Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 1 9

10.3K 494 158
By nuggetcaramel_


Suasana di tapak perhimpuan itu riuh dengan suara pelajar yang berbual dan bergurau. Cikgu-cikgu pula semuanya sedang sibuk berbincang dengan fasilitator yang baru sampai. Katanya pagi tadi van mereka rosak, jadi fasilitator sampai ke tapak perkhemahan lambat dari masa yang sepatutnya.

Aku berpeluk tubuh dan bercangkung sementara ahli kumpulanku yang berada di hadapan bergurau. Aku pula ahli yang berbaris paling belakang. Aku juga rasa terasing dengan ahli kumpulan aku dari tengahari tadi kerana aku dan Rayyan sahaja kelas Emerald. Yang lain semuanya kelas Diamond

Sedang aku bercangkung dan termenung, bahuku terasa dicuit seseorang dari belakang. Aku terus mengangkat kepala memandang pelaku itu. Terpapar wajah Khairul tersenyum lebar menatap wajahku. Aku terus bangun lalu menghadapnya.

Aku dapat lihat wajah Khairul dari tengahari tadi muram saja. Sudahlah tak dapat satu kumpulan dengan aku, nampak aku satu kumpulan dengan Airiel pula. Bertambah panas hatinya melihat aku dan Airiel asyik bersama macam ada jodoh pula.

"Kau kumpulan dengan siapa eh? Lupalah," Soalku.

Air muka Khairul terus berubah. Bibirnya mencebik membuatku geli hati. Comellah pula budak ni.

"Dengan budak budak bengap kecuali Fathia. Aku hampir bakar semua khemah yang ada tadi," Adu Khairul.

Aku ketawa kecil. Teringat peristiwa ketika namanya tidak berada di dalam 1 kumpulan yang sama denganku tadi.

Imbas Kembali

"Hakim, Rizqin, Khairul. Okay, sekejap saya selak untuk kumpulan 5," Cikgu Hani kemudian menyelak helaian senarai nama dan kumpulan.

"Saf, aku pergi dekat kumpulan aku dulu. Aku tunggu kau dekat sana," Ujar Khairul. Terpapar sebaris giginya yang cantik dengan bibirnya yang tersenyum teruja.

Aku hanya mengangguk malas melayan perangai Khairul yang mengada-ngada itu. Sudahlah dari tadi dia asyik mengganggu aku. Sekejap, tudungku ditarik. Sekejap, kasutku dipijak. Sekejap, mulutku disumbat gula-gula kopi. Ada yang kena penampar kang sekejap lagi.

Khairul dengan teruja terus berlari ke arah ahli kumpulannya. Dengan jantung berdebar-debar tangannya menggenggam tangan Hakim. Hakim memandang Khairul terkejut dengan perangai Khairul yang manja itu.

"Aku tak kesahlah group aku penuh dengan budak budak bengap macam kau. Aku nak satu kumpulan dengan Saf je," Ujar Khairul. Matanya bersinar-sinar merenung cikgu Hani dengan harapan.

"Fathia, Arief, Aiman, Lily, Orkid, Jasmin dan Kesuma. Wow kumpulan ni penuh dengan bunga. Okay seterusnya-,"

"Wait," Suara Khairul memotong kata-kata cikgu kuat sehingga membuatkan pelajar yang beratur diam.

Suasana di situ berubah sunyi. Dengan langkah yang lemah, Khairul datang ke arah cikgu Hani. Cikgu Hani membulat matanya memandang Khairul dengan terkejut.

Apabila Khairul sampai di hadapan cikgu Hani, senarai nama tersebut terus dirampas. Nama-nama yang ditaip dibaca satu persatu. Semua pelajar memandang Khairul hairan. Dah kenapa budak ni? Dramatik betul langkahnya ke hadapan.

"Tta- tak ada nama Safiya? Sampai hati cikgu buat saya macam ni?" Soal Khairul.

Cikgu Hani menghela nafasnya sambil matanya merenung Khairul dengan menyampah. Senarai tersebut dirampas semula dari tangan Khairul. Pelajar-pelajar mula bersuara semula selepas persoalan mereka terjawab.

Pelajar-pelajar mula mengalihkan pandangan ke arahku yang beratur di belakang Iman. Aku menutup wajahku yang sudah menjadi perhatian pelajar lain. Seluruh kulit mukaku terasa bahang. Kulitku yang dilahirkan kering bertambah kering dan merah.

"Khairul memang sial. Mana aku nak letak muka aku ha," Aku berbisik di telinga Iman. Iman menggeleng saja melihat perangai Khairul di hadapan.

"Iyalah. Tak ada nama Saf. Bukan jodoh kau lah tu, Khairul. Dah kau pergi duduk dengan ahli kumpulan kau sana," Ujar Cikgu Hani. Buat suspen saja Khairul ni.

"Macam mana boleh cikgu pisahkan saya dengan Saf? Keluarga saya yang sponsor camping ni," Khairul menutup mulutnya yang ternganga kecewa.

"Oh ya? Tapi, keluarga awak tak sponsor kertas ni. Sekarang awak pergi balik kumpulan awak," Balas cikgu Hani. Dia terus sambung memanggil nama kumpulan seterusnya.

Khairul dengan rasa kecewa yang menyelubungi dirinya terus melutut di tanah. Cikgu Hani langsung tidak terganggu dengan perbuatan Khairul. Dia terus membaca nama-nama kumpulan seterusnya.

Hakim menggeleng melihat perangai Khairul. Dia dan Rizqin terus mengangkat Khairul ke kumpulan mereka semula.

Imbas Kembali Berakhir 

"Kau pun bengap eh? Berani kau malukan aku tadi?" Tanganku laju memukul bahunya. Aku tahan malu sampai tak bercakap dengan sesiapa langsung tengahari tadi.

Dahi Khairul berkerut sambil tangannya mengusap bahu yang dipukul. Aku mengetap gigi geram. Malu yang aku rasa tadi, masih rasa sekarang. Aku rasa macam nak tanam kepala aku saja dalam pasu.

"Aku dah terima dah kenyataan kau tak sama kumpulan dengan aku. Tapi, aku tak boleh terima kau satu kumpulan dengan dia," Hujung jari telunjuk Khairul dihalakan ke arah Airiel yang sedang bergurau dengan Haikal.

Aku menggeleng melihat perangai Khairul yang kebudak-budakan itu. Lengan Khairul aku pukul lagi. Airiel yang dari tadi berbual tiba-tiba menoleh ke arah kami berdua. Keningnya berkerut pelik melihat dirinya d

"Kau pergi balik barisan kau. Aku tak nak kau bergaduh dengan Airiel pula dekat sini," Arahku.

Dekat sekolah dah bergaduh, takkan dekat sini pun nak bergaduh. Sudahlah lepas kami balik dari perkhemahan ini, kami akan didenda pula. Semua sebab dua orang teruna ni asyik nak bergaduh saja. Dengan aku sekali diheret ke bilik disiplin.

Khairul memuncungkan bibirnya lalu dia kembali semula kepada kumpulannya. Apabila aku berpaling ke arah kumpulanku semula, aku perasan bahawa Airiel sedang merenungku. Aku mengangkat kedua-dua belah kening hairan. 

"Baiklah, dengar apa yang saya nak cakap semua. Seperti yang awak semua tahu, aktiviti petang ini sepatutnya ice breaking. Tapi, ice breaking dibatalkan. Memandangkan awak semua kebanyakannya dah 5 tahun kenal dengan orang yang sama, saya anggap yang tak perlulah ice breaking. Kita skip aktiviti tersebut jadi petang ini awak tak ada aktiviti. Awak semua bolehlah buat aktiviti bebas, main bola ke, bola tampar dan sebagainya. Hutan saja tak dibenarkan masuk. Jangan nak cari pasal ya dekat tempat orang ni. Faham?" Ujar Cikgu Hani.

"Faham!"

"Saya nak awak semua pergi mandi dan siapkan diri untuk solat maghrib di surau. Lepas solat maghrib, awak semua akan buat aktivti bersama fasi. Saya sudah ambil 4 senior tahun lepas untuk jaga awak semua. Dengar cakap fasi! Saya tahu ada yang nakal dan tak nak ikut arahan, siaplah ya awak semua. Dan selepas solat Isyak pula, awak semua ada aktiviti barbeque. Semua peralatan dan bahan sudah disediakan di kantin untuk setiap kumpulan," Sambung cikgu Hani lagi.

Semua pelajar bersorak gembira dan teruja untuk aktiviti malam ini. Manakala aku pula sedih melihat tiada kawan yang rapat dengan aku berada dalam kumpulan yang sama. Ummi nak balik ummi. Tak nak duduk sini ummi. 

Semua salah Rayyan. Aku menjeling Rayyan yang sibuk berbual dengan Lin. Sudahlah dengan Lin seorang saja yang aku boleh berbual, Lin pun dia ambil. Habis tu aku nak kawan dengan siapa?

"Baiklah. Saya akan beri ruang untuk fasi awak pula perkenalkan diri,"

"Assalamualaikum dan selamat petang semua. As you guys know, I am Kak Fasya will be your facy for this 3 days 2night camp. I know you guys know me, right?" Ketua fasi mula memperkenalkan diri.

