(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

By Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... More

BAB 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Sembang Author
Bab 59
SPECIAL CHAPTER

Bab 3

13.5K 424 28
By Reyshaaziz

Mohon abaikan tau kalau ada typo ye, maklum sajalah jari gemuk. Opsss. Terima kasih sudi baca.

___________________________________

Akhirnya sampai juga ke Bumi Serambi Kaabah ni. Aku selalu sangat dengar orang orang cakap yang Kelantan ni 'Bumi Serambi Kaabah'. Mulanya aku pun hairan, kenapa ada gelaran sebegitu.

Bila dah sampai sini barulah faham. Agaknya mungkin Kelantan ni agak terkenal dengan para ilmuwan agama, tahfiz tahfiz yang dekat di hati rakyat.

Bayangkan kecik kecik pun dah di hantar ke pondok tahfiz. Ada tu siap dah boleh hafaz 30 juzuk Al Quran pada umur yang masih muda.

Sungguh aku bangga dengan bumi Kelantan ni. Bangga dapat jejakkan kaki. Bangga sebab pernah menyintai orang dari bumi ini. Cuma takdir sahaja yang tak menyatukan kami.

Entah kemana dia agaknya. Aku dah kau lupakan ke?

Cuma itu tak bermakna aku tak sayangkan negeri kelahiran aku Perak nun, apatah lagi negeri tempat aku menuntut ilmu tang Selangor nun. Duduk di mana mana pun tak apa. Asal semuanya Malaysia. Negara yang masih aman.

Amboi, jiwa patriotik pula.

Aku jenguk lorong yang di masuki kereta Atalia. Kawasan kampung yang cukup mendamaikan. Ada anak anak kecil bermain berkejaran sesama mereka. Siap main baling selipar.

Yang ini dah jarang nak jumpa. Budak budak sekarang kalau main tahu main game je. Tak handphone mesti kat laptop dan PC. Berapa kerat sangat lah yang nak main aktiviti sihat macam ni.

Kadang kadang aku rasa, aku nak kembali ke zaman kanak kanak dulu. Nak rasa semula best nya hidup zaman dulu. Ada gajet tapi tak semoden sekarang. Kami lebih ada masa untuk buat aktiviti yang bermanfaat.

Aku mengeluh perlahan sebelum mencuri pandang ke luar semula.

Di depan sana kelihatan ada pantai dengan pasir yang memutih. Dah macam hamparan salji di kaki pantai. Cantik sangat. Nanti aku nak pergi ambik gambar banyak banyak kat situ. Dan semestinya Atalia yang akan jadi photographer tanpa upah aku. K. Dah rangka aktiviti ni. Kikiki.

Angin yang bertiup pula segar sangat rasanya. Bau air laut dengan ombak yang lembut mencecah pantai membuatkan aku berasa 'hidup'.

Pokok pokok kelapa pulak bagaikan melambai lambai kedatangan kami. Aku rasa macam nak duduk lama lama lah kat sini. Balik KL nanti entah bila nak rasa macam ni lagi.

Atalia aku lihat senyum simpul. Mungkin geli hati tengok gelagat kawannya yang seperti anak kecil belum pernah jejakkan kaki ke kampung.

Bukan belum pernah. Cuma dah lama tak merasai suasana sebegini. Dulu arwah abah dan mama selalu juga bawak kami ke kampung halaman mereka.

Kampung abah pun dekat dengan pantai macam ni jugak. Senang cerita rumah nenek berapa meter sahaja dengan pantai. Jalan kaki pun tak sempat rasa lenguh dah sampai.

Tapi semenjak mereka tiada, aku dah tak berani nak balik kampung. Aku takut aku tak kuat. Aku takut rebah dan menangis lagi. Sebab sakitnya tu hanya Alllah yang tahu sakitnya kehilangan keluarga tersayang.

"Dah, tak payah sangat tersengeh macam beruk gigit bunga. Nampak macam kau tu jakun sangat tau. Campakkan sikit jakun kau tu."

Peduli aku kalau dia cakap jakun pun. Yang pasti aku suka.

"Eleh, dengki. Bestlah kampung kau ni, patutnya dari dulu lagi aku ikut kau balik kampung. Lain kali ajak lagi ok?"

