SELEBRITI. » park jimin

By bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... More

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

xxii. (Tak) Move on.

108 16 0
By bajumelayujimin

Suasana diantara mereka bertiga hanya diam sedari tadi, tiada siapa yang berani untuk memulakan bicara. Yeoreum mengetap bibir, jari-jemari diatas riba bermain antara satu sama lain dengan resah. Jimin pula berpeluk tubuh dengan kaki yang disilangkan.

Kang Harin yang duduk menghadap Jimin pula hanya mengacau minuman yang dipesannya dengan penyedut minuman. Mereka bertiga hanya duduk disitu, didalam kafe tanpa bersembang mesra, seperti apa yang sepatutnya jika terjumpa kawan lama.

Mereka tidak sangka untuk berjumpa dengan cara yang begini. Harin, sebagai model dalam iklan bersama Park Jimin.

"Aku tak sangka yang kau jadi model juga.", tiba-tiba Jimin bersuara. Perkara itu membuatkan Harin dan Yeoreum terus memandang ke arahnya. "Maksud aku... Tak sangka kau akan masuk bidang hiburan."

Harin tersenyum lalu duduk dengan tegak. Dia mengalihkan rambutnya di bahu kanan ke belakang. "Itulah, aku pun tak sangka yang aku pilih untuk jadi model. Lagi tak sangka untuk jumpa kau balik dekat sini.", ujar Harin.

Mendengarkan perbualan mereka berdua membuatkan Yeoreum terasa tidak layak untuk duduk bersama. Dia rasa bahawa diri dia semakin mengecil dan mengecil, menunggu masa sahaja untuk ditelan bumi. Kepalanya ditunduk memandang meja.

"Lama tak jumpa kau, Han Yeoreum." Yeoreum terus menaikkan wajah apabila terdengar namanya dipanggil. Harin sedang tersenyum ke arahnya. "Dah berapa lama eh? Sejak empat tahun lepas rasanya, sejak kita habis sekolah menengah..."

Yeoreum hanya mampu tersenyum kembali. Dia sendiri tidak tahu untuk kata apa. Memanglah Harin itu pernah menjadi kawan baiknya, tetapi mereka terputus hubungan sejak tamat sekolah menengah. Yeoreum mula resah dengan perkara ini.

Tiba-tiba, telefon bimbit Jimin berdering. "Hello? Ah... Kami dekat kafe. Sekarang? Okay, saya datang." kata Jimin sebelum menamatkan panggilan. Dia terus memandang ke arah Harin.

"Director cari kita. Kena pergi set." Harin mengangguk. Mereka berdua mula berdiri dan ingin beredar dari kafe itu.

"Kau tak ikut, Yeoreum?", soal Jimin. Yeoreum hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak apalah, aku nak duduk sini. Dekat luar sejuk.", jawab Yeoreum. Dahi Jimin berkerut.

"Kau yang beriya-iya nak tengok pantai tadi...", gumam Jimin. Mereka berdua pun mula berjalan keluar dari kafe tetapi Harin terhenti di sisi Yeoreum. Yeoreum menoleh apabila terasa Harin berdiri di sebelahnya.

"Bagi aku nombor telefon kau." Harin menghulurkan telefon bimbitnya kepada Yeoreum. "Kita jangan lost contact lagi, okay?" Yeoreum hanya mengangguk perlahan sambil mencapai telefon bimbit milik Harin. Nombor telefonnya diletakkan. Telefon bimbit milik Yeoreum berdering.

"Okay." Harin tersenyum, berpuas hati. "Jumpa lagi kejap lagi." Sempat Harin menepuk bahu Yeoreum dengan mesra sebelum berjalan pergi. Mata Yeoreum mengekori Harin yang berjalan ke arah Jimin yang menunggu untuk berjalan bersama.

Melalui tingkap kafe yang lutsinar, dia melihat mereka berdua berjalan beriringan. Sempat Yeoreum menangkap Harin yang tertawa kecil, mungkin ada sesuatu yang lucu dikatakan oleh Jimin. Yeoreum menongkat wajahnya.

"Diorang sesuai untuk satu sama lain...", gumam Yeoreum, lebih kepada melepaskan sebuah keluhan. Bagai pinang dibelah dua, ibarat cincin dan permata. Harin yang cantik, Jimin yang kacak. Tangan sebelah lagi mencapai telefon bimbit diatas meja lalu dihidupkan. Dia memperoleh nombor telefon Harin.

Lama nombor telefon gadis itu hanya direnung oleh Yeoreum.

Yeoreum mula berfikir buat sejenak lalu tangannya mencapai telefon bimbit.

Han Yeoreum
aku balik dulu tau?
aku takut sampai rumah lewat sangat sebab esok aku kerja

Pau
???
okay

•••

"Oh?" Salah seorang pekerja kafe Bittersweet tersenyum ke arah Yeoreum apabila Yeoreum mula mendekati. Yeoreum membalas senyumannya.

"Cik datang lagi." Yeoreum hanya tersengih. Seokjin yang membancuh americano meletakkan minuman itu diatas kaunter lalu bertentang mata dengan Yeoreum. Dia memberikan isyarat untuk Yeoreum memasuki bahagian belakang kafe.

"Bila kita nak date lagi?", tiba-tiba Seokjin menanyakan soalan itu membuatkan kepala Yeoreum terus menoleh ke arahnya.

"Kau ni, memang cakap tak ada berkias-kias kan?", ujar Yeoreum. Seokjin pula tersengih sambil mengangkat jari tanda peace. Yeoreum memulakan kerjanya dan hanya membisu.

Seokjin meneliti wajah Yeoreum yang agak muram pada hari itu. Gadis itu bukan jenis yang pendiam, jadi agak pelik untuk melihat Yeoreum tidak memulakan perbualan atau tersenyum seperti selalu. "Kau tak sihat ke?", soal Seokjin, nada suaranya berbaur risau.

"Eh, sihat je." Pantas Yeoreum menggelengkan kepala sambil tersenyum lebar, menandakan bahawa dia okay. Namun, senyuman itu hanya bertahan buat beberapa saat sahaja sebelum senyuman itu lenyap. "Kenapa pula kau tanya aku sihat ke tak?"

"Kau cuma... Diam hari ni.", balas Seokjin. Kening Yeoreum terjongket, seperti dia baru tersedar akan perkara itu. Dia memandang Seokjin dengan kekok.

