SELEBRITI. » park jimin

By bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... More

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

xxi. Cinta pertama dia.

145 15 0
By bajumelayujimin

Airmata Yeoreum deras mengalir di pipi, bahunya terhenjut-henjut akibat menangis terlalu banyak. Matanya melihat Jimin yang kini terbaring diatas katil hospital dengan pek IV disambung ke lengan. Bahagian belakang tapak tangannya pula mengesat airmata di pipi, tetapi sia-sia sahaja. Pipinya akan kembali basah.

Doktor wanita itu tersenyum dengan kekok ke arah Yeoreum. Pengurus Jimin, Sejin bertukar pandangan dengan doktor wanita yang memakai tag nama Ra Eunho.

"Keadaan Encik Jimin dah stabil buat masa sekarang, cik tak perlu risau.", ujar Doktor Ra, jelas ingin menenangkan Yeoreum. Tetapi, Yeoreum tetap menyambung tangisannya.

"Dia cuma pengsan sebab dia kekurangan rehat. Dah berapa hari dia tak tidur ya?", soal doktor itu lagi. Pengurus mula menggaru kepala.

"Jimin一"

"Dia dah tak tidur nak dekat seminggu tahu tak? Ha... Sampai hati betul buat dekat Jimin macam ni. Selebriti pun manusia tahu tak? Bagilah dia tidur, lagi satu, dia diet bila saya cakap dia tak perlu diet. Ha..." Yeoreum memotong kata-kata pengurus Jimin lalu menyambung tangisannya. Doktor Ra menganggukkan kepalanya.

"Itu salah satu sebab dia pengsan. Dia kurang makan dan kurang rehat. Dia akan ditahan semalaman, kita kena tengok keadaan Encik Jimin selepas hospital bagi ubat.", ujar Doktor Ra. Pengurus Jimin mengangguk kecil tanda mengerti.

"Saya minta diri dulu." Pengurus Jimin pun mengucapkan terima kasih sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada Doktor Ra. Doktor Ra turut berbuat sedemikian.

"Ah." Langkah Doktor Ra ke pintu bilik terhenti. "Betul apa cik tu cakap. Selebriti pun manusia. Biarkan Encik Jimin rehat secukupnya." Bersama ayat itu, Doktor Ra menolak pintu lalu melangkah keluar dari bilik VIP hospital itu.

Pandangan Yeoreum jatuh kepada wajah Jimin yang agak pucat. Wajahnya kelihatan tenang sahaja apabila tidur, tapi raut wajah yang penat masih tidak dapat disembunyikan. Pengurus Jimin mencuri pandang ke arah Yeoreum yang masih lagi menangis.

Nasib baik juga Yeoreum ada bersama Jimin sebentar tadi.

"Cik ada nak minum apa-apa? Saya pergi belikan."

"Nescafe." Pengurus Jimin kelihatan tersentak. Ingatkan gadis itu tidak akan memesan apa-apa. Yeoreum menyedut hingus yang berura-ura untuk keluar. "Saya nak air Nescafe dalam tin satu.", Yeoreum mengulang.

Pengurus Jimin mengangguk dengan teragak-agak. Dia melangkah keluar dari bilik itu tanpa sebarang suara. Bibir Yeoreum melepaskan sedu-sedan. Hujung lengan bajunya digunakan untuk mengelap airmata yang membasahi pipi.

"Macam mana... Kau boleh pengsan? Ha?", bebel Yeoreum sendiri, geram bercampur risau. "Nasib aku ada tadi tahu tak?"

"Buat aku risau je.", gumamnya.

"Kau risaukan aku ke?", Jimin mula bersuara dengan mata yang masih tertutup. Mata Yeoreum membulat.

"Kau dah sedar?", soal Yeoreum dengan terkejut. "Aku panggil doktor一" Baru sahaja Yeoreum ingin berdiri tetapi dia terasa lengannya digenggam oleh Jimin. Dahi Yeoreum berkerut.

"Kau nangis ke?" Mata Jimin memandang mata Yeoreum. Dia dapat lihat pipi gadis itu ada kesan airmata. Ditambah suara sengau Yeoreum, sah gadis itu menangis. Yeoreum kembali duduk, tidak menjawab soalan Jimin.

Bibir Jimin mengukir senyuman kecil. "Kenapa kau menangis? Aku pengsan sebab aku tak cukup rehat jelah. Bukannya aku mati lagipun.", kata Jimin. Kepala terus Yeoreum toleh ke arah Jimin.

"Woi! Kau tahu tak pernah ada orang mati sebab kerja banyak sangat?" Yeoreum memukul lengan Jimin. "Ha! Main-mainlah lagi!"

"Ah, sakitlah!" Tangan Yeoreum pun berhenti memukul lengan Jimin. Bibirnya mencebik.

"Kalau kau penat, cakap yang kau penat. Kalau kau lapar, makan apa yang kau nak. Kau manusia nombor satu, baru selebriti nombor dua, ingat tu.", Yeoreum mengingatkan.

"Macam mana aku boleh buat benda tu? Ramai orang yang kehidupan diorang bergantung dekat aku.", perlahan Jimin menjawab.

Dilema antara seorang selebriti dan seorang jejaka biasa bernama Park Jimin.

•••

"Cik Han Yeoreum!", seorang pekerja wanita dihadapannya bersuara. Yeoreum mengalihkan pandangannya daripada skrin komputer lalu mendongak sedikit. Jarum jam hampir menunjukkan pukul lima petang. Sudah hampir masanya untuk pulang ke rumah.

"Ya?"

"Boleh tak cik tolong periksa stok barang kafe dekat cawangan Gangnam?" Terus sahaja pekerja wanita diambang 30-an itu meletakkan kertas yang telah dikepilkan bersama diatas meja Yeoreum dengan selamba. Terkebil-kebil Yeoreum melihat.

"Saya kena ambil anak saya dekat tadika hari ni." Pekerja wanita itu pantas mengemaskan barangnya lalu mematikan komputer. Beg tangan disarung ke bahu. "Terima kasih tau?" Bahu Yeoreum ditepuk beberapa kali sebelum dia berjalan pergi dengan pantas.

Yeoreum mengepal penumbuknya sambil menutup matanya dengan geram. "Dia yang pengurus, kenapa pula aku yang kena buat kerja dia?" rungut Yeoreum sendiri sambil menjeling tajam kepilan kertas ditepi papan kekunci komputer.

Kaki Yeoreum menghentak-hentak lantai, jelas tidak puas hati. Kepalanya tersandar di kerusi buat seketika sebelum melepaskan sebuah keluhan. Alam pekerjaan bukanlah perkara yang mudah. Indah khabar dari rupa adalah.

Tangan Yeoreum kemudian mencapai pas pekerja miliknya yang tersangkut di leher. Tertulis nama penuhnya berserta gambar, dengan jawatan intern. Intern.

Suasana pejabat sepi kerana kebanyakan pekerja sudah pulang ke rumah. Hanya tinggal dia disitu.

"Cik Yeoreum tak balik?", tegur salah seorang pekerja wanita.

"Kejap lagi." balas Yeoreum. Pekerja wanita itu tersenyum kecil sebelum melangkah keluar.