Atalia membelok keretanya ke simpang sebelah kanan. Seolah olah mencari sesuatu atau tempat untuk parking. Nak berhenti kat sini ke?

"Confirm, lepas ni tiap tiap bulan kita balik. Kejap lagi kau mesti lagi suka. Aku bawa kau rasa CPT paling best kat kampung ni."

CPT? Apa tu? Ke salah dengar?

"CPT? Amenda pulak, CPR aku tahulah."

Dia gelak mengekek.

"Cendol Pulut Tapai lah. Tu short form dia. Kalau kat kedai Mak Mah kau cakap sedap, yang kat sini lagi sedap. Aku berani gigit kuku lah yang kau mesti tambah order lagi."

Oo cendol pulut tapai. Cakaplah penuh senang nak faham. Bukan susah. Mataku bagaikan berbunga bunga bila dengar Atalia cakap macam tu.

Aku ni hantu segala jenis cendol. Tiba tiba tekak rasa dahaga lain macam. Dahaga nak mentekedarah. Makan je tahu. Tetapi untungnya aku ni badan susah nak naik berat badan. Itu yang ramai sangat dengki tu.

" Wah macam best je. Tak sabarnya aku. Mana wei, cepatlah. Lapar ni."

Aku tepuk tepuk bahu dia penuh teruja. Haa, sekarang memang dah macam beruk.

"Ish kau ni, adik aku pun tak macam kau. Tu haa, depan tu. Nampak kan gerai yang penuh orang tu, gerai tulah. Sini kalau hari minggu je memang sesak. Kejap lagi, lagi sesak. Dah jom."

Kereta di parking sebelah kiri jalan. Ala jalan kampung, sempit je. Nasib ada tanah lapang senanglah sikit nak parking kereta. Mungkin juga tanah lapang ni di khususkan untuk pelanggan kedai mereka.

Kami jalan beriringan. Opss, bukan beriringan dah sebab aku terkinja kinja menarik tangan Atalia. Minah tu bebel 5 bakul pun aku buat derk je.

Apa yang aku tahu, aku nak cepat order. Cepat makan. Cepat tambah sampai nak berjalan pun tak larat. Itu cita cita ku. Eh.

Kami duduk di meja paling tepi ke jalan. Dinding gerai yang di buat dari buluh tu, memberikan suasana yang sangat santai. Kena pula dengan suasana sekarang ni. Suasana kampung yang nampak meriah. Pokok kelapa tinggi tinggi dengan angin yang membelai belai.

Heaven!

"Dik, oda gapo?"

Seorang pelayan datang bertanyakan selepas di berinya menu kepada kami. Hebat, ada menu. Aku kira hebatlah bagi gerai macam ni tapi ada menu. Sebab kekadang bila duduk KL sana masih ada lagi restoran besar yang tak pamerkan menu. Bila mintak baru lah terkial kial nak bagi.

Ini barulah marketing strategy yang bagus. Nora bagi 5 bintang. Eh!

"Ermm, kau nak makan apa? Aku rasa.. Ho, Kito nok CPT lebih tapai sor, pastu air nyior mudo sor denge sotong celup tepung."

Fuh, tanjat limpa mak. Fasih gila Atalia cakap loghat Kelantan. Ini lah baru anak jati yang tak lupa diri.

"Banyak kau order. Aku pulak Nak apa eh, peninglah banyak yang sedap ni. Err, bagi saya CPT dua. Goreng pisang dengan ikan celup tepung seekor."

Air liur ku telan berkali kali. Tak sabar nak rasa.

"Horr, meta meta. Dok ambik oda ni!"

"Oii, terkejut kami. Kuatnya."

Aku mengurut lembut dada. Tanjat lagi.

Pelayan yang ambik order kami tu tersenyum malu. Apa taknya melaung sampai binggit telinga di buatnya. Nampaknya tak cukup pelayan untuk hantar makanan.

"Maaf kak. Sarulah dok manggil. Hor, kejap!"

Dengan tergesa gesa dia tinggalkan kami. Aku dengan Atalia tergelak kecil.

"Ramai gila hari ni, ada cuti sekolah kot yang ramai ni."