"Ah... Ya ke?" Yeoreum berjalan pula ke dapur untuk melakukan tugasnya yang seterusnya. Seokjin menganggukkan kepalanya, namun tidak bertanya dengan lebih lanjut. Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Ping! Sebuah notifikasi muncul di skrin telefon bimbit Yeoreum. Yeoreum mencapai telefon bimbit dari dalam poket seluar slack lalu dihidupkannya.

Kang Harin
kau dekat mana? boleh kita jumpa?
aku ada benda nak tanya pasal jimin

Buat seketika, Yeoreum terkaku membaca mesej itu. Berulang-ulang kali dia membaca mesej itu, memastikan yang dia tidak tersalah baca. Pasal Jimin, huh?

"Yeoreum?" Seokjin melambai-lambai tapak tangan di hadapan wajah Yeoreum apabila hampir beberapa saat Yeoreum hanya terdiam dan termenung. Cepat-cepat Yeoreum menyimpan kembali telefon bimbit di dalam poket seluar slack lalu tersenyum ke arah Seokjin. Kening Seokjin berkerut, pasti ada yang tak kena dengan Yeoreum.

"Ah!", jeritan kecil Yeoreum kedengaran. Yeoreum terus mengalih tangan yang terkena cerek panas diatas dapur gas.

"Kau okay tak?" Seokjin lebih pantas mencapai tangan Yeoreum lalu ditariknya ke sinki. Pili air dibuka lalu bahagian belakang tapak tangan Yeoreum dilalukan dibawah curahan air.

"Ah...", Yeoreum mengaduh perlahan apabila tangannya dilalukan di bawah air.

"Merah dah tangan kau...", gumam Seokjin sambil melihat kesan tangan Yeoreum yang kemerah-merahan akibat lecur. Kemudian, dia melihat pula raut wajah Yeoreum.

"Kau okay tak? Hati-hatilah sikit...", kata Seokjin.

Yeoreum mengangguk kecil. "Aku okay je..." Sempat lagi Yeoreum tersenyum kecil. Seokjin menutup pili air, namun tangannya masih memegang tangan Yeoreum. Pandangan Yeoreum fokus kepada tangan Seokjin yang memegang tangannya.

"Ah, maaf." Seokjin baru tersedar yang dia memegang tangan Yeoreum lalu dengan perlahan melepaskannya.

"Tak apa... Thanks, by the way.", ucap Yeoreum.

"Kau tak nak letak ubat?" Yeoreum menggeleng.

"Alah, setakat lecur sikit..."

Tanpa disedari oleh Seokjin dan Yeoreum, pekerja di kafe Bittersweet sudah menyiku-nyiku, memukul, fangirling dan fanboying antara satu sama lain apabila melihat saat romantik Yeoreum dan Seokjin. Sebiji seperti penonton drama Korea ketika drama menayangkan babak yang bergula.

Yeoreum kembali mencapai telefon bimbit dari dalam poket seluar slack. Mesej yang dihantar oleh Harin ditenung buat seketika sebelum jarinya mula menaip.

Han Yeoreum
aku ada dekat kafe bittersweet dekat gangnam
kau nak datang sini?

Tidak sampai seminit menunggu, mesejnya serta-merta dibalas.

Kang Harin
okay! :)
tunggu situ tau

"Aku duduk dulu dekat situ. Ada kawan nak jumpa aku.", Yeoreum memberitahu Seokjin. Seokjin mengangguk kecil. Yeoreum mengambil salah satu tempat duduk di tepi tingkap yang memuatkan tempat duduk untuk dua orang.

"Kau ada nak minum apa-apa?", soal Seokjin.

"Cappucino panas satu.", balas Yeoreum. Seokjin mengangguk lalu berjalan pergi. Yeoreum membuang pandang ke luar kafe. Sudah gelap waktu diluar.

Pekerja di kafe Bittersweet tersengih-sengih apabila Seokjin berjalan mendekati kaunter. Pada asalnya, Seokjin hanya membiarkan namun mula terasa pelik apabila pekerjanya masih lagi merenungnya bersama sengihan yang meragukan. "Apa? Kenapa pandang saya macam tu?", soal Seokjin sambil tertawa kecil.

"Ah!"

"Kau okay ke?" Dua orang pekerja itu melakonkan semula babak dimana tangan Yeoreum terkena cerek panas dengan penuh dramatik. Sampai berpegangan tangan, seperti apa yang Seokjin buat terhadap Yeoreum. Perkara itu membuatkan Seokjin terus mengalihkan pandangannya,. Habis rasa segan menggunung di dalam hati.

"Sweet sangat..."

"Encik Kim dah confess ke?"

"Bila Encik Kim nak mula dating?"

Tiba-tiba, pekerja perempuan itu menutup mulutnya dengan dramatik. "Encik Kim dah couple ke dengan dia?"

Seokjin hanya tersenyum. "Saya dah confess." Perkara itu terus membuatkan dua orang pekerja itu menjerit kecil dalam keterujaan. Sekali lagi mereka bertepuk tampar antara satu sama lain, nampak gembira benar.

Mata Seokjin jegilkan ke arah dua orang pekerjanya itu. Buat perangai ya, sedangkan pelanggan memenuhi kafe.

"Couple? Nah." Seokjin menggelengkan kepalanya sambil tersenyum, cuba menyembunyikan perasaan yang agak kecewa di dalam hati.

Mata pekerja lelaki itu berkerdip-kerdip. "Kenapa? Encik Kim kata dah confess?"

Bibir Seokjin ketap lalu bahu dijongket. "Dia masih tak bagi jawapan."

Mungkin juga aku memang tak akan dapat jawapan dari dia.

"Tak apa, Encik Kim. Bila saya tengok dia, macam dia pun suka Encik Kim juga. Tengok tadi, bukan main segan lagi bila Encik Kim pegang tangan dia.", bukan main bersemangat lagi pekerja itu memberikan jawapan.

Seokjin memeluk tubuhnya. "Korang ni tak ada kerja nak buat?" Aura pengurus kafe sudah keluar. Terus wajah dua orang pekerja itu kembali muram.

