My Crazy Boss ✅

By author_mikorin

820K 33.4K 1.1K

Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, me... More

Chap 1
Chap 2
Chap 3
Chap 4
Chap 5
Chap 6
Chap 7
Chap 8
Chap 9
Chap 10
Chap 11
Chap 12
Chap 13
Chap 14
Chap 15
Chap 16
Chap 17
Chap 18
Chap 19
Chap 20
Chap 21
Chap 22
Chap 23
Chap 24
Chap 25
Chap 26
Chap 27
Chap 28
Chap 29
Chap 30
Chap 31
Chap 32
Chap 33
Chap 34
Chap 35
Chap 36
Chap 37
Chap 38
Chap 39
Chap 40
Chap 41
Chap 42
Chap 43
Chap 44
Chap 45
Chap 47
Chap 48
Chap 49
Chap 50
Chap 51
Chap 52
MCB before story
[MAKE BELIEVE LOVE STORY]
[LOVE, MARIA ANNE]

Chap 46

13.6K 567 33
By author_mikorin

Luar wad Irwina

Afif mendail nombor Hariz sebaik dia keluar dari wad Irwina.

"Bos, bos kat mana sekarang?" soal Hariz dari hujung talian.

"Ada emergency. By the way, tentang lawatan kerja esok, hantarkan wakil untuk saya. Saya tak dapat pergi." Kata Afif.

"Kenapa? Bos sakit ke?" ada nada risau daripada Hariz.

"Bukan saya. But there's someone that I need to take care off. Jadi tolong contact top manager untuk gantikan saya masa lawatan tu." Afif mengeluarkan arahan.

"Baiklah bos."

"Oh lagi satu. Ada benda yang saya nak awak check."

***

Pengurusan King's Apartment

"Awak boleh mula kerja esoklah ya. Kita jumpa di sini juga dan awak akan jalani latihan selama dua minggu sebelum awak join mereka yang lain." Kata Puan Syafa sambil berjabat tangan dengan Lisa.

"Terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima saya." Lisa tersenyum lebar.

A step closer.... Lisa senyum lagi.

Tak dapat kerja dengan Afif, kerja jadi cleaner di blok apartment Afif pun jadilah. Ada jugalah peluang untuk acah-acah terserempak dengan Afif.

"Saya akan kerja dengan bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan puan." Kata Lisa bersemangat.

***

Wad Irwina

Irwina bangun pagi dan terus ke bilik air. Dia nak mandi dan mengemas apa yang patut. Menurut Afif, dia boleh discharge dah hari ini. Setelah bergelut hampit 3 minit berfikir cara untuk mandi, sabun badan dan gosok gigi, akhirnya dia siap dan keluar dari bilik air dengan pakaian yang sudah ditukar. Sedang dia mengelap rambutnya yang masih basah, saat itu juga Afif yang sedang menyusun sarapan untuknya berpusing. Laju Irwina menutup kepalanya dengan tuala dan Afif segera mengalih pandangannya.

"Sorry." kata Afif.

Irwina hanya menjeling Afif tajam sambil mencapai tudungnya.

Nasib baik aku tergerak nak terus tukar baju kat dalam tu!

"Kenapa datang pagi-pagi hari macam ni?" soal Irwina sambil berjalan ke katilnya. Dia duduk di birai katil.

"Kau discharge hari ni kan? Aku kenalah tolong. Nah ini sarapan. Kalau ada yang kurang, aku boleh beli lain." Kata Afif sambil menarik meja makan dan diletakkan betul-betul di depan Irwina. Dia turut menghulurkan sudu garfu kepada Irwina. Menu sarapan pagi itu adalah bubur ayam.

Irwina hanya menyambut tanpa banyak kata. Orang dah sediakan semua ni pun, dia dah rasa bersyukur.

Afif kemudiannya menarik kerusi dan duduk di seberang meja makan Irwina. Irwina menyuap bubur ayam sambil diperhatikan oleh Afif.

"Kau tak masuk kerja?" soal Irwina. Matanya focus pada makanan di depannya ini.

"Aku ambil cuti." Jawab Afif pendek sambil matanya memerhati kalau-kalau Irwina memerlukan air atau apa-apa yang berkaitan.