Mataku melilau melihatkan pelanggan yang tak putus putus masuk. Dari orang tua, budak budak sehinggakan yang couple pun ada.

"Ala, hujung minggu memang macam ni. Cuti sekolah jangan harap nak dapat meja macam ni. Lagi ramai tau. Dulu gerai dia kecik je. Sekarang dah makin besar, sebabnya pelanggan tak putus putus datang. Rezeki kan."

Aku senyum manis. Semanis CPT yang bakal aku hirup kejap lagi. Atalia ralit menekan nekan phone di tangannya. Sedang aku masih lagi macam polis pencen.

Terintai intai sini sana. Ralit melihat gelagat pelanggan yang ada. Ada tu siap tergelak kecil pun ada. Kelakar dengar coleteh mereka bercakap dalam loghat Kelantan.

Kasar tapi lembut. Lembut tapi kasar. Merepeklah pulak. Yang penting sekarang aku kena balun CPT sepuasnya.

___________________________________

Malam tu suasana dalam rumah banglo 2 tingkat ini di rasakan meriah gila. Dengan kaum keluarga Atalia yang ramai, kecoh dia mengalahkan pasar borong.

Masing masing sibuk dengan persiapan majlis kawin Acik Ana yang bakal berlangsung esok pagi. Yang mak mak sibuk memasak bahan bahan untuk juadah kenduri.

Rupanya masih ada yang meneruskan tradisi kenduri dengan masak beramai ramai. Saudara mara, jiran tetangga masing masing semua sibuk membantu. Yang dok bergosip tak ingat dunia pun ada. Biasa lah mak cik bawang kan.

Aku seringkali tertawa geli hati bila ada yang cuba cakap KL dengan aku. Siap bercampur gaul bunyinya dah macam slang siam. Cepat cepat aku cakap, yang aku faham walau diaorang cakap Kelantan sekalipun. Asal jangan cakap guna loghat yang pekat sangat. Nak google tak dapat.

Apa lagi ketawa mengekek ngekeh makcik makcik kat situ. Katanya aku ni kelakar. Yeke? Aku pun tak perasan yang aku ni kelakar orangnya.

Macam mana aku boleh faham? Maklumlah arwah isteri sepupu aku dulu orang Kelantan jugak.

Acik Ana aku tengok tersenyum riang melayan anak anak buahnya yang ramai tu. Dia di kerumun kiri dan kanan. Ada yang tukang sibuk, tukang pakaikan inai dan tukang buat lawak bodoh pun ada. Macam Atalia tu.

Katanya pakai inai fresh yang ditumbuk sendiri boleh buatkan abang bertambah geram. Entah dari mana petua merapu dia cilok. Terus Kena cubit kat Acik Ana, padan muka.

Aii bebudak sekarang advance wei. Yang belum kawin pun dah memandai cakap pasal malam pertama.

"Rajin nyo dio. Maira dok letih ko ni, jale jauh jauh maso ni dok tidur lagi. Takpolah g lah rehat, wat ni biar budok budok ni buat."

Tegur Tokma Atalia lembut. Aku senyum sahaja. Dia nenek Atalia tetapi masih nampak awet muda. Aku kena tanya dia ni apa petua dia.

" Eh tak adalah Tokma. Tak letih pun. Lagipun tadi Atalia yang bawak kereta. Maira tidur je."

Tangan masih lincah memasukkan telur rebus ke dalam sarung bunga telur. Bukannya susah, lagipun 3 orang sepupu Atalia turut sama menolong.

Tak kisah pun sebenarnya nak berjaga tengah malam sebab aku dah biasa. Lagipun entah kan bila pulak nak merasa suasana riuh macam ni. Mesti rindu bila dah balik ke KL nanti.

"Ho, Tokma. Lamo molek dio tidur, dengkur kuat sapa retok cermin pintu sikit . Pastu buih buih tu air liur basi tubik."

Aipp aipp, dah ada yang menyampuk. Aku cerlungkan mata tajam pada dia. Dan macam biasa Atalia gelakkan aku macam nak pecah rumah tu.
Yang lain pun tumpang sama. Dasar.

" Tidur tu memang ye, yang berbuih siap retak cermin tu kau tolong tambah aje kan? Memandai je. Jangan dengar cakap dia Tokma. Dia kalau tak jaki dengan Maira sehari nanti kena Parkinson."