Pelajar-pelajar lelaki mula bersorak untuk kak Fasya manakala kak Fasya tersenyum malu. Aku memandang pelajar-pelajar lelaki yang menggedik dengan kak Fasya. Sebenarnya, kak Fasya adalah pelajar perempuan yang popular di sekolah itu dahulu. Kak Fasya popular kerana dia dikatakan atlet sekolah yang selalu memenangi tempat pertama dalam lumba lari. Walaupun selalu berada di padang, wajahnya masih putih seperti tak pernah keluar rumah.

"Hai semua nama saya Nadia Syahira, saya bukan senior sekolah ni. Tapi, saya bakal mengajar dekat sekolah ni. Panggil saya Kak Naddy,"

"Ok, Hai. Nama aku . Err aku ke abang eh? Ah abang lah sedap sikit. Okay, nama abang Fahmi. Panggil abang Ami. K tu je,"

"Ok, hai. Aku facy paling hensem dekat sini. Nama aku Arief. Panggil Abang Rief yang hensem lagi tampan dan menawan,"

"Sekarang you guys boleh pergi siap untuk solat maghrib. Yang tak boleh solat, ikut aku. Solat maghirb berjemaah ya. Okay, sekarang kita nak pilih imam. Siapa rasa dia boleh jadi imam?" Tanya Kak Naddy.

Pelajar-pelajar mula mengusik rakan mereka untuk menjadi imam. Aku menoleh ke arah Zarif yang berdiri selang 3 baris denganku. Selalunya perkhemahan di sekolah lama, Zarif akan menjadi imam mengetuai solat. 

Aku renung wajah Zarif yang tampak murung dari pagi tadi. Farah benar-benar mengubah diri Zarif. Aku tak boleh nak salahkan Farah sebab ini kali pertama Zarif bercinta. Mungkin itu sebabnya percintaan ini benar-benar mempengaruhi emosinya.

"Weh, kita sebut nama Airiel nak?" Bisik Adam di telinga Hakim.

"Woo.. aku setuju. Sekejap aku suggest nama dia," Hakim tersenyum nakal. Dia pantas mengangkat tangan.

"Kak Naddy! Ni Hakim angkat tangan!" Adam bersuara membuatkan pelajar lain semua memandang ke arah Hakim . Hakim tersenyum-senyum sambil mengangkat tangannya tinggi.

"Ha okay. Jadi, Hakim akan jadi imam solat Maghrib nanti. Terima kasih Hakim. So, sekarang siapa nak iqamat?" Ujar Kak Naddy.

Senyuman Hakim terus mati. Tangannya perlahan-lahan turun ke sisi semula. Dia memandang Adam tajam. Adam sudah terbaring menggelakkan Hakim. Hakim mencebik.

Khairul mengangkat tangan kanannya tinggi. Kak Naddy terus menoleh ke arahnya. 

"Hah Khairul. Nak iqamat?" Tanya Kak Naddy.

 Khairul mengangguk sambil tersenyum. Pelajar-pelajar perempuan disekelilingku menjerit kecil melihat senyuman Khairul yang manis. 

"Dia senyum macam tu, melayang aku weh,"

"Kalau aku tak dapat boyfriend senyum macam tu, aku minta dia masuk perut mak dia balik,"

Aku tersenyum mendengar suara-suara pelajar perempuan yang memuji Khairul. Tidak dapat dinafikan, senyuman Khairul memang boleh buat perempuan pengsan.

"Okay bagus. Awak semua boleh gerak sekarang,"

*****

Pili air dibuka lalu tangannya dibasuh dengan sabun dan air. Farisya menggosok-gosok tangannya yang kotor selepas keluar dari tandas. Pili air ditutup, Farisya kemudian keluar dari tandas dengan tenang.

"Isya!"

Badannya tersentak terkejut mendengar nama manjanya diseru. Farisya terus menoleh ke belakang. Kelihatan Hakim tersenyum nakal sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket.

Bahu Hakim ditolak, giginya diketap geram.

"Suka hati kau je panggil nickname aku eh? Eh, family aku jelah boleh panggil aku macam tu," Farisya mengalihkan matanya daripada Hakim. Pelajar-pelajar lain yang baru keluar dari surau dipandang.

"Mesti sedap sangat aku baca Al-Fatihah tadi. Sampai rasa tak nak tengok muka aku kan?" Hakim mengemaskan rambutnya sambil bibirnya tersenyum 

"Aku tak tahu. Aku tak dengar. Aku tak solat," Ujar Farisya tanpa memandang Hakim. Senyuman di bibir Hakim terus mati. Baru nak berlagak, rupanya tak dengar pun.

"Isya,"

Kali ini Farisya memandang Hakim. Dia mengeluh sambil anak matanya menatap wajah Hakim menyampah. Walaupun dia terima Hakim bakal jadi suaminya, bukan mudah untuk mendengar Hakim memanggil nama manjanya.

"Eh jangan panggil aku macam tu lah," Sensitif telinganya mendengar nama manjanya itu diseru.

"Eh, biarlah. Aku jadi family kau juga nanti, kan?" 

"Suami yang tak cintakan aku. Boleh dipanggil keluarga ke? Kawan yang sayang aku pun tak tahu nama manja aku. Kau yang tiba-tiba datang ni nak panggil aku Isya? How dare you.." 

"Halah kau pun tak sayang aku," 

"Siapa kata aku tak sayang kau?" Farisya membalas tanpa berfikir.

Hakim terkedu mendengar respon Farisya. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Satu persoalan mula muncul di kepalanya. Adakah Farisya sebenarnya tidak terpaksa dan benar-benar sayangkan dirinya? 

"Isya," panggil Hakim lagi.

"Dahlah. Aku nak pergi dekat group aku," Farisya mula mengatur langkah ingin pulang kepada ahli kumpulannya semula.

Tangannya direntap. Kakinya berhenti melangkah.

"Kau satu kumpulan dengan aku," ujar Hakim senada.

Farisya menggigit lidahnya. Dia tersedar yang dia terlepas cakap. Jantungnya berdegup laju. Macam mana kalau Hakim tahu aku pernah sukakan dia? Macam mana kalau Hakim tahu aku tak terpaksa pun untuk kahwin dengan dia?

"Kau nak aku sayang kau ke?" Nadanya berubah. 

Farisya masih tidak mahu memandang Hakim. Hakim perlahan-lahan melepaskan tangan Farisya. Farisya masih tidak berganjak dari kedudukannya.

"Kalau kau nak, aku boleh cuba untuk buka hati terima kau," 

"Merepeklah. Kau sendiri kata kau nak hidup dengan Audrey sampai bila-bila,"

Farisya menggeleng. Tak. Dia tak boleh percaya kata-kata Hakim. Takkanlah semudah itu Hakim nak tinggalkan Audrey. Dah bertahun-tahun mereka bercinta, takkan tak ada rasa nak bersama hingga ke alam perkahwinan. 

"Everything can change, Isya" ujar Hakim.

Farisya terdiam. Tangannya menggenggam lalu tubuhnya berpaling menghadap Hakim semula. Wajah Hakim ditatap lama.

"Kalau aku kata..."

"Babyy...." Satu suara manja mencelah perbualan itu. 

Farisya pantas mengalihkan pandangannya ke tempat lain, Tangannya mengipas-ngipas wajah yang terasa panas. Suasana disitu menjadi kekok. Hakim pula masih merenung Farisya, diam menunggu Farisya menyambung ayatnya. 

"Baby, sedaplah you baca doa, surah tadi. I suka sangat!" Tangan Audrey memaut lengan Hakim yang agak berotot. 

Hakim merenung Farisya sambil bibirnya dikemam. Nafasnya dihela lalu bibirnya mengukir senyuman. Wajahnya menoleh ke arah Audrey pula.

"Apa you kata tadi?" Tanya Hakim. Telinganya tidak memberi tumpuan kepada Audrey kerana menunggu jawapan daripada Farisya tadi.

"Ish. Tengok tu! I cakap you tak dengar apa-apa pun. Nak merajuklah macam ni," marah Audrey. Bibirnya mencebik.

"Janganlah merajuk, sayang," Hakim mengusap lembut pipi Audrey. 

Mata Farisya cuba curi-curi lihat kelakuan mereka disitu. Tak dapat dinyatakan apa yang dia rasa sekarang. Hatinya rasa sakit. Kenapa dia tak boleh pergi saja dari situ? Kenapa dia masih mahu lihat walaupun perkara itu akan buat dia rasa sakit?

Anak mata Hakim yang merenung Audrey dipandang. Renungan itu, penuh rasa cinta. Macam mana dia nak percaya yang Hakim boleh ubah perasaan dia? Hakim takkan pernah suka dirinya. Dia sedar diri.

Tak tahan berdiri di situ, Farisya terus mengatur langkah pergi dari situ. 

******

Haikal merayau di sekitar tapak perkhemahan sementara peserta lain sedang healing di tempat lain. Malam ini aktiviti barbeque ditangguh kepada esok. Katanya ada masalah bahan. Mulutnya menyanyi-nyanyi lagu 'empty space'. 

