daripada tidur yang jelas dalam berkeadaan terkejut itu. 

"Sini tak jauh pun" Zainal mengetap bibirnya apabila menyedari dia telah diserahkan hendap.

*

"Mengada lah kau sampai masuk hospital ni" Rungut Arshad apabila menatap wajah tenang Clara yang sedang terlena.

"Hish apa ayah ni cakap macam tu! Kesian ibu tau! Sampai demam dia dibuatnya semata mata nak selamatkan mama Hana" Ujar Ainul menasihati ayahnya itu.

"Masalahnya ibu kamu tu mengada. Kena air kolam je kut. Terus demam sampai masuk hospital sama sama dengan mama Hana kamu tu" Bebel Arshad pada anaknya itu.

"Tak baik lah ayah. Kesian ibu tau! Tak mau lah geng ayah kalau macam ni" Tangan si kecil yang disilangkan ke dada membuatkan Arshad tertawa kecil melihat telatah anaknya itu.

"Ya ya ya, ayah tak cakap macam tu lagi. Hah kesian ibu kan KESIAN sangat!" Arshad sengaja menekankan perkataan 'KESIAN' apabila menyedari kelopak mata Clara yang bergerak gerak itu.

Afiq sedari tadi hanya mendengar perbualan anak beranak itu tertawa saja. Dia menyedari perubahan pada raut wajah temannya itu, namun hanya dibiarkan sahaja atas faktor malas mahu menegur.

" Bila sayang nak bangun. Abang rindu"Desis dia pula.

Isterinya yang diletakkan bersebelahan dengan Clara ditatap lama lalu matanya dialihkan untuk menatap pula Clara yang ditempatkan di sebelah kiri isterinya itu. Secara automatik dahinya berkerut seribu apabila wajah Hana dan juga Clara langsung tiada perbezaan.

"Kebetulan huh?"

"Fiq aku nak keluar kejap panas pulak dalam ni" Sinis Arshad bersuara apabila menyedari Clara telah sedar daripada lena.

"Ikut suka kau lah"

*

BANG! BANG! BANG!

Tiga das tembakan yang jelas kedengaran kuat menghuru harakan hospital dalam sekelip mata. Doktor serta jururawat yang bertempiaran lari membuatkan Arshad dihurung tanda soalan yang besar.

"Abang saya takut. Jangan jauh dari saya" Rayu seorang wanita menarik perhatian jejaka bermata biru kristal itu.

"Jaga anak kita, abang nak tolong orang ni sayang" Maisara yang berada di atas kerusi roda ditolak menjauh dari apa kawasan bunyi tembakan tersebut.

"Abang jangan tinggalkan kita orang." Rayuan Maisara hanya didengari tanpa ada niat untuk membalas. Pipi isterinya dikucup sebelum beredar pergi. Mark 23 dikeluarkan daripada belakang baju.

"Woi, kau nak tembak siapa tu?" Teguran daripada seseorang membantutkan niat Zainal mahu maju lebih lagi ke arah bilik wad isterinya tadi.

"Hish! Kau ni Shad terkejut aku. Bini aku kena serang tadi. Aku syak musuh aku" Ujar Zainal bersama riak wajah tak berperasaan.

"Ouh" Arshad terdiam seketika. Mindanya memproses perkara yang baru sahaja terjadi. Lama kelamaan perubahan riak wajahnya Arshad jelas berubah.

"AINUL!" Beretta 92 dikeluarkan. Langkah untuk menuju ke arah wad Clara di lajukan.

"Call anak anak buah kau !" Jerit Arshad yang telah berada di kejauhan.

*

BUK!

Pukulan batang kayu sebesar kayu besbol hinggap pada belakang tubuh Clara sehingga membuatkan dia meraung kesakitan. Namun hal itu tidak meruntuhkan niatnya yang mahu melindungi anak bossnya itu.

"Jangan sentuh anak aku!" Tengking Clara yang masih berada dalam keadaan lemah, tenaganya banyak terkuras malah orang yang memukul dirinya itu langsung kelihatan tiada niat mahu memberhentikan pukulan pada belakang badannya.

"Serahkan anak perempuan tu" Dingin saja suara pihak musuh menuturkan permintaan yang langsung tidak masuk akal itu.