Tokma tumpang gelak sekaki. Geli hati dengan karenah anak anak muda macam kami ni. Entahlah Tokma cucu Tokma tu terlebih air ketuban kot zaman dalam kandungan dulu. Tu yang jadi gitu.

Atalia sambung memakaikan inai buat Acik Ana. Sambil terkekek kekek ketawa geli hati. Aku cubit cubitlah nanti.

Kedengaran bunyi hujan rintik rintik. Patut pun siang tadi langit nampak mendung lain macam. Nak hujan rupanya.

"Timoh, ambik kain tuala ko Ray cepat. Basoh doh tu keno huje."

Ray? Siapa pulak Ray ni? Tokma bersuara mengarahkan mama Atalia mengambilkan tuala untuk seseorang.

Hujan yang rintik tadi bukan jadi rintik dah. Turun dia lebat menggila.

"Hai bakpolah yaa huje male ni, ke molek huje male esok jah. Sejuk sejuk sedap sikit Ana nak berdakap."

Usikan nakal di tujukan pada bakal pengantin. Tak lain tak bukan mama Atalia lah. Sama sama masuk air macam anak dia. Habis satu rumah gelak nakal. Aku pun sama. Opss.

" Galok lah sek mu ni. Maaa, tengok ni mek ngoh ni. Malu ore"

Acik Ana jerit mengadu pada Tokma. Muka merah tahan malu. Tokma senyum sambil gelengkan kepala.

"Gapo gak sek mu gege gegok pah luar. Tuala mano tuala sejuk ni"

Muncul seorang lelaki dengan baju t shirt putih yang agak lencun terkena hujan. Raut muka tak dapat aku lihat dengan jelas bila si dia sibuk membuka baju basahnya.

Entah kenapa mata aku terpaku, bagaikan di gam. Seakan tertanya tanya siapa dia. Suara garau basah basah itu macam pernah aku dengar.

Hati terus berbisik, yang aku patut tengok muka dia.

"Ho nih, g lah lagi derak. Buke nak tolong ore drumoh ni dok. Acu nok mitok tulung, eh lesap. Pade lah muko tu te ko huje."

Tokma menyampuk sebelum berlalu ke dapur. Aku pulak macam tadi, ternanti nanti nak tengok muka dia. Haih, tak nampak pulak muka dia. Makcik tepilah sikit. Nak tengok ni.

Tiba tiba mama Atalia berganjak ke tepi sedikit. Dan dalam masa itu jugak aku rasa bukan setakat rahang je nak terlorot ke lantai. Mungkin gigi sama berterabur bila aku lihat gerangan jejaka tersebut.

Allah keciknya dunia! Dia...

Mata kami bersabung pandang. Tangannya terhenti dari terus mengelap rambut yang basah. Dia terkejut dan aku terkujat beruk.

Aku tahu dari pandangan terkejut tu, dia kenal aku. Kalau dia cakap tak kenal, memang pembohong. Sebab aku boleh cakap yang tu memang dia. Sumpah!

Itu memang Ray Idhlan!

Empangan mata tetiba terasa penuh. Penuh dengan airmata dan bakal pecah bila bila masa. Aku tahankan diri agar tak menangis kat sini. Kalau nangis Mesti mereka akan syak yang bukan bukan.

Aku tunduk memandang bunga telur tadi. Tak sanggup dah untuk tatap dia lama lama. Hati aku sakit kembali. Aku kalah!

"Mu gak, dok beringat langsung. Pecat baju ikut suko hati jah. Tengok sapa malu anak daro ore tengok. G lah cepat masuk mandi nuh."

Mama Atalia menepuk kuat bahu Ray. Dan aku yakin mata dia masih tetap macam tadi. Merenung tajam dengan mata helangnya.

"Sapo budok tu?"

Tak kenal ke? Soalan tu cuma bergema dalam hati. Tak terluah dari mulut. Aku bisu. Bisu dengan perasaan sendiri.

"Oo, tu lah saie Atalia. Dio balik kali nga Atalia petang tadi. Maso dia sapa tadi mu tubik nga Ana. Tokde jupok lagi lah keh. Maira, ni lah dia Paksu Atalia. Maaf tau, dia masuk air sikit."