"I don't regret the day I left.. I don't believe that I was blessed... I'm probably lyin' to myself again-"

Tiba-tiba telinganya terdengar suara perempuan menyambung nyanyiannya.

"I'm alone in my head... Looking for love in a stranger's bed... But I don't think I'll find it... Cause only you could fill this empty space," sambung suara asing itu.

Haikal terus menghalakan cahaya lampu picitnya ke arah semak samun yang menutupi sungai.

"Siapa tu?" Soal Haikal. 

Jantungnya berdegup kencang. Suara siapa? Hantu ke? Hantu nyanyi lagu Empty Space? Kakinya perlahan-lahan mendekati suara itu. Tangannya menyelak semak-semak. Matanya membulat melihat seorang wanita duduk seorang diri di tepi sungai.

"Fathia," Ujar Fathia lalu mencampak batu batu kecil ditepi sungai itu kedalam sungai. Haikal menghembus nafas lega. Ingat bunian tadi.

"Kenapa kau tak duduk sana?" Haikal melabuhkan punggung disebelah Fathia.

"Malaslah. Bising,"

"Kau buat apa dekat sini?" Fathia menggosok-gosok lengannya yang terasa sejuk apabila kedinginan angin malam menerpa tubuhnya.

Haikal memandang sekilas Fathia yang cuba menahan sejuk. Zip pada sweater yang disarung ditarik. Sweater tersebut diletakkan menyelimuti tubuh Fathia.

"Aku? Aku malas duduk dengan kumpulan aku tu. Laila tu tak habis habis nak try aku. Rimas!" Haikal merungut.

Pening dia hendak melayan Laila yang tidak mengalah mencari peluang untuk berkepit dengan Haikal. Haikal sudahlah sejenis lelaki yang antiromantik. Walaupun wajahnya menjadi kegilaan wanita, tidak pernah sekali pun Haikal menggunakan wajahnya untuk bermain dengan hati wanita.

Fathia tergelak kecil. Sudah bertahun-tahun Fathia dan Haikal berkawan dan perangai Haikal masih sama. Haikal masih layan Fathia sama seperti dulu walaupun Fathia sudah tidak meluangkan masa bersamanya lagi.

"Kau ni. Laila tu comel apa, pandai pun pandai, kaya pun kaya, tutup aurat pun ya. Kenapa kau ni suka lepaskan perempuan yang baik?"

"Perempuan baik tak menggatal macam dia,"

"Habis tu, perempuan baik macam mana?"

"Macam kau. Aku suka perempuan macam kau," Haikal cuba tidak memandang Fathia.

Fathia mendiamkan diri. Dia cuba tidak fikir bukan-bukan tentang Haikal. Dalam kepalanya, Haikal memang layan semua perempuan dengan baik.

"Aku mana ada baik. Aku tinggalkan kau," Fathia tunduk merenung kakinya yang berendam dalam air sungai.

Imbas Kembali

Tangan Fathia direntap kasar. Haikal merenung wajah Fathia dengan geram.

"Kenapa? Kenapa kau dah tak nak cakap dengan aku? Aku tak tinggalkan kau. Aku masih kawan kau. Diaorang yang bagi attention lebih dekat Nadhirah. Tapi, aku masih layan kau sama macam sebelum ni. Kenapa kau mengelak dari aku?"

Fathia mengetap gigi lalu tubuhnya berpaling ke arah Haikal. Matanya menatap lama wajah yang masih menunggu jawapan itu.

"Aku tak boleh nak terus ada dalam circle ni. Adik aku ada. Kau layanlah dia sama macam kau layan aku. Ak- aku tak boleh tahan," Air mata Fathia akhirnya tumpah selepas lama ditahan.

"Kenapa? Aku ada. Aku sentiasa support kau. Kau saja nampak tak ada orang layan kau, tapi diaorang cuma teruja bila adik kau datang," Haikal masih tidak mengalah memujuk Fathia.

Bukan mudah untuk dia lepaskan Fathia. Fathia sudah banyak membantunya sebelum ini. Fathia juga selalu menjadi pendengar setia setiap masalahnya.

"Aku tahu Haikal. Cuma...,"

"Cuma apa? Cuma kau tak boleh tahan tengok Khairul layan Nadhirah? Khairul layan Nadhirah sama macam dia layan kau Fathia. Tolonglah jangan macam ni,"

"Tak. Tak sama,"

"Apa yang tak sama?"

"Khairul tak suka aku!"

Esakan Fathia mula kedengaran. Fathia menarik tangannya dari genggaman Haikal. Tangannya lemah menyeka air mata yang mengalir lebat.

"Kau suka Khairul?" Soal Haikal. Kerutan di dahinya perlahan-lahan pudar. Persoalan yang menyeksa dirinya kini terjawab.

Fathia tidak mampu mengeluarkan suaranya. Kepalanya mengangguk. Haikal mengeluh lalu kepala Fathia ditarik ke dadanya. Bahu Fathia ditepuk cuba memperlunak hati yang remuk itu.

Imbas Kembali Berakhir

"Tak. Kau tak tinggalkan aku. Aku yang biarkan kau pergi. Aku tak pernah terasa pun,"

Haikal menipu. Sepatah pun bicara yang dia luahkan adalah tidak benar. Bertahun mereka berkawan, tipu kalau dia tidak pernah menyimpan rasa untuk Fathia. Dia cuma lupakan perasaan yang bertepuk sebelah tangan bertahun lamanya.

Fathia tersenyum hambar.

"Terima kasih,"

"Sama-sama. Aku nak tanya boleh?"

"Apa?" Balas Fathia lalu memeluk kakinya. Kepala dilentokkan di atas lututnya sambil memandang haikal.

"Kau still marah dengan Airiel ke?"

"Ha ? Marah? Kenapa?"

"Pasal.... emmm... Nadhirah?" Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Siapa kata aku marah? Aku okay je,"

"Dia kan kembar kau dulu," Haikal mencabut stokin di kakinya seraya merendamkan kedua kakinya di dalam sungai.

"Habis? Sekarang dia bukan kembar aku ke?"

"Bukan. Dia kan meninggal,"

"Kenapa aku nak kena marah Airiel? Dia bukan buat salah pun. Ke dia yang langgar arwah adik aku?" Mata Fathia terbeliak memandang Haikal.

Kini mata Haikal pula terbuntang.

"Hei bukanlah! Tapi, Nadhirah meninggal masa kejar Airiel. Jadi, Airiel rasa bersalah dengan kau,"

Fathia menghembus nafas. Wajah arwah Nadhirah mula terpapar di mindanya. Walaupun kematian arwah Nadhirah berlaku tahun lepas, namanya masih menjadi sebutan. Benar kata orang, perangai arwah Nadhirah menarik sehingga susah untuk dirinya dilupakan.

Ketika Nadhirah masih hidup, Fathia kadang-kadang cemburu dengannya. Baru berapa hari masuk sekolah baru, ramai pelajar yang mahu berkawan dengan Nadhirah. Semuanya kerana perwatakan Nadhirah yang ceria. Dia mampu menjadi pendengar yang bagus, kawan yang menceriakan suasana dan dia juga mampu membulat orang kagum dengan keberaniannya.

Tetapi, tidak tahu apa sebabnya, Nadhirah berubah selepas beberapa bulan bersekolah di Elizabeth Rose International High School. Dia menjadi paranoid. Tiba-tiba selalu hilang di sekolah. Banyak menyembunyikan diri sehingga dia dibawa berjumpa pakar psikiatri.

Waktu itu, Fathia terkejut mendengar bahawa Nadhirah menghadap anxiety. Diri Nadhirah yang ceria bertukar murung. Nadhirah kerap mengurungkan diri menangis di rumah. Yang mengejutkan, keputusan peperiksaan Nadhirah merosot teruk sedangkan dia pelajar terbaik di sekolah lama.

Hingga sekarang, punca Nadhirah berubah masih tidak diketahui. Fathia juga sudah mengalah. Dia cuba cari puncanya tetapi tiada satu tanda pun yang ditinggalkan arwah Nadhirah. Ataupun ia disembunyikan?

"Aku tak pernah salahkan Airiel. Airiel pernah bahagiakan arwah adik aku,"

Haikal mengangguk faham. Mungkin Fathia tidak mahu kisah tragik arwah adiknya diungkit.

"Khairul dah tahu dah?"

"Pasal apa?"

"Pasal perasaan kau dekat dia,"

"Of course lah.... Tak" Fathia tersenyum kelat.

"Kenapa kau tak nak terus terang dekat dia?"

"Kau merepek apa ni? Memang tak lah aku nak bagitahu dia pasal tu,"

"Kenapa?"

"Kau tahukan siapa yang dia sayang sekarang,"

"Safiya?"

"Yep. Dia memang betul-betul dah sayangkan Saf. So, buat apa aku nak terus terang. Burukkan keadaan je,"

"Dia tak layak. Aku tak suka dia," Haikal mengetap gigi. Dia pandang ke sungai. Sebut nama Safiya saja sudah membuatkan hatinya panas.