Bibir Yeoreum ketap, tangannya mencapai kepilan kertas diatas meja kerja. Mahu ataupun tidak, dia perlu melakukan kerja ini.

Kacamata yang melorot dibetulkan, matanya meneliti senarai tersebut buat seketika. Kemudian, Yeoreum mula mengemaskan barangnya lalu mematikan komputer.

Apabila dia sudah melakukan tugas ini, dia boleh terus pulang ke rumah. Langkah Yeoreum tuju keluar dari bangunan tempat dia bekerja.

Dia mula menaiki bas untuk menuju ke kafe yang dikatakan oleh pekerja wanita di kubikel hadapannya. Fon telinga disumbat ke telinga lalu lagu berkumandang. Yeoreum membuang pandangan ke luar tingkap bas.

Putih dimana-mana sahaja. Salji baru turun sebentar tadi. Tangan Yeoreum mengetatkan kedudukan kot yang disarungnya. Tidak lama kemudian, Yeoreum tiba di destinasinya.

Dia perlu berjalan untuk ke kafe tersebut. Langkah Yeoreum terhenti di hadapan sebuah kafe bernama Bittersweet dengan tulisan berangkai warna pastel. Ini dia.

Tangan Yeoreum menolak pintu kaca kafe itu. Boleh tahan cantik juga kafe ini, getus hati Yeoreum. Kafe Bittersweet merupakan salah satu jenama kafe dibawah syarikat tempat Yeoreum bekerja, Syarikat Oh&Park.

Dia terus menuju ke kaunter kafe. "Selamat datang. Cik nak pesan apa?", ujar pekerja lelaki itu dengan ramah. Yeoreum tersenyum kecil.

"Saya bukan nak pesan tapi... Boleh saya jumpa dengan pengurus kafe ni?", tanya Yeoreum. Pekerja lelaki itu berkerut dahinya, jelas terasa pelik dengan soalan Yeoreum.

Seolah-olah baru teringat, Yeoreum menayangkan pas pekerjanya. "Ah, saya Han Yeoreum, pekerja dari Syarikat Oh&Park. Saya kena periksa stok kafe dengan keadaan kafe...", ujar Yeoreum. Pekerja lelaki itu kini mengerti lalu menganggukkan kepalanya.

"Kau ada nampak pengurus kita?", pekerja lelaki itu menahan salah seorang pekerja perempuan yang baru sahaja ingin melangkah ke dapur.

"Tadi dia ada dekat dapur." Pekerja perempuan itu menuding jari ke arah bahagian belakang kafe. "Ah, tu dia. Encik Kim!", panggil pekerja perempuan itu. Yeoreum turut menolehkan kepalanya ke arah yang dipandang oleh pekerja perempuan itu.

Yeoreum terpaku.

Seokjin sedang berjalan ke arahnya, wajahnya juga kelihatan agak tersentak apabila terpandang Yeoreum. "Encik Kim! Ini ada pekerja dari syarikat Oh&Park. Dia kena periksa stok kafe dengan periksa keadaan kafe."

Seokjin mengangguk tanda mengerti sebelum tersenyum kecil penuh makna ke arah Yeoreum. "Nama dia一"

"Han Yeoreum, kan?" Seokjin memintas kata-kata pekerjanya.

"Macam mana Encik Kim tahu?" Seokjin tersenyum.

"Cik Yeoreum boleh ikut saya ke belakang?", Seokjin mempelawa.

"Ah." Seperti baru tersedar, Yeoreum bersuara. "Ya." ujar Yeoreum sambil mengekori Seokjin ke bahagian belakang kafe. Seokjin membukakan pintu untuk Yeoreum masuk.

Mata Yeoreum melilau ke sekeliling stor tempat penyimpanan barang. Bersih. Kepala terangguk-angguk kecil sambil mula berjalan ke arah stok bahan dapur disimpan.

"Betul kan yang ni?", soal Yeoreum. Seokjin mengangguk.

Yeoreum mula membuka kotak itu lalu memeriksa barang didalamnya. Sekali-sekala, dia menanda sesuatu diatas senarai yang dibawa bersama. Namun, sepanjang prosesnya melakukan semua perkara itu, Seokjin hanya bersandar pada rak, berpeluk tubuh sambil merenungnya.

Selepas lima minit ditenung sebegitu, Yeoreum terhenti melakukan kerjanya. "Kalau kau setakat nak tercegat tengok aku, baik kau pergi." Agak kasar kedengaran ayat itu keluar dari mulut Yeoreum.

Lidah, oh lidah...

"Ah." Seokjin terus berdiri dengan tegak lalu memegang kotak yang dibuka oleh Yeoreum. "Bukan itu maksud aku...", gumam jejaka itu lagi.

"Tak!" Perkataan itu tanpa disedari lahir dari bibir Yeoreum terlalu pentas. "Aku cuma rasa tak selesa bila kau pandang aku macam tu... Baik tolong aku, tak gitu?" Yeoreum menayang senyum dengan kekok.

"Sejak bila kau kerja dengan Oh&Park?" Seokjin memulakan bicara.

"Baru je. Tak sampai sebulan lagi." Yeoreum menayangkan kad pekerja miliknya. "Intern."

"Tahniah.", ucap Seokjin sambil tersenyum.

"Thanks."

"Tapi, aku tak tahu pula yang kau kerja dekat sini... Bukan kau dekat Kafe Bittersweet cawangan lain ke?"

"Ah... Aku pun baru dipindahkan ke sini. Tak sampai sebulan." Tiba-tiba Seokjin tersenyum sendiri. Dia meletakkan siku diatas kotak sambil menongkat dagunya memandang Yeoreum. "Kalau dah tahap macam ni... Boleh tak aku cakap takdir memang nak kita jumpa?"

Mulut Yeoreum ternganga sambil memandang Seokjin. Wah, macam mana dia boleh cakap ayat yang sebegitu... Menggelikan? Seokjin terus tergelak melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Yeoreum.

"Ew, berkeju gila kau. Kenapa Bittersweet, apply kerja PizzaHut lah... Keju berlambak.", ujar Yeoreum sebelum tertawa kecil. Meremang juga bulu romanya mendengar ayat Seokjin.

Seokjin turut tersenyum apabila dia dapat menghiburkan hati gadis itu. Mindanya teringat akan sesuatu. "Kau ingat mesej aku?"

"Mesej apa? Dua, empat, enam, lapan..."

"Pasal... Date kita." Yeoreum terus terhenti dari mengira stok. Sebaliknya, degupan jantung mula naik turun dengan tidak stabil.

"Kau betul-betul ke maksudkan yang kita boleh date bila-bila masak aku nak?"

"Eh, mestilah." Yeoreum menganggukkan kepala. "Aku jenis berpegang dengan janji tau."

"Kalau macam tu... Boleh aku hantar kau balik nanti? Aku akan kira tu sebagai date kita."

Yeoreum meneguk liur. Oksigen mula rasa tidak cukup. "Em, okay." Yeoreum memberikan persetujuan membuatkan senyuman Seokjin melebar. "Aku dah sudah dekat sini, so..." Yeoreum memegang kepilan kertas rapat ke dada.

Mereka melangkah keluar beriringan dari bilik penyimpanan barang dapur itu. "Kau ada nak kena periksa apa-apa lagi ke? Dapur?" Yeoreum mengangguk. Mereka melangkah pula ke dapur kafe.