Mama Atalia tersenyum manis pada ku. Dan aku hanya membalas dengan anggukan kecil. Mata di talakan pada mama Atalia sahaja. Tak sanggup nak pandang lelaki di sebelahnya.

" Oo saie. Dohlah aku nak masuk mandi doh ni."

Jantung aku ni kalau ada sakit jantung, confirm aku terus pengsan kat sini. Terasa jantung berdetak tidak normal macam nak tercabut je rasanya.

Setiap langkah dia menghampiri dan melintasi aku bagaikan detik bom jangka yang bakal meletus. Aku mengelabah gila.

Bila aku yakin yang dia dah jauh. Mungkin dah masuk bilik, cepat cepat aku bangun untuk masuk ke bilik. Aku tak kuat. Aku takut dengan perasaan sendiri.

Aku takut dengan rasa cinta ini. Yang paling aku bimbangkan aku akan meraung tangkap leleh di depan semua orang nanti.

___________________________________

Pagi itu suasana agak kecoh. Masing masing sibuk berebutkan bilik air. Bilik yang aku tidur dengan Atalia semalam pun dah sesak. Ni pun masih ada 2 orang yang menunggu turn untuk guna.

Nasiblah aku dah siap awal awal. Tak awal macam mana, sebab semalam seminit pun aku tak boleh nak lelapkan mata. Rasa mengantuk tu entah kemana tercampak pergi.

Buktinya pagi ini, aku tak perlu nak berebutkan bilik air. Siap dah ke dapur tolong orang orang kat dapur.

"Maira kau tak tidur ke semalam? Laju gila kau siap pagi ni?"

Atalia yang berdiri depan meja cermin makeup sibuk dok mengelap rambutnya yang basah. Di sebabkan dia yang mandi lama sangatlah orang lain terpaksa beratur.

"Tak boleh nak lelaplah. Mungkin beralih tempat tidur kot."

Ok. Alasan selamat.

Aku capai sepasang baju kurung riau berwarna coklat keemasan yang di padankan dengan kain batik susun depan. Dok memikir kat mana nak gosok ye?

"Lia, ada iron tak? Aku nak iron baju ni. Macam berkedut sikit lah."

Atalia siap berbaju t shirt dan ber seluar trek. Rambut yang basah tu di balut kemas dengan tuala.

"Oo nak iron baju eh. Jom, aku pun nak iron sama. Tapi kau tolong eh. Bilik ni tak silap tak ada iron. Sebab kami biasanya selalu iron apa apa dalam bilik sebelah. Bilik Paksu."

Bilik paksu? Gulp.. Aku telan air liur. Tak nak....

"La takkan nak ke bilik dia? Bawakkan sajalah seterika tu masuk bilik ni. Malulah nak ke bilik orang."

Buat kerja gila nak ke bilik dia. Buatnya dia ada? Takke haru. Dahlah semalam sampai sembap mata aku dok menangis. Ni nak buat hal balik ke?

"Apa pulak, Paksu ok lah. Lagipun sebelum ni dia jarang balik sini. Tu yang bilik dia tu kami buat tempat iron je. Dah, dah. Tak payah nak malu sangat. Dia pagi pagi lagi dah keluar lah."

"Tapi.. Aku,"

Tangan di tarik kuat mengikut langkahnya keluar dari bilik. Kaki menekur perlahan menuju ke bilik sebelah. Antara tak rela dan pasrah. Atalia menolak daun pintu sedikit. Laju kakinya melangkah masuk.

Aku tundukkan pandangan. Bimbang kot nya dia ada. Haru.

"Tadi cakap nak iron baju? Cepat lah masuk. Hey kau ni. Tak payah malu malu. Haa bukan dia ada pun."

Aku jengukkan kepala ke dalam bilik. Ok. Selamat!

"Yelah! Yelah. Macam mak nenek je kau ni."

Aku pandang sekeliling bilik yang luas tu. Kelihatan tingkap dengan grill bilik di bukak luas. Mungkin Ray yang bukak pagi tadi kot? Kaki aku tuju rapat ke tingkap. Udara segar bercampur dengan bau bau rempah yang di tumis memenuhi rongga hidung.