"Kenapa? Dia macam Nadhirah,"

"Muka? Aku tak nafikan muka dia orang sama. Tapi, attitude? No. Dia tak layak dapat Khairul. Dulu masa Safiya tak ada, Khairul elok je kawan dengan kita orang. Selalu video call Airiel. Kau tengok sekarang friendship kita orang dah kucar kacir. Semua sebab perempuan tu,"

"Itu sebab Khairul terlalu sayangkan Safiya. Aku pun tak pernah nampak Khairul protective macam tu. Nampak sangat dia betul-betul sayangkan Saf," Sekali lagi Fathia tersenyum hambar.

Menyedari senyuman Fathia nampak menyakitkan, dia terus memegang kedua-dua belah bahu Fathia. Fathia mengangkat kepala memandang Haikal dengan mata yang terbeliak.

"Kkau- kau boleh tak jangan cakap benda yang buat hati kau sakit. Kau selalu sakitkan hati kau sendiri Fathia. Kau selalu mengalah. Kau selalu pendam. Kenapa kau tak express apa yang kau rasa? Kenapa kau suka pendam, Fathia?" Haikal mengetap gigi geram. Fathia terkejut melihat emosi Haikal tiba-tiba berubah.

Fathia mengeluh lalu tangannya meleraikan genggaman Haikal pada bahunya. Dia tersenyum hambar sekali lagi.

"Sebab itu bukan diri aku, Haikal. Arwah Nadhirah pernah cakap dengan aku. Mungkin, satu hari nanti, aku takkan pendam perasaan aku lagi. Bila aku dah jumpa lelaki yang betul. Biarlah Allah tetapkan apa yang tersedia untuk aku, Haikal. Walau seribu kalipun aku terpaksa lepaskan lelaki yang aku suka, aku takkan menyesal. Allah nak jumpakan aku dengan lelaki yang baik, Haikal,"

******

"Saf, saya mengantuklah. Saya tidur dulu tau. Bye," ujar Lin lalu terus melelapkan matanya. Safiya tergelak kecil.

Safiya meletakkan tangannya di atas dahi. Matanya masih segar. Dia masih tidak boleh tidur. Dia mengambil keputusan mahu bersiar-siar di luar. Dia mengambil selendang hitamnya didalam beg tudungnya lalu dililit di leher ringkas. Dia mengeluarkan lampu picit di dalam beg kecilnya.

Safiya terus keluar dari khemah tersebut. Suasana sunyi sahaja. "Mesti semua orang dah tidur ni" monolog Safiya. Kakinya melangkah ke arah pondok berdekatan sungai.

Safiya terus melabuhkan punggung di kerusi kayu yang terdapat di pondok itu. Dia menyandarkan badannya. Dia menutup matanya. Dia mengeluh.

"~Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya, terangilah gelapku walau dalam gelita~Dengarkanlah aku~Jiwaku tulus untukmu~" telinga Safiya terdengar satu suara menyanyi agak perlahan. Safiya terus membuka matanya.

Matanya melilau mencari gerangan siapakah yang menyanyi itu. Dia terus melangkah mencari insan tersebut. Dia ternampak seorang lelaki memakai topi duduk di tepi sungai. Lelaki tersebut merendamkan kakinya didalam air sungai yang sejuk itu.

Safiya terus menghalakan cahaya lampu picit ke arah lelaki itu. "Siapa tu?" Tanya Safiya. Lelaki itu terus menoleh ke belakang.

"Kau asal tak tidur lagi?" Tanya Zarif.

Safiya mengusap dadanya lega. Ingatkan siapa tadi. "Ahh aku tak boleh tidur" jawab Safiya lalu mendekati Zarif. Zarif mengangguk lalu meletakkan dagunya di lutut sambil tangannya bermain dengan air.

******(saf's pov)

Aku terus melabuhkan punggungku disebelah Zarif. Zarif mengeluh. "Kau kenapa ni? Mesti pasal Farah kan?" Tanyaku. Aku memandangnya. Sebenarnya, aku cukup sebak melihat Zarif sudah beberapa hari menangis sebab Farah.

"Aku rasa give up sangat, Farah tak terima aku. Aku takut dia hilang ingatan lama dan lepas tu dia tersuka lelaki lain. Lepas tu dia boleh bahagia dengan lelaki tu. Aku tak tahu nak buat apa dah" Zarif mengeluh. Aku memandangnya simpati.

Aku memegang muka Zarif menyuruhnya memandangku. Zarif hanya akur. Aku mencabut topinya. "Haih. Kenapa kusut sangat ni? Mana abang aku yang jaga penampilan sangat tu?" Monologku lalu menggosok kepalanya ingin membetulkan rambutnya. Zarif mendiamkan diri.

Aku menyentuh muka Zarif. "Habis berminyak muka abang aku ni. Siapa buat ni ha?" Ujarku. Jatuh setitik manik putih dari mata Zarif. Aku mengelap air mata Zarif.

"Ish siapa yang buat abang aku menangis ni? Mana abang aku yang gila pergi?" Tanyaku pura-pura marah.

Zarif menarik aku perlahan ke dalam dakapannya. Dia meletakkan kepalanya di bahuku. Aku memeluknya. Aku menggosok perlahan belakang badannya. Terkeluar bunyi tangisan Zarif. Zarif menutup matanya menangis. Air matanya laju turun ke pipi.

"Zarif, jangan sedih. Aku nak balik abang aku yang ceria tu" ujarku pada Zarif. Zarif menjatuhkan tangannya di pinggangku.

"Aku tahu abang aku kuat. Please aku tak nak kau macam ni. Aku sayang kau. Kau abang aku." Ujarku. Aku mengusap kepalanya.

"Aku nak Farah balik. Tolonglah." Ujar Zarif masih dengan sebak tangisannya.

"Aku tahu. Please, don't cry. Sabar. Semua benda yang jadi ada hikmahnya," balasku. Zarif menangis lagi dibahuku. Tanpaku sedar air mataku jatuh setitik. Kesian abang aku.

"Zarif, kau pergilah jumpa Farah. Baru pukul berapa ni. Baik kau pergi sana cepat. Aku tahu kau rindu dia," ujarku memberi cadangan. Zarif mengangkat kepalanya. Aku mengelap air mata dipipinya.

"Macam mana nak pergi dah kalau aku stuck dekat tempat ni?" Zarif mengeluh perlahan.

Aku senyap-senyap mengeluarkan satu kunci kereta jenama Honda milik Cikgu Aireen. Memandangkan aku buat keputusan untuk ikut cakap Cikgu Aireen, cikgu Aireen setuju untuk bagi apa yang aku minta juga.

Mata Zarif terbeliak memandang kunci tersebut. Kunci itu aku letak di tapak tangannya lalu jari jemarinya menggenggam kunci tersebut. Aku tersenyum nipis.

"Pergi jumpa dia. Aku sentiasa support kau," Ujarku sambil menggenggam tangannya. Zarif merenung anak mataku terharu.

"You're the most precious gift I've ever gotten in my life. Thank you, Saf," Ujar Zarif lalu memelukku sebentar. Tanpa bertanya dari mana aku dapat kereta tersebut, Zarif terus berlari ke kereta cikgu Aireen.

Keningku mula berkerut. Zarif tak syak apa-apa? Dia tak tanya langsung dari mana aku dapat kunci ni. Dia ada tahu something ke?

*******

Zarif laju berlari menuju ke bilik Farah. Matanya melilau mencari nombor wad yang diduduki oleh Farah. Apabila dia berada di hadapan bilik itu, tangannya laju menolak pintu bilik tersebut.

Hatinya hancur melihat seorang lelaki dan perempuan yang sedang mesra berbual dengan jarak yang dekat. Perempuan dan lelaki itu terus menoleh ke arah Zarif.

"Farah apa ni?" Tanya Zarif. Air matanya bertakung di tubir mata. Dia memandang ke arah tangan kanan Farah yang sedang berpegangan tangan dengan seorang lelaki di hadapannya.

"Yang kau nak sibuk apa hal?" Tanya Farah. Farah terus memandang semula ke arah lelaki dihadapannya.

"Siapa ni baby? " tanya lelaki itu. Dia memandang ke arah Zarif pelik.

"Someone yang I tak kenal. Lepas tu, tiba-tiba mengaku boyfriend I. Like what? " ujar Farah lalu tergelak kecil.

Zarif menggenggam penumbuk. Sakit di hatinya tiada siapa tahu. "Watch your mouth, Farah!" Marah Zarif.

Lelaki itu berdiri lalu melangkah ke arah Zarif. "I think you're the one who SHOULD watch your mouth. I'm Haziq by the way," Haziq menghulurkan tangannya.

Zarif mengetap gigi geram melihat senyuman yang terukir di bibir Haziq itu. Macam mana... Macam mana Farah boleh senang percaya lelaki ni? Tangannya diangkat lalu satu penumbuk laju dihayun ke muka Haziq.

Buk!!

Haziq tertoleh ke kiri. Farah ternganga. "Haziq!!" Jeritnya.

"Kau merepek apa ha sial?! I'M HER BOYFRIEND! NO ONE CAN REPLACE ME!" Tempik Zarif marah.