"Baik, Encik Kim... Kami kerja..." Dua orang pekerja itu mula berjalan ke dapur untuk menjalankan tugas mereka. Seokjin tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahajalah perangai dua orang pekerjanya itu.

Jari-jemari Yeoreum mengetuk paha dengan resah. Kejap-kejap matanya memandang ke pintu masuk kafe, kejap-kejap menghidupkan telefon bimbit. Bibirnya digigit dan dibasahkan.

Tidak lama kemudian, seorang gadis yang berpakaian ranggi melangkah masuk ke dalam kafe tersebut. Dua tiga kali jugalah pelanggan di dalam kafe itu menoleh ke arah gadis itu. Kang Harin. Mana taknya, Harin yang cantik, dilahirkan untuk menjadi model.

Harin menoleh ke kiri dan ke kanan, mencari dimana Yeoreum. Apabila dia nampak Yeoreum, bibir Harin terus tersenyum lebar. Dia berjalan ke arah Yeoreum, kasut bertumit tingginya berkeletak-keletuk diatas lantai.

"Yeoreum!", sapa Harin sambil melambai. Yeoreum turut tersenyum manakala Harin menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Yeoreum.

Mata Yeoreum terkerdip-kerdip memandang wajah Harin yang dimekap dengan smoky eyes, membuatkan butiran wajahnya kelihatan tajam. "Ah, aku baru habis photoshoot.", ujar Harin apabila Yeoreum hanya memerhati wajahnya. "Sebab tu mekap aku tebal."

Yeoreum hanya mengangguk kecil tanda mengerti. Salah seorang pelayan melangkah ke arah mereka lalu Harin memesan minumannya.

"Kau sekarang buat apa? Kerja? Belajar dekat universiti?", soal Harin, berbasa-basi.

"Aku dah graduate. Tiga bulan dah mula kerja.", jawab Yeoreum.

"Kau kerja dekat mana?"

"Syarikat Oh&Park."

"Wah, baguslah..."

Yeoreun hanya tersenyum.

Pelayan pun datang membawa pesanan Harin. Harin membasahkan tekaknya dengan minuman itu manakala Yeoreum hanya menunggu untuk soalan tentang Park Jimin ditanyakan oleh Harin. Mereka berdua tahu... Soalan-soalan itu semua hanyalah sekadar 'memanaskan badan' ke topik yang sebenarnya.

"Kau rapat ke dengan Jimin?" Nah, akhirnya nama jejaka itu lahir dari bibir Harin. Tangan Yeoreum terhenti dari menggosok jari-jemari di cawan berisi cappucino.

"Maksud kau dengan rapat...?" Sengaja Yeoreum menduga.

Harin mengalihkan helaian rambutnya yang ikal mayang ke belakang telinga. "Yalah, waktu dekat pantai hari tu... Bukan kau datang dengan Jimin ke?", soal Harin. Yeoreum mengangguk kecil.

"Kalau macam tu kau kata rapat, well bolehlah tahan rapat juga aku dengan dia." Sekali lagi Yeoreum memberikan jawapan yang samar-samar. Dia ingin melihat reaksi gadis itu.

"Alah... Kau kan memang rapat dengan dia sejak zaman sekolah menengah dulu."

Zaman sekolah menengah. Ah...

Yeoreum hanya tersenyum sambil menjongketkan keningnya. "Kalau macam tu... Mesti kau tahu kan pasal Jimin?"

"Tahu apa?"

"Dia ada girlfriend tak?"

Buat seketika, Yeoreum terasa waktu di sekelilingnya terhenti berdetik. Dia hanya mampu merenung wajah Harin tanpa sebarang jawapan. Kenapa aku perlu terkejut? Aku sepatutnya sudah boleh mengagak soalan ini akan ditanyakan.

Harin mengetuk meja perlahan membuatkan Yeoreum kembali ke dunia nyata. "Yeoreum."

"Oh.", akhirnya Yeoreum bersuara.

"Dia ada girlfriend ke tak?", Harin mengulang soalannya lagi. Yeoreum tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala. Mata Harin berkerdip-kerdip, senyuman mula melebar.

"Tapi...", senyuman Harin kembali pudar. "Aku ada baca artikel yang kata dia ada girlfriend..."

Yeoreum berdehem sebelum menyisip sedikit cappucina miliknya yang sudab suam. Terasa ayat Harin terkena batang hidungnya sendiri.

"Eh, taklah!" Pantas Yeoreum menggelengkan kepalanya. "Itu... Bukan girlfriend dia pun!" Yeoreum tertawa kekok kemudiannya. Tetapi, bukannya dia menipu. Dia bukan teman wanita Jimin. "Kau tahulah, industri hiburan ni... Wartawan main tulis je apa diorang nak."

"Betul ke?" Mata Harin kembali bersinar penuh harapan.

"Mhm!"

"Kau yakin dia tak ada girlfriend?"

"Sepanjang yang aku tahu, memang tak ada."

Yalah, hampir setiap masa dia ada dengan aku, macam mana pula nak cekau awek? Jadi, mungkin si Jimin itu solo buat masa sekarang.

"Terima kasih, Yeoreum!" Tangan Harin terus mencapai tangan Yeoreum diatas meja lalu digenggamnya erat. Tersenyum lebar Harin, gembira benar kelihatan. Yeoreum hanya mampu mengangguk kecil.

Tiba-tiba, telefon bimbit milik Harin berdering meminta diangkat. "Hello? Ah... Dah sampai ke? Okay..." Harin menamatkan panggilan lalu mengerling ke arah Yeoreum dengan perasaan bersalah.

"Sorry Yeoreum... Manager aku dah sampai, aku kena pergi. Sorry, tak sempat nak sembang lama.", ucap Harin.

"Eh, tak apalah. Aku okay je. Pergilah."

Harin tersenyum lalu berdiri, beg tangan diletakkan di atas bahu. "Nanti aku mesej kau, okay? Aku pergi dulu. Bye." Harin melambai kecil sebelum berjalan pergi. Yeoreum membalas lambaian itu sehingga Harin melangkah keluar dari kafe.

Bibir Yeoreum melepaskan sebuah keluhan, kepalanya ditoleh memandang ke luar. Dia bersandar pada kerusi. Apa yang aku dah buat? Betulkah apa yang aku buat?

Okay, mungkin juga ini petanda untuk aku move on. Move on. Haih... Lebih senang dikatakan daripada dibuat.