"Untunglah jadi bos." Jawab Irwina sambil menyuap bubur. Afif hanya tersengih. Dia masih memerhati Irwina yang sedang makan sambil menongkat dagunya dengan kedua belah tangannya.

Aih dia ni makan pun cantik. Cute pun ada juga.

Afif senyum tanpa kata dan matanya masih melekat pada Irwina.

Irwina yang sedang makan ni rasa tak selesa.

Ish mamat ni dah kenapa. Creepy pula aku rasa. Kenapa dia pandang aku macam tu?

Irwina berdehem.

"Kau nak apa-apa ke?" kata Afif.

"Air." Pinta Irwina.

"Ok." Kemudian laju Afif bangun dan menuang air untuk Irwina. Sebaik Afif bangun, saat itu juga Irwina menarik nafas.

Irwina please. Afif tak serious. Dia main-main je. Nanti dia akan berhenti juga. Just ignore him.

Irwina membina tembok di hatinya agar tidak mudah runtuh. Kali ini dia serious.

***

Unit 305, King's Apartment

Lif berhenti di tingkat rumah mereka dan mereka keluar dari lif, menuju ke rumah Irwina. Irwina menekan passcode rumahnya. Afif memerhati dari belakang.

"Kau tak nak balik rumah kau?" soal Irwina.

"Oh lepas kau masuk rumah, baru aku balik." Kata Afif sambil menghulurkan barang-barang Irwina yang dibawanya dari hospital.

Irwina hanya menggeleng kepala. Dia melangkah masuk ke rumahnya. Baru dia mahu menutup pintu rumahnya, Afif menahan.

"Sekejap!" kata Afif.

"Apa lagi?" soal Irwina.

"Kalau kau nak makan, atau nak kemana-mana, bagitahu aku. Aku akan datang dan tolong kau." Pesan Afif.

"No need kot. Aku boleh handle makan minum aku sendiri." jawab Irwina.

"But anyway, just call me. I'm at your service." Afif senyum.

Irwina memandang Afif tanpa jawapan dan terus menutup pintu rumahnya.

He really looks like a fool.

***

Unit 304, King's Apartment

Huh dia betul-betul tutup pintu rumah dia depan muka aku.

Afif ketawa kecil saat dia masuk ke rumahnya. Afif meletakkan kunci keretanya di sebuah mangkuk dan terus berbaring di sofa di ruang tamunya.

Ring! Ring!

Panggilan dari Kim. Segera Afif mengangkat.

"Kenapa kau tak datang lawatan kerja ni? Aku beria ikut team aku dengan harapan kau ada juga kat sini." Kata Kim sebaik mereka bertukar salam. Afif ketawa.

"Sorry. Ada emergency kat sini." Jawab Afif.

"Emergency? Kau sakit ke?"

"Bukan aku. Irwina. She had an accident yesterday." Terang Afif.

"Accident?! Teruk ke?" Kim terkejut.

"Tak teruk pun. Tulang tangan dia retak. Tapi berbalut jugalah."

"Dan itu sebabnya kau tak ikut ke lawatan kerja ni?"

"Yelah. Tak akan aku nak tinggal dia kat sini. Makan minum dia siapa nak jaga kalau aku tak ada?"

Kim ketawa besar di hujung besar.

"Seriously Afif? She's an adult plus she's not your girlfriend or even your wife. Dia tak rasa nak cincang kau hidup-hidup ke bila kau overly caring macam ni?"

"Aku adalah juga perasan pandangan dia yang nak cincang aku hidup-hidup tu tapi I don't care. I love her so this is the best opportunity to make her fall for me. Women like a guy that is caring and I am the best candidate for it."

"Overly caring can drive her away from you."

"Noted boss. Tapi kan..." kali ini Afif bangun dari pembaringannya dan duduk di sofa.

"Why lately I found her so attracting? Macam apa sahaja yang dia buat, dia nampak cantik. Dia marah pun cantik, dia makan pun cantik. Kalau dia senyum, aduh cair on the spot aku. I feel like I'm falling in love with her again and again. This is new for me." kata Afif.