Jiran tetangga pun dah ramai kat bawah khemah sana. Sama sama bergotong royong memasak juadah untuk makan nanti.

Rumah Tokma Atalia ni best. Betul betul berhadapan dengan pantai. Dahlah ada laman yang luas. Rumah pun boleh tahan besarnya jugak. Ada pokok pokok besar yang merimbun keliling rumah sangat sangat menyejukkan mata yang memandang.

Dalam ralit aku memandang ke luar tingkap, rasa seperti ada yang memerhati. Aku tunduk pandang ke bawah. Zuppp! Darah panas naik ke muka.

Ray sedang merenung tajam. Tajam. Umpama belati. Aku gugup. Segera aku pusingkan badan melangkah ke sudut bilik. Menghampiri Atalia yang tengah menggosok bajunya.

"Kau dah kenapa? Pucat macam nampak hantu je?"

Atalia pandang aku sekejap dan menyambung balik kerjanya.

"Aku, aaa a kuu. Tak ada apaa apa lah."

Gagap...

"Gagap pulak dah. Macam macam kau ni."

Dia ketawa kecil. Aku masih lagi gugup. Punggung aku labuhkan di atas katil. Katil nampak kemas dan elok tersusun. Nampaknya dia seorang yang pengemas.

Dihujung sudut katil ada sebuah beg pakaian sederhana besar. Di sampingnya ada beg galas berwarna hitam kebiruan. Aku kenal beg ini. Beg kegemarannya.

"Kak Lia, Acik Ana tanyo mano bekas cincin hok sebelah jate male. Yo oyak yo suruh kak Lia sipe?"

Amira, sepupu Atalia menjenguk dekat muka pintu bilik. Dia senyum mengangguk kecil ke arah aku.

"Nok laluh ko? Kak nok gosok lagi ni. Sikit lagi nok siap."

Katanya sambil menilik baju kurungnya yang baru sudah di gosok.

"Holah, selaluh. Yo nak bubuh cepat cepat. Pahni takut dok ingat. Mok andam pun mari doh tu dok makeup."

"Doh marilah. Kak pun nak tengok etek sapo mok andam dio. Maira, tolong gosok skirt aku sikit k. Tak kedut sangat pun, cuma nak bagi nampak macam bergosok sikit."

Pulak dah. Cepat cepat kakinya melangkah keluar dari bilik. Dan aku di tinggalkan krik krik sendiri. Minah tu sentiasa macam lipas. Laju semacam.

Aku tilik skirt tu. Tak adalah kedut sangat pun. Kalau tak gosok pun dah ok. Saja je nak membuli aku. Aku sambung kerjanya yang tergendala tadi.

Seterika ku layangkan ke tempat yang ada kedut tersebut, penuh hati hati. Kotnya tersalah gosok hangus meraung minah tu.

Dah siap aku letakkan di atas katil. Segera aku capai baju kurung aku.

Dalam ralit aku gosok baju, bunyi handphone kedengaran. Aku pusing belakang untuk melihat dari mana bunyi phone tu datang.

Alangkah terkejutnya aku bila Ray ada di depan muka pintu. Sedang elok bersandar dengan gaya macho nya.

Cepat cepat aku pusing ke depan dan sambung gosok baju tadi meskipun tangan agak terketar ketar. Allah, berdebarnya. Rasa menggigil sampai ke sendi kaki.

"Hello, ye Ray kat sini. Ermm, aku cuti. Kakak aku kawin. Entah, minggu depan kot. Ye, ok. Byeee.."

Senyap..

Tapi yang tak senyapnya sekarang adalah debaran jantung seorang Maira Iris. Aku tahu dia masih di situ. Bahkan mungkin sedang merenung aku dengan tajam. Dalam keadaan kalut, tanpa aku sedar jari manis terkena hujung muncung seterika.

" Auchh!"

Jerit aku perlahan. Suara cuba di perlahankan seperlahan mungkin. Kalau boleh nak jadi bisu lagi senang. Jerit tak berbunyi. Tapi kau silap Maira, Ray Idhlan bukannya pekak. Dia seorang yang peka. Buktinya,

"Dah tahu panas kenapa buat kerja sambil lewa je. Gosok lah elok elok. Ni panik semacam je. Aku bukannya nak gigit kau pun."