Haziq tersenyum sinis. "You know what? Aku lagi lama kenal Farah dari kau. Kau yang tak tahu sebenarnya aku dah ada hubungan dengan Farah dah lama dah," ujar Haziq lalu menolak bahu kiri Zarif.

Api di hati Zarif membara. " Kau tak payah nak merepek. Farah aku tak macam tu. She's mine!" Tengking Zarif kuat.

"Cakaplah apa apa pun yang kau nak. Dia masih girlfriend aku, Shah Zarif," Balas Haziq sambil memegang kolar baju Zarif.

Zarif bertambah marah lalu menghantar satu lagi tumbukan yang kuat di pipi Haziq. Kaki kanannya menyepak perut Haziq. Haziq tersungkur di lantai.

"Haziq!!!" Jerit Farah lalu turun dari katil. Dia terus pergi kepada Haziq. Dia mengangkat kepala Haziq lalu diletakkan di pehanya. Zarif mengetap giginya kuat.

Farah memegang bibir Haziq yang sudah bengkak dan luka akibat terkena tumbukam Zarif. Dia terus memandang Zarif tajam. Dia terus berdiri lalu mendekati Zarif. Dia merenung Zarif tajam.

Pak!!!

Satu tamparan yang kuat dihantar ke pipi kanan Zarif. Zarif hanya mendiamkan diri. Dia mengetap giginya geram. Dia memandang kehadapan semula.

Pakk!!

Satu lagi tamparan kuat dihantar ke pipi kiri Zarif. Zarif hanya diam. Farah mengangkat tangan kirinya ingin menampar pipi Zarif lagi. Tetapi, pantas di tahan oleh Zarif. Zarif mencengkam kuat lengan Farah.

"Cukuplah tu," ujar Zarif lembut. Zarif tunduk. Dia tahu dia tak boleh lawan Farah. Jika Farah tikam dadanya pun, dia masih akan buat perkara yang sama. Dia akan diam. Sejauh itulah rasa cintanya kepada Farah.

"Kau nak apa ha?! Boleh tak jangan kacau hidup aku?! Berambuslah!" Tengking Farah marah.

"I'm your boyfriend, Farah," ujar Zarif kecewa. Air matanya mula bertakung di tubir mata.

"My boyfriend? Huh? Cukuplah tu. Baliklah! Aku tak nak tengok muka kau! Aku tak kenal kau!" Tengking Farah lagi. Dia menolak kedua-dua belah bahu Zarif.

"Farah, percayalah cakap aku. Aku orang yang kau sayang selama ni. Bukan dia," ujar Zarif sambil memegang kedua-belah bahu Farah.

Farah menepis tangan Zarif. "So, selama ni aku ada hubungan dengan kau? Selama ni aku bercinta dengan kau?" Tanya Farah. Zarif mengangguk.

"So, hari ni hari terakhir hubungan kita. Aku dan kau tak ada apa-apa hubungan. Aku tak nak jumpa kau lagi," ujar Farah menggenggam penumbuk.

"Farah..." ujar Zarif perlahan.

"And I want you to know. From now on, Haziq is my boyfriend and not you" ujar Farah.

"Farah. Please, dengar cakap aku. I'm your boyfriend" pinta Zarif melangkah mendekati Farah.

Farah mengundur mengelak. "Sorry, but aku tak ada boyfriend yang pukul orang" ujar Farah sambil memandang ke arah lain.

"Farah...." seru Zarif lagi.

"Aku nak kau keluar" ujar Farah.

"Farah..."

"Keluarlah!" Tengking Farah merenung anak mata Zarif tajam. Zarif terdiam. Dia terus mengeluh. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya melangkah keluar dari bilik itu.

"Baby, are you okay?" Tanya Farah kepada Haziq.

"I'm okay honey. Don't worry" balas Haziq.

"Fuhh.. I love you so much" ujar Farah.

" I love you more, baby girl." Ujar Haziq kepada Farah.

Zarif menggenggam penumbuk. Panas saja hatinya mendengar perbulan mereka. Dia terus melangkah keluar dari bilik tersebut. 'Farah...' rintih hatinya.

******

"Okay semua. Pagi ni kita akan main satu aktiviti iaitu Paintball Gun. So, we will play at the jungle. Ada tempat yang awak tak boleh pergi dan saya dah letak caution tape dekat situ. So, sekarang you alls ambil peralatan dekat astaka. Sekarang sila ikut arahan abang Rief ya." Ujar Kak Fasya memberi tahu maklumat tentang aktiviti pagi itu.

"Pertama sekali, setiap group hantar wakil 3 orang sahaja dulu untuk main. Sebab kita akan ada 3 round sahaja. Lagi seorang yang tak main tu akan jadi orang yang kutip peserta ahli kumpulan yang kalah. Setiap kumpulan diberi masa 3 minit untuk tentukan siapa yang akan main pusingan pertama dan selepas itu semua boleh pergi berjumpa Kak Naddy untuk arahan seterusnya,"

"Eh kumpulan 10 sini," Adam memanggil ahli kumpulanku. 

Ahli kumpulanku terus bergerak membuat bulatan.

"Siapa nak main dulu?" Soal Adam. 

Aku dan Lin pantas mengangkat tangan. Adam mengangguk. Tiada lagi ahli kumpulan kami yang ingin bermain. Tak seronok betullah diaorang ni.

"Aik. Dua orang je? Group lain punya berebut nak main," Adam menggaru kumpulannya yang sangat tidak aktif itu.

Melihat keadaan tersebut, Airiel mengangkat tangannya. Adam mengerutkan kening.

"Kau mana boleh. Kau kena dengan aku round 3 nanti," Ujar Adam.

"Habis tu takkan nak suruh perempuan je main awal- awal. Biar aku mvp round ni," Ujar Airiel. 

Aku merenungnya atas bawah. Dia ni entah ada agenda apa entah nak main satu round dengan aku. 

"Okaylah. Macam tu. Kau orang pergilah jumpa kak Naddy sana. Round 2, Rose, Rayyan dengan Faiz," Ujar Adam. Mata Rose membulat mendengar namanya dipetik.

"No way. Tak nak satu team dengan Rayyan. No! Adam, I nak satu team dengan you!" Bentak Rose.

"Tak ada orang lain nak tukar dengan kau. Main je situ," Ujar Adam. Padahal dia tak sanggup satu team dengan Rose.

Aku dan Lin menggeleng melihat Rose yang sudah merengek-rengek di sebelah adam

"Saf, jom pergi jumpa kak Naddy," ajak Lin menarik lenganku. Airiel pula sudah bergerak seorang diri meninggalkan kami.

"Jom" 

Baru sahaja kaki ingin melangkah, tiba-tiba ada satu tangan menutup mataku. Aku menyentuh tangan itu. "Siapa ni?" Tanyaku.

"Tekalah"

Dengar sahaja suara itu, aku sudah dapat tahu siapa punya tangan. 

"Khai, lepas" arahku. Aku menepuk-nepuk belakang tapak tangannya. Khairul tergelak kecil.

"Saf, aku pergi dululah dengan Airiel," ujar Lin. 

Aku mengangguk lalu terus pusing menghadap Khairul. Aku memandang wajah yang menjengkelkan itu.

"Apa?" Soalku kasar.

"Kau main eh round ni?" Soal Khairul. Aku mengangguk.

"Dah dah pergi sana. Aku busy ni," ujarku lalu terus melangkah ingin meninggalkanku. Khairul dengan pantas menarik tanganku.

"Aku tak main tau round ni," Ujar Khairul.

" Apa hal?" Soalku memandangnya semula.

"Aku tak sanggup nak tembak kau. Aku takut kalau aku ada dekat sana aku tembak semua orang yang berani pandang kau," Ujar Khairul dengan dramatik. 

Aku menepis tangan Khairul.

"Okay, aku dengan Airiel main round ni," ujarku lalu melangkah pergi.

"Apa?! Eh sekejap! Aku main. Aku main Saf! Kau tunggu Saf! Eh Rizqin aku nak tukar dengan kau!"

"Eh apahal pula?! Aku kena menangkan team kita round ni!"

Suara Khairul dan Rizqin yang sedang bergaduh di belakang kedengaran di telingaku. Bibirku mengukir senyuman sambil kepala menggeleng. Betullah Khairul ni memang sanggup buat apa-apa je untuk aku.

*****

Farisya duduk di atas kayu balak besar itu sendirian dikala peserta lain sedang berlari-lari mencari lawan. Farisyah mengeluh. "Bosannya!" Jerit Farisyah kuat.

"Dah kalau kau duduk situ je, memanglah bosan," ujar satu suara garau kepada Farisya. Farisya lantas menoleh ke belakang. Matanya mencari gerangan siapakah yang tiba-tiba bersuara tadi.

"Ha cari aku lah tu. Cari aku lah tu," ujar suara itu lagi. Farisya masih tidak nampak siapa yang berkata itu.

"Ha tak jumpa! Tak jumpa!" Ejek suara itu.

Farisyah geram. Dia terus berdiri. "Hakim keluarlah! Aku lempang kau nanti!" Marah Farisyah. Dari tadi dia tahu itu suara Hakim, cuma dia tidak nampak dimana Hakim.