Kim mengeluh di hujung talian.

"You really fall head over heels for her eh? Aku rasa dengar suara dia pun mesti kau dah rasa gembira kan?

"Macam mana kau tahu? Whoa tak sangka aku, kita rupanya soulmate."

"Jangan nak merepek. Tapi apa-apa pun, kalau nak ambil hati dia tu, be delicate. Kau tahu kan dia dah lama lupakan kau? Dan kau jangan lupa yang kau dah reject dia dua kali."

Afif diam seketika. Kim kembalikan dirinya pada realiti.

Ah I wish I can turn back the time. I hurt her twice.

***

Unit 305, King's Apartment

Irwina masuk ke dapur untuk memasak apa yang patut. Berkeroncong perutnya meminta untuk diisi. Bersusah jugalah dia dengan hanya sebelah tangan yang berfungsi. Pagi tadi boleh lah bertahan dengan susu. Ni dah tengah hari, macam mana dia nak masak?

Ding! Dong!

Irwina melihat siapa yang datang ke rumahnya waktu tengah hari begini. Wajah Afif mengisi skrin intercom rumahnya.

"Kau nak apa?" soal Irwina di pintu.

"Aku datang bawa makanan tengah hari untuk kau." Kata Afif.

Irwina membuka pintu rumahnya sedikit.

"Aku tak minta pun." Kata Irwina.

"Kalau aku tunggu kau yang minta, sampai sudah kau tak akan bagitahu aku. Nah ambil ni. Dengan tangan macam tu, mustahil untuk kau memasak kan?" Afif menghulurkan makanan yang sudah dibungkus.

Irwina menyambut bungkusan itu. Lapar-lapar macam ni, tak baik memilih.

"Terima kasih." Ucap Irwina. Saat itu juga, bau harum makanan semerbak memenuhi hidungnya.

Ya Allah sedapnya bau~

"Sorry tak dapat bawa kau keluar lunch. Aku ada meeting sekejap lagi." kata Afif.

"Then kau patut balik ke office sekarang." Jawab Irwina bersahaja.

"Tapi nanti dinner, aku bawa kau keluar makan. Ok? Aku belanja." Kata Afif.

Belanja? Orang tua-tua cakap, rezeki jangan di tolak. Makan free ni.

"Well if you insist...ok lah. Lepas maghrib." Kata Irwina dan terus dia menutup kembali pintu rumahnya.

"Yes! Lepas Maghrib. Ok. Lepas maghrib aku ambil kau." Kata Afif sekali lagi kemudian dia menuju ke lif dengan hati girang.

Dinner date dengan Irwina!

***

5 Star Restaurant

"Reservation name Afif Ryan." kata Afif kepada pelayan di restoran itu.

"Follow me here sir." Pinta pelayan itu.

Selesai membuat pesanan, Irwina memandang Afif.

"Aku ingat makan kat kedai mamak. Aku pakailah jelah macam ni." kata Irwina. Dia hanya memakai blouse biru, jeans hitam dan shawl hitam.

"Kedai mamak? Why would I bring you there for our precious dinner date? Lagipun apa masalahnya dengan baju kau? You still looks beautiful." Kata Afif selamba.

Irwina buat rolled eye. Afif ketawa.

"Oh jangan lupa. Esok ada temu janji dengan doktor." Pesan Afif. Saat itu juga makanan mereka sampai.

"Tahu. Lepas makan ni aku nak contact Dian untuk minta tolong dia hantar aku pergi hospital esok." Irwina menyuap makanannya. Susah jugalah sebab makan dengan tangan kiri.

"Tak payahlah contact Dian. Aku yang hantar kau esok." Kata Afif.

Dia kemudiannya mengambil pinggan steak Irwina dan memotong bahagian daging itu untuk Irwina supaya senang untuk Irwina makan. Irwina hanya melihat tanpa kata-kata. Setelah selesai, Afif mengembalikan pinggan itu kepada Irwina.

"Thank you. Tapi kau kan kerja esok. Lagipun Dian okay juga tu. Dia memang tunggu je untuk aku call dia." kata Irwina.

"Aku cuti esok. Jadi tak ada masalah pun untuk teman kau pergi hospital." Jawab Afif.