Seterika di letakkan ketepi cangkuk besi papan menggosok. Jari manis aku di capainya. Sebelum di tiup lembut.

Ok, sekarang bukan sendi je nak menggigil. Jari jemari dalam gengamannya juga dah macam terkena parkinson. Aku tunduk ke bawah. Sebolehnya tak nak berbalas pandang dengan dia.

Segera tangan aku tarik dari gengamannya. Sambil berundur ke belakang sedikit. Sekadar mencipta jarak.

"Errr, errr. Saaa yaaa.. Ok je. Siikitt je ni. Takkk aaapaa. Terima kasih."

Haa sudah gagap. Aku pandang dia sekejap. Zupp mata kami bersabung lagi. Dada ini sekali lagi seperti nak pecah.

"Kau masih cintakan aku Maira? Dah lama, dan perasaan tu masih ada lagi?"

Airmata tetiba terasa memenuhi kelopak mata. Kau bodoh ke Ray tanya soalan macam tu.

Tak boleh ke kau tengok reaksi aku sekarang? Buta ke? Setitik demi setitik airmata aku menitis ke pipi. Dia tergamam.

"Cinta? Ye, kesilapan saya yang paling bodoh seumur hidup ini adalah jatuh cinta dengan awak. Kenapa awak buat saya macam ni Ray? Apa salah saya?"

Tanpa segan silu airmata ni merembas lebat turun membasahi pipi. Kami bertatapan. Mata itu tak dapat nak berbohong. Aku tahu rasa itu masih ada. Bahkan hari di mana dia mengucapkan kata putus aku masih yakin yang dia masih cintakan aku. Aku tahuuuu!

"Kalau kau tahu perasaan tu bodoh sepatutnya dah lama kau buang perasaan tu Maira. Kau berhak untuk bahagia. Aku minta maaf. Tapi alasan untuk soalan kau tu, aku tak ada jawapannya."

Dia halakan pandangan ke tingkap. Aku lihat rahangnya bergerak gerak. Dadanya berombak. Berperang dengan perasaan sendiri.

Airmata ini makin lebat. Mudahnya jawapan kau.

" Kalaulah semudah tu Ray. Kalaulah... Dah lama saya buat macam tu. Tapi tak mudah. Ray, cakaplah kenapa awak buat saya macam ni? Aaa aaa wakk, memang tak pernah sayangkan saya ke?"

Dia ketap gigi menahan rasa. Tangannya di gengam kuat sehingga menyerlahkan lagi urat urat kasar di lengannya. Lalu di tumbuk papan seterika itu sekuat hati.

Kuat, sampai tersentak aku di buatnya. Aku teresak halus. Tangan automatik ke dada. Terkejuttt.

"Kau keluar sekarang.. Keluar.."

Kata katanya tajam menikam leluhur hatiku. Kasar tak berlembut lagi. Kosong tak berperasaan.

Mungkin memang disini pengakhiran cinta aku. Sepatutnya perasaan ini aku noktahkan dari dulu lagi. Airmata yang meleleh itu aku seka kuat dengan lengan baju. Aku cuba mencuri nafas di balik esakan yang masih lagi kedengaran.

"Ray Idhlan... Terima kasih.."

Pakaian yang siap bergosok itu segera aku capai sebelum berlari ke muka pintu. Muncul pula Atalia memandang ke arah kami dengan kerutan di dahi. Aku segera palingkan wajah dan berlalu ke bilik kami.

"Maira hei kenapa ni?"

Aku buat tak dengar sahaja. Aku nak cepat.

Dia kelihatan menapak masuk ke dalam bilik Ray. Entah apa yang bakal Ray jawab aku dah tak kisah. Apa yang aku tahu, esok aku nak balik KL cepat.

Kau bodoh Maira. Kenapa kau nangis. Kenapa?

Aku terjelepuk jatuh terduduk. Baju yang bergosok tadi ku campak jauh. Lutut ku rapatkan ke dada. Dan tangisan aku hamburkan sepuas hati. Luka lama berdarah kembali. Dan terima kasih untuk itu Ray.