"Tidak!" Hanya sepatah saja perkataan yang keluar meniti di bibir Clara.

"Degil pulak kau ni!" Batang kayu sebesar besbol di hayunkan sekali lagi.

Afiq yang tengah berurusan dengan dua orang lagi pihak musuh tampak kelelahan kerana dalam masa yang sama terpaksa menjaga isterinya yang masih tidak sedarkan diri.

"Ibu tak apa apa?" Tanya gadis kecil itu yang selamat berada di dalam dakapan Clara.

"Ibu Okey sayang" Gumam Clara. Setitis darahnya yang membasahi dahi Ainul dilapkan menggunakan hujung bajunya.

BUK!

"Arghhh." Jeritan kesakitan Clara demi melindungi anak kesayangan bossnya itu menarik perhatian Afiq.

"Bertahan" Itu sahaja yang mampu Afiq ungkapkan dalam keadaan mereka yang darurat itu.

"Ibu!" Cengkaman pada baju hospital yang digunakan oleh Clara semakin kuat.

BANG! BANG! BANG!

Tiga das tembakan menembusi jantung dan juga kepala pihak musuh. Membuat tiga orang musuh yang datang merempuh bilik wad Clara dan juga Hana tumbang dalam keadaan serentak.

"Boss lambat!" Gumam Clara perlahan sebelum jatuh pingsan.

Membulat mata jejaka bermata biru kristal itu apabila menatap kesan darah yang memercik pada kawasan lantai jubin wad hospital itu.

"Kau lambat Shad, mujur tak mati Clara tu" Ujar Afiq bersuara lemah sambil bersandar pada dinding wad.

"AYAH I.. IBU PENGSAN!!" Jerit Ainul yang panik apabila menyedari Clara tidak menunjukkan tanda tanda mahu membuka kelopak mata.

Arshad mengeluh perlahan. Langkah kaki diaturkan menuju Clara dan juga Ainul anaknya.

"Woi bangun. Jangan nak-" Tangan Arshad berhenti menggoncang bahu Clara apabila gadis yang terduduk di atas lantai jubin wad itu jatuh ke belakang berserta dengan mata yang tertutup rapat.

"Ibu kenapa?" Tanya Arshad curiga.

"Mereka pukul ibu. Hiks.. Hiks.. Hiks.. Ainul takut hilang ibu lagi. Ayah cepat! Tolong ibu"

Arshad mendecit. Tubuh badan Clara yang berkeadaan duduk sambil mendakap Ainul itu di cembung tanpa menghiraukan darah yang mengalir.

"Tengok tengokkan anak aku" Ujar Arsyad dingin.

Afiq mengangguk perlahan.

*

"Cari siapa punca semua ni" Zainal menatap tajam wajah anak buahnya itu.

"Baik boss" Jawab anak buah Zainal sebelum beredar pergi.

"Siapa dalang semua ni?" Suara dingin seseorang mengejutkan jejaka bermata hijau zamrud.

"Kau ni! Tak buat aku terkejut tak sah kan!" Terjegil mata Zainal dibuatnya apabila disergah sebegitu oleh Arshad.

Arshad hanya memaparkan riak tak bersalah.

"Aku tanya, jawab je"

"Masih dalam siasatan" Jawab Zainal sambil menatap ke arah wad peribadi isterinya itu.

Arshad mengangguk sahaja lalu mengatur langkah ke wad peribadi Hana. Manakala Clara pula masih di rawat dalam unit kecemasan.

*

"Wakil yang boss hantar semuanya mati di tembak"

Seorang lelaki berbadan tegap mengetap gigi mendengar laporan anak buahnya itu.

"Macam mana korang kerja hah! Nak tangkap budak dengan bini D'Lord tu pun susah !" Jerkah lelaki itu.

"Kehadiran Arshad punca semuanya boss"

Lelaki itu terdiam.

"Arshad? Ketua Black Knight?"

"Ye boss"

"Apa yang dia buat dekat sana?"

"Menurut pemerhatian, anak kecil yang boss nak culik tu anak dia"

"Sejak bila Arshad kahwin? "

"Dia tak kahwin lagi. Tu anak angkat dia boss"

Terbit senyuman sinis di bibir lelaki itu. Perbagai rancangan jahat mulai dirancang di minda.

"Aku boleh dapat untung besar" Desis hati lelaki itu.