"Lagi? Tak payahlah. Kerja kat pejabat tu mesti banyak. Kau ambil cuti pula. Tak payah tak payah. Kau pergi je kerja esok. Aku pergi dengan Dian." Irwina membuat keputusan.

"Nope. I will go with you to the hospital. The end." Afif berkata dengan senyuman. Irwina hanya mengeluh.

Kalau dah namanya Afif, Afif juga...

***

King's Apartment

Lisa sedang mengelap cermin di lobby saat Afif melangkah masuk ke lobi. Afif membawa sebungkus makanan dan Afif memakai sehelai t-shirt dan tracksuit.

Dia tak kerja ke hari ni? desis Lisa. Dia memerhati Afif dari jauh hinggalah Afif hilang ke dalam lif.

Jarang Afif ambil cuti. Biasanya sampai ke hujung minggu pun dia kerja. Dan lately selalu aku nampak dia balik masa lunch. Siap bawa makanan bungkus. Tak akan Afif bungkus makanan untuk makan kat rumah lepas tu pergi kerja semula? Selalunya dia akan stay di office sampai malam.

Lisa berfikir mengenai tingkah laku Afif yang pelik akhir-akhir ini.

Pintu lif terbuka. Afif dan Irwina keluar bersama. Terbeliak mata Lisa. Dia menyorok di balik sebatang pokok. Dia memerhati Irwina dan Afif dari belakang pokok kecil itu.

Kenapa dia hidup lagi?!

Lisa menggenggam tangannya kuat. Benci betul dia melihat Irwina dan Afif bersama.

Jangan-jangan Afif berubah sebab perempuan tu!

Lisa geleng kepala.

Tak mungkin. Tapi kalau betul, perempuan tu akan rosakkan Afif. I need to save Afif from that witch! Afif, I will save you. Wait for me!

***

Hospital

"Kau dengar kan apa doktor cakap tadi? Tangan tu kena rest. Nanti lagi lambat dia baik." Bebel Afif sebaik mereka selesai check-up di bilik doktor.

"Habis tu nak buat macam mana? Dah tentulah ni tangan kanan. Macam mana aku nak rest. I need both of my hand to do many things." Jawab Irwina. Mereka menunggu lif untuk turun ke tingkat bawah.

"That's the function of me. Bagitahu je apa yang kau nak, aku boleh sediakan." Tambah Afif. Mereka masuk ke dalam lif yang terbuka tadi.

"Masalahnya aku tak nak." Jawab Irwina perlahan sebab ada seorang wanita tua di dalam lif tersebut juga.

"Bukan susah pun. Cakap jelah, 'Afif tolong ini, tolong itu.' It's as easy as ABC. Yang penting kau kena rest." Afif tak nak kalah.

"Ya. Kamu patut biarkan dia jaga kamu. Bukan selalu orang lelaki nak jaga kita." Sampuk wanita tua tadi tiba-tiba.

"Kan auntie kan? Auntie cuba pujuk dia ni sikit. Degil betul. Naik berbuih mulut saya ni pujuk dia auntie." Afif tiba-tiba berkomplot dengan wanita itu.

Irwina confused. Auntie ni mesti dah salah faham.

"Auntie, bukan saya tak nak dia jaga saya. Masalahnya..."

"Masalah apanya. Suami kamu ni dah cukup baik tau offer untuk jaga kamu time kamu sakit. Terima ajelah. Masa inilah nak bersweet-sweet." Wanita tua itu mengenyitkan matanya kepada Irwina. Irwina speechless.

"Itulah auntie. Saya pun tak tahulah kenapa dia tak nak saya jaga dia. Sedih saya dibuatnya." Kata Afif. Pintu lif terbuka dan mereka bertiga keluar dari lif.

"Tak apa. Auntie dah hantar signal dah pada dia. Nanti dia bagilah tu kamu jaga dia." sambung wanita itu kemudian menepuk bahu Afif, ibarat memujuk Afif.

"Auntie tapi..." Irwina cuba membetulkan salah faham yang berlaku ini.