Tiba- tiba Hakim menunjukkan dirinya. Dia beralih dari sebatang pokok besar itu. "Halah halah. Sikit sikit nak marah. Kita kacau sikit je pun," ujar Hakim.

"Kau fikir comel?" Soal Farisya lalu meletakkan Paintball Gun milikknya di tanah.

"Aah" jawab Hakim. Farisya memegang tangan kirinya menahan dari dirinya daripada mengeluarkan jari tengah.

"Asal kau tak pergi cari team lain?" Ujar Hakim lalu duduk di sebelah Farisya. Farisya bergerak menjauhkan dirinya sedikit.

"Aku malaslah. Team aku lagi dua orang tu budak Paintball. Tak payah aku tolong. Dah boleh menang dah," jawab Farisyah.

"Ouh. Dah tu? Berlagak lah?" Tanya Hakim.

"Ha'ah," balas Farisya.

"Ala bab satu betul," Ujar Hakim. Rasa macam nak mencarut dengar budak ni riak.

"Hakim," panggil Farisya sambil termenung.

"Apa hal?" Balas Hakim.

"Kenapa kau nak cepatkan wedding kita?" Tanya Farisya . Dia terus memandang Hakim.

"Kenapa aku nak cepatkan wedding kita? Hmmm. Nak tahu ke?" Tanya Hakim pula.

"Kalau aku tak nak tahu, aku tak tanya" ujar Farisya senada.

"Hahahah. Okah okay. Hmm sebab dia..."

Cakkk!!

"Yeay kena!" Celah Audrey dengan gembira. Dia terus memandang Hakim. 

"Baby! Tengok ni. I dah tembak dia untuk you!" Ujar Audrey dengan ceria. Dia terus pergi kepada Hakim.

Hakim tersenyum nipis. Dia mengusap kepala Audrey. 

"Pandainya sayang I ni," puji Hakim sambil mengusap lembut kepala Audrey.

Audrey ketawa kecil. Dia terus memandang Farisya. Dia menghantar jelingan padu kepada Farisyah. Senyuman di bibirnya mula pudar.

"Baby," panggil Audrey.

"Ya, sayang?" Balas Hakim.

"Kenapa I asyik nampak you dengan Farisya je? Dari semalam tau. Something is fishy," tanya Audrey.

"Kenapa? Tak boleh ke?" Tanya Hakim.

"What? You ask me that question?" Ujar Audrey. "Baby, girlfriend mana je tak sakit hati tengok boyfriend dia selalu jumpa perempuan lain?" soal Audrey. Dia terus menyilangkan kedua belah tangannya di dada.

Farisyah memutarkan anak matanya ke atas. "Kau kalau tak suka aku blah la. Nak sibuk hal aku apa hal? Aku bukannya nak sangat pun jumpa boyfriend kau. Eh aku tak hadaplah benda benda macam ni," tutur Farisyah menyampah melihat perangai Audrey.

"What? Baby, you tengok dia ni!" Adu Audrey.

"Kenapa you ni? I jumpa dia je pun. Bukan ada apa-apa pun," balas Hakim. Dia menggeleng memerhatikan perangai Audrey.

"What?"

"You tu selalu keluar date dengan Ray. Boleh pula? Kenapa? Terkejut? You, I dah lama tahu you dengan Ray selalu keluar. But I'm still positive. I tahu you dengan Ray bestfriend," ujar Hakim.

"Ouh. Sekarang ni. You nak marah I pula. Eh, you tahu tak sekarang ni you yang buat salah tau! Bukan I. Lepas tu, you boleh back up perempuan ni pula. You fikir I ni apa?!" Tengking Audrey. Dia mengetap gigi menahan marah.

Hakim mengeluh. Dia memegang kedua belah bahu Audrey. " Audrey Qistina sayang, I'm sorry. " akhirnya, Hakim mengalah.

Audrey menepis tangan Hakim lalu beredar dari situ. Hakim melangkah ingin mengejar Audrey. "DAH DUDUK JELAH SITU! I TAK NAK PUN YOU PUJUK I!" Marah Audrey. Kakinya laju melangkah.

"Apa?! Orang nak ambil gun lah! Ee perasan!" Ujar Hakim kuat.

"Eeee benci!!" Jerit Audrey. Dia menghentakkan kakinya kuat.

"Geli plus menyampah" ujar Farisyah.

"Itu marah ke cemburu?" Tanya Hakim. Dia tersenyum nakal. Farisya membuat muka menyampah. Dia ambil pula line ammar nazhan.

"Are you kidding me? Of course no. Buat apa aku nak jealous dengan bakal suami atas kertas," ujar Farisyah. Dia mengangkat paintball gun miliknya.

"Nak pergi mana?" Tanya Hakim.

"Aku dah kalah. Pergi dewanlah. Apa lagi? Lagipun, aku memang malas nak main. Nanti cakap dengan awek kau terima kasih" jawab Farisyah lalu melangkah menuju ke dewan.

"Nak ikut!" Ujar Hakim.

"Kau belum kalah kan? Duduk situ. Tak payah mengada nak ikut, Balas Farisyah.

"Alaa.. Aku malaslah. Tolonglah tembak aku," ujar Hakim lalu mengikuti langkah Farisyah.

"Tak nak! Duduk situ," balas Farisyah lalu melajukan langkahnya.

"Hakim Ruzaimi! Jangan bergerak !" Arah satu suara garau dari belakang.

Hakim terus pusing ke belakang. "Kau apa hal?" Soal Hakim.

"Nampaknya pejuangan kau sampai disini saja," ujar Daniel. Dia menyorok dibelakang pokok.

"Memang aku berjuang pun dalam game ni," ujar Hakim. Dia hanya memerhati Daniel yang sedang fokus ingin menembak Hakim itu.

"Jangan banyak cakap! Letakkan senjata kau sekarang!" Arah Daniel.

"Tembak jelah. Aku lempang kau nanti," ujar Hakim.

"Berikan kata-kata terakhir kau" arah Daniel.

"Aku harap kau move on dengan Iman" tukas Hakim.

Cakk!

"Anjir lo," ujar Daniel kepada Hakim. Dia meniup hujung paintball gun itu. Acah, Daniel sangat acah.

"Daniel Woong! Jangan bergerak!" Arah Hakim.

"Apa? Kau dah mati kan?"

Cakk!

Daniel terasa seperti dia sudah terkena paintball. Dia menarik nafas dan hembus lalu perlahan-lahan pusing ke belakang ingin melihat siapakah anjing yang telah menyingkirkan dia dari permainan ini. Hatinya terasa sakit apabila melihat siapa yang berbuat demikian. Dia tercengang.

"Yeay! Akhirnya aku dah dapat 1 mangsa! Baru excited nak main macam ni!" Ujar Iman ceria.

"Woi!" Seru Daniel.

"Hahahaha dah kalah! Ha nak nangislah tu. Nak nangislah tu," ejek Iman. Dia ketawa terbahak-bahak.

"Kau tahu tak kita satu kumpulan?!" Soal Daniel. Dia mengetap gigi kuat menahan marah. Tawa Iman terus hilang. Senyuman dibibir nya juga hilang.

"Kau tahu tak kumpulan kita tinggal kita berdua je?!" Sakit di hati Daniel hanya tuham saja yang tahu.

"Ak.. Aku lu.. Lupa" Iman tersenyum kelat. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Daniel menggenggam penumbuknya. "Sorry" ucap Iman perlahan.



Setelah 3 minit permainan bermula, kini aku duduk di belakang pokok menunggu orang untuk menembak diriku. 7 minit sahaja diberikan untuk pusingan pertama. Malas aku nak cari orang lain, Lin pun sudah tersingkir tadi. Sungai di hadapan mata aku renung lama. Seronok juga kalau dapat berenang dekat sini. Tapi bahagian sini tak ada batu dan dalam. Bahaya.

Headset yang dipakai aku cabut. Aku menghembus nafas. Baru boleh bernafas. Biarlah Airiel yang main bagi team aku. Kepalaku mula teringat voice recorder yang diberikan oleh Cikgu Aireen. Voice recorder tersebut aku tarik keluar dari poketku. 

Aku masih tak faham apa yang Cikgu Aireen nak tahu sangat pasal Airiel. Bukankah Airiel ni adik dia? Susah sangat ke mereka nak bercakap dan bertanya. Kenapa Cikgu Aireen mesti guna aku? Apa yang dia nak sebenarnya?

"Aku macam pernah nampak benda tu," Satu suara tiba-tiba kedengaran. 

Aku terus bangun lalu voice recorder itu aku sorok dibelakangku. Kelihatan Airiel cuba melihat apa yang berada di tanganku.

"Kke- kenapa kau ada dekat sini? Kita dah menang ke?" Soalku cuba mengalihkan perhatian Airiel. Dalam diam voice recorder itu aku tekan memulakan rakaman.

"Apa yang kau pegang tadi?" Soal Airiel.

"Pegang? Pegang apa? Tak ada apa," Aku pura-pura tidak tahu. Dahiku sudah berpeluh. Susah betul jadi orang tak pandai menipu ni.