*

"Ibu mana?" Tanya Ainul sayu.

"Ibu masih dirawat sayang" Sahut Arshad bersama senyuman nipis.

"Kenapa lambat sangat" Wajah Ainul yang tercebik cebik mahu menangis itu membuatkan Arshad gundah.

"Nanti ibu keluar lah tu."

*

Seminggu selepas itu..

"Ibu Hiks.. Hiks.. kenapa tak nak bangun ni? Dhiah rindu ibu. Ibu!"

Arshad yang menatap anaknya yang menangis teresak esak mengeluh perlahan. Sudah seminggu anaknya itu menangis tetapi Clara tetap jua tidak mahu sedar daripada lena yang panjang itu.

"Sayang sudah lah, ibu sedar lah nanti tu. Kita pergi sekolah ya?" Pujuk Arshad lembut. Bahu si kecil itu di gosok perlahan.

"Dhiah tak mau pergi sekolah. Dhiah nak teman ibu. Hiks.. Hiks "

"Ainul, ayah tak ajar Ainul malas pergi sekolah tau. Jom pergi. Ainul nak ibu sedih ke sebab Ainul tak mau pergi sekolah?" Pujuk Arshad sekali lagi. Cukup lembut yang mampu mencairkan mana mana gadis di luar sana.

"Betul ke ayah?"

"Betul lah. Jom pergi sekolah. Nanti lambat"

"Jom!"

Arshad menghela nafas lega. Badan puterinya itu di angkat lalu berjalan keluar dari bilik wad peribadi yang menempatkan Clara seorang diri. Manakala Hana pula telah lama dibenarkan keluar daripada hospital itu.

Tanpa sesiapa sedari, jari jemari Clara mulai bergerak gerak lalu perlahan lahan kelopak mata Clara terbuka.

"Erk aku dekat mana ni?" Gumam gadis itu. Tangannya naik menyentuh dahi.

"Urhh, hospital! I hate hospital."

"Doktor Cik Clara dah sedar!" Jeritan seorang jururawat memeranjatkan Clara yang baru sahaja tersedar daripada lena.

Doktor Farhan melangkah masuk ke dalam wad peribadi yang menempatkan Clara itu. Wajahnya yang serius tanpa secalit senyuman membuatkan Clara gerun mahu menatap lama - lama doktor lelaki yang merawat dirinya.

Pemeriksaan asas dijalankan ke atas Clara dijalankan.

"Ada rasa sakit lagi dekat bahagian belakang?" Tanya Farhan datar.

Clara menggeleng kepala perlahan.

"Tak yah serius sangat lah." Ujar Clara turut datar.

"Ciss, baru nak berlakon!" Farhan menjeling Clara yang tersengih seperti kerang busuk itu.

Terletus tawa gadis yang dirawat itu dibuatnya.

"Berapa minggu aku tak sedar?"

"Seminggu macam tu"

"Wah, Rekod baru tahun ni!"

"Pale bana kau. Ainul menangis tiap hari kau tak kisah pula"

"Oh! Hmm. Nanti lah aku nak buat surprise"

"Ikut kau lah." Farhan tersenyum nipis. Kepala Clara diusap lembut sebelum beredar daripada situ bersama - sama dengan jururawat yang bertugas.

Clara tersenyum manis apabila diperlukan sebegitu.

"Yeah, tunggu ibu sayang!"

"Kau dah sedar huh?"

Termati terus senyuman Clara yang melebar tadi apabila dia menangkap figura Arshad yang sedang menyilangkan sambil bersandar pada daun pintu wad. Wajahnya yang jelas terkejut membuatkan Arshad tersenyum sinis.

"Aik? Boss tak hantar Ainul ke? Macam saya hantar boss dalam hati saya" Tanya Clara terkebil kebil.

Arshad menjeling tajam wajah polos PAnya itu.

"Kemain suka kau mengusik aku, kerja dekat pejabat tu bila nak siap? " Tanya Arshad dingin.

" Tunggu kita siap mendirikan masjid sama-sama boss " Terletus tawa Clara apabila dapat mengenakan semula bossnya itu .

Arshad meraup wajahnya mencuba bersabar selagi mampu untuk berhadapan dengan manusia seperti Clara itu.

"Berapa tahun kau tak makan penampar?" Arshad menjungkitkan kening.