"Kau nak refill cappucino ke?" Ada suara yang menegurnya membuatkan lamunan Yeoreum terhenti. Seokjin tersenyum ke arahnya.

"Nah..." Yeoreum menggelengkan kepalanya lalu menghabiskan cappucino miliknya dengan sekali teguk. "Aku balik dulu." Yeoreum mula berdiri sambil tersenyum ke arah Seokjin.

Seokjin mengekori Yeoreum sehingga ke pintu masuk kafe. Namun, baru sahaja Yeoreum ingin melangkah keluar, Seokjin memanggilnya. "Yeoreum!" Yeoreum pun menoleh bersama kerutan di dahi.

"Er..." Tangan Seokjin menggaru bahagian belakang lehernya, kelihatan agak resah. Yeoreum kekal menunggu. "Kau... Free tak hujung minggu ni?", tanya Seokjin. Yeoreum memuncungkan sedikit bibirnya, menandakan dia sedang berfikir.

"Free rasanya. Kenapa?"

"Nak tengok wayang tak dengan aku?"

Mata Yeoreum terkerdip-kerdip. "Tengok... Wayang?" Seokjin mengangguk.

"Boleh juga." Yeoreum memberikan kata-kata persetujuan. Terus Seokjin tersenyum sehingga ke telinga.

"Okay. Kalau macam tu... Nanti aku mesej kau.", ujar Seokjin dengan nada teruja membuatkan Yeoreum tertawa kecil.

"Okay. Aku pergi dulu." Yeoreum melambai kecil sebelum berjalan pergi. Seokjin turut melambai sehingga Yeoreum berjalan keluar dari kafe.

"Tengok wayang...", gumam Yeoreum sendiri sambil berjalan ke perhentian bas. Mungkin ada baiknya. Mungkin aku boleh lupakan Jimin dengan cara ini?

Harap-haraplah.

•••

"Ugh...", rungut Yeoreum sambil berjalan perlahan keluar dari bilik air. Tangannya memegang perut sambil berjalan agak membongkok sebelum terbaring diatas lantai.

Jimin menggelengkan kepalanya sambil bermain dengan telefon bimbit. "Dah berapa kali kau keluar masuk bilik air ha?", selamba Jimin memerli Yeoreum. Kaki Yeoreum terus menyepak kaki Jimin, memberi amaran.

"Diamlah. Kau apa tahu?", bidas Yeoreum. Sudahlah aku sakit perut... Tambah lagi dengan period cramp, jejaka ini menganggu waktu rehat aku selepas seharian bekerja... Ah, dia ni tak ada kerja ke apa?

"Kau nak makan apa?" Jimin duduk bersila sambil membuka aplikasi di telefon bimbit untuk memesan makanan. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip buat seketika.

"Spicy noodle?", jawab Yeoreum. Jimin mengalihkan pandangannya daripada memandang skrin telefon bimbit ke wajah Yeoreum. Yeoreum sedang berbaring diatas lantai sambil meringkuk, tangan memegang perut.

"Apa?", soal Yeoreum apabila Jimin hanya merenungnya. "Cepatlah order. Aku lapar."

"Baik, cikpuan Han Yeoreum.", dengan sarkastik Jimin membalas. Tidak lama selepas memesan makanan, makanan pun sampai.

Loceng rumah berbunyi. "Aku pergi ambil." Jimin mula berdiri. Pada awalnya, Yeoreum hanya membiarkan tetapi terus menahan Jimin dengan kakinya.

"Ah, kejap kejap!" Dahi Jimin berkerut sambil memandang Yeoreum. Yeoreum pun mula duduk bersila sebelum berdiri. "Duduk diam-diam, aku pergi ambil makanan."

"Kau lupa ke apa yang kau ni artis mampus aku kalau kau kena tangkap duduk rumah aku.", bebel Yeoreum sambil berjalan ke arah pintu. Jimin hanya membiarkan.

Yeoreum kembali bersama plastik berisi bungkusan makanan. Makanan diletakkan di hadapan Jimin. Yeoreum pun duduk bersila menghadap Jimin, kecur airliurnya apabila aroma makanan mula memenuhi ruang rumah itu.

Pantas tangannya mencapai bekas makanan yang berisi mi goreng yang pedas. Baru sahaja dia ingin mencapai garfu untuk makan, Jimin mengambil bekas makanannya dan meletakkan makanan yang lain di hadapannya.

"Ah... Aku nak makan yang tu!", rengek Yeoreum. "Ini apa..." Yeoreum mula membuka bekas makanan yang Jimin letak di hadapannya.

"Kau tu dahlah tengah sakit perut! Tak payah nak gedik sangat makan makanan pedas. Makan je bubur tu.", ujar Jimin sebelum menyuapkan mi goreng ke dalam mulut. Mata Yeoreum tunduk memandang bubur nasi di dalam bekas makanan itu.

Bubur nasi?

"Bencilah kau... Kisah apa aku sakit perut ke tak...", rungut Yeoreum tetapi tangan masih mencapai sudu untuk menyuap makanan ke dalam mulut. Jimin menjeling Yeoreum yang menikmati bubur di hadapannya sebelum tersenyum kecil.

Ping! Sebuah mesej diterima oleh telefon bimbit Jimin. Tangan Jimin menghidupkan skrin telefon bimbit lalu membaca mesej yang diterimanya.

Tanpa dapat ditahan, bibirnya mula tersenyum kecil sambil memandang skrin. Dalam diam, Yeoreum mencuri pandang ke arah Jimin yang tersenyum-senyum sambil memandang skrin telefon bimbit.

"Kang Harin?", teka Yeoreum tetapi matanya memandang ke tempat lain. Seolah-olah dia tidak kisah akan jawapan yang akan diberikan oleh Jimin. Namun, dalam hatinya hanya dia yang tahu.

Tolonglah, tolonglah, tolonglah...

"Oh?" Jimin kelihatan kagum sebelum tertawa kecil. "Macam mana kau tahu?", soal Jimin.

Yeoreum memaksa dirinya untuk tersenyum, cuba mengawal reaksi wajahnya untuk kelihatan okay. "Ah... Aku teka je...", balas Yeoreum.

"Korang contact balik ke? Ex-girlfriend kau zaman sekolah tu."