___________________________________

Penat. Penat sangat tapi penat yang berbaloi. Aku rasa bukan aku je yang penat, orang lain pun sama. Contohnya pengantin sekarang. Dari tadi tak putus putus tetamu datang. Ada minta bergambar kenangan, yang bersalaman saja pun ada.

Fotographer pun sama sibuk, kejap di suruhnya pengantin buat pose yang macam macam. Aku yang tengok pun rasa rimas. Tapi tak apalah kawin kan hanya sekali. Apa salahnya merasa penat tu sekejap.

"Maira, bakpo dok g join Atalia nuh ambik gambar sekali. Dok puas ko?"

Tokma tepuk bahu aku lembut. Sebelum sama melabuhkan punggung di sisi.

"Biarlah dulu Tokma. Bagi can untuk family dulu bergambar. Maira nanti nanti pun boleh. Tokma nak makan? Maira ambikkan?"

Tokma senyum menggeleng perlahan. Aku yang beria ria nak bangun tadi terus duduk kembali. Jemari aku di gengamnya erat.

"Tokma sebenarnyo suko bilo Maira mari sini. Panda Lia cari saie. Comey, juruh, rajin. Meh meh po anok beranok doh."

Matanya bersinar bahagia. Tak sangka sebenarnya di puji sebegitu.

"Ala Tokma ni. Maira sama jela macam orang lain. Rajin pun masa kenduri ni je. Kalau tak pemalas dia sama macam bebudak perempuan lain."

Aku senyum. Mata aku halakan pada pelamin yang indah di depan mata. Kelihatan Atalia melambai lambai tangan mengamit aku untuk pergi kepadanya.

" Kejap ye Tokma, Atalia panggil tu. "

Aku bangun.

" Ho g lah. G ambik gamba nuh. Tadi lagi dok sini."

Aku senyum manis. Langkah di atur perlahan menghampiri Atalia. Segera tangan aku di tariknya naik ke pelamin. Langkah aku yang agak terburu buru hampir buatkan tubuh jatuh tersembam. Nasib baiklah ada tangan yang sempat merangkul pinggang aku. Kalau tak mesti hidung import ni dah cium tangga pelamin.

"Sorry Maira, tak sengaja. Aku nak ajak kau ambik gambar tadi. Kau lah, dari tadi lagi aku dok panggil buat tak tahu je."

Atalia kulum senyum. Aku tenung tajam muka dia. Tangan kekar yang tadinya melingkar kemas di pinggang kini terlerai perlahan.

Hati terasa di panah saat aku pandang muka orang itu. Ray!

Tangan yang menyambar badan aku tadi adalah tangan Ray. Lutut dan tulang temulang seakan memberi amaran, amaran yang aku bakal lumpuh serta merta di situ.

Mata cantik, dingin dan beku itu memanah tajam mata aku.

"Dah puas main Atalia?"

Keras suara garau itu kedengaran. Aku diam sahaja. Lidah aku kelu.

"Ala Paksu, rileks lah. Bukannya sengaja. Lagipun nasib baik Paksu sambut. Mekasih Paksu."

Atalia tayang muka comel. Dasar anak sedara tak makan saman. Ray mengeluh perlahan. Tapi telinga aku versi telinga lintah sesat ini dapat menangkap bunyi keluhan dia.

" Dah, dah. Tak payah nak berdrama lagi. Orang dok tunggu nak bergambar tu."

Salah seorang sepupu Atalia menciut lengannya. Atalia kembali menarik tangan aku. Kali ini dah sopan sikit. Aku tarik nafas lega. Macam oksigen di pam pam masuk melewati sistem pernafasan yang hampir semput tadi.

Aku berdiri bersama Atalia di sebelah kanan Achik Ana. Manakala Ray dan adik lelaki Atalia berdiri sebelah kiri pengantin lelaki.

Aku perasan mata Ray tepat memandang aku. Air liur terasa kelat. Dan tanpa sedar saat mata kami bertatapan, photographer tetiba snap gambar.

Makanya gambar itu ada Kau dan aku yang bertatapan tanpa jemu.

Continue Reading

You'll Also Like

556K 27.1K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
2.4M 100K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
330K 11.5K 49
[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sika...
562K 19.6K 54
Completed√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...