"Tak payah tipu. Apa benda tu?" Soal Airiel masih tidak mengalah. Alatan menembak terus diletakkan di atas tanah.

Keningku sudah berkerut. Apahal dia nak tahu sangat apa yang aku pegang ni?

"Pen! Ini pen. Kenapa kau ni?" Aku mengalah. Aku terus menunjukkan pen tersebut kepadanya.

"Macam mana kau boleh ada pen ni? Ini pen aku kan?" Soal Airiel. Tangannya cuba merampas pen tersebut dariku tetapi gagal.

"Apa ni Airiel? Aku punyalah. Apahal kau ni?" Keadaan bertambah pelik.

"Kau dapat dari mana pen ni?"

"Kenapa kau nak tahu sangat?"

"Jawab sajalah!"

"Kenapa kau nak marah aku?!"

"Sebab itu benda terakhir yang arwah Nadhirah pegang waktu dia tinggalkan aku," Headset di kepala Airiel terus dicabutnya.

Aku terdiam dan tergamam. Nadhirah ada pen yang sama? Maksudnya Nadhirah pun buat kerja yang sama ke dulu?

Sedang aku termenung, Airiel sekali lagi cuba merampas pen tersebut. Aku mengelak sekali lagi tetapi kali ini pen itu terlepas dari tanganku dan jatuh ke sungai. 

Membulat mataku melihat pen tersebut hanyut. Tak boleh. Cikgu Aireen akan buat sesuatu kalau benda tersebut hilang. Dia dah pinjamkan kereta untuk Zarif malam tadi.

Dengan pantas aku membuka pakaian paintballku lalu aku terus terjun ke sungai tanpa berfikir panjang. Airiel yang melihat tindakanku terkejut.

Apabila aku berada di sungai, kakiku tidak dapat merasa dasar. Air di situ memang betul-betul dalam. Aku pantas memaut batu di tepi sungai tetapi batu itu sangat licin. Aku mula panik apabila terasa seperti tubuhku juga akan hanyut seperti pen tadi.

"Aaaaa.... Aaaa Airiel tolong," 

"Siapa suruh terjun? Macam pandai berenang sangat terjun tadi," Ujar Airiel.

Aku menggigit bibir menyesal. Aku betul-betul takut pen tu hilang. Cikgu Aireen lain pada pandangan aku. Cikgu Aireen bukan ceria seperti yang orang lain nampak. Dia sebenarnya.... Narsistik.

"Airiel, aku tak main main. Tolong tarik aku. Aku tak boleh paut benda ni lama," Tanganku sudah merah dan lemah tidak mampu berpaut lagi pada batu itu kerana ia berlumut dan licin.

"Cakap dulu dari mana kau dapat," Airiel membuka pakaian paintballnya. Baju lengan pendek yang dipakainya juga terus dicabut.

Aku ingin menangis. Airiel ni memang betul betul tak kesah tentang keselamatanku. Dia lagi kesah pasal pen tadi tu. 

"Airiel, aku tak boleh," Pautanku pada batu tersebut terus terlepas. Kepalaku mula tenggelam ke dalam sungai.

Airiel pantas terjun ke sungai tersebut. Dia berenang lalu tanganku ditarik ke dakapannya. Apabila aku kembali ke permukaan, wajahnya aku tatap lama. Tercungap-cungap mulutku mencari nafas.

"Dari mana?" Soal Airiel. 

Aku diam tidak mahu beritahu perkara sebenar. Airiel mengetap gigi geram lalu dia menarikku tenggelamkan diri ke dalam sungai. 15 saat selepas itu, kami kembali ke permukaan. Sekali lagi, tercungap-cungap aku di situ. Airiel memang kejam.

"Masih tak nak bagitahu?" Soal Airiel.

"Ccikgu Aireen. Dia bagi sebab aku selalu tolong dia," Aku menipu.

Airiel terdiam. Dia dapat rasa sesuatu yang tidak kena.  Kebetulan ataupun dirancang oleh seseorang? Kalau kebetulan, memang Nadhirah dan Safiya saja ke yang ada?


******

"Fathia, tolong ambilkan air pepsi tu. Dekat atas meja tu. Lepas tu letak dekat atas meja kita. Nanti ada orang lain ambil," ujar Khairul sambil membakar ayam dan sausage.

Malam ini mereka mengadakan malam bbq. Setiap kumpulan diberikan 1 pemanggang dan makanan untuk dipanggang sudah disediakan. Bakar sendiri.

"Okay," balas Fathia lalu melangkah ke arah kantin.

"Nah Riz angkat ayam ni bawak pergi sana," ujar Khairul lalu menghulurkan dulang bersama 5 ketul ayam yang sudah dibakar. Rizqin yang sedang galak ketawa bersama Hakim terus melangkah ingin menyambut huluran itu.

Baru selangkah Rizqin melangkah, tiba-tiba seekor katak yang agak besar melompat di hadapannya. "Arghhhh!!!!" Jerit Rizqin takut lalu berlari memeluk Hakim yang sedang melangkah ingin menghulurkan secawan air pepsi untuk Khairul.

5 ketul ayam yang dibawa oleh Rizqin tadi semuanya sudah berenang di dalam longkang. Fathia tercengang. Air yang di pegang oleh Hakim tertumpah di tempat pemanggang. Khairul ternganga. Ahli kumpulan mereka semua terdiam.

"Riz apa kau buat?!" Tanya Fathia masih terkejut. Rizqin juga masih terkejut.

"Kim apa kau buat ni?!" Tanya Khairul mendatar. Habis arang di dalam pemanggang semuanya sudah basah.

"Salah dia," ujar Hakim sambil menghalakan jadi telunjuknya ke arah Rizqin.

"Bukan aku. Salah dia," nafi Rizqin lalu menghalakan jari telunjuknya ke arah katak yang melompat dihadapannya tadi.

Fathia menepuk dahi mengenang nasib. "Kenapalah aku satu kumpulan dengan diaorang?" monolog Fathia.

Khairul mengetap gigi menahan marah. Dia mengambil dua cawan mee segera perisa kari lalu diberikan kepada Hakim dan Rizqin. 

"Kau pergi makan dekat longkang tu. Ni denda kau. Aku nak pergi cari pemanggang lagi. Kau orang berdua tak boleh makan ayam!" Arah Khairul lalu melangkah pergi dari situ.

"Serius lah?" Tanya Hakim.

"Kau ada nampak muka aku macam main-main ke? Tak ada kan?" Soal Khairul kuat.

Mata Hakim mencari Rizqin. "Riz kau nak... eh mana Rizqin?" Tanya Hakim kepada Fathia.

Fathia menghalakan jari telunjuknya ke arah Rizqin yang sedang bercangkung di hadapan longkang. Dia nampak sangat bodoh disitu. Dia merenung kepak ayam yang sedang berenang di dalam longkang itu.

"Air pasang pagi surut pukul lima~ Nana bangun pagi siram pokok bunga~ pokok bunga telur tanam tepi longkang~ itik bertelur, ayam berenang~" nyanyi Rizqin perlahan. Hakim mengeluh. Bodoh amat.

*****


Aku memandang tajam Airiel dari jauh.  Lelaki ni betul betul dah menyusahkan aku. Berani dia hilangkan pen tu. Cikgu Aireen masih belum tahu yang pen tu dah hilang cuma dia pelik kenapa aku dan Airiel basah kuyup tadi. Bukan dia sahaja, pelajar-pelajar lain pun pelik tengok kami. Khairul, jangan tanyalah. Bad mood dah dia tu.

Imbas kembali

"This is all your fault," Aku menggenggam penumbuk sambil mataku menjeling Airiel yang berjalan di sebelahku. 

Airiel pula buat muka tak bersalah sambil mengibas-ngibas rambutnya yang basah itu. Melihat dia bermain dengan rambutnya, mataku seperti terlekat padanya. Tak dapat aku alihkan mata ini daripadanya. Sejak bila Airiel ni hensem macam ni. Aku dah gila ke?

"Safiya Zahra!" Satu suara memanggilku. Tidak lain lagi Tunku Khairul Iman Ruzaim.

Dia berlari ke arahku. Bajuku yang sudah melekat pada badan aku tutup dengan paintball vest. Berkerut keningnya melihat aku dan Airiel sama-sama basah kuyup. Adam dan Haikal yang berdiri di belakangnya juga memandang kami pelik.

Kami berdua menembak satu sama lain kerana sudah tiada mood bermain. Kami berdua sebenarnya tidak bercakap langsung selepas terjatuh dari sungai tadi. Patutnya aku seorang je marah sebab dia yang buat aku jatuh dalam sungai tu, tapi dia pula yang nak badmood.

"Kenapa... kau orang dua ni basah kuyup? Hujan ke dekat hutan tu?" Soal Adam pelik. 

Khairul menggigit bibirnya menahan cemburu. Kalaulah si Rizqin tu tukar turn dengan dia tadi, mesti perkara ini takkan berlaku.

"Kau mandi dengan dia ke apa Saf?" Soal Khairul kepadaku. Mataku membulat mendengar soalan itu. Tanganku terus laju memukul bahu Khairul.