"Tak ada tapi-tapi. Dia suami kamu. Tak baik ingkar arahan suami." Kata wanita itu. Afif pula beria mengangguk setuju dengan kata-kata wanita itu.

Aku hempuk juga mamat ni dengan kerusi sekejap lagi! Irwina menjeling Afif yang tiada usaha langsung untuk membetulkan salah faham ini.

"Dah jangan gaduh-gaduh. Tak baik." Kata wanita itu kemudian dia pergi meninggalkan mereka berdua di situ.

"Tapi auntie...dia bukan suami saya...." Perlahan Irwina berkata.

"Kau dengar kan apa dia cakap? Jangan ingkar arahan suami." Kata Afif.

"Eww get lost." Geram betul dia dengan Afif. Dah kena marah pun, masih tersengih selamba macam baru lepas kena puji!

***

Rumah Hayati

"Happy birthday Hafiz! Nah hadiah dari auntie." Irwina menghulurkan hadiah yang dibalut cantik utnuk anak Hayati yang meraikan hari lahirnya yang ke-4.

"Terima kasih auntie." Jawab Hafiz kemudian dia menyalam Irwina.

"Irwina! Sampai pun kau!" dua sahabat itu berpelukan.

"Kau datang dengan siapa?" soal Hayati.

"Irwina, ni beg kau. Oh hi Yatt." Sapa Afif sebaik dia melihat Hayati yang berada di sebelah Irwina. Hayati menyapa Afif kembali. Kemudian dia memandang Irwina. Irwina mengangguk.

"Aku datang dengan dia." jawab Irwina.

"Abang Wan mana?" soal Afif.

"Dia ada kat dalam rumah. Jemputlah masuk." Kata Hayati. Afif masuk ke dalam rumah, namun Hayati menahan Irwina.

"Aku ada banyak soalan ni." kata Hayati.

"Aku dah agak dah. Dian mana? Aku malas nak cerita banyak kali."

***

"Dia buat macam tu?!" serentak Dian dan Hayati berkata sebaik mendengar cerita Irwina tentang Afif. Irwina mengangguk.

"Dia pelik kan?" kata Irwina sambil menyuap kek.

"Aku tak sangka lepas tujuh tahun, tiba-tiba dia suka kau." Kata Hayati.

"Habis tu apa yang kau nak buat?" soal Dian. Irwina menggangkat bahunya.

"Entahlah. Tapi aku tak rasa dia serious. Sekejap je tu. Nanti dah habis Oxytoxin (love hormone) tu dia baliklah pada asal. He will ignore me again." kata Irwina.

"Ha! Kat sini pun kau. Puas aku cari." Afif tiba-tiba muncul di situ. Irwina terkejut tapi segera dia berpusing memandang Afif.

"Kau nak apa cari aku?" soal Irwina.

"Aku cuma nak tanya, kau dah makan ke belum. Kalau belum, aku nak ambilkan untuk kau." Kata Afif.

"Aku makan kek je baru. Sekejap lagi aku ambil mi." kata Irwina.

"Oh tak apa. Kau stay je sini. Biar aku ambilkan. Kau nak aku ambilkan air sekali?" soal Afif.

"Boleh juga."

"Ok. Tunggu sekejap ya." kemudian Afif menghilang.

"Korang nampak kan apa yang aku maksudkan?" kata Irwina sambil memandang Hayati dan Dian.

"Tapi aku tak rasa dia main-main Irwina." kata Hayati.

"Yeah. He's so serious that I think, you can't run away from him." sambung Dian.

***

King's Apartment

Irwina baru habis makan tengah hari di D'Book Cafe dan dia menaiki lif untuk ke rumahnya. Dia melihat tangannya yang masih berbalut.

Haih bila kau nak baik ni...

Dia mengaku, memang susah untuk dia buat kerja seperti kemas rumah, makan dan sebagainya. Rumah dia tu pun dah berapa lama dia tak kemas. Nasiblah Afif rajin hantarkan makanan untuk dia. taklah teruk sangat dapur tu bersepah.

Tapi yang peliknya hari ni dia tak ada. Biasanya pagi-pagi hari dia dah ketuk pintu rumah aku. Tapi dari tengah hari semalam dia tak ada. Ah dia busy kot. Kan semalam dia cakap dia ada urusan.