"Mhm." Jimin mengangguk. "Kitorang tukar nombor telefon waktu kita dekat pantai hari tu."

Aku dah agak.

"Harin ajak aku hangout hujung minggu ni. Kau nak ikut?"

"Kau gila ke?!", suara Yeoreum meninggi tanpa dapat ditahannya. Kemudian, mata Yeoreum terkerdip-kerdip apabila ayat itu keluar dari mulutnya lebih pantas dari sangkaannya dan terlebih volum.

"Kalau kau tak nak, cakap jelah tak nak.", kata Jimin sambil meletakkan telefon bimbit diatas lantai. Yeoreum kembali menyuap bubur nasi ke dalam mulut.

"Aku tak free hujung minggu ni.", ujar Yeoreum tanpa memandang wajah Jimin. Matanya hanya memandang bubur nasi.

"Kenapa? Kau ada date ke apa?", soal Jimin dengan selamba. Yeoreum hanya terdiam buat seketika membuatkan mata Jimin membulat.

"Seriuslah kau ada date?"

Yeoreum mengangguk. "Dengan siapa?"

"Seokjin." Mata Yeoreum memandang wajah Jimin, cuba menafsirkan riak wajah yang ditunjukkan oleh jejaka itu. Cuba mencari jika ada secebis... Secebis cuma perasaan cemburu yang ditunjukkan oleh Jimin, namun hampa. Wajah Jimin hanya kelihatan seperti biasa.

"Oh...", nada Jimin menyakat sambil tersengih. "Dah ada date dah sekarang ni? Bukan main eh?"

"Date elok-elok.", sempat lagi Jimin berpesan. Sekali lagi, hati Yeoreum retak mendengar ayat Jimin.

“After all these years without you, I haven't reconciled the pain. I have yet to make peace with it.

I don't even know where to begin.

They promised me that time would fix it, but seeing you again takes me right back to yesterday.

And every day from then to now, subsisting on the lies I tell myself when the truth is, I can't let go, I haven't let go.

Have you?”

一 Have You?

•••

"Wah... Panjangnya beratur.", gumam Yeoreum sambil memerhatikan barisan yang panjang beratur untuk membeli tiket. Almaklumlah, Avengers: Endgame sedang ditayangkan, dan hari ini hari cuti, memang ramai oranglah jawabnya.

"Itulah, nasib baik kita booking tiket online, kan?", balas Seokjin sambil menyedut minuman berkarbonat. Yeorehm mengangguk.

"Ah, aku nervous. Aku memang nak tengok Endgame.", kata Yeoreum sambil tersengih.

"Nak aku bagi spoiler?", bisik Seokjin. Terus tajam mata Yeoreum menjeling jejaka itu.

"Cubalah bagi, aku sepak kau.", Yeoreum memberi amaran dengan tegas. Seokjin tergelak.

"Woah." Tanpa disangka-sangka, Seokjin memeluk bahu Yeoreum lalu menarik Yeoreum rapat ke badannya. Terdapat seorang wanita yang berjalan pantas tanpa memandang kiri dan kanan, hampir melanggar Yeoreum.

Dup dap. Dup dap. Dup dap. Tangan Yeoreum erat memegang cawan kertas dan bekas berisi bertih jagung supaya tidak terjatuh.

Perlahan-lahan, Seokjin menurunkan tangannya membuatkan Yeoreum kembali berdiri dengan postur yang normal, kekok. Tiba giliran mereka untuk memasuki dewan panggung.

"Hall 5... Dekat sana.", ujar Seokjin. Mereka memasuki dewan 5 yang sudah dalam keadaan gelap menandakan filem akan bermula tidak lama lagi. Separuh daripada panggung sudah dipenuhi dengan penonton.

Mereka mengambil tempat duduk, bersebelahan masing-masing. Belum sempat Yeoreum duduk, terlebih dahulu Seokjin mencapai cawan kertas dan bertih jagung milik Yeoreum untuk diletakkan di tempat merehatkan lengan. "Thanks.", ujar Yeoreum dengan sedikit debaran. Perbuatan Seokjin itu mungkin kelihatan kecil dan remeh namun perkara kecil itulah yang membuatkan jejaka itu nampak lebih gentleman.

"Kau tengok ke trailer untuk Endgame?", soal Yeoreum setelah menyedut sedikit minumannya.

"Ha?" Tiba-tiba Seokjin mendekatkan wajahnya dengan wajah Yeoreum, tinggal beberapa inci sahaja sebelum bibir mereka bersentuhan. Mata Yeoreum sedikit membulat, terkejut manakala kepalanya dibelakangkan sedikit secara refleks.

"Ah, sorry." Seokjin menjauhkan sedikit wajahnya. "Aku tak nampak muka kau, gelap sangat. Apa kau cakap tadi?"

Yeoreum menarik dan menghembus nafas sebelum mengulangi soalannya. "Ah... Ada yang aku tengok, ada yang aku tak tengok.", jawab Seokjin. Filem pun bermula.

Audiens mula fokus kepada filem yang ditayangkan, termasuk Seokjin dan Yeoreum. Yeoreum meletakkan lengannya dan tangannya tersentuh Seokjin membuatkan Seokjin menoleh sedikit. "Sejuknya tangan kau.", bisik Seokjin.

Baru sahaja Yeoreum ingin mengalihkan tangannya, Seokjin lebih pantas mencapai tangan Yeoreum lalu digenggamnya membuatkan degupan jantung Yeoreum bertambah laju. Yeoreum mengerling ke arah Seokjin, jejaka itu hanya fokus kepada filem sambil selamba memegang tangannya.

"Tak apa, tangan aku panas. Tak adalah tangan kau sejuk.", gumam Seokjin. "Ah.", seperti teringat sesuatu, Seokjin berkata.

"Kalau kau nak baring atas bahu aku pun tak apa."

Terus pipi Yeoreum terasa membahang.

"Gila ke? Aku bukan girlfriend kau."

"Okay, sentap. Dah tu, cepatlah jadi girlfriend aku."

"Gila. Tengok filemlah."

Seokjin hanya tersengih manakala Yeoreum sudah tidak keruan. Nampak gayanya, dia mungkin kena tengok Endgame buat kali kedua kerana dia sudah tidak tahu apa yang jadi didalam filem itu.