"Hmm, lama juga rasanya tapi penampar cinta boss dah melekat sejak kita bertemu. Eh'e " Clara tertawa apabila menangkap riak wajah menyampah daripada Arshad itu.

"Stop mengarut. Kau tak reti penat ke? " Ujar Arshad dingin.

"Saya tak penat untuk mengejar cinta boss, Auchh" Makin galak Clara mengusik bossnya itu.

Arshad menarik senyuman sinis. Langkah di atur menghampiri Clara yang masih galak mentertawakan dirinya itu. Lengan kiri Clara yang dimasukkan jarum untuk menambah air di dalam badan di cengkam erat lalu ditarik sehingga melekap pada dinding hospital.

Clara meringis kesakitan. Wajah Arshad yang sengaja didekatkan menghampiri wajah Clara membuatkan gadis itu terdiam. Deruan nafas Arshad yang menampar lembut pipinya jelas terasa.

"Erk boss kenapa?" Pucat terus wajah Clara apabila terasa deruan nafas bossnya yang semakin mendekat malah hanya seinci sahaja jarak wajahnya dengan bossnya itu.

" Berhenti gelakkan aku" Arah Arshad dingin bersama tatapan tajam yang menikam mata hijau zamrud milik Clara itu.

"Kalau saya tak nak?" Clara mencuba memancing emosi bossnya pula. Kelopak mata sengaja disepetkan sambil melawan tatapan tajam Arshad itu.

"Dekat sini juga aku rogol kau nanti" Bisik jejaka bermata biru kristal itu tepat pada telinga Clara yang ditutupi oleh tudung hitam ekspres.

Clara menelan air liur kelat.

"Pervert boss!" Wajah Arshad ditolak kasar. Jantung yang berdetak laju dihiraukan.

"Berterabur imam den. Kang sia-sia je kena tangkap basah " Desis hati Clara sambil menyentuh dadanya.

Arshad mengangkat bahu selamba.

"Ingat!"

"Nak ingat boss je boleh?"

"Kau betul betul nak aku buat perkara tu kang?"

"Tak nak. Nak kahwin dengan boss je"

Arshad menggeleng kepala melihat Clara yang menjelir lidah itu.

"Aku cepuk gak budak ni kang"

*

"Boss, kumpulan Dato Sheng yang sepatutnya bertanggungjawab tentang hal kekecohan yang berlaku di hospital hari tu" Laporan daripada anak buah Zainal membuatkan terdiam seketika.

"Nampaknya kumpulan kau pun dah jadi target seterunya" Suara garau seorang lelaki memeranjatkan ke semua ahli DEVIL SHADOW. Lantas mereka mengangkat senjata masing-masing untuk melindungi ketua mereka juga sebagai langkah berjaga jaga.

"Cantius?" Tanya Zainal iaitu D'Lord kumpulan DEVIL SHADOW.

"Yup, aku lah ni" Cantius tersengih. Kepala hoodie diturunkan menampakkan wajah tampan jejaka itu.

"Apa maksud kau dengan target seterusnya?" Tanya Zainal yang kelihatannya keliru akan situasi sekarang.

"Target pertama Dato Sheng kumpulan Gadis Musang Berekor Sembilan dan seterusnya kumpulan  kau dan yang terakhir kumpulan Arshad." Ujar Cantius tenang.

Zainal mengetap gigi.

"Ketat kawalan untuk keluarga aku!" Arah Zainal tegas.

"Baik boss!"

"OH, satu lagi jangan lupa bagi tahu Arshad pasal ni. Anak dia dalam target dorang sekarang ni" Sambung Cantius sebelum berlalu pergi meninggalkan markas Zainal.

Zainal meraup wajahnya.

"Ciss, tak guna hidup kau Sheng!"

*

"Boss kita nak ke mana ni?" Tanya Clara yang jelas kelihatan kekeliruan pada wajahnya, apabila dirinya diarahkan untuk mengikut bossnya itu untuk ke suatu tempat.

"Ambil anak aku lepas tu hantar kau kerja."

"Kijam boss! Saya baru keluar hospital kut"

"Kesah pulak aku"

Clara terdiam lalu membuang pandangan keluar tingkap Mercedes-Benz biru gelap milik Arshad.