Akhirnya, segala tugas Yeoreum selesai manakala waktu kafe ditutup juga menghampiri. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada para pekerja di kafe Bittersweet, Yeoreum dan Seokjin berjalan beriringan ke perhentian bas yang berdekatan.

"Kau selalu naik bas nombor berapa?", soal Seokjin apabila mereka hanya berdiam diri sambil berdiri disebelah satu sama lain.

"Bas nombor 711. Kau?"

Riak wajah Seokjin kelihatan terkejut. "Aku pun." Giliran mata Yeoreum pula membulat.

"Ya ke?" Seokjin mengangguk. Tidak lama kemudian, bas pun tiba lalu mereka menaiki bas tersebut. Bas dipandu ke destinasi mereka. Mereka berdiri di sebelah satu sama lain kerana tiada tempat duduk yang kosong.

Setelah bas berhenti di salah satu stesen bas, salah seorang penumpang mula berdiri meninggalkan tempat duduk yang kosong. Siku Seokjin mencuit lengan Yeoreum di sebelah. Seokjin menunjukkan ke arah tempat duduk yang kosong itu. Dengan teragak-agak, Yeoreum duduk diatas kerusi bersama Seokjin berdiri di sisinya.

Yeoreum dapat rasa Seokjin ada kalanya mencuri pandang ke arahnya tapi hanya dibiarkan. Mereka hanya membisu sehingga tiba di perhentian bas yang dituju oleh Yeoreum. Yeoreum dan Seokjin turun dari bas.

Bersama langkah perlahan, Yeoreun dan Seokjin berjalan beriringan ke arah rumah Yeoreum. Dalam hati Yeoreum, dia berasa agak lega juga apabila memikirkan Seokjin ada bersamanya. Tidaklah dia berasa takut sangat untuk melalui lorong yang kelam itu seorang diri.

Seokjin memandang sekeliling lorong itu, kelihatan seperti tidak puas hati. "Kau memang lalu jalan ni ke balik rumah?", tiba-tiba Seokjin bertanya.

"Ha'ah... Kenapa?"

"Seorang diri?", suara Seokjin meninggi sedikit, terkejut. Yeoreum hanya menayang sengihan palsu.

"Nak buat macam mana..."

"Jalan ni bahaya betul. Dahlah lampu jalan pun tak ada, gelap, sunyi pula tu." Seokjin menggeleng-gelengkan kepalanya. Yeoreum mula mencuri pandang ke arah Seokjin yang berjalan di sebelahnya.

Sejak bila jejaka ini menjadi tinggi, ya? Memanglah sejak sekolah menengah dulu lagi tinggi dari aku, tapi... Hari ini lain macam sedikit. Rambut Seokjin yang berwarna hitam seperti membentuk halo apabila disimbahi cahaya bulan. Membuatkan jejaka itu kelihatan seperti mimpi. Pakaian kerjanya pula ringkas sahaja. Kemeja-T putih bersama seluar slack hitam. Tapi...

Seokjin makin kacak. Sumpah. Apabila Yeoreum berasa ada yang tak kena dengan degupan jantungnya, dia kembali memandang ke depan.

Dahi Seokjin berkerut apabila mereka berjalan semakin jauh. "Kejap...", ujar Seokjin. "Macam aku kenal jalan ni..."

Kening Yeoreum terjongket. "Ini jalan ke rumah akulah.", ujar Seokjin. Yeoreum memandang Seokjin dengan riak wajah terkejut.

"Ha? Seriuslah?" Seokjin mengangguk. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, minda masih cuba memproses maklumat yang baru diterima. Jadi, maksudnya...

"Depan sana tu..." Seokjin menuding jari telunjuk ke arah hadapan, "Belok kiri, sampai rumah aku." Mulut Yeoreum terlongo.

"Wah... Memang dekat gila dengan rumah aku."

Seokjin tersengih. "Selama ni kita duduk dekat? Tapi aku tak pernah pun nampak kau?", dengan keliru Seokjin bertanya. Pelik juga, kedudukan rumah mereka agak dekat tetapi mereka tidak pernah terserempak antara satu sama lain.

"Itulah...", gumam Yeoreum. Mestilah aku langsung tak terjumpa dia... Dah aku keluar rumah pun tak... Nak jumpa apa bendanya.

"Lepas ni, bolehlah selalu aku hantar kau balik.", ujar Seokjin. Yeoreum menoleh ke arah Seokjin di sisi, jejaka itu tersenyum kecil.

Degupan jantung Yeoreum menjadi makin tidak stabil. Sedar diri, Han Yeoreum. Dia setakat cakap yang dia akan hantar kau balik, kau nak berdebar tak tentu pasal dah kenapa?

Tapi, itulah masalahnya. Dia kata dia akan hantar aku balik rumah. Selalu. Tolong tekankan perkataan selalu.

"Aku akan pastikan kau sampai rumah dengan selamat lepas ni. Safe and sound."

Bibir Yeoreum ketap, dia mula berasa tidak keruan. Seperti terlalu cepat masa berlalu, mereka sudah tiba di hadapan tangga menaiki rumah Yeoreum.

"Dah sampai.", gumam Yeoreum. Seokjin menjenguk-jenguk lalu mengangguk kecil. "Terima kasih... Sebab hantarkan aku balik."

"Alah, benda kecil je pun.", Seokjin cuba menyedapkan hati Yeoreum. Tetapi, mereka berdua hanya berdiri disitu, berpandangan antara satu sama lain. Seokjin tidak berjalan pulang ke rumahnya, mahupun Yeoreum masuk ke dalam rumah.

"Aku... Masuk dulu.", Yeoreum memecahkan kesunyian itu. "Bye." Tangan Yeoreum melambai kecil lalu mula menaiki tangga untuk masuk ke dalam rumah. Seokjin memastikan Yeoreum betul-betul hilang dari pandangan sebelum dia sendiri berjalan pergi.

"Gembira nampak?" Hampir gugur jantung Yeoreum apabila tiba-tiba ada suara menegurnya. Tangan terus ditekapkan ke dada lalu dia tersandar ke dinding. Jimin sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh, keningnya terjongket.

"Ish..." Tajam mata Yeoreum menjeling Jimin. "Kau buat aku terkejut tahu tak!"

Jari Yeoreum mula menekan kata laluan rumah lalu membuka pintu. "Bila kau sampai?", soal Yeoreum.

"Aku memang rasa Seokjin suka kaulah.", kata Jimin, jelas tidak menjawab soalan Yeoreum. Okay, maksudnya dia dah nampak segalanya tadi.

"Dah tu?", Yeoreum memberanikan diri untuk bertanya.

"Tak adalah, aku cakap je." Jimin menjongketkan bahunya. "Akhirnya, tamatlah zaman solo kau setelah dua dekad tiga tahun, ya?"

Tanpa ditunggu, Yeoreum mengacah untuk menyepak Jimin tetapi Jimin sempat mengelak sambil tersengih nakal. "Dah nak mati awal eh?", dengan geram Yeoreum bertanya. Sempat lagi dia menyakat aku pada saat-saat begini.