"Tak adalah! Kau ni. Mulut tu! Kalau aku kena kahwin dengan Airiel ni macam mana?" Khairul hanya mengangguk malas nak fikir lebih-lebih. Buat sakit hati je.

"Haih haritu dah bersayang-sayang dekat theme park. Naik kuda sama-sama. Ni mandi sungai sama-sama pula. Kau orang ni ada private relay eh?" Ujar Haikal sengaja ingin membatu api di situ. Aku dan Airiel memandang satu sama lain serentak dengan mata membulat. Dua-dua cuak.

"Itu ada sebablah," Ujarku tak ingin lagi bergaduh dengan Khairul. Muka Khairul sudah tegang menahan rasa cemburu.

"Apa sebabnya?" Soal Haikal.

"Sebab-," Belum sempat aku menjawab soalan Haikal, Khairul terlebih dahulu menarikku ke tempat lain. Panas pula hatinya melihat ada sesuatu yang berlaku di antara aku dan Airiel di belakangnya.

Mereka yang lain pelik melihat aku dan Khairul yang tiba-tiba pergi begitu sahaja. Dada Khairul mula berombak menahan marah.

"Lepas ni jangan harap aku nak biar kau berdua lagi dengan Airiel," Ujar Khairul tanpa memandangku.

"Kenapa?"

"Sebab dia dah pernah curi yang dulu. Tak mustahil dia nak ambil kau daripada aku pula,"

Tentang itu. Tentang Khairul, Airiel dan Nadhirah. Cinta tiga segi antara mereka. Aku tidak sempat menyiasat perkara tersebut

Apa maksud Airiel hari tu? Khairul yang buat Nadhirah menangis sebab Khairul asyik bercakap tentang aku sedangkan aku belum kenal Khairul lagi waktu itu. Tanganku yang berada di dalam genggaman Khairul pantas aku tarik.

Langkah kami terhenti. Khairul berpaling menghadapku.

"Kau masih belum jawab soalan aku hari tu. Siapa aku dalam hati kau?" Soalku. Muka yang dari tadi ketat perlahan-lahan pudar.

"Maksud kau?"

"Kenapa kau protect aku selama ni? Kenapa kau cemburu? Kenapa kau marah aku bila aku ada dengan Airiel? Siapa aku dalam hati kau untuk kau rasa macam tu?" 

"You seriously have no idea why I did that to you? After all the day we spend together, you don't know how do I feel about you?" Soal Khairul. Kakinya mula melangkah merapat denganku.

"Because you made me confused, Khai. Sometimes you treat me like someone you really love, but sometimes you made me look like a fool,"

"Bila?" 

"Sejak Farah hilang ingatan, Khairul! You hurt me but you don't even know you did that to me?"

Khairul terdiam. Rasa bersalah mula timbul melihat mataku sudah mula menakung air mata.

"Kau kata aku tak sedar apa yang kau buat untuk aku selama ni? Ya, aku sedar. But you made me ask myself am I the only one who fall in love with you?" Aku memandang Khairul dengan pandangan kecewa.

"Safiya,"

"Khairul, aku ni siapa?"

"My first love," Ujar Khairul. Keningku berkerut seribu.

"What do you mean your first love? Kau baru je cakap yang Airiel ambil Nadhirah dari kau. Kita tak pernah kenal lagi waktu tu Khai," Balasku.

"Kita pernah Saf. I've love you since we're in kindergarten! Kita pernah kenal tapi kau je tak ingat," Ujar Khairul.

Imbas Kembali berakhir

Tiba-tiba kepalaku terimbas kembali perbualan aku dan Khairul petang tadi. Jantungku tiba-tiba berdegup laju. Tanganku terus menekup dada. Tolong jangan meletup, jantung. 

Kenapa aku tak pernah ingat Khairul selama ni? Aku pernah hilang ingatan ke? 

"Sedap juga yogurt strawberi ni eh," Ujar satu suara yang menyentak lamunanku. Aku terus mengangkat kepala.

Kelihatan Airiel sedang menyedut yogurt strawberry milikku. Aku mengetap gigi geram lalu terus merampas yogurt tersebut.

"Eeee kenapa minum yogurt aku?!" Soalku geram. Airiel ni ada saja benda yang nak menyakitkan hati aku. Dia kata dia tak benci hari tu, tapi suka buat aku marah.

"Oh yeke? Tak ada nama kau pun dekat sini," Balas Airiel lalu dengan selamba menghabiskan sisa-sisa terakhir yogurt tersebut. 

Aku mengetap gigi geram lalu tanganku pantas merampas topi yang dipakainya. Tanpa berfikir panjang, aku terus mencampak topi tersebut ke dalam longkang. Airiel tercengang. 

"APA HAL KAU BALING TOPI AKU DALAM LONGKANG?! KAU TAHU TAK DALAM LONGKANG TU ADA AIR?!" Soal Airiel. Aku tersenyum bangga.

"Oh yeke? Tak ada nama kau pun," balasku.

"Apa masalah kau ha?!" Soal Airiel.

"Kau yang cari pasal dulu!" Balasku geram. Ingin sahaja aku menumbuk pipinya itu.

"Oi dah lah. Aku lempang seorang seorang kang," ujar Adam ingin menghentikan perbalahan itu.

"Kau pergi ambil topi aku. Jangan masuk campur hal aku dengan perempuan ni" arah Airiel sambil masih merenung anak mataku tajam. Aku membalas renungan itu.

"Tak nak. Tadi kata jangan masuk campur," balas Adam sambil mengunyah ayam bakar yang dicicah dengan sos lada hitam.

"AMBIL JELA! MELAWAN PULA!" Ujarku dan Airiel kuat serentak sambil memandang Adam tajam. Adam pantas bangun lalu pergi mengambil topi Airiel didalam kolam.

"Aku tak rosakkan barang kau pun tau!"

"Aku tak nak pun! Kau yang cari pasal dulu!" Balasku. 

"Wow Airiel! Kau tengok ni ayam pun dah pandai mandi sekarang!" Ujar Adam terkejut melihat kepak ayam yang berada di dalam topi Airiel. Readers, kau rasa tu ayam siapa?

"Kau saja kan nak cari pasal dengan aku? Kau tahukan tu yogurt aku? Aku nampak kau tengok aku minum yogurt ni tadi. Jangan buat tak tahu," 

"Okay aku mengaku aku salah. Sekarang aku nak kau jawab dengan jujur. Mana kau dapat benda ni?" Airiel mengeluarkan sebatang pen dari poketnya. 

Mataku membulat melihat pen tersebut. Macam mana pen tu boleh ada pada dia? Tanganku cuba merampas pen tersebut tetapi Airiel menggunakan ketinggiannya dengan mengangkat pen itu tinggi.

"Ish bagilah. Aku dah jujurkan cikgu Aireen bagi pen tu dekat aku. Apa masalah kau ni?" Panas hati aku tengok muka dia yang tak habis habis cari pasal dengan aku ni.

"Betul? Kau tahu tak bila aku cari pen ni dekat kedai, satu kedai alat tulis pun tak ada," Ujar Airiel curiga dengan kewujudan pen tersebut.

"Manalah aku tahu. Aku cuma dapat sebagai hadiah je. Bagi sini," Akhirnya aku berjaya merampas pen tersebut daripada Airiel. Entah boleh guna lagi atau tidak pen tersebut.

Airiel mengeluh. Melihat wajahnya seperti sudah putus asa, rasa bimbang mula timbul.

"Kenapa kau nak tahu sangat pasal pen ni?" 

"Sebab benda tu yang dia selalu bawa bila dia dengan aku. Tapi, bila aku suruh tulis dia tak pernah guna pen tu. Seolah-olah ada something special pada pen tu yang buat dia tak boleh nak tinggalkan pen tu. Aku nak tahu dari siapa dia dapat. Mungkin dari lelaki yang dia sayang. Kau sure bukan Khairul yang bagi pen tu dekat kau?" Ujar Airiel. Lembut pula nadanya kali ini. Aku menggeleng. 

Aku kesian tapi tiba-tiba aku juga curiga dengan pen tersebut. Mungkin Nadhirah ada merakam perbualannya dengan Airiel selama ini. 

"Safiya!" Seseorang menyeru namaku. Aku terus menoleh ke arahnya.

"Apa Ainul?" Tanyaku.

"Weh. Za... Zarif pengsan!" Ujar Ainul tercungap-cungal mencari nafas.

"Ha? Zarif pengsan?!" Tanyaku terkejut. Ainul mengangguk.

'Zarif...' rintihku.


T o B e
C o n t i n u e


Continue Reading

You'll Also Like

4.2K 612 75
FIRST STORY <3 Disebabkan janji yang telah di janji oleh dirinya sendiri, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dal...
262K 18K 58
MAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Te...
100K 6.3K 29
Highest #1 in spy [Mohon maaf story agak merapu] CRUEL ANGEL Terdiri daripada tiga orang gadis yang berkerabat diraja. Mereka bercadang untuk berseko...
197K 13.4K 54
[INI KARYA PERTAMA SAYA JADI KEMUNGKINAN AYAT BERTERABUR] Kembalinya 4 orang gadis ke tanah air dengan satu matlamat yang harus dicapai dan kembaliny...