"Mana bini boss? Kenapa dia tak jaga Ainul?"

"Aku tak ada bini"

"Habistu Ainul anak siapa ?" Tanya Clara lalu mengalihkan tatapan matanya ke arah Arshad yang sedang fokus memandu itu.

"Anak angkat aku." Jawab Arshad tenang.

Clara mengangguk faham.

"Ada peluang lah saya ni kan? Kesian Ainul tak ada ibu" Bisik Clara nakal pada telinga bossnya itu.

"Kau nak masuk kali kedua dalam hospital tu?" Ujar Arshad dingin. Mujur sahaja tidak kemalangan mereka apabila Clara berbuat demikian tadi.

"Boleh gak! Ramai doktor hensem. Lagi lagi doktor Farhan. Aumm badan dia tegap. Sasa gitu"

"Pantang tengok lelaki hensem kau ni rupanya"

"Eh! Of course lah" Clara tertawa kecil apabila menangkap riak wajah menyampah daripada Arshad itu.

Handbreak di tarik lalu Arshad menatap tajam wajah Clara.

"Pergi ambil Clara dekat sekolah dia"

Clara mencebik.

"Tak boleh minta baik baik ke?" Gumam si gadis. Namun tetap jua dituruti arahan tersebut. Sekolah elit yang tersergam indah di hadapan di tuju.

Ainul yang menunggu di sebuah pondok berhampiran dengan pagar sekolah di tuju.

"Dhiah sayang, jom pulang" Ajak Clara sambil mendepakan tangannya.

Ainul melopong. Tak sewenang- wenangnya air mata kanak-kanak perempuan itu merembes keluar. Rindu melihat ibunya yang tersenyum manis itu.

"IBU! Huwaaa.." Lantas Ainul berlari untuk mendakap ibunya itu.

Clara tersenyum apabila tubuh Ainul mendakap erat badannya.

"Dhiah tak mimpi ni kan? Depan Dhiah ni ibu Dhiah kan?" Tanya Ainul teruja bersama air mata yang masih mengalir keluar.

"Iya sayang. Ibulah ni. Jom balik. Ayah kamu dah tunggu tu dalam kereta." Clara berdiri daripada terus duduk mencangkung.

"Jom!"

*

"Ayah"

Masuk sahaja Clara dan juga Ainul ke dalam kereta Mercedes-Benz Arshad itu, lantas sahaja Ainul memeluk ayahnya erat.

"Kenapa anak ayah ni menangis hmm?" Tanya Arshad sambil mengesat lembut air mata Ainul yang mengalir itu.

"Tadi dekat sekolah, cikgu kata ada rombongan pergi zoo"

"Then?" Terjungkit kening Arshad apabila menatap Ainul yang seakan ragu ragu mahu meluahkan permintaan.

"Cikgu suruh bawa ibu bapa sempena hari ibu. Tapi-" Arshad tersenyum mendengar permintaan anaknya itu.

Alahai anak, sejak bila takut dengan ayah sendiri ni?

"Tanya lah ibu kamu kalau dia nak join" Mencelung tajam Arshad menatap wajah Clara sebagai tanda setuju untuk mengikuti mereka semasa lawatan nanti.

"Erk? Siapa cakap ibu tak nak ikut? Ibu nak je teman Dhiah" Ujar Clara sambil mencuit hidung Ainul yang berada di dalam dakapan Arshad itu.

"Yeay ibu ikut!"

Clara tersenyum lembut.

"Tiada yang lebih menggembirakan hati melainkan melihat senyuman anak ibu"




















Kalau Ifa tanya ni korang mesti jawab tau! 😆

"Ada sesiapa faham jalan cerita KKDN ni setakat ni?"

Sila jawab. Ifa takut ada yang tak faham.😘

Vote dan komen itu semangat guy's 😉

Continue Reading

You'll Also Like

319K 19.9K 35
[karya pertama queenzfina] [Cover by @IrisAzalea_] Group 5 Prince merupakan pengawas di Royalty School. Full package? Dingin? Garang? Itulah mereka...
43.8K 5.7K 52
Semuanya bermula bila aku ditinggalkan di Kanada untuk memuaskan hati seorang lelaki tua yang jahat lagikan berkedut. Siapa lagi kalau bukan grandpa...
45.5K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
1.1M 53K 50
Puteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seo...