Apa yang Yeoreum ingat ialah tangan Seokjin yang menggenggam tangannya dengan lembut. Kehangatan terasa disalur ke tangan.

Ah, sudah.

•••

"Seokjin.", panggil Yeoreum. Seokjin memandang Yeoreum sambil menghirup minumannya.

"Kalau aku potong rambut pendek, kau rasa okay tak?", soal Yeoreum. Mata Seokjin berkelip sekali.

"Aku rasa kau akan nampak comel kalau potong rambut.", selamba Seokjin menjawab. Terus Yeoreum yang menyedut minumannya tersedak sedikit.

"Ah, seriuslah."

"Aku seriuslah." Tepat mata Seokjin memandang mata Yeoreum di sebalik kacamata.

"Tapi, kenapa tiba-tiba kau nak potong rambut? Bukan selalunya sayang ke nak potong rambut panjang?" Seokjin menyatakan pendapatnya.

Yeoreum mengangguk, bersetuju. "Memanglah aku sayang rambut panjang... Tapi rasa macam dah panjang sangat." Yeoreum bermain dengan rambut panjangnya yang diikat tocang. "Rimas pun ada."

"Potong jelah, rambut panjang ke, pendek ke, semua sesuai dengan kau."

"Eleh, kata hari tu aku lagi sesuai kalau lepas rambut.", sengaja Yeoreum menyindir.

"I一itu... Cuma... Tolong lupakan yang aku pernah cakap benda tu.", tergagap-gagap Seokjin menjawab membuatkan Yeoreum tertawa kecil. Gugup habis Seokjin setelah Yeoreum menyindirnya, seganlah tu.

"Yeoreum."

"Mhm?"

"Boleh aku tanya sikit?" Yeoreum memandang wajah Seokjin, menunggu soalan dari jejaka itu.

"Apa dia?"

"Lelaki yang selalu ada dengan kau tu..." Terus Yeoreum faham siapa yang dimaksudkan oleh Seokjin. Hatinya terasa seperti ditusuk belati perlahan. "Jimin tu..."

"Dia... Memang kawan kau ke?" Sekali lagi Yeoreum terasa hatinya seperti terluka sekali lagi. Entah kenapa, mendengar soalan itu, dia terasa sakit.

"Jimin? Dia memang kawan aku. Kenapa?"

"Bukan dia suka kau?"

"Kenapa pula?"

"Tak adalah... Cara dia layan kau macam dia suka kau."

Terus Yeoreum tergelak, kedengaran sinis di telinga sendiri. Terasa seperti tawa yang dilepaskan itu untuk dirinya sendiri. "Mustahil dia suka aku. Mamat tu selebriti tahu tak? Perempuan lawa keliling pinggang." Yeoreum menggelengkan kepalanya.

Ya, pahit terasa untuk mengucapkan ayat itu. Tetapi, dia sedar diri. Mustahil untuk Park Jimin suka kepadanya. Dia hanya menganggap aku sebagai kawan, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

"Kau pun lawa.", ujar Seokjin. Yeoreum menjongketkan keningnya, tiba-tiba sahaja Seokjin memujinya.

"Kau kata dia ramai perempuan lawa keliling pinggang. Kau pun lawa. Jadi tak mustahil untuk dia suka kau."

Yeoreum tersenyum, cuba menyembunyikan perasaan sendiri lalu menggeleng perlahan. "Tak, dia tak suka aku. Dan takkan suka aku. Aku yakin."

"Tak adalah... Cara dia layan kau macam kau bukan kawan... Macam kau..."

"Girlfriend dia?", sempat Yeoreum meneka. Seokjin mengangguk. Yeoreum tersengih, agak sinis.

"Mamat tu dengan semua perempuan dia macam tu. Biarkan je dia."

"Kau pula?", Seokjin bertanya.

"Aku?" Yeoreum menuding jari ke arah diri sendiri. "Kenapa dengan aku?"

"Kau tak ada perasaan untuk dia?"

Senyap. Mereka hanya merenung satu sama lain buat seketika. Sebelum Yeoreum tersenyum lebar, agak lebar sehingga dia terasa seperti dia boleh menipu diri sendiri.

"Ei, takkanlah aku suka mamat tu?"

Ya, sekurang-kurangnya ini perkara yang perlu aku lakukan. Membohong. Mungkin dengan cara ini, aku boleh lupakan Jimin?

Fake it 'till you make it.

•••

"Well... Kalau lelaki yang buat... Mungkin nampak hot?", gumam Yeoreum sendiri sambil melihat salah satu episod Fight For My Way. Babak dimana Park Moobin cuba untuk mengundurkan kereta dengan meletakkan tangan kanan di belakang tempat sandar kepala di tempat duduk sebelah pemandu. Tangan kiri pula digunakan untuk memusingkan stereng sambil mengundurkan kereta.

Tiba-tiba, sebuah mesej muncul di skrin telefon bimbitnya.

Han Yeoreum, tolong move on
movie night and chill?

Mata Yeoreum membaca mesej itu buat seketika sebelum jari menaip mesej untuk membalas.

Han Yeoreum
okay
datang jemput aku

Han Yeoreum, tolong move on
fikir aku ni driver kau ke?

Yeoreum mengetap giginya, geram.

Han Yeoreum
okay fine aku tak datang

Han Yeoreum, tolong move on
ugh fine
jangan lambat

•••

Yeoreum menoleh ke kiri, kereta Lexus LC 500 dipandu mendekatinya. Kereta itu akhirnya berhenti di hadapannya.

Yeoreum tidak berjalan ke arah pintu tempat duduk sebelah pemandu lalu mengetuk tingkap. "Apa benda minah ni?", gumam Jimin ddngan dahi yang berkerut. Tangan Jimin menekan punat untuk menurunkan tingkap.

"Apa?", soal Jimin. Yeoreum memberi isyarat tangan.

"Turun."

"Ha?"

"Turunlah. Aku drive."

Jimin memandang dengan tidak percaya ke arah Yeoreum. "Kau masuk je kereta boleh tak?"

"Aku balik一"

"Ah, okay okay okay!" Pantas Jimin membuka pintu kereta lalu turun dari kereta. Matanya menjeling Yeoreum manakala Yeoreum hanya tersengih tanpa perasaan bersalah.

Jimin duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Yeoreum pula duduk di tempat pemandu.