Pintu lif terbuka dan Irwina melangkah keluar. Dia menekan passcode rumahnya.

"Ya Allah! Kenapa kamu tak bagitahu ibu yang kamu accident?!" wajah Puan Irma menyapa pandangannya sebaik dia membuka pintu.

"Eh?"

***

"Nasib baik Afif bagitahu kami tentang apa yang jadi pada kamu. Kalau tak, rasanya sampai kamu baik pun kamu tak akan bagitahu kami kan." kata Encik Salleh. Mereka semua duduk di ruang tamu. Ada Afif sekali di situ.

"Alah benda kecil je ni. Irwina masih hidup. Oklah tu." Kata Irwina. Dia dari tadi menjeling Afif yang tayang muka selamba. Marah dia rasa makin meluap ni.

"Apa yang oknya? Kamu nak makan pun susah kan?" Puan Irma bercekak pinggang.

"Erm, sekejap ya ibu. Afif, aku nak bercakap dengan kau kat luar. Sekarang."

***

Pintu rumah ditutup dan kini Irwina berdepan dengan Afif. Dia memandang Afif tajam.

"Macam mana kau boleh masuk rumah aku?" soal Irwina.

"Aku tak sengaja ternampak passcode rumah kau hari tu." Jawab Afif. Irwina masih memandang Afif tajam.

"Alah sorrylah. Tak akanlah aku nak biar diorang kat luar. Dah jauh-jauh diorang datang untuk jumpa kau. Lagipun rumah aku bersepah teruk." Afif tersengih dengan harapan kemarahan Irwina mereda.

Irwina mengeluh kuat.

"Kau memang suka buat sesuka hati kau kan." kata Irwina.

Afif memandang Irwina.

"Aku buat ini semua untuk kau." Kata Afif.

"Aku tak minta pun." Irwina berkata serius. Suasana menjadi tegang. Afif diam.

"Aku cuba bertahan dengan kerenah kau sebelum ini tapi yang ini? Ini dah lebih. Kalau aku nak mak ayah aku datang sini, jaga aku sebab tangan aku ni, dah lama aku buat. Aku tak perlukan kau untuk bagitahu diorang tentang keadaan aku. Tapi aku tak nak. Abang aku pun tak tahu apa yang jadi pada aku. Jadi apa hak kau sebagai orang asing untuk masuk campur dalam hal keluarga aku?"

"Jadi akulah yang bersalah dalam hal ni?" kata Afif.

"Obviously! Kau tak pernah tanya aku, apa yang kau buat ni, aku nak atau tak nak. Aku selesa atau tak. Kau buat sesuka hati kau, kau tak pernah kisah tentang orang lain. You never listen Afif. And that is your big problem!" Irwina meluahkan rasa marahnya yang terbuku selama ini. Afif masih diam.

"And bringing my parents here? Mesti kau ingat aku akan gembira dan berterima kasih pada kau kan? tapi kau silap. The very last person I want to tell about my condition is them. Cukup-cukuplah dengan aku yang tak mampu nak sediakan kemewahan untuk diorang macam anak-anak yang lain, tak mampu buat diorang bangga dengan pencapaian aku. At least aku tak nak buat diorang risaukan aku." sambung Irwina.

Keadaan sepi semula. Wajah Afif sedikit berubah.

"At least kau masih ada mak ayah untuk ambil tahu tentang kau, care tentang kau. Bersyukurlah yang mak ayah kau masih hidup dan masih risaukan kau. Sebab ada orang yang tak akan pernah rasa macam mana perasaannya jadi anak yang masih dipedulikan ibu bapanya."

Afif menarik nafas dalam.

"And you said I never listen? Ok. I accept it. I'm sorry. Sorry for everything."

*

*

*

[Author's note di conversations di profile.]

Continue Reading

You'll Also Like

466K 15.5K 58
Aku mengharapkan cinta dari si adik tetapi malah si Abang pula mengharap cinta dari aku. Siapa harus ku pilih? Orang yang ikhlas mencintai aku atau o...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
390K 23.6K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
102K 4.5K 51
(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihal...