SELEBRITI. » park jimin

By bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... More

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

xx. Sayang.

161 18 1
By bajumelayujimin

"Park Jimin! Apa ni?!", itu ayat yang menyedarkan Jimin dari tidur. Mata Jimin buka dengan perlahan, jelas dia masih mamai. Pengurusnya siap menghunus-hunus telefon bimbit ibarat pedang dengan artikel Dispatch.

"Apa dia...", rungut Jimin sambil tangan menggaru kepala.

"Apa benda pasal kau bercinta kali ni? Betul ke ni?", suara pengurusnya jelas marah dan geram.

"Betullah..."

"Betul?!"

"Ah! Kenapa? Selebriti pun manusia! Nak bercinta juga pun tak boleh?", dengan geram Jimin berkata.

"Bukan tak boleh... Tapi, boleh tak kau bincang dengan syarikat dulu? Benda macam ni...", bebelan pengurusnya yang seterusnya sudah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tangan Jimin mengorek sedikit telinganya sambil menguap luas.

"Selebriti pun kena minta izin ke kalah nak bercinta? Apalah...", gumam Jimin.

•••

"Aera!", Taehyung menegur dengan mesra tetapi Aera hanya berjalan laju melepasinya. Terkebil-kebil Taehyung dibuatnya. Tangan Aera memegang erat telefon bimbit. Tujuannya hanya satu.

Suasana pagi yang boleh dikatakan nyaman walaupun musim sejuk tidak Aera hiraukan. Hatinya sedang panas.

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, dia terus masuk. Yoongi yang baru ingin meletakkan beg diatas kerusi menoleh ke arah Aera.

"Haih, dah kenapa cari aku pagi-pagi?", soal Yoongi sambil tersenyum. Aera terus menuju ke arah Yoongi lalu menayangkan skrin telefon bimbit ke wajah Yoongi.

"Could you fucking explain this to me?", tanpa dapat ditahan Aera mencarut. Dahi Yoongi berkerut lalu mencapai telefon bimbit Aera.

"Apa dia... What the fuck."

Aera melepaskan tawa sinis sambil menyilangkan tangan, memeluk tubuh. Aku dah agak dah, reaksi Yoongi akan jadi begini. "Aku dah agak dah. Jimin tu dia tak bagi tahu syarikat kan pasal benda ni?", geram Aera bertanya. Yoongi melepaskan sebuah keluhan sambil membaca artikel Dispatch itu. Terang lagi bersuluh bahawa Cik Han yang dimaksudkan ialah Han Yeoreum.

"Kau tahu perangai mamat tu macam mana."

Disappointed but not shocked, indeed.

"Tapi, kenapa kau datang jumpa aku?", Yoongi bertanya.

"Lepas baca artikel ni, kalau ikutkan hati aku, memang aku terus nak pergi dekat Yeoreum, suruh dia jelaskan semua benda. Tapi, bila aku fikir balik, mustahil ini semua salah Yeoreum. Mesti Jimin tu punya fasal.", sesedap sahaja Aera mencipta kesimpulan.

"Jadi?", Yoongi memeluk tubuh, masih tidak mengerti.

"Bagi tahu aku mamat tak guna ni ada dekat mana."

"BigHit?", teragak-agak Yoongi menjawab. Terus Aera berjalan keluar dari bilik pensyarah itu meninggalkan Yoongi yang terpinga-pinga.

"Mhm, memang itu Choi Aera. Dia memang jenis yang tak kisah tinggalkan boyfriend dia demi kawan dia. Mhm.", bebel Yoongi sambil terangguk-angguk.

•••

"Encik, tolonglah bagi saya masuk, ya? Saya kena cakap hal penting dengan orang dekat dalam tu...", pinta Aera sambil merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya. Dua orang pengawal lelaki berdiri tegak di hadapan Aera.

"Tak boleh, cik. Kalau cik nak masuk, cik kena guna pas pekerja atau masuk dengan pekerja di bangunan ini.", dengan tegas salah seorang pengawal itu berkata. Aera meraup rambutnya.

Ah... Patut aku minta kad kerja Yoongi tadi, getus Aera di dalam hati.

"Tapi encik... Lima minit je. Tolonglah.", Aera masih meminta.

"Tak boleh."

Tanpa disangka, Aera terus merempuh ke depan tetapi lengannya sempat dipegang kemas oleh dua orang pengawal keselamatan itu. "Bagilah saya masuk!", laung Aera sambil meronta-ronta. Tetapi, pegangan pengawal keselamatan itu terlalu erat.

Pekerja yang lalu-lalang di kawasan lobi pejabat menoleh ke arah Aera yang terjerit-jerit sambil memandang pelik.

"Saya kena jumpa mamat Park Jimin tak guna tu!"

"Siapa kau panggil mamat tak guna?", tegur satu suara. Aera terus menoleh lalu di bertentang mata dengan Jimin yang berjalan ke arahnya bersama tangan di dalam poket seluar.

"Encik boleh lepaskan dia.", ujar Jimin. Dengan teragak-agak, dua orang pengawal keselamatan itu melepaskan tangan Aera. Aera pantas menarik tangannya sambil menjeling Jimin tajam.

"Ikut aku.", ujar Jimin sambil berjalan melepasi pengawal itu. Aera pula melibaskan rambutnya kepada dua orang pengawal itu sebelum berjalan mengekori Jimin. Jimin menekan punat lif lalu pintu lif terbuka. Mereka berdua memasuki lif.

"Kau nak cakap apa dengan aku?" Jimin terus bertanya tanpa menunggu. "Aku sibuk ni."

Aera menjeling jejaka di sebelahnya. Wah, mulut lelaki ini. Sungguh menyakitkan hati. "Sibuk?"

"Aku memang suka layan perempuan lagi-lagi yang lawa macam kau tapi aku kena pergi latihan tarian. Comeback aku tak lama lagi.", ujar Jimin dengan suara yang setenang mungkin. Oh, sebal Aera dibuatnya.

Ting! Pintu lif dibuka. Jimin melangkah keluar manakala Aera setia mengekori sehingga Jimin menolak salah satu pintu bilik tarian. Kosong.

Aduh, sumpah menyakitkan hati bila cakap dengan lelaki ni.

"Apa hubungan kau dengan Yeoreum?", soal Aera. Jimin yang baru ingin meregangkan badan terhenti apabila mendengar pertanyaan Aera.

"Kau tahu tak Dispatch dah keluarkan artikel korang berdua? Siap ada gambar Yeoreum lagi."

"Tahu.", pendek Jimin membalas.

"Sebab itu je ke kau nak datang jumpa aku?"

"Kau dah gila ke Park Jimin? Ini kerja kau kan? Mustahil Yeoreum akan setuju dengan idea gila kau一"

"Aku buat ni atas persetujuan Yeoreum.", kata Jimin sambil meregangkan tangannya. "Kau tak percaya kau tanya dia." Jimin memandang ke arah Aera melalui pantulan diri di cermin.

Lidah Aera kelu. Dia tahu dia sedang mencari gaduh dengan siapa. Kalau dia bertanya kepada Yeoreum tentang perkara ini, Aera yakin 100% kawan baiknya itu akan mempertahankan Jimin. Aera pasti akan perkara itu.

"Kenapa?"

Jimin memandang ke arah Aera. "Kenapa kau perlu pura-pura bercinta? Apa tujuan kau? Kau suka Han Yeoreum?", bertubi-tubi Aera bertanya. Jimin tersenyum kecil sambil memusingkan badan sepenuhnya menghadap Aera.

"Perlu ke ada sebab untuk seorang lelaki cakap yang dia tengah bercinta?"

"Kau memang lelaki tak guna, kan?" Jimin hanya menjongketkan bahunya.

"Okay fine. Apapun sebabnya ada keluar artikel cakap kau bercinta dengan Yeoreum, aku tak nak tahu. Tapi, apa yang aku tahu, Yeoreum berhak untuk dapat seseorang yang lebih baik dari kau.", tegas suara Aera bercakap, auranya dingin. Mata Jimin tepat memandang anak mata Aera, wajahnya tiada reaksi.

"Kalau kau sakitkan hati kawan baik aku, kau tunggulah apa aku nak buat. Ini amaran aku untuk kau." Itu ayat terakhir sebelum dia melangkah keluar dari bilik tarian itu. Bunyi pintu yang tertutup kuat menandakan Jimin kini berseorangan diri di dalam bilik tarian.

"Kau ada kawan yang baik, Han Yeoreum.", gumam Jimin.

•••

"Ugh!", ujar Jimin sambil meletakkan, atau lebih kepada mencampak Yeoreum ke atas katil. Habis berpeluh dahinya untuk mengangkat Yeoreum, lututnya juga terasa bergetar. "Minah ni nampak kurus je, berat bukan main...", bebel Jimin sambil mengelap peluh di dahi dengan menggunakan hujung lengan baju.

Jimin memandang wajah gadis yang mengakui perasaannya pada malam ini. Mulut Yeoreum ternganga kecil, matanya tertutup. Tangan Jimin mengalihkan kacamata yang dipakai oleh Yeoreum lalu diletakkan diatas meja.

"Duduk dengan aku..." Tangan Yeoreum memegang hujung kot yang dipakai oleh Jimin. Mata Yeoreum terbuka kecil. Jimin terkaku lalu dia kembali duduk diatas katil. Yeoreum pula mengengsotkan badannya lalu membaringkan kepalanya ke atas riba Jimin.

Mata Jimin terkerdip-kerdip melihat kepala Yeoreum yang selesa sahaja berlabuh diatas ribanya. Kemudian, tangan Yeoreum mencapai tangan Jimin. Tangan milik Jimin Yeoreum letak di atas kepalanya. "Main dengan rambut aku... Aku mengantuk...", gumam Yeoreum dalam keadaan mamai.

Perlahan-lahan tangan Jimin mula mengelus rambut Yeoreum dengan lembut. Getah yang mengikat rambut gadis itu juga dileraikan. Bau syampu Yeoreum menyapa lembut deria bau Jimin. Pelupuk mata Yeoreum menjadi semakin berat.

Hati Jimin makin diserang rasa bersalah.

"Jimin."

"Park Jimin."

"Park Jimin!" Jimin akhirnya kembali ke dunia nyata. Pengurusnya menepuk bahunya membuatkan Jimin menoleh dengan kening yang terjongket.

"Jauh betul kau termenung. Kita dah sampai." Jimin menjenguk ke luar dan mereka sudah berada di kawasan parkir bangunan BigHit Entertainment. Kepala Jimin angguk kecil sebelum dia melangkah keluar dari van.

•••

Pau
kau okay tak?

Han Yeoreum
okay apa?

Pau
artikel dispatch dah keluar

Han Yeoreum tersenyum kecil.

Han Yeoreum
tiba tiba je risaukan aku

Pau
aku seriuslah

Han Yeoreum
aku okay jelah
lagipun, ini bukan first time aku kena gosip dengan kau

"Boleh tak kau berhenti pura-pura yang kau selalunya okay?", gumam Jimin.

•••

"Kau buat apa?", soal Jimin sebaik sahaja memasuki rumah Yeoreum. Yeoreum kembali duduk di hadapan meja, komputer riba dibuka.

"Resume kerja. Tak lama lagi kan aku nak graduate universiti.", ujar Yeoreum. Jimin mengangguk.

"Kau nak aku datang ke majlis konvokesyen kau?", sengaja Jimin bertanya dengan nada menyakat. Kepala terus Yeoreum toleh untuk menjeling Jimin.

"Kau jangan nak cari pasal, Park Jimin." Yeoreum menayangkan buku limanya. Jimin tertawa kecil. Dengan selamba, dia mencapai salah satu paket Nescafe lalu mula membancuh minuman untuk diri sendiri.

Sudah biasa sangat bertandang ke rumah Yeoreum, dia main makan atau minum sahaja apa-apa yang ada di rumah Yeoreum. Jimin mengacau minumannya dengan menggunakna sudu sambil berjalan ke arah Yeoreum.

Dalam senyap-senyap, dia menjenguk apa yang Yeoreum lihat di skrin telefon bimbit. Jimin terkaku.

Yeoreum sedang membaca komen negatif dan teruk dibawah artikel yang mengatakan mereka bercinta. Sudah tentu lebih banyak yang buruk berbanding yang baik.

Jimin terus merampas telefon bimbit Yeoreum membuatkan gadis itu tersentak. "Jimin!", suara Yeoreum meninggi. Jimin terus pergi ke history Google milik Yeoreum dan keluar dari aplikasi Google Chrome itu.

Baru telefon bimbit itu diserahkan kembali kepada Yeoreum. Terkebil-kebil Yeoreum dibuatnya. "Tak perlu kau baca komen tu semua lepas ni. Membazir masa kau, membazir data internet kau, okay?", pesan Jimin. Yeoreum mencebik.

"Kau fikir aku makan dalam ke dengan komen netizen tak guna tu?", soal Yeoreum kembali.

"Tak kisahlah kau makan dalam ke tak, aku tak nak kau baca dah komen-komen tu. Okay?"

"Yalah, yalah...", pantas Yeoreum mengalah.

Barulah Jimin kelihatan berpuas hati. "Comeback kau macam mana?", tanya Yeoreum sambil menaip sesuatu di skrin komputer riba. Jimin terus terduduk atas lantai lalu menongkat dagunya.

"Aku tak tahulah... Lagu aku... Hasilnya bukan macam yang aku harapkan...", keluh Jimin sebelum menghirup sedikit minumannya yang sudah suam.

"Bukan kau over-reacting lagi?", selamba Yeoreum bertanya membuatkan Jimin terasa disindir.

"Mana ada!", pantas Jimin menidakkan. Dia menyeluk poket seluar lalu mencapai iPhone XR. "Kau dengar ni."

Jimin mula memainkan salah satu fail audio daripada telefon bimbitnya. Jari-jemari Yeoreum terhenti menaip buat seketika. Kepala Yeoreum mula bergerak mengikut rentak lagu itu manakala Jimin pula memerhatikan reakis gadis itu dengan teliti.

"Oh...", ujar Yeoreum dengan nada agak kagum. "Ini okay apa?" Lagu itu pun sampai ke penghujungnya.

Kepala Jimin tunduk memandang lantai, jelas seperti sudah berputus asa. "Tak okay..." Jimin menggeleng perlahan.

Yeoreum tertawa kecil. "Mana pergi Jimin yang yakin ha? Jimin yang petik-jari-je-perempuan-beratur-depan-mata-aku?"

Mata Jimin tajam menjeling Yeoreun yang selamba menyakatnya. "Fikir lawak ke?"

"Kau banyak sangat fikir."

•••

"Satu, dua, tiga!" Yeoreum tersenyum sambil memandang ke arah kamera. Dia tersenyum di sisi rakan-rakannya sambil memakai jubah dan topi graduasi. Suasana di dewan konvokesyen itu riuh-rendah dengan kegembiraan dan keterujaan.

Yeoreum memeluk pula kedua ibubapanya yang datang ke majlis konvokesyen. Tangannya memegang jambak bunga yang dihadiahkan oleh mereka. Baru sahaja Yeoreum ingin mencari rakan-rakannya yang lain, dia terasa bahunya dicuit.

Yeoreum menoleh lalu bertentang dengan seorang pelajar perempuan yang tidak dikenalinya. "Untuk cik.", pelajar itu menyerahkan jambak bunha yang dipegangnya.

"Dari siapa?", soal Yeoreum.

"Dia kata dia boyfriend cik.", jawab pelajar perempuan itu sebelum berjalan pergi meninggalkan Yeoreum yang terpinga-pinga. Yeoreum meneliti jambak bunga itu. Cantik. Buckwheat flowers, bunga kegemarannya. Sesiapa sahaja yang memberikannya jambak bunga ini pasti mengenalinya dengan rapat.

sorry, boyfriend kau tak dapat datang untuk majlis konvo kau. tapi... buckwheat flowers pun jadi kan? jangan sedih sangat sebab aku tak dapat datang ;)

- boyfriend kau

Walaupun kad itu tidak disertai dengan nama pengirim, Yeoreum boleh mengagak siapa yang menghantarnya. Tidak lain dan tidak bukan, Park Jimin. Tulisan ini pun tulisan tangan jejaka itu.

Yeoreum tersenyum sendiri sebelum kembali menutup kad kecil itu lalu diselitkan ke jambak bunga.

•••

"Take 5!", koreografer itu mengumumkan membuatkan semua berpecah untuk mencari air dan mengelap peluh. Jimin juga tidak terkecuali. Comeback sudah menghampiri, dia perlu memastikan persembahannya sempurna. Nyanyiannya, tariannya, ekspresi wajahnya.

Saputangan mengelap dahi dan leher yang dibasahi peluh. Bahagian dada dan belakang baju sudah kuyup dengan peluh. Tangan Jimin mencapai botol air mineral lalu diteguknya sehingga berbaki suku.

Telefon bimbit pula dicapai.

onesummer just posted a photo.

Jari Jimin mengklik notifikasi itu lalu terpampang gambar terbaru yang dimuatnaik oleh Yeoreum di laman Instagram miliknya. Hujung bibir Jimin terjungkit sedikit.

Gambar Yeoreum memakai jubah dan topi graduasi dengan senyuman yang paling lebar sekali. Bersama jambak buckwheat flowers yang dihadiahkan olehnya. Buat seketika, dia merenung gambar itu.

"Cantik.", sepatah perkataan itu lahir dari bibir Jimin.

"Okay! Kita kena kumpul semula! Berdiri dekat posisi masing-masing!", koreografer berkata lagi. Jimin meletakkan telefon bimbitnya lalu kembali berdiri di tengah-tengah bilik tarian.

•••

Yeoreum merenung lorong dan jalan ke rumahnya yang kelam dengan lampu jalan yang berkelip-kelip, seperti hidup segan tak mati. Walaupun lorong itu tidak sampai 500 meter panjangnya, tetapi lorong itu terasa seperti panjangnya beratus kilometer.

Sekali lagi, Yeoreum menyumpah seranah diri sendiri kerana pulang terlalu lewat selepas melepak bersama rakan-rakannya. Mahu meraikan hari graduasi universitilah katanya. Habis mereka berkaraoke, makan, main arked, tengok wayang, membeli-belah. Sehingga waktu sudah hampir tengah malam.

Tangan mencapai telefon bimbit dari dalam beg. Nombor kecemasan siap sedia didail kerana malang tidak berbau. Kaki Yeoreum mula melangkah dengan berhati-hati.

Belum lagi hampir separuh jalan dia melangkah, dia terdengar bunyi derapan tapak kaki di belakangnya. Apabila Yeoreum terhenti melangkah, bunyi derapan tapak kaki itu juga berhenti melangkah. Bulu roma Yeoreum meremang. Tekaknya meneguk liur yang terasa pahit.

Langkahnya cuba dilajukan, mindanya pantas berfikir alternatif lain. Sekali lagi, dia menyumpah diri sendiri di dalam hati kerana terlupa membawa gunting mini yang boleh dijadikan alat mempertahankan diri.

"Macam mana kalau aku belok je dekat depan sana? Pura-pura telefon telefon seseorang? Mana earphone aku?! Kalau orang tu mula buat apa-apa, aku tekan butang call-", getus Yeoreum di dalam hatinya. Perasaan panik mula menguasai dirinya. Peluh sejuk mula membasahi dahi.

"Sayang!" Entah dari mana datang Park Jimin lalu memeluk bahunya dengan penuh mesra. Mata Yeoreum membulat kerana terkejut.

"Sayang, I miss you.", ujar Jimin sambil tersenyum. Mata Yeoreum terkerdip-kerdip, tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi. "Jom kita balik. Mesti sejuk kan?" Kini Jimin mengusap-ngusap bahu Yeoreum dengan erat. Kepala Jimin toleh ke belakang dan bayangan hitam yang mengekori Yeoreum sudah lenyap. Mereka pun berjalan beriringan sehingga sampai ke rumah Yeoreum.

"Fuh." Jimin melepaskan nafas lega apabila mereka sudah memasuki rumah Yeoreum.

"Macam mana kau tahu aku ada dekat situ?", soal Yeoreum.

"Bahaya betullah lorong tu. Aku perasan ada orang ikut kau aku terus pergi dekat kau." Mata Yeoreum membulat. Sekali lagi bulu romanya meremang.

"Ada orang ikut aku?"

"Tak adalah ada orang ikut... Mungkin aku salah tengok ke? Sebab gelap kan. Entah-entah orang tu pun duduk area sini. Better be safe than sorry.", jawab Jimin. Sedikit sebanyak, hati Yeoreum mula terasa lega. Nasib baik ada Jimin.

"Sayang, I miss you."

Oh, gila. Kau gila, Han Yeoreum. Entah apa mungkin jadi dekat kau beberapa saat yang lepas dan kau boleh berdebar bila Jimin panggil kau sayang? Kau memang kena buat pemeriksaan otaklah.

"Suka tak hadiah aku?", soal Jimin. Yeoreum kembali ke dunia nyata.

"Ah... Bunga tu?" Jimin tersenyum sambil menjongketkan keningnya.

"Eleh, bunga bukannya boleh makan pun. Tukar jadi duit pun tak boleh. Tapi, dah kau bagi...", balas Yeoreum. Jimin mengetap rahangnya, geram. Aku sikit punya baik bagi bunga一

Pandangan Jimin fokus ke arah sesuatu di atas meja. Buckwheat flowers didalam pasu yang Jimin tidak pernah lihat sebelum ini. Jimin kembali tersengih.

Mulut kata tak suka, tapi bunga yang aku bagi kau letak dalam pasu, ya? Lawaklah kau ni, Han Yeoreum.

"Kau tak sibuk ke? Kata nak dekat comeback.", soal Yeoreum sambil menuangkan air masak ke dalam gelas. Jimin meraup rambutnya ke belakang.

"Aku baru habis dance practice."

"Sejak bila?"

"Pagi tadi?"

"Wah..." Yeoreum ternganga. Karier sebagai seorang selebriti ini bukan mudah. Tetapi, Jimin kelihatan tenang sahaja, dan perkara itu membuatkan Yeoreum lebih rasa kasihan terhadap jejaka itu. Yalah, kalau penat, cakaplah penat. Selebriti juga seorang manusia.

•••

Tiba-tiba, telefon bimbit Yeoreum berdering memecahi kesunyian di dalam rumahnya. Tangan Yeoreum meraba-raba katil sehingga dia mencapai telefon bimbit. Tolonglah, siapa yang mengacau proses aku mengganti sesi tidur aku yang tertangguh sebab universiti一

jimin comeback

Mata Yeoreum terbuka luas. Dia terus bangun terduduk diatas katil. Kacamata dicapai lalu dipakainya. Penglihatannya menjadi jelas serta-merta.

Dia terus membuka laman web untuk melihat showcase comeback Jimin, pentas comeback Jimin yang pertama. Nasib baik Yeoreum tiba tepat pada masanya. Tanpa dapat ditahan, bibirnya mula tersenyum lebar melihat Jimin yang menari dan menyanyi diatas pentas.

Yeoreum membaca pula komen untuk comeback Jimin yang terbaru. Respons netizen rata-ratanya positif. Kebanyakan lagu dalam album terbaru Jimin kebanyakannya mendominasi tempat teratas carta muzik. Termasuklah lagu yang Jimin risaukan selama ini.

"Ei mamat tu... Apalah yang dia risaukan sangat selama ni...", kata Yeoreum sendiri. Setelah selesai menerima segala kemaskini terhadap comeback Jimin, Yeoreum kembali terlena.

Sehinggalah pintu rumahnya diketuk. "Ah... Mesti mamat tu lagi... Dia ni selebriti ke penganggur? Tak ada kerja ke apa?", rungut Yeoreum. Dia membuka pintu lalu, sudah tentu, bertentang mata dengan Jimin yang tersenyum lebar.

"Selamat pagi!"

"Dah teringin nak mati awal ke?", ujar Yeoreum dengan geram lalu menghempas pintu setelah Jimin melangkah masuk.

"Kau dah tengok comeback aku?" Yeoreum angguk sambil tersenyum. Dia masih mamai.

"Aku tak sangka respons baik gila.", jujur jejaka itu katakan. Senyuman Yeoreum melebar.

"Kan aku dah kata, mesti okay je nanti. Kau je yang lebih-lebih sangat risau.", ujar Yeoreum. Tanpa disangka, Jimin menarik badan Yeoreum erat ke dalam pelukannya.

Dup dap. Dup dap. Dup dap. Degupan jantung Yeoreum mula menjadi tidak stabil.

"Terima kasih. Terima kasih sebab selalu cakap dekat aku yang segala-galanya akan jadi okay. Terima kasih sebab selalu tenangkan aku.", ucap Jimin, nada suaranya penuh keikhlasan. Ayat itu membuatkan hati Yeoreum terasa hangat dalam kedinginan musim sejuk yang mencengkam.

"Bau kau sedaplah." Entah dari mana pula komen itu selamba Jimin keluarkan. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip.

"Aku tak mandi lagi tahu." Perlahan-lahan Jimin meleraikan pelukannya. Yeoreum menahan gelak.

Kekok. Dengan teragak-agak, tangan Jimin pula mengusap kepala Yeoreum. "Er... Aku tak syampu rambut nak dekat tiga hari." Terus Jimin mengalihkan pula tangannya.

Yeoreum tersengih. Tangannya menampar lengan Jimin. "Why so serious?" Gadis itu tertawa.

•••

Jimin berpeluk tubuh dengan perasaan yang tidak puas hati, matanya tajam menjeling Yeoreum. Yeoreum pula hanya buat tidak tahu sambil menyarungkan blazer berwarna hitam ke badan.

"Bukan kau peminat aku ke?", soal Jimin. Yeoreum melepaskan tawa sinis sambil menjulingkan matanya.

"Woi. Kenapa pula aku peminat kau? Aku setia dengan DAY6, okay?" Yeoreum memetik jarinya. Jimin mengetap giginya.

"Ish... Seriously? Sokonglah sikit kawan baik kau sendiri! Setialah sikit!", dengan geram Jimin berkata. Kini, Yeoreum mengikat pula rambut panjangnya menjadi tocang.

"Setia kepala hotak kaulah. Kau mabuk pun aku heret kau balik."

Pergh, tajamnya kata-kata Yeoreum itu menghiris hati Jimin bak belati. Halus, tetapi cukup untuk membuatkan dia terluka.

"Ah, lantaklah! Kau kena tengok eh live aku?"

"Tolonglah. Aku ada temuduga kerja okay hari ni. Lagipun, buat apa aku nak tengok kau? Mestilah aku nak tengok DAY6, sebab DAY6 yang comeback." Yeoreum menjelirkan lidahnya tanda mengejek.

"Tak habis-habis DAY6. DAY6, DAY6, DAY6, tu jelah kau tahu."

Yeoreum menjongketkan bahunya. Biarlah, aku suka DAY6.

Sebaik sahaja menaiki bas, Yeoreum menyumbat telinga dengan fon telinga lalu terus membuka livestream SBS Inkigayo. Kemudian, tibalah lagu terbaru Jimin diperkenalkan oleh MC. Jimin pula berdiri di sebelah MC sambil menunjukkan sedikit tarian untuk lagu terbarunya membuatkan Yeoreum tersengih-sengih sendiri.

Jimin turut menjadi salah seorang calon untuk nombor 1 pada minggu itu. Dengan debaran, Yeoreum turut menunggu keputusan.

"Tahniah, Park Jimin! Sila berikan ucapan dan kata-kata penghargaan..." MC menyerahkan sejambak bunga bersama trofi manakala konfeti pula memenuhi udara.

Jimin tersenyum lebar. "Terima kasih kepada peminat yang setia menyokong saya..." Jimin memulakan ucapannya sambil memegang mikrofon. Tanpa dapat ditahan, Yeoreum turut tersenyum.

"Eleh, gembiralah tu.", getus Yeoreum didalam hatinya. Kemudian, Yeoreum mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Dia hampir tiba di destinasinya.

•••

Yeoreum memeluk tubuh sambil memandang Jimin yang enak berbaring diatas toto yang terhampar diatas lantai. "Baik kau bangun." suara Yeoreum jelas memberi amaran. Mata Jimin kekal tertutup.

"Aku nak tidur kejap.", gumam Jimin . Yeoreum terus menyepak perlahan kaki Jimin.

"Kau jangan nak macam-macam."

Tetapi, dalam hati Yeoreum jelas terasa kasihan. Bukannya dia tidak tahu, berkemungkinan jejaka itu tidak tidur sudah hampir tiga hari. Wajah Jimin jelas kelihatan penat apabila dia tidak memakai mekap.

Pandangan Yeoreum jatuh ke arah rambut Jimin yang diwarnakan jingga bernada ombre. Kelihatan lembut sahaja. Wajah itu juga kelihatan tenang ketika tertidur, alis matanya yang tidak terlalu lebat. Bibir yang comel, hidung yang terletak elok.

Han Yeoreum!

"For fuck sake Jimin kau ada pre-recording tau satu jam lagi!" Yeoreum menyepak-nyepak lagi kaki Jimin.

"Yang tu boleh tunggu.", selamba Jimin menjawab.

Yeoreum menutup mata dan mengetap bibir dengan geram. Lengan baju mula disinsing lalu dia mencekak pinggang. "Kau ni biar betul selebritiㅡ"

"Tapi macam mana kau tahu?" Mata Jimin terbuka.

"Apa?", soal Yeoreum dengan geram yang masih bersisa.

"Yang aku ada pre-recording sejam lagi."

Yeoreum meneguk liur lalu mengalihkan pandangannya. Tangannya mula memeluk tubuh. Alamak, hampir kantoi pula.

"Kau... Tak payah nak tukar topik and keluar dari rumah aku pemalas kau tak ada rumah sendiri ke apa kau ada rumah banglo dua tingkat for fuck sake!", ucap Yeoreum dengan sekali nafas.

"Rumah kau lagi selesa."

"Baik bagi rumah kau dekat aku je."

Jimin mengalihkan baringnya untuk menghadap Yeoreum yang duduk diatas katil. Matanya memandang mata Yeoreum.

"Daripada aku bagi rumah aku dekat kau... Nak tak duduk dekat rumah aku?", lancar sahaja ayat itu lahir dari mulut Jimin. Buat seketika, Yeoreum turut merenung mata jejaka itu tetapi dia mengalihkan pandangan. Tidak berani untuk memandang lama-lama.

"Bu一buat apa pula aku kena duduk dengan kau?", tergagap-gagap Yeoreum membalas.

"Sebab kau kan girlfriend aku."

Pak! Sekali Yeoreum betul-betul menyepak kaki Jimin.

"Argh!", Jimin terus mengerang kesakitan sambil mengusap kakinya. Ha, ambil kau. Sekali aku sepak betul-betup, kan dah kena.

"Girlfriend atas dahi kaulah.", gumam Yeoreum.

"Okay, kalau kau ikut aku pergi Music Bank, aku pergi." Jimin cuba berdiplomasi.

"Huh, tak kuasa aku."

"Kau ni ikut je boleh tak? Nak buat surprise pun tak jadi." Jimin mencebik.

"Surprise apa pula?"

"DAY6 kan ada sekali. Kita bolehlah jumpa一"

Yeoreum terus duduk diatas lantai berhadapan Jimin. "Seriuslah?! DAY6 pun ada?!", dengan teruja Yeoreum bertanya, bersinar-sinar matanya. Tangannya terus mencapai lengan Jimin.

Jimin memandang Yeoreum dengan bosan. Bila aku sebut sahaja DAY6, bukan main ya?

"Ya, diorang pun kan comeback juga."

"Jom!", terus Yeoreum bersetuju.

•••

"Ah!" Yeoreum mengaduh apabila Jimin mencubit pipinya dengan kuat. Terus tangannya mengusap pipi yang kesakitan. Jimin kembali fokus memandu.

"Tak sakit pipi senyum dari tadi?", sindir Jimin. Tangan Yeoreum terus menampar tangan Jimin.

"Biarlah!"

Akhirnya, mereka tiba di kawasan parkir kereta bangunan KBS. Yeoreum bernyanyi perlahan lagu Days Gone By oleh DAY6 sambil memeluk album terbaru DAY6 rapat ke dada. Jimin menggelengkan kepalanya melihat gelagat Yeoreum.

"Aku kena lalu sana. Kau masuklah dulu. Ah, hyung!", tiba-tiba Jimin menyapa seseorang. Yeoreum menoleh lalu ternampak pengurus Jimin.

"Kau masuklah dulu. Tunggu aku. Aku kena datang ikut pintu depan.", dengan selamba Jimin meninggalkan Yeoreum dengan terpinga-pinga. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip sambil melihat Jimin yang berjalan pergi bersama pengurusnya.

"Ei, mamat tu... Dia yang ajak aku datang sini lepas tu blah macam tu je...", rungut Yeoreum. Mahu atau tidak, dia hanya menolak pintu untuk memasuki bangunan tersebut.

Dia hanya melangkah tanpa mengetahui arah tujuannya. Dari jauh, dia terdengar bunyi peminat bersorak, mungkin selebriti yang digemari sudah menghadirkan diri untuk rakaman Music Bank pada hari ini. Yeoreum pun melangkah mengikut punca suara itu.

Dia menjenguk sedikit di sebalik orang ramai dari dalam bangunan. Seperti tepat pada masanya, Jimin sedang berhenti di hadapan wartawan dan para peminat sambil melambai kecil. Biasan cahaya kamera mengenai wajahnya bertubi-tubi tetapi Jimin kekal tersenyum mesra.

"Ah!" Yeoreum terasa bahunya dilanggar dengan agak kasar. Baru sahaja Yeoreum ingin menoleh, orang yang melanggarnya terus berkata,

"Saya minta maaf, cik!"

Rahang Yeoreum jatuh. Anggota kumpulan DAY6 kini berada di depan mata. Orang yang baru melanggarnya sebentar tadi pula ialah Sungjin. Yeoreum terkaku di situ.

"Cik okay ke?", soal Wonpil pula, agak risau apabila Yeoreum hanya terpacak disitu. Yeoreum hanya mampu mengangguk kecil, tidak berani mengeluarkan suara.

"Oh?" Young K pula perasan akan album yang dipegang oleh Yeoreum. "Itu bukan ke..."

Belum sempat Young K menghabiskan ayatnya, Yeoreum terasa bahunya dipeluk mesra. Serta-merta kelima-lima ahli DAY6 menundukkan badan tanda hormat.

"Sini pun kau.", di sebalik senyuman Jimin berkata kepada Yeoreum. Ahli DAY6 memandang mereka dengan pelik. Tanpa menunggu lebih lama, Jimin terus mengheret Yeoreum untuk berjalan pergi bersamanya.

"Weh weh weh weh DAY6 dekat sana一"

"Aku tahu."

"Dah tu?!"

"Aku nak kau fokus dekat aku je hari ni."

"Mamat gila一 Saya peminat DAY6!", laung Yeoreum sambil memusingkan kepalanya. Tangannya bersungguh melambai-lambai sambil memegang album DAY6. "Saya memang MyDay! Nanti kita jumpa!" Jae dan Dowoon hanya mampu melambai dengan beribu soalan yang berlegar di minda.

Jimin menolak kepala Yeoreum untuk memandang ke depan apabila Yeoreum terlalu asyik menoleh ke belakang. Apabila berjalan, Yeoreum sedar akan pandangan yang diterimanya lalu dia mengalihkan tangan Jimin dari terus memeluk tubuhnya.

"Kau boleh berhenti berlakon okay."

"Tapi kau girlfriend aku."

"A fake one, though."

Aduh, apahal aku yang cakap, aku yang rasa macam terluka? Yeoreum bermonolog lagi. Tidak lama kemudian, mereka sudah tiba di hadapan dressing room milik Jimin. Sebaik sahaja Jimin masuk, dia terus berjalan ke arah stylist.

"Aku kena siap, kau tunggu." Yeoreum hanya mengangguk sebelum mengundur diri. Semua orang kelihatan sibuk dengan urusan masing-masing membuatkan Yeoreum mencari tempat untuknya duduk.

Ping! Sebuah notifikasi muncul di skrin telefon bimbit milik Yeoreum.

Kim Seokjin
bila kita boleh date lagi?

"Wah mamat ni memang tak ada berkias-kias, straightforward.", bebel Yeoreum sendiri.

Han Yeoreum
bila-bila kau nak

Ya, mungkin ini salah satu cara untuk aku lupakan Jimin.

Entah berapa lama Yeoreum menunggu sambil membaca novel, dia tersentak apabila mendengar suara Jimin seperti naik angin. "Encik tak boleh buat saya macam ni." Jimin sedang berbincang dengan seorang staf.

"Macam mana encik boleh tukar keputusan last minute macam ni?!", suara Jimin meninggi.

"Maaf, tapi artis yang sepatutnya MC dengan encik dia tiba-tiba tarik diri一"

"Saya takkan jadi MC untuk hari ni."

"Jimin...", pengurus di sebelah cuba untuk memujuk.

"Apa yang dah jadi...", gumam Yeoreum sendiri. Suasana di dalam dressing room itu serta-merta bertukar menjadi tegang apabila perbalahan Jimin dan staf itu bermula. Kelihatan Jimin meraup rambutnya yang elok terletak dengan kasar.

Yeoreum turut takut apabila melihat Jimin marah. Jejaka itu memang jarang menunjukkan emosinya yang satu itu, tetapi apabila dia sendiri melihat dengan mata kepala, fuh. Memang Yeoreum tidak berani dekat. Jarak mereka perlulah sekurang-kurangnya 1km.

"Sekali ni je...", si pengurus cuba memujuk.

"Tak boleh ke dengan artis lain? Kenapa Kalis Peluru? Ini semua sengaja, aku nampak permainan diorang.", balas Jimin.

Minda Yeoreum serta-merta teringat akan sesuatu. Kalis Peluru? Dia teringat saat dimana dia mengembalikan telefon Jimin dan terpaksa menapak ke bangunan BigHit Entertainment. Kemudian, dia terdengar dan ternampak hubungan yang tidak berapa baik diantara Jimin dan ahli Kalis Peluru.

Apa yang sudah terjadi diantara mereka?

"Sekali ni je, Jimin. Lagipun sekejap je."

Jimin menjulingkan matanya lalu kembali mencapai skrip. "Nasib baik ini siaran langsung tahu tak?", ujar Jimin. Si pengurus dan staf kembali tersenyum. Tetapi, Yeoreum renung wajah Jimin. Dia tidak tahu apa yang dirasakan oleh jejaka itu sekarang. Marah? Risau? Takut? Rasa bersalah?

Mulut Jimin terkumat-kamit menandakan dia sedang menghafal skripnya sebagai MC hari ini. "Jimin!" Tidak lama kemudian, ada staf datang memanggil Jimin untuk bersedia sebagai MC. Jimin tersenyum kecil ke arah Yeoreum dan Yeoreum mengangkat tangan tanda memberi sokongan kepada Jimin.

Jimin berjalan keluar dari bilik itu. Yeoreum kembali terduduk sebelum dia rasa dia ingin ke tandas. Langkahnya keluar dari dressing room untuk mencari tandas yang terdekat. Namun, apakan daya. Dia terasa seperti dia tersesat dan entah ada dimana.

"Aduh... Mana tandas ni...", bebel Yeoreum.

"Ini kerja kau, kan?", ada suara berkata. Pada asalnya, Yeoreum hanya ingin berjalan pergi tetapi terhenti apabila mendengar ayat seterusnya.

"Hebat kau, Park Jimin. Sampai bercinta depan public. Ironi betul."

Hati Yeoreum diserang perasaan berdebar. Dia bersembunyi di sebalik dinding lalu mengintai dua orang jejaka dari jauh. "Ah... Ini backstage ke?", gumam Yeoreum sendiri. Benar, jejaka yang bercakap dengan Park Jimin ialah salah seorang anggota Kalis Peluru.

"Masih ambil tahu pasal aku, interesting."

"Kau boleh bercinta sana-sini bila kau ingat apa yang dah jadi dekat Sihyun dengan Suji?"

Sekali lagi, nama itu keluar. Sihyun dan Suji.

"Kau memang tak tahu malu, kan?"

"Berapa kali aku nak cakap, bukan aku yang buat.", tegas Jimin berkata. Ahli Kalis Peluru itu melepaskan sebuah tawa sinis.

"Sampai ke sudah kau tak nak mengaku kan?"

Wajah Jimin kelihatan tegang, bila-bila masa sahaja lahar amarahnya boleh meletus.

"Kau ada bukti ke aku yang buat?", soal Jimin. Jejaka di hadapannya tersenyum, penuh mengejek.

"Siapa lagi yang buat kalau bukan kau, penipu."

Yeoreum dapat lihat Jimin mengepal penumbuknya dengan erat. Tetapi, perbalahan mereka terhenti disitu apabila ada staf yang menyuruh untuk mereka naik ke atas pentas. Langkah Yeoreum pun mendekati mereka.

"Siaran langsung, Music Bank! Saya MC untuk hari ini, Yeol dari Kalis Peluru.", ahli Kalis Peluru itu mengenalkan diri.

"Saya pula Park Jimin, penyanyi dan pelakon."

"Oh, Encik Jimin. Kalau musim sejuk, lagu apa yang paling awak suka?"

"Mhm... Miracles In December oleh EXO?"

"Oh, saya juga suka dengan lagu itu. Saya juga dengar, kita akan terima persembahan istimewa daripada sub-unit EXO, iaitu CBX." Para peminat mula bersorak. Yeoreum pula, mulutnya ternganga dengan tidak percaya melihat Yeol dan Jimin di atas pentas.

Tadi bukan main, kelihatan seperti akan bertumbuk pada bila-bila masa sahaja, tapi diatas pentas? Boleh pula mereka bergurau-senda dan tergelak bersama-sama. Ketika itu juga Yeoreum tersedar. Benda yang kita tengok diatas pentas bukanlah segala-galanya.

Hebat betul lakonan Jimin dan Seojun. Terlalu profesional.

"Kita bersama Kalis Peluru yang akan membuat comeback mereka pada hari ini!" Jimin mengumumkan membuatkan Yeoreum makin terkejut. Alamak. Ini bukan petanda yang baik. Dalam hati Yeoreum sudah mula berdebar-debar. Macam mana kalau mereka mula bertumbuk atas pentas?

Yeoreum tidak tahu apa yang terjadi diantara Jimin dan ahli Kalis Peluru, tetapi, jika dia menjadi Jimin, dia juga tidak mahu satu pentas bersama orang yang dibencinya. Seperti sengaja pun ada situasi itu dicipta.

"Lagu terbaru Kalis Peluru, Winter Day! Mohon perkenalkan lagu itu.", ujar Yeol.

"Lagu Winter Day ialah lagu bercakap tentang persahabatan yang ada turun naiknya. Winter Day ibarat seseorang yang mahu menghentikan saat indah bersama sahabat baiknya."

"Wah, puitis betul maksud lagu Winter Day. Boleh tak nyanyikan sedikit一"

"Tapi encik Jimin adalah seorang rakan yang setia kan?", entah dari mana ada salah seorang ahli Kalis Peluru bertanya. Mata Yeoreum membulat, panik. Dia segera memandang Jimin yang masih tersenyum, berpura-pura dia tidak mendengar soalan itu. Namun, Yeoreum nampak tangan Jimin yang memegang kad skrip dengan erat.

"Encik Jimin bukan jenis orang yang akan tikam belakang kawan, betul?"

"Mestilah!", jawab Jimin sambil tertawa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku, penuh profesional. "Boleh nyanyikan sikit Winter Day untuk para peminat?", dengan halus Jimin mengubah topik. Ahli Kalis Peluru pun mula menyanyikan bahagian korus Winter Day bersama-sama.

Jimin pula hanya tersenyum sambil menggerakkan kepalanya mengikut rentak lagu itu. Bibir Yeoreum pula melepaskan sebuah keluhan.

Jimin dan ahli Kalis Peluru mula menuruni pentas. Mereka berbalas pandangan yang tidak difahami oleh Yeoreum tapi apa yang Yeoreum boleh agak, hubungan diantara mereka ibarat zon perang. Bila-bila masa sahaja menunggu untuk menghunus pedang, menembak meriam dan mencederakan satu sama lain.

Wajah Jimin kelihatan penat dengan semua yang berlaku.

Yeoreum berdiri di hadapan Jimin apabila Jimin berjalan melepasinya. "Kau okay?", soal Yeoreum dengan nada risau.

Mata Jimin berkerdip-kerdip. "Apa yang okay?", soal Jimin, tidak mengerti.

"Tadi, aku dengar..." Ayat Yeoreum terhenti apabila memandang wajah Jimin. Itu privasi dia, mungkin aku tak patut bertanya dan biar untuk Jimin yang sendiri bercerita apabila dia sudah bersedia.

Yeoreum tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa."

"Jom, bukan comeback stage kau dah nak mula ke?"

•••

Yeoreum berdiri di belakang pentas dengan teruja, ingin melihat Jimin yang akan membuat persembahan tak lama lagi. Kakinya terjongket-jongket di sebalik manusia, ingin melihat dengan lebih jelas.

"Oh, dah sampai.", ujar Yeoreum apabila Jimin sudah berdiri diatas pentas bersama mic stand. Jimin kini memakai sut, siap bertali leher. Rambutnya pula didandan dengan gaya yang menyerlahkan dahinya. Nampak kacak.

Yeoreum leka mendengar dan melihat persembahan Jimin. Namun, dia tersedar ada sesuatu yang tidak kena apabila Jimin hanya berdiri buat sejenak di bahagian korus, tidak menari bersama penari latarnya. Tetapi, beberapa saat kemudian, dia kembali menari sambil menyanyi.

Perkara itu mungkin kelihatan biasa di mata orang lain, tapi Yeoreum masih berasa agak risau. Perasaan risau Yeoreum berlanjutan sehingga Jimin tamat persembahan. Langkah Jimim untuk menuruni tangga seperti terhuyung-hayang.

"Kenapa dengan mamat tu...", gumam Yeoreum.

Yeoreum terus memegang lengan Jimin. "Jimin, kau okay tak ni?" Jimin hanya mengangguk lemah sambil tersenyum. Baru sahaja Yeoreum melepaskan pegangannya daripada memegang lengan Jimin, jejaka itu hampir terjatuh ke hadapan.

"Park Jimin! Kau okay tak ni?", tanya Yeoreum sekali lagi. Wajah Jimin kini kelihatan agak pucat, peluh mula membasahi dahi jejaka itu.

"Aku kan kata aku okay..." Jimin hampir jatuh terduduk tetapi sempat disambut oleh Yeoreum. Mata Yeoreum membulat.

"Park Jimin! Bangun! Jimin!" Yeoreum menampar-nampar perlahan pipi Jimin tetapi Jimin tidak memberikan respons. Staf sekeliling juga mula memandang dengan panik.

"Telefon ambulans! Tolong, telefon ambulans!", laung Yeoreum sebelum dia kembali fokus badan Jimin yang lemah di dalam rangkulannya.

"Jimin... Bangunlah..." Yeoreum menggoyang-goyangkan badan Jimin.

•••

stay tuned untuk bab xx bahagian dua!

Continue Reading

You'll Also Like

10.4K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...
151K 4.2K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
115K 560 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...