"Tiba-tiba kau nak drive kenapa?"

Yeoreum terus mendekatkan sedikit wajahnya dengan wajah Jimin. "Ada benda yang aku nak test. Tengok tahu?" Yeoreum terus meniru gerakan yang dilihatnya lalu mengundurkan kereta.

Mata Jimin berkerdip-kerdip melihat gerak-geri Yeoreum. "Kau... Kau baru guna taktik lelaki untuk nampak cool dekat perempuan ke?", soal Jimin. Yeoreum tersengih sebelum mula memandu seperti biasa.

"Amacam? Cool tak bila aku buat?"

Entahlah, rasanya ya, sebab hati aku rasa lain macam. Jimin meletakkan tapak tangan diatas dada, ada rasa pelik.

"Nampak pelik adalah."

"Kau bernasib baik aku tengah drive, Park Jimin."

•••

Yeoreum menyelubungkan diri di dalam selimut sambil mata fokus kepada televisyen. Jimin turut berbuat sedemikian, namun hanya bersandar di sofa. Selimutnya dibuat alas separuh badan sahaja.

Kredit filem ditayangkan menandakan filem itu sudah tamat. Yeoreum menyedut hingusnya yang berura-ura untuk keluar. Gumpalan tisu bertaburan diatas lantai dan diatas meja.

"Kau rancang nak buat aku nangis kan?" Yeoreum melemparkan gumpalan tisu didalam tangan ke arah Jimin.

"Ah! Mana ada.", Jimin menafikan. Padahal dia pun menyeka sedikit airmata di pipi.

Buat seketika mereka hanya senyap sahaja.

"Kau nak berenang tak?"

Kepala Yeoreum terus tertoleh ke arah Jimin. "Waktu macam ni?", ujar Yeoreum sambil menjeling jam dinding. Sudah hampir jam duabelas tengah malam. Gila ke apa mamat ni?

"So, what?"

"Tak nak.", mendatar suara Yeoreum menjawab.

"Pagi esok?" Jimin cuba untuk mencucuk jarum sekali lagi.

"Nope.", Yeoreum tetap dengan pendiriannya.

"Ah... Kenapa...", rengek Jimin dengan suara yang sengaja dibuat-buat comel. Kakinya menendang-nendang udara.

"Aku tak suka berenanglah.", ujar Yeoreum. Mata Jimin berkelip sekali sambil memandang Yeoreum yang duduk diatas sofa di hadapannya.

"Ah... Aku lupa... Kau tak suka berenang...", gumam Jimin. Yeoreum menjulingkan matanya, tahu tak apa.

Mindanya kembali kepada zaman sekolah menengah, dimana ada perkhemahan di kawasan pergunungan. Masing-masing seronok bermandi-manda di kolam renang yang tersedia berhampiran hostel.

Yeoreum berbaring diatas bangku di tepi kolam renang, merenung langit. Sudah berkali-kali rakannya mengajak untuk mandi bersama, namun Yeoreum menolak. Tidak berapa gemar untuk mandi dengan betapa ramainya orang di dalam kolam renang, sudahlah waktu malam.

Telinga Yeoreum disumbat dengan fon telinga, lagu kegemarannya berkumandang, mengaburi jeritan kegembiraan pelajar Geumdo High School yang bersuka-ria di kolam renang.

Yeoreum mengeluh perlahan, hampa. "Tak ada bintang.", gumamnya. Tangan diletakkan diatas dahi.

"Apa kau buat?" Tiba-tiba ada suara menegurnya sambil duduk disebelahnya, turut berbaring dengan posisi sama dengan Yeoreum. Kepala Jimin terus tertoleh ke arah Jimin yang basah kuyup di sebelahnya. Matanya berkerdip-kerdip.

Rambut jejaka itu yang basah menutup dahi membuatkan Yeoreum meneguk liur. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah langit semula. "Cari bintang.", jawab Yeoreum.

"Ada satu sebelah kau." Yeoreum menjulingkan matanya mendengar ayat Jimin yang berkeju.

"Kenapa kau tak berenang?", soal Jimin. Yeoreum mengeluh tanda menyampah, pergilah masuk kolam balik, sibuk nak kacau aku tengok bintang. Dia bangun dan duduk bersila diikuti oleh Jimin.

"Aku tak suka... Basah. Dekat tempat awam...", ayat Yeoreum makin perlahan apabila dia ternampak baju Jimin yang ketat menampakkan bentuk tubuh badannya. Agak berotot juga.

Yeoreum terus mengalihkan pandangannya.

"Park Jimin!" Lamunan Yeoreum terhenti apabila Jimin mula mendukungnya, bridal style. "Apa kau buat ni?"

Dengan selamba Jimin berjalan ke luar rumah sambil mendukung Yeoreum. "Turunkan aku!" Yeoreum meronta-ronta tetapi Jimin masih tidak menjatuhkannya. Mereka pun mendekati kolam renang membuatkan mata Yeoreum membulat.

"Woi woi woi! Jangan! Jangan cakap yang kau nak... Park Jimin!", Yeoreum mula terjerit-jerit ketakutan. Terdapat sebuah pelampung berbentuk segiempat tepat sebesar tilam diatas kolam renang. Jimin meletakkan badan Yeoreum diatas pelampung itu.

"Aku takutlah!"

"Mana ada takut.", ujar Jimin dengan tenang. Tangan Yeoreum terus mengeras diatas pelampung, takut benar jika terjatuh ke dalam kolam renang.

"Macam mana kalau aku jatuh?", soal Yeoreum dengan panik.

"Woi, kolam ni 150cm je. Kau takkan lemas punya."

Mata Yeoreum membulat apabila Jimin mula berbaring disebelahnya. Diatas pelampung itu. "Kejap! Kenapa kau naik juga atas pelampung?! Kalau kita jatuh macam mana?", bertalu-talu Yeoreum melontarkan soalan.

Jimin pula selamba membetulkan posisinya berbaring sambil memeluk tubuh. "Kita takkan jatuh.", dengan tenang jejaka itu berkata.

Beberapa saat kemudian, mereka hanya terdiam sambil berbaring disisi satu sama lain. Pelampung itu agak sempit untuk memuatkan dua orang, maka mereka berbaring dengan agak rapat. Lengan bersentuhan dengan satu sama lain.