Yeoreum menuang air ke dalam gelas lalu diteguknya. Kemudian, dia teringat sesuatu. "Woi, bukan kau sepatutnya ada dekat hospital ke sekarang?", soal Yeoreum sambil bercekak pinggang.

"Aku bosan duduk hospital. Baik aku kerja.", balas Jimin sambil berjalan ke arah Yeoreum. Yeoreum menggelengkan kepalanya, degil betullah mamat ni. Namun, dia perasan Jimin berjalan dengan agak berhati-hati dan menyeret kaki.

"Kenapa dengan kaki kau?" Jimin tidak menjawab pertanyaan Yeoreum namun dia tersengih. Tangan Yeoreum terus meletakkan gelas diatas meja.

"Ada ais?", soal Jimin sambil membuka peti sejuk. Yeoreum melepaskan sebuah keluhan. Dia menarik lengan baju Jimin lalu mendudukkan jejaka itu diatas kerusi.

"Kaki belah mana yang sakit?", soal Yeoreum. Tanpa disuruh, Jimin membuka stokin kaki sebelah kiri membuatkan mata Yeoreum membulat. Terdapat lebam yang hampir berwarna ungu di bahagian pergelangan kaki jejaka itu.

"Park Jimin一"

"Ah, okay okay! Esok aku pergi hospital." Pantas Jimin memintas kata-kata Yeoreum. Dia tidak mahu mendengar bebelan Yeoreum yang panjang lebar. Mata Yeoreum menjeling Jimin, geram namun dalam hatinya berasa agak risau. Nampak teruk juga lebam di kaki jejaka itu. "Aku janji.", sambung Jimin sambil menaikkan jari kelingking.

Sebuah keluhan meniti di bibir Yeoreum. "Macam mana boleh sampai lebam tu?"

"Aku terseliuh waktu dance practice tadi.", jelas Jimin.

"Macam-macamlah kau ni. Pengsanlah, kaki terseliuhlah..."

Yeoreum berdiri lalu berjalan ke arah dapur. Pintu peti ais dibuka lalu dia mencapai salah satu tin Nescafe. "Dalam peti mana ada ais... Yalah. Siapa je yang simpan stok ais batu tengah-tengah musim sejuk?"

Yeoreum duduk bersila diatas lantai lalu tin Nescafe itu mula digolekkan perlahan ke kaki Jimin. "Ah, sakitlah! Perlahanlah sikit.", rungut Jimin. Mata Yeoreum tajam menjeling Jimin. Boleh lagi dia nak mengadu sakit bagai?

Yeoreum mengacah untuk memukul lengan Jimin dengan menggunakan tin Nescafe itu. "Diam boleh tak?" Terus Jimin mengetap bibirnya.

Dengan lebih perlahan dan berhati-hati, Yeoreum meletakkan tin Nescafe itu di kaki Jimin. "Ah... Sakit...", gumam Jimin, perlahan.

"Sakit sangat ke?", soal Yeoreum, risau. Jimin hanya mengangguk kecil.

“Do you see
how I love him true一
it could have been you.

As for you
and your love for she一
it could have been me.

But we were a maybe,
and never a must一
when it should have been us.”

一 ALMOST

"Guna ni. Lepas siap, kau boleh minum." ujar Yeoreum.

Jimin tertawa kecil lalu mencapai tin Nescafe itu. Sejuk. Tin Nescafe itu digolekkan ke lebam di kakinya. Rasa agak pedih juga. Tanpa Jimin dapat tahan, mindanya kembali teringat kepada sesuatu. Atau lebih tepat, seseorang.

"Ni kau punya ke? Mana tahu peminat kau salah letak ke."

"Taklah. Tu memang untuk kau. Minum okay, jangan buang. Aku tahu kau suka perisa tu."

"Kau pun suka Nescafe ke?" Laju sahaja ayat itu terpacul keluar dari mulut Jimin. Yeoreum yang memilih baju dari almari berkerut dahinya.

"Aku pun? Kau ada kenal orang lain juga ke yang suka Nescafe?", soal Yeoreum. Mata Jimin berkerdip-kerdip apabila dia sedar akan soalannya yang agak pelik.

"Tak ada apa." Jimin menggelengkan kepala sambil tersenyum. Dia kembali menggolekkan perlahan tin Nescafe yang dingin ke kaki.

Yeoreum menjongketkan bahunya sebelum melangkah ke bilik air.

Kim Seokjin
goodnight :)
jumpa kau lagi

•••

Langkah Yeoreum lemah berjalan keluar dari bangunan syarikatnya. Kepalanya tertunduk memandang jalan tar, tiada ekspresi di wajahnya. Agak teruk hari yang dilaluinya hari ini.

Kesilapan disana-sini, dia terbangun lambat pada hari ini, pakaiannya terkena kopi panas, kertas habis ketika dia menggunakan mesin fotostat, tergagap sewaktu pembentangan... Sebuah keluhan meniti di bibir Yeoreum buat kesekian kalinya.

Kerja yang menimbun di tempat kerja membuatkan Yeoreum pulang agak lambat dari tempat kerja. Namun, jalanraya tetap sibuk dengan kenderaan dan manusia di kota metropolitan ini.

Yeoreum mengambil tempat duduk di dalam bas. Dia akhirnya tiba di rumah dan kelihatan Jimin elok terbaring diatas toto sambil bermain telefon bimbit. Kasut ditanggalkan dari kaki.

"Lambatnya kau balik.", tegur Jimin setelah memeriksa waktu di telefon bimbitnya. "Banyak kerja ke?" Yeoreum tidak menjawab soalan Jimin, sebaliknya hanya meletakkan beg tangan di tepi katil.

"Kau fikir ini rumah kau ke?", soal Yeoreum sambil menjeling jejaka itu. Agak menjengkelkan juga untuk bertembung dengan Jimin hampir setiap masa.

"Eh, suka hati akulah.", selamba Jimin berkata.

"Rumah aku bukan hotel tahu tak?", agak kasar ayat itu lahir dari mulut Yeoreum. Jimin mengalihkan pandangannya daripada skrin iPhone XR ke wajah Yeoreum. Wajah gadis itu jelas kelihatan penat. Dingin, tanpa secalit senyuman.

"Apa?", soal Yeoreum setelah meneguk air dari dalam botol. Dia perasan bahawa Jimin merenungnya dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

"Jom."

"Pergi mana?"

"Ikut jelah."

Yeoreum mencekak pinggangnya. "Kau fikir aku ni pembantu peribadi kau, kuli kau, ikut je kau nak pergi mana?" Bengang juga dengan jejaka itu yang suka mengarah itu ini, sesuka hatinya sahaja. Dia fikir dia akan beroleh ketenangan setelah pulang ke rumah, tapi muncul pula Park Jimin.

"Kau kan girlfriend aku.", seperti tiada apa-apa Jimin menuturkan ayat itu.

"Aku tak ada mood nak dengar lawak bodoh kau, Park Jimin."

"Aku seriuslah. Jom, ikut aku."

Yeoreum meraup rambutnya dengan agak kasar. Jimin pula mula berdiri lalu menyarung kot ke badan. Dia mencapai salah satu hoodie milik Yeoreum lalu ditariknya lengan gadis itu. "Ah, tak payahlah pegang tangan aku." Yeoreum menarik lengannya daripada terus digenggam oleh Jimin.

Mata Jimin berkerdip-kerdip kerana cara Yeoreum menarik lengannya semula itu agak kasar. Yeoreum menyarung kasut ke kaki dan hanya mengekori Jimin. Dahi Yeoreum berkerut apabila melihat kereta Jimin.

Ini bukan Lexus LC 500 yang biasa dilihatnya. Kereta yang lain? Ah, mamat ni buat duit macam air, apa kau nak pelik? Kemudian, Yeoreum teringat bahawa ada beberapa buah kereta yang terparkir di garaj rumah Park Jimin. Mungkin ini salah satunya.

Yeoreum duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Mereka memakai tali pinggang keledar lalu Jimin menghidupkan enjin kereta. Kereta itu dipandu keluar dari kawasan rumah Yeoreum.

"Kita nak pergi mana... Waktu macam ni?", mendatar sahaja suara Yeoreum menanyakan soalan itu.

"Ikut jelah." Yeoreum terus membisu, tidak lagi menanyakan apa-apa soalan. Dia hanya berpeluk tubuh sambil menyandarkan kepala di tempat duduk. Pandangannya dibuang ke luar tingkap, ralit memandang kereta dan manusia yang lalu-lalang.

Hampir 10 minit, kebisuan mencengkam mereka berdua. Yeoreum tidak memulakan perbualan seperti biasa manakala Jimin takut untuk memulakan bicara. Gadis itu kelihatan dalam mood yang tidak berapa baik dan dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Jari-jemari Jimin mengetuk stereng perlahan, sekali-sekala dia mencuri pandang ke arah Yeoreum disisi. Wah, rasa sesak nafas juga jika mereka berdua terus-menerus berdiam diri.

Tangan Jimin bawa ke radio lalu dihidupkan. Irama lagu yang dikenali itu membuatkan Yeoreum menoleh lalu keningnya terjongket. "Oh?", gumam Yeoreum. "Aku suka lagu ni..."

<mainkan lagu di media untuk pembacaan yang lebih efektif>

Sebuah senyuman kecil mula terkuntum di bibir Jimin. Akhirnya, dia berjaya membuatkan gadis itu membuka mulut dan berbicara. Suara Loco mula berkumandang di dalam kereta Jimin.

Lagu Still itu secara semulajadi seperti mengubati hati Yeoreum. Rentak lagu itu sesuai dengan keadaan Yeoreum kini. Yeoreum memandang Jimin. "Macam mana kau tahu aku minat Loco?", soal Yeoreum dengan agak curiga.

Jimin menjulingkan matanya. "Duh, Han Yeoreum. Aku kawan baik kau."

Yeoreum melepaskan tawa sinis, terhadap diri sendiri dalam diam. Apa yang aku harapkan akan keluar dari mulut Park Jimin? "Ha'ah... Kau kan kawan baik aku... Kawan baik...", gumam Yeoreum sendiri lalu bibirnya diketap.

Sebaliknya, Yeoreum mula fokus kepada lagu yang menenangkan hatinya itu. "Aku ada kejutan lain untuk kau." Tiba-tiba Jimin berkata. Dahi Yeoreum berkerut. Kejutan?

Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, tidak tahu mahu memikirkan apa jenis kejutan yang Jimin boleh buat dalam kereta yang sedang bergerak ini. Ada bunyi dari atas kepala Yeoreum membuatkannya mendongak.

Bumbung kereta itu mula bergerak ke belakang meninggalkan hanya cermin hadapan kereta. Angin deras mula menyapa wajah mereka. Tanpa dapat ditahan, Yeoreum tersenyum lebar sambil memandang Jimin dengan mata yang membulat. Jimin pula sudah tersengih, sempat dia menghadiahkan kenyitan mata kepada Yeoreum, dia tahu rancangannya kini sudah menjadi.

Kaki Jimin menekan pedal minyak dengan lebih kuat membuatkan kereta itu dipandu dengan lebih laju. Yeoreum terus menjerit teruja sambil menaikkan kedua-dua tangannya ke udara. Getah rambut yang mengikat rambutnya dilepaskan, rambutnya dibiarkan terurai dibelai udara.

•••

"Wah... Best nya kalau hari-hari macam ni...", gumam Yeoreum sambil memandang langit malam. Tempat duduknya kini telah dibaringkan, sama seperti Jimin di sebelahnya. Di hadapan mereka terbentang pemandangan kota Seoul dengan lampu yang berkelip-kelip. Kota itu kelihatan lebih cantik pada waktu malam.

"Aku pun suka kalau hari-hari macam ni...", gumam Jimin dengan mata yang tertutup. Yeoreum menjeling ke arah jejaka di sebelahnya. Hatinya bergetar sedikit mendengar ayat itu. Apa maksud kau, kau pun suka kalau setiap hari begini?

Tangan Yeoreum diseluk ke dalam poket kot yang disarungnya. Nafas dihembus dan wap keluar dari mulutnya. "Ah... Aku benci musim sejuk.", rungut Yeoreum sendiri. Tawa kecil terlepas dari mulut Jimin apabila mendengar ayat Yeoreum.

"Aku boleh agak dengan nama kau.", ujar jejaka itu sambil tersengih. Seperti tepat pada masanya, salji mula perlahan-lahan turun seperti hujan gerimis. Mata Jimin mula terbuka apabila dia terasa salji mengenai wajahnya.

"Kenapa kau tak suka musim sejuk?", soal Jimin setelah mereka berdua terdiam buat seketika, memerhati salji.

"Sejuk sangat." Yeoreum mengetatkan kedudukan kot yang membaluti tubuh. "Dan aku benci sejuk-sejuk. Baik panas gila daripada sejuk macam ni bagi aku."

Jimin menyilangkan kakinya. "Tapi aku rasa kau lagi sesuai dengan musim sejuk dari musim panas.", ayat itu diucapkan tanpa Jimin berfikir panjang. Yeoreum menoleh ke arah Jimin, dahinya berkerut.

"Kenapa pula?"

Mata Jimin berkerdip-kerdip, menandakan dia sedang berfikir. "Entah." Jimin menjongketkan bahunya. "Aku cuma rasa kau macam tu."

Yeoreum menjulingkan matanya. Apa jenis jawapanlah dia bagi...

"Ataupun.... Boleh cakap yang kau ni macam... Kehangatan musim panas yang orang cari dalam kedinginan musim sejuk?" Yeoreum terdiam buat seketika apabila mendengar ayat Jimin.

"Kau nak cakap aku ni heater lah?"

Terus Jimin menjeling Yeoreum. "Pandai betul eh kau spoil kan mood yang baik macam ni?", sindir Jimin. Yeoreum tersengih. Jimin menggelengkan kepalanya, sikit punya bagus aku cipta mood yang baik, salji tengah turun... Dia boleh cakap yang dia heater?

Tetapi, Jimin tersenyum kembali. "Kaulah musim panas yang aku cari ketika musim sejuk. Bunyinya macam mustahil, tapi segalanya mungkin kalau orang itu kau."

"Ha?" Yeoreum mendekatkan telinga ke arah Jimin, tidak berapa dengar ayat yang dikatakan oleh Jimin. Perlahan sangat. Jimin menggeleng sambil tersenyum.

"Tak ada apa. Jom, aku hantar kau balik. Dah lewat ni. Bukan kau kerja ke esok?"

•••

"Lambat kau balik?", tegur satu suara sebaik sahaja Yeoreum melangkah masuk ke dalam rumahnya. Matanya berkerdip-kerdip memandang Aera yang sedang bermain telefon dengan makanan yang berbaki separuh di atas meja.

"Bila kau sampai?" Yeoreum menanggalkan kasutnya.

"Baru tadi..." Mata Aera ralit memerhatikan Yeoreum dari hujung rambut hingga hujung kaki. "Kau dari mana? Kerja? Lambat macam ni?", soal Aera. Pakaian Yeoreum masih lagi pakaian kerja...

Yeoreum menguap lalu menggeliatkan badannya. "Ah... Penatnya...", rungut Yeoreum, jelas tidak menjawab soalan Aera.

"Kau jumpa Jimin, kan?"

Perlahan-lahan, Yeoreum meletakkan tangan ke sisi, matanya terkerdip-kerdip. Mata Aera tajam merenung wajah Yeoreum, dia mahukan jawapan dari Yeoreum. Yeoreum menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Aera.

Aera tahu maksud kebisuan itu. Tekaannya tepat mengena. "Kenapa kau setuju untuk date... Tak. Keluarkan artikel yang kau bercinta dengan mamat tu?", tanya Aera lagi.

"Benda dah jadi macam tu... Aku nak buat macam mana...", lama-lama, suaranya makin perlahan. Kepalanya pula ditunduk memandang meja, tidak berani untuk bertentang mata dengan Aera.

Aera melepaskan sebuah keluhan. "Kau cakap betul-betul dengan aku. Kau ada apa-apa kan dengan mamat tu?" Kepala terus Yeoreum dongak untuk memandang Aera.

"Mana ada!", pantas Yeoreum menafikan. "Berapa kali aku nak bagi tahu kau? Kitorang memang tak ada apa-apa. Kitorang kawan je, okay? Aku tak gila lagi untuk betul-betul bercinta dengan mamat tu.", jelas Yeoreum.

"Lepas tu, kau fikir hubungan kau dengan dia ni normal?" Soalan itu membuatkan Yeoreum berfikir. "Kau tahu benda ni tak betul, Han Yeoreum."

Tangan Yeoreum mencapai tin bir diatas meja yang dibawa oleh Aera lalu diteguknya. "Ohmygod kitorang memang kawan. Apa lagi bukti yang kau nak?" Yeoreum cuba memberanikan diri supaya Aera tidak mengesyaki apa-apa dan berhenti bertanya.

"Kawan tak buat benda yang kau dengan dia tengah buat, tahu tak?" Aera menarik nafas, seolah-olah mengumpul kesabaran untuk tidak naik angin. "Benda yang kau dengan dia tengah buat, ialah benda yang aku dengan boyfriend aku buat, faham tak?"

Tangan Yeoreum bermain dengan penutup tin, matanya memandang tempat lain, jelas termenung. Mindanya mula memikirkan kata-kata Aera buat seketika. "Han Yeoreum, aku serius ni. Kau masih suka dia?"

Tangan Yeoreum terhenti daripada bermain dengan penutup tin. Minuman itu diteguk sekali lagi. Mulut Aera ternganga apabila Yeoreum tidak menjawab soalan itu. "Aku tak sangka yang kau boleh suka dia lagi.", ujar Aera dengan tidak percaya, ada unsur sinis dalam ayatnya.

"Nak cakap aku masih suka dia... Tak adalah juga... Tapi, nak cakap aku langsung tak suka dia dah pula macam tak juga...", perlahan sahaja Yeoreum menuturkan ayat itu.

"Aku mungkin tak tahu lagi pasal cinta apa semua ni, tapi aku tahu ini bukan hubungan yang kau patut dapat. Hubungan kau dengan dia, mungkin boleh jadi toksik untuk kau, Yeoreum."

•••

"Alah... Jomlah...", rengek Jimin lagi. Yeoreum terus menutup telinganya dengan bantal. Oh, jejaka ini sungguh menjengkelkan. Dia mengacau rehat aku di hari cuti, dan...

Mengajak aku untuk membeli-belah dengan dia.

"Jomlah ikut aku shopping..."

"Tak nak.", tegas suara Yeoreum berkata, matanya masih tertutup. Sesungguhnya, dia berasa sangat malas untuk turun dari katil. Sudah lima hari dia bekerja, apa salahnya dia berehat untuk hari ini.

"Yeoreum..."

"Ah!", suara Yeoreum meninggi. "Boleh tak kau bagi aku rehat? Aku penat tahu tak?"

"Lagi satu, kenapa aku yang kena teman kau?"

"Aku bosanlah shopping sorang-sorang..."

"Kau kan ramai perempuan lain. Beratur perempuan yang sanggup temankan kau shopping, bukan setakat shopping, sanggup belikan satu kompleks beli-belah untuk kau. Jangan kacau aku."

Entah kenapa, mendengar ayat bahawa aku mempunyai wanita keliling pinggang dari mulut Yeoreum sendiri, membuatkan hati aku terguris sedikit. Sedikit.

Padahal, aku sendiri sedar akan hakikat itu. Aku, Park Jimin, si artis liar.

Tapi, mendengarkan ayat itu keluar dari mulut kau... Buat aku rasa lain macam.

Tapi, aku tidak hiraukan perasaan itu. "Jomlah ikut... Lagipun, kau perlukan baju baru. Baju kau dalam almari..."

"Kau tengok almari aku?"

"That's not the point here. Jomlah ikut aku一 Ah!", Jimin mengaduh apabila bantal yang dilempar oleh Yeoreum tepat mengenai wajahnya Dia terus menjeling ke arah Yeoreum yang masih enak berbaring diatas katil.

Tiba-tiba, sebuah idea muncul di minda membuatkan dia mula tersengih nakal. Langkahnya mula mendekati katil Yeoreum lalu dia terus melompat ke atas katil.

Tangannya dan kakinya terus memeluk badan Yeoreum. Wajahnya didekatkan dengan wajah Yeoreum."Yeoreum... Jomlah ikut aku..."

Yeoreum terus menolak diri sendiri lalu jatuh ke atas lantai. Jimin tersenyum tanpa rasa bersalah. "Kau gila ke?!", Yeoreum berkata, hampir menjerit. Pipinya serta-merta terasa hangat akibat perbuatan Jimin yang tidak disangkanya itu.

"Bersiap. Aku tunggu dekat luar." Jimin selamba berkata lalu berdiri. Rambutnya diraup sambil berjalan keluar. Yeoreum melepaskan sebuah keluhan sebelum menggaru kepalanya dengan serabut. Dia menendang-nendang udara sambil kembali terbaring diatas lantai.

•••

Dengan wajah yang semasam cuka Yeoreum melangkah keluar dari rumahnya. Jimin tersenyum, berpuas hati. Yeoreum menjulingkan matanya, malas mahu melayan. Tangan Jimin terus memeluk bahu Yeoreum manakala sebelah lagi mencuit pipi Yeoreum.

Mereka pun berjalan beriringan. "Apa kena dengan muka kau? Senyumlah sikit!", ujar Jimin. Yeoreum mengacah untuk memukul Jimin membuatkannya menjauhkan diri.

"Dahlah kacau waktu aku rehat lepas tu boleh pula suruh aku senyum... Banyak cekadak dia.", bebel Yeoreum. Mereka memasuki Lexus LC 500 yang terparkir. Apabila radio dihidupkan, Jimin mula menyanyi kecil mengikut rentak lagu yang berkumandang.

Yeoreum berpeluk tubuh sambil menjeling Jimin. Gembira semacam sahaja mamat ni. "Kau bosan eh? Ke kau lonely? Tetiba ajak aku keluar...", soal Yeoreum.

"Ini bucketlist aku.", ringkas Jimin menjawab.

"Ha?" Kening Yeoreum bertaut, tidak faham akan kata-kata Jimin.

"Salah satu bucketlist kalau aku ada girlfriend. Shopping dengan dia. Kau kan girlfriend aku sekarang." Jimin menolehkan kepala ke arah Yeoreum buat seketika. Yeoreum meneguk liur, cuba menenangkan debar di dalam hati. "Tak boleh ke aku nak belikan baju, shopping dengan kau?

Tangan Yeoreum memegang tali pinggang keledar sambil memandang ke luar tingkap. "Tiber.", gumam Yeoreum.

Kemudian, Yeoreum teringat sesuatu. "Lagi satu, aku tak suka shopping tahu tak?", ujar Yeoreum.

"That's the point." Yeoreum menjulingkan matanya.

"Aku paling tak suka一"

"Bila orang suruh kau pakai itu ini.", Jimin memintas kata-kata Yeoreum. "Aku tahu."

"Tapi, percaya aku kali ni. Kalau aku pilih baju untuk kau... Kau pun boleh pilih baju untuk aku.", Jimin tiba-tiba membuat tawaran. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, mula memikirkan tawaran menarik itu.

Uish, boleh tahan bunyinya.

"Okay, ini deal." Jimin tersenyum. "Kau jangan nak lari pula nanti."

•••

"Ah..." Yeoreum terus menghenyakkan  badan ke atas sofa sambil menarik nafas. Kakinya melangkah masuk ke dalam kedai yang entah ke berapa, dan Jimin masih lagi tidak membeli apa-apa.

Jimin pula kelihatan tenang, matanya ralit memerhatikan satu persatu pakaian yang tergantung disatu. Mata Yeoreum tajam menjeling Jimin. "Aku tak sangka mamat ni cerewet sampai macam ni sekali.", gumam Yeoreum, geram. Sudah hampir satu jam mereka berjalan, tetapi tangan mereka berdua masih kosong.

Yeoreum mula menongkat dagu sambil memerhatikan kedai itu. Jimin pula sedang memadankan pakaian yang dicapainya.

"Nah." Jimin menyerahkan beberapa helai pakian kepada Yeoreum. "Kau cuba pakai ni." Yeoreum meneliti pakaian yang dipilih oleh Jimin.

Dahinya terus berkerut. Matanya bergilir memandang pakaian itu dengan wajah Jimin. "Kau nak... Aku pakai... Ni?", soal Yeoreum. Jimin mengangguk. Bibir Yeoreum ketap, jelas kelihatan tidak pasti sama ada dia mahu memakai pakaian itu atau tidak.

"Tapi ini bukan style yang aku selalu pakai."

Jimin meletakkan tangannya diatas kedua-dua belah bahu Yeoreum. "Percayalah aku sekali ni, dan cuba baju ni.", kata Jimin. Bersama perasaan sangsi di dalam hati, Yeoreum tetap melangkah ke fitting room untuk mencuba pakaian yang dipilih oleh Jimin.

"Kenapalah dia pilih baju ni...", gumam Yeoreum sendiri. Dia mula menyarung pakaian yang dipilih oleh Jimin.

Jimin di luar pula elok duduk bersilang kaki, tangan bermain dengan telefon bimbit sambil menunggu Yeoreum. "Encik ni... Park Jimin kan? Pelakon dengan penyanyi?" Jari Jimin terus menurunkan sedikit kaca mata hitamnya lalu tersenyum kepada wanita yang menegurnya.

"Wah... Boleh tak saya nak minta autograf?"

Yeoreum memerhatikan pantulan diri di cermin sambil menelengkan sedikit kepalanya ke sisi. Dia mula membuat pelbagai gaya di hadapan cermin. Pakaian yang membaluti tubuh itu dilihat dari pelbagai sudut.

"Boleh... Tahan juga...", ujar Yeoreum dengan agak kagum. Pada asalnya, dia memang tidak berkenan langsung dengan pakaian yang dipilih oleh Jimin, kerana pakaian itu bukan citarasanya. Tetapi, lain pula ketika dia memakainya.

"Tak adalah aku nampak teruk sangat." Bersama ayat itu, Yeoreum melangkah keluar. Jimin terus tersenyum sambil menongkat dagunya.

"Kan aku dah cakap? Mesti sesuai dengan kau." Terus senyuman Yeoreum bertukar dengan kekok. Ah, mamat ni masuk bakul angkat sendiri lagi...

"Hmm. Sesuai jugalah." Dengan berat hati Yeoreum mengakui. Bukannya Jimin cakap sesuatu yang salah pun.

"Okay." Jimin memetik jarinya. "Saya akan ambil semua yang dia pakai.", ujar Jimin kepada penjual di kedai pakaian itu. Mata Yeoreum membulat dan dia terus berlari anak ke arah kaunter.

"Apa yang kau buat?", soal Yeoreum apabila Jimin menarik keluar dompet dari dalam poket jeans.

"Bayar...?"

"Kau fikir aku tak ada duit ke?"

"Well, memang kau bukan selalu tak ada duit ke?"

Yeoreum terus mengacah mahu meluku Jimin membuatkan Jimin mengelak. "Aku ada duit okay? Aku dah mula kerja dah pun...", geram Yeoreum berkata.

"Tapi aku nak belanja kau. Jadi terima jelah. Saya pakai kad kredit一"

"Ah, okay! Kau bayar untuk salah satu je, okay? Kau bayar t-shirt ni je, okay?", Yeoreum cuba berdiplomasi  sambil menahan tangan Jimin yang menyerahkan kad kredit kepada juruwang. Juruwang itu terkebil-kebil, tidak tahu sama ada mahu menerima kad kredit itu atau tidak. Jimin kelihatan berfikir sejenak sebelum berkata,

"Tak nak. Aku nak belanja kau juga."

"Ah!", Yeoreum menahan tangan Jimin sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau girlfriend aku, jadi aku bayar."

"Tapi一" Kad kredit itu sudah berada di tangan juruwang membuatkan Yeoreum pasrah. Dia melepaskan sebuah keluhan.

"Woi, orang nak belanja pun kau nak nak complain ke?"

"Aku tak suka terhutang budi dengan kau."

"Ha?" Jimin tidak berapa dengar ayat yang dikatakan oleh Yeoreum. Yeoreum hanya menggelengkan kepalanya.

"Aku pergi tukar baju dulu." Langkah Yeoreum terhenti apabila Jimin memegang lengannya.

"Tak payah tukar baju. Pakai je baju ni lepas tu keluar.", ujar Jimin. Kening Yeoreum berkerut.

"Kenapa pula?"

Jimin menunjukkan ke arah jaket denim yang dipakainya. "Couple look." ujar Jimin. Perkara itu membuatkan Yeoreum memerhatikan pakaiannya yang dipilih oleh Jimin. Oh, dia juga menyarung jaket denim yang serupa dengan Jimin. "Kita kan couple on a date hari ni?" Jimin tersenyum lalu mengusap rambut Yeoreum.

"Okay. Aku... Ambil baju aku. Dengan beg dulu.", dengan gugup Yeoreum berkata sebelum berjalan kembali ke arah fitting room. Sebaik sahaja memasuki fitting room, Yeoreum bersandar pada pintu sambil meletakkan tapak tangan diatas dada.

"Wah... Kenapa mamat tu lain macam flirting dia hari ni?", gumam Yeoreum sendiri sambil mengatur semula nafas supaya menjadi stabil. Tangannya kemudian mengipas-gipas wajah yang terasa hangat.

Pakaiannya dilipat, tali beg disarung ke bahu. Dia bersedia untuk keluar.

"Kita nak pergi mana lepas ni?", soal Yeoreum. Tanpa disangkanya, Jimin terus mencapai tangannya lalu digenggamnya erat.

"Mhm... Kita pergi makanlah. Kau tak lapar?", soal Jimin. Yeoreum meneguk liur sebelum tersenyum. Dia dapat rasa kehangatan tangan Jimin yang kontra dengan tangannya yang dingin.

"Sejuk gila tangan kau." Jimin memerhatikan tangan Yeoreum yang dipegangnya. "Kau memang tak tahan sejuk kan?"

Yeoreum hanya mampu tersenyum. Ya Tuhan, kuatkanlah hati aku.

•••

Kelopak mata Yeoreum terbuka dengan perlahan tetapi penglihatannya masih kabur. Di hadapannya kelihatan sebuah sofa berwarna merah yang dikenalinya. Tapi, rumah aku mana ada sofa.

Yeoreum bangun terduduk sambil memegang kepalanya. Ah... Macam mana aku boleh tertidur dekat rumah Jimin?

"Dah bangun?", tegur Jimin sambil meneguk kopi panas dari mug yang dipegangnya. Dia duduk diatas sofa lalu menyilang kaki. Yeoreum memandang sekeliling, mencari kaca matanya.

"Kenapa tak kejut aku?" Yeoreum mencapai kacamata yang terletak di atas meja lalu penglihatannya menjadi semakin jelas.

"Kau nampak penat sangat, tak sampai hati nak gerak."

Yeoreum melepaskan sebuah keluhan. Langit di luar pun sudah gelap. Agak lama juga dia tertidur.

"Kau tidur makin lena bila aku main dengan rambut kau, dah tu kau nak aku buat apa?, perli Jimin. Kepala Yeoreum toleh ke arah Jimin.

"Macam mana kau tahu aku makin lena tidur bila orang main rambut aku? Tak, macam mana kau tahu aku suka orang main dengan rambut aku?" Jimin yang baru sahaja ingin menghirup kopinya terhenti apabila mendengar pertanyaan Yeoreum.

Yeoreum tersedar akan sesuatu. Dia kembali teringat pada malam dia meluahkan perasaan kepada Jimin.

"Main dengan rambut aku. Aku mengantuk bila orang main dengan rambut aku..."

Kau memang gila, Han Yeoreum.

"Kau... Pernah bagi tahu aku.", jawab Jimin.

Fuh. Lega. Nasib baik Jimin buat-buat tidak tahu sahaja.

"Ah... Ya ke? Ya rasanya...", Yeoreum hanya mengiyakan sebelum melepaskan tawa yang dibuat-buat. Boleh pula ya kau tertidur bila Jimin main dengan rambut kau? Kau kucing ke apa?

"Kau nak ikut aku pergi pantai?"

"Pantai?" Terus mata Yeoreum bersinar, teruja.

"Tapi, waktu macam ni?"

"Aku ada schedule dekat pantai. Penggambaran tu nak buat iklan waktu malam dekat pantai."

"Jom. Lantaklah, schedule ke apa ke. Aku nak pergi pantai!"

•••

Jimin tersengih melihat Yeoreum yang bernyanyi dengan gembira di sebelahnya. Nampak benar terujanya untuk ke pantai.

"Suka betul eh kau nak pergi pantai?"

"Eh, mestilah! Dah lama aku tak pergi pantai."

"Ya, baik cik Han Yeoreum. Saya akan bawa cik ke destinasi dengan selamat." Yeoreum menyambung nyanyiannya yang sumbang membuatkan Jimin tertawa kecil. Tidak sampai satu jam kemudian, mereka sudah tiba di destinasi.

Yeoreum terus melekapkan dahinya ke tingkap, ingin melihat pantai. Tingkap terus diturunkan untuk menikmati angin pantai. Walaupun waktu malam, Yeoreum tetap gembira untuk pergi ke pantai. "Ah... Aku suka bau pantai.", kata Yeoreum.

Jimin mula membelok ke kanan untuk menuju ke arah tempat penggambaran. Enjin dimatikan dan tanpa disuruh Yeoreum terus berlari keluar dari kereta.

"Wah! Pantai!", laung Yeoreum sambil mendepangkan tangannya. Tetapi, untuk beberapa saat sahaja kerana cuaca yang sejuk. Jimin tergelak.

"Aku pergi jumpa director dulu.", ujar Jimin. Yeoreum mengangguk lalu Jimin berjalan pergi ke arah sekumpulan manusia dengan segala jenis kamera dan lampu di tepi pantai.

Tidak lama kemudian, Yeoreum berjalan pula ke arah tempat penggambaran. Kakinya dijengket untuk mencari Jimin. Aha! Dia melangkah ke arah Jimin namun langkahnya terhenti separuh jalan apabila dia ternampak gadis di hadapan Jimin.

Wajah Jimin kelihatan terkejut untuk melihat wajah gadis itu, sama dengan riak wajah Yeoreum sekarang ini. Senyuman Yeoreum yang lebar serta-merta memudar.

"Kenalkan, Kang Harin. Model yang akan berlakon dengan kamu hari ni.", ujar si pengarah.

"Lama tak jumpa, Park Jimin." Kang Harin menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Jimin. Jimin berjabat tangan dengan gadis itu, masih agak terkejut. Si pengarah kelihatan terkejut.

"Cik Harin kenal Park Jimin?"

"Mestilah. Kami satu sekolah dulu."

Kenapalah sejarah... Suka berulang kembali?

Kang Harin, cinta pertama Park Jimin, kembali ke dalam hidup jejaka itu.

•••

new book coming soon(?)

Continue Reading

You'll Also Like

123K 20.8K 51
2020 [completed] + between friendship and love
8.7K 1.3K 22
[ complete ] [ malay fanfic ] start : 20/06/26 end : 21/ 07/ 17 - you are my reason to breath
32.7K 2K 25
[Status : Completed] Siapa sangka. CEO muda kepada La Prince Hotel yang berwajah innocent ni menyimpan pelbagai rahsia dalam dirinya. Wajah dan gaya...
40.8K 3.1K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...