SELEBRITI. » park jimin

Oleh bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... Lebih Banyak

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik

109 17 1
Oleh bajumelayujimin

"Noh... Eul?", ucap Jimin.

Mata Yeoreum memandang ke arah yang dipandang oleh Park Jimin.

Kelihatan seorang gadis dalam lingkungan umur mereka, berambut pendek dan juga seorang lelaki disisinya yang agak kurus dan tinggi. Mata perempuan itu dan lelaki itu membulat apabila bertentang mata dengan Jimin.

Pasangan itu berpandangan buat seketika sebelum memandang Jimin kembali. "Park Jimin?", soal jejaka itu.

"Wah... Lama tak jumpa kau." Jejaka itu menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Jimin. Jimin turut berjabat tangan dengan jejaka itu. Yeoreum pula hanya memerhati dengan seribu satu soalan berlegar-legar di minda.

"Hai, Noh Eul.", sapa Jimin.

Perempuan itu, yang kini dikenali dengan nama Noh Eul tersengih senget ke arah Jimin. "Lama tak jumpa kau, Mamat Tak Betul." Jimin terus tertawa kecil mendengarkan gelaran yang diberikan oleh Eul.

Kemudian, pandangan Eul teralih ke arah Yeoreum yang berdiri di sebelah Jimin. "Ah, ini Han Yeoreum. Kawan rapat aku dari sekolah rendah... Ini, Jung Hoseok, Noh Eul... Kawan aku dari sekolah menengah.", Jimin mula memperkenalkan mereka di antara satu sama lain.

Mereka menundukkan kepala ke arah Yeoreum sambil tersenyum. Eul tiba-tiba tersengih nakal. "Girlfriend?", teka Yeoreum.

"Tak.", Jimin menjawab manakala Yeoreum menggelengkan kepalanya sambil tersenyum palsu.

"Kawan je.", tambah Yeoreum.

Hoseok memeluk tubuhnya. "Aku dengan Eul pun mula dengan kawan je.", ujar Hoseok sambil tersengih. Eul menyiku lengan Hoseok sambil tersenyum.

"Diamlah."

Yeoreum memandang ke arah Jimin yang masih kelihatan tergamam sambil melihat Eul dan Hoseok. Okay, dia hanya melihat ke arah Eul. Terdapat suatu perasaan yang Jimin sedang gambarkan melalui pandangannya... Agak... Sayu?

Apa yang pernah terjadi antara mereka?

"Macam mana boleh kenal Jimin?", Yeoreum mula bertanya.

"Ah... Dia satu kelas dengan kami dulu. Kecoh habis sebab ada artis masuk sekolah kitorang.", jawab Hoseok. Okay... Jadi Jimin memasuki sekolah menengah setelah dia menjadi artis, dimana aku tiada disitu.

"Siap duduk belakang Eul lagi.", tambah Hoseok sambil menjongketkan keningnya, matanya memandang Jimin. Yeoreum dapat lihat pandangan itu seperti memberi amaran dan menyindir.

"Hei.", Eul berbisik kasar.

"Betul apa Jimin pernah suka kau?", balas Hoseok, ada nada cemburu dalam suaranya. Yeoreum terus tersenyum sendiri, agak sinis. Nah, sudah terjawab segala soalan yang bermain diminda. Eul pula menjegilkan matanya kepada Hoseok dan mereka berbalas jelingan.

"Ei, takkanlah kau tak move on lagi dari aku kan?", soal Eul sebelum tergelak sendiri. Tetapi, Jimin merenung sahaja mata gadis itu.

"Kau rasa?" Jimin menjongketkan keningnya.

"Mamat ni memang nak kena dengan aku." Eul mengacah penumbuk.

"Woi, ini girlfriend akulah!" Hoseok terus berdiri setapak ke hadapan sambil mendepangkan tangannya seolah-olah ingin melindungi Eul.

"Siapa je yang tak tahu Eul girlfriend kau?", bidas Jimin sambil menjeling Hoseok. Hoseok memandang Jimin dengan tidak percaya.

"Kau memang nak kena pukul dulu baru sedar diri agaknya.", ujar Eul. Yeoreum meneguk liur, agak takut dengan aura Eul ketika menyebut perkataan pukul itu. Nampak macam dia betul-betul akan memukul Jimin.

"Mamat Tak Betul dah buat kemunculan balik.", Hoseok berkata.

Yeoreum terasa ingin menepuk dahinya disitu. Ah, sudah.

•••

Perjalanan Jimin menghantar Yeoreum pulang sunyi sepi tanpa mereka bersembang. Jimin fokus kepada pemanduan, Yeoreum pula masih memproses pertemuannya dengan Eul dan Hoseok.

Kemudian, matanya teralih kepada jalan raya. Matanya membuntang. "Woi, Park Jimin! Lampu merah!", hampir menjerit Yeoreum dibuatnya. Serta-merta kaki Jimin menekan pedal brek membuatkan mereka hampir terhumban ke hadapan. Nasib baik mereka berdua memakai tali pinggang keledar.

Yeoreum terus menjeling jejaka di sebelahnya. Selepas beberapa minit, lampu isyarat bertukar hijau membuatkan Jimin kembali memandu. "Kau berhenti dekat tepi jalan.", arah Yeoreum.

"Buat apa?"

"Berhenti je boleh tak?", agak tegas Yeoreum mengulang arahannya. Dengan agak lambat, Jimin memberi isyarat lalu memusingkan stereng. Lexus LC 500 itu berhenti di bahu jalan.

"Ada apa dengan kau dan Noh Eul tu?", soal Yeoreum, terus ke topik yang dimahukannya.

"Kan aku dah cakap, dia satu kelas一"

"Don't bullshit me, Park Jimin. Kawan satu kelas? Kau ingat aku ni apa, stranger? Kita kawan nak dekat 13 tahun, kau fikir aku tak tahu kau suka dia dan mungkin masih suka dekat dia?", suara Yeoreum tegas berkata. Agak bengang dan menyampah dengan perangai yang ditunjukkan oleh Jimin ketika ini.

"Make up your fucking mind. Kalau kau masih suka Noh Eul, Kang Harin macam mana? Baru semalam kau cakap kau suka dia. Apa kau ni?", bertubi-tubi dan pedas ayat yang dilontarkan oleh Yeoreum. Setiap satu tepat mengenai hati Jimin dengan kasar.

"Ah! Aku tak tahu!" Jimin menyandarkan kepalanya ke tempat duduk dengan kasar. Matanya terkatup sebelum tangannya meraup rambut dengan kasar.

"Aku tahu kau bukan lelaki yang baik, tapi bukan sampai tahap macam ni. Logik sikit, kau basically dah ada hubungan some dengan Harin. Kau tak boleh suka Noh Eul.", ujar Yeoreum dengan serius.

"Lagi satu, dia ada boyfriend tahu tak?!" sambung Yeoreum.

"Kau fikir aku tak tahu ke?!"

"Dah tu buatlah cara macam orang ada otak sikit!", suara Yeoreum meninggi lagi.

Jimin terdiam sekali lagi. Dia tahu, segala yang dikatakan oleh Yeoreum itu benar belaka. Dia tahu... Cuma sekarang dia keliru. Kehadiran dua orang gadis itu pada masa yang sama membuatkan dia keliru. Dia jadi tidak keruan.

"Kau gila, Park Jimin.", gumam Yeoreum, lebih kepada diri sendiri.

"Turun, aku drive.", ujar Yeoreum sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya.

"Aku boleh drive." Jimin mempertahankan diri sendiri.

"Atas dahi kaulah boleh drive! Tadi kau nak dekat langgar lampu merah, aku tak nak mati awal, okay?!"

"Tak payahlah jerit dekat aku!", rungut Jimin sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya dengan kasar. Yeoreum turut turun dari kereta dan mereka bertukar tempat duduk. Tangan Jimin menutup pintu kereta dengan agak kasar, tanda protes.

Yeoreum mula memandu bersama Jimin yang berwajah muram di sebelahnya.

"Tak baik buat Harin macam ni. Jangan sia-siakan dia.", pesan Yeoreum.

Jangan sia-siakan dia macam kau sia-siakan aku.

•••

"Aku akan jumpa DAY6! Weh!" Yeoreum menggoyang-goyangkan badan Jimin dengan penuh teruja. Tangannya pula sudah disertakan lightband rasmi milik DAY6, bercorak daun berwarna hijau turquoise. Suasana di Gymnastic Hall itu riuh-rendah dengan MyDay yang teruja untuk berjumpa band yang dianggotai oleh lima orang jejaka yang berbakat itu.

"Sukalah tu.", Jimin menyakat sambil tersenyum. Senyuman Yeoreum turut melebar.

"Sebab aku sayang kau aku belikan tiket tahu tak, seat baik pula tu." Jimin mengingatkan. Yeoreum terus merangkul lengan Jimin sambil meletakkan kepalanya diatas bahu jejaka itu. Jimin pun mengusap kepala Yeoreum sambil tersenyum sendiri.

Tidak lama kemudian, mereka mula memasuki dewan membuatkan Yeoreum makin berdebar. Dia memegang tangan Jimin dengan erat dan Jimin membiarkan. Jimin tersenyum, sama dengan Yeoreum. Kelihatan gembira benar mereka berdua.

Konsert itu dibuka dengan lagu terbaru DAY6, Days Gone By. Lagu bertema retro itu membuatkan seisi dewan menyanyi bersama mereka dan melakukan fanchant, termasuk Yeoreum. Ada kalanya dia mengeluarkan telefon untuk mula merakam manakala Jimin hanya tersenyum ke arahnya, ada riak puas hati terpapar di wajahnya apabila melihat Yeoreum sedang bergembira.

Konsert itu disambung pula dengan lagu Shoot Me dan juga lagu-lagu title album mereka yang lain. Sedar tidak sedar, mereka hampir sampai ke penghujung konsert.

<mainkan lagu di media untuk pembacaan yang lebih efektif>

Tibalah lagu romantik yang dinyanyikan oleh DAY6, iaitu I Like You. Yeoreum mula menyanyikan lagu itu bait demi bait lirik. Tanpa dia perasan, Jimin sedang melakukan sesuatu di sebelahnya.

Jimin mengeluarkan sesuatu dari dalam beg yang dibawanya. Dia menunggu sehingga verse pertama dan korus pertama untuk tamat dinyanyikan oleh DAY6.

Apabila tiba bahagian Jae memetik gitarnya secara solo, Jimin mencuit bahu Yeoreum untuk memandangnya. Yeoreun pun menoleh, matanya membulat.

Jimin sedang memegang buku nota tertulis sesuatu.

'Hai, Han Yeoreum.'

Jimin menyelak pula ke mukasurat yang lain.

'Aku tahu, kau gembira sangat harini sebab dapat pergi konsert DAY6.'

'Aku lebih gembira sebab aku yang dapat bawa kau jumpa DAY6.'

'Aku gembira bila aku dapat buat kau gembira.'

'I mean... Apa yang lagi best daripada buat orang yang kita suka gembira, kan?'

Pandangan Yeoreum alih ke wajah Jimin, matanya membulat. "Orang yang kita suka...", gumam Yeoreum, keliru dengan dahi yang berkerut. Jimin pula kekal tersenyum sambil menyelak ke mukasurat lagi satu.

'Ya, aku suka kau, Han Yeoreum.'

'Aku suka kau. Sikit?'

Yeoreum tergelak.

'Tak. Aku suka kau. Sangat-sangat.'

Seperti tepat pada masanya, DAY6 menanyikan lirik bermaksud 'I like you' membuatkan mata Yeoreum bergenang dengan airmata. Yeoreum tersenyum manakala Jimin menyelak ke mukasurat terakhir.

'Sudi tak kau terima aku sebagai boyfriend kau?'

Yeoreum terus memeluk Jimin disebalik orang yang ramai itu. Ramai orang mula bersorak untuk mereka dan mereka rasa seperti dunia itu mereka yang punya. Pengakuan Jimin disertai DAY6 menyanyikan I Like You sebagai muzik latar, segalanya terasa sempurna.

Jimin memusingkan Yeoreum diudara. "Jawapan kau?", soal Jimin. Yeoreum mengangguk, sebutir airmata mengalir di pipi.

Mata Jimin jatuh ke bibir Yeoreum. Kepalanya mula digerakkan sedikit ke hadapan. Segala-galanya terasa seperti bergerak dengan perlahan. Beberapa inci lagi sebelum bibir mereka bersentuhan...

"Hah!" Mata Yeoreum terbuka luas, dadanya berombak. Nafasnya naik turun, segalanya hanyalah mimpi semata-mata. Pandangannya kini memandang siling bilik, bukannya konsert DAY6.

Mata Yeoreum kembali pejam dengan rapat, apakah mimpi yang aku baru dapat tadi?

Kemudian, dia terasa ingin tergelak kepada diri sendiri. Gila kau, Han Yeoreum. Mimpi benda yang begitu.

Tanpa disedari, airmata turut mengalir dipipi. "Wah, Han Yeoreum..." Yeoreum menyeka airmata dengan jari. "Benda macam ni pun kau nak menangis ke?" Ayatnya menyindir diri sendiri.

Namun, dia tahu, dia bukan mennagis atas sebab yang sama seperti dalan mimpinya.

Dia menangis kerana dia tahu perkara itu tidak akan terjadi terhadapnya.

•••

Yeoreum menolak pintu membuatkan seorang wanita menyambutnya. Bau pelbagai syampu dan bunyi pengering rambut memenuhi kedai itu. "Selamat datang ke Flawless Hair. Apa yang saya boleh bantu cik?", ujar si penyambut tetamu dengan penuh manis dan mesra.

"Saya nak potong rambut.", ujar Yeoreum.

"Cik boleh duduk disana. Biar saya tunjukkan." Yeoreum mengekori wanita itu lalu dia didudukkan diatas sebuah kerusi menghadap sebuah cermin.

Seorang wanita dalam lingkungan 30-an berjalan pula ke belakangnya. "Selamat datang. Apa yang cik nak saya buat dengan rambut cik? Trim?", soal wanita itu dengan ramah.

Yeoreum tersenyum. "Saya nak potong rambut.", jawabnya.

"Cik nak saya potong macam mana? Ada gambar yang boleh saya rujuk?" Yeoreum terus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambar Taeyeon berambut pendek untuk album Why.

"Potong pendek macam ni."

Wanita itu mengangguk kecil. "Ah... Pendek betul. Cik pasti? Rambut panjang cik cantik apa?", ujar si wanita sambil mengelus sedikit rambut Yeoreum yang panjangnya hampir mencecah pinggang.

"Ya." Yeoreum mengangguk. "Saya pasti. Potong pendek ya?"

"Cik pasti tak menyesal ni?", sempat lagi wanita itu berseloroh. 

"Saya rimas rambut panjang sangat." Tergelak wanita itu mendengar jawapan Yeoreum.

"Baiklah, saya akan potong rambut cik." Wanita itu mencapai gunting dan sikat yang berdekatan dan memulakan kerjanya. Badan Yeoreum sudah dilapik dengan pakaian lain supaya badannya tidak terkena rambut yang dipotong.

Helaian rambutnya yang berwarna hitam mula menutupi lantai. Tangan Yeoreum mencapai telefon bimbit diatas meja.

Baru sahaja dia ingin menekan ruang sembangnya bersama Jimin, jarinya terhenti. Dia terpandang pula nama Seokjin dibawah nama Jimin.

Mungkin nama 'Han Yeoreum, tolong move on' yang diletakkan mula membuahkan hasil.

Jari Yeoreum menekan ruang sembangnya dengan Seokjin. Pantulan dirinya dicermin diambil gambar lalu dihantar kepada Seokjin.

Han Yeoreum
[gambar]
potong rambut 💇
jangan terkejut sangat nanti

Tidak sampai beberapa saat Seokjin sudah membalas.

Kim Seokjin
ohhhhhhhhh
tak sabar nak tengok rupa kau rambut pendek
datanglah kafe nanti
belanja kau minum setelah berapa tahun entah kau tak potong rambut

Yeoreum tergelak membaca mesej Seokjin.

Han Yeoreum
secara tepatnya
aku rasa nak dekat lima tahun

•••

"Kenapa..." Itu ayat pertama Jimin apabila dia memasuki rumah Yeoreum. Tangannya terus menjatuhkan beg dengan penuh dramatik lalu berjalan ke arah Yeoreum. "Kenapa kau potong rambut..."

"Aku serabutlah rambut panjang.", ringkas Yeoreum menjawab. Jimin datang duduk di sebelahnya, matanya merenung rambut Yeoreum yang kini pendek, hujung rambutnya hanya sipi-sipi menyentuh bahu.

"Hah." Jimin terus menghelakan nafas.

"Apa?", soal Yeoreum, pelik dengan reaksi Jimin.

"Aku dah tak boleh main dengan rambut kau.", dengan kecewa Jimin berkata.

Yeoreum memandang Jimin dengan bosan. "Fuck off please."

Tapi, Jimin kembali tersenyum. "Tak kisahlah... Asalkan..." Jimin terus memeluk Yeoreum lalu meletakkan kepalanya diatas bahu Yeoreum.

"Aku masih boleh bau syampu kau."

Yeoreum terus menolak badan Jimin dengan agak kuat membuatkan Jimin terjatuh ke belakang. Mata Jimin dan Yeoreum terkerdip-kerdip. Tangan Yeoreum mengusap lehernya yang terasa meremang. Sumpah, dia dapat rasakan setiap deruan nafas Jimin, lebih-lebih lagi setelah dia memotong pendek rambut.

"Pergi main jauh-jauh... Aku... Nak layan drama.", tergagap Yeoreum berkata sebelum fokus kepada skrin komputer ribanya. Gila, ini semua gila.

Namun, Jimin mengengsot untuk mendekati Yeoreum lalu kembali memeluk gadis itu. "Blahlah, aku nak tengok dramalah!"

Jimin tidak terkesan, sebaliknya melentokkan kepalanya ke atas bahu Jimin.

I'm done.

Seperti teringat sesuatu, Jimin memegang sesuatu di dalam poket sweater. "Kau dah fikir pasal Harin?", soalan Yeoreum itu membuatkan perbuatan Jimin terhenti. Perlahan-lahan Jimin meleraikan pelukannya.

"Dah."

"Lepas tu?"

"Kau fikir semalam aku fikir, hari ni aku dah boleh buat keputusan? Bertindak? Kau fikir aku tak ada perasaan ke apa?", ujar Jimin, geram.

Yeoreum memeluk tubuh. "Kau fikir Harin tak ada perasaan?", perli Yeoreum kembali. Ambil kau, sedas aku bagi.

Keluhan terlepas lagi dari bibir Jimin membuatkan Yeoreum berasa kasihan. Hampir. "Kau suka sangat ke Noh Eul tu?"

"Dia perempuan pertama yang reject aku, kau rasa?"

Yeoreum mula mengacah untuk memukul Jimin membuatkan Jimin menghadang dirinya sendiri dengan tangan. Hati Yeoreum terasa berapi-api. "Aku punyalah ingat kau cintakan dia separuh mati ke apa! Sebab dia reject kau je?!", luah Yeoreum, penuh geram.

"Wah... Kau tertarik dekat Noh Eul lagi sebab dia reject kau je?"

"Well, dia satu-satunya perempuan yang pernah reject aku."

Yeoreum memandang Jimin dengan wajah yang bermaksud 'habis-aku-ni?'

"Ah. Tak termasuk kau sebab kita dah kawan lama.", selamba Jimin menyambung kata. Yeoreum mengepal penumbuknya, sumpah minta kena pukul mamat ni.

"Itu bukan namanya suka, itu namanya ego. Ego kau yang nakkan Noh Eul, sebab dia tak layan kau. Bukan hati kau yang nak dekat dia.", tutur Yeoreum, lembut memberi nasihat. Jimin mengusap dagunya, berfikir.

"Ya eh?"

Yeoreum memukul dadanya sendiri, tak tahan dengan perangai Jimin yang sangat blur. "Frust aku dengan kau ni tahu tak?"

"Aku yang tak pernah bercinta pun tahu lagi banyak dari kau. Huh!"

"Balik boleh tak? Aku nak keluar."

"Pergi mana?"

"Date."

"Aku ikut."

Yeoreum yang memilih baju dari almari menolehkan kepala ke arah Jimin. "Tak payah. Kau nak buat apa?"

"Aku akan ajar kau cara dating yang betul." Jimin mengenyitkan matanya. Terus Yeoreum mencapai salah satu jaket lalu dilempar ke wajah Jimin.

"Tak payah nak menggedik."

"Aku ikut juga."

"Kau dah kenapa do?!" Dengan pelik Yeoreum memandang Jimin. "Kau tak rasa pelik ke thirdwheel orang dating?"

Jimin menjongketkan bahunya, seperti tidak kisah. "Aku tak pernah thirdwheel, mana aku tahu."

Yalah, kau tak pernah thirdwheel sebab selama ini kau dating hanya berdua. Mana pernah kau rasa seperti orang ketiga, getus Yeoreum didalam hatinya.

"Kalau kau tak keluar lepas aku keluar dari bilik air, aku telefon polis." Yeoreum memberi amaran sebelum menghilang ke dalam bilik air.

•••

"Haih..." Yeoreum meletakkan dahi diatas tangan. Kemudian, dia menjeling pula Jimin yang sedap menikmati kopinya sambil duduk bersilang kaki. Pelik betul, dia seperti tidak kisah dengan gelaran selebriti yang dipegangnya, dia ke hulur ke hilir seperti orang awam.

Cuma nasib baik kali ini dia memakai topi. Sekurang-kurangnya dia mencuba.

Tapi, perlukah ikut ketika aku bertemujanji dengan Seokjin?! Ugh!

Sejujurnya, Yeoreum sebolehnya tidak mahu menyinggung perasaan Seokjin. Kerana dia tahu apa perasaan Seokjin terhadapnya. Bayangkan, kalau dia membawa jejaka lain ketika mereka bertemujanji, apa pula kata Seokjin?

"Kau ni... Memang tak reti nak fikir ke apa?", soal Yeoreum.

"Fikir apa?", soal Jimin dengan polos. "Sedaplah kopi dekat kafe ni."

Klik! Bunyi itu terus membuatkan Yeoreum menoleh. Jimin sedang mengambil gambarnya dengan Instax di tangan. Polaroid mula terjulur keluar dari hujung kamera.

"Aku kata berhenti ambil gambar aku kan...", keluh Yeoreum, ingin marah tetapi sudah tidak larat.

Sejak membeli Instax itu, ada sahaja kesempatan yang Jimin gunakan untuk mengambil gambarnya. Dia tidak kisah, tapi masalahnya, semua gambar yang Jimin ambil ialah kandid, dan nampak buruk. Serius.

"Eh, biarlah." Jimin mengipas-ngipas polaroid di tangan. "Kau nampak lawa apa?"

Yeoreum hanya mampu menjulingkan matanya. Tak habis-habis nak puji aku.

"Oh, Yeoreum. Dah sampai?", tegur Seokjin sambil menarik kerusi menghadap Yeoreum. Namun, perbuatannya terhenti apabila ternampak Jimin di sisi Yeoreum.

"Ah, sorry Seokjin. Mamat ni..." Yeoreum menyepak kaki kerusi yang diduduki oleh Jimin membuatkan Jimin tersentak. "Menyibuk nak ikut aku. Gedik nak menempel.", selamba Yeoreum menyindir.

Jimin pula hanya mengangkat tangan tanda menyapa Seokjin, langsung tiada secalit pun perasaan bersalah terpapar di wajahnya. Mata Seokjin berkerdip-kerdip sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi. "Maaf...", ucap Yeoreum dengan penuh rasa bersalah.

"Aku okay jelah. Oh." Seokjin menudingkan jari ke arah wajah Yeoreum. "Kan aku dah kata kau comel bila rambut pendek."

Tanpa dapat ditahan, Yeoreum tersenyum.

Jimin pula memandang Seokjin dengan wajah yang jelas 'judging'.

"Kau tak sibuk? Bukan kau selebriti popular ke?"

"Itulah pasal! Aku pun pelik dengan dia ni..." Yeoreum menjegilkan mata ke arah Jimin, jelas menyuruh jejaka untuk pergi. Namun, sudah pasti isyarat itu tidak sampai kepada Jimin.

"Kenapa? Kau jealous ke apa aku ada dengan Yeoreum?"

Seokjin kelihatan terpempan, agak terkejut dengan soalan cepumas yang dilontarkan oleh Jimin.

"Hei!", suara Yeoreum naik satu oktaf sambil menepuk meja. Matanya tajam menjeling Jimin. Terdapat dua tiga pelanggan yang berdekatan menoleh ke arah mereka.

'Apa?', soal Jimin disebalik keningnya yang terjongket. Yeoreum mula berdiri lalu menarik kolar baju Jimin.

"Kau ikut aku.", ujar Yeoreum sambil menyeret Jimin keluar dari kafe.

"Ah, apa kau ni?", rungut Jimin. Mereka pun berada di luar kafe.

"Apa ni tarik-tarik aku?", soal Jimin. Yeoreum mencekak pinggang sambil memandang jejaka itu, tidak percaya.

"Boleh tak jangan kacau aku date? Blahlah!", terus-terang Yeoreum berkata. Agak menyampah juga apabila Jimin berperangai sebegini.

"Apa salahnya aku ikut?"

"Salahlah! Kau rasa apa kalau Harin bawa lelaki lain bila korang tengah date?" Jimin terdiam. Ha, baru dia faham perasaan aku macam mana sekarang ni.

"Balik."

"Tapi一"

"Balik aku kata!"

"Ah, ya! Aku balik! Garang betul..." Yeoreum menghelakan nafas dengan kasar.

"Balik. Balik." Yeoreum mula menolak badan Jimin untuk menjauhi kafe itu. "Balik okay?" Bersama ayat itu Yeoreum berjalan kembali masuk ke kafe.

Pandangan Jimin mengekori Yeoreum sehingga Yeoreum menghilang di sebalik pintu kafe. "Yalah, aku balik. Puas hati kau?", bebel Jimin sendiri. Baru sahaja dia ingin menahan teksi, dia terasa sesuatu di dalam poket sweater miliknya.

"Ah... Aku lupa bagi dia ni.", rungut Jimin sendiri. Bibir digigit buat seketika sebelum Jimin mengorak langkah kembali ke dalam kafe.

"Wah, serius ke ni?!", suara Yeoreum kedengaran terkejut apabila Jimin melangkah masuk kembali ke dalam kafe. Jimin pun melangkah mendekati Seokjin dan Yeoreum.

Seokjin memandang Jimin dengan dahi yanh berkerut. Yeoreum pun menoleh bersama senyuman yang paling lebar Jimin pernah lihat. "Weh, Jimin! Seokjin baru bagi aku tiket konsert DAY6!", dengan penuh teruja Yeoreum menayangkan tiket di tangan.

Seokjin pula tersenyum, puas hati dapat menggembirakan hati gadis di hadapannya itu. "Ah... Aku rasa nak nangis..." Yeoreum menekup pipinya, cuba untuk menerima realiti. Mata Jimin hanya berkerdip-kerdip memandang.

"Bila kau beli ni? Tak mahal ke?", dengan risau Yeoreum bertanya.

"Jangan risaulah. Aku memang nak belanja kau. Kau kan memang minat DAY6."

"Terharunya aku..." Yeoreum menggoyang-goyangkan kakinya, terlalu teruja. Kemudian, pipinya dicubit-cubit, matanya dibuka dan ditutup beberapa kali, memastikan semua ini bukanlah mimpi semata-mata.

Kemudian, kepala Yeoreum toleh ke arah Jimin yang hanya berdiri di tepi meja, memerhatikan mereka. "Tapi, kenapa kau ada dekat sini?", soal Yeoreum kepada Jimin.

"Aku dah suruh kau pergi kan tadi.", suara Yeoreum penuh amaran.

"Air." Jimin mencapai cawan kertas diatas meja yang dipesannya tadi setelah memasuki kafe. "Aku nak ambil kopi aku. Bye." Jimin terus melangkah keluar dari kafe itu. Dahi Yeoreum berkerut memandang perbuatan Jimin yang pelik itu tetapi hanya membiarkan.

Tangan Jimin menahan teksi. Pintu teksi dibuka sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. "Bangunan BigHit Entertainment.", katanya kepada pemnadu teksi. Teksi tersebut mula dipandu ke destinasi.

Dia menyeluk tangan ke dalam poket sweater lalu menarik keluar dua tiket VIP untuk konsert DAY6. Satu untuk dirinya, dan satu lagi sepatutnya dihadiahkan kepada Yeoreum. Jimin merenung tiket itu buat seketika sebelum kepalanya tersandar pada tempat duduk kereta.

Terlepas sebuah keluhan dari bibir sambil pandangan dibuang ke luar tingkap teksi. Tiket konsert DAY6 itu hanya dipegang erat di tangan.

•••

"Wah... Cantiknya...", gumam Yeoreum sambil memandang deretan pokok sakura yang sudah memutikkan bunganya yang berwarna merah jambu cair. Apabila bunga sudah berputik, ini menandakan musim sejuk hampir berakhir.

"Sebab tu aku ajak kau jalan-jalan dekat sini.", balas Jimin di sisinya. Yeoreum tersenyum ke arah jejaka itu sebelum memandang ke hadapan semula. Dia tidak jemu memandang pemandangan tepi jalan yang penuh dengan pokok sakura berbunga.

Alangkah indahnya jika dia sedang berjalan bersama teman lelakinya. Alangkah indahnya jika jejaka disebelahnya ini ialah jejaka yang mencintainya. Yeoreum hanya mampu membayangkan.

"Tiba-tiba rasa macam nak telefon mak aku.", luah Yeoreum secara tiba-tiba, rindu kepada keluarganya.

"Aku pun. Balik nanti aku nak telefon mak aku.", Jimin bersetuju.

"Kejap." Jimin memegang lengan Yeoreum, menahan Yeoreum daripada berjalan. Dahi Yeoreum berkerut. Jimin pula berjalan mendekati rumput lalu menundukkan badannya. Tangan Jimin terus mencapai sebatang bunga kecil lalu dipetiknya.

"Woi!" Tangan Yeoreum menampar lengan Jimin. "Apa kau buat? Janganlah petik bunga!", Yeoreum memberi amaran.

"Kejap." Itu sahaja yang Jimin katakan sebelum mula membentuk sesuatu dengan bunga di tangannya. Kening Yeoreum bertaut, masih tidak faham dengan perbuatan Jimin.

Batang bunga itu mula diikat sehingga menjadi bentuk bulat seperti... Sebentuk cincin. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip selepas menyedari perkara itu. Dia dapat merasakan debaran kecil terbit dari dada. Tangan Jimin mencapai tangan kanan Yeoreum.

Jimin menyarungkan 'cincin' yang dibentuknya ke jari manis Yeoreum. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada gadis itu membuatkan Yeoreum hampir terpedaya. Hampir.

"Ew!" Yeoreum menolak bahu Jimin sambil menggoyang-goyangkan bahunya. "Cheesy gila!", kata Yeoreum sambil menggelengkan kepalanya. Pandangannya jatuh kepada jari manisnya, muat-muat sahaja cincin yang dibentuk oleh Jimin ke jari manisnya.

Jimin mengenyit matanya. "Kau kan suka benda-benda cheesy.", ujar Jimin. Yeoreum menjulingkan matanya.

Pandangan Yeoreum teralih pula ke tangan Jimin. Terdapat sebentuk cincin di jari manis milik Jimin. Cincin itu berbentuk agak berbeza dengan cincin yang pernah Jimin pakai sebelum ini. Yeoreum meneguk liurnya.

Entah kenapa... Cincin itu kelihatan berbeza. Hati perempuan aku dapat rasakan sesuatu.

"Lain macam cincin kau yang tu?", tegur Yeoreum sambil menjuihkan bibir ke arah tangan Jimin.

"Ah, ni?" Jimin menunjukkan tangannya. Tiba-tiba, dia melayangkan sebuah senyuman yang paling lebar Yeoreum pernah lihat sepanjang 13 tahun mereka berkawan.

"Aku dah luahkan perasaan aku dekat Harin.", ujar Jimin. "Ini couple ring kitorang."

"Cantik, kan?"

"Ha'ah." Yeoreum tersenyum. "Cantik sangat.

•••

"Aku akan jumpa DAY6! Weh!" Yeoreum menggoyang-goyangkan badan Seokjin dengan penuh teruja. Tangannya pula sudah disertakan lightband rasmi milik DAY6, bercorak daun berwarna hijau turquoise. Suasana di Gymnastic Hall itu riuh-rendah dengan MyDay yang teruja untuk berjumpa band yang dianggotai oleh lima orang jejaka yang berbakat itu.

"Sukalah tu.", Seokjin menyakat sambil tersenyum. Senyuman Yeoreum turut melebar.

"Sebab aku sayang kau aku belikan tiket tahu tak, seat baik pula tu." Seokjin mengingatkan. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, macam aku pernah dengar ayat tadi, tapi dimana ya?

Kepala Yeoreum menoleh ke kiri dan kanan, terasa seperti dia pernah melalui situasi ini. Dejavu.

Tidak lama kemudian, mereka mula memasuki dewan membuatkan Yeoreum makin berdebar. Seokjin disisi tersenyum ke arahnya membuatkan perasaan dejavu itu kembali. Perkara itu semakin mengganggu Yeoreum.

Beberapa saat sahaja sebelum konsert bermula, Yeoreum sudah teringat. Tangannya terhenti menggaru kepala.

Mimpinya pergi ke konsert DAY6 bersama Jimin. Ini pula sebiji seperti di dalam mimpinya, kecuali Jimin digantikan oleh Seokjin.

Seluruh dewan tiba-tiba gelap menandakan konsert akan bermula. Sorakan para peminat makin bingit.

Konsert itu dibuka dengan lagu terbaru DAY6, Days Gone By. Lagu bertema retro itu membuatkan seisi dewan menyanyi bersama mereka dan melakukan fanchant, termasuk Yoereum. Ada kalanya dia mengeluarkan telefon untuk mula merakam manakala Seokjin hanya tersenyum ke arahnya, ada riak puas hati terpapar di wajahnya apabila melihat Yeoreum sedang bergembira.

Konsert itu disambung pula dengan lagu Shoot Me dan juga lagu-lagu title album mereka yang lain. Sedar tidak sedar, mereka hampir sampai ke penghujung konsert.

Tibalah lagu romantik yang dinyanyikan oleh DAY6, iaitu I Like You. Yeoreum mula menyanyikan lagu itu bait demi bait lirik.

<mainkan lagu di media untuk pembacaan yang lebih efektif>

Tetapi, dia teringat sesuatu. Dalam mimpi tu, Jimin akan meluahkan perasaannya ketika lagu I Like You dinyanyikan. Takkanlah...

Seokjin mengeluarkan sesuatu dari dalam beg yang dibawanya. Dia menunggu sehingga verse pertama dan korus pertama untuk tamat dinyanyikan oleh DAY6.

Bibir Yeoreum ketap rapat. Ah, sudah.

Apabila tiba bahagian Jae memetik gitarnya secara solo, Seokjin mencuit bahu Yeoreum untuk memandangnya. Yeoreum pun menoleh, matanya membulat.

Seokjin sedang memegang buku nota tertulis sesuatu.

'Hai, Han Yeoreum.'

Seokjin menyelak pula ke mukasurat yang lain.

'Aku tahu, kau gembira sangat harini sebab dapat pergi konsert DAY6.'

Bulu roma Yeoreum meremang. Ayat yang Seokjin tulis... Sama dengan apa yang diingati di dalam mimpinya.

'Aku lebih gembira sebab aku yang dapat bawa kau jumpa DAY6.'

'Aku gembira bila aku dapat buat kau gembira.'

'I mean... Apa yang lagi best daripada buat orang yang kita suka gembira, kan?'

Pandangan Yeoreum alih ke wajah Seokjin, airmatanya bergenang. "Orang yang kita suka...", gumam Yeoreum. Seokjin pula kekal tersenyum sambil menyelak ke mukasurat lagi satu.

'Ya, aku suka kau, Han Yeoreum.'

'Aku suka kau. Sikit?'

Airmata Yeoreum tumpah.

'Tak. Aku suka kau. Sangat-sangat.'

Seperti tepat pada masanya, DAY6 menanyikan lirik bermaksud 'I like you' membuatkan airmata Yeoreum semakin deras mengalir. Yeoreum tersenyum manakala Jimin menyelak ke mukasurat terakhir.

'Sudi tak kau terima aku sebagai boyfriend kau?'

Yeoreum terus memeluk Seokjin disebalik orang yang ramai itu. Ramai ornag mula bersorak untuk mereka dan mereka rasa seperti dunia itu mereka yang punya. Pengakuan Seokjin disertai DAY6 menyanyikan I Like You sebagai muzik latar, segalanya terasa sempurna.

Seokjin memusingkan Yeoreum diudara. "Jawapan kau?", soal Seokjin. Yeoreum mengangguk. Ibu jari Seokjin mengesat airmata di pipi Yeoreum.

"Kenapa kau nangis ni?" Yeoreum hanya menggeleng sambil tersenyum.

Kepala Yeoreum mendongak untuk bertentang mata dengan Seokjin. Seokjin kini ralit merenung matanya.

Tangan Seokjin menekup pipi Yeoreum dengan lembut. Wajah Seokjin semakin mendekat membuatkan Yeoreum menutup matanya.

Namun, mata Yeoreum terbuka apabila terasa bibir Seokjin mengucup dahinya, lama.

•••

Mata Jimin ralit merenung cincin di jari manisnya. Tangannya itu diangkat ke udara, kepalanya berbaring diatas sofa di ruang tamu rumah Taehyung. Bibirnya tersenyum sendiri tanpa dapat ditahannya.

Taehyung berjalan mendekati lalu meletakkan dua buah mug diatas meja kaca. Matanya ralit memerhatikan Jimin yang tersengih-sengih sendiri. Dahinya berkerut sambil melabuhkan punggung diatas sofa menghadap Jimin.

"Apa tu? Cincin?", tegur Taehyung sambil mencapai salah satu mug untuk dirinya sendiri. Teh 'o' didalamnya dihirup perlahan.

"Kau akhirnya propose Yeoreum?", soal Taehyung. Kepala Jimin terus ditoleh ke arah Taehyung.

"Kau gila ke?", kata Jimin.

Taehyung meletakkan mug kembali diatas meja. "Kan cincin tu!", Taehyung mempertahankan diri sendiri.

"Bukan Yeoreum lah!"

"Tak payahlah nak marah-marah!", suara Taehyung turut meninggi seperti Jimin. Jimin mencebikkan bibir sebelum mencapai mug berisi teh 'o' panas yang disediakan oleh Taehyung.

Mata Taehyung terkerdip-kerdip. Kemudian, dia duduk bersila diatas sofa sambil berpeluk tubuh. "Tapi kenapa bukan Yeoreum? Perempuan entah mana pula kali ni?", selamba Taehyung menyindir Jimin. Jimin menjeling sahabat baiknya itu.

"Memanglah bukan Yeoreum sebab aku tak suka dia. By the way, Kang Harin bukan perempuan entah mana, eh?", Jimin menggunakan kembali istilah yang digunakan oleh Taehyung. Suka hati sahaja dia panggil teman wanita aku perempuan entah mana?

"Ah..." Taehyung mengangguk kecil. "Nama dia Kang Harin. Kejap." Kepala Taehyung terteleng ke sisi. "Macam aku pernah dengar nama tu..." Tangan Taehyung menggaru kepalanya.

"Ex aku dengan kau waktu zaman sekolah rendah dulu.", selamba Jimin berkata.

"Ah!" Taehyung memetik jarinya apabila ingatannya sudah kembali. "Yang tu ke?" Jimin mengangguk.

"Hmm, yang tulah. Aku jumpa dia balik waktu photoshoot bulan lepas."

"Photoshoot?"

"Dia dah jadi model sekarang." Taehyung mengangguk tanda mengerti. Kemudian, dia terbaring diatas sofa sambil mencapai salah satu bantal kecil diatas sofa. Bantal itu dipeluk rapat ke dada.

"Tapi aku serius ingat akhirnya kau akan dengan Yeoreum."

Jimin memandang ke arah Taehyung, tidak faham. "Kenapa pula?"

"Tak adalah... She literally handled all your shit. Siap relaks je bila keluar artikel kau dengan dia dating. Heret kau dari kelab. Apa lagi?", satu persatu Taehyung menyenaraikan perkara yang Yeoreum pernah buat untuk Jimin. Jimin mengacah penumbuknya apabila ayat Taehyung itu tepat terkena batang hidung sendiri.

"Lagi satu, kau dengan dia sumpah cute gila. Aku lowkey ship jugalah korang berdua."

Cute? Jimin mula berfikir. Aku dengan Yeoreum nampak... Cute?

"Lepas tu, kalau fikirkan secara logik..." Taehyung berbaring menghadap Jimin, menukar posisi daripada berbaring menghadap siling. "Selain daripada Yeoreum, ada ke perempuan lain, atau orang lain yang boleh tahan dengan perangai kau? Aku berani kerat jari akulah, takkan ada punya."

Bukannya Taehyung tidak tahu tentang hubungan Yeoreum dan Jimin. Agak pelik pada pandangannya, tetapi kalau dah namanya kawan rapat... Tak boleh nak kata apa juga. Yeoreum juga boleh dikatakan mempunyai kesabaran yang sangat tinggi untuk bertahan dengan Jimin yang berperangai... Pelik.

Jimin terdiam buat sejenak setelah mendengar ayat Taehyung. Ada benarnya kata-kata jejaka itu. Perkara itu membuatkan Jimin mula terfikir.

"Jimin.", panggil Taehyung. Jimin kembali memandang Taehyung.

"Don't take her for granted."


•••

"Pagi esok aku terus bertolak pergi Jepun."

"Well, okay, bye."

Jimin memandang Yeoreum dengan tidak percaya. "Itu je ayat yang kau nak cakap dekat kawan baik kau ni?"

"Dah tu? Kau nak aku cakap apa?", balas Yeoreum tanpa mengalihkan pandangannya daripada skrin komputer. Tetapi, jarinya menekan spacebar menyebabkan drama Korea yang ditontonnya terhenti separuh jalan.

"Park Jimin... Janganlah tinggal aku, aku akan kesunyian tanpa kau. Sampai hati kau nak tinggal kawan baik kau dekat sini. Apa, kau nak aku cakap macam tu?", dengan penuh dramatik Yeoreum berkata siap dengan mimik muka.  Matanya dikerdip-kerdipkan, berpura-pura comel, tangannya digenggam, bibirnya dijuihkan.

"Lowkey?", ujar Jimin. Yeoreum terus mengacah penendang ke wajah jejaka itu membuatkan Jimin mengengsot ke belakang.

"Jangan kacau aku tengok drama." Yeoreum memberi amaran bersama pandangan mata yang serius.

"Macam mana kau pergi konsert DAY6 dengan Seokjin hari tu? Best?", soal Jimin.

"Best. Gila.", ujar Yeoreum. "Dia confess dekat aku.", sengaja Yeoreum menambah info itu.

Kepala Jimin terangguk. "Ya ke?"

Yeoreum pun menoleh setelah menghentikan drama yang dilihatnya. "Well... Dia confess dekat aku waktu DAY6 tengah nyanyi I Like You. Romantik juga.", ujar Yeoreum aambil tersenyum.

"Uish, boleh tahan cheesy. Dah tu, kau cakap apa?"

"Mestilah aku terima dia, duh."

"Jadi, kau dengan dia sekarang couple?" Mata Yeoreum terkerdip mendengar intonasi suara Jimin bertanya berserta riak wajah yang ditunjukkan oleh jejaka itu. Aku salah dengar... Ataupun dia macam, sedikit cemburu?

"Yalah, aku couple lah dengan dia sekarang.", jawab Yeoreum dengan teragak-agak. Tiba-tiba sahaja suasana diantara mereka menjadi kekok.

"Seokjin macam mana orangnya?"

Yeoreum menggaru keningnya sebelum menjawab, "Well, dia baik dengan aku. Boleh dikatakan gentleman lah juga. Kelakar."

"Dia baik juga dengan orang lain, I could tell."

Yeoreum merenung wajah Jimin, cuba menafsirkan ayat yang baru dituturkan dan riak wajah Jimin. Apa maksud dia sekarang ni?

"Tapi, dia sumpah cool gila. Dia langsung tak kisah bila aku fangirling dekat DAY6."

"Kau pasti? Aku tak rasa dia minat K-Pop."

"Kau kenapa? And DAY6 is not K-Pop, they're a band."

"Apa, apa?", soal Jimin, seperti tiada apa yang tidak kena dengan soalan-soalan yang baru ditanyakan.

"Kau bukan boyfriend aku, Park Jimin. Kau tak ada hak nak rasa marah. Bukan kau sepatutnya gembira untuk aku?", suara Yeoreum mula kedengaran tegas.

"Kenapa Seokjin? Kau pasti ke dia yang terbaik untuk kau?", tanya Jimin lagi, masih mendesak soalan. "Dan aku tak rasa marah, aku cuma cakap."

"Dah tu, kenapa kau tiba-tiba macam ni?"

"Macam ni apa?"

Yeoreum mengecilkan sedikit matanya. Takkanlah... Senyuman Yeoreum menjadi sinis. "Jangan cakap dengan aku yang kau cemburu." Tepat mata Yeoreum memandang mata Jimin.

Jimin terus duduk menghadap Yeoreum dengan posisi yang betul setelah mendengar ayat Yeoreum. "Apa? Cemburu?", soal Jimin, seperti tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. "Buat apa aku nak cemburu?"

Nafas Yeoreum tarik dan lepas dengan perlahan-lahan untuk menenangkan diri sendiri. Okay, kita kena relaks. Aku tak nak gaduh dengan mamat ni. Fikir pakai otak, bukan emosi. "Kalau kau marah pun tak, cemburu pun tak... Bagi tahu aku. Kenapa kau tiba-tiba macam ni?", tanya Yeoreum setenang yang mungkin.

"Aku tak marah. Atau cemburu." Jimin menekankan. "Aku cuma suruh kau fikir betul-betul sebelum bercinta dan ada hubungan dengan dia.", kata Jimin.

"Okay." Yeoreum menganggukkan kepala. "Tapi kenapa kau cakap Seokjin macam tu, macam ni, cakap buruk pasal dia? Kau bukannya kenal dia pun, dan aku rasa tak perlu untuk kau buat macam tu." Yeoreum cuba mengukuhkan pendapatnya dengan fakta. Berharap bahawa Jimin akan faham.

"Aku cuma nak yang terbaik untuk kau." Ayat itu membuatkan Yeoreum merenung dalam-dalam mata Jimin sekali lagi. Cuba mencari sinar keikhlasan di sebalik mata jejaka itu, atau apa-apa pun. Namun, hampa. Apa yang dia nampak hanya cemburu dan marah.

"Ah... Sekarang aku faham. Kau fikir aku akan tinggalkan kau ke kalau aku bercinta dengan Seokjin?" Yeoreum mula mencipta kesimpulan sendiri. "Kau fikir aku ni kawan jenis apa一"

"Mana ada!", cepat-cepat Jimin menafikan. "Aku cuma cakap kau tak perlu nak cepat-cepat sangat."

Kesabaran Yeoreum semakin menipis.

"Apa benda yang cepatnya aku tak pernah bercinta pun sebelum ni!"

"Sebab itulah kau kena lagi berhati-hati!"

Yeoreum menutup matanya sambil tangan meraup rambutnya ke belakang. Tiba-tiba rasa panas pula didalam rumah ini, suasana diantara mereka terus berubah 360 darjah. Seperti bila-bila masa sahaja larva akan meletus.

"Aku takkan tinggalkan kau kalau aku bercinta dengan dia, Park Jimin. Kau kawan baik aku."

Kau kawan baik aku, dan kau tak sepatutnya buat begini. Duduk dalam zon kawan kau dan jangan berani untuk lepasi garisan yang aku tetapkan.

"Masalahnya sekarang bukan sebab aku rasa kau akan tinggalkan aku. Masalahnya sekarang一"

"Apa? Masalahnya sekarang apa? Apa?", pantas Yeoreum memintas kata-kata Jimin, dia sudah mula geram. Kesabaran ada hadnya.

Jimin melepaskan sebuah keluhan. Matanya memandang wajah Yeoreum. "Aku cuma tak nak kau terluka."

"Sejak bila pula kau kisah pasal perasaan kau?" Nah, Yeoreum memulangkan paku buah keras. Ambil kau, fikir kau sahaja yang boleh sakitkan hati aku? Aku pun boleh buatlah.

"Yeoreum, aku一"

"Kau ni memang pentingkan diri sendiri, tahu tak?", Yeoreum tidak membiarkan Jimin menghabiskan ayatnya. "Okay, aku faham apa yang kau rasa sekarang tapi tak boleh ke cuma gembira untuk aku? Ada seorang lelaki yang okay, nampak baik yang aku jumpa, dan nampaknya dia pun suka aku juga dan dia terima sisi aku yang pelik.", nada suara Yeoreum hampir kedengaran merayu. Hampir.

"Sebab itulah kau kena lagi berhati-hati. Nampak sangat dia banyak pengalaman dengan perempuan."

Yeoreum menjulingkan matanya. Eh, cik abang, tengah cakap pasal diri sendirikah?

"Tengok. Kau buat lagi."

"Apa?", soal Jimin, jelas terasa tidak adil sekarang. Apa benda yang salah sangat aku tengah buat sekarang ni?

"Memburukkan Seokjin. Stop."

"Aku serius, Han Yeoreum."

"Aku pun serius. Kenapa kau macam ni? Aku tak fahamlah!", suara Yeoreum naik satu oktaf. Kesabaran dia sudah melayang entah ke mana.

"Aku rasa aku biasa je sekarang ni.", dengan tenang Jimin berkata.

"Dah tu kenapa kau memburukkan Seokjin macam kau tak nak aku bercinta dengan dia?!", dengan berapi Yeoreum menghamburkan kata-katanya.

"Aku tak sangka yang korang akan betul-betul bercinta, okay?! Puas hati kau?!"

Senyap. Yeoreum mengalihkan pandangannya, tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk diucapkan pada waktu sebegini.

Kecewa? Itu apa yang Yeoreum rasa sekarang.

Jimin menggigit bibirnya, terasa dia sudah terlepas cakap. Sudah menyentuh perkara sensitif. Ah, lantaklah!

"Lagi satu, apa yang hebat sangat pasal Seokjin tu?"

Yeoreum menjeling Jimin. Mamat ni serius nak teruskan topik ni? Tiada langsung riak wajah bersalah atau akan meminta maaf, jauh sekali. "Apa yang hebat sangat pasal dia? Cakap dengan aku!"

"Dia layan aku lagi baik dari kau, itu yang hebat pasal dia. Itu sebabnya." Entah kenapa, hati Jimin terasa seperti ditusuk belati tajam mendengarkan kata-kata Yeoreum. Ditusuk perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, darah mula mengalir...

"Aku tahu aku boleh jadi lagi bahagia dengan dia, daripada dengan kau. Dia boleh buat aku bahagia."

Kau nak sangat kebenaran, kan? Kau nak sangat aku berterus-terang, kan? Nah, kau ambil.

"Kau ni jenis yang boleh lepaskan tangan perempuan tapi tak boleh biarkan lelaki lain ambil dia? Macam tu? Lelaki jenis apa kau ni?", suara Yeoreum tidak setinggi tadi, tidak penuh dengan amarah seperti tadi. Namun, kali ini lebih menakutkan, lebih tegas. Lebih menyakitkan.

"Kau memang pentingkan diri kau je, Park Jimin." Yeoreum meneguk liurnya sebelum menyambung, "Keluar dari rumah aku."

Mata Jimin terkerdip-kerdip, sumpah tidak menyangka ayat itu diucapkan oleh Yeoreum. Dia membuka mulut untuk berkata. "Yeoreum, aku一"

"Keluarlah!" Yeoreum menjerit. Jimin tersentak, bahunya terhenjut.

"Apa kau tunggu lagi?!" Yeoreum mencapai beg yang Jimin bawa lalu dilemparkan ke arah jejaka itu. Dia berjalan mendekati jejaka itu lalu menolak-nolak badan Jimin. Sekuat mungkin dia menolak Jimin, sehingga Jimin pun berdiri.

"Aku cakap keluar! Pentingkan diri sendiri!" Yeoreum menolak badan Jimin sehingga ke pintu rumah. Pintu rumah dibuka lalu ditolaknya Jimin keluar. Kasut Jimin diambil lalu dilemparkan keluar sehingga bergolek ke jalanraya.

Mulut Jimin ternganga.

"Kau bukan kawan aku kalau kau tak boleh gembira untuk aku. Jangan jejakkan lagi kaki dekat rumah aku." Yeoreum menghempas pintu rumahnya dengan kuat meninggalkan Jimin berdiri di luar sambil memegang begnya.

Badan Yeoreum tersandar pada pintu, kepalanya kemudian disandar. Matanya tertutup, tanpa disedari sebutir airmata mengalir di pipi. Belakang tapak tangannya menyeka airmata.

"Jangan menangis, Han Yeoreum. Airmata kau tak layak untuk lelaki macam tu.", pesan Yeoreum kepada diri sendiri.

Jimin diluar melepaskan sebuah keluhan. Matanya merenung pintu rumah Yeoreum yang tertutup buat seketika. Bibirnya digigit kuat.

Apa yang aku dah buat?

•••

buku ni mungkin habis lebih cepat dari sangkaan aku... ingatkan boleh tulis lebih dari 40 bab, tapi rasa macam boleh tulis sampai 30 bab lebih je.

haih, macam mana do aku tulis 1-4-3 sampai nak dekat 50 bab dulu? (nampak sangat dulu idea banyak sangat dan sekarang dah takde idea lol)

terima kasih kerana masih membaca dan menyokong selebriti sehingga ke hari ini! 💜

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

HOT DADDY Oleh Lyaluvrr

Fiksi Penggemar

28.9K 580 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
190K 19K 26
+Semuanya kisah tentang anak pertama kita. Terima kasih sebab bertahan selama 9 bulan, Saya sayang awak❤ 27/8/2017; 5 In Short Story🌸 31/8/2017; 4 I...
533 147 15
Penantian ini teramatlah panjang. Akhirnya doa Gwon Yeon didengari tuhan, dan Jeon Jungkook hadir dalam hidup wanita itu sebagai pengantin hantunya...
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...