"See, mana ada tenggelam.", ujar Jimin. Mata Yeoreum terkerdip-kerdip, badannya mula dibaringkan supaya selesa. Tetapi, selepas bergerak sedikit, dia terasa pelampung itu tidak stabil maka dia kembali kaku seperti batu.

Jimin menyiku sedikit lengan Yeoreum. "Tengok atas."

Yeoreum pun mendongak lalu mulutnya ternganga. "Wah.", hanya perkataan itu yang lahir dari mulut Yeoreum. Tergamam dia seketika melihat bintang di langit malam. Cantik betul ciptaan Tuhan.

"Kau kan suka tengok bintang. Apa yang lagi best daripada tengok bintang sambil baring atas pelampung kolam renang?", ujar Jimin sambil tersenyum.

Seperti baru menyedari posisi mereka ketika itu, debaran mula menyelinap ke dalam hati Yeoreum. Jimin yang berbaring terlalu dekat dengannya sambil melihat bintang. Mereka berdua diatas pelampung yang terapung diatas kolam renang. Malam yang sepi, mereka berdua sahaja disitu.

Yeoreum cuba fokus kembali kepada bintang menghiasi langit malam. Sangat indah. Menenangkan.

Tiba-tiba, Yeoreum terasa getaran dari dalam poket seluarnya. Yeoreum menarik keluar telefon bimbit.

Kang Harin
maksudnya aku boleh tanya apa-apalah pasal jimin lepas ni dekat kau kan?
jimin suka makan apa eh?

Satu saat, dua saat, dia merenung sahaja mesej itu. Tiba-tiba dia terasa bahawa situasi itu tidak betul. Aku tak boleh buat begini. Sudah terang lagi bersuluh Harin mempunyai perasaan terhadap Jimin. Jimin pula, berkemungkinan mempunyai perasaan yang sama.

"Jimin."

"Apa?"

"Kau suka Harin?"

"Mungkin?"

Tanpa menunggu satu saat pun Jimin terus menjawab soalan Yeoreum. Yeoreum memegang telefon bimbit dengan erat, cuba menahan perasaannya sendiri. Dia tersenyum ke arah Jimin.

"Oh...", ujar Yeoreum dalam nada menyakat. Jimin tertawa kecil.

"Aku rasa dia pun suka kau.", kata Yeoreum. Kepala Jimin tertoleh ke arah Yeoreum dengan pantas.

"Ya ke?" Mata Jimin membulat. "Kau pun rasa macam tu?" Yeoreum mengangguk. Jimin tersengih sendiri membuatkan hati Yeoreum makin terluka.

"Ah, mungkin lepas ni aku dah jarang lepak dengan kau.", ujar Jimin.

"Kenapa?"

"Aku ada world tour nanti." Jimin menyiku lengan Yeoreum lalu tersengih. "Jangan risau, boyfriend kau ni nanti videocall kau tiap-tiap hari." Sempat Jimin mengenyit mata.

"Aku report dekat Harin baru tahu." Jimin tergelak besar mendengar ayat Yeoreum.

"Date kau dengan Seokjin hari tu macam mana?"

"Hmm... Okaylah."

"Okay je? Aku ingatkan kau akan terus couple dengan dia." Entah kenapa ayat dari Jimin itu berbunyi seperti menyindir Yeoreum tetapi Yeoreum endahkan sahaja.

"Ah." Jimin memetik jarinya. "Kau nak ikut aku tak esok?"

"Malas.", balas Yeoreum. "Apa pun benda tu, aku malas."

"Aku pergi 1Million Dance Studio esok. Backup dancer aku untuk konsert dari sana."

Mata Yeoreum membulat, matanya menganga.

"Bila? Pukul berapa? Aku on."

Jimin tersengih. Umpannya mengena.

•••

"Aku akan pergi 1Million Dance Studio. Aku akan pergi 1Million Dance Studio. Aku akan pergi 1Million Dance Studio." ayat itu Yeoreum ulang ibarat mantera. Dia tidak menyangka hari ini akan tiba.

1Million Dance Studio yang hanya dilihat di YouTube, akhirnya dia akan menjejakkan kaki ke sana. Studio yang berwarna kelabu itu, koreografernya...

"Kau patut berterima kasih dekat aku.", dengan berlagak Jimin berkata namun tidak diendahkan oleh Yeoreum. Dia lebih teruja untuk ke sana dan berjumpa dengan koreografer yang diminatinya.

Mereka tiba di hadapan bangunan studio itu. Tangan Yeoreum genggam dengan penuh berdebar sambil mereka berjalan masuk ke dalam bangunan itu.

Jimin berjabat tangan dengan beberapa penari lelaki yang dijumpai sebelum memasuki salah satu studio disitu. Mereka disambut dengan meriah oleh penari-penari disana. Yeoreum diserang teruja dan panik kerana ada wajah-wajah yang dikenalinya. Penari 1Million Dance Studio yang diminatinya.

Yeoreum terus berlari ke arah Jimin lalu menggoyang-goyangkan lengan Jimin dengan terlebih dos teruja. "Jimin! Aku baru lepas ambil gambar dengan Yoon Jinwoo... Jimin?" Mata Yeoreum berkerdip-kerdip apabila Jimin hanya terkaku sambil memandang ke arah sesuatu.

Atau lebih tepat, seseorang.

"Noh... Eul?", ucap Jimin.

•••

;))

Continue Reading

You'll Also Like

12.2K 2K 23
『 BTS's First Fanfiction 』 + rasa air liur berubah mengikut perasaan ? ଽ click 'read' to know what happen to Kim Taehyung ! <3 「 COMPLETED 」 ₊❏❜ star...
190K 19K 26
+Semuanya kisah tentang anak pertama kita. Terima kasih sebab bertahan selama 9 bulan, Saya sayang awak❤ 27/8/2017; 5 In Short Story🌸 31/8/2017; 4 I...
12.7K 1.1K 58
Lelaki yang aku kenal kini bukan lagi seperti dulu. Dia dah berubah. Bukan lagi seperti Kim Taehyung yang aku kenali. Siapa sebenarnya dia? ...
533 147 15
Penantian ini teramatlah panjang. Akhirnya doa Gwon Yeon didengari tuhan, dan Jeon Jungkook hadir dalam hidup wanita itu sebagai pengantin